Mei 02, 2013

Kalaulah Tak Ada BN, Habislah Semua Budak IPTA Mesti Pelajar Cina!

Bagaimana kau rasa kualiti pendidikan kita sekarang?

Adakah kau rasa semuanya baik-baik saja? Untuk hari ni, aku akan menulis satu benda yang dah lama benar aku nak tulis, kenapa sistem menyelamatkan bumiputera bakal melahirkan melayu yang tah hapa-hapa.

Sebelum itu, mari aku ceritakan mengenai beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem pendidikan Malaysia diperingkat tertiari. Nombor satu, sistem pendidikan kita sudah berada di satu tahap di mana it's all about business. Pelajar lulus atau tidak dinilai bukan melalui grading tapi melalui berapa untung universiti atau kolej. Malahan ada beberapa universiti terkemuka yang namanya aku takleh nak sebut (sebab universiti tu sangat2 berprestij dari segi kualiti kolej kejuruteraannya dalam kalangan IPTS) pensyarahnya diberikan arahan supaya meluluskan pelajar yang tidak layak semata-mata sebab pelajar itu adalah pelajar luar negara.

Nombor dua. the additional numbers of foreign student studying in Malaysia ada kaitan dengan politik. Kebanyakan pelajar yang datang belajar khasnya dari Middle East datang sponsorship government diorang, walaupun diorang ni dah kaya. Senarionya mudah aje nak explain, tiap2 kali government luar hantar student dia ke sini, diorang expect scholarship diorang dijaga. Bukan kualiti, tapi scholarship. Ada budak fail? Kalau boleh, passkan. Government luar tak nak duit diorang go to waste hanya sebab pada final year student tu, dia baru kenal disko kat Jalan Ampang. Kau reversekan senario dia..ada student Malaysia scholarship JPA, masuk Universiti dekat US. Kantoi apa jadi dekat dia?

Education in Malaysia is all about business and numbers. Sebab itu kerajaan kita galakkan lebih banyak IPTS dibukak sebab diorang nak foreign investment masuk.( scholarship is also an investment) Dan daripada situ, kau boleh tengok kesan dia dekat kita. Pernah pergi BB Plaza sekarang ni? Atau ada jalan2 Cyberjaya?
Cuba kita berapa kedai yang cater untuk orang Middle East?

Jelas sekali, kerajaan nak orang Middle East invest dekat Malaysia. Study here, work here, invest here. Kenapa banyak kedai diorang dan kenapa tidak ada mekanisme untuk control yang protect peniaga tempatan? Sebab....tiap2 kali orang Arab nak buat company kat sini, diorang kena ada 500 ribu minimum sebagai capital yang perlu diletakkan dalam akaun local sepanjang company tu dibukak. Ini duit investment untuk ekonomi Malaysia. Sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh Makcik Jah yang meniaga jambu di tepi jalan tanpa lesen.

Sebab itu, Najib cukup gemar mencanang yang foreign investment banyak masuk tapi kesan negatifnya, orang kita terpaksa la meniaga tepi jalan pakai payung Pasar Tani. Dia prefer investment orang luar tapi bila nak undi, dia pancing orang2 susah ni dengan BR1M.

Hakikatnya, pada politician2 BN ni, the only value yang kita orang biasa boleh bagi dia adalah kuasa. Lagipun buat kempen setahun dua sebelum pilihanraya dah cukup untuk dapatkan undi. Orang Melayu ni simple aje nak beli dia. Khasnya orang2 kampung. Dan itu, adalah satu fakta. Kau boleh tengok sendiri kalau kau ada sedara yang duduk dekat kampung2 yang hardcore BN ni.

On the local education, tak pernah ke kau pelik kenapa keputusan SPM ni makin elok tapi perangai budak2 makin macam haram? Kenapa benda tu terjadi?

Aku ada terbaca status seorang budak lepas SPM yang pelik dia dapat 2A tapi boleh masuk U padahal ada kawan dia 10A dia tak dapat, sebab dia Cina.Pada aku, itulah dia punca sebenar kelemahan orang Melayu. Aku paham kenapa benda2 tu berlaku tapi adakah ada kemungkinan, Melayu ni majoriti dia perangai sakai sebab itu bala Allah dekat kita? Maksud aku, kita sendiri tidak berlaku adil kat sini. Yang layak dipinggirkan dan yang tak berapa nak layak pulak dibawak naik?

