Mei 21, 2013

Perempuan Itu Ingin Belajar Kereta Tapi Diganggu Oleh Instruktor Gatal

Pada satu tengahari, kitorang on the way nak ke mana tah minggu lepas. Berenti dekat bawah flyover, depan aku ada satu kereta sekolah memandu sedang kelas. Pengajarnya seorang lelaki. Yang belajarnya, seorang perempuan. Pakai tudung merah agak aku, tak berapa nampak. Mungkin situasi macam tu biasa kau tengok hari-hari...tapi yang menariknya, tangan instruktor tu disangkut dekat headrest perempuan tu dan bahu instruktor lelaki ni dah hampir nak kena dengan seat perempuan tu

Tengok reaksi .minah tu, tangan dua2 memang erat pegang stereng dan dia betul-betul renung depan tak toleh kiri kanan. Reaksi dia bukan reaksi orang konfiden dan fokus...tapi reaksi orang yang takut dan dalam keadaan tak selesa.

Reaksi orang cemas.
Cemas takut enjin mati dan takut kena raba.

Macam mana nak selesa kalau kau belajar kereta, kau terpaksa berdua-duaan dengan lelaki yang kita tak tau asal usul dan level pervert dia macam mana. Macam-macam boleh jadi. Apatah lagi kalau sampai satu tempat sunyi, instruktor tu kata "kau ni bawak macam haram la! Biar aku bawak lah!" Macam-macam boleh jadi zaman sekarang ni sebab TV tiap2 hari tayang perempuan terkangkang.

Aku yang lelaki kalau jadi camtu pun aku takut, apatah lagi perempuan kan?

Banyak bentuk protection yang dah diperkenalkan kepada golongan wanita melalui pengenalan koc-koc khas untuk wanita di public transport dan sistem sekuriti di kawasan parking pun dah diperketatkan. Aku pegi Suria KLCC minggu lepas ada parking khas untuk wanita yang keseorangan. Tahniah!

Bagaimanapun pada aku kita selalu terlepas pandang mengenai bahaya wanita yang belajar memandu ni. Aku tak sure sama ada ada law yang dibuat untuk protect wanita dalam situasi ni tapi apa yang aku nampak,  seorang wanita yang sangat terdedah dengan risiko jadi mangsa pervert.  Jadi, sebab aku pervert dan aku cukup kenal super pervert, memang pada pandangan aku la, instruktor tu cuba ambik kesempatan.....cuma caranya masih lagi halus dan tak terbuka. Aku sure minah tu dapat bau ketiak mamat  tu sebab memang dekat dan aku sendiri kalau ada lelaki buat kat aku camtu aku tak selesa.

"Itu sebab dia nak tolong kawal setereng tu Tot!" kata kau, tak nak buruk sangka. Kereta tengah berenti...lampu merah. Untuk 3 minit tangan dia tak pernah alih...

Aku dulu belajar memandu tak pernah pun instruktor aku kena dekat camtu. Dia hulur tangan aje dari jauh tolong pegang dan control stereng. Bahu masih lagi lekat kat seat. Tak pernah pun kena letak tangan atas seat aku. Sebab aku lelaki dan dia lelaki kot?

Masalahnya memang tak ramai instruktor kereta wanita yang bertugas kat luar sana dan kalau ada pun, mesti jadual dia dah packed. Jadi, penyelesaiannya ada beberapa, antaranya ajak kawan belajar sekali dengan kau. Atau ajak abang atau adik ikut sama tiap2 kali belajar kereta. Cuba pastikan anda tak ditinggalkan berdua dengan intruktor. Aku juga perasan ada sekolah memandu yang buat kelas serentak untuk dua tiga orang serentak..cuma risikonya kat sini....tengah belajar memandu kau bawak ramai lagilah pressure kan? Tapi itu satu langkah yang lebih baik la.

