November 07, 2013

Rahsia Institusi Pengajian Tinggi Yang Adik-Adik Nak Ambik SPM Perlu Tahu

Pernah dengar cerita pasal student maki lecturer sebab lecturer tak passkan dia ataupun student maki lecturer sebab student rasa "dia yang bayar gaji lecturer tu" ? Benda ni sebenarnya tak pernah pun berlaku dekat Malaysia sebelum ni dan mentaliti camtu tak pernah wujud pun dekat budak Melayu. Walaubagaimanapun, memandangkan pendidikan sudah jadi satu bisnes orang kaya buat duit, itulah yang berlaku sekarang ini.

Satu masa dulu sebelum pendidikan jadi satu bisnes dan tidak banyak IPTS dibukak, hanya orang2 terpilih yang dapat melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tapi oleh kerana terlalu ramai anak muda keciciran dan menjadi huru hara, dasar pendidikan negara menggalakkan pihak swasta membuka IPTS yang mampu menampung pelajar2 yang tidak dapat ke IPTA ni. Lagipun, dengan kemunculan IPTS, student ada choice. Faedahnya secara general, lebih ramai pekerja terlatih dan berkelulusan mampu dihasilkan setiap tahun. Itu matlamat murni dia la.

Selain itu, kalau kau tak suka apa yang IPTA offer kau, kau boleh pegi IPTS. Itu kebaikan dialah selain daripada memberikan peluang kedua kepada yang lingkup SPM untuk dapat pendidikan tertiari ni.

Oleh kerana bisnesman will always think about profit dan expansion, mereka akan nampak yang jikalau diorang hanya try cater kepada local student, persaingan dia teramatlah sengit. Jadi wujud IPTS-IPTS yang offer education kepada student luar dan berlakulah lambakan masuk pelajar dari Nigeria, China dan Timur Tengah. Itulah yang kita boleh lihat sekarang ni.

Walaupun dari segi ekonominya bagus untuk negara tapi ada beberapa side effect yang terjadi. Student Nigeria mula buat gangster kat Puchong dan Cheras. Terlalu ramai gadis China masuk sebagai pelajar tapi datang sini untuk jadi pelacur dan orang Timur Tengah pulak, majoriti diorang bawak kereta macam Malaysia ni, bapak dia punya.

Walau bagaimanapun, itu bukannya kesan paling buruk yang globalisasi pendidikan ni bawak masuk....

Kebanyakan student ni (bukan semua) yang datang Malaysia ni adalah mereka2 yang score tak berapa bagus untuk exam "level SPM" diorang dan paling penting, diorang ni kaya. Beserta dengan itu, diorang pun memperkenalkan kepada Malaysia satu mentaliti dimana "Pendidikan Adalah Bisnes, Jika Aku Sudi Bayar Kau Boleh Luluskan Aku Tak?"

Ahli perniagaan kita pulak nampak permintaan geng2 yang nak degre mudah ni, cepat2 diorang grab market dari situ. Ye lah, orang luar, datang Malaysia ramai2, bayar puluh ribu, takkanla nak balik negara asal diorang tak ada hasil? Jadi banyaklah IPT2 di Malaysia ni yang mana mengambil pelajar luar negara mula memperkenalkan dasar tidak rasmi "You Bring In The Money, We Give You Your Degree."

Bukan setakat kolej2 kecik buat benda camni malahan satu Universiti yang agak established fakulti engineering dia pun telah mengeluarkan arahan kepada pensyarah supaya tidak menggagalkan pelajar2 luar negara. Ini bukan fitnah, ni betul. Ini adalah kerana bila kau deal dengan pelajar luar negara, ada banyak komplikasi yang kau kena hadapi kalau student foreign ni gagal. Visa, student registration, report dengan imigresen...banyaklah birokrasi dia. Selalunya visa hanya akan diberi beberapa tahun jadi kalaulah student tak dapat pass semua course dalam masa yang ditetapkan, management fakulti dan universiti lah yang kena menjawab.

Jadi, banyak universiti dan kolej ambik jalan mudah.

Passkan semua budak foreign walaupun kerja macam gampang. Agak menakutkan kalau budak tu belajar architecture, bukan? Lagilah mudah diorang pass kalau government diorang ni sponsor study fees sebab kebanyakan government ni, diorang expect investment diorang balik modal. Jadi, mentaliti budak2 ni, datang Malaysia, expect diorang dapat degree sebab diorang yang provide fund untuk kita run universiti kita. Aku tak kata semua. Mana yang betul2 nak belajar, memang diorang bagus. Standard la. Semua tempat camtu kan.

