Jun 17, 2014

Ada DNA Panda Dalam Rokok Seludup


Kita selalu bergaduh pasal agama lain yang nak mengembangkan ajaran dia. Tapi benda pasal fatwa merokok pun sampai sekarang "cendekiawan-cendekiawan Islam" Malaysia ni duk bertelagah, tak tau nak haramkan atau makruhkan aje.

Come on la. Aku bukan nak tuduh...tapi....mungkinkah fatwa2 kat Malaysia ni, kadang2 tergantung dia punya keputusan, atas dasar kepentingan pembuat fatwa tu sendiri?  Ye lah. Perokok tegar dah 50 tahun, tiba2 dia kena bermesyuarat dan bermuzakarah tentang nak jatuhkan "haram" dekat tabiat buruk dia yang dah 50 tahun dia buat.

Tak ke berlaku conflict of interest?

Akhirnya fatwa diwartakan berdasarkan kepentingan dan pandangan peribadi. Ini pandangan aku aje la. Dari dulu sampai sekarang benda ni tak setel lagi kan? Tahun lepas Kerajaan janji nak clear out pasal benda ni, tapi aku tak perasan pulak resultnya dah keluar atau tidak.

Tapi bab DNA babi Cadbury.Laju! Nak kena tunggu ada babi baring atas mesin pengering tembakau kot untuk bantu Majlis Fatwa dan JAKIM buat keputusan yang sebulat suara. Fatwa pengharaman rokok ada. Tapi penguatkuasaannya, tidak ada. Sebab apa? Entahlah. Mungkin sebab ada orang VIP yang merokok, jadi kena jaga kepentingan mereka?

Itu, pandangan aku aje la.

Kalau dah diseragamkan satu Malaysia yang merokok tu haram untuk orang Islam, apa pulak kita nak kata kan, kalau kita nampak pemimpin yang berbuih mulut sebut pasal agama, tapi buat benda haram?

Fatwa dah jelas kata haram, tapi kenapa tak berfungsi fatwa tu? Mungkin..penguatkuasaannya tak ada. Padahal, lagi mudah kau tutup penjualan rokok berbanding kau pegi tangkap pasangan berkhalwat dalam semak.

Nak senang, kita lihat jiran kita. Negaranya jual rokok maha mahal dan lebih susah didapati. Boleh merokok hanya tempat tertentu. Siapa buang puntung, boleh didenda. Kita? Rokok mahal. Sangat mudah didapati. Boleh merokok di mana2 sahaja yang kita suka, even hospital pun ada menyediakan tempat khas "unofficial" untuk staff melepak layan rokok. Siapa buang puntung dan habuk rokok bersih2? Boleh kira dengan jari.

Dua-dua negara ada fatwa mengharamkan rokok. Tapi kenapa hanya negara yang diperintah lelaki Cina yang berjaya mengaharamkan perkara yang difatwakan haram tu secara berkesan?

Sehinggakan, kadang2, kalau kau cerita pasal rokok haram dekat orang Melayu...apa yang dia bayangkan, bukannya mengenai fatwa "rokok itu haram"...tapi pasal rokok seludup.

Fikirkan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

macam fake je suratkabar ni

tapi aku sokong yang merokok patut diharamkan...banyak ulamak dah sepakat. kalau amik cukai rokok sama macam ambik cukai arak der, dia 'sin tax'. Dirty money, pastu guna pulak untuk bagi BR1M

Tanpa Nama berkata...

Tot, aku perokok tegar. Kau kasi tips sikit mcmana kau berenti merokok boleh? Aku dah try, gagal laa.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun kadang-kadang pelik dengan perokok ni. Bulan puasa boleh pula dia tak merokok di siang hari, jadi kenapa pada bulan-bulan biasa dia tak buat macam tu. Kemudian cuba puasa rokok pula di malam hari.

Rasa-rasanya zaman Nabi SAW, ada penagih arak tak? Tapi kenapa bila turun ayat haramkan arak, sahabat-sahabat itu mampu hilangkan ketagihan arak tu.... itu tanda KEKUATAN IMAN... mereka mahu ke syurga. Perokok tak kuat iman? MUNGKIN.... nak ke neraka... dah tentu tak hendak, tapi di syurga mungkin tak ada rokok... di neraka tak tahulah... tapi memang tak ada masalah nak dapatkan api.

Tanpa Nama berkata...

dah13thn aku stop rokok dgn cara cold turkey pasal aku teriba tak leh nafas lol, takut mati punya pasal.

Hareena Cassandra berkata...

Bro , orang kata bulan puasa masa terbaik untuk berhenti . Cuba lah ya :)