Minggu lepas, satu Malaysia mula kecoh dengan dua benda proposal yang agak menekan orang ramai.
1. Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya
2. Kereta 12 tahun bakal dilupuskan
Sebelum mengamuk tak tentu pasal, ingatkan diri anda, ini proposal. Tah2 idea seorang dua yang kita over react kaw2. Tapi cuba kita analisa pasal benda ni dulu elok2.
Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya
Kebaikan :
a. Dapat mengurangkan risiko kematian penunggang dan pembonceng motorsikal.
b. Pemandu kenderaan 4 atau lebih tayar dapat memandu dengan lebih tenang
Keburukan
a. Aku pernah bawak motorsikal EX5 dari KL ke Kedah. Kenapa? Sebab tiket bas ke Kedah lebih mahal berbanding bawak motorsikal sendiri.
b. Menghalang hak seseorang hanya kerana dia tak berapa mampu. Kalau kau nak halang motor, kau kena halang semua sebab geng2 bawak motor ni majoritinya bawak lebih had laju. Itu satu kesalahan jugak. Termasuklah aku dulu. Aku maintain 140-160km/j. Ada yang bawak lagi laju dari aku....(bikers, please, takyah justify yang motor besar kena bawak laju. Had laju highway berapa?)
c. Majoriti motorsikal atas jalanraya adalah motorsikal berkuasa rendah. Menunjukkan yang ramai sebenarnya tak mampu. Kau mampu ke nak cakap dengan diorang "lebih selamat sebenarnya bawak motorsika anda yang murah dan berkuasa rendah tu atas jalan kampung sebab situ lebih selamat!"
e. Pemandu kereta rasa jeles kerana motorsikal dah la tak bayar road tax mahal, tol pun tak kena.
Kereta 12 tahun bakal dilupuskan
Kebaikan
1. Aku sokong benda ni. Kalau kau pernah mengeluh nak carik parking kat rumah kau pun kau sepatutnya sokong benda ni. Negara kita ni dah jadi tong sampah kereta. Sesuatu perlu dilakukan walaupun sedikit sadis. Kalau sampah pun kita tak mampu nak kawal amaunnya, kereta nanti2 lagilah. Baru berapa tahun negara kita guna kereta secara meluas? 50 tahun? Bayangkan berapa banyak kereta akan ada atas jalanraya lagi 30 tahun dan bila bilangan penduduk mencecah mencecah 50 juta? Waktu tu, kaum Bangladeshi dan Myanmar pun nak jugak merasa kereta nasional, kan?
2. Kita akan ada satu sistem statistik di mana kita boleh tau berapa banyak kereta akan dilupuskan dan jumlah kereta baru yang akan keluar. Kebaikan dia, kita boleh kawal populasi kereta ni. Setakat ni, mentaliti kita adalah "bila kita dah boring dengan sesuatu kereta dan nak beli baru, kita tolak kedai second hand dan tak peduli lagi dah apa yang jadi." Apa jadi dengan kereta kau tu? Tak ada orang ambik peduli kan? Sistem melupuskan kereta ni sekurang2 nya mampu kawal benda ni sebab kita memang dah tak peduli pun once kita dah jual. Mentaliti standard kita la.
3. Kenapa 12 tahun? Aku tak sure. Tapi jangka hayat kereta makin lama makin singkat. Jika satu masa dulu kereta mampu kekal lama tapi sebab sekarang ni kereta adalah mass manufactured product, kualiti dia dah tak sama macam dulu. Kau compare body dah la.
4. Ada kemungkinan kadar harga, kadar faedah pinjaman dan harga spare part boleh dikurangkan kerana kita sudah ada fixed interval yang boleh diikuti.
Keburukan
1. Tidak ada lagi kereta antik.
2. Masyarakat seolah-olah membeli dan menyewa kereta. Habis bayar kena lupuskan. Kita tak ada kereta yang boleh bagi kat anak-anak pakai. Kita habis bayar, kita tak dapat apa-apa. Macam kau sewa rumah. Kau bayar sekadar untuk pinjam duduk.
