Jun 06, 2014

Awkward Agama : Aku Belum Layak Jadi Imam Tapi Aku Overqualified Untuk Jadi AJK Parti Politik

Aku dah lama perasan satu benda ni. Aku tak tau kalau kau pun perasan atau tidak. Tapi ini berdasarkan pemerhatian aku aje la eh?

Kalau kau keluar rumah, pergi jalan mana2, contohnya pegi kompleks beli belah atau on the way ke tempat yang jauh...kalau kau pegi solat dekat surau atau masjid selepas dah berlalu jauh waktu solat, kau akan nampak yang ramai orang kita solat sendiri-sendiri.

Kebanyakan orang solat sendiri2 kalau dah terlepas jemaah yang first batch.

Sekarang ni, kalau kau tak percaya cakap aku la, cuba lah....kalau kau nampak orang ramai dah mula start solat sendiri-sendiri, kau pergi depan, kau iqamat kat depan tu. Kau tengok la orang berduyun2 akan ikut kau nak solat jemaah. Yang dari tadi duk berdiri sambil tak pasti nak solat sendiri atau nak solat jemaah pun akan turut join saf. Yang tangan tengah angkat takbir rakaat pertama pun kansel takbir dia join kau jemaah.

Kau tau kenapa kita macam tu?

Aku takleh nak pin point betol2 kenapa ; tapi aku rasa kita takut nak jadi leader. Kita takut nak lead. Yang paling jelas, kita tak ada inisiatif nak lead sebab lagi senang kita biar orang lain volunteer iqamatkan dan imamkan.

Kemudian....kau tengok aa....bila bab nak pilih imam. Apa yang aku perasan, asal ada aje orang Arab yang berjanggut, laju aje orang kita mintak dia jadi imam. Kalau tak ada orang Arab, kita akan carik pakcik tua berkopiah. Kalau tak ada jugak, kita akan carik lelaki berusia yang mukanya nampak macam alim2 sikit....

Benda ni pada aku sangat jelas kelihatan lah bila aku gi masuk surau.

Kenapa orang Melayu takut benar nak lead? Tak layak? Tak mampu? Ada orang lain lebih layak? Memang jadi imam yang mengimami solat jemaah tu besar tanggungjawab dia tapi selagi kau takut nak ambik inisiatif, bila lagi kau nak try? Takkan lah sebab kau takut nak jadi imam kau nak biarkan aje semua orang solat sendiri2. Lagilah pulak bila kau dah ada anak bini, boleh aje kau prektis jadi imam kepada family kau...

Kau tau tak, mungkin itu dia sebenarnya punca perpecahan masyarakat kita? Bukannya sebab Cina. Bukannya sebab Kristian. Dalam masyarakat kita, tak ramai yang nak jadi imam sebab masing2 takut nak galas tanggungjawab.

Jadi, kita ni, ramai solat sendirian.

Kau fikir la.....mana lagi elok dalam Islam.....kau solat sendiri2 dalam surau ramai2 atau kau usaha jemaah walaupun imam kau tu tak berapa yakin dia boleh jadi imam? Sempurna atau tidak kau jadi imam...bukan masalah dia, yang penting, kena ada orang yang berani jadi imam. Imam kantoi? Belakang dia ada reserve yang kena step up jadi imam.

Mungkin imam tu kau, dia atau orang lain. Tapi kita kena berani. Kalau kau gabra nak baca surah, kau baca surah2 lazim dan basic dah. Kau tak pandai berdoa lepas solat dalam bahasa Arab? Kau bantai aje la doa bahasa Melayu atau kau mintak tolong orang saf belakang kau.

Yang sangat memelikkan aku adalah kita sangat particular dalam pemilihan imam semasa solat jemaah sehinggakan semua orang segan2 tak nak volunteer jadi imam, kononnya ada orang yang lebih layak...tapi bila bab nak pilih imam@ pemimpin negara....kita main tibai aje pilih apa yang kita ada.

Kalau ada kesempatan lepas ni, kalaulah kebetulan kau bersolat dengan Menteri, kau mintak la dia jadi imam. Berkemungkinan besar, dia akan menolak. Tanyalah kepada empunya badan kenapa responnya berbeza apabila diminta jadi imam solat berbanding apabila diminta jadi calon menteri....

Untuk kita ni, mulakan dengan iqamat. Aku sure kau akan takjub tengok berapa ramai sebenarnya yang nak jemaah tapi segan2 sebab tak ada orang lain yang mulakan dulu.

Pelan2 kita kayuh dan mulakan perubahan ni satu Malaysia.
Kalau tak ada orang nak jadi imam, kau jadi. Kalau tak ada orang iqamat, kau mula.

Gambar hiasan - bila "gender rights" diambil sebagai sesuatu yang equal dan hanya berlandaskan dunia, itulah dia hasilnya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku baru je alami di rnr pagi tadi. Lepas iqsmat terus panjang saf

Zaminc

Tanpa Nama berkata...

aku pasan muslimin rajin solat jemaah even kat rnr.. compare org pompouan mmg xla. even thou satu opis. pengalaman join muslimat satu usrah tu betol2 buat aku blajo, even muslimah leh jugak bjemaah wlupon xknal pon follow je dr blkg, seb tu tepuk bahu bg isyarat nk follow.

kena betulkn y biasa

ummi awatif

Tanpa Nama berkata...

peljr sekolah:

emm so true..yg maksud gambar tu pon setuju jugk..suka baca entry mantot yg mcm nii, bg kesedaran sikit. thumbs up.
tapi kan mantot kadng aku tak tau kenapa, aku rasa x layak nak jadi imam bila ade orng tepuk bahu..gabra gila, even baca surah biasa je pun. rasa macam...entah la.. maybe sebab aku pandang diri aku sendiri balik,,aurat pon tak berapa nak tutup (xpakai stokin) nak jadi imam pun rasa mcm @#$^^ tak tau nak explain mcm mana :X

Tanpa Nama berkata...

Kau selalu jadi imam tak mantot kalau pergi surau2 kat public? Kat rumah pula macam mana? Sekadar nak tahu.

Unknown berkata...

thanks good post

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan June 6, 2014 at 5:55:00 PM GMT+8.

I've always wondered if you yourself practice what you preach.Kalau kau praktikkan alhamdulillah,kalau kau x praktikkan.No komen.Sebab kau sendiri yang tulis jadi seharusnya kau praktikkan la apa yang kau buat,ye dak?Hopefully you walk the talk,ey:)


Overall,I do agree with you regarding our people yang takut untuk mengetuai berjemaah(and this include myself,walaupun aku seorang yang perempuan).
Just my 2cents.



inb4,mohon tiada yang 'butthurt'.Aku cuma tertanya-tanya .Curious I'd say.Thats all.

Tanpa Nama berkata...

Benda ni baru jadi and aku perasan waktu solat kt masjid klcc. Pnye la ramai org solat sendiri (termasuk aku gk) smpai ada sorg ni jd imam, bwt jemaah kt saf blkng skali

Tanpa Nama berkata...

alah mantot ni tau sgt... dia ni sembang je lebih tp diri sendiri pun xbuat... plg busuk pun ko tanya la dia, kt rumah dia dgn bini dia solat berjemaah ke sendiri2?

onlajer berkata...

Yeah mari kita tanamkan azam untuk menjadi imam pada orang awam

Tanpa Nama berkata...

sebenarnye bkn x boleh...boleh...cuma x yakin pada diri sendiri...tu aje.......cuba biasa kan....insyallah pasti boleh....