Minggu lepas, satu Malaysia mula kecoh dengan dua benda proposal yang agak menekan orang ramai.
1. Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya
2. Kereta 12 tahun bakal dilupuskan
Sebelum mengamuk tak tentu pasal, ingatkan diri anda, ini proposal. Tah2 idea seorang dua yang kita over react kaw2. Tapi cuba kita analisa pasal benda ni dulu elok2.
Kebaikan :
a. Dapat mengurangkan risiko kematian penunggang dan pembonceng motorsikal.
b. Pemandu kenderaan 4 atau lebih tayar dapat memandu dengan lebih tenang
Keburukan
a. Aku pernah bawak motorsikal EX5 dari KL ke Kedah. Kenapa? Sebab tiket bas ke Kedah lebih mahal berbanding bawak motorsikal sendiri.
b. Menghalang hak seseorang hanya kerana dia tak berapa mampu. Kalau kau nak halang motor, kau kena halang semua sebab geng2 bawak motor ni majoritinya bawak lebih had laju. Itu satu kesalahan jugak. Termasuklah aku dulu. Aku maintain 140-160km/j. Ada yang bawak lagi laju dari aku....(bikers, please, takyah justify yang motor besar kena bawak laju. Had laju highway berapa?)
c. Majoriti motorsikal atas jalanraya adalah motorsikal berkuasa rendah. Menunjukkan yang ramai sebenarnya tak mampu. Kau mampu ke nak cakap dengan diorang "lebih selamat sebenarnya bawak motorsika anda yang murah dan berkuasa rendah tu atas jalan kampung sebab situ lebih selamat!"
e. Pemandu kereta rasa jeles kerana motorsikal dah la tak bayar road tax mahal, tol pun tak kena.
Kebaikan
1. Aku sokong benda ni. Kalau kau pernah mengeluh nak carik parking kat rumah kau pun kau sepatutnya sokong benda ni. Negara kita ni dah jadi tong sampah kereta. Sesuatu perlu dilakukan walaupun sedikit sadis. Kalau sampah pun kita tak mampu nak kawal amaunnya, kereta nanti2 lagilah. Baru berapa tahun negara kita guna kereta secara meluas? 50 tahun? Bayangkan berapa banyak kereta akan ada atas jalanraya lagi 30 tahun dan bila bilangan penduduk mencecah mencecah 50 juta? Waktu tu, kaum Bangladeshi dan Myanmar pun nak jugak merasa kereta nasional, kan?
2. Kita akan ada satu sistem statistik di mana kita boleh tau berapa banyak kereta akan dilupuskan dan jumlah kereta baru yang akan keluar. Kebaikan dia, kita boleh kawal populasi kereta ni. Setakat ni, mentaliti kita adalah "bila kita dah boring dengan sesuatu kereta dan nak beli baru, kita tolak kedai second hand dan tak peduli lagi dah apa yang jadi." Apa jadi dengan kereta kau tu? Tak ada orang ambik peduli kan? Sistem melupuskan kereta ni sekurang2 nya mampu kawal benda ni sebab kita memang dah tak peduli pun once kita dah jual. Mentaliti standard kita la.
3. Kenapa 12 tahun? Aku tak sure. Tapi jangka hayat kereta makin lama makin singkat. Jika satu masa dulu kereta mampu kekal lama tapi sebab sekarang ni kereta adalah mass manufactured product, kualiti dia dah tak sama macam dulu. Kau compare body dah la.
4. Ada kemungkinan kadar harga, kadar faedah pinjaman dan harga spare part boleh dikurangkan kerana kita sudah ada fixed interval yang boleh diikuti.
Keburukan
1. Tidak ada lagi kereta antik.
2. Masyarakat seolah-olah membeli dan menyewa kereta. Habis bayar kena lupuskan. Kita tak ada kereta yang boleh bagi kat anak-anak pakai. Kita habis bayar, kita tak dapat apa-apa. Macam kau sewa rumah. Kau bayar sekadar untuk pinjam duduk.
3. Menjerat keluarga berpendapatan sederhana dengan hutang sepanjang hayat. Lepas pencen pun mungkin ada hutang sebab kena ganti kereta time tu.
Ada beberapa benda yang kita perlu implement betul2 dulu sebelum masyarakat ready ikut polisi ni.
