Mei 31, 2013

Panduan Memasak Yang Senang-Senang Untuk Orang Bujang dan Anak Dara

Tak ramai orang kat sana pandai memasak tapi aku rasa itu lebih kepada perasaan "takut nak memasak."

Sebenarnya memasak ni tak susah pun, kena yakin aje apa kau buat. Asalkan, masakan kau tak sangat masam, tak sangat masin dan tak sangat manis. Kita bukannya target nak jadi chef tapi semua orang kena ada skill memasak sekurang2 nya lepas la untuk buat masakan simple asal dapat survive.

Makin hari ke hari apa yang aku rasai sendiri, ekonomi kita makin lama makin menjerut leher walau betapa positifinya nada kerajaan bila bercakap pasal ekonomi. Itu belum cerita pasal nak ada GST nanti. Aku tak rasa kalau muncul GST nanti harga barang akan drop, aku meramalkan harga barang2 akan sama macam sekarang tapi on top of that ditambah lagi dengan GST. Takpelah..asal kerajaan banyak duit....

Jadi, memasak sendiri adalah satu solusi untuk semua orang dan hari ini aku ingin memperturunkan ilmu memasak aku yang aku perolehi sejak aku kecik sehinggalah sekarang. Tapi skill ni takde la untuk masakan complicated, cuma cukup la untuk "asal boleh masak."

Ada beberapa bahan yang aku jadikan essential dekat dapur rumah aku;

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kicap
5. Kentang
6. Kunyit
7. Garam
8. Gula
9. Cili hijau/merah
10. Cili giling (orang Kedah panggil cili BOH!)
11. Telur
12. Ikan bilis
13. Minyak masak

Bila kau dah ada cukup benda2, sebenarnya bermacam benda kau dah boleh buat. Mungkin sesetengah resipi perlukan satu atau dua bahan lain tapi untuk mulut orang Melayu, inilah dia ramuannya. Tak lari jauh.

a. Bermacam Variasi Nasi Goreng

Basic nasi goreng mudah, potong dan tumbuk semua jenis bawang sekali dengan ikan bilis. Tumis. Kalau nak pedas, tambah cili hijau atau cili merah (yang telah ditumbuk) atau cili giling masa menumis. Campurkan nasik dan gaul...tambahkan telur. Optional : masukkan kentang yang digoreng, carrot atau sawi/bayam/kangkung. Garam satu sudu kecik. Ini basic nasik goreng kampung. Nak variasikan, tambah kicap atau sos tiram.

b. Bermacam varian Mee/ Mihun goreng

Nak goreng dua benda ni tak ada beza sangat dengan buat nasik goreng cuma bahan tumisan macam nasi goreng tu perlu banyak sikit dan perlu berair sikit. Tapi step dia sama aje.

c. (Lauk) goreng

Semua lauk goreng yang kau tengok dekat kedai penyediaan dia sama aje. Ayam atau ikan goreng tu diperap dengan kunyit dan garam. Itu aje. Kemudian goreng. Untuk daging goreng, effort dia lebih sikit sebab daging kalau goreng macam tu aje tak berapa kena la pada aku...jadi kena ada sambal atau bawang tumis dalam tu.

d. Sambal biasa

Nak buat sambal cukup mudah sebenarnya. Kau tumis bawang dan halia yang dah dikisar/ditumbuk sekali dengan bawang yang dihiris (nak bagi cantik) kemudian campurkan dengan cili giling dan sedikit air. Ada orang suka letak air asam jawa nak bagi masam sikit tapi boleh jugak dengan perahan limau kasturi. Garam dan gula kena ada.

Kemudian, tuang atas apa saja jenis lauk yang kau dah goreng. Tuang atas ikan keli goreng jadi la sambal ikan keli, tuang atas ayam goreng jadi la sambal ayam. Ni salah satu nikmat yang kau akan dapat dari masakan..bila kau tuang sambal atas lauk tu dan diorang bertemu...aku cukup suka tengok sambal atas ayam berasap2. Salah satu fetish aku selain daripada cleavage.

e. Sambal hijau

Goreng ikan bilis dalam setengah mangkuk. Tumbuk bawang merah,kecik dan putih beserta cili hijau/cili padi. Takyah hancur pun tak apa. Tumis bahan yang ditumbuk tadi dan campurkan sedikit garam. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

f. Masak lemak

Selama ni aku ingat masak lemak santan ni susah, rupanya senang gila. Ada dua cara,tumis bawang dulu. Kemudian masukkan santan yang dah dicampur air dan letak bahan, macam tauhu, tauge, sayur pucuk dan sebagainya. Ataupun rebus aje santan dulu, kemudian masukkan bawang tadi dan biarkan seketika, kemudian baru masukkan bahan2. Garam secukup rasa.

g. (Lauk) Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ni lah yang paling senang pada aku sebab kau buat la macam mana pun, Insya Allah sedap. Dah la versatile. Telur,ayam,daging,ikan....semua boleh. Goreng dulu bahan yang kau nak jadikan lauk. Kemudian, tumis bawang dan halia...letak air. Campur kicap sampai kau rasa kelikatan dia cun. Ada orang suka taruk sos tiram nak bagi pekat kuah. Dah menggelegak kuah kicap tu, masuk balik bahan yang dah digoreng tadi.

h. Lauk Tak Ada Gaji

Dulu, aku pernah hidup melarat tak ada gaji. Bukan sebab tak ada kerja tapi sebab syarikat tak bayar gaji. Jadi, aku survive dengan lauk paling simple. Nasi dengan sardin kalau mewah sikit.Atau nasi dengan telur. dan ikan bilis goreng. Setiap hari. Kuah kicap. Sedap.

..................

Kau takkan tau macam mana nak kontrol masin makanan selagi kau tak pernah terlebih bubuh garam. Semua benda tu normal dan kita memang kena lalui sendiri. Memasak ni adalah satu eksperimen dan sepatutnya kita tak perlu rasa gusar nak cuba. Tak ada rules sebenarnya dalam masakan ni. Mungkin panduan akan bagi kau sukat ni sukat tu...tapi benda tu hanya perlu kau ikut kalau kau buat pastry. Masak masakan Melayu ni, teknik paling penting adalah kau jangan takut mencuba tapi janganlah pulak kau try benda pelik2...macam ayam kuah air gula.

Lelaki bujang pun boleh guna resipi yang sama untuk save duit. Kalau kau kira-kira balik, kos untuk masak sendiri macam nasi goreng ke ayam kicap....selalunya half daripada harga makan kat kedai. Yang paling penting, kau tau apa yang kau makan.

Dapat masak benda2 basic yang aku listkan ni pun dah cukup memenuhi kriteria aku kalau kau adalah calon isteri2 aku di masa hadapan. Aku tak expect banyak..cuma aku expect isteri2 aku lagi tere masak dari aku. Itu aje. Tapi kalau goreng telur pun kantoi...itu bukannya tak reti masak, itu pemalas sebenarnya. Tolong ingat benda ni ya Rozita Che Wan, manalah tau kita ada jodoh.

Semua orang boleh memasak sebenarnya. Benda yang simple tu la selalunya yang sedap.
Tak percaya cuba tengok cerita "God Of Cookery."


31 ulasan:

RD berkata...

Bagus la tau masak sikit2 bole masak time bini penat.. Tahniah..

RD berkata...

Bagus la tau masak sikit2 bole masak time bini penat.. Tahniah..

Ainee Cumi berkata...

Tahu tak ini adalah entri paling ohsem ohsem dan ohsem. Aini print nak tampal kat dapur kang. eh nak kasi frame siap sekali ah.

Qiela berkata...

kah kah, gelak cik ta baca.

J berkata...

Bab masak saya selalu terkurang garam. Bila belajar boh banyak sikit, masin sangat pulak.

Tanpa Nama berkata...

paling senang sediakan duit singah kedai makcik order makcik nasi goreng satu.. Siapp... :)

just azura! berkata...

dah macam blog resepi masakan gayanya! pakat dok masak kat rumah lee lepas ni.. terbaik!

Black Pearl berkata...

bila dh berjauh dgn keluarga, nak tak nak memang kena masak sendiri. nak makan luar hari2, kopak lah.
mula2 kena masak tu memang takut gila. siap doa lagi mintak2 sedap dan tak sakit perut. tapi tu dulu la.. sekarang ni dh pandai masak sikit mula lupa diri. heheh

plain83 berkata...

oh dah agak lama bro tak up entry memasak... nice, ya semua org wajib tahu memasak, memasak adalah satu skill utk survive ^^

Laici berkata...

tau tak,waktu kau duduk bujang la waktu paling best nak tambah skill masakan kau, tambah2 ada mmber2 sekali...aku duduk bujang, sebelum ni tau masak megi, telur goreng, pastu bleh la goreng2 nasi sikit.. sekarang slow2, kami try & error masak menu2 lain, sampai berjaya..ikan siakap masak sos, kari ayam, ikan sumbat sambal,bihun singapore..senang je kalau korang berani mencuba..yg penting, KENA RAJIN ! aku lelaki, ada2 waktu aku rajin masak ni, tambah2 masak ramai2..tak terasa beban.. menjimatkan plak tu,beli barang dapur share2 RM20 leh makan 5,6 kali

Amin A. R berkata...

kalau nak jimat, masak sendiri adalah cara terbaik.tapi tengok lauk jugak la, ada yang lebih baik makan kedai. tapi, setuju dengan semua resepi di atas tu. dapat masak yang simple2 pon jadi lah, yang penting jangan malas nak cuba. jangan kata diri tu lelaki, maka tak perlu masuk dapur. salah! sok ni bini ngandung x leh masak, kan ke boleh masak untuk bini?untung yer kalau boleh masak ni. percayalah.. :D

firdaus m berkata...

salam..ni post yg sgt bagus alhamdulilah.

1. aku 1st belajar masak..dgn belajar tumis. lepas da tau tumis tu apa, by time ko bleh budget masakan lain.

2. aku pernah minat satu pompuan to the extent sampai pergi ke rumah mak bapak dia. masa mak dia puji2 anak dia, dia mention anak dia pandai kemas rumah tapi sepanjang time tu, langsung tak mention pasal dapur. dan emak dia sendiri yg hidang air, not the girl. situ je aku da tau pompuan tu x leh masak.

3. by time, aku kenal other girls, aku selalu tgk media sosial mereka, pompuan suka upload gambar, tapi sikit sgt yg pernah upload gambar masakan diorang sendiri.. point aku = most girls yg aku pernah kenal..tak pandai masak. aku x kawin lagi mungkin blum jodoh tapi aku rasa pompuan skrg demanding tapi skill perumahan hancur.

anyway thanx for the post.

AiDa FaRhAnA berkata...

post ni simple sangat tapi sangat berguna..

Annakholat Atastokhdevishizar berkata...

kalau bujang makan sorang, x berbaloi la masak. penat + kos lebih mahal dari makan kt kedai.

bagi aku lagi jimat makan di kedai. tp kalau kedai mcm kopitiam aircond mmg la kopak makan sana hari2. cari gerai2 makanan melayu yg bersih suda. banyak je yg satu hidangan (nasi+ lauk+ sayur) dalam RM4- RM7 bergantung lauk apa yg di ambil. bli air suam, dah jimat.

even yg bujang makan berdua pun lebih jimat kalau makan kt kedai. tp tgk jugakla byk mana sorang2 makan. kalau jenis melantak, aku setuju jika masak sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau bujang pon (makan sorang) boleh je masak. Tak rugi pon. Cuma kena la makan lauk sama untuk beberapa meal (lunch, dinner, lunch esok). Memang la bosan tapi kalau dah dok sorang n nk jimat, kena la berkorban, ye dak.

Lauk tu kena la kerap panaskan supaya x cepat basi.

Mango berkata...

kalau bujang makan sorang, x berbaloi la masak. penat + kos lebih mahal dari makan kt kedai

hang beli brang apa mahal lagi dari makan kat kedai?? mee goreng? RM4,kalau beli mee RM1 sebungkus, leh masak 2,3 kali utk sorang, sawi, RM1 cmtu gak seikat, isi ayam? sekali beli sekor ayam seminggu leh guna,takmau pun beli yg asing tu,bhgian dada,peha ke,bpa ringgit ja..hang pnah p market ka dak ni?

kalau beli barang utk sekali tu ja nak masak,memang la x berbaloi..nk seribu daya,kalau baloq apa pun takbleh

Prince of Noob berkata...

macam mana nak masak ayam kepsi boleh tolong ajar? btw jom join contest yang sangat mudah kat sini.

tariqz berkata...

Slm. Actually, nak masak ok je.. main campak2.. tapi yang malasnya time nak basuh pinggan n kuali selepas masak. He2..

Annakholat Atastokhdevishizar berkata...

alah, aku penah je masak utk makan sorang dan aku penah makan di kedai. dan aku fikir lebih untung makan kt kedai sebab aku x makan byk.
aku cepat bosan kalau asik mkn benda yg sama setiap hari.

jk aku ada alasan yg bagus utk masak e.g. dok di kawasan xde kdai halal, xde hal nak masak. cuma bg aku lebih mudah mkn di kedai yg harganya berpatutan.

takat mkn sorang dan selagi ada pilihan aku mmg xmau masak pun. problem?

firdaus m berkata...

ada serbuk ayam bertepung, kt kedai2 ada jual mcm2 brand
aku lepas sapu tu terus goreng
ada resipi yg style taruk serbuk roti gaul ngn tepung pun ada, hang bleh cari kat internet, wahai Prince Of Noob.

Prince of noob, aku dulu stat panggil hang PON time tehtarikgelasbesar.blogspot.com dulu..aku mohon ampun ngn hang ok

Mango berkata...

memang hang problem pn...bosan makan benda sama, macam takbleh masak menu lain kalau msak kat rumah...xmkn byk,mcm la kn msak byk2....xkn klau ddk kt kwsan xdk kdai mkn halal baru ada sbab nk msak...anak manja hang ni..tanya depa2 dlm blog ni kalau masak ngan makan luar,mana jimat lagi?.kalau pemalas tu pemalas gak laaa..

usin orang muda taik kuda berkata...

alamak takdak belacan ka? bahan penting tu

Tanpa Nama berkata...

isteri2..?

Tanpa Nama berkata...

Masak lagi jimat lahhhh.orang pemalas je cakap makan kedai murah.makan 3 kali sehari kalau sekali makan 6-7 ringgit mau tak dekat 20 ringgit sehari makan kat kedai??? Pemalas...orang macam ni tak boleh survive dalam hidop

Azmi Harith berkata...

Salam semua... entri ni best.. aku lelaki.. Setuju dgn pendapat2 sume yg bg komen.. Tp ada sorg tu kata kalau makan sorg x bbaloi masak? penat n kos lebih mahal? ntah laa.. sye rase lg murah.. klo mkn kt kdai skali makan mgkin dalam RM4.. tu skali je.. mgkin lunch.. petang atau malam cm ne plak? so kuar lg duit RM4.. haa total RM8 sehari.. gi giant beli telur ayam yg 10 biji tu budget RM5.. lunch mkn 2 biji (sbb lapar gler)n malam mkn sebiji.. so sehari 3 biji. mksud nye budget RM5 utk tlur tu boleh guna lbh kurg 3-4 hari.. Ya Allah mmg jimat glerrr.. balik kampung curi beras 3-4kg(JGN TAKUT MAK AYAH MESTI RESTU N REDHA PUNYA ANAK DORG CURI BERAS KAT RUMAH), haaa lg jimat..
Tp, tu laa.. cume nk bgtw, entri ni sesuai utk org yg nk bjimat n suka eksperimen kat dapur.. yg malas n byk duit, myb dorg ada alternatif lain.. apa2 pn perut kenyang, ati pn senang.. nk beribadat pn x fkir perut daa.. kalau yg da bkerja, duit boleh simpan, balik kampung n kita bagi duit belanja kat mak ayah, boleh makan besar dengan masakan mak kita..MMG PUAS ATI.. Klo student, boleh bjimat ngan duit loan.. xde laa nk print assignment pun tpaksa pinjam duit member.. TOILETRIES pn beli nk pnjam kt member.. HUIIYOOOO TLG JGN MALUKAN DIRI KITA DGN PERANGAI CAM TU.. CUBA LAA BERUSAHA UTK JD YG TERBAIK PADA DIRI KITA SENDIRI.. INSYAALLAH PERJALANAN KITA DIRAHMATI ILLAHI N DIHORMATI KAWAN2..
kesimpulan nye, makan utk hidup okey.. jgn hidup utk melantakkkkkk je! Skali lg entri ni best.. Ksian che ta nme die ada dalam ni.. hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Bro ko lepas ko campak smua bende nak masak tu...ko jgn cmpak lg garam gule...ko campak dlu kuib ayam maggi...campak dlm separuh...ko rase..klau rase mcm tawar lg campak je separuh lg...x payah buh garam pun...ko try la.

Tanpa Nama berkata...

Senang je masak nie...jimat..10inggit ko bleh makan ayam,ke daging ke,ikan ke plus side dish lg...sayur,telur,cendawan smua....bleh 2,3 kali makn...ak setiap kali bli barang nk masak ak budjet 10inggit je...mmg berbaloi...sape yg kate makn luar lg jimat...serius sbnar nyer die x pernah masak...hahaha...ak hari2 masak kat rumah...serius makn puas ati...ak bujang gak duk sorang...blik kampung mak ak kate makin berisi...hahahahaha..masak sendiri makan puas beb...bg yg x reti nak rase garam...same mcm ak...korang x yah pkai garam...ape2 korang masak...nasik goreng ke ape ke...korang xyah bubuh garam...korang campak je kiub ayam...sekali masak campak 1 kuib...setelxyah bubuh garam...nnti rase die dtg sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Entri yg sgt2 bergune. Tq so much. Sy bru nk blaja memasak. Huhuhu

Toilet Portable berkata...

Saya kebetulan baru belajar memasak, keren sekali tips dan infonya.

~Nur Zulaiha~ berkata...

lauk takde gaji sgt sedap sbnarnya,, lg sedap ajak rmai2 join,, serius..

hat cerita klu bujang mkn luaq lg jimat,, salah lah, sy ada gastrik, so tak bleh skip mkn,,

pagi: nasi lemak + airkosong :rm 4.00..
lunch : ayam nasi sayoq sejemput,, paling murah pnh dpt rm5.00 tp sgt jarang2 gilo,, sllu rm 6.00-700
malam: nasi goreng kg : rm 5..

klu msk,, mkn 3 kali modal rm 10.. yg pnting, bleh tmbah byk kli.. kdng modal less lg..

Chantek klasik berkata...

isteri2???
btw, thanx for the resepi....