November 27, 2013

Sebelum dan Selepas Pilihanraya : Bagaimana Mudahnya Orang Melayu Dibeli Dengan Duit BR1M Setahun Sekali

SEBELUM PILIHANRAYA

KUALA LANGAT 27 Feb 2013 - Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Mengambil contoh di Eropah, Dr. Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

........................


PORT DICKSON 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata manifesto pembangkang boleh disifatkan sebagai tidak munasabah dan mustahil untuk ditunaikan, malah akan membuat negara ini jatuh bankrap kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung segala yang dijanjikan.

"Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata Barisan Nasional (BN) akan bankrap, tapi dalam manifesto pembangkang mereka janji macam-macam, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dihapuskan, tol tak perlu bayar, minyak turun harga.

"Sekarang ini minyak sudah ditanggung subsidi oleh kerajaan, jadi kalau dia (Anwar) kata turun lagi harga minyak bermakna tambah subsidi. Dari mana dia nak bayar. Anwar tidak bagi tahu ini, dia kata akan turun itu turun ini, semua turun, tak payah bayar," katanya.

....................

TUARAN 30 Dis 2007. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

Sambil mengkritik janji-janji parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh menurunkan harga minyak, beliau berkata, di seluruh dunia harga minyak naik dan tidak mungkin parti pembangkang boleh menurunkan harga minyak.

“Ini tidak masuk akal,” katanya ketika merasmikan Tamu Besar dan Karnival Budaya di sini hari ini.

Beberapa pemimpin pembangkang dalam siri ceramah politik di Sabah baru-baru ini antara lain membangkitkan isu mengenai harga minyak.

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan program-program pembangunan dan penyediaan kemudahan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak sesuka hati.

Beliau menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa kenaikan harga minyak mentah adalah berdasarkan pasaran dunia dan tidak mungkin kerajaan boleh menurunkan harganya sesuka hati.

...................

KUCHING 10 Ogos 2012 - Rakyat hanya perlu menggunakan akal fikiran dan tidak semestinya menjadi 'rocket scientist' untuk menilai pelbagai janji yang ditabur parti pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, jika dihitung janji pembangkang seperti mahu menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, penurunan tol dan harga kereta kebanyakannya tidak mungkin dapat ditunaikan.

Sedangkan, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas umpamanya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) berbanding pembangkang yang hanya bersandarkan isu.

"Segala-galanya (janji pembangkang) kalau kita hitung negara akan bankrap dalam satu malam, dia pun tahu tidak boleh buat sebab itu dia takut apabila kita gunakan tema Janji Ditepati.

.....................


SELEPAS PILIHANRAYA


KUALA LUMPUR 25 Nov 2013 : Malaysia has a stark choice of either increasing government revenue via the goods and services tax (GST) or burdening the country by borrowing more money.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the implementation of GST was necessary as the country risked becoming bankrupt like Greece if it resorted to borrowing.

“We have to find additional sources of income and that’s why we have to implement the GST,” he said at a seminar on Strengthening the National Economy.

He said rating agency Moody’s Investors Service changed their outlook on Malaysia from neutral to positive just weeks after the GST was announced.

........................

Kau nampak apa yang aku cuba tunjukkan?
Inilah buktinya kenapa kau jangan pilih lagi kerajaan yang sama 2018 nanti.

Ada kita dapat minyak turun harga?
Ada kita dapat faedah pendidikan percuma?
Ada kita dapat perubatan yang improve?
Ada kita dapat penurunan harga tol?
Ada kita dapat penurunan harga kereta?

Tak dapat bang!

Tapi macam mana kita boleh bankrap jugak ni? Aku ingatkan kalau kerajaan BN tak buat benda tu, seperti yang digembar-gemburkan, negara kita tak bankrap la. Kini, lepas dah menang pilihanraya dan dipilih oleh kumpulan minoriti negara, bunyi dia dah lain....

"Kalau tak laksana GST, negara akan bankrap macam Greece...pilih, kau nak bankrap atau kau nak GST? Siapa tak bayar tax, dia pengkhianat negara dan tidak patriotik!"

Bunyinya camtu la kan?
Macam budak kecik punya argument...

Hahaha. Aku ingatkan kalau pembangkang memerintah bankrap! Rupanya kalau BN memerintah pun negara akan bankrap. Dah la bankrap tanpa nampak apa2 hasil. At least kalau bankrap sebab pendidikan percuma ke, harga kereta turun ke..berbaloi la jugak. Ni bankrap tanpa nampak apa2 reasonnya...

Bankrap tak ada sebab la yang paling bahaya. Macam mana nak explain? Mintak tolong PM kita jelaskan kenapa kita bankrap selain daripada alasan standard "kerana subsidi"?