Tak boleh ke kita simplifykan benda ni, kalau seseorang itu tak layak, dia tak layak. Jika dia layak, berikan dia kemudahan. Tak kiralah dia Melayu, Cina atau India?

Ayat2 yang selalu disebut ultra Melayu adalah "Kalau buat camtu tak adalah budak Melayu dalam universiti...habis la lingkup budak2 Melayu.Kita kena la tolong budak2 Melayu, kalau kita tak tolong, siapa lagi nak tolong?" See? Rakyat sama rakyat tapi treatment lain-lain. Cuba tunjukkan aku mana dia ayat Quran yang bolehkan kita deny hak orang agama lain jika dia betul2 berhak ke atas sesuatu benda yang dia dah earn?

Kita ditolong untuk beli rumah, masuk ipt, masuk sekolah, scholarship JPA, MARA, buat loan itu ini, tapi yang business melingkup tu still orang Melayu. Yang ambik dadah still Melayu. Yang merempit still Melayu. Nak tengok budak2 UPM merempit gi depan Mines. Tiap2 malam akan ada....pelajar U tu. Golongan bijak pandai, kata orang2 tua.

Aku simpulkan untuk hari ni, Tuhan cipta semua manusia sama. Mungkin orang lain ada kelebihan dia tapi dah pasti kau pun ada kelebihan kau. Walaubagaimanapun, bila kuasa diguna untuk membantu sesebuah bangsa dengan menarik hak sesebuah kaum lain, itu bukan konsep keadilan dalam agama ni. Kita Islam tetapi kita tak fair. Kita nak perjuang bangsa kita, tapi kita tekan orang bangsa lain.

Bukak mata besar2, mereka jugak yang makin berjaya. Kau tak pelik ke?

Adakah mungkin Melayu tidak ramai yang sukses walaupun dengan pelbagai jenis bantuan yang ada, tidak maju-maju, bukan sebab orang Melayu malas, suka rilek-rilek atau suka kerja mudah (seperti yang digembar-gemburkan) tapi sebab pelabagai bantuan yang diberikan untuk orang Melayu itu sebenarnya bantuan yang tak diberkati sebab, ramai yang terima tapi dia tak layak?

Adakah keistimewaan orang Melayu itu menepati syarak? Kau boleh carik pelbagai hujah yang mengiyakan kesahihan bantuan ni tapi itu mulut orang lain. Berikan aku pandangan kau sendiri. Itu persoalan aku untuk anda yang fanatik BN hari ni.

34 ulasan:

mr edz berkata...

kenapa najib jadi PM? sampai sekarang aku tak tau apa sebenarnya yang terjadi... macam mana dia boleh jadi PM..

Tanpa Nama berkata...

Yes tpt sx,.mantot lu pnah tgk banner pertahan johor!tiang seri umno.

Tanpa Nama berkata...

Najib satu-satu PM yang mempunyai laluan mudah :) kerana dia anak bekas PM :) Tak pernah melaui zaman susah atau sukar bertanding jawatan dalam UMNO semuanya menang tanpa bertanding.


Tanpa Nama berkata...

Tekanan dan kesusahan sebenarnye membuat kita tabah dan kuat dan jadikan kita berjaya..

ramai orang malaysia kat luar negara berjaya selepas melalui susah payah..

ramai orang kat malaysia berjaya dengan mudah sebab ada cable.. lol.

Tanpa Nama berkata...

Betul mantot ! sokong....keadilan untuk semua rakyat bukan satu2 bangsa

Tanpa Nama berkata...

apek kedai runcit kat rumah aku ptutup kedai awal pukul 11pg tadi...aku tanya pasaipa tutup awal..dia cakap nak pi beli baju sekolah anak...anak dia just dapat pi tingkatan 6 walaupun banyak A yang dapt dalam SPM...apek tu kata dah duit tak dak nak pi IPTS..so masuk tingkatan 6 dulu pun jadi la....
sistem nak jaga melayu sampai bila kerajaan malaysia woi....
budak2 melayu lagi teruk ada la...
sigh.......

