November 04, 2013

Jika Kau Miskin, Sila Isi Borang Permohonan dan Datang Ke Pejabat Kami Untuk Temuduga Kelayakan Bantuan, Lengkap Berpakaian Kemeja dan Seluar Slack

Aku selalu merasakan, kerajaan menggunakan kadar pendapatan isi rumah sebagai tanda aras ekonomi sebagai sesuatu yang bullshit. Nak dapat BR1M? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM3000. Nak dapat bantuan memulakan perniagaan? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM1500. Kadar pendapatan isi rumah ni diperolehi menggunakan perkiraan "Gaji bapa + Gaji ibu + (gaji anak optionally) = Kadar Pendapatan Isi Rumah."

Jadi, kalaulah mak gaji RM1200, bapak RM1400...rumah tu bakal dapat BR1M RM650 untuk tanggung anak 3 orang. Masalahnya, kalaulah ada budak bujang umur 18 tahun ke atas gaji RM1500 duduk alamat sendiri, dia pun still layak dapat BR1M...

Padahal tanggungan dia tak sama.
Ni tak fair bai.

Sebagai sebuah negara yang kadang2 gunakan label "Malaysia Adalah Negara Islam", agak malulah kalau kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi. Ahaa! Macam mana pulak kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi ni?

Kadar Pendapatan Isi Rumah kita adalah gabungan pendapatan Ibu dan Ayah, padahal ikut agama, the only provider adalah ayah, sebab itu seorang ayah digelar sole provider dalam Islam! Kenapa pulak kita nak masukkan gaji mak sekali dalam tu padahal agama dah ajar, pendapatan mak tak sepatutnya dikira sebagai pendapatan keluarga. Benda itu optional tapi untuk pengiraan kadar kemiskinan dan isi rumah negara kita, pendapatan mak pun dikira sekali.

Sebab apa diorang terpaksa buat camtu?

Ini kerana, kalau pendapatan mak tak dikira, berjuta-juta keluarga jatuh miskin, betul? Kita ikut style orang putih, ambik value yang mak boleh provide dan kita masukkan sekali sebagai faktor perkiraan. Jadikan semua tu sebagai satu jumlah yang dilabelkan sebagai kadar pendapatan isi rumah. Tunjukkan yang kerajaan kita benar2 hebat governing dan rakyat Malaysia semuanya mampu.

Padahal, perempuan sepatutnya kerja rilek2. Tak payah la kau pening kepala nak provide untuk family kau sebab kau ada husband. Tolong sikit2 dah la. Kau gi kerja, dapat gaji, simpan duit kau. Duit kau tu buat la beli apa2 kau nak, kalau kau nak hulur, hulur, tak nak hulur, simpan la. Agama tak pernah pun wajibkan perempuan menyara keluarga (melainkan dia balu, itupun aku tak sure hukumnya apa) tapi sebab sistem kita dah terlalu kebaratan rasanya, kita assume semua tu betul sebab pada masyarakat, wanita juga patut menyumbang. "A strong woman is a hardworking woman who works outside the house!" jerit ahli2 pro feminist.

Kita kena start perbetulkan benda ni sebab selagi kadar pendapatan isi rumah kita gunakan amaun yang mak-mak ni terpaksa provide, itu bermaksud sebenarnya ekonomi kita tak kukuh pun. Ekonomi kita weak gila sebab suami terpaksa bergantung dengan isteri untuk support dia sara keluarga. Selagi seorang suami tak mampu tanggung seluruh keluarga dia seorang diri, jangan claim ekonomi kita ok.

Selagi ibu perlu menyumbang kepada pendapatan isi rumah,kadar ekonomi kita adalah penipuan semata-mata. Once kita tak kira pendapatan ibu, automatiknya graf kemiskinan kita akan naik dan ilusi kejayaan yang dicanang kerajaan akan berkecai.

Barulah ramai antara kita yang tersedar, "hoh...family aku ni sebenarnya, miskin jugak la kan kalau ikut garis panduan Islam?"

................

Yang memelikkan aku, kerajaan cuba membantu banyak golongan tapi satu golongan yang agak kurang dibantu. Orang miskin. Ibu tunggal. Fakir miskin. Kalau kau tengok sistem kita, bila orang tu susah, dia lah yang kena pegi meminta. Dia kena naik turun tangga, isi borang, fotostat itu, fotostat ini, ke situ ke sini.