Mana dia janji penurunan harga kereta 30% dalam manifesto hari tu? Mintak pengeluar kereta turunkan harga kereta tapi tak nak turunkan kadar cukai. Pengeluar kereta adalah satu bentuk business jadi diorang akan cut cost pengeluaran untuk membuatkan harga turun, kualiti pun akan turun. Tapi cukai tak nak jugak turun.

GST dia nak.
Cukai kenderaan pun nak.
Cukai motor pun nak.
Cukai pendapatan pun nak.
Elektrik nak naik harga.
Minyak dah naik harga dan surely akan naik lagi.

Tapi kenapa bankrap jugak?
Boleh ke aku simpulkan, sebab BN naik jadi kerajaan?

Legit bang kesimpulan aku tu. Percayalah, kau deserve better berbanding RM500 yang kau dapat setahun sekali. Anak2 kita deserve better berbanding apa yang BN mampu tawarkan.

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

manifesto dan ucapan berbelit menuduh pembangkang penyebab bengkrap dan kemusnahan...akan terus didendangkan tv3..dan suku sakatnya...akhirnya pakcik makcik akan pangkah lagi bn pada masa akan datang...kemudian bn menang lagi..begitulah kitaranya...dan rakyat akan membebel dan mengeluh x puas hati untuk satu jangka masa yang terlalu panjang..

Fizah berkata...

mantot, kitorg yg dah biasa dgn blog ni memang dh tau sgt dh klu BN tak turun, selagi tu malaysia tak kaya2.

Yg tak tau tu, macai di luar sana. maka, mari lah kita share byk2 entry mantot ni.

eh, tp macai tersesat pun byk jugak kat sini kan? dia igt dia sorg jela yg sayang BN. aku dulu pun biru masa zaman Mahathir- Anwar. Tp at least akal aku ni berfungsi la jugak, drpd suka boleh jd tak suka.Yang kita pelik ni. dia punya suka tu sampai ko bongkar la apa benda pun, dia tetap tak percaya.

dia ingat menteri dia tu jadi yb sebab nak bela nasib negara ke?

klu dia nak perjuang, buat apa dia join BN yg dh tentu2 populer? melainkan dia nk tumpang sekaki.

klu pemimpin pembangkang tu nak kaut hasil negara, baik dia buat dalam keadaan menyelit di celah2 BN. buat apa susah2 nak form parti baru.

tu pun takleh pikir. yg dia tau, melayu melayu melayu. padahal pemimpin dia tu, berkawan sesama melayu sgt ka? anak bini semua nak taste mix-mix ajo..

http://myparentsmybestfriend.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

aduhai.. sedih aku tgk makcik-pakcik yg x dpt tgk ko tulis ni.. lg sedih kdg2 dh tgk pn tetap berfikir "xpe, org melayu jgk pegang, jgn jd mcm s'pore".. skrg klau org umno ckp mcm tu kat aku, aku ckp "lg better jd s'pore dr jd indon yg duit rupiah die jatuh gile2 atau india yg kerajaannye kaya tp rakyat miskin".. aku brani ckp sbb sdare-mara aku org melayu s'pore.. idup susah diorang lg sng dr idup susah kite kat msia..

Tanpa Nama berkata...

Aku benci bila orang tua kampung tanya tak mintak brim ka? Aku cakap aku tak layak sebab aku bayar cukai,duit cukai tu la dibuatnya brim..apa,aku ni susah sangat ka nak mintak brim? Orang tak pernah bayar cukai seumur hidup,u pasai jadi macam tu..

Prince of Noob berkata...

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja"

PR dah pernah jadi kerajaan iaitu kerajaan negeri. Dan tengok macam mana urus tadbir kerajaan negeri terutama di Selangor, mungkin kerajaan persekutuan boleh belajar sesuatu daripada mereka.

Mantot berkata...

kalau kau ada jumpa artikel pasal Najib sebut pasal GST dan negara boleh bankrap (25 Nov 2013) dalam Bahasa Melayu....passkan aku link dia.

Pelikkan berita2 camtu tak keluar dalam Bahasa Melayu...khasnya dalam Utusan :)

Tanpa Nama berkata...

Tot....Malapetaka smua ini dr be end utk smua pgundi pru 13 yg x mau brbah n x pasai2 smua skali kna...hampeh!!.

G-government
S-suke
T-tipu

B-bangkrapkan
R-rakyat
1-satu
M-malaysia....

Tanpa Nama berkata...