Bukan semua instruktor kereta pervert tapi apa salahnya kita berhati2 kan? Even dalam masyarakat kita sendiri, kaum wanita cukup risau kalau dapat pegawai JPJ masa exam memandu yang pervert, kan? Ramai orang cakap kat aku benda ni dan memang ada kes Pegawai JPJ cuba menggatal masa tengah test. Normal lah, Melayu. Pakai kopiah pun ada yang pervert tak ingat anak bini.

Aku harap ada kementerian yang cuba buat kajian ke atas isu ni sebab aku sure 90% wanita kat luar sana yang nak ambik lesen kereta takut dengan benda ni. Lagi 10% diorang suka rasanya jadi object menggatal ni. Wujudkan certification yang sekolah memandu itu "Mesra Wanita" atau galakkan lagi lebih ramai wanita kerja part time sebagai instruktor memandu sebab dominasi kaum lelaki terlalu kuat di sekolah memandu ni. Even kalau perempuan jatuh motor masa belajar yang akan tolong dia lelaki sebab tak ramai petugas wanita di litar. Kadang2 tak ada. Perempuan ramai jaga kaunter, bila keluar  ke litar belajar memandu, it's a male dominated area.

Tu tak masuk lagi cerita instruktor memandu yang hisap rokok sambil ajar perempuan. Satu kes yang aku pernah nampak. Muka yang tengah belajar tu seksa aje tahan.

...............

Bila traffic light jadi hijau, minah depan aku yang tengah belajar tu pun masuk gear satu. Enjin tak stall, bagus. Aku dulu cukup gelabah, mesti minyak tekan banyak. Tangan kanan instruktor masih lagi dekat headrest minah tu sambil tangan kiri dia tunjuk macam mana nak pusing stereng dengan betul. Bila kereta dia dah pusing sket ke kanan, nampak la reflection muka minah tu dekat side mirror dia.

"Hot...putih melepak..patutla," kata aku dekat wife aku.


17 ulasan:

AkuBukanLelaki berkata...

aku dulu amik jiran aku as a driving teacher..tp JPJ plak overrr..err

Tanpa Nama berkata...

tak ader gambar ke mantot??? ambil ler pakai kamera phone kau ke....

Tanpa Nama berkata...

Ayat terakhir dlm entri kali ini membuat aku tertanya2 "Adakah penulis jealous tidak berada di tempat instructor tersebut?" lol

Tanpa Nama berkata...

Maksodnya ? dok pahang?

RD berkata...

Baru teringat..cikgu memandu aku dulu erm nama rahman kalu x silap.. hehe selamat hari guru buat cikgu kelas memandu aku yang cekap..sekali amik test aku dah pass with flying color..tanpa anda aku x mampu jadi mak drift seperti sekarang.. :P
dia x gatal dia komited dalam tugas..syabas!

Tanpa Nama berkata...

dulu masa mula2 aku belajar dapat cikgu perempuan. ingatkan oklah, rupa-rupanya cikgu perempuan garangnya mengalahkan harimau!!! taulah kita memang bodoh x tau nak pandu kereta, yang dia pi maki aku sebab x reti tu, apsal dah memang keja kau mengajar, kalau aku dah pandai aku tak pegi la sekolah memandu kan.

Last-last aku mengadu kat pihak pengurusan sekolah suruh tukar cikgu. Dapat cikgu lelaki, adalah lebih kurang pervert tapi taklah over sangat. dan akhirnya aku lulus!!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku umur dah masuk 40 masih tak amik2 lesen.baik yang roda dua or roda 4 or yang banyak rodanya.... :) selamat la tak kena kacau ngan pervert tutor ni. dok kl ni dekat 20 tawun dah, turun naik train n lrt je, takde hal. so, aku boleh dianggap 'greenpeace'?lgsg tak tinggalkan jejak karbon.... hahaha

cuma aku berdoa public transport kat malaysia ni dipertingkatkan kualiti perkhidmatannya setaraf hongkong or singapore kalau tak pun sampai level jepun. bila dah tahap tu, sampai mati pun aku tak yah pikir driving lesen ni.

by the way, aku lelaki...:) contoh terdekat lelaki macho malaysia selain aku yang takde driving lesen ni en. Isham Tukar Tiub. ngeee...

