Mei 05, 2013

PRU13 : Apa Nilai Agama Islam di Pandangan Pemimpin BN Sebenarnya?

Selama ni orang Melayu selalu disalah ertikan apa itu pengkhianat. Apa maksud pengkhianat sebenarnya kepada orang Melayu. Adakah kerana tidak mengundi parti UMNO yang mempertahankan bangsa Melayu layak digelar pengkhianat? Sesetengah orang berkata demikian.

Jika anda adalah salah seorang yang merasa sedemikian, please, stop dan aku merayu dengan kau. Kenali dulu siapa pengkhianat tak kiralah kau sokong BN atau Pakatan.

Pengkhianat adalah orang yang tau sesuatu benda salah berlaku tapi dia biar perkara itu dibuat, kerana dia dapat apa yang dia nak. Kau nak BN menang, tapi kau biarkan aje bangla mengundi depan mata kau semata2 sebab kau nak BN menang, itu pengkhianat. Kau tau ada penyelewengan menteri mintak komisyen lulus tender tapi kau diam sebab kau takut kerja kau hilang, itu pengkhianat.

Kau nak jadi pengkhianat bangsa, silakan. Tapi jangan jadi pengkhianat negara. Jangan sebab kau takut Pakatan memerintah, kau setuju dengan pelbagai helah yang diwujudkan SPR ni. Dah terbukti dakwat tu mudah dicuci, tapi kau setuju sebab kau tak nak BN kalah.

Tak kiralah apa sekali parti yang kau sokong, satu2 nya benda yang kita semua kena pegang adalah kita mesti pastikan semua benda betul, adil dan tidak ada unsur penipuan.

Mungkin kau rasa perlu menipu dalam keadaan sekarang ni...."bohong sunat" kata ramai orang, tapi sedarlah, dengan penipuan2 yang berjalan dan kau pejam mata kau sebab kau nak parti kau sokong menang, kau sebenarnya sedang mengkhianati orang Melayu dan kau mengkhianati agama kau sendiri.

Apa yang paling penting ketika ini bukan siapa menang atau siapa kalah. Yang paling penting adalah keputusan pilihanraya kita tu betul. Biarlah kalah dengan bertanding, menang dengan caranya.

Tak kira kau pangkah BN atau Pakatan, kalau ada apa2 yang kau nampak tak kena dengan proses pilihanraya, tolong suarakan. Jadikan benda tu isu. Ada pemantau pilihanraya nanti. Suarakan. Kena transfer pun kena transfer la. Janji hati tenang.

Benda yang paling seronok di dunia adalah bila hati kau rasa tenang aje. Dapat pangkat, kemewahan dan nikmat dunia berjuta-juta pun, kalau hati tak tenang nak buat apa? Hiduplah kau sebagai seorang pengkhianat dan yang sedihnya, kau seorang aje tau kau khianat negara sendiri.

Kempen last aku, kenapa jangan undi BN. Aku rasa MCA seolah-olah dah hina Islam....tapi UMNO senyap aje. DAP memang perkauman tapi sekurang2 nya, semua benda still bukan official..more like personal opinion. Tapi ini, pada aku, sangat kurang ajar.

Aku tak paham kenapa orang2 dalam UMNO boleh biarkan agama Islam dihina sampai begini sekali? Mungkin secara luaran nampak seolah macam MCA kutuk PAS tapi bila kau tengok betul2, value2 yang dikutuk MCA tu adalah value2 Islam sebenarnya.



Dan aku akhiri benda ni dengan satu soalan, jika MCA ini adalah sekutu BN, di mana sebenarnya Islam dekat UMNO ni? Kat ibu jari kaki? Salah ke ada guideline untuk dresscode? Cuba jawab benda ni sebagai seorang Islam yang nak pilih BN...sebab bila kau pilih BN, kau kena pangkah MCA. Kalau kau sokong BN, kau sebenarnya setujulah dengan MCA punya pandangan...sebab kita semua sedia maklum...Barisan Nasional mempunyai visi yang sama, tak seperti Pakatan Rakyat yang caca merba tidak tahu hala tuju.


Selamat mengundi semua.
Selamat malam. Aku tak nak jadi pengkhianat bangsa. Aku juga tak nak jadi pengkhianat negara. Tapi yang aku paling takut, aku khianat agama aku.

