November 28, 2013

Malaysian vs Douchebag Bahagian 01 : Semua Cina Kurang Hajar!

Pagi tadi, aku nak ke ofis, aku singgah dekat Pejabat Pos nak ambik Pos Laju. Depan entrance pos, ada kereta sebijik dengan motor sebijik yang tengah bergaduh baru eksiden. Motor tu pecah bodynya. Nasib rider dia ok. Sebab serpihan kemalangan tu block aku nak masuk, aku berenti tepi kejap...

Terus nyonya ni datang kat aku, mintak aku pendapat. "Haiya..dia ni la saya masuk tatak tengok la, dia la punya la salah, saya punya lalan ooo.." Ko paham la sendiri macam mana nyonya umur 60 an bercakap camne.

"Sabar Auntie sabar. Cerita la sama saya elok2.." Dia pun cerita punya cerita. Jelas benar, nyonya tu yang salah. Dia masuk dari jalan sebarang nak belok ke kanan masuk ke pejabat pos. Motorsikal tu jalan straight jadi pejabat pos belah kiri dia. Memang ada kotak kuning depan tu dan traffik agak padat..

Aku cakap kat dia,"Auntie, ini memang you punya salah...itu dia punya jalan dulu" sebut aku sambil guna slang Cina ala-ala semua pelakon Melayu KL Gangster.

"Aiyya hensem aa, macam mana pulak saya punya salah!" Bajet panggil aku hensem, aku cair. Come on la cik. Mungkin kalau 40 tahun dulu aku cair la.

"You memang la, sebab saya Cina you kata saya salah.." jawab Auntie.

"Ini bukan sebab you Cina ke, dia Melayu auntie. Jalan tu memang jalan dia.." jawab aku. "Camni la Auntie, abang, pegi balai, senang.." Tiba2 aku pulak kena jadi judge diorang.

Aku tengok rider tu. Nampak macam pendatang Indonesia, satu masalah yang bakal kita semua akan hadapi hari2 atas kelalaian UMNO memerintah. Kau nak tau apa benda paling awkward sekali? Bila kau terpaksa tanya orang Melayu,  mana asal dia sebab nak pastikan dia orang Malaysia atau Indonesia....dan dia sebenarnya orang Malaysia...Awkward bang lepas tu...

 "Abang orang mana?" tanya aku.

"Orang sini.." jawab dia. Aku sengih aje la. Aku terpaksa tanya.

"Ada lesen? Ada road tax?" tanya aku.

"Ada.." jawab dia. "Motor nama abang?" tanya aku.

"Ak aah.." Dia nampak blur sebab lepas kau jatuh motor, kau memang akan jadi blur sket, apatah lagi kalau kau dah langgar kereta. Serious. Kau kena rasa. Aku pernah langgar kereta naik motorsikal. Duduk tepi jalan rasa high. Badan rasa takde apa. Tapi sejam lepas tu bila badan dah mula adjust balik barulah rasa sakit. Aku rasa itu normal mechanism badan nak counter body shock.

"Gi report polis. Ambik nombor kereta dia..." Brader tu pun keluarkan pen dan kertas catit nombor kereta minah tu.

"You ingat you boleh salin saja ka? Saya pun boleh salin maaa!" ugut nyonya tu.

Aku pun salam brader tu lepas dah ambik surat aku. Nampak lah nyonya tu still bertegas tak nak mengaku dia salah. Dalam eksiden tu, memang betul, dia salah. Aku sure. Sebab priority untuk jalan ada dekat brader tu. Tapi atas jalan raya ni, yang salah akan mengaku tak salah. Standard la. Kau kena tangkap beromen dalam jamban pun kau cuba salahkan orang yang kau romen. "Dia yang ajak saya romen!"

