Mei 17, 2013

CIkgu Kerja Half Day Aje La...Apa Pasal Nak Kena Ada Hari Guru Ni? Enginner Tak Ada Pun Hari Engineer?

Pepatah orang putih mengatakan.. "Those who can do, do....those who can't...teach."

Aku tak paham sebenarnya kenapa peribahasa tu diwujudkan., seolah-olah nak memandang rendah kemampuan cikgu-cikgu. Itu jugaklah yang berlaku kalau kau layan sesetengah cerita Hollywood ni..asal dia cikgu, dia jadi bahan lawak, bahan kutuk, sebab gaji dia kecik dan kerja dia mudah.

Peliknya, ada jugak orang kita yang boleh percaya dengan benda2 ni. Nak tau siapa diorang ni, tiap2 kali kalau ada Kesatuan Guru buat permintaan dengan kerajaan, diorang ni lah yang akan bising menentang. Padahal..tak ada langsung kaitan dengan diorang pun! Tapi dia nak bangun menentang jugak.

Siapa sini berani kata cikgu ni senang? Angkat tangan? "Kerja half day goyang kaki niaga kain, apa yang susahnya?" Kau nak tau macam mana rasanya jadi cikgu?

Cuba tiap2 setengah jam, kau bangun, kemudian kau naik tangga 3 tingkat. Kemudian dah sampai atas, kau duduk sana sekejap. kemudian turun balik 2 tingkat. Duduk sana sekejap kemudian naik balik tingkat atas. Kemudian turun bawah balik 3 tingkat masuk balik ofis kau. Kau tengok ada ofismate kau terberak dalam ofis dan kau yang kena cucikan berak dia. Bos kau pulak duk menangis tanya kau bermacam persoalan yang kau tak tau nak jawab. Kau cuci berak dan kau jawab soalan bos kau, kemudian kau panjat balik tangga  3 tingkat....

Kau buat camtu hari-hari.
Buat masa kau mengandung.

Cikgu adalah satu2 nya orang yang boleh claim "korang semua adalah produk aku." Orang kerja oil and gas kerja dia tarik minyak...gaji besar. Orang kerja pilot kerja dia bawak kapal terbang..gaji besar. Tak ada cikgu ni, tak ada lah kau kerja oil and gas dan pilot ni bro! Produk cikgu adalah manusia. Dan jika cikgu gagal, produk diorang adalah mat rempit, bohsia dan gadis2 murah yang jual vagina untuk duit. Adakah anda produk gagal guru yang tidak komited?

Cikgu tidak boleh gagal! Cikgu tidak boleh malas dan cikgu tidak boleh main-main! Sebab dalam tangan cikgu lah masa depan orang2 ni.

Sebab itu aku berharap agar "Kabinet Pilihan Minoriti Rakyat Malaysia" yang baru ni, tolong, tolong dan tolong benarkan cikgu2 fokus dekat pengajaran dan pembelajaran. Jangan suruh cikgu2 buat kerja admin, jangan dipinta cikgu buat kerja data entry. Biarkan cikgu fokus dekat kelas dan anak murid diorang. Memang ada bad apples among the cikgu yang lebih sibuk jual kain,jual kuih, jual makeup sehingga lupa hal kelas, ada jugak yang tak pernah masuk kelas sehinggakan budak2 tak belajar satu benda pun...

Tapi kenapa kita, sebahagian masyarakat ni, perlu mendiskriminasi cikgu hanya sebab ada cikgu haprak ni?

Itu peranan dan kerja kementerian! Jika ada cikgu tak perform, cikgu tak bagus....kenapa perlu diteruskan lagi khidmat dia sebagai cikgu dan terus nak employ mangkuk2 ni? Dah tak perform..buat apa nak kekalkan, kan?

Sebab itu, aku berharap agar kita sebagai orang luar, berenti lah memandang rendah kepada guru-guru ni. Janganlah sebab sekarang ni kau dah kerja Pejabat Pendidikan Daerah, kau dah jadi berlagak dan menyampah pulak dengan kerenah cikgu-cikgu ni.