1. CUKAI KENDERAAN DAN CUKAI MOTORSIKAL PERLU DIHAPUSKAN! Kalau kerajaan implement dua polisi ni dan masih lagi nak kekalkan cukai dua2 benda ni, kerajaan kita ni sah-sah zalim tahap malaun anjing. Tahukah anda kenapa harga motorsikal Malaysia macam harga segulung ijazah padahal motorsikal itu hanyalah motorsikal cap ayam atau motorsikal ke pasar di negara maju? Tanyalah kerajaan apa rasionalnya. Mungkin diorang akan jawab "motorsikal besar tidak selamat dan itu semua ketentuan Allah."
2. Sistem pengangkutan awam perlu ready dengan sempurna. Bukan sekadar ada sistemnya tapi mesti sempurna. Maksud aku, boleh replace keperluan penggunaan kereta individu di bandar. Aku boleh ke KL dengan riang hati tanpa mengeluh bila guna perkhidmatan awam. Aku juga boleh balik ke kampung naik pengangkutan awam dari rumah aku sampai ke kampung tanpa perlu siapa2 hantar aku ke stesyen bas. Ni kalau nak ke stesyen LRT pun aku kena naik kereta dan kena bayar parking mahal, apa pointnya? Naik taraf bas. Bas sekarang ni adalah pengangkutan untuk pendatang asing....rasa macam aku pulak tourist bila naik bas.
3. Sediakan alternatif kepada yang nak hold on kereta diorang. Road tax tinggi, insurans tinggi, aku rasa itu wajar dikenakan jika diorang nak simpan kereta. Gunakan kadar ikut value kereta. Jika kereta tu murah, insurans dan road tax dinaikkan ala kadar dah la, mungkin tak ada NCB ke, hahaha. Kalau kereta tu Rolls Royce ke Bentley ke, cekik diorang cukup2.
4. Apa alternatif kepada penunggang motorsikal yang takleh guna highway? Nak suruh diorang naik bas? Naik keretapi? Orang naik motorsikal sebab kos dia murah. Jika naik bas dan keretapi jauh lebih mahal berbanding naik motor, polisi tu bakal membuatkan yang susah makin susah. Khasnya student. Ada sebab kenapa diorang naik motor ramai2. Seronok! Kau naik bas, nak berenti kencing pun kena maki.
5. Wujudkan akta jika berlaku kemalangan akibat kecuaian dan kerosakan kereta lebih 12 tahun, hukuman berat akan dilaksanakan. Contoh hukuman adalah penjara di Villa Nabila selama 2 tahun.
6. Jika nak implement benda ni, pastikan implement dekat semua orang. Sultan ke Menteri ke VIP ke Anak Tun ke, semua kena. Kalau orang biasa aje kena tekan, macam mana la masyarakat nak anggap kerajaan ni bagus...apa berbeza benar ke level orang biasa dengan menteri ni sampaikan saudara menteri pun dapat ilmu kebal kerajaan?
7. Dulu Proton ada buat rebate untuk recycle kereta bila beli kereta model baru. Itu satu cara yang agak menarik dan boleh dikembangkan supaya jadi insentif. Pastikan melupuskan lebih untung berbanding menyimpan kereta selepas 12 tahun.
8. Jalan khas untuk penunggang motorsikal? Bagus idea tu. Tapi belajarlah daripada Lebuhraya Persekutuan punya cerita...lepas dah ada ular jatuh atas penunggang, lepas dah ramai jatuh dalam lubang dan berapa puluh kes rompak dalam terowong, baru lah nak upgrade dan per-elokkan. Nak buat, biarlah elok, bukan sekadar buat sebab nak halau penunggang keluar.
Itu adalah antara beberapa benda yang aku nampak. Aku tidak setuju kalau penunggang motorsikal berkuasa rendah tidak dibenarkan guna highway dan aku setuju dengan bersyarat kalau undang2 lupus kereta diperkenalkan. Kalau kau ada idea dan saranan atau sekadar nak kutuk aku sebab aku sapot idea ni, sila nyatakan komen.
Aku ikhlas cakap, benda ni memang susah nak diterima tapi kita terpaksa buat benda camni. Mungkin kau sayang kereta kau tapi polisi ni boleh membantu anak2 kita sustain hidup yang lebih baik. Masa depan Malaysia akan dipenuhi dengan bangunan dan jalan serta kawasan perumahan. Waktu tu, tempat menyimpan kereta ni akan jadi sangat limited. Kita kena korban sikitla untuk generasi akan datang. Takkanlah masa depan nanti kita kena erectkan parking 5 tingkat merata2 semata2 sebab nak tampung jumlah kereta atas jalan raya?