Jadi, kenapa aku ceritakan kisah ni? Sepanjang kau baca cerita ni, ada tak kau terasa geram yang lebih sikit bila kau tau nyonya tu Cina dan dalam hati kau, kau ada rasa "itu semua standard la, perangai orang Cina! Cina kepoh! Cina memang kurang hajar!" Mesti ada. Kita Melayu. Kita mesti jaga Melayu. Kita mesti sokong Melayu. Cina takkan tolong Melayu sebab Cina akan jaga Cina!

Bagaimana pula kalau aku katakan, aku sebenarnya tipu aje dan nyonya tu sebenarnya seorang wanita Melayu yang pakai tudung labuh?

Mesti secara automatik pandangan kau berubah kan? Marah pun berkurangan tiba2. Sejuk pulak hati siap boleh timbul rasa kesian lagi. Alaa! How sweet Melayu dengan Melayu berlanggar atas jalan raya!

Kenapa kita camtu? Fikirkanlah.

Fikirkanlah kenapa kau macam tu tapi kau sendiri benci apa yang UMNO, macai, Ultra Melayu, Ibrahim Ali dan PERKASA perjuangkan.

(Ini adalah bahagian 01 dalam siri "Malaysian vs Douchebag")

32 ulasan:

aienurz shuhaimi berkata...

kenapa douchebag?
macam tak faham sikit ayat tu..

Bersyukurlah berkata...

buat2 paham udah ler..yang penting in cerita bersiri..ikut mantot lah dia nak bubuh tajuk apa pun..

nurulachal mamat berkata...

yang salah tetap salah.. yg pelik yang tak salah tp asik kena salah. n dimomokkan dgn racist..

hikari berkata...

sebab kebanyakan malaysian dah jadi douchebag.. especially meleis

aku driver perempuan berkata...

Yes aku tak terpengaruh. Bagi aku lantak la dia melayu ke cina ke india ke iban ke hape ke salah tetap salah. takde nya aku nak kesian.

Tapi kalo bab jalanraya, aku lebih suka buat kesimpulan macam ni,

"Oh driver pompuan, patut laaaa."

Tanpa Nama berkata...

bila ko kate ko tipu kat part last tu, aku tak rasa marah pun tot. sebab dari awal lagi aku tak rasa marah. buat ape nak marah marah, cina ka melayu ka india ka sama saja maa.. tapi aku kesian sebab makcik tu tua. tu je. pergi balai setel kan. habis cerita. nampak sangat i tak racist.

Hidup Tanpa Penghujung berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Hidup Tanpa Penghujung berkata...

LOL!!
sian nyonya atau makcik tudung labuh tu.aku siap buat lakaran atas A4 sambil menghayati ulasan tot.
Memang tu laluan moto, hatta keta kebal sekali yg lalu.

penah jadi kes yg hampir sama kat aku,simpang tiga ada simpang kanan,50m depan ada trafik light yg ada simpang ke kiri.2lane.lane kanan utuk terus ke trafik light, lane kiri utk q masuk kiri kat trafik light.

Ada petak kuning, aku berenti ngam2 lepas petak kuning (punggung kereta atas line paling luar), boleh pulak nyonya tu cilok dari simpang dia berenti utk masuk lane kiri.

Apa jadi? pintu driver nyonya tu gesel bot,lampu belakang kiri aku.
siap bergegar kereta.

Dia boleh blah, sambil tekan rapat minyak (aku agak la).
Dah macam adegan crita yusop haslam aku kejar ada la dekat2 5km.Baru nak berenti. Orang yg tengok malam tu (MRR2) mesti igt aku tgh drifting..

siap nyonya tu kata, mana ada i langgar u, xperasan pon..

"hello..pintu kanan ko depan belakang calar balar ko kata xlanggar".. dem!

Mintak claim xnak bayar, balai crita. Datang si anak salam dgn aku bagai, and admit mak dia si nyonya tu yg salah dan dia setuju utk repair kereta aku.

Nampak?
Nyonya=sungguh mencabar iman.
Anak=sungguh bersopan.

Tanpa Nama berkata...