Aslina berkata...

Aku dulu dpt instructor suka bebel. Lelaki la tapi suka bebel. Jarang dia nak betulkan stereng keta aku. Sebab dia cakap aku cekap handle stereng. Dia tolong tekan brek je. Haha. Sebab biasanya dah abes kedepan seat pon, tapi memandangkan aku tak berapa nak cukup tinggi, keta kancil dia pon tahap barai je, slalu kaki aku tak sampai nak brek betul2. Haha. Syukur gue lulus juge akhirnye

Tanpa Nama berkata...

Perempuan tak sesuai la mantot sebab karenah pemandu ni macam-macam harus tension kalau perempuan jadi instructor.. lol..

plain83 berkata...

owh yeah nostalgic betul zaman teenage aku dulu, sib baik aku dpt driving instructor yg ada anak pompuan umur belasan tahun, so dia treat aku mcm anak2 ja la, owh kan bagus kalo semua driving instructors perangai mcm tu kan ^^

Unknown berkata...

Best line bagi aku "Jadi, sebab aku pervert dan aku cukup kenal super pervert, memang pada pandangan aku ..."

ehehhehe

Tanpa Nama berkata...

Line yang sama boleh di apply untuk entry sebelum ini. Ya, sebab aku setiap minggu tengok melodi dan aku cukup kenal berita ntah apa-apa :p

Tanpa Nama berkata...

Anon May 21, 2013 at 7:57:00 PM GMT+8

Respek bro..aku lak 30, takde lesen kete g..entah la, malas nak amek laa..ada public transport, apa susah..lagi pun aku suka jalan kaki, dah habit..lagi satu sebab aku fikir kalo aku amek lesen, then bawa kete hari2 maka semakin besar kemungkinan untuk aku mati kat jalan raya..I don't want to die on road..seriously..I wanna live till 100 bebeh!

Tanpa Nama berkata...

aku baru lepas jpj jalan raya. litar tak pass lagi. :P

ritu alhamdulillah, rezeki aku dapat pegawai makan gaji buta. masuk keta, keluar simpang terus bedengkur.

memang banyak kes pegawai jpj gatal ni. tapi aku nengok banyak juga orang yang nak amik test tu gatal.. melaram macam nak pi dinner. padahal test jpj ja pun

Tanpa Nama berkata...

aku dah pernah kena..tapi budak br leas spm yg xknal dunia luar, aku pun takut nak jerit.

aku takut kalau aku gtau, orang akan ckp, 'ek eleh..benda tu biasa jela...' so aku diam.

bila aku dh pass, time sesi mengumpat cikgu tu bersama abang aku, baru aku tau benda yang dia buat tu soooo wrong.sebab abang aku dulu blajar dgn dia jugak.tp x kena pun apa yg aku kena.

btw, dia raba peha aku.budus syiall pakcik bisul kat muka.

lkjhgfdsa berkata...

Hmm btol jugak an. Masalah ikhtilat. Laki pempuan berdua je dalam kete.

Hmmmm...

induik boreh berkata...

uwaaaaa...den nih lagi setahun nak sweet 40 bru nak amik lesen kereta, cikgu memandu den dari hari pertama mengajar x habis2 citer masalah dunia dia la masalah dia dgn bini dia la masalah dia dgn bakal awek baru dia la masalah ITU ini dia la kt den...aiyo mental sungguh!

hari tuh ujian litar jpj, den x lepas litar (test jalanraya lepas weh! pegawai jpj bagi markah kesian) ado la mamat kat situ plak offer kalu nk pass test, bagi no tipon kat dia...aduih, stress sunggoh laaaaa camni!