Kereta aku pun dah masuk 4 tahun dah ni. Kalau kereta aku ni harga dia 20 ribu lebih takde la aku ralat sangat tapi.....dah nak kena bayar pun 9 tahun. Agak kurang hajar kalau aku kena let go kereta aku lepas aku dah habis bayar satu amaun yang agak besar.
Yang penting, kerajaan kena decide, sama ada nak jadi negara yang bergantung dengan industri kereta atau yang mempunyai culture city people gunakan pengangkutan awam. Kau takleh nak aplikasikan dua2 ni serentak sebab benda ni clashing. Kalau nak jual kereta, jual kereta, tanggunglah akibatnya nanti2. Kalau nak kurangkan bilangan kereta, pastikan pengangkutan awam mampu support the system. Create ecosystem yang boleh buat semua lapisan masyarakat nak naik public transport...bukan sekadar PATI.
Kalau benda ni jujur pelaksanaannya, kita akan nampak faedahnya bila kita dah tua nanti. Tapi, Kerajaan Malaysia dan "Pelaksanaan Yang Sempurna, Jujur dan Ikhlas Serta Tiada Niat Lain" adalah dua benda sangat susah untuk kita percayai wujud.
Wahai kerajaan,
Kau tau kenapa orang ramai benci kerajaan? Semua polisi yang kau perkenalkan, semua benda kau nak menang. Yang mesti rugi, orang ramai. Sebab itu ada dah stigma dalam kepala otak kitorang yang kerajaan buat semua ni untuk untungkan kerajaan dan tekan rakyat lebih2 lagi. Memang itu yang kitorang rasa. Itu realiti aku dan majoriti rakyat Malaysia, yang tak undi kau tapi kau still menang pilihanraya jugak.
Fikir la masak2 dulu. Dulu perkenalkan cukai kenderaan, bila polisi tu dah jerut orang ramai sehingga sekarang, walaupun Proton dah diswastakan, still kita struggle nak abolish benda tu. Tak mustahil benda ni akan jerut orang ramai lagi 20-30 tahun kalau pelaksanaannya sekadar asal boleh dan tak fikir panjang.
Aku cuka kerajaan punya idea kadang2, sebab aku nampak rasional dia. Kurangkan subsidi gula. Kurangkan subsidi minyak. Aku paham kenapa kita perlu lupuskan kereta. Ada advantage, ada disadvantage. Tapi long term, advantage akan negate the disadvantage. Even GST pun aku setuju.
Tapi......masalahnya, pelaksana dia tu, tak berapa nak boleh dipercayai lah. Semua nampak macam carik jalan nak kaut keuntungan dekat diri sendiri. Kau nak perkenalkan paradigm shift yang mega macam ni, buat la elok2. Tapi janganlah gunakan alasan tidak bijak macam "Kereta lebih 12 tahun tidak selamat." Itu alasan bodoh benar. "Kurangkan subsidi gula sebab kita ramai kencing manis, harga minyak perlu naik supaya rakyat merancang perjalanan."
Kau nak justify, justify la elok2.
Orang ramai marah dengar alasan bodoh camtu.
Yang peliknya, ramai la jugak yang percaya.
Nasib baik diorang ni golongan minoriti.

Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya

Kereta 12 tahun bakal dilupuskan

...................

....................

.....................

28 ulasan:
Saya guna kereta honda civic thn 96, dah 17 tahun umur dia, tapi kereta elok berjaga, tak byk meragam, pickup pun masih power, hutang dah setel..bukan tak mampu, tapi duit boleh spend ke lain, melancong tgk bumi Allah..yang penting tak berhutang dan tak menyusahkan orang lain. Nak buat mcm mana, dah kerajaan kita sendiri menggalakkan rakyatnya berhutang.
aku pergi keja naik moto..sebab nak elak drp lewat masuk keja sebab jalan jam (haritu dah sangkut kat silk ada accident msk keja jam 940pg naik keta)dan kurang kos n bjimat drp drive keta..keta dah habis byr tp duit kena save nk beli brg utk second baby nxt year...pakai keta waja tp selalu servis so ok lagi xde masalah sgt..kalo nak beli keta baru dgn harga pasaran sekarang memang membebankan..anggap keta sebagai transportation utk family..
Proton Saga 1st edisi abah aku elok lg smpi sekarang.Yg penting tak berhutang.
hutang sembilan tahun pakai lagi tiga tahun, hutang lagi bertahun - tahun hehe
Kemalangan melibatkan motosikal antara jalan biasa berbanding lebuhraya mana lebih tinggi? Berapa kelajuan maksimum ex5 kau tot?

