Mei 30, 2013

Adakah Kalau Aku Boikot Kedai Makan Melayu Kotor, Aku Adalah Pengkhianat Bangsa dan Agen Yahudi?

Semenjak tamat pilihanraya, kempen memboikot barangan "Cina DAP" oleh Ultra Melayu berjalan dengan lancar, berjaya atau tidak aku tak sure tapi aku tak ambik port sangat, sebab aku takjub yang diorang boleh lancarkan boikot ikut parti politik pulak. Cina MCA punya produk diorang support agaknya?

Siapa diorang ni yang nak ajak orang boikot2 ni? Apa sebabnya nak ajak boikot? Sebab produk tak berkualiti atau sebab BN dah malu besar masa pilihanraya? Kah kah kah kah.

Berdasarkan dua posting aku sebelum ni, kalaulah aku ajak golongan Ultra Melayu ni boikot kedai2 Melayu yang tak menjaga kebersihan, adakah diorang akan join? Atau sentimen bangsa membuatkan diorang sanggup makan tempat kotor asal tempat tu Melayu?

Kenapa taksub benar dengan bangsa wei? Dan kenapa bila sebarang kritikan nak menegur dianggap sebagai perngkhianatan dan bukan sebagai penambah baikan? Itulah masalah mentaliti orang Melayu ni. Kalau kita tegur orang Melayu kena perbetul itu ini, kita dianggap penderhaka, pengkhianat. Salah ke aku wish yang kedai makan Melayu jaga sikit kebersihan? Kenapa ada yang suruh aku masak sendiri? Salah ke wei Melayu? Apa yang salahnya mengharap yang tempat makan kau bersih?

Tradisi kedai makan Melayu perlu evolve. Kedai makan Melayu perlu dimodenkan supaya tidak lagi berada di tepi jalan. Kedai makan Melayu perlu disejukkan cuacanya kerana setiap kali tukang masak berpeluh, ada titis2 peluh masuk ke dalam makanan. Tahukah anda, secara purata, tiap2 kali anda bercakap, ada 300 titis air keluar dari mulut anda? Inilah rahsia kebanyakan chef2 terkenal dalam TV yang tidak ramai tahu.

Kedai makan Melayu perlu bangun, wujudkan branding, wujudkan identiti sendiri yang sekian lama bertapak menggunakan identiti pinjam nasi padang Indonesia. Kadang2 tengok kedai makan kita, aku rasa sedih. Macam dalam filem hantu Indonesia dulu2 rupa dia. Cuba tengok filem Sundel Bolong, dalam tu ada scene hantu makan sate dekat gerai.

Jadikan kedai makan Melayu bersih dan selesa. Bukan panas, berjelaga, habuk rokok merata2. Pedulikkan golongan perokok yang marah mereka tidak boleh merokok. Aku di London aku tengok depan mata aku sendiri orang putih, orang hitam, orang coklat berkumpul ramai2 depan bar hisap rokok sebab dalam bar, tidak dibenarkan hisap rokok. Aku dah tengok macam mana bersihnya bandar orang lain yang majoritinya bukan Islam, betapa bersihnya tempat makan mereka...padahal mereka bukannya Islam.

Kalau kita nak laksanakan, kita boleh laksanakan.
Cuma kenapa tak ada pelaksanaan berkesan? Takut masyarakat tak suka agaknya....

Dan sebagai seorang Islam, benda2 camtu membuatkan aku jadi malu tengok Malaysia sebab Malaysia nampaknya mengamalkan budaya semua benda sambil lewa. Kita boleh tengok perokok merokok depan Kedai Mesra dekat Petronas tanpa rasa malu dan takut, khasnya mat2 motor. Berapa banyak kedai yang pasang lampu pembunuh lalat dekat atas lauk pauk dia? Berapa banyak kedai yang tutup lauk nasi campur dia? Dah la open air, dekat tepi jalan....