Kalaulah dia dah susah dan dia memang tak ada duit, macam mana la dia nak buat semua tu. Pihak berkuasa perlu ubah sikap dan pastikan bukan mereka yang susah carik anda tapi anda yang carik mereka. Dengan kerenah birokrasinya dan bermacam lagi benda yang menyusahkan, kadang2 sistem yang sedia ada ni seolah-olah nak pastikan orang yang dah susah, rasa lebih susah dahulu sebelum dapat bantuan. Tu tak masuk lagi politik punya cilaka. Nak kena gi jumpa Ketua Bahagian UMNO dululah dapatkan sokongan dia....apa kebangangnya sistem kita ni.

Curik duit tabung masjid kena penjara 2 tahun? Apa kejadahnya? Selidik la dulu kenapa dia curik. Kalau dia miskin dan tak mampu, yang patut kena penjara bukan dia, tapi orang yang kutip zakat sebab kau tak pegi carik dia! Lagipun, bila dia mencuri kat masjid tu, masyarakat kondem dia dengan lebih teruk lagi....kenapa?

Kau prefer dia mencuri dekat bank? Dekat Jabatan Perdana Menteri? Kalau ada orang terpaksa mencuri duit RM2 daripada tabung masjid, salahnya bukan orang tu. Salahnya dekat kita, masyarakat dia yang tak pedulikan dia. Tak kiralah dia mat dadah ke mat syabu ke mat rempit ke. Dia sanggup mencuri dalam Rumah Allah! Kau letakkan diri kau dalam kasut dia dan kau fikirlah sendiri betapa desperatenya kau kalau kau terpaksa buat camtu...

Kita kumpul berpuluh2 juta setahun melalui zakat tapi mana peginya duit tu? Apa perlunya pejabat zakat besar2 kalau orang susah nak ke pejabat zakat pun tak mampu? Tolonglah diorang ni. Pegi carik diorang. Bukannya tunggu diorang datang. Orang miskin, orang susah tak mampu la nak gi bandar nak mintak bantuan.

Ada seorang mak, kerja security guard. Anak 3 orang. Anak sulung terpaksa berhenti sekolah sebab mak dia kena gi kerja dan tak ada yang jaga adik-adik dia. Kalau mak dia dah susah dan anak dia terpaksa berhenti sekolah semata2 nak jaga adik, macam mana kau nak bagi peluang kepada family tu pecahkan pusingan kemiskinan dia. Kakak sulong dah tak ada bright future sebab tak dapat pendidikan macam mana satu family tu nak keluar dari belenggu kemiskinan?

Ini kisah benar yang aku tau dan kau boleh tengok merata2 tempat. Miskin ni dah macam jatuh bertimpa-timpa. Yang kena banjir selalu? Orang susah sebab rumah kawasannya takde infrastruktur elok macam longkang. Yang rumah selalu terbakar? Orang susah jugak sebab masih pakai pelita dan rumahnya diperbuat oleh kayu. Yang selalu sakit pun orang susah sebab guna bekalan air yang dibuat sendiri. Itu aje choice diorang ada....lagipun semua tu kosnya sangat rendah.

Once kau susah, kau nak keluar daripada cycle tu punyalah payah sebab chances kau makin sikit, hidup kau makin sempit. Tapi untuk orang kaya, nak jadi lagi kaya, kau cuba tengok berapa banyak opportunities diorang nak gandakan duit diorang. Letak 100 ribu dalam bank, setahun boleh dapat balik sepuluh ribu pertambahan hanya dengan goyang telur.

Yang family biasa2, mak bapak kena kerja supaya survive. Yang kaya, isteri tak buat apa pun dapat elaun hanya sebab dia isteri somebody. Kenapa? Kenapa isteri dia boleh goyang kaki duduk rumah dapat duit tak perlu kerja macam orang lain?

Ptuih! Macam mana kau boleh layak jadi pemerintah sedangkan elaun yang kau bagi dekat isteri2 orang berkepentingan ni jauh lebih besar berbanding kadar pendapatan isi rumah majoriti orang Malaysia? Bukan ke lagi elok duit tu kau bagi dekat orang yang susah takpun bagi dekat pencuri duit tabung masjid tu. Dia lebih memerlukan.

Sistem ini membentuk yang susah makin susah, yang senang makin senang. Satu2 nya cara untuk kau bergelar successful adalah dengan menjadi hamba duit. Jadikan duit objektif hidup kau. Bukannya membentuk keluarga bahagia. Padahal, ikut agama, benda paling bernilai dalam hidup selepas agama, adalah keluarga.

Macam mana ekonomi masyarakat Islam nak ok kalau acuan ekonomi kita ni basicnya menyimpang jauh berbanding Islam sendiri?