3. Menjerat keluarga berpendapatan sederhana dengan hutang sepanjang hayat. Lepas pencen pun mungkin ada hutang sebab kena ganti kereta time tu.
...................
Ada beberapa benda yang kita perlu implement betul2 dulu sebelum masyarakat ready ikut polisi ni.
1. CUKAI KENDERAAN DAN CUKAI MOTORSIKAL PERLU DIHAPUSKAN! Kalau kerajaan implement dua polisi ni dan masih lagi nak kekalkan cukai dua2 benda ni, kerajaan kita ni sah-sah zalim tahap malaun anjing. Tahukah anda kenapa harga motorsikal Malaysia macam harga segulung ijazah padahal motorsikal itu hanyalah motorsikal cap ayam atau motorsikal ke pasar di negara maju? Tanyalah kerajaan apa rasionalnya. Mungkin diorang akan jawab "motorsikal besar tidak selamat dan itu semua ketentuan Allah."
2. Sistem pengangkutan awam perlu ready dengan sempurna. Bukan sekadar ada sistemnya tapi mesti sempurna. Maksud aku, boleh replace keperluan penggunaan kereta individu di bandar. Aku boleh ke KL dengan riang hati tanpa mengeluh bila guna perkhidmatan awam. Aku juga boleh balik ke kampung naik pengangkutan awam dari rumah aku sampai ke kampung tanpa perlu siapa2 hantar aku ke stesyen bas. Ni kalau nak ke stesyen LRT pun aku kena naik kereta dan kena bayar parking mahal, apa pointnya? Naik taraf bas. Bas sekarang ni adalah pengangkutan untuk pendatang asing....rasa macam aku pulak tourist bila naik bas.
3. Sediakan alternatif kepada yang nak hold on kereta diorang. Road tax tinggi, insurans tinggi, aku rasa itu wajar dikenakan jika diorang nak simpan kereta. Gunakan kadar ikut value kereta. Jika kereta tu murah, insurans dan road tax dinaikkan ala kadar dah la, mungkin tak ada NCB ke, hahaha. Kalau kereta tu Rolls Royce ke Bentley ke, cekik diorang cukup2.
4. Apa alternatif kepada penunggang motorsikal yang takleh guna highway? Nak suruh diorang naik bas? Naik keretapi? Orang naik motorsikal sebab kos dia murah. Jika naik bas dan keretapi jauh lebih mahal berbanding naik motor, polisi tu bakal membuatkan yang susah makin susah. Khasnya student. Ada sebab kenapa diorang naik motor ramai2. Seronok! Kau naik bas, nak berenti kencing pun kena maki.
5. Wujudkan akta jika berlaku kemalangan akibat kecuaian dan kerosakan kereta lebih 12 tahun, hukuman berat akan dilaksanakan. Contoh hukuman adalah penjara di Villa Nabila selama 2 tahun.
6. Jika nak implement benda ni, pastikan implement dekat semua orang. Sultan ke Menteri ke VIP ke Anak Tun ke, semua kena. Kalau orang biasa aje kena tekan, macam mana la masyarakat nak anggap kerajaan ni bagus...apa berbeza benar ke level orang biasa dengan menteri ni sampaikan saudara menteri pun dapat ilmu kebal kerajaan?
7. Dulu Proton ada buat rebate untuk recycle kereta bila beli kereta model baru. Itu satu cara yang agak menarik dan boleh dikembangkan supaya jadi insentif. Pastikan melupuskan lebih untung berbanding menyimpan kereta selepas 12 tahun.
8. Jalan khas untuk penunggang motorsikal? Bagus idea tu. Tapi belajarlah daripada Lebuhraya Persekutuan punya cerita...lepas dah ada ular jatuh atas penunggang, lepas dah ramai jatuh dalam lubang dan berapa puluh kes rompak dalam terowong, baru lah nak upgrade dan per-elokkan. Nak buat, biarlah elok, bukan sekadar buat sebab nak halau penunggang keluar.
....................