BN sudah tidak releven bagi golongan muda dan bagi golongan yang berfikiran intelektual, kebanyakan yang menyokong BN hanyalah golongan yg lower IQ , golongan warga tua dan sesetengah org di kawasan pedalaman yang masih lg tidak mendapat info.

Apa jaminan Najib sekiranya GST dilaksanakan itu mengelak negara menjadi Muflis?

Ahmad Maslan mengatakan ekonomi negara kukuh, tetapi Najib mengatakan sebaliknya sehinggakan negara akan muflis.

Sekiranya ekonomi negara kukuh mengapa perlu GST dan pelbagai takrif perlu dinaikan? Sehinggakan pembaziran terus berlaku oleh Menteri2 BN termasuk yang tiada jawatan dalam pentadbiran negara seperti Rosmah.

Shidan Kasim, mengatakan Rosmah membawa pelabur yang menguntungkan berjuta2, rasanya menteri perdagangan sudah tidak perlu lg di Malaysia, dan Shebry Cheek mengatakan penganjuran K-Pop membawa keuntungan, kenapa perlu di berhentikan, teruskan laksana program K-Pop untuk membantu ekonomi negara.

Carlos Santiago berkata...

sbb BN memerintah la keluar istilah bankrap. Negara pertama ada minyak tapi cakap boleh bankrap.

Tanpa Nama berkata...

orang perempuan tlg jawab. masih ramai perempuan yg sokong bn. cuba tengok beberapa analisis yg dibuat selepas pru13. kenapa, tak boleh fikir ke? najib tu kiut sgt ke?

Tanpa Nama berkata...

kesian...melayu ditipu oleh melayu sendiri..tapi masih x mahu sedar..bila kita cerita pun masih mati2 x mau pecaya..hah..tensen

Fit berkata...

Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah jadi kerajaan. Sebab dia TAK PERNAH la dia buat dan kita KENA bagi peluang utk diorg buktikan. Bkn mcm BN, dh bg peluang tp mcm sampah dia buat penyokong. Dan makcik-makcik, pakcik-pakcik, kakak-kakak dan abang-abang yg tuli tahap cipan masih lg nak BN perintah. Mcm mana Anwar nak bayar? Yooo bang, dia pernah jd menteri kewangan. Dia tahu how runs the government. Kalau TSKI pn pwrintah selangor kita nmpk ada perubahan, kelantan pun lg byk perubahan, nape x bagi peluang dkt diorg ni utk perintah negara. Sekarang ni jangan tengok parti. Kalau pemimpin tu x songlap duit, jujur, datang la dari parti mana pun, negara tetap akan maju dan smooth. Tot, aku rasa berita tu x keluar paper melayu sebab dia tahu org melayu suka baca tentang villa kak nabila, pak mat tersula anu pada kemaluan anak dia, hah berita mcm tu org kita suka. So letak dlm paper org putih senang. Melayu pn bukan semua paham ;)

Tanpa Nama berkata...

Aku perempuan and aku setuju giler yg kata ramai pompuan sokong bn....aku pon tak pahaaaaaaammmm!!!nak pulak kalo pmpn keje kerajaan,tak semua tp kebanyakan,haha...

Kalo org lelaki,tak suke2 pas&dap pun diorg tau bn ni mmg hampeh. Tp org pompuan yg aku tak phm tu, doookkk sokooooongg bn..mmg tak leh nk sembang bg fikir sikit, Tibe ckp sembg politik. Adooohaii..

Aku takdela nk ajak beramai2 menyokong parti ke ape,tp bukak mata bukak hati tu tgk realiti.

Aku smlm baca amenoworld, dia ada ckp kt org yg sokong bn tu, g dok diam2 sorok muka...tak pon g kat tempat tersorok, dok diam fikir, nape aku aku ni bodoh sgt,org dh terangkan mcm2 pun bodoh lagi...nk tersembur kopi aku,haha..tp aku rasa betul,tak tau nk cakp camna dah.
Setelah segala benda naik, hujan je turun, kalo dok sokong bn lg otak aku mmg tak boleh phm..

Tanpa Nama berkata...

Kdg aku rase biar semua naik, biar semua sakit. Nak tgk sampai bila leh tahan.. Agaknye kalo dah sakit sgt, taula diam dan fikir...

Tanpa Nama berkata...

Lg satu soalan nk bg penyokong tegar melayu umno fikir; kalo naik cukai pintu yg tengku adnan ckp nk dinaikkan tu, sape sebenarnye yg nk halau org melayu dari bandar, melayu umno ke cina dap?
dahla ku nan kata boleh revise aset tu nk jual atau stay,lain mcm betul ayatnya...

habes aku penah dgr pon kata, penyokong tegar kata biar cina2 kaya tu byr cukai lebih, habes takde melayu yg takat nyawa2 ikan kt bandar tu?