Dalam banyak2 kerja yang rewarding financially, semuanya dapat gaji besar sebab risk dia besar. Business, pilot,OnG, engineer mekanikal....big risk big reward. Tapi profesion guru ni lah satu2 nya profesion di mana big risk, small reward. Cikgu cuba mintak reward, balik2 kena kutuk dengan penjawat awam lain yang tak puas hati cikgu kerja half day. Kerja half day pun kalau tiap2 masa turun naik tangga, layan 30 orang budak yang 80% ada potential terberak dalam kelas....itupun ada lagi suara yang nak merungut kata cikgu ni anak manja, anak emas la, puteri intan payung lah.

Aku tulis ni bukan sebab wife aku cikgu. Tapi sebab aku pun boleh dikira "sejenis cikgu."Kalau aku, disuruh untuk ajar budak sekolah rendah dengan gaji yang diorang dapat dan segala benda yang diorang kena buat....AKU TAK NAK BUAT. Sebab tak berbaloi. Apatah lagi kalau kena ajar budak sekolah menengah. Mesti ada aje dua tiga orang aku hentak setiap hari kalau kurang hajar dengan aku sebab aku jenis tak berapa sabar dengan golongan remaja ni.

Balik2 orang yang anti guru ni ayat dia nak rendahkan cikgu2 ni bunyinya "Eleh...diorang tu jadi cikgu sebab diorang tak dapat kerja lain la tu. Last resort..terpaksa jadi guru!" Mesti kau ada jumpa orang camtu kan? Kalau ada, berak dalam kereta dia kemudian, suruh dia basuh dan tanya dia, "senang jadi cikgu ni bang?" Eksperimen ini disyorkan berdasarkan kisah benar.

Akhirnya, pada aku la, peribahasa orang putih tu, aku rasa boleh diubah,  "Those who can do, do, those who can teach, teach, those who can't do, bitch. Those who are smart..do all."

Cikgu tidak boleh gagal...gagal seorang cikgu menjalankan tanggungjawab dia, gagal lah masyarakat kita. Ajarlah anak murid supaya hidup dengan prinsip pegang mana yang betul dan buang mana yang salah.Kalau kau kahwin dengan seorang cikgu, kau ada tnggungjawab untuk pastikan yang pasangan kau jalankan tugas dia dengan betul dan bukan sekadar ala kadar. Lagilah kalau dia cikgu sekolah biasa...aku selalu dengar cerita member aku yang sekolah biasa ni..cikgu malas nak masuk kelas sebab dia dah fed up nak mengajar budak2 tak berapa cerdik...come on la. Kalau ada seorang dua yang sukses daripada kelas yang bawah2 ni pun lagi bagus daripada tak try langsung. Cikgu macam mana pun kena try jugak!

Selamat Hari Guru untuk semua. 

34 ulasan:

faza berkata...

aku salah seorang yang cakap mende yg ko cakap kat cikgu tu.. sebab zaman sekarang ni ramai cikgu hok gitu...
tambah plop cikgu searang ramai yang sombong dan suka cakap besar...

Ilusinism berkata...

Pergh, sedap la ayat kasi bantai. Tapi memang betei pun. Org skrg pndang rendah dgn cikgu. Apa ingt cikgu noob ke? Ce jadi cikgu dlu la, tgk apa produk diorg hasilkan.

adam berkata...

segelintir cikgu haprak ni la yg rosakkan imej cikgu2 cemerlang yg lain...betul mmg ada cikgu haprak. aku harap kementerian buang terus cikgu2 haprak ni. tak payah bagi chance lagi. berderet graduan guru yg menanti kerjaya ini untuk mndidik manusia...

slmt hari guru.

Tanpa Nama berkata...

Ada cikgu ni kelulusan tinggi ngaji oversea ada yang juga cgpa 4.9 setiap semester..

Tapi sayang perdana menteri dan menteri pendidikan kadang tak beberapa bijak dalam memahami masalah guru.. mewujudkan dasar yang kadang menyusahkan para guru.. Harap menteri pendidikan yang baru yang ada background duru dapat mewujudkan sistem yang konduksif serta dasar yang lebih baik untuk sistem pendidikan negara..

Tanpa Nama berkata...

cikgu haprak tu biasa connection kuat, dah berlaku kat sekolah anak aku, makbapak budak tu yg terpaksa tukarkan sekolah anak dia.... alasan pulak takleh ckp pasal cikgu tu kena bg alasan pindah rumah.... so cikgu mcm tu takkan kena transfer punya...

aishah amin berkata...