Actually, kalau minah bertudung labuh driving mcm hantu, lagiieeeeeee aku nyampah mcm nk tempeleng compare dgn Chinese.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa nak rasis. Aku rasa nak tahu sangat apa ending isu yg berlaku tu

Tanpa Nama berkata...

isu mcm ni sampai bila nak habis

Tanpa Nama berkata...

ni ape main episod2 ni....ala, nak jadi love u mr arrogant la pulak....kasi habis celita la macha....haha...

Tanpa Nama berkata...

Blogger u yg racist!! ala, kita kah all malaysian... tak patut ckp mcm ni.. aku pun pernah nampak melayu yg kurang ajar terus marah melayu yg dilanggarnya.. semua la masalah individu.. jgnlah main rakyat malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

cerita Hidup Tanpa Penghujung tu mmg biasa agaknya. Ada kes yg sama gak, c mak marah2 x mengaku salah, bila c anak datang, dia mintak maaf sbb mmg salah mak dia.

fard berkata...

ok aku melayu ramai2 melayu tgok aku jatuh motor atas highway semua xberhenti,,,lasy sekali couple cina muda blocking keta dia atas jalan angkat motor aku.....awek dia selamber jer tya mcm22 siap nk hantar p hospital lg....bangsa xpenting bro....tu yg penting hati mest baik.....dikecualikan sbb dlm bab agama mmg kena tegas no kompromi
.

armorphism berkata...

Aku bukam melayu,aku islam je...hehehe

armorphism berkata...

Aku bukam melayu,aku islam je...hehehe

Norizzuddin Kasim berkata...

Kalau yg melayu/muslim yg buat lagi la tak patut. Menjatuhkan maruah agama dgn sikapnya. Patut org mcm ni yg dikatakan menghina Islam.

Tanpa Nama berkata...

Aku (Melayu malangnya) pernah tolong Pakcik Cina yg jatuh motor. Takde hal nya. Hidup Malaysians (kecuali yg mkn duit rakyat)!

Tanpa Nama berkata...

Mula2 aku rasa biasa je, walaupun dia cina. Tapi lepas nyonya tu start kata2 racist, aku mula bengang.

Point aku, tak kisah melayu cina india ke, kalau dah mula main kutuk2 kaum ni mmg aku panas.

Encik Rasis berkata...

er... ada orang seru aku ke? ah, sudah...

Zinedine Zaiddin berkata...

Lol komen Encik Rasis...tu ada orang dah seru2 nama hang, apa lagi, menjawab la. hahaha

My opinion regarding your post ni..terbayang pulak saat-saat duk bawak moto kapcai atas jalan. Sepanjang jalan tu beristighfar aje mohon dijauhkan dari sebarang bala sambil bawak dengan penuh berhati-hati.

Sebab orang langgar aku, aku jugak sakit. Aku langgar orang, pun aku jugak sakit. Alahai.


From: Bila Karipap Boleh Bercakap

Tanpa Nama berkata...

Aku takde grudge ke apa dgn malaysian chinese tapi 1 je la, diorang drive mmg agak celaka kadang2. Especially 'ahso'-ahso bertauliah ni. mmg buat kau rasa nak turun kereta and kidnap keta dia, pastu terjunkan keta dia dalam lombong.

ok, utk aku punya opinion, melayu ke cina ke, salah tetap salah. aku tak terpengaruh pun samada aunty tu cina or melayu dlm cerita kau tu. kalu dah masuk jln org mcm jahanam, mmg kena tarbiah la ngan aku.

regardsless of age, race, gender or hotness.







Annakholat Atastokhdevishizar berkata...

Sejujurnya aku x pk pun pasal kaum dan kesalahan jalanraya mereka.

Aku cuma fikirkan biasalah dh eksiden ni sikit sgt org yg nk mengaku salah. Xmau tanggung kerugian la tu. Kalau boleh kelentong dan dpt pampasan dari pihak lain lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

Hmm lelaki dalam gambar duk tunjuk jari yang sama dengan lelaki dalam post sebelum ni.

