November 15, 2013

Awkward Agama : Ada Sebab Kenapa Gadis Itu Perlu Dirogol dan Niat Kami Merogol Adalah Suci dan Murni

14 Nov 2013 – Pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob menjelaskan bahawa adegan ranjang antara Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su itu ada sebab yang tersendiri dan tidak dilakukan saja-saja.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita."

Namun begitu, ujar pengarah itu, pada awalnya babak itu akan dipotong LPF, namun selepas diberikan penerangan ianya dikekalkan.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," ujarnya seperti dipetik mStar.

Menurut Ismail yang sebelum ini pernah mengarahkan filem "Lenjan", dalam babak menunjukkan suami isteri sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus untuk melakukan hubungan intim itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat tentang simbolik kasih sayang antara suami isteri.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri."

Filem yang dibarisi gabungan pelakon veteran dan baru seperti Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor, Nasir Bilal, Eman Manan dan ramai lagi ini mengisahkan tentang masyarakat Pantai Timur yang masih mengamalkan cara hidup bermain judi dan laga ayam.

Filem "Laga" akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 Januari depan.

...............

Ismail Yaacob = Islam
Wan Hanafi Su = Islam
Marsha Londoh = Kristian
Ketua Pengarah Lembaga Penapisan Filem = Surely Melayu. Islam la kan?
LPF bawah KDN. Menteri KDN = Islam

Kerajaan Malaysia, masyarakat macam mana yang kau nak bentuk ni? Kau bermatian pertahankan nama Allah dari penggunaan Kristian dan kau juga benarkan secara terbuka orang hina hukum Allah, dalam filem yang pasti tujuannya supaya masyarakat tonton ramai2, kan?

Kalau penganut tu sendiri tak dipertahankan, janganlah berangan nak pertahankan Tuhan ni. Allah tak perlu dipertahankan bro. Dia Tuhan. Yang perlu dipertahankan, adalah hukum Dia. Tapi pandangan kita sekarang lebih kepada kuantiti..."takpelah, biarlah dia perompak, perogol, pembuka spender dan pakar menarik skirt gadis asalkan dia Islam."

Mesti orang agama lain tengok orang Melayu ni BAPAK PUNYA HIPOKRIT sebab nama Allah mati2 an diorang pertahankan,  siap PM umum macam2 tapi bila part orang Melayu buat benda salah, takde pulak Najib campur tangan.

Sebelum kau kata orang agama lain teruk dan tak paham apa itu Islam, tolong paham, SEMUA AGAMA TIDAK MEMBENARKAN PENGANUT DIA BUAT BENDA TAK SENONOH! Bukan sekadar Islam. Ini tanggungjawab kerajaan. Mana pegi orang agama dalam KDN ni? Kenapa kita tak wujudkan guideline yang protect hukum agama dalam industri hiburan?

Kalau kau jawab "nanti macam mana pelakon nak berlakon? Memang la kena berasmara sebab dia lakonkan babak suami isteri!" aku nasihatkan, tune la kepala otak kau balik. Ini aku tujukan kepada Lembaga Penapisan Filem dan Kementerian Dalam Negeri.

Dulu filem fantasi kena banned, filem komunis kena banned, filem Zoolander kena banned, filem Schindler's List kena banned. Passion of The Christ kena. Kenapa filem2 Melayu yang ada adegan ranjang boleh lepas? Macam KL Gangster 2 punya scene rogol. Kau dah tengok? Kau tak rasa akan ada budak terpengaruh nak ikut?

Kadang2, jujur, aku rasa, kita adalah majoriti masyarakat Melayu yang Islam, tapi kita diperintah oleh orang2 bukan Islam, takpun yang dah keluar Islam tapi still claim diorang Islam sebab Melayu majoriti kat Malaysia. Macam Islam tu topeng aje la....

Kau tak pernah rasa camtu?
Aku sorang aje ke rasa camtu? Aku sorang aje ke rasa pelik bila mak-mak mengamuk isteri disaran layan suami macam pelacur tapi diorang tak mengamuk bila tengok maksiat dalam drama "Love You Mr.Arrogant" ?

21 ulasan:

onlajer berkata...

cis macam dah lama tak tengok filem melayu la

HazwaniMohamed berkata...

aku pon rasa mcm ape yg kau rasa Tot..sampai aku nk komplen menatang ni habis2an..tp bila aku kaji smpai susur galur akar umbi 'penyakit' ni sume..aku givap..dan slowly aku akn ckp kt diri aku.." sape lah kau di mata mereka.."

Raw berkata...

Apa punya cerita la kau buat ismail yaacob. Dah la statement macam haram. Nak ajar laki bini teknik atas katil. Puiih la wei. Tukar je tajuk cerita jadi Laga Bontot senang cerita. Wan hanafi ni takda bini ke? Takda anak perempuan? Ape lah agaknya dia rasa kalau ada laki lain buat macam tu kat bini dia anak dia atas dasar kerja kononnya? Aku teringin nak tau apa agaknya dia fikir masa tengah bersedap sedap dengan si marsha masa duk berlakon tu.