Saya bukan cikgu sekolah tapi saya pernah ajar bdk2 pra-sekolah 4-7 tahun termasuk bdk2 dyslexia, down syndrome, autistic, dan bdk2 normal. Stress mmg tak tau nak cakap. because you really get easily attached to these kids and you will always want the best for them dan takkan tenang selagi kite tak nampak dgn punye progress. It is a very challenging task. sekarang saya mengajar bdk2 foundation uni. Siapa yang cakap jadi cikgu/lecturer tu senang memang obviously tak tahu reality mendidik tu mcm mane..what we deal with on a daily basis..kerja mendidik ni, tak kira la sekolah menengah ke sekolah rendah ke uni ke, perlu banyak kesabaran..lagi2 yang ajar bdk2 sekolah..kalo sape2 yang ade anak tu korg mesti tau sshnye nak jage sorg anak..cube korg ade 40 anak dlm satu kelas.. korg ingat sng ke tak nak jaga..? bukan takat jaga..tapi nak make sure apa yang korg ajar tu dorg paham dan boleh apply dlm kehidupan..tu belum bab bg semangat nak belajar kt dorg..bg pillow talk..dgr masalah keluarga etc..deal dgn perangai kurang ajar masing2..kalau korg rase bdk2 melayu pun dah ramai yang biadap dan kurang ajar..cube ajar bdk2 foreigner(especially african or bdk2 arab).. A few time I lost it and ended crying alone in the toilet.. that's the reality of what we deal with..Actually the hardest part about teaching is not to just convey knowledge, but it is to educate. Siapa2 je boleh MENGAJAR tapi tugas sebenar seorang cikgu/lecturer sebenarnye adalah MENDIDIK.

p/s: sorry panjang pulak komen.

levitra berkata...

cgpa 4.9?hehehe..

Tanpa Nama berkata...

3.9 haha silap :)

jack sparrow berkata...

member gua ade tulis pasal guru kat sini tapi teruk kene hentam..

cer lu bagi pendapat sikit bro..

ni entri dia..

GURU KAUNSELING SK BT TININGKANG

hanafijaafar berkata...

Bagi aku mudah je:

takde siapa pun layak nak kata kerja dia tu susah berbanding kerja orang lain selagi dia tak pernah buat kerja orang lain tu.

semua kerja ada part susah dan senang, selagi kita tak lalui, tak kan merasa punya la.

ada sepupu aku engineer, pagi raya kena kerja macam biasa jugak. bapak aku dulu cikgu, kena masuk hutan berbulan-bulan jugak.

tak payah nak bandingkan kesusahan, ini bukan pertandingan. jauhkanlah diri dari mengungkit kesusahan untuk justifikasi status atau sambutan.

sesusah-susah kerja cikgu pun, semua tahu ada banyak benefit yang cikgu dapat.

sebesar-besar gaji engineer kat pelantar minyak pun, risiko nyawa melayang tu jauh lebih tinggi dari orang lain.

mecha_praline berkata...

well said hanafi jaafar.

siti norizan mohamed noor berkata...

dlm rmai2 org yg komen,hanafijaafar plg bijak......

Sesusah2 krja ckgu pn,bnyk benefit dpt
sebesar2 hgi ngneer kt plntar mnyk,risiko nyawa melayang jauh lbh tgi dr org len...

Tanpa Nama berkata...

Budaya memandang rendah kat Cikgu ni bukan kat Malaysia je..negara2 lain pon banyak yg budayanya macam tu..

Tugas cikgu dan paperwork ni tak dapat dipisahkan..dan again, bukan cikgu Malaysia je yang suffer macam tu..aku kt oversea ni pon jumpa cikgu2 yg benti kerja sbb depressed dgn paperwork.

Btw aku rasa cikgu yg rajin buat paperwork lagi senang nak naik pangkat..haha..bukan pandai mengajar, tapi pandai buat paperwork. Kalau nak naik pangkat pgi kerja di Office, kena la pandai wat paperwork, ye dak? so lahirlah [sesetengah] pegawai2 yg bukan peduli sgt pon dkt cekgu2 nih..aku teka je..aku bukan dalam sistem so aku xtau for sure la. tapi aku tau la ada cikgu2 tak puas hati dgn PPD etc.

Tapi benda paling kesian pasal cikgu ni: kalau anak result ok, cikgu tuisyen kna puji. kalau anak result tak ok, cikgu skolah kna maki.

Tanpa Nama berkata...

Sy seorang cg baru. Baru posting setahun.tugas cikgu sekarang bukan hanya pnp. Tp aktiviti luar lagi banyak. Bila hari sukan peringkat ppd, negeri, berhari2 cg kena angkut budak ke sekolah yg jadi tuan rumah. Blk 6 7 ptg. Belum lg latihan sukan. Sekolah habis 2.40ptg. Kul5 ptg -7 ptg tpacak kt padang latih budak. Sapa ckp keje cg sekerat hari je? Hari rabu koko..hari lain kelas tmbahan 3ptg-5ptg utk bdk2 pmr dan spm..tp x pe
.MASIH SEPARUH HARI BAK KATE ORG LAIN.. kami cikgu senyum je. Bukan minta blasan wang ringgit..cukup la secebis rasa hormat dengan kerjaya kami. Senyum.

ieka_whizz berkata...

love this post! betul.. kenapa byk sgt yang nak mengutuk profesion ni kate senang? meh cube try seminggu tengok! tahan ke x? selamat hari guru!

Tanpa Nama berkata...

selamat hari guru

dari cikgu tingkatan yg dah cuba hantar surat resign jd cikgu tingkatan kat pengetua.

Tanpa Nama berkata...

Thumbs up to HanafiJaafar!

Tanpa Nama berkata...

berasa je macam senang.sbb anak2 balik mmg pukul 1.30.cuba yg sesi petang pulak.balik jam 6.40.pagi ada "pemantapan rohani"lah,hari kasih sayang la.sehari bersama buku lah.

aku x mintak pun hadiah banyak2(walaupun dapat tie).aku mintak at least train la anak2 kat rumah baca lebih dari 2 perenggan.hafal la sifir.contohilah bapak2 dan mak2 cina yg paksa anak diorang bawak buku dan buat homework walaupun kat kedai makan.kalau ada tanah 10 relung boleh kasik anak makan 7 keturunan x pe la jugak.

hari2 berdarah muka,terbelah dahi.baru je aku hantar 3 org jahit kepala.sudah,ada lagi yg luka.pesan la anak2 jgn buas sangat.esok bergegar kepala tu boleh terencat,benak terus.

pada parents,jika nampak sesuatu yg x kena,sila siasat.jika gagalnya sekolah,mungkin boleh minta tukar.sbb jika terus menembak akan kerugian.aku mengaku masih ramai admin yg x mahu mengaku ppsmi sesuatu yg gagal.memburulah sekolah.find the best school for kids.they are our carbon copy.

pada bebudak,gagal exam bukan sesuatu yang cool.pandai bukanlah sesuatu yang noob.besok lau pandai boleh jadi kaya,lau x kaya pun,orang susahlah nak kelepet korang.paling koman pun bila pandai kau orang x menyusahkan orang.sudah2 la tengok ramai orang(melayu jugaklah) yg masuk MLM dan byr hutang bank rakyat sampai puluh2 ribu.

bg yg cikgi2 tu,berhentilah menjadi tua sebelum usia.anda semua masih cekang lagi,bergetah dan bersusu.bagi yang tua,jadilah situa yg otai.berhentilah menjadi kak joyah dan google bergerak.

dan sebab2 diatas la ramai x gemar cikgu.berleter dan pandai mengorek rahsia yg memalukan

selamat hari guru dan ubah untuk malaysia yang lebih baik

Tanpa Nama berkata...

Anda dah besar panjang dan menjadi orang? Peganglah prinsip ini: TANPA IBU AYAH SIAPA LAH SAYA. TANPA GURU JADI APALAH SAYA. Selagi hayat dikandung badan, ibu ayah dan guru adalah insan-insan mulia. Andai ada kekurangan, tak mungkin kita hamburkan kekesalan. Hanya kepada Allah kita berdoa agar memberi keampunan dan rahmat buat mereka.