Kita tak ada budaya yang proper, yang bersih yang mampu melahirkan masyarakat yang sayang tanah dia. Sebab itu aku anggap semua perjuangan Ultra Melayu yang nak ajak boikot memboikot ikut parti politik ni bullshit, sebab pada aku, kita bukannya patut boikot ikut parti...kita patut boikot ikut produk dia. Seorang Cina mampu menyediakan produk yang lebih baik dan lebih suci sedangkan tauke kedai Melayu sendiri tak berapa peduli pasal kualiti premis beliau, perlu ke aku boikot kedai Cina tu?

Tak masuk akal! Bangsa tidak sepatutnya jadi bearing dalam benda2 camni. Kita boikot mana yang tidak betul, bukannya boikot siapa yang tidak setuju dengan kita. Adakah aku menjatuhkan ekonomi orang Melayu jika aku boikot kedai Melayu yang tak berapa cantik kualiti dia? Takdelah. Dia sendiri yang menjatuhkan ekonomi dia. Produk bagus, kita sokong, produk tak cantik, kita buat2 tak nampak. Dalam bab premis makanan ni, dulu aku boleh buat tak nampak tapi sekarang dah takleh lagi lah, masa bujang aku tak kisah makan kat mana2 pun.

Kau boleh suruh aku masak sendiri....tapi kalau aku ajak korang semua masak sendiri seperti sesetengah orang sarankan, mesti kau kata aku ni pengkhianat Melayu. "Mantot ni pencacai DAP usaha kuat nak jatuhkan bisnes orang Melayu sebab aku penyokong Cina DAP." Betul kan?

Wahai Melayu....kita perlu ubah culture "tidak apa, tidak susah, tidak ambil peduli kita." Aku berikan kau satu contoh.

Kau pegi beli nasik campur dekat kedai, ramai beratur dengan kau sambil berebut nak ambik lauk, maklumlah waktu lunch hour. Kau tengah nak ambik kuah kari daging. Ada senduk, kau pun ambik la dua tiga senduk. Kau letakkan balik senduk tu, tapi ada orang lain yang lalu tepi kau terlanggar senduk tu, masuk ke dalam kari daging tadi.

Kau informkan pekedai tu kata senduk tu jatuh. Dia pun ambil senduk lain, sendukkan senduk yang dah ada dalam kuah kari tadi dan keluarkan ganti dengan senduk lain. Kau adalah orang yang terakhir yang pegang senduk yang jatuh tadi.

Tanya diri sendiri, "Kau dah basuh tangan belum? Kau rasa berapa orang yang dah pegang senduk tu sebelum senduk tu jatuh dalam kuah tu? Kalau senduk tu masuk dalam lauk ada penambah perisa ke tak dekat lauk tu?"

Kenapa perkara2 macam tu, kita, orang Melayu hanya akan ambil kisah, kalau kita nampak atau terjadi pada kita? Dan yang paling penting, kenapa makcik kedai tu masih lagi terus menerus jual lauk yang dah tiga empat hari tak habis dan dah berapa kali senduk terjatuh dalam dia?

Berubahlah Melayu. Selama ni ramai yang jadikan isu kebersihan kedai mamak dengan kedai tomyam sebagai satu isu penting yang sangat kontroversi, tapi itulah peliknya mentaliti orang Melayu ni. Kedai yang dia jarang pergi tu la dia sibuk, kedai yang dia suka tu la dia pejam mata buat2 tak nak tengok. Gajah depan mata tak nampak, kuman melekat dekat tangan tukang masak yang masa PRU pangkah DAP, dia boleh tau.

18 ulasan:

lkjhgfdsa berkata...

Lepas tu bila kedai makan dah lingkup, tuduh kedai sebelah yang pasang jampi.

Padahal kedai dia yang kotor.

Tu la mentaliti Melayu. Ape nak jadi tak tau la.

Najib, Mahathir, Rosmah, mane tau pasal kedai kotor ni, diorang semua makan kedai standard2. Sebab tu agaknya kerajaan tak berapa nak amek pusing sangat bab kebersihan premis makanan ni.

Kita yang rakyat ni laa dok ngadap makanan yang kotor2 tahap tepi jalan ni.

Yang penjual makanan pulak asyik nak untung je. Ape la salahnya jaga kebersihan jugak. Kalau jaga kebersihan elok2 kan boleh untung dunia, untung akhirat.

Tak rugi apape pun kalau jaga kebersihan..

Abenawe MacNeil berkata...

pengkhianat bangsa?

perrgghh

agent yahudi?

perrrggghhhh

penat ak baca post ko berkali-kali, mana tau ada tanda dajal freemason yahudi kalo tak mkn kat kdai org mlayu..

tapi hampa takde. bizarre sgt tajuk ko ni.

nyway bagi aku simple aje.

tak kira lah restoran mahal & overprice skalipun, tak ada sesiapa yg brani guarantee the cleanliness of their food preparation environment.

tanya lah mana-mana kedai makan sekalipun setiap kali kau handle money transaction drpd pelanggan, ada tak diorg ada effort utk basuh tgn or at least guna alcohol sanitizer lepas pegang duit drpd pelanggan?

setakat ni aku perhatikan tak ada..even yg restoran mahal overprice skalipun

duit adalah benda yg kotor. kita mungkin mkn makanan yg kita yakin bersih, tp mana kita tau duit dlm walet kita tu bersih?

tau tak duit yg kita pegang adalah 6 kali lebih bnyk kuman drpd jamban?

sekurang-kurangnya jamban boleh flush..tapi setakat ni aku tak pernah laa tgk org disinfect not duit RM100 haha

try google "germs on money" dan tgk apa jenis kuman & virus yg kajian jumpa kat atas duit yg kita pegang hari-hari..

kuman yang tahan antibiotic pun ada dijumpai.

sbb tu kdg2 aku rasa makan masakan kt umah option yg lg bagus.

Tanpa Nama berkata...

Siape sini yang makan dikedai makan China?

Tanpa Nama berkata...

Apa yg susah sgt nk paham maksud mantot ni sampai dia kene up byk2 entry psl ni?Pointnya bkn masalah kita suka makan kat luar,tapi pasal menjaga kebersihan.Mmg patut pun dibangkitkan sbb zaman makin maju,kebersihan restoran kat Malaysia masih lg teruk.
Bukan sumer org dpt masak sendiri.Student yg duk hostel misalnya,kene beli kat luar gak.Takkan nk suh dorg makan kat tempat mahal dan exclusive hari2.
Lain kali,cubalah fikirkan pasal org lain jugak sesekali.
Jaga kebersihan ialah pointnya..

Perlu ke aku ulang?

onlajer berkata...

dah tentu orang melayu kurang pergi makan kedai cina nak boikot apa, kalau nak boikot cuba lah boikot kedai 4d ke totol ka magnum ka

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi mcm cerita Mekanik masa tahun 80-an dulu sudah..

Tanpa Nama berkata...

aku nak mkn kedai cina la lepas ni,,bersih sikit

student yg kena beli makan kat kafe berkata...

May 30, 2013 at 4:23:00 PM GMT+8
Bukan sumer org dpt masak sendiri.Student yg duk hostel misalnya,kene beli kat luar gak.Takkan nk suh dorg makan kat tempat mahal dan exclusive hari2.
Lain kali,cubalah fikirkan pasal org lain jugak sesekali.
Jaga kebersihan ialah pointnya..


betul tu. pointnya adelah menjaga kebersihan, bukan soal makan luar atau makan kat rumah.

kenapa orang kat kedai tak boleh jaga dapur dia macam orang kat rumah jaga dapur dia?

sedangkan kat rumah yang memasak mengemas secara generalnya cuma seorang - isteri/ibu. kalau kat kedai ade tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang sapu lantai, tukang cashier dan tukang lain lain.

aku rasa kalau tokey dia amek berat, konfem pekerja kedai akan jadi pembersih jugak. kita kena kasi tau sama itu tokey la kot.

tapi tokey pulak akan cakap, ade aku kesah? ko tak suka kedai aku pegi kedai lain laa.

tu lah mentaliti rakyat 1malaysia.

