Jun 13, 2014

Bab 01 "Lebih Baik Gagal Melakukan Sesuatu Yang Kau Suka Berbanding Digagalkan Membuat Sesuatu Yang Kau Benci"


Coming Out of The Closet Chapter 1

Bila aku tengok kawan aku sorang ni, sedara kita pengembara "gila" yang berbasikal seorang diri lalu dirakamkan untuk ditayangkan dalam siri "Dengan Basikal Aku Mengembara" aku selalu fikir, kenapa dia boleh. Padahal satu masa dulu aku dengan dia, duduk sama2, study C++ sampai pecah kepala. Kemudian aku tengok kawan aku lagi sorang, masih lagi struggle buat kartun. Benda2 yang aku minat la. Struggle, memang struggle, tapi at least dia dah sampai ke satu tahap di mana dia dah run projek dia sendiri.

Aku dari dulu nak buat benda2 ni.
Tapi aku dah sampai ke satu zon selesa di mana ;

a. Kerja aku tak mencabar aku lagi dah
b. Aku rasa diri aku stagnant
c. Office aku penuh dengan politik bullshit yang nampaknya dah mula melibatkan aku

Betul seperti apa Jim Carrey kata dalam video di atas....it's either out of fear or for love.

Mungkin ramai antara kita yang sebenarnya tak penuhi potensi kita, hanya sebab....kita hidup dalam ketakutan? Takut sebab kita tengok orang lain buat benda yang sama jadi kita rasa kita pun kena ikut template diorang.

"Belajar - Carik kerja - Kerja sampai pencen pada umur yang telah ditetapkan ."

Dalam setahun ni, aku duk berfikir benda tu aje la.

Aku ingat lagi dulu2 cikgu aku kata, aku ada dua talent dan talent aku memang benda2 seni. Aku pandai buat cerita dan cikgu muzik aku suruh aku masuk kumpulan nasyid sekali dengan arwah Along Spoon. Jadi aku assume suara aku boleh dikira ok la jugak. Tapi bila aku sekolah menengah, aku kena belajar sains.

Zaman aku, hanya budak2 bermasalah aje yang ambik sastera dan seni ni. Itu pemikiran masyarakat kita. Dekat sekolah aku, hanya budak2 tak ada harapan aje yang dikerah ambik seni. Budak2 bagus ambik akaun, kelas aku satu kelas kena ambik seni sebab takut kitorang merosakkan purata result satu sekolah.

Kau bayangkanlah kat mana diorang letak level Pendidikan Seni tu? Tahap picisan. Subjek cam ayam. Hanya untuk budak2 yang sekolah target "non-potential ."

Mungkin sebab itu kot kita orang Melayu tak ada akar budaya yang kuat? Budak2 pandai semuanya disuruh ambik sains. Budak2 lemah dipaksanya ambik sastera. Seolah2 ada kasta. "Sains > Sastera & Seni" sedangkan sepatutnya Sains dan Satera/Seni kena jalan seiring.

Budaya kita datang dari sastera dan seni!

Tapi siapa pelukis karya paling berpengaruh kat Malaysia? Untuk orang2 yang minat, diorang tau la jawab tapi kalau kita tanya, siapa lukis Monalisa....siapa yang tak tau?

Leonardo Da Vinci? Pelukis dan seorang engineer.
Michaelangelo? Pelukis, pengukir dan juga seorang arkitek.

Lupakan sebentar konspirasi Barat nak jatuhkan Islam melalui pergerakan golongan macam ni tapi fikirkanlah....kenapa boleh dikatakan kebanyakan tokoh2 yang dijadikan reference pada zaman sekarang, adalah orang2 yang mempunyai kebolehan dalam bidang sains dan juga sastera...sedangkan kita pula, mengamalkan "sains untuk orang pandai dan sastera hanya untuk orang kurang pandai."

It's either for fear or for love. Lebih baik gagal doing something that you love, kan?  Kau nak hidup kau dipenuhi dengan bos yang puas hati dengan performance kau walhal kau menderita atau kau puas hati dengan diri kau sendiri sebab kau buat apa yang kau nak buat.