Tanpa Nama berkata...

aku jadi cikgu 8 tahun sapa kata cikgu balik half day. aku masuk 7.15 pagi balik 6.30 ptg itu pun belum tentu sampai rumah.kkdang stay samapai 10 mlm sbb ada tusyen. engineer gaji mahal sedap kutuk cikgu. engineer tahu x bahawa setiap cikgu yang dah confirm masuk lokan n hilang kerja cz setiap salah laku pelajar boleh myebabkan guru hilang kerja dan disabit salah. guru zaman sekarang jauh lebih ramai dapat GREEN card berbanding 25 thn dulu..... ni fact boleh rujuk kat MOH. so buat guru2 yang dah ada GREEN card saborlah ye kalau x tahan pergilah medical board apply poll........ aku dah quit jadi cikgu cz nasib guru di malaysia mcm lembu tarik hidung tq KPM make me great teacher

EntahLar berkata...

Ntah la Montot..

Kerja dunia membuat kita lupa tugas sebenar kita sebagai Khalifah.. menjunjung dan melaksanakan perintah Allah.. termasuk la tugas yang penting ialah membentuk dan mendidik keluarga kita sendiri.. kita dilaikan dengan kerja dengan pujian dan sanjungan untuk kerja optional kita..

Rasanya ramai dari kita lebih komited bekerja dari menjalankan tugas untuk keluarga membimbing mereka ke syurga Allah.. S.W.T..

Tanpa Nama berkata...

bukan x sudi menjadi mualim di sekolah, tp kebenaran ilmu itu tiada dan di nafikan hak ilmu itu......haruskan kah cikgu perlu mengajar benda yang salah

subjek sejarah menipu manusia
subjek pendidikan islam ditempatkan sebagai subjek pilihan .......mana keadilan kita sebagai orang islam.........aku benci KPM

Tanpa Nama berkata...

kalo tak salah saya, maksud peribahasa inggeris kat atas tu kalau dimelayukan maksud dia jadi lebih kurang camni - kalo seseorang tu tahu/ pandai/ boleh buat sesuatu... biar dia buat, kalo dia tak tahu... kita ajar/ beri tunjuk ajar. tu pada pemahaman saya ler... kalo salah sori ler. saya pun bukan terer BI sangat pun hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Alah rilekla
Semua kerja susah
Kalau takde alam flora
Cikgu pun kena tutup idung sepjg masa
So?

Tanpa Nama berkata...

Seorang bakal guru menjabawab interview.

Soalan: kenapa awak nak jadi cikgu? kenapa tak nak jadi engineer, dokter, arkitek?

Jawapan: sebab kalau saya jadi cikgu, saya boleh produce 10 dokter, 10 engineer dan 10 arkitek.

Tanpa Nama berkata...

well said hanafijaafar. ini bukan pertandingan. sume keje ada part kesusahan masing2.

Aku tak kisah pn klau nk iktiraf guru ke ape. Yang aku kesahkan bila cikgu cikgi merempan kat fb."sedihnye,arini balik lmbt" lmbt tu = 3p.m. Rase mcm nk jerit kau tau tak aku balik kul bape stiap hari?

Tapi berbalik kpd point hanafi. Ini bkn prtandingan.Setiap keje ade kesusahan masing2.Jadi aku diam.

Tanpa Nama berkata...

Hahah Biasa la cikgu ni ada dimana-mana kadang kita jadi cikgu tanpa sedar :) bukan la bermakna kita kena kerja sebagai cikgu untuk jadi cikgu atau guru

Kalau bercakap pasal sekolah memang cikgu ni kesian juga kerja half day? takda la half day sangat kadang balik sampai petang juga.. ada aktiviti ada mesyuarat dan sebagainya.. Nak buat mesyuarat waktu mengajar kelas budak kena tuang pulak.. so kena buat lepas sekolah.. ada sekolah sabtu pun kena datang ada aktiviti hari rehat ada cuma ahad itu pun kadang ada kelas ganti..

Nak rehat sikit mungkin jadi lecturer (tapi kena ikut waktu opis hours) tapi ada jugak research kena buat..

Aku paling simpati paling teruk jadi cikgu masa mesyuarat PIBG.. sebab mak bapak ni semua pasal Anak lepas kat cikgu.. tapi bila kena bayar yuran PIBG yang sikit tu berkira.. yuran yang cuma seberapa sampai pibg kena buat aktiviti lain tampung pun dipertikai perbelanjaannya.. lawak nak anak score dan jadi hebat tapi tak mahu invest untuk kejayaan anak-anak..