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mantot, aku kerja kerajaan. aku tak nafikan ada ketirisan dalam hal2 pemberian bantuan..cth: akak kat hujung lorong rumah aku tu semalam dia bukan orang susah, kategori tak susah. tup2 laki dia meninggal hari ni, takde punca pendapatan (ok, jgn argue dgn insurans yang laki die penah ada atau harta2 laki dia yang diwasiatkan). org agensi kerajaan mmg takkan tau akak tu tiba2 jatuh miskin hari ni. utk pengetahuan kau, kami2 yang kerja kat agensi kerajaan yang bagi bantuan ni mmg dah buat sehabis baik dlm usaha pemberian bantuan. tapi kalau tercicir-cicir macam kes akak ni aku akui mmg ada jadi. dalam hal cicir2 dan birokrasi ni aku takde la sampai nak defend mcm kerajaan tak salah..tapi sebenarnya dia lebih kpd politik. kata la akak tu pulak tak berapa nak join aktiviti kat kawasan dia tu, org JKKK tak bape nak kenal sangat pun, so Ketua Kg. mmg takkan tau cerita pasal laki dia dah meninggal. tambah2 kalau jenazah laki dia tak dikebumi kat situ..ini contoh tau contoh. jangan plak org argue dgn statement cth ni kang plak..so lmbt la akak tu dpt bantuan...tapi once dah sampai ke pengetahuan agensi pemberi bantuan ni..insya-Allah..jika layak..akan diberi bantuan sewajarnya..pastu..kalau dah dapat 1 bantuan tu, jangan la nak mintak lagiiiiiiiii. kena la pikir org lain yang susah plak...bagi la kat dia pulak..yang lain2 tu aku tak nak komen..tapi mana yang aku tau kebenarannya aku komen..

Carlos Santiago berkata...

banyak pro and cons. mostly sbb politik dan perbezaan politik. and satu lagi sikap org melayu tu sendiri. taknak berubah and sukakan bantuan dr kerajaan.

100% Jade berkata...

"Once kau susah, kau nak keluar daripada cycle tu punyalah payah sebab chances kau makin sikit, hidup kau makin sempit. "

Yang ni memang setuju sangat. Especially bila kau takde SPM. Nak kerja pun susah. Tapi yang tak paham bila ada peluang pun taknak ambik SPM.

anastasia aisyah berkata...

kepada anon di atas. saya interpret artikel ni ditujukan kepada pemerintah dan bukannya kepada pekerja kepada pemerintah. Sebab sebagai seorang pekerja, kuasa anda terbatas dan hanya bekerja mengikut skop kerja yang diberi.

oleh itu, kalau sistem berubah, maka pandangan dan keupayaan pekerja dibawah sistem itu juga turut berubah

sekadar pendapat

Tanpa Nama berkata...

Dulu lecturer ak penah cakap dalam islam ni kalo nak bagi bantuan kena bagi amaun yg cukup yg membolehkan penerima tu guna bantuan tu buat modal utk bukak bisnes(ni contoh). So that dia akan jadi berdikari lepas tu. Dah tak perlu mintak dah lepas tu. Kira bagi sekali tu cukup untuk dia start bisnes then usaha sendiri. Kalo bg sikit2 tiap2 bulan, takkan menjadi. Kalo asyik terima je sampai bila2 memang takkan maju. Solusi kerajaan dgn bg br1m tu memang sangat tak bijak. Sangat tak bijak.

Tanpa Nama berkata...

X fhm point kerajaan ckp kita ni negara islam..islam tang mne je..byk tmpt kotor, smgt assabiyah tinggi, x amalkan sifat nabi sbg pemerintah..yg diorang nmpk duit je, hrp2 duit tu boleh tolong diorang kat akhirat nti klau x sia2 je hidup

Kind Garden berkata...

Setuju bab zakat... mentalitinya adalah org yg perlu bantuan tadah tangan dan minta.. zakat hulur pada yang minta dan bukan pada yang berhak. Ekonomi x islamik ginilah yg menyebabkan org kaya terus kaya dan miskin terus meminta. Saya juga ditemukan dengan kejadian mak cik bawak anak anak turun train dan x tau jalan nak pi amik BRIM dia. Brim tahun lepas kan diberi oleh ketua bahagian UMNO kat pejabat/ majlis yg ditetapkan. Kerajaan ikhlas sepatutnya masuk brim terus ke akaun dan x yah bazir duit buat majlis serah brim.

faizul fadzullah berkata...

sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang, apa yang boleh kita lakukan untuk membetulkan keadaan? Jom betulkan semua ini kawan-kawan. Semuanya bermula dari anda.

Tanpa Nama berkata...

Pening aku ngan masyarakat skrg nie.
Agaknya mcm nie la Nabi pening pikir sal masyarakat arab jahiliah dulu.