50 ulasan:

mieyra hamzah berkata...

terlalu takut melayu hilang itu ini...tapi agama tergadai,orang mainkan agama xpe plak.esok mmg BN Gurun,kedah mmg xkn dpt undi aku.thts for sure.

Tanpa Nama berkata...

J0m mengundi esok. Pilih yg terbaik.

Jambul

Syuhada berkata...

Aku rasa dikhianati bila aku dapat tau pasal Bangla tu.

Aku tak kesah kalau BN menang sebab rakyat pilih diorang. Aku boleh terima.

Tapi kalau diorang menang sebab Bangla..

Haihh... Sedihnya...

Tanpa Nama berkata...

Sebab Melayu terlalu lembut.. terlalu mengalah akhirnya kalah..

Takpe la bagi kerakyatan kepada cina dan india.. takpe la bagi sekolah srjk.. takpe la jual tanah kat bangsa asing.. takpe la gadai tanah rezah melayu asal ada melayu kaya raya maju..

takpe la melayu jadi hamba abdi jadi pak guard (askar ramai melayu) tapi boss ketua2 pemimpin banyaknya bangsa cina india etc.. boss bangsa melayu boleh kira..

Biarla melayu selesa jadi machai aje.. takpe biar Mat Taib duduk istana mewah harta mewah di serata dunia.. biar pribumi duduk rumah panjang.. Takpe biarla at least Mat taib bangsa melayu terkaya di dunia..

Tanpa Nama berkata...

kalau ikut undang-undang apa di gariskan tu sebenarnye dah ada digariskan (selain kerja ahad) ada dalam akta syariah.. termasuk peraturan undang-undang peniagaan dalam bulan ramadhan..

Cuba mungkin BN tak laksanakan.. terlalu cuai... bahkan orang Islam sendiri pun langar,, dresscode etc..

Tanpa Nama berkata...

Kerja hari jumaat tak produktif pun orang keluar makan pukul 12 then solat pukul 2 pukul 3 baru masuk opis.. Baik cuti je jumaat tu..

ada Kilang lagi sadis hanya bagi orang Islam melayu solat jumaat 2 jumaat sekali sebab ada Melayu bangan habaq kat HR orang Islam hanya kena pergi jumaat 3 kali berturut2..

ada orang melayu Islam kerja jaga tak dapat pi solat jumaat.. sebab kerja.. hmm pada aku baik cuti jumaat dari ahad..

Tanpa Nama berkata...

Selamat Mengundi, semua. Tak kira PR atau BN menang, aku nak pastikan mana2 yg berjaya jangan berlagak & penuhilah permintaan rakyat.

JAKA berkata...

UNDI SATU KEWAIPAN:

JGN UNDI PARTI YG ANJUR FITNAH LIWAT KERANA DOSA AKAN DIKONGSI BERSAMA DEMI NEGARA.

UNDI UTK PERUBAHAN.

SIAPA YG SUKA KERETA BURUK JIKA ADA PILIHAN KERETA BARU?

HANYA ORG GILA YG SOKONG KERETA BURUK YG DH NK MASUK PARIT.

hani berkata...

Aku terbaca satu hujah dr penyokong tegar BN,perihal mengapa dia pilih BN
"Nak kata Pemimpin BN korup,makan rasuah dan makan duit rakyat?Mcmlah pemimpin PR takkan buat?"
Jadi maksud dia,tak apalah pemimpin yg ada ni salahguna kuasa,asalkan pemimpin akan dtg juga buat bende yg sama,so bende tu kira halal.Benda biasa bagi dia.Bg aku,cetek benor akalnya,tak apalah rakyat susah,asal pemimpin senang.Camtu?

Tanpa Nama berkata...

Cetek benor akalnya,tak apalah rakyat susah,asal pemimpin senang.Camtu?

Ini pemikiran hamba abdi sehaya zaman dulu.. Takpe pembesar dan raja kaya-raya mewah, bahkan kalau raja nak isteri diaorang pun boleh bagi.. demi taat dan setia. Orang melayu ditiupkan dengan rasa ketaatan ini bahkan Hang Tuah pahlawan terbilang pun sangup mencuri puteri raja orang untuk dikahwinkan kepada raja melaka.




Tanpa Nama berkata...

Aku harap BN menang supaya mantot terus ada idea nak tulis blog hingga pilihanraya ke 14 pula.

Tanpa Nama berkata...