Tanpa Nama berkata...

McD bersih. Tapi boikot juga.

Tanpa Nama berkata...

kau ni tak penah bersyukur.kau x kesian ke tgk org bangun pagi masak lauk utk org pejabat makan tengah hari(kadang2 petang).duit tu la yg besarkan anak2 dia.kalau dia x kerja,mcm mana?support la org kita berniaga.dah kaya sgt ke ko?lau takat kes tukar senduk pun nak kecoh,pegi la kedai lain.

^_^aku makan kat kedai cina,chopstik dia dalam bungkus.straw pun bungkus.dapur boleh tidur.duit ubat,klinik,MC merugikan gaji bulan aku.x sanggup aku spare seluar dalam kalau terc*&&%&t food poisoning.mahal sikit tp mee cina banyaaaak.selalu sgt makan gulai lemak x bagus utk jantung aku yg mmg x kuat dgn kurangnya aktiviti fizikal nie.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

banga sangat mkn kat kdai cina. kalu cina islam xper la jugak.

Makan makanan yang org kafir masak bleh wat hati keras n gelap.

Pastu xleh terima teguran pulak. siap suruh g kdai laen.

Bodoh sombong. ni yg susah melayu.
Aku xngaku melayu. Just mgaku islam cukup la. melayu xmsuk syurga.. Tiket mesti islam.

Unknown berkata...

Exactly, not.

I ada nak bagi hadiah kepada pembaca blog I yang bertuah.

Sila datang jangan tak datang ke belog I.

http://betacemerkap.blogspot.com/2013/05/ada-hadiah-untuk-pembaca-istimewa.html

Sang Merah berkata...

anon May 31, 2013 at 11:12:00 AM GMT+8

Nabi makan makanan hidangan org kafir hati baginda jd keras n gelap tak?

Tanpa Nama berkata...

Menurut satu kajian tidak rasmi.. Bangsa Melayu mempunyai sulur galur keturunan Yahudi..

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong usaha mengutamakan pembelian barang2 keluaran syarikat milik muslim. tak salah kan? betul, nama BOIKOT tu tak kena. Tapi aku ambil yg positif dari usaha tu. Kebanyakan tidak aware dengan pengusaha sesuatu barangan terutamanya makanan, sebab mungkin yang pemiliknya muslim tidak berada dalam pasaran yang luas atau tidak cukup terkenal. Kalau kita boleh percaya dan yakin dgn kebersihan dan kehalalan produk bukan muslim, kenapa pulak tak boleh nak yakin dengan produk muslim? Aku tak ambil kira pon MCA, MIC or DAP, bukannya kita tau pon dia pangkah/undi/bagi duit kat parti mane. prinsip aku ialah utamakan produk keluaran muslim. itu saja.

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu, bila pergi ke kedai makan yang tak up to standard kebersihannya, ambil gambar, rekod dan buatlah aduan kepada pihak yang bertanggungjawab. kita sebagai pelanggan juga perlu prihatin dan ada inisiatif untuk bantu menyedarkan pemilik2 kedai makan yang tak reti jaga kebersihan. mungkin sebab pelanggan masih datang dan makan tanpa complain, tu yang tak sedar kesalahan dia.

Fara Abdul berkata...

setuju sangat.

bukan mahal sangat pun utk peniaga makanan melayu MENJAGA KEBERSIHAN. takdela mintak setiap setengah jam kena cuci tangan pulak, tapi kurang2 kebersihan makanan yg disedia dan dihidang tu seperti di rumah peniaga sendiri. kecualilah kalau peniaga tu mmg jenis pengotor walau di rumah sendiri.

kita tuduh kaum lain racist tp yg melayu pun apa kurangnya. berhentilah tuduh org racist dan cermin diri sendiri dulu. kalau asik2 cerita pasal kaum sendiri dalam setiap aspek kehidupan, depan Allah nanti mintaklah kuota bumiputra masuk syurga.