Kita hidup bukan lama pun.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teringat perbualan dengan ayah aku awal tahun hari tu.. Dia tanya aku minat seni yang macam mana, dia suggest aku sambung belajar dalam fine art..dia cadangkan aku cari tempat kat luar bandar untuk studio sendiri..terkejut jugak dia cakap macam tu selepas beberapa tahun aku struggle dalam kursus tesl.. Rasa nak peluk cium ayah aku time dia cakap bab tu hahahh~ Masa nak pilih subjek spm mak ayah aku cadangkan ambil akaun, add math & ekonomi asas di mana tiga-tiga subjek tu aku lulus dengan cukup makan hahahah.. Nak ambil seni, macam kau cakap la mantot..subjek seni di'cop' untuk yang kurang minat belajar hmm.. Lepas spm pulak ada sorang makcik mai umah dan cadangkan aku amel tesl sebab lebetulan english aku o.k.. Bila masuk asasi tesl, sangap je tengok member lain siapkan project fine art & photography diorang..huarghh!! Sekarang sepatutnya aku ada lagi 2 tahun untuk complete degree in tesl secara pjj, tapi aku ambil keputusan untuk berhenti n buat benda yang aku suka! Muahahah! Sekarang aku ikut member berniaga & belajar dari a to z..dalam masa yang sama aku praktis sketch potret.. Iya..mungkin di umur 25 macam terlambat sikit.. Tapi tak rugi mencuba, kan? Hmm...

Cerita Goreng berkata...

Aku pernah bercita-cita nak jadi stand up comedian. Tapi tidak berani nak mencuba. Risau banyak sangat teruama persepsi keluarga.
Jeles kepada mereka yang berjaya menongkah arus dan lakukan apa yang mereka minati. Syabas!
Mungkin masih tak terlambat untuk aku juga... Membuat lawak di atas pentas.

Tanpa Nama berkata...

aku nak jadi dj kelab.masa kecik dulu.tapi rasa semacam je.serius ni beb

Tanpa Nama berkata...

Macam cerita 3 idiot. Member suka fotografi dipaksa belajar engineering.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan percaya bro.. Jom bukak comedy house.

Tanpa Nama berkata...

aku dulu bercita2 nak jadi gigolo... tapi terpaksa lepaskan benda yang aku suka sebab mak bapak suruh aku belajar pandai2. sekarang aku dah pun jadi doktor tapi aku tak minat pun jadi doktor sebenarnya. lepas aku baca karya kau ni, ia seperti memberi satu inspirasi untuk aku mengejar semula cita2 aku untuk menjadi gigolo, dan esok aku akan hantar surat resign berhenti dari hospital pakar tempat aku kerja ni. buat apa aku buat sesuatu untuk orang lain sedangkan aku boleh buat apa yang aku suka. terima kasih mantot kerana telah menyedarkan aku.

Tanpa Nama berkata...

salam,

aku tertarik dengan pengkomen yang pertama tadi, yang pasal TESL tu. dulu pas SPM bapa aku suruh aku masuk kursus TESL kerana aku dah dapat kursus tu, pada masa yang sama aku juga dapat kursus grafik kat ITM. aku ikut je cakap bapa aku mungkin kerana kata beliau TESL nanti senang dpt keje walaupun x jadi guru bahasa Inggeris. Tapi hati aku lebih pada grafik kerana itu yg aku minat. sama jugak, aku geram je tgk budak kursus art buat projek depa. pas setahun setengah aku x leh bawak dah TESL dan failed. heheehehe puas hati aku. Try apply balik grafik dan Alhamdulillah berjaya. dan aku habis belajar dan dapat kerja bidang grafik n aku happy dengan kerja aku dan aku setuju dengan apa yang Jim carrey kata tu.

Yang benar.... Wan-bainun

Fara Abdul berkata...

setuju. buat apa kita hidup sekadar nak puaskan hati org lain. hati kita mcm mana?

bukankah sia2 bila masa kita dh tua dan x mampu nak buat apa2, barulah nak menyesal. kesal sebab masa muda dulu kita x buat apa yg kita nak.

jadi, fikirlah yg terbaik utk diri dan kurangkan sesalan dalam hidup

Nayanconi berkata...

Dulu lepas spm bapak aku suruh masuk uitm course accounting. Tapi aku degil then masuk swasta college ambil graphic. Punya marah mak bapak aku sampai tak pernah jenguk aku dekat college dan convo aku pun dorang tak datang. Tapi sekarang alhamdullilah dengan graphic ni aku dapat cari makan dan buktikan dekat orang tua, adik beradik dan sedara mara aku yang bidang graphic ni bukan picisan semata.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.06pm ialah contoh suara seorang meleis loser sejati, bersepah puak ni melepak kat pavi..

Tanpa Nama berkata...

aku perati je...tapi aku setju..dan sekarang aku dah stuck..menunggu pencen dan hidup dalam keadaan politik pijak kepala kt opis..

DennouTantei berkata...