...............

Kenapa aku menulis benda ni?

Aku cuma nak ceritakan realiti pendidikan di Malaysia ni dah macam tu untuk budak2 yang nak ambik SPM ni. Kalau kau masuk IPTA sekalipun, yang mana ada ambik foreign intake, kau takyah terkejutlah kalau budak2 foreign tu tak pernah datang kelas, tak pernah jumpa lecturer, tapi dapat B-. Itu tekanan yang wujud pada pihak universiti sebab culture camtu dah mula bercambah merata2. Duit dah mampu beli grade. Sebelum ni kes melibatkan duit sebagai bribe, malahan ada yang menjaja vagina dan penis untuk kelulusan. Pernah dengar kisah lecturer mintak student romen kalau nak A? Memang berlaku.

Janganlah sebab kau nampak ketidak adilan camtu, kau jadi malas nak belajar. Anggap aje la diorang tak wujud, walaupun kau tau benda tu tak fair dan merendahkan nilai effort yang kau dah buat. Kau concentrate aje belajar dan penuhkan diri kau dengan benda2 berfaedah. Masa dekat IPT, jangan jadi mat rempit atau gadis bertudung gersang. Aku yakin kau akan nampak treatment student local dengan treatment student oversea ni lain sikit, tapi teruskan lah berusaha. Kau juga akan dengar kes di mana awek2 hot yang tak tau hapa2 dapat markah bagus. Itupun normal. Semua pensyarah ada nafsu. Cuma tak semua ada etika dan jati dia. Sesetengah orang, bila dia ada kuasa, dia akan take advantage benda tu.

Belajar rajin2, penuhkan kepala kau dengan ilmu dan agama lepas tu tahun 2018 nanti, kita kasi tukar pihak2 yang bertanggungjawab ubah dasar pendidikan negara kita kepada satu bentuk komoditi bisnes, yang kualitinya ditentukan oleh nilai yang mampu dibayar. Sistemnya bagus, niatnya elok tapi implementasinya, mak aih, merepek. Last2 jadi kepada the profit race jugak, semua berebut nak bukak kolej bukan sebab nak mendidik sebagai main objective, tapi sebab nak rebut duit. Education belakang kira.Lihatlah sendiri IPTA sendiri pun makin lama makin membuka pintu kepada pelajar asing.

Kalau ikut timing, koranglah (SPM tahun ni) batch yang bakal graduate sebelum pilihanraya umum yang seterusnya.Aku tau jiwa anak muda memang berapi aje. Sabar. Just go a long with the system yang diorang dah letak buat masa sekarang. Kemudian, bila kau dah graduate, belajarlah melawan. Belajarlah mempersoal. Kau akan mula kerja pada zaman GST dah terlaksana dan waktu tu berapa percent GST nya kita tak boleh jangka. Janganlah dibiarkan sampai "PTPTN kan ada?" jadi slogan hidup bakal pelajar dan mak bapak Malaysia.

Tapi bila tengok balik video2 tak senonoh budak sekolah zaman sekarang, rasanya, elok jugak la warga asing dapat masuk IPT kita kan? Hahaha. Macam orang tak ada akal langsung kadang2 membuatkan Miley Cyrus nampak genius.

16 ulasan:

Prince of Noob berkata...

cari group KHK atau kepala hotak kamu kat facebook, kat situ bersepah ragam generasi2 tahi ni

Tanpa Nama berkata...

bile prince of noob nak wat comeback?rindu kat penulisan PON

d berkata...

tggu je mantot nak ulas ape sbb dah nampak gambar.mendalam seh.hahah. kesian kat budak2 tu,nnti kalau dah insap mesti nyesal giler2.

Tanpa Nama berkata...

Sangat betul artikel ni. Sy salah seorg yg pernah melanjutkan pelajaran di dlm dan luar negara;IPTA dan IPTS. Situasi di ipts benar2 spt yg saudara tulis...terutamanya kes utk tidak menggagalkn pelajar foreigner..seboleh2nya mereka msti lulus.

Tanpa Nama berkata...

ohh no wonder la ramai yg pandang serong dgn IPTS..

Tanpa Nama berkata...

lol ipta kiter ni pon ade yg dah pakai prinsip student is client laaaa, tak caye? nuh gi jenguk yg penuh bumiputera aje tuuu...lol

Tanpa Nama berkata...

Noob. Nak menangis aku tengok page KHK tu. Mintak Allah jauhkan keturunan aku, jiran tetangga aku, sedare mare aku dari berperangai mcm tu.