Kpal selam scorpne dbwa blyar,
meletop sbji tgal Djeti,
hutang ptptn x abs dbyar,
hutang keta baru dbwa ke mati,..he..he7x
Baru cukai kereta.. Belum lagi cukai barang yang dibeli macam kat US semua tu...
kete husband aku almost 20 taun jugak..tip top je,..boleh je dia hntar aku g cr rezeki hari2..
nak bli kete baru? utang lagi.....
he he statement yg ats ada aku xsetuju mmg ramai org suka kjaan tp majoriti skg kjaan lagi. itu fakta. biar lah bn nk buat apa dia kjaan aku sbg rkyt dpt malaysia xjahanam sudah wpun nmpk mlysia bkl jahanam nnti. buat lg bg susah rakyat sbb msh dpt printah lg 5thn msk pru skn dtg buk skit pastu mlayu skg lg so moral of story mlayu tk pernah bljr dr apa yg blaku tq
Banyak point yang aku setuju terutamanya bab parking dan pengangkutan awam tu. Sebenarnya pada pandangan aku, banyak kerajaan yang cuba buat bagus, tapi perlaksanaannya ke laut. Lepas tu, semua tak ngaku dia yang buat. Yang paling aku setuju tajuknya ke kot. kah kah.
Kenderaan 4 tayar akan tenang kalau motosikal tidak dibernarkan berada di jalan raya?
Salah. Jalanraya akan bertambah sesak.
Cara perancangan bandar kat malaysia ni; dia suruh orang beli rumah kat suburb & ulang alik ke pejabat di bandar. Jadi, memang kena lalu highway. Alternatif lain memang tiada dalam sistem pengangkutan bullshit ni. Kalau tak pakai motosikal, orang akan terpaksa pakai kereta. Trafik sekurang2nya akan jadi dua kali ganda. Mungkin lebih. Sebab motosikal selalu tak ikut trafik kereta biasa, boleh mencelah.
Salam, apa yg awak luah kan ni, saya sokong! Good work and keep it up! Hope sangat org atasan tgk tp takut org atasan tk dilayan.
Kenangan beb, bawak moto dari kuala selangor-penang tetiap kali cuti sem. Memang aku ngaku la speeding tak lari 120-140... Tapi lori antik pon bleh potong aku beb. Ha camno tu? Kos? Murah giler. Hanya rm15.20 perjalanan sehala.
Naik bas? Dari rumah p stesen pudu rm6, pudu-penang rm35, stesen bas penang ke rumah rm10 (teksi), rm2 (bas), free kalo tunggu parents dtg amik. Naik teksi or parents amik sampai depan rumah, naik bas kene menapak lagi 800m utk sampai rumah.
Risk? Naik moto, berhujan berpanas, tayar pancit tengah highway, geng2 yg tak penah tgk rider pompuan sesorang kaco2, abg lori mintak no fon, biasa la. Tapi aku buat bodo je. Ada moto, blah je la.
Naik bas punye risk? Mentang2 aku pompuan, gangguan tak senonoh di mana2. Kengkawan aku penah panggil aku psycho sbb simpan pisau lipat dalam beg. Pisau tu jugak penah selamatkan aku dari jadi mangsa pencabulan sorg pemandu teksi. Padan muka dia tangan berparut. Nasib baik tak kena tikam sampai mati. Kalo tak, mesti aku masuk jail.
Turunkan harga kereta (terutamanya kereta nasional). Kalau gaji fresh grad dan low income bracket boleh afford bayar kereta nasional harga paling murah (read: viva dan saga) dalam masa 3-5 tahun, boleh la nak lupus kereta dalam masa 12 tahun. Ini nak membayar viva dan saga spec paling cikai pun kena hutang 9 tahun, lagi nak suruh dispose kereta lepas 3 tahun bebas hutang. Duduk kat Malaysia ni agaknya memang nak disuruh berhutang dari keluar perut mak sampai masuk lubang kubur. Kerja utk berhutang dan bayar hutang je.