Nk setel sume nie xder cara laen.
Kene ikut cara Nabi. Nabi start ngan sampaikan Islam pd masyarakat. Terlalu ramai orang yang xfaham agama sekarang. Termasuklah aku.

Nur Hafizah berkata...

Bila cakap benda ni, saya tak harapkan PKR. Saya lebih harapkan bijak pandai dalam PAS. Saya sokong pembangkang. Tapi kalau pembangkang tu terasnya Islam, lagi saya suka.

Pernah terbaca dalam surat khabar (masa musim2 laporan audit dah keluar tu), yang ada anak syarikat kepada Lembaga Zakat rugi berapa juta/ billion ntah dalam pelaburan.
Sampai saya terpikir, kenapa sibuk nak pusing2 duit zakat orang ramai lagi? Seolah2 ada persaingan zakat siapa yg paling banyak, negeri mana yg bg lebih banyak duit.

Kita expect, bila kita dah bagi tu, korang sampaikan jela. tak payah la nak panjang akal tolong laburkan pulak. Melabur tu ada saluran lain pulak. Yang zakat ni tak payah la sama naik jugak..

Bila dah berenti kerja ni, aku dah tak bayar zakat melaui potongan gaji dah. Aku nampak tabung kat kedai makan ke, masjid ke, pasar malam ke, ada orang susah yang iklan kat fb ke, kat situ la aku hulur. Lagi senang.


Tanpa Nama berkata...

'kata la akak tu pulak tak berapa nak join aktiviti kat kawasan dia tu, org JKKK tak bape nak kenal sangat pun, so Ketua Kg. mmg takkan tau cerita pasal laki dia dah meninggal...'
Pada pemerhatian saya - mereka yang kurang berkemampuan atau daif ini kadang-kadang bukan tak mahu bercampur dengan masyarakat, tetapi masyarakat setempat sendiri yang tak mahu ambik port kepada golongan camni... lebih teruk kemiskinan mereka jadi bahan ejekan dan cacian di sesuatu majlis atau keraian. Di situlah mereka akan merasa diri mereka ini ada atau tidak di dalam masyarakat tidak membawa apa-apa makna, dan ada ketika nyer jika mereka tiada pun lebih baik (telinga tak sakit, hati tak pedih...)

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju dengan anda... cam satu pepatah inggeris kata tuh, kalo bagi ikan kat pengemis dia cuma dapat makan untuk sekali hadap jer... cuba bagi dia joran dan ajar cara nak memancing, maka tiap-tiap hari dia mampu cari ikan untuk dia makan hahaha (translation versi saya yang so-so jer ngan bahasa London nih)

Tanpa Nama berkata...

Haah.. Sebut pasal BR1M ni, setiap kali sblm dpt baucer, mesti nak kena dgr ceramah politik dulu.. Boringggg!!!

Tanpa Nama berkata...

'kata la akak tu pulak tak berapa nak join aktiviti kat kawasan dia tu, org JKKK tak bape nak kenal sangat pun, so Ketua Kg. mmg takkan tau cerita pasal laki dia dah meninggal...'

Ni la contoh tak baik org2 yang dah dibagi tanggungjawab/ mengetuai sesuatu kawasan. Kau yang kena turun padang kenal anak-anak buah kau bukan tunggu anak-anak buah tunjuk muka baru nak kenal. Kalau boleh setiap inci pelosok kampung kau kena master. Barulah pemerintah/ ketua yang disanjung. Nasib anak-anak buah terbela.

Tanpa Nama berkata...

Amat bersetuju, terasa kesempitan ekonomi menghimpit.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah dpt nak mintak lagi tuh..mmg patut bg..sebab ape..sbb duit zakat tiap2 tahun diumumkan ade lebih..pehal x boleh nak mintak lagi??? Ckp ramai lagi nak mintak bantuan..tp apehal zakat ade wang lebihan lagi??? Aku pon kerja kerajaan..aku tau birokrasi kerajaan mcm mana...

Tanpa Nama berkata...

Setujooi

Tanpa Nama berkata...

Kau bace x artikel kat atas?? Bile kita susah..peluang makin sempit..dimana tanggungjawab kerajaan?...bukan masalah sukakan bantuan..kalau kerajaan x beri bantuan? Apa guna kerajaan?? Ini bukan masalah sikap..ini masalah kerajaan..

aslina majid berkata...

Aku penah... Kawan2 aku cadangkan nama aku dlm list penerima zakat sbb mase tu mak ayah aku baru meninggal. Lect pun support jugak sediakan salinan sijil kematian mak ayah aku yg bercop dekan. Kena bercop okeh... Padahal aku submit sijil tu dulu sebab aku nak cuti tenang2kan fikiran je. Serabut kot tetiba mak ayah meninggal...