Tanpa Nama berkata...

Kalau awak ni cakap kat durang di singapore Melayu spore miskin memang kena penampar... Yg Malaysia ni ke arah negara bangkrap ...duit berbilion-bilion hilang apa cerita.Senang hidup kat Malaysia dengan warganegara haram pendatang banglasia ,indonsia, filipinasia, nepalsia, myanmarsia.

Tanpa Nama berkata...

- orang pompuan majoriti malas nk pikir isu politik konon tak penting
- orang pompuan sibuk dengan k-pop
- orang pompuan sibuk hal artis
- orang pompuan sibuk dengan cinetron
- orang pompuan sibuk hal jiran tetangga, sedara mara

yg benar
orang pompuan

Tanpa Nama berkata...

Haha.... betul sgt2... zero knowledge about politics....

Yg benar...
Pompuan Jugak

ena berkata...

But still I know wats right..... lol
ISLAM IS THE WAY OF LIFE

Sy pon pompuan jgk...

Tanpa Nama berkata...

For this time, I'm on your side tot


Pompuan too..

Tanpa Nama berkata...

Mantot, perlukah kita ucapkan terima kasih pada 47% pengundi BN??

perlu ke??

Nayanconi berkata...

orang perempuan nie takut. takut nak berubah. tak berani ambil risiko. dah selesa sangat hidup macam nie laa jadinya. aku kadang2 rasa nak nangis bila fikirkan macam mana masa depan anak2 aku bila aku dah kawin nanti kalau kerajaan kita still lagi berterusan buat hal macam sekarang nie. so aku sekarang tengah mula nak collect duit untuk migrate bila aku dah mampu.

Tanpa Nama berkata...

Tgk aja la.. kalau kambing.. dah lama boleh sembelih.. ini manusia...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun pompuan, dah banyak kali cakap kat pompuan-pompuan lain untuk berubah tapi last sekali.... aku jadi pompuan yang dipinggirkan. Hmmmph.............

lkjhgfdsa berkata...

Kalau ikut pemerhatian aku pulak, kawan-kawan aku ramai yang pemahaman politik diorang dipengaruhi oleh ibubapa diorang sendiri.

Aku masih ingat di zaman sekolah rendah, masa tu Anwar kena pecat, aku dan kawan2 aku (semua pompuan okey) dok sebok bereformasi walopun kitorang bukannya paham sangat pun haha.

Masa aku di universiti serdang dulu, aku tak berapa berani nak cakap aku tak suka bn sebab ramai gilos kawan2 aku (baik lelaki mahupun pompuan) yang pro-bn.

Tapi bila aku berpindah ke universiti gombak, kawan2 aku (yang semuanya pompuan harap maklum) adelah sependapat dgn aku mengenai hal politik.

Oleh sebab itu kini aku lebih gembira berbicara soal politik haha.

mummy_icha berkata...

Mmg susah nak explain things kat org yg x nak fikir psal negara. Tak semua pompuan tak endahkan. Tp mmg mostly mcm tu. Fikir masalah sendiri. Fikir masalah rumahtangga. Fikir anak n suami tak habis2. Fikir survival sendiri aje. Macam tulah. Hopefully lepas ni, lbh ramai yg bukak mata dan fikiran dgn segala mcm kenaikan ni. Ko tak letak sekali kenaikan cukai taksiran la tot. Entah kemana hala duit juta2 tu nak dibelanjakan kalau tak ke poket memasing yg buat polisi. Mencik fikir lelebih kang migrain aku.

Zinedine Zaiddin berkata...

At the end of the day, semua orang pun on the losing side sebab masih ada macai-macai yang taknak berubah dan terlalu murah untuk dibeli dengan BR1M.

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Tanpa Nama berkata...

Tot, tlg buat senarai kenaikan sejak lps PRU13, aku nak sebar2kan,haha...
jgn sarkastik,nanti ada yg tak paham,emo pulak lebih..tq.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun rasa nak nanges bila dgr tarif elektrik nak naik smalam. Seriously ape yg najib dah buat dengan ekonomi negara. Tak leh bayangkan hutang yang ditanggung smpai semua benda dia naikkan. Aku rasa dah teraniaya sangat2

Unknown berkata...

aku setuju komen yg org pompuan plg byk undi BN..

Tanpa Nama berkata...

Saya x pernah takut utk berubah....

org perempuan jugak ;-)

Tanpa Nama berkata...

Saya x pernah takut utk berubah....

org perempuan jugak ;-)