November 16, 2013

Cerpen : Shima Mahu Jadi Bintang Filem "KL Zombi Samseng Lawan Hantu Mertua Jahat"

Harun melangkah menaiki tangga. Shima menurut di belakang. Cantik sekali ruang tangga itu dihias. Pelbagai poster filem Melayu menghiasi dinding tangga. Karpet berwarna merah menyelaputi anak tangga. "Mewah juga," fikir Harun.

Shima menolak pintu pejabat. Harun terkejut sebentar melihat hiasan pejabat tersebut. Tidak sangka pejabat yang berada di kawasan rumah kedai boleh dijadikan sebegitu mewah. Terpampang besar logo syarikat Primadona PIctures Sdn.Bhd sambil diapit oleh piala-piala anugerah yang telah dimenangi syarikat.

"Kak Shima!Good morning!" sapa penyambut tetamu, ceria. "Hey Adilla, I ada appointment hari ni," terang Shima. "Ak aah. Produser dengan Manager dah ready for you," Harun tersenyum.

Shima melangkah ke satu bilik yang bertutup pintunya. Pintu diketuk. "Masuk.."

Harun dan Shima melangkah masuk. Ada dua orang lelaki di dalam bilik, seorang sudah berumur dan seorang lagi dalam 30-an. "Ima! Just on time!" Mesra lelaki tua itu menyapa Shima.

"Hai Shima, nice to meet you," sapa lelaki muda itu. Lalu dia menghulurkan salam pada Harun. Harun hanya mampu senyum tak berkata apa.

"Ini Encik Roy, produser kita dan ni, Ima sure abang kenal siapa," Ima menerangkan. Harun mengangguk. Pengarah filem muda meningkat naik Arshad Malek, dengan kutipan filem terakhirnya, "Mak Mertuaku Gangster vs Bapak Ku Taiko." mendapat kutipan hampir RM20 juta sekaligus menjadi pengarah rebutan 1Malaysia.

"Maaflah Encik Harun tapi sebab kami lepas ni kena pegi recce tempat jadi saya straight to the point aje la," beritahu Roy. "I dah discuss dengan Ima dan hopefully dia dah terangkanlah semuanya. So, I invite you datang sini untuk tanya dengan production if Encik Harun ada apa-apa yang perlu ditanya dan juga kami berharap agar dapat persetujuan Encik Harun."

Harun memandang Shima. Isterinya hanya diam. "....Saya tak ada objeksi sebenarnya, tapi saya gementar sikit lah. Siapa tak sayang isteri, kan?"

Roy memandang Arshad. "Abang, jangan risau. Memang dalam industri perfileman sendiri, setiap kali kita nak lakonkan adegan-adegan yang agak 18SX ni, kita akan pastikan closed set. Kru-kru hari tu pun semua kena sain borang aku janji dan jika mereka bocorkan apa-apa, mereka boleh didakwa di mahkamah."

Harun hanya merenung wajah Arshad. "Saya dah banyak kali shooting adegan ranjang ni dan Alhamdulillah setakat ni, semuanya selesai cantik," Arshad cuba meyakinkan.

"Saya cuma risau, kalau-kalau pelakon lelaki dia tak dapat kawal nafsu," jelas Harun. Arshad dan Roy hanya tersenyum. Pelakon lelaki pilihan mereka Tariq Hassan adalah bintang muda yang sudah dikenali sebagai kaki perempuan.

"Itu abang tak perlu risau Encik Harun, kita ada security akan pantau scene tu," terang Roy. Harun hanya diam,

Shima mula gelisah. Dia lihat suaminya berat hati. "Bang, this is a big opportunity for my career. I dah lama waiting for these kind of film," pujuk Shima. "Bayangkan, your wife will be in one of the blockbuster in the history of Malaysian cinema."

"Lagipun, Encik Harun, production dah setuju, jika semuanya OK, isteri Encik bakal jadi one of the highest paying acctress di Malaysia ni," beritahu Roy sambil tersenyum.

"Ok..." bisik Harun.

Roy mengeluarkan satu dokumen. "Ini perjanjian untuk suami pelakon. Basically apa yang ada dalam ni adalah pihak suami memberikan kebenaran kepada pelakon yakni isteri melakonkan watak yang mempunyai adegan ranjang. Ini memang normal prosedur dalam industri."

Harun membuka 2-3 halaman. "Yang penting, sebelum Encik tandatangan borang tu, Encik perlu faham, bila kita shooting adegan ranjang atau panas ni, memang ada risiko benda buruk akan berlaku. Contohnya artis terpegang apa yang tak sepatutnya atau berlaku pelakon tak dapat kawal diri. Tapi ni rare cases lah. Tak perlu risau.." Roy menambahkan penerangan.

"Dokumen ni menjelaskan dengan terang jika ada sesuatu yang tak senonoh, kata orang, menimpa isteri Encik, pihak produksi akan bertanggungjawab tetapi kes itu tidaklah boleh dibawa ke mahkamah," beritahu Arshad pula. "Syukurlah setakat ni paling teruk pun hanyalah sekadar tuala terlucut atau kain terselak aje. Saya beritahu ni sebab Encik kena tau. Filem saya, mana2 adegan panas ni, kita wajibkan pelakon wanita pakai seluar pendek untuk elakkan risiko."

