Jun 19, 2014

Apa Dia Hubungkait Piala Dunia dan Masa Depan Malaysia?

Berita 1

Datuk Seri Najib Razak yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara akan kekal kukuh dalam tempoh suku kedua tahun ini, didorong kestabilan politik dalam negara dan keyakinan pelabur asing terhadap dasar kerajaan.

Beliau berkata, momentum itu turut dibantu oleh kegiatan domestik yang berdaya maju dan kekuatan pasaran eksport yang berdaya saing dalam suku pertama 2014.

"Insya-Allah, perkembangan yang menggalakkan ini akan membolehkan ekonomi negara mencapai sasaran melebihi 5% bagi keseluruhan tahun ini.

Berita 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya Malaysia dan China akan terus menjadi sahabat serta rakan kongsi keamanan dan kemakmuran.

Najib, yang berada di China untuk lawatan enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China, berkata beliau amat yakin yang hubungan kedua-dua negara akan terus utuh sehinggalah 40 tahun akan datang.

"Dalam masa empat puluh tahun lagi, pada 2050-an, kami akan berada di pertengahan 'Abad Asia'.

"Sudah pasti China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia, dan Malaysia akan menjadi negara yang lebih matang dan maju," kata beliau dalam artikel iklan yang disiarkan dalam akhbar People's Daily hari ini.

Berita 3

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia boleh mencapai penarafan yang lebih baik menerusi usaha kerajaan untuk mengelak daripada melepasi had maksimum hutang negara.

“Kami akan menguruskannya. Kami memantau teliti bagaimana kami menguruskan kedudukan makro dan fiskal serta hutang kami untuk memastikan tidak diturun taraf,” kata Perdana Menteri dalam temubual dengan Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Berita Piala Dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan dalam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil, bermula Khamis ini.

Walau bagaimanapun jelas Perdana Menteri, beliau amat meminati corak permainan Brazil yang cukup terkenal dengan aksi samba.

Pasukan England merupakan pasukan yang bertakhta di hati saya, tetapi Sepanyol sukar untuk dikalahkan. Saya juga suka corak permainan Brazil," katanya ketika diajukan soalan mengenai Piala Dunia 2014 dalam bual bicara sempena Persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini. Dalam perlawanan akhir Piala Dunia empat tahun lalu, Sepanyol mengalahkan Belanda dengan keputusan 1-0.


Berita Ekstra

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga tetapi mengingatkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya terus bekerja keras untuk memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata, penilaian itu dibuat selepas tempoh seminggu kempen PRU-13 berlangsung di seluruh negara, sejak 20 April lalu. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian dan pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 2 di sini, sebentar tadi.

Berita Bonus Yang Menakutkan

Perdana menteri berkata, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik untuk ekonomi dan negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya dunia tahu GST baik untuk ekonomi sesebuah negara, kita semua yakin langkah ke depan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

"Tetapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

.............

PM Najib kita memang seorang yang mempunyai keyakinan yang cukup tinggi.
Jika dia yakin, kita semua terjamin.

5 ulasan:

Azrie berkata...

Dia jugak yakin spain akan mgekalkn kejuraan so, bkait dgn cerita ko tot. ..... If u knoe what i mean..

Tanpa Nama berkata...

Star
Do people even read??benda ni baru je aku bengang,pasal org yg tak baca tp komen je

Tanpa Nama berkata...

Hahaha yakin sangat orang akan ikut yakin sama

KiD berkata...

yang part last sekali tu aku gelak.

Tanpa Nama berkata...

Aku Lagi Yakin Rosmah itu lg besar dari Najib, sape setuju dan yakin dengan pendirian aku?