Kerana ku sayangkan Islam, maka ku tak undi PR.

Tanpa Nama berkata...

yes BN menang!!!!


mantot teruskan hujahmu di sini... hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kesian islam kesian melayu.

Mna kemenangan pas? Sebab tu aku kata korang ni pura2 buta. Sanggup tolak tepi sesama islam asalkn korang lg suci dr org umno. Biar kena pijak dgn agama lain xpe asal bkn dgn umno.

Realiti yg ko xle tipu mantot. Pas melayu undi Dap, cina x akan undi pas. Fakta. realiti. Berangan la nk tubuh negara islam klau org islam x bersatu. Mcmne nak tubuh negara islam kalau majoriti pun ko xle mng. Sudahla bergaduh.. Kalau rsa org umno x betul pas sama2 sedarkn umno. Ko tarbiyah la camne pun org umno asalkn kita bersatu. Ko benci bila aku sebut pasal melayu tp Fakta yg ko x bole nak sangkal org melayu jgk yg akn undi pas... Bkn cina bkn india bkn lain2..

Nak tegakkn islam guna kekuatan yg kita sudah ade kenapa perlu buat sendiri? Tengok mcmne cina bersatu. Dap majoriti >10k kebanyakkn.. Pas?bn?pkr? Mostly 1-2k... dap x terima hudud xpe kn.. Sbb melayu mcm ko ni bongkak. Hidup dlm angan2 mat jenin.xde strategi xde prinsip.

Cube kita buang iri hati sesama melayu bersatu. Aku yakin ape yg pas nk usulkn 1 hr xmustahil akn terjadi. Sekeras2 selagha2 org umno dia org ape? Islam, melayu.. Satu hari dia tetap akn terima psal satu lg fakta yg ko xle sangkal org melayu ni lmbut hati. Walahualam.

Tlg stop pecah belahkn org islam dgn bezakn siapa lebih baik. Bersatu dulu baru cerita ape yg patut utk jd lebih baik. Ssh nk bgtau org pas sbb smua mentaliti konon x racist tp hakikatnye lemah dan dengki.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Bn tahniah buat orang yang hendak kebebasan dan maksiat.. :)

Anon Islam Forever! berkata...

Tabik spring Anon May 6, 2013 at 7:32:00 AM GMT+08:00

Yes, mari belajar PRU13 kali ni. Hentikan fahaman ABU. PAS & UMNO jom bersatu! I love u, PAS. Jom bersatu!!!!

wani berkata...

mantot.tolong cepat sikit update pasai post pru ni.

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah jangan buat post pasal Bangla, SPR, hantu DAP dll. DAP pun tak bising2 sangat pasal result.

Cukup2 la pecah belahkan umat Islam. UNNO dah terhukum pun dgn kemenangan tipis. Masa untuk kita bersatu. BN is slowly changing bila kita bersatu. We can dot it.

Kecewa berkata...

Saya penyokong PR,tapi bila diteliti keputusan PRU mlm ini serta dikuatkan dgn statement LGE, maka benarlah apa yg yg saya fikirkan ini bahawa org melayu tidak belot bila diminta berikan undi pd DAP atas semangat setia kawan.....tapi pengundi cina telah belot dgn tidk mengundi PAS atau PKR bila diletakan calun PAS dn PKR. Saya minta PRU sekali lagi PAS atau PKR tidak brgabung lagi dgn DAP.....lihatlah bgaimana org melayu diperbodohkan....

kerana itu calun BN bnyk yg menang sbb undi org cina diberikan pd BN tapi tidak pd PAS dn PKR. Perangkap DAP utk menggunakan simbol PAS dn PKR menjadi....mndapat simpati dr org melayu,disambut dgn penuh gembira serta laungan takbir....akhirnya makan diri,DAP menang bnyk kerusi brbanding PAS dn PKR sendiri....

adam berkata...

jangan biar MARUAH MELAYU tergadai...

TAPI, kalau MARUAH ISLAM tergadai takpe..kita 1 malaysia. kena toleransi...apa hudud?? dah lah takleh berhibur, takde konsert, takde arak...oiii bosan lah hidup macam ni...kalau smeua tu takde nnt mengamuklah orang cina india...takde pelancong dtg negara kita..income sikit...ko nak negara bankrup ke?