Tanpa Nama berkata...

Ayahku orang korea, ibuku orang cina.. Kalau bertafsirkan maksud tajuk anda, ini bermaksud aku pun sebahagian dari kaum yg kurang ajar?

Tajuk anda "semua cina pun kurang ajar", tetapi anda berkata anda tidak hipokrit ke atas bangsa tertentu? Kenyataan yg terpesong dari tajuk anda. Setiap bangsa dan kaum juga perlu tunjukkan initiatif untuk hidup bermuafakat, yg tua mungkin sukar untuk menukar perspektif mereka, saya yakin yg muda kebanyakkan tidak melihat ianya sesuatu yg sukar diadaptasikan dalam hidup mereka. Saya ada ramai kawan melayu, india, singh dan borneo. Tapi disebabkan unsur politik, api kaum selalu dipermainkan di bibir ahli politik yg berakal cetek. Orang melayulah yg selalu dipermainkan oleh orang melayu sendiri. Jikalau cina nak bantu anda, disebelah pasti ada kawan yg mempersoalkan tujuan mereka membantu.

Saya berani berkata, majoriti cina tidak berhasrat untuk menjadi perdana menteri atau menjajah Malaysia kerana secara fakta, melayu tetap diatas kedudukan berdasarkan suku kaum piramid. Kekuatan cina ialah mereka suka berniaga dan ramai contoh peniaga yg berjaya.Kerajaan yg sedia ada lebih gemar menuduh bangsa lain yg bekerja rajin hanya atas sebab untuk memonopoli dan menjajah Malaysia. Ramai yg masih diperdaya oleh muslihat mereka. Akan tetapi ramai yg sudah sedar, yg menyebabkan melayu mundur adalah kerajaan sekarang, mereka hanya suka mengaut keuntungan untuk keluarga dan rakan kroni mereka.

Cuba tanya kawan cina disebelah anda samada mereka nak jadi perdana menteri atau DPM tak? sudah tentu mereka akan jawab "you ni gila kah, tak mahu lah". "Agong saya pun taklak mau". Bangsa cina kuat sebab mereka sukakan kejayaan didalam hidup mereka, tapi sesetengah orang yg cenderung dalam politik akan rasa mereka kian tertinggal dari aras ekonomi maju dan bila kerajaan tidak dapat selesaikan persoalan orang melayu maka alasan mereka sudah tentu " Itu semua cina sudah ambillah, sebab tu lah u semua taklak duit", tetapi duit tersebut sebenarnya berada didalam poket mereka sendiri.

Ini hanya pandangan saya tapi saya yakin ramai rakan berbangsa lain akan setuju. Bangsa lain bukan datang ke sini untuk merampas, mereka hanya mahukan hidup yg selesa dan harmoni disamping boleh menikmati sedikit kemewahan.

Salam...

Tanpa Nama berkata...

Anonymous November 29, 2013 at 3:26:00 PM GMT+8

You must be new here... Itu stail mantot tulis entri dia hokey.

anyway. good point u give there.

Tanpa Nama berkata...

Tajuk kat atas tu cuma lah penggunaan reverse psychology je, Kan isi dia lain dari tajuk tu

Tanpa Nama berkata...

Tajuk mantot selalunya provokatif. Kalo emo teruskan baca sampai habis, dont jump to comment.

Tanpa Nama berkata...

Cina punya komen tatabahasa terjaga. Melayu punya? Tunggang langgang. Dahlah BI pun hancur.

Tanpa Nama berkata...

Setuju

-khairul-

Tanpa Nama berkata...

Drive dekat penang..tengok ahso, apek, ahnya, ahbeng drive mcmana....kalau ada geng ni bagi laluan kat hang....sila puasa sunat syukur....sangat rare...akupun dah drive mcm depa....tapi dah kata pepatah masuk kandang kandang kambing mengembek.....maduk penang kena mengepig la.....
Once kiasu always kiasu...