Tanpa Nama berkata...

"nak rehat sikit mungkin jadi lecturer"????? LoL... tengok bidang jugak la, yg mana research kena kencang dengan kena supervise projek berpuluh2 student degree, mster n Ph.D tu, sem break KP tak kasi kau cuti lorrr, banyak tugas fakulti kau kena buat, kau la kerani, kau la resercher, kau la driver, kau la kaunselor, kau la bendahari, kau la planner program trip bagai... kalo cikgu cikgi plak time cuti skolah korang otomatis ikut cuti sama kan? LoL... hoiii masing2 kerja ada susah senangnya, tak de phrase 'nak rehat sikit mungkin jadi itu ini ok', kau jadi dulu lecturer baru kau tau kot...

p/s: jangan banyak mengadu domba la, kang tak berkat rezeki tu anak2 korang jd sengal pulak...

Tanpa Nama berkata...

teringat pulak aku dekat sekolah rendah cina kampung aku, PIBG dia ada juta2.tu kampung beb.mak bapak budak2 cina ni langsung tak berkira bab pelajaran ni.

Muhamad Hafizee Haris berkata...

kalau dah jadi cikgu tu hadap jelah susah senang, x payah bising merungut sana sani.ko yang nak jadi cikgu bukan dipaksa jadi cikgu.

saya berkata...

hahaha...

teringat kwn aku yg keje cikgu sekolah biasa kelas hujung2. tanya kenapa tak datang sekolah budak tu melenting. bila tanya makpak dia kena maki pulak kawan aku tu (padan la anak kurang ajar makpak pun sama buruk perangai). last2 bukan budak tu yg kena jumpa guru kaunseling untuk baiki sahsiah, tapi kawan aku yg cikgu tu bawak diri jumpa guru kaunseling sebab tak menahan nak hadap budak camtu. terbalik kod dah skop keje guru kaunseling. patut nasihat pelajar, zaman sekarang kena nasihat guru pulak =)

Tanpa Nama berkata...

sebab tu kalu PAS perintah dia nak bagi guru RM500 ...sebab memang keja guru susah bagi guru yang betul2 komited dalam kerja..bagi guru yang malas mmg senang la..sbb malas masuk kelas n ajar budak ala kadar..

Tanpa Nama berkata...

"Eleh...diorang tu jadi cikgu sebab diorang tak dapat kerja lain la tu. Last resort..terpaksa jadi guru!"

org yg ckp ni pon sbnrnye jeles sbb minx keje cikgu xdpt2. kan? kann? kannnnnnnnnn? hahaha!

Tanpa Nama berkata...

aku pun tak tahu mana yg betul.

orang kutuk cikgu keja senang so cikgu pun backup diri ckp keja diorg susah

or

cikgu asyik komplen ckp keja diorg susah (asyik kena blk lewat=5pm) pastu orang lain backfire cakap cikgu keja senang.

klu nk bg mcm2 benefit kat cikgu sbb cikgu keja susah, bagi la kat aku yg engineer ni pun ari2 blk mlm jugak..kdg2 xsedar dh bertukar jd cikgu kpd operator tua, kdg2 dh jd kerani, pun ari2 turun naik tangga laised ngan bhagian purchasing, marketing, product system and QA jugak.

keja apa yg x senang?

org berbulu sbb tgk cikgu asyik mintak itu ini..

bila org pertikaikan, asyik la ungkit jasa dia mendidik anak bangsa.

aku nak tanya, korang dipaksa jadi guru ker?and korang tak dibayar utk itu ke?

cikgu mengajar=mateatik,sains, sejarah, fizik, kimia, bio
cikgu mendidik= anak2, jd la anak yg baik..

engineer mengajar=hoi junior, meh cni akak nak ajar cara nak guna software ni.
engineer mendidik=korang2 yg operator muda2 ni, klu boleh, smbung la bljar ke peringkat lbih tggi.jgn putus asa mencuba.

klu la aku cuma kena stay smpai petang 3,4 ari je dlm seminggu, tp gaji aku pun 3k mcm engineer, aku pn nk apply jd cikgu lah