Semoga Allah bagi petunjuk.

delima berkata...

mmg betul pendidikan mmg dah diperdagangkan dan dijadikan bisnes.
utk memohon kemasukan dan utk borang diproses je ada yg sampai beribu2.
hostel pulak diwajibkan dgn kos cekik darah rm700++ sebulan. yuran pulak dh puluh2 ribu setahun. student pulak terikat dgn syarat2 universiti yg nmpak sgt nk menipu duit orang.

kalau nk kaya, silalah join venture bina ipts sendiri.

delima berkata...

harap jgn pandang serong pd ipts/lepasan ipts. bukan semua yg pegi ipts tu dgn duit sdiri. ada yg dpt tajaan dan dihantar ke ipts.

lagi satu, harap lepas ni lebih ramai lagi orang yg sedar, nak dan pilih PENDIDIKAN PERCUMA.

dan kementerian pendidikan skrg ni (yg sebelum2 ni xtahu la) hanya tahu cakap je lebih, nak cover diri sendiri kononnya dh buat kerja.

Cili Pedas berkata...

Jiwa muda darah bergelora memang laju je bab sokong/bangkang dalam politik ni, kdg2 mcm melulu sgt. Asalkan hot topic, terhegeh2 dia nak jadi keyboard warrior (x kisah la mana2 side). Aku pernah cakap kat budak2 belum habis skola tapi sibuk nak berpolitik: budak skola sila abiskan skola dulu baru sembang politik. Budak tu cop aku macai. Aku sound balik:
Fact: adam adli kena buang sbb die aktif politik sokong pembangkang. We are all adam adli. Tp kita jugak nak kaki bangkang yang bijak2 dan dapat grad. Adam adli pun mesti nak golongan bijak pandai jugak yg teruskan perjuangan die
Fact: lecturer yg disayangi students tapi sokong pembangkang akan disekat dari naik pangkat dan macam2 benda lain yg mana menunjukkan kalau kau sokong pembangkang kau takkan pegi mana. So tone down la sikit especially bila kau pun belum habis sekolah, sia2 masa depan malap kalau kena buang sekolah dgn xde sijil PMR pun
Fact: staff dipecat atau diugut suruh letak jawatan adalah perkara biasa bilamana bos kau penyokong kuat kerajaan dan kau pulak obviously akan pangkah pembangkang sebab segala kata2 kau tunjukkan kau sokong pembangkang

Aku cuma suruh belajar sampai habis sekolah dan sambung belajar tinggi2. Politik kau buat low profile la sikit, amik tau perkembangan semasa tapi x payah nak macaikan org x habis2. Kita nak fight bukan dgn melalak bodoh mcm geng perkasa pekida rempit umno berarak baling batu menjerit2 macam beruk naik motor keliling bandar. Kita nak orang2 yg melawan biarlah tunjuk nilai intelek.

Ini jugak terpakai utk penyokong2 BN sebab:
Kalau dah bijak mungkin akan beralih arah lepas tengok statement2 bijak pandai oleh menteri2
Atau kalau BN masih menang sekurang2nya golongan pelapis tak jadi golongan bijak pandai macam menteri2 yg keluar statement bijak pandai tu
Tapi kalau tak jadi bijak pandai pun mungkin ada bagusnya. Macam tun M kata, umno dah lama tak beri orang pandai masuk umno, sebab tu ramai doktor masuk pas.

Master Yoda berkata...

[Pernah dengar cerita pasal student maki lecturer sebab lecturer tak passkan dia ataupun student maki lecturer sebab student rasa "dia yang bayar gaji lecturer tu" ? ]

Hahaha, tiap2 sem aku hadapi mslh ni dan ianya dtg dr kabilah yg bermula dgn huruf MIM...

Tanpa Nama berkata...

cili pedas...its true indeed! sokong.

Tanpa Nama berkata...

lama dah ada tot.. budak bawak BMW lecturer bawak kancil je..

jumpa lecturer yang goda lecturer pon ada..

Dan diroang ni dah masuk pasaran perkejaan pon..

Tanpa Nama berkata...

tak..sekarang ni aku nak tau apa kaitan gambar kat atas tu dengan cerita kau ni en mantot?

Unknown berkata...

bimbang masa depan anak-anak kita. zaman semakin maju, akal semakin singkat kerana hidup tak merasa susah dan terlalu selesa.

Tanpa Nama berkata...

KLIK LINK NI, GAMBAR AWEK COMEL