"Lupa I nak cakap...husband tak dibenarkan hadir waktu sesi penggambaran sebab takut konsetrasi terganggu...you know....tak boleh fokus," Encik Roy mengingatkan.

Shima mengangguk setuju tapi hatinya masih risau jika impiannya selama ni berkecai. Dia sudah cuba membincangkan mengenai babak tersebut supaya dibuang tetapi Encik Roy merasakan babak tersebut penting dalam memberi teladan kepada masyarakat, malahan jalan cerita akan berubah jika adegan hangat itu tidak digambarkan secara terang dan nyata.

"Ada pen?" Harun bertanya.

Matanya melekat kepada muka depan kontrak tersebut. Amaun yang terpapar agak mengejutkan dirinya kerana tidak pernah isterinya mendapat amaun sebesar itu berlakon filem. "Mungkin sebab ini first time dia dapat first billing," fikir Harun. Roy tersenyum lalu menghulurkan pen.

"Kat mana nak sain?" tanya Harun. Shima senyum lebar. Sudah lebih 5 tahun bergelar anak seni, ini adalah peluang terbesar baginya mencipta nama di Malaysia. Tidak sabar-sabar lagi dia untuk memulakan penggambaran filem "KL Zombi Samseng Lawan Hantu Mertua Jahat."

"Kena daftar kelas bahasa mandarin ni.." fikir Shima sebab dia bakal melakonkan watak isteri kepada ketua kongsi gelap yang 24 jam berbahasa Melayu macam orang Cina cuba cakap Melayu, telah menjadi zombi dan telah digoda oleh seorang samseng kecil-kecilan yang sebenarnya adalah teman lelaki kepada anaknya.

Harun dan Shima melangkah keluar.

"Hey Kak Shima," sapa seorang pelakon.

"Hi. You buat apa sini Yaya?" tanya Shima.

"I datang sini nak sain kontrak," jawab Yaya.

"Filem? Drama?" tanya Shima.

"Filem. Filem Suami-Suami Ku Pondan, macam sequel kepada Bini-Biniku Gangster jugak la," jawab Yaya.

"Nice. I tak tau pulak diorang nak buat sequel dia. Good luck!" kata Shima. Harun hanya menurut di belakang Shima.

(Cerita ini adalah rekaan semata-mata tanpa ada sebarang fakta)


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bekas tunang aku dulu nama Shima.putus bila dia kata nak berlakon. kalau jadi kahwin dulu, mesti aku jadi laki yang kena sain kontrak tu.

Syukur Malaysia masih aman... eh?

Tanpa Nama berkata...

Bila niat berumahtangga x betul

Jay berkata...

Filem Melayu - bahan perangsang seks untuk penonton lelaki.

Novel Melayu(cerita kahwin paksa laki bini) - Bahan perangsang seks pembaca wanita.

Tahniah kepada pembikin filem & novelis Melayu.

Laici berkata...


Harun hanya merenung wajah Arshad. "Saya dah banyak kali shooting adegan ranjang ni dan Alhamdulillah setakat ni, semuanya selesai cantik," Arshad cuba meyakinkan.

alhamdulillah? tipikal pelakon melayu...syukur kat Allah utk perkara yg terang2 haram

Tanpa Nama berkata...

Memang cerpen rekaan namun berdasarkan situasi sebenar..

Tanpa Nama berkata...

"ketua kongsi gelap yang 24 jam berbahasa Melayu macam orang Cina cuba cakap Melayu"

xDD

Miss Brenito berkata...

Baca posting ni hari sabtu pagi kut, malam tuh setelah bertahun-tahun terus tetiba nak tonton drama melayu, malam minggu kan ada drama melayu yang over.. Sarah dan Hajar tajuknya, niat tuh dah baik, kita tahu pengajaran tapi adalah benar belaka seperti yang di tertulis dlm entri sini, suami redho isteri tarik tangan lelaki lain letak dalam baju soh betulkan tali bra (area bahu)... suami redho isteri berlakon seinci lagi mulut nak bertaut bercium... suami2 retis memang redho belaka.. profesional katanya...

makin meluat bila industri melayu islam berlumba-lumba nak jadi kafir.. yang kafir memang dah sah lah kafirnya...

Tanpa Nama berkata...

nice sarcasm,sekarang ni memang dah banyak cerita-cerita melayu mengunakan aksi-aksi ranjang sebagai daya penarik,sesetengah masyarakat tahu benda ni tapi hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa kritikan......kalau masyarakat protes cerita-cerita macam ni takkan wujudnya cerita macam-macam ni lagi

lagi satu cerita yang menunjukkan kemesraan antara suami isteri dalam cerita-cerita,bila budak-budak sekolah lihat mula cepat terpengaruh,tu yang tengah couple pun boleh panggil papa mama siap peluk-peluk,kiss-kiss kat shopping complex

melayu memang tak akan hilang di dunia tapi akan makin rosak akhlak