Tambah sikit. Walaupun kereta nasional ni ramai yg x gemar pakai tp disebabkan polisi "kita letak cukai kereta import tinggi sebab kita nak orang pakai kereta nasional" maka aku mengharapkan harga kereta nasional direndahkan serendah yang boleh sebab utk golongan yang 'asal ada' ni kereta nasional ke import ke, asalkan boleh bergerak ok la tu. Makes me wonder kenapa kereta jenama luar pasang kat Malaysia boleh dapat diskaun kaw2 punye tapi kereta jenama Malaysia pasang kat Malaysia takde la murah mana pun. Sama macam kempen Malaysia My Second Home MM2H tu la, expat diberi kelonggaran cukai macam2. Rakyat kita pulak kena cukai macam2. Hahahaha..
Kancil kesayanganku tahun 2000, maknenya dah 13 tahun tapi masih mantap seperti dulu. Sebab apa? sebab aku jaga baik beb... bukan main belasah jer, nilai sentimental mase keja kilang dulu tuh... sokati jer nak soh lupus, mak incik jaga sikit punya baik tau!
kete Ai ni hutangnya 12tahun.
habis byr hutang terus lupus.
ntahape2
boleh kalau nak suh lupus keta yg dah 12 tahun. Dengan syarat. Bagi aku keta free yang baru. Aku dah tak kuasa nak bayar utang keta tiap2 bulan. Keta dah abih bayar sgt lapang rasanya hidup aku ni. Mungkin boleh lupus kalau keta tu mmg tak dipakai dan dibuat tukun kat tempat parking. Tapi kalau dipakai dan dijaga dengan elok, tak perlu la kuatkuasakan akta ni. Bebankan rakyat bilis cam aku.
keta aku pon dh 17 thn. aritu renew roadtax insurance dh kena byr lebih sbb keta dh terlebih umur katanya (thn lps renew ms umo 16 thn x kena pulak. polisi baru la ye?). siap dah pnh tenggelam banjir. tp Alhamdulillah umur masih panjang, body masih kuat (kena langgar keta lain lbh baru, remuk sikit je, yg langgar mcm nak roboh dh), masih jimat minyak, dan masih boleh bwk laju. paling penting, aku x dok lane tgh bwk 80-90kmj kt hway PLUS mcm kebykan keta2 baru. hahahahaha
just my opinion, klau production keta dah jd fixed production sememangnya harga keta akan naik bkn? manufacturer keta hanya dibenarkn produce sebegini amount, surely utk sustain bisnes mereka diorg perlu mark up harga keta TQ
tot ko ni aidid ke? Hehehe
Haih. Kalaulah PM boleh betul2 baca n faham apa yg ko tulis ni tot... alangkah bagusnya. Kalau PM tak baca pun, alangkah bertuahnya kalau ada menteri yang bijak sikit, baca dan faham. Kalau bukan menteri pun, ada lah mana-mana pegawai menteri yg baca dan faham dan ada inisiatif nak bagitahu kat boss diorang.. at least, apa yg ditulis kat sini ni ada lojiknya. Ini tak. Diorang ni (menteri2) ni cadangkan polisi ikut syok sendiri. Duduk sesama diorang, pastu tak ambik tahu kesusahan rakyat, pastu nah, buat cadangan. Ada pun pegawai2 diorang yang sepatutnya turun buat research, malas. Asyik ikut je bos tu ke hulu ke hilir. Asyik "yes Boss" semedang. Sebab tu cadangan polisi tu tak kena langsung dengan rakyat.. menyusahkan lagi ada. Dia macam, grup elit yang perasan bagus, pastu buat future plan utk negara yang diorang rasa semua rakyatnya adalah group elit macam diorang jugak. Kejadah...
Tot, aku nak minta tolong kau huraikan isu Rosmah Mansur guna private jet dengan isteri-isteri menteri lain gi qatar.. pls, ni request aku. nk tgk kau ni sokong shahidan kasim atau noh omar..
tol la tot. da cam aididmuadib da ko nie.
Aku rindu giler nk bace tulisan die.
Skang dah xtau maner pegi.
Mcm mana kereta nasional yg sama cc dgn kete luar cthnya waja vs nissan 1.6 hrga lbh kurg sama je sedangkn kereta luar dh dikenakn tax yg tggi?mcm mana kereta nasional dlm malaysia dijual dgn hrga yg lbh mhl berbnding yg dieksport ke luar sedangkn kualiti di luar jauh lebih baik?fikir2kn lah..
sangat memberi artikel yang berguna buat saya untuk melihat macam kendaraan
Kalau nak lupuskan kereta tu lupuskan yg lama tak dipakai sbb menyusahkan org lain esp parking. Kereta lamayg still dipakai elok takyah la lupuskan. Bukan semua org gaji besar. So, jgn tunjuk bodoh tu terang2 haha
Catat Ulasan