Aku tatau apape langsung pasal permohonan ni, tapi tetiba ade panggil interview. Sampai 3-4 peringkat punya interview tak silap aku. Total semua amik masa dlm 1-2 bulan. Lama da aku tak ingat...

Tapi sempat la merasa bantuan utk satu sem je sebab aku dah final year. Final sem tak dapat sebab dorg consider aku dah boleh berdikari. Haha. Klakar kot. Same je takyah bagi aku rasa... Tu yg berkait dgn u aku la... Kalo tempat2 lain aku tatau la camne org susah nak kene pegi interview...

Tanpa Nama berkata...

Tu dia...siap interview bagai...orang yang fakir lak gi ngadap depa macam raja...saidina Umar r.a siap pi cari lagi orang-orang susah kat ceruk pelusuk...pemimpin negara kita...hahahhahahahahaha....damn aku kena gelak guling2...nak bagi duit seciput pun siap suh bersyukur bagai ngan pemerintah...nape cam tu...hebat sangat ke pemerintah kita sampai kena bersembah bersyukur sampai camtu skali...dorang bagi nyawa kat kita ke...sengal tol...and aku keje gak dengan goverment dan aku pun tau betapa karenah birokrasi dia macamana...macam kita ni peminta sedekah dibuatnya...

Tanpa Nama berkata...

Ini kisah benar, berlaku kat pak sdara aku, anak nak masuk poli, dia bawak la surat tawaran nak minta bantuan utk support yuran kemasukan, sampai ja pejabat AMNO, dia diminta isi borang dulu, dah isi borang kena tunggu org besaq tu dtg utk bertemu muka, dah sampai jumpa org berkenaan, dngan selambernya org tu ckp, ni kalau nak mintak bantuan yuran penuh (dlm 1800) amik masa ni, dlm 2-3 bulan. Dengan panas ati, ak sdara aku gi pejabat MCA, sua surat berkenaan, then buat salinan surat, IC, isi borang, nahhhh seketul dpt RM2500! Apa perkaitan dgn artikel di atas? Simple, kenapa org kita kalau ada jwtn, ada duit yg diamanahkan, GENGGAM TAK TIRIS a.k.a kedekut nak mampos? Duit tu bukan hak hang! Kenapa bangsa lain lak boleh kuaqkan duit nak bantu anak bangsa MELAYU? Mintak kat Pusat Zakat, kat Baitulmal pun amik masa, berperingkat2. Berpada2lah. Ingatlah bahasanya kepapaan boleh membawa kepada tergadainya iman dan aqidah generasi Islam yg ada.

Tanpa Nama berkata...

KLIK LINK NI; GAMBAR AWEK COMEL

Tanpa Nama berkata...

Zaman sahabat dulu...Saidina Umar pergi sendiri turun padang malam malam cari orang susah...bila dapat tahu...dia sendiri amik barang dari baitulmal...bawak kat umah orang tuh...

Tanpa Nama berkata...

Kalu da org tu miskin..mane ckop stakat skali je bantuan...agak2 ler...xkan deme mkan sekali aje...bantuan sepatutnye berterusan...kan ade lebihan...watpe simpan..da memang hak tu utg org miskin...memang btoi persepsi masyarakat..bile miskin org akan pandang hine...buat sket mule la nk mengate..ahli jkk o penghulu kg sibuk g meeting..ptot nye kne ade list la sape ahli jemaah deme yg miskin...miskin tegar...pembaikan perlu dilakukan supaya sume adil..insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Setuju...ni salah kepincangan dlam sistem kerajaan di mane xade org nk amek kisah...bukan pasal xnak berubah..diorg nk berubah tp saluran die xbtoi...sile bce semule ye sedare..moga pemahaman tu akan sampe kepade andaa...

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..brim oh brim...kalu yg mude memang btoi la bg modal soh deme bukak bisnes..tu memang setuju supaya ekonomi umat islam makin maju...tp kne tgk keadaan..kalu yg uzur tu da memang xdpat watpe..xmampu nk koje..so kne bg bulan2..bg memudahkan deme menjalani kehidupan seharian...xde la meminta sedekah....sian plak aku nengok opah2 atok2 minta sedekah....

Tanpa Nama berkata...

Ehhh..kne la wat majlis...bukan kecik majlis nyee..kne eat beso2...siap ade sidang akhbar kalu blehhh..hahha..nak menunjukkan kerajaan Barisan Nasional lah yg prihaton pd rakyat..padahal gune duit rakyat gak..puiiii...