Itu adalah antara beberapa benda yang aku nampak. Aku tidak setuju kalau penunggang motorsikal berkuasa rendah tidak dibenarkan guna highway dan aku setuju dengan bersyarat kalau undang2 lupus kereta diperkenalkan. Kalau kau ada idea dan saranan atau sekadar nak kutuk aku sebab aku sapot idea ni, sila nyatakan komen.
Aku ikhlas cakap, benda ni memang susah nak diterima tapi kita terpaksa buat benda camni. Mungkin kau sayang kereta kau tapi polisi ni boleh membantu anak2 kita sustain hidup yang lebih baik. Masa depan Malaysia akan dipenuhi dengan bangunan dan jalan serta kawasan perumahan. Waktu tu, tempat menyimpan kereta ni akan jadi sangat limited. Kita kena korban sikitla untuk generasi akan datang. Takkanlah masa depan nanti kita kena erectkan parking 5 tingkat merata2 semata2 sebab nak tampung jumlah kereta atas jalan raya?
Kereta aku pun dah masuk 4 tahun dah ni. Kalau kereta aku ni harga dia 20 ribu lebih takde la aku ralat sangat tapi.....dah nak kena bayar pun 9 tahun. Agak kurang hajar kalau aku kena let go kereta aku lepas aku dah habis bayar satu amaun yang agak besar.
Yang penting, kerajaan kena decide, sama ada nak jadi negara yang bergantung dengan industri kereta atau yang mempunyai culture city people gunakan pengangkutan awam. Kau takleh nak aplikasikan dua2 ni serentak sebab benda ni clashing. Kalau nak jual kereta, jual kereta, tanggunglah akibatnya nanti2. Kalau nak kurangkan bilangan kereta, pastikan pengangkutan awam mampu support the system. Create ecosystem yang boleh buat semua lapisan masyarakat nak naik public transport...bukan sekadar PATI.
Kalau benda ni jujur pelaksanaannya, kita akan nampak faedahnya bila kita dah tua nanti. Tapi, Kerajaan Malaysia dan "Pelaksanaan Yang Sempurna, Jujur dan Ikhlas Serta Tiada Niat Lain" adalah dua benda sangat susah untuk kita percayai wujud.
.....................
Wahai kerajaan,
Kau tau kenapa orang ramai benci kerajaan? Semua polisi yang kau perkenalkan, semua benda kau nak menang. Yang mesti rugi, orang ramai. Sebab itu ada dah stigma dalam kepala otak kitorang yang kerajaan buat semua ni untuk untungkan kerajaan dan tekan rakyat lebih2 lagi. Memang itu yang kitorang rasa. Itu realiti aku dan majoriti rakyat Malaysia, yang tak undi kau tapi kau still menang pilihanraya jugak.
Fikir la masak2 dulu. Dulu perkenalkan cukai kenderaan, bila polisi tu dah jerut orang ramai sehingga sekarang, walaupun Proton dah diswastakan, still kita struggle nak abolish benda tu. Tak mustahil benda ni akan jerut orang ramai lagi 20-30 tahun kalau pelaksanaannya sekadar asal boleh dan tak fikir panjang.
Aku cuka kerajaan punya idea kadang2, sebab aku nampak rasional dia. Kurangkan subsidi gula. Kurangkan subsidi minyak. Aku paham kenapa kita perlu lupuskan kereta. Ada advantage, ada disadvantage. Tapi long term, advantage akan negate the disadvantage. Even GST pun aku setuju.
Tapi......masalahnya, pelaksana dia tu, tak berapa nak boleh dipercayai lah. Semua nampak macam carik jalan nak kaut keuntungan dekat diri sendiri. Kau nak perkenalkan paradigm shift yang mega macam ni, buat la elok2. Tapi janganlah gunakan alasan tidak bijak macam "Kereta lebih 12 tahun tidak selamat." Itu alasan bodoh benar. "Kurangkan subsidi gula sebab kita ramai kencing manis, harga minyak perlu naik supaya rakyat merancang perjalanan."
Kau nak justify, justify la elok2.
Orang ramai marah dengar alasan bodoh camtu.
Yang peliknya, ramai la jugak yang percaya.
Nasib baik diorang ni golongan minoriti.