- penyokong tegar BN-

Kenapalah dorang ni tak boleh nak pikir islamik sikit. ingat dosa pahala tak?

lkjhgfdsa berkata...

I would rather choose an 'adil non Muslim rather a corrupted Muslim.

MANTOT CEPAT UPDATE BLOG!

Tanpa Nama berkata...

sejarah tercipta untuk dipelajari..
belajarlah drp pru13..
sejarah dimana cina titik abes- abesan melayu..

sedarlah..BN dan penyokong BN pon tak gembira dengan kemenangan itu..

aku penyokong BN tegar...dan harap drp 'sejarah' 5 mei semalam..
mungkin PAS dan UMNO (bukan BN) bersatu..tp bukan PKR please...

Tanpa Nama berkata...

Kononnya kalau undi PR, kita memecah belahkan Melayu. Konon kita nanti menang sorak jer. Tapi undi BN pun kita tak menang sorak juga ker? Yang kita seronok sorakkan Islam makin tipis dan penganiayaan semakin memberat.

Kita yang pecahkan Melayu, atau dia yang nak pecahkan umat..?

Islam berkata...

Janganlah kerana memupuk kebencian terhadap Rosmah yang berulang2, kamu mahu terus berpecah & rela melihat umat seagamamu dipijak2.

Bagi umat Islam Malaysia, bacalah:
http://malaysianmuslimforever.blogspot.com/2013/05/sejarah-melayu-bangsa-beragama-islam.html

Kali ini BN kalah sebenarnya. Lima 5 tahun lagi, UMNO, PAS & PKR bakal digulingkan sekiranya kita masih berpecah.

Tanpa Nama berkata...

xhabis2 dgn isu perkauman korg ni,so next pru kita 1 malaysia tubuhkanlah satu parti from malay satu from chinese satu from indian..barulah demokrasi terpimpin.risau sgt melayu dijajah la ape la.
bg aku yg penting islam kene kuat,kalau bn byk melayu islam menang tp x memartabatkan agama islam,anak bini xtutup aurat xyah dok bangga sgt melayu byk menang dlm bn tu.

3abdul

Tanpa Nama berkata...

adeh...keluarga sendiri sendiri jaga la...takkan la anak bini jiran tetangge tak tutup aurat salah kerajaan...korang ni pon...
walaupon pon bn tak melaksanakan hukum hakam islam...pernah ke islam ditidakkan?
negara islam yang terkuat selepas arab saudi aku rase malaysia..indonesia dah ke laut...
memang itu concern penaganalisa politik semalam.
melayu diperbodohkan macam [kecewa May 6, 2013 at 10:17:00 AM GMT+08:00] tuliskan tu.

bila melayu x sokong cina...dikatakan racist..bile cina sokong cina..dikatakan survival bangsa mereka?

bukan minta korang jadi pembenci kaum lain, tapi tak payah la salah umno sebab jiran saye punye kaka ipar tak tutup aurat..otak kan masing2..

Tanpa Nama berkata...

Bn menang, mungkin juga org melayu yg xbersatu berpaling tadah sokong bn xnak undi pas n pkr.maklumlah takut cina berkuasa.bole gitu?ckp camtu kalau melayu undi bn ckp berpaling tadah!

Dah sah2 la kalau kakak ipar jiran ko xtutup aurat pemimpin yg disalahkan sebab xterapkan nilai2 islam dlm memimpin.sebab tu la dlm islam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin tu berat.bukan suka2 bg duit kat bini shoppin xingat akhirat.setiap sen yg digunakan ke jln Allah akan dikira.setiap sen yg digunakan kepada bini yg sepatutnya jd milik rakyat pon dikira.

Tanpa Nama berkata...

Buat orang Melayu jika kamu benar2 Islam kembali la bersatu kerana Allah bukan kuasa dan kemewahan buangkan perselisihan kamu..

Nasib baik pecahan undi calon cina tak sekata kalu afa pilihan dan tak betul silap2 MCA menang + DAP menang gabung leh buat kerajaan lol..