Prince of Noob berkata...

masalah paling besar sistem pendidikan adalah jurang perkauman sudah dijarakkan sejak sekolah rendah lagi. melayu masuk sekolah melayu, cina masuk sekolah cina, india masuk sekolah india. last2 cina dgn india ckp bahasa melayu pun berterabur sebab dari kecik dah belajar bahasa ibunda dan bahasa inggeris. bila dah dewasa, dlm iklan kerja, org yang fasih bahasa inggeris dan mandarin diutamakan. kita ni duduk negara china ke singapore?

Tanpa Nama berkata...

Bro

1) perkauaman srjk tu nak jaga hati kaum lain. Depa yang mintak.. :) ramai bantah kalau srjk dihapuskan.. ini masalahnya.. Sepatutnya perkenalkan sekolah kebangsaan dan bahasa CIna, India di ajar disekolah2 ini.. So orang melayu boleh belajar bahasa Cina dan India sekali..

2) sebelum merdeka ramai orang melayu agak ketingalan dan kerana kita penduduk tetap maka keistimewaan kepada melayu atau bumiputra dijaga.. maka wujud keistimewaan ini.. Walaubagaiman pun ada keburukan juga bila ada keistimewaan ni sebab disalahguna.. dan hasil yang tidak baik seperti kata bro tu.. :)... Tak pasti kenapa mungkin selama berkurun Melayu lebih suka jadi hamba dari jadi raja atau pembesar lol.. :) lebih suka kerja kerajaan atau kuli.. dari bekerja sendiri jadi tauke.. :) usahawan..

Menindas? kalau dari segi pendidikan mungkin tapi bila dah keluar bekerja sebenarnye kita yang ditindas.. :) sebab peluang pekerjaan dan sebagainya tidak memihak kepada kebanyakan orang Melayu.. sebab dalam dunia sebenar yang jadi raja ialah duit.. :) sebab itu orang lebih suka kerja kerajaan agak terjamin dan keistimewaan sebagai pegawai kerajaan.. :)

dan berbalik kepada keistimewaan itu sering kali disalahguna.. :)







PKR Unite berkata...

Kebanyakan dari posting kau kali ni aku setuju. Tapi part persaingan kaum ni aku nak ulas sikit:

Daripada kau harapkan Melayu LAIN bersaing, cuba kau buktikan keberanian kau SENDIRI bersaing dgn kaum lain dulu. Kau boleh mulakan dgn bini kau. Minta dia hadiri semua interview jawatan sebagai guru kerajaan dgn at least 50 calon Cina yang lain. Kalau 50 Cina tu lebih layak menjadi guru berbanding bini kau, maka terimalah kekalahan gagal
bersaing dgn kaum Cina. Sila berhenti kerja sebagai guru dan
carilah sumber pendapatan lain yang layak utk bini kau.

Kau cuba dulu. Cakap pasal bersaing memang mudah. Tapi kau jadilah Melayu pertama sebagai contoh utk diikuti Melayu agar lebih berdaya saing & ADIL.

Tanpa Nama berkata...

contoh paling dekat, anak sedara aku dua orang. dpt tajaan sambung belajar luar negara walaupun keputusan tak berapa bagus. bangga mak bapak ni boleh bayang la. siap dah pasang angan2 bila anak habis belajar nanti.

seingat aku, duit mak bapak still bantu lagi sbb elaun tak mencukupi katanya. tapi dalam facebook upload sedia jalan2 merata kat sana.

lepas dah belajar 3-4 tahun, duit mak bapak ni pun tak tahu dah berapa banyak keluar, tiba2 anak balik menonong dekat2 nak habis.

frust mak bapak ni tak tahu nak kata dah...sayang betul.

itu sebab tak berapa nak layak dilayakkan juga la tu, tak grad pun sudahnya. MUNGKIN BETUL DUIT TAJAAN TU TAK BERKAT. kalaulah duit tu bagi pada yang benar2 layak.... hmmm...

sakit jiwa betul bila ingatkan kes diorg ni. tolonglah sedar.

Tanpa Nama berkata...

Ah. Aku mintak biasiswa JPA, MARA dan segala biasiswa yg ade dlm malaysia ