Mei 22, 2013

Orang Kacak Macam Kita Ni, Ashraf Muslim, Memang Ramai Perempuan Nak Jadikan Suami

Pada satu hari bulan lepas, sambil driving, aku layan Radio Bernama 24.

Hari tu ada segmen pasal Perubatan Islam dan tetamu diorang pada hari tu adalah seorang Ustaz dan seorang lelaki dari Pusat Perubatan Al-Hidayah. Nama Ustaz itu aku tak sure, nama lelaki itu yang juga orang kanan Pusat Perubatan tersebut adalah Ashraf Muslim. Ashraf Muslim pelakon tu...

Aku berminat nak dengar sebab dalam segmen tu diroang borak pasal mengubat orang hanya dengan menggunakan ayat Quran. Pesakit datang, tanpa perlu apa-apa rawatan lain, diorang akan diberi satu atau dua ayat Al-Quran untuk diamal dan mereka akan diajar macam mana nak mengamalkannya.

Ramai jugak yang telefon tanya Ustaz tu, "Ustaz, kalau saya sakit ni, boleh ke diubati?", "Ustaz, anak saya ni nakal la Ustaz, boleh ke dibaikkan?" dan bermacam lagilah persoalan2 tipikal yang kau akan dengar tiap2 kali ada pengamal perubatan Islam keluar TV atau radio.

Hujung segmen tu, ada seorang pemanggil telefon, perempuan. Dia tanya, "Ustaz, kalau saya ni susah nak mengandung bagaimana Ustaz? Dah kahwin 6 tahun still tak dapat zuriat lagi?"

 Mulalah rancak diorang bercerita pasal keberkesanan teknik perubatan diorang ni dan meyakinkan pendengar yang sudah ramai pasangan yang berjaya disembuhkan dan telah mendapat zuriat masing-masing selepas berubat di situ. Apa yang istimewanya, apa jenis perubatan pun, rate harga dia fixed...RM50.

Waktu tu, aku terbayang member aku. Sebab aku ada seorang member yang dah berapa tahun ready nak jadi bapak tapi rezeki masih lagi tak sampai walaupun dah hampir 3 tahun diorang kahwin. Memang niat aku nak forwardkan pasal Pusat Perubatan Al-Hidayah ni dekat dia sebab dia sendiri dan isteri dia dah berapa ribu habis try macam-macam cara nak try dapatkan baby. Ye lah, what's the harm in trying? Kos pun tak besar, RM 50 aje kan? Lama aku ingat pasal benda siap aku tulis nota dalam fon, aku pun dah berapa bulan tak kontek member aku ni.

Minggu lepas, keluar cerita, Ashraf Muslim nak kahwin dua....sebab dia tak dapat zuriat lepas 3 tahun kahwin. Ramai perempuan mesti bengkek aje dengar "3 tahun dah nak kahwin lain?" Aku terpaksa join diorang kali ni walaupun aku sendiri sexist gila.

Memang betul, aku akui, bila tak dapat anak, suami memang rasa marah aje. Apatah lagi kalau bila cek, suami punya organ ok, isteri yang ada problem. Memang niat nak berkahwin lain tu akan ade,  sebab itu satu opsyen untuk suami.

Tapi memandangkan keliling aku ramai kawan2 aku yang ada sampai 8 tahun trying macam2 cara dan operation baru dapat anak, dua couple memang dah disahkan takleh dapat anak jadi ada yang dah ambik anak angkat, seorang lagi pulak beranak dah banyak kali tapi tak pernah nya selamat kandungan , mesti Ashraf Muslim sendiri tahu dan dah dengar sendiri berapa lama pasangan lain mencuba...

Orang hensem macam kita ni memang lah ramai perempuan berkenan. Aku paham perasaan kau, bro! Kadang2 aku pun nak aje kahwin lagi seorang dua sebab dah tak mampu lagi nak suruh perempuan "tolong jangan goda aku please! Aku dah kahwin!" tapi bila dengar cerita kau nak kahwin dua ni, aku rasa kelakar sebab dalam segmen tu, aku dengar Ashraf Muslim promote kaw2 keberkesanan perubatan di Pusat Perubatan Al-Hidayah sehingga ramai bayi layak digelar "Bayi Al-Hidayah" dengan bapak mertua pertama dia.Besar kemungkinan, lepas ni, dia akan ada lagi seorang bapak mertua.

Secara seriusnya, aku paham kenapa niat nak kahwin lagi seorang tu datang...tapi 3 tahun adalah satu tempoh yang sangat pendek sebenarnya untuk berhenti berharap. Masih lagi relevan atau tidak, aku beritahu kawan aku yang dah nak masuk tahun ke empat tak dapat anak lagi, supaya pergi berubat dengan Ashraf Muslim?


34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sampai 3 tahun pun.. dia kawin 2011 hujung, taun ni baru bulan 5 .. tak sampai 2 tahun pa? Rajin kiralah.


Bersangka baik ja la, kot bini no 1 memang x buleh beranak. Dah tu dr pulak..

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah... aku ingat kau nak cite kau memey hensem... ye la kan dok promote 'keberkesanan' pusat rawatan dia pastu bagi alasan camtu utk kawin lagi... patutnya cakap je la dah jodoh nk kawin lagi...

Tanpa Nama berkata...

Itu surat khabar ..gossip jer lebih tuh ..

Tanpa Nama berkata...

Hihihi...

Prince of Noob berkata...

kalau mampu baguslah lelaki kawin 4 terus. disamping dapat membantu kaum wanita yang jumlahnya lebih ramai berbanding lelaki terutama anak2 yatim, janda, ibu tunggal, anak dara tua, dapat juga meramaikan lagi umat islam dan orang melayu di malaysia ini. bayangkan kalau sorang beranak 4, kalau 4 bini dah 16 anak. kalau satu keluarga 16 anak, sejuta keluarga tak ke dapat menambahkan 16 juta orang melayu kat malaysia. bila dah ramai melayu, baru la semua sokong umno dan umno dapat terus berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Haha ironik kan? Ubat yang ada tak boleh sembuhkan..

Isteri dia memang sah tak boleh beranak kot? dah check habis semua so dia redha la suami dia yang ensem tu kawin lagi.. :)

Tanpa Nama berkata...

Apa hal nk kna tggu x dpt anak bru bleh kawen laen? Klu ada anak pn nk kawen laen, xde masalah nyaa..Islam tu mudah tpi sndiri mau igt laa. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Anon tak payah tgu takda anak ada anak pun boleh kawin quota kan ada 4..

Perempuan ni sayang suami dia atau selfish hahaha so dia tak bagi suami dia kawin lebih.. :)

Tapi Lelaki kawin lebih bukan la kelebihan sebab tambah tangungjawab esok kat akhirat kena tanya tangungjawab ko kat isteri anak-anak.. satu pun tak lepas tambah dua tiga huh.. baik la pikir panjang..

Mohammad Hasif berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
onlajer berkata...

la kenapa pulak dia ni tak berubat sekali. Nampaknya rezeki dia lah nak dapat isteri lagi hahaha

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa dia ikut petua Ustaz Azhar Idrus, Dia cakap kalau pakai selipar sebelah tak besh kena ada dua belah lol..

Tanpa Nama berkata...

Bleh... Dia layan Harian Metro pulak. Ingatkan nak ulas isu black out.

Tanpa Nama berkata...

Tukang rawat tak buleh rawat diri sendiri kot, tak menjadi ilmu tu. Lol.

Tanpa Nama berkata...

aku dah kawin 6 taun, xde anak. bini mmg x leh mgandung. mampu kawin lg. tp bila letakkan diri aku dlm situasi bini, x smpai ati la plak nak kawin lain.

Tanpa Nama berkata...

Lelaki untungla kan. Bini xle branak, leh kawen len. cuba klu mslh tu bpunca dr suami? senyap je x bunyi2

Ahmad Arba'in Ali berkata...

salam bro. menda mcm ni, kau baca mana dia kahwin lain sbb xda zuriat? sahih ke? betul ke? media.

kita tak tahu masalah dia. jgn judge. Allah je tahu.

Yakinlah dengan ayat2 Allah sebagai penawar. Bukan sbb Al Hidayah, tp itu ayat Quran.

Bila ashraff dah kata benda tu mujarab, kita anggap ja benda tu mujarab, bukan sebab ashraff ckp, tp sbb kita fikir tu ayat Allah.

Kita jgn pusing kata, "klu betul ashraff beriya promote rawatan islam dia tu, dia pi kahwin lain buat apa?"

kita tak tahu cerita org, kita tau knapa dia kawin lagi.

Biar urusan dia dgn Allah.

Hujan Malam berkata...

kalau isteri boleh sayang suami nye sorang, kenapa tak suami?

MB Selangor berkata...

Dari blog politik berubah ke blog gosip tabloid.

Tanpa Nama berkata...

Sayang lelaki berbeza dengan sayang perempuan.. sebab perempuan tak jadi lelaki maka perempuan tak faham seperti lelaki yang juga tidak faham perempuan kerana tidak pernah jadi perempuan..

Walaubagaimanapun tidak jadikan makhuknya berpasang-pasang untuk saling kenal dan memahami..

Tanpa Nama berkata...

Kdg2 aku pelik ngan mantot ni, dan2 je ko dgr psl ashraff kt radio24 ni.. Mgkn btol la..aritu jd cikgu, jadi tu..jadi ni..

Ntah2 org len yg dgr n citer kt ko, ko claim ko yg dgr..

Ke ko jenis seorg 'claimer'?..makin lamer makin 'ko experience semua'...heheh..offset jap

Peugeot

Tanpa Nama berkata...

Anonymous May 22,
2013 at 8:29:00 PM GMT
+8
Kdg2 aku pelik ngan
mantot ni, dan2 je ko dgr
psl ashraff kt radio24 ni..
Mgkn btol la..aritu jd
cikgu, jadi tu..jadi ni..
Ntah2 org len yg dgr n
citer kt ko, ko claim ko yg
dgr..
Ke ko jenis seorg
'claimer'?..makin lamer
makin 'ko experience
semua'...heheh..offset jap
Peugeot


-well aku cuma nak cakap : dalam dunia ni memang byk kebetulan yg blaku..malah aku yakin kau sendiri biasa melaluinya..kalau tak takde la pepatah 'dunia ni kecik je rupanya' bila selepas 13thn kau jumpa ex boyfren/gelfren kau masa primary school balik kat jepun tempat kau belajar dan dia kerja kat area U kau even time tu kau tak cam dia then bila dah kenal baru tau its him/her and suddently 1year later kau kawen dgn dia..agak2 kau nak mengaku tak ia hanya kebetulan..?aku cakap yes,ia memang kebetulan.

mecha_praline berkata...

what a LOL? dia berubat orang lain untuk dapat zuriat then dia plak kawin lain sebab tak dapat zuriat?

nampak tak orang melayu punya mentaliti? cari ubat tak kena dengan penyakit. patutla Dr maza selalu sindir pemikiran jahiliyah dikalangan orang melayu. hingga masalah anak nakal, anak dapat upsr 5A pun di jumpa ustaz, bomoh, jampi, air yasin bagai.

pelik..pelik..

Tanpa Nama berkata...

Mana satu betul?

1) minta kepada Allah solat hajar istiharah berdoa etc.. kemudian berusaha secara moden jumpa doktor etc?

atau

2) berusaha secara moden beriktiar kemudian baru berserah kepada allah sebagai jalan terakhir?

Kita minta daripada Allah dulu atau kita minta daripada Allah kemudian selepas berusaha?

Cer jawab?

Mantot berkata...

Bro/Cik,
Tak kiralah apa cara sekalipun, moden atau tradisional, semua benda elok dimulakan dgn Bismillah...jadi, dalam segala benda pun, kita dah mintak pertolongan Allah dulu dalam ikhtiar kita.

Dalam Islam ni, berserah pada Allah bukan setakat jalan terakhir, tapi SETIAP MASA.

Usaha,ikhtiar, perbuatan, mengubat...semua tu sebab Allah. Tak kiralah moden atau tradisional.

Tanpa Nama berkata...

tlg jgn jdkan alasan 'isteri xmampu beri zuriat' just utk kawin lain.bunyi mcm meletakkan kesalahan tu pd si isteri jer sdgkan semua yg adalah ketentuan Allah. ckp aje rezeki Allah Taala.

Tanpa Nama berkata...

Ntah la kawan aku kawin 10 tahun kot takda zuriat lagi.. dah usaha macam-macam..

ada juga yang bertahun kawin sekali dapat zuriat kembar huhu..

tapi jenis yang tak kawin senang pulak lekat.. hahaha

Apa boleh buat setiap orang ada ujian dan rezeki masing-masing...

Tanpa Nama berkata...

Baik hati la kau..

mummy_icha berkata...

"kawin lagi sorang dua" yang tak tahan tu...amboi. Tp klu ko rasa nak bgtau kwn ko psl pusat perubatan alhidayah tu still relevan lagi. Bg dia try. Lain org lain hasilnya. Maybe kat Ust Amirul ni tak boleh, tp kat member ko boleh, berjaya pula. Mana tahu kan... Allah suruh kita ikhtiar. Dpt ke tidak, terpulang pada Dia.... Maybe Ust Amirul ni, alahai asyik lupa nama betul dia. Ashraf Muslim ni taknak la tunggu smpi lama2 mcm kwn ko tu. Definisi "lama mana nak tunggu dpt zuriat baru nak kwin lain" berbeza ikut org jgk. Ada yg rasa 10 thn baru lama. Ada yg rasa 1 thn tu dah lama. Dokter O&G pun tak semuanya suggest lps kwin 1 thn x dpt anak gi buat cek-up. Ada yg kata 6 bln terus cek-up. Ada yang kata 8 bln. Ikut "rasa" masing2 dan latarbelakang masing2. Klu kwin umur 30, mgkin 5bln takde tanda2 preggy dah susah hati, espec pompuan, ada had umur beranak/subur, etc. Kalau dia nk kwin lagi & isterinya bg, kira ok la. Klu aku jd isterinya, maybe lain pulak caranya kan... :-D

Tanpa Nama berkata...

kena tanya ustaz ni dah berubat dengan pusat rawatan yang dia promosi tu ke?

plain83 berkata...

LoL noob punya sarcasm... XD

Aril berkata...

Aku x de masalah kalau dia nk kawin dua asalkan dia mampu berlaku adil..

Dlm quran ckp, kalau nk anak hendaklah beristigfar sebyk2nya..tiada hadis nabi ckp bca doa itu ayat quran ini boleh atasi masalah x de anak

Tanpa Nama berkata...

Ni namanya cursing malay/sumpahan melayu.
orang yang kahwin ikut syariah Islam semua bagai, still susah nak dapat zuriat.
Ni yang senang-senang bunting anak dara orang sampai buang bayi tu tak payah berubat pun. Aduh. Aku salahkan pada sistem yang dicipta. Agama ada. Apa guna?

Tanpa Nama berkata...

ujian ni macam-macam bentuk nak menguji kesabaran ada diuji takda anak ada di uji suami nak akwin lagi ada diuji kawin dua tiga pun takda anak walau dah check semuanya ok..

So takleh kata la Allah tu maha mengetahui dia menguji manusia mengikut kemampuannya.. walau kadang kita rasa tak mampu nak melalui ujian Dia.. sebaiknya dekatkan diri dengan Allah..

Tanpa Nama berkata...

UAI cakap sakit berdoala dulu mintak kepada Allah dulu.. sebelum pergi merawat pergi hospital kita minta izin dari Allah dulu..

http://www.youtube.com/watch?v=r0NmrkPyNsI