Tapi jangan risau la Mastermind dah fikir kemungkinan ini..So tidak akan berlaku setakat ini.. Mca tetap akan sedata upaya dilawankan dengan Dap

Memsng kita nsmpak Cina akan undi BN bila tiadaa wakil DAP dan mana pas & pkr tak kuat.. Nampaknya hukum Hudud berjaya menakutkan orsng Cina.. Tahniah buat LGE juga Hadi, Karpal, Harun Din dsb yang berjaya memenangkan BN dengan kenyatasn kurang cerdik sebelum dan semasa pilihanraya... Ternyata ianya tak membawa kerugian buat DAP tetapi kerugian buat pkr dan pas..,

Tanpa Nama berkata...

hari ini aku datang ofis dengan hidung yang tinggi. bangga satu-satunya parti yang memperjuangkan bangsa melayu menang majoriti dan kembali bermandat. hakikatnya bangsa2 cina yang majoriti penyokong DAP di ofis aku ni well, awkward. i can feel it they can feel it. kerana sentimen ini tidak dapat tidak memang wujud sekian lama. kalau rasa melayu bersikap racist come on everybody look around you, cina lebih racist dari kita.

aku mengundi semalam di dun N26. calon dun pilihan ialah BN & PAS. seperti yang dijangka dun PAS akan menang. yang sedihnya, parlimen pilihan ialan BN & DAP. sanggup korang yang mulanya memilih ISLAM beralih memangkah DAP semata2 tak mahu kemenangan berpihak kepada BN?

Bodoh! Tolol! Sial!
Islam tapi bermusuhan? dengki khianat sesama umat seagama?

kau lepas ni dah boleh cerita pasal pampers anak, jalan2 di tasik putrajaya bersama isteri dan anak2 ataupun melancong di melaka bandaraya bersejarah. kedua2 parti yang kau sanjung2 benar dah tapau karilah. picisan sangat suara hati kau nak dibandingkan dengan suara hati rakyat Malaysia.

Kalau rasa penipuan berlaku bro, come on buktikan dengan sahih dalam blog kau ni.

- Sayang Melayu

letihla wa berkata...

Anonymous said...
Bn menang, mungkin juga org melayu yg xbersatu berpaling tadah sokong bn xnak undi pas n pkr.maklumlah takut cina berkuasa.bole gitu?ckp camtu kalau melayu undi bn ckp berpaling tadah!

Dah sah2 la kalau kakak ipar jiran ko xtutup aurat pemimpin yg disalahkan sebab xterapkan nilai2 islam dlm memimpin.sebab tu la dlm islam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin tu berat.bukan suka2 bg duit kat bini shoppin xingat akhirat.setiap sen yg digunakan ke jln Allah akan dikira.setiap sen yg digunakan kepada bini yg sepatutnya jd milik rakyat pon dikira.

May 6, 2013 at 4:47:00 PM GMT+08:00

senak perut bace..oi dosa anak bini kita kan kite yg tanggung..bukan najib dan ali rustam...
kamon la.. bapa, ayah dan abah kat rumah buat ape? pemimpin as in suami dan bapa dalam rumah tu...bukan nye pemimpin...
dosa rosmah najib tanggung.. ko ni biar betul..jangan amik kate2 pemimpin tu bulat2 sangat..

lain kali anak ko nakal ko kate la...ni ha hishamudin ni..tak terapkan nilai2 murni pada anak saya..tu yang di nakal semacam..

letihla wa berkata...

kalau ko dengar ulasan penganalisa politik semalam..mereka tidak ade sebut yg melayu berpaling tadah menyokong PAS dan PKR kerana kite dah jelas mereka akan ade penyokong..

BN nyata terkejut kerana penyokong cina yang sepatutnya mengundi MCA (penggal lepas MCA menang) "berpaling tadah" tukar sokongan kepada DAP.

Siapa kata cina undi BN bile tiada DAP.. Ali Rustam kalah di tangan PKR yang berbangsa Melayu di Kawasan pemilih Cina (Ayer Keroh dan Bachang....

Buka mata kawan2..mari bersatu..aku tak pelik MCA sorang2 akan letak jawatan dan menyertai DAP..
Kita? PAS dan UMNO?

Rentikanlah cerita duit rakyat beli cincin rosmah la..kamon banyak cite lebih penting drp tu (bangsa luar ketawekan kite yang bergaduh pasal cincin rosmah)..die beli cincin pon bukan ko x dpt makan seminggu, kereta tak jalan, anak demam batuk? ye tak?

Mungkin di sebalik PRU13 ni akan jadi titik tolak di mana UMNO dan PAS akan bersatu mungkin?

Tanpa Nama berkata...

Kelakar komen atas ni. Baru nak feel baca kot2 boleh mengubah pandangan buruk terhadap korapsi dacing, tetibe ade bodoh tolol dan sial. Adoi islamik habis dah tu agaknya. Emosi sendiri tak terkawal. Macam tu ke cara nak bersatu padu? Takut aku nak bersatu dengan side2 emosional macam ni.

Apa2 pun, kalau sebenarnya tak tahu apa2 pasal politik (sebab xkonfem siapa korap sebenarnya sebab kita xnampak dgn mata kepala sendiri kan kan) baiklah by default ikot bersama2 untuk tegakkan agama dengan orang2 yang betul2 praktikkan agama dalam kehidupan dia. Dan bersama2 mengajak menutup aurat, menjaga solat dan lain2 perkara fardhu ain yang dah kita belajar dulu. Aku xnampak mana perkara fardhu ain dipraktikkan oleh pemimpin bn sedikit masa lalu. Ikot orang agama, di akhirat pon for sure dapat pahala insyaAllah. Allah jadikan ilmu politik ni pon bersebab, kalau pandai relate dengan hadis2 baguslah. Aku xpandai. Aku pandai baca je pastu paham sendiri.

Tipikal melayu tu lah dia. Takut sangat tanah tergadai. Agama tergadai, its okey its alright. Apa2 pon, encik mantot, all the best. Jangan give up untuk mengajak orang ramai berfikir serta semoga islam kembali ke alami walaupun bn menang. (Menang ke? Pada aku, lama dah kalah...)

Tanpa Nama berkata...

Takpe kalau Pas bentuk kerajaan.. Takpe tak memang dan susah nak menang bersama Islam.. sebab hakikatnya memang payah nak menang bersama Islam.. Nabi pun berdakwah berpuluh tahun nak menjadi pemimpin no 1 di madinah..

Walaupun orang Malaysia melayu Islam ni masih boleh bergangnam di Malaysia masih tak menutup aurat dengan sempurna masih ada yang mungkin buat maksiat.. Insya'Allah semoga suatu masa orang melayu dan Semua orang Islam di Malaysia ni diberi hidayah untuk bersatu demi tuhan.. dan dapat melaksanakan segala=galanya mengikut Islam yang sebenar dan betul supaya kita lebih aman tenteram dan jerjaga.. dengan perlindungan Allah S.W.T.

Bersama menegakan keadilan dan kebenaran walaupun pahit..


Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman.. Bukannye xtau yg perkauman ni xde nilai disisi Allah.. Sesungguhnye agama ISLAM yg patut dijadikan panduan. Bile disebut manusia2 yg racist ni sama macam nazi atau Israel marah. Muhasabah la..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz azhar idrus selalu cakap BODDOO.. Islam tu. Emotional betul dia kan.. Ada sorang blogger terkenal ni. Pun selalu cakap bodoh bangang. Ironinya, dia menulis nota2 islamik yg catchy dan diingati..

Klik Sini Utk melihat golongan Kiasu pembenci Islam berkata...

Mengapa bila kita ajak Islam Malaysia bersatu, ada saja yang respon 'buatpe bersatu demi bangsa'?

Diulang- kami nak bersatu DEMI ISLAM! Kebetulan yg Islam ramai Melayu, salah ke Melayu diajak bersatu?

Unknown berkata...

Salam.

Aku rasa result PRU-13 ni is due to TV.

1. Buletin Utama TV3 dan program TV1 yang menyebabkan org melayu berpecah. Information bias sangat. Bila tgk Buletin Utama, pro-PR akan bertambah menyampah.
Pro-BN akan bertambah sokong. Yang Atas pagar pun, sikit2 akan influenced. Budak2
kecik pun dah tau term "peliwat".

2. Sokongan Chinese menunjukkan mereka tak layan langsung local TV network ni.
Tunjuk clip perpaduan, dalam masa sama tunjukkan information yang terlalu bias kat government. Diorang peduli apa dengan orang Islam pergi angkat sumpah kat kaabah kata diri diliwat? benda tu bagi Chinese disrespect lagi ada.

3. Local TV network penuh dengan hiburan2 Melayu, drama2 Chinese/India kat TV semua membosankan jadi Non-Malays tak layan la. Chinese yang ada kat Jom Heboh tu aku rasa Pang Chinn Fei sorang je, tu pun pasal keja.