Tanpa Nama berkata...

wah! itu angle tetek Marsha yg terbaik gua tgk stakat ni. nk usya director's cut pulak, mana tau ada tits terus....

syabas director n pelakon malaysia!

Tanpa Nama berkata...

tengok lar macamane filem lenjan dulu..banyak betoi adegan-adegan panas..

Tanpa Nama berkata...

Filem Holywood sekarang ni dah bergerak meninggalkan scene lucah untuk "menjal" filem mereka dan menggantikan dengan jalan cerita yang superb, filem Melayu plak yang bergerak ke arah scene lucah untuk "menjual" filem mereka...

agak Ironic

Tanpa Nama berkata...

Oooh ada nak tunjuk teknik.
Educational film la ni..

Ah Beng berkata...

bukan ko sorg rs mcm tu. aku pun sama. benda2 remeh bising macam bongoks e.g. kes budak pandai yg blajar kt Edinburgh pki seksi rambut tukar kaler. Walaupun dia salah tapi dia tak jual untuk ramai2 tgk. yg jual adelah org yg godam FB dia n sebar cerita tu without kebenaran dia. Ni sengaja buat, yg berlakon tu bagi kebenaran n jual pulak tu. takde pulak keyboard warrior ni nk letak kt FB. phuiii!

Miss Brenito berkata...

Sebab tuh aku tak tengok cerita melayu yang bapak hipokrit, dari tengok orang Islam berpeluk cium baik aku tengok citer kung fu!

MerongHarimau berkata...

bile sebut cite yg dikata tahyul,teringat lak filem Fantasia,lakonan musthapa kamal,.,smpai skrg filem tu kne banned..

Tanpa Nama berkata...

satu hal kat malaysia ni macam tu lah. benda yang sepatutnya di banned tak banned. macam mana orang agama lain nak hormat islam. mereka pun konfius dengan tingkah laku manusia yang menganut islam ni. kata islam, tapi perangai....

bagus sangat kalau bantah besar-besaran dengan ada sepanduk bagai untuk bantah filem macam ni. camana orang nak sokong file melayu?

Tanpa Nama berkata...

budaya barat dah lama dah meresap dalam kehidupan kita.cuma semakin hari semakin teruk implikasinya dalam masyarakat ISLAM terutama yang ISLAM hanya pada nama.

plain83 berkata...

tak sanggup aku nak tengok, rasa hina giler melayu...sorry la industri perfileman melayu, you suck big time...

Tanpa Nama berkata...

Ceh.. klu nk interprate semua bende dr sudut +ve, aku pun bleh kata citer blue tu memaparkan aspek2 positif iaitu mevariasikan teknik bersama suami isteri.Puiiiii... bodo punya reason.

Aslina berkata...

Kalo gini la rupenye, agama lain pun confuse dgn Islam dalam Malaysia ni...

Tanpa Nama berkata...

Apa itu Islam? Apa itu agama? Apa itu iman? Kalau dorg bole hurai semua tu, dorg akan tahu betapa keciknya kita semua ni. Jadi pelakon tapi dalam ta sedar , kita ni pun hanya lakonan ja. Apa yang nak di cari? Apa matlamat hidup?. Jumpa semua tu, duduk diam dan tersenyum melihat karenah manusia yang hanya ujian bagi sesiapa yang mengenal. :)

Tanpa Nama berkata...

Terimakaseh kepada anon semalam yang telah memberikan idea kepada Mantot untuk entri hari ini.

Tanpa Nama berkata...

KAU SALAH TOT!!
SEMUA PELAKON TU NON MUSLIM!
WAYANG TU PUN UTK NON MUSLIM!!
TAK PAYAH KECOH2 LA DER

Tanpa Nama berkata...

quote
"Anonymous Anonymous said...
Apa itu Islam? Apa itu agama? Apa itu iman? Kalau dorg bole hurai semua tu, dorg akan tahu betapa keciknya kita semua ni. Jadi pelakon tapi dalam ta sedar , kita ni pun hanya lakonan ja. Apa yang nak di cari? Apa matlamat hidup?. Jumpa semua tu, duduk diam dan tersenyum melihat karenah manusia yang hanya ujian bagi sesiapa yang mengenal. :)"

ini mesti pengikut fahaman Ilmu Hakikat yang suka lari dari Syariat

Tanpa Nama berkata...

Hahaha..ntah nye...ade plak nk tgk je...apee pon xleh..xkan org wat maksiat depan ko..ko ckap xpee2..ni sume cooobaannnn...

Tanpa Nama berkata...

bapak aku cakap tgk drama korea lagi bagus dari tgk cite Melayu... drama korea walaupun bukan muslim ada jugak nilai kekeluargaan.. kalau husband and wife pun xde nak aksi2 ranjang bagai.. drama melayu.. kalau tak tunjuk aksi ranjang pun cakap asik nak lucah je... benci betul tgk