TAK SETUJU!
sebb post ats tu hanya sesuai untuk manusia tertentu saja, ni kang bantai yg cita2 nak jd maknyah,gigolo (cita2 rogol bapak org) dn sewaktu dengnnya asbab post ko ni dia terus aim nak jd maknyah,gigolo dsbg wat da hell tak ke nya nya tu...

Tanpa Nama berkata...

Daina said..

Setuju sangat tot. Aku antara student yang dikerah oleh parents dan sekolah untuk amik sains sedangkan jiwa aku meronta nak amik seni. Last2 aku drop satu subjek untuk amik seni and alhamdulillah, aku dapat A. Tapi parents aku still marah and suruh aku amik bussiness kat universiti. Eventually aku terpaksa ikut cakap diorang. Sekarang aku dalam penyesalan sebab buat benda yang aku tak suka.

Sampai sekarang pemikiran budak sains>seni tu masih ada. Teringat weh pandangan hina sorang cikgu ni kat aku and kawan2 aku yang drop satu subjek untuk digantikan ngan subjek seni ni. Dia pandang macam kitorang takkan berjaya. Terasa mendalam bhai.. Tapi at last aku tak dapat buktikan apa2 sebab sekarang pun aku amik course lain just nak sedapkan hati parents aku. Haihh...

Tanpa Nama berkata...

Tidak salah jika berminat dengan seni tetapi disuruh/dikehendaki/dikerah mengambil jurusan sains seperti perubatan, kejuruteraan, dan sebagainya.

Inilah kelemahan orang Melayu yang inginkan kerja yang sesuai betul-betul dengan minat. Siapa kata di dalam sains tiada seni? Seorang doktor gigi memerlukan kreativiti untuk menyelamatkan gigi pesakit yang telah rosak. Tanpa kreativiti, pesakit tidak akan dapat tampalan yang cantik, kemas dan tahan lama.

Kalau mengambil bidang seni sudah tentulah seseorang itu tidak berpeluang untuk mengaplikasikan atau mencipta teknologi baru yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk seni.

Itu belum dibincangkan lagi tentang bagaimana seni terkait dengan kejuruteraan/perubatan dan sebaliknya. Pegawai-pegawai JAKIM tidak mempunyai skil kejuruteraan yang memadai untuk mengawal DNA babi dalam makanan.

Tanpa Nama berkata...

Aku memang frust gila masuk kelas sains.Memang tak kena dengan jiwa langsung.Result aku jangan cakaplah memang teruk.So,aku nak mintak tukar kelas sastera tapi tak boleh.Cikgu aku kata cuba lagi.Jangan ikut emosi.Pergi jumpa cikgu kaunselin pun tak berguna langsung.Ada ke patut cakap masuk kelas sain,nanti senang dapat kerja tapi ambik sastera tak ada jaminan.Semua cikgu cakap macam tu dekat aku.Aku nak buat sesuatu yang aku minat tapi semua pandang sinis dengan pilihan aku tu.Rasa lifeless buat sesuatu yang memang kita tak minat.Aku tahulah sains je kan yang boleh majukan negara,boleh dapat duit banyak dan bla bla bla...Tapi please lah jangan nak rendahkan bidang lain.

Tanpa Nama berkata...

Yup betul..mentaliti aliran sains lagi bagus dari sastera/seni tu sgt kuat dalam masyarakat kita. Aku salah seorang yang terikut-ikut pemahaman ni. Lagipun kat Masa sekolah dan matrik aku ambil aliran sains..cemerlang juga. Sebab sayang sgt dengan result cemerlang tu..rasa rugi pula kalau ambil bidang lain selain sains. Tapi sebenarnya aku nak ambil linguistik. Aku suka belajar bahasa asing. Ibu bapa aku pun tak setuju aku ambil kursus linguistik. Buat masa ni aku habiskan dulu apa yang aku dah mulakan. Insya Allah habis pengajian..aku sambung belajar bahasa asing. 'Tak pernah terlambat untuk kita buat apa yang kita suka'. Ini pengajaran untuk aku. Nanti anak-anak aku..Insya Allah aku akan bagi mereka pilih apa yang mereka suka buat. Yang penting mereka bersungguh-sungguh dalam bidang tu.
Bagi aku..memangla bidang pekerjaan dalam bidang seni dan sastera tak terjamin kat malaysia ni. Tapi kalau kita memang minat..Insya Allah rezeki tu akan ada.

Tanpa Nama berkata...

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim,

Antara setuju dan tak setuju.

Setuju kalau ada pegangan agama yang kukuh. Begitu sebaliknya.

Gunakan akal dan kekanglah nafsu. Ikut garis panduan Al Quran dan sunnah Rasulullah.
Janji Allah itu benar.

Salam Ramadhan.