4. 5 May 2013, dari pukul 8 mlm sampai 12 pagi lebih tak keluar2 result kat TV.
Saja distract orang ramai dengan pengacara borak2 dgn pakar2 sosial kat TV time tu.
Result tak keluar2 kat media. Tau tau je pukul 12.50 BN da dpt majoriti 112 kerusi parlimen dengan terus je tunjuk datuk seri najib bagi ucapan.

kesian Malaysia. Information bias sangat. Aku pun sendiri baca paper The Star saja, dari belakang sampai depan, baca bahagian sukan dulu, then dunia antarabangsa, then Star 2 (bahagian tengah), lepas da tgk cartoon strip aku terus tutup suratkhabar sebab berita2 at depan tu terlalu bias benor. Tapi at least bahagian sports pernah kutuk FAM, dan artikel kat Star2 (bahagian tengah tu) tu informative.

Entahlah berkata...

banyak diragui SPR ni..

dari etika dari start kempen sampai ke pilihanraya..

blackout..

undi pos yang tiba-tiba datang ntah dari mana..

ada kes pengundi bangla ditangkap tapi sayangnya ditangkap selepas dia mengundi.. yang of course takleh buat apa.. dan akta spr diluluskan yang boleh menahan orang yang menghalang pengundi..

dari dulu semua komplen dia wat deq.. nak suruh bersihkan daftar pegundi pun taknak..

dakwat kekal sebagai diversion padahal dakwat tak kekal pun cuci pakai petrol gilang...

undi awal/undi pos yang bertambah dari polis pegawai spr dan luar negara yang tak dapat dipastikan integritinya (tak pasti mungkin kah undi ini telah ditukar selepas pengundian?, dakwat kekal yang tak diguna oleh pengundi di luar negara juga tiada pantauan pegawai spr.. ada pengundi menungu lama akhirnya balik tidak mengundi.. tidak dapat dipastikan integriti peratusan pengundi luar negara)


Sekarang BN menang kalau PR tak puas hati wat demo etc pun nanti di kata PR ni tak terima kekalahan.. Hmm..

Semuanya dah dirancang begitu..
Nak buat macamana? Apalagi boleh buat?

Bersih? Harap Agong buat sesuatu dari dulu?
Tapi dia pun dengar penasihat dia (BN) hmm

Takan nak buat kekacauan baru nak tubuh suruhanjaya siasat kot?

Tak tau la.. dah buat sebaik dan sesopan yang boleh dari pelbagai aduan report polis tapi semua tidak di layan.. langkah akhir ramai-ramai doa dan solat hajat la 40 hari 40 malam kot..

Mungkin tak boleh buat apa-apa selain terus bersabar dan berdoa sebaiknya serahkan pada Allah.. sentiasa berdoa agar segala dalang dan penipuan yang terlibat ni ditunjukan pada kita..
wallahualam..

Harapnya dibukakan mata dan hati untuk orang paling atas lakukan sesuatu.. bersihkan segala keraguan.. dan penyelewengan..

Tanpa Nama berkata...

malam selepas pulang mengundi aku termimpi kak mah menjerit kalut minta tolong dengan kuncu2nya kerana najib sedang tercungap2 kepenatan kot setelah 'menang' pilihanraya. kakmah cuba sembunyikan tp aku ternampak najib terbaring menggelepar susah bernafas.

Klik sini untuk melihat bagaimana DAP membelot PAS & PKR sehari sebelum PRU13 berkata...

"Harapnya dibukakan mata dan hati untuk orang paling atas lakukan sesuatu.. bersihkan segala keraguan.. dan penyelewengan.."

InsyaAllah... :) Tak payahlah berdemo. DAP cool je.

Aku selaku pengundi BN, sikit pun tak bersorak. Malah aku kecewa ahli2 PAS yg aku suka juga kecundang. Masa untuk PAS & UMNo bersatu! PAS tinggalkanlah DAP.

Tanpa Nama berkata...

Well said.lps ni aku yakin bn akan berubah.kita pn dh nmpk senario sbenar dlm negara.ckp2 la memecahkn.ms utk bersatu

Master Yoda berkata...

"
Realiti yg ko xle tipu mantot. Pas melayu undi Dap, cina x akan undi pas. Fakta. realiti."

SILA DUDUK KAT GUA SAMPAI MATI...KESIAN...ANTISOSIAL...

Master Yoda berkata...

"adeh...keluarga sendiri sendiri jaga la...takkan la anak bini jiran tetangge tak tutup aurat salah kerajaan..."

YESSZZA...NAMPAK TAK, AGAMA = HAK PERIBADI, BUKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL...

KALAU ADA KEMPEN ATAUPUN AJAKAN DARI PEMERINTAH UNTK SERU MUSLIM KAT MALAYSIA NI TUTUP AURAT (BAIK LAKI ATAU WANITA), AKU TAK NAMPAK MSLH BESAR MALAH LEBIH BAGUS...

Master Yoda berkata...

SEBAHAGIAN ORG MELAYU KALAU DITEGUR SECARA BAIK, BUAT TAK RETI, KALAU DITEGUR DGN BAHASA KASAR DAN SARKASTIK, TAU PLAK MARAH...PERASAN TAK????

PERSOALANNYA, NAPE MASE DITEGUR SECARA BAIK BUAT TAK RETI??? NAK TGK REALITINYA, HANG JADI CIKGU SEK MEN KEBANGSAAN...

AKU ULANGI YE, SEBAHAGIAN BUKAN SEMUA

Master Yoda berkata...

"Akhir zaman.. Bukannye xtau yg perkauman ni xde nilai disisi Allah.. Sesungguhnye agama ISLAM yg patut dijadikan panduan. Bile disebut manusia2 yg racist ni sama macam nazi atau Israel marah. Muhasabah la.."

VERY GOOD POINT...

NAK RACIST SAMPAI BILA??? ADA KE SOALAN DLM KUBUR PSL BANGSA TU???

letihla wa berkata...

SPR nak telus macamane lagi?

aku rase org yg bising2 bangla dapat undi, korang ni sendiri x mengundi.

tahukah korang yg setiap saluran diasingkan mengikut tahun kelahiran?

tahukah korang yg setiap saluran mempunyai ejen bagi setiap parti/calon?

tahukan korang sekurang-kurangnya ade
1 tukang calit dakwat
1 tukang bace nama untuk ejen semak
1 tukang berikan kertas undi
2/3 ejen mengikut berapa calon
1 polis bantuan
1 tukang pastikan kertas undi masuk peti undi

tahukah korang ejen yang datang tu garang2 lagaknye, bile tukang bace name bace slow akan disergah agar kuar sedikit suara si pembaca itu.

kalau bangla tu lepas 7 org tu..salah seorang yang patut korang maki adelah ejen parti korang..
kenape tak tahan bangla tu?

semasa kiraan undi ejen ade juga.. dah telus mulus... sekali lagi tak puas hati dengan kiraan undi...maki la ejen parti korang...

isu blackout. yang nampaknye lebih2 marah adelah mereka yang tiada di tempat kejadian.
takde satu tu statement drp ejen sendiri..'saya ejen parti A ketika pada pukul sekian..sekian, berasa tertekan, kerana mengira dalam kegelapan'...takde..

*chong kate bentong blackout
*ali cite kat amat bentong blackout 1 jam
*amat cite kat raju bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan
*raju cite kat selvi bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan, dan ade orang berguling2 sambil menambah kertas undi ke dalam peti undi
*selvi paste kat facebook bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan
*raju cite kat selvi bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan, dan ade orang berguling2 sambil menambah kertas undi ke dalam peti undi sila share/like jika ingin berubah...

padah sampaian mulut.
jadi kalau korang x de ditempat kejadian jangan menambah2..jangan kate aku dapat dari sumber dipercayai.. jangan jadikan facebook sumber rujukan...jangan!
aku tau kuasa media sosial kuat..

tapi satu ketika nanti media sosial ni akan jadi senjata makan diri sendiri!





Master Yoda berkata...

komen di atas ada benarnya jua...tq atas pencerahan

Sejauah Mana Islamnya Kita? berkata...

Sebagai orang Islam saya bersetuju 100% dengan Ustaz Kazim Lazim ni.. Sila lihat dan dengar dari awal sampai akhir untuk faham tentang hudud dan Islam.. Buat orang Islam dan juga orang bukan Islam..

Saya lihat Parti politik sekarang (samaada PKR, PAS, UMNO dsb) hanya mengunakan islam dan hudud hanya sebagai modal politik..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh dan tolol komen engko ni..

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha....menyalak lagi korang...menyalak...ejen yang korang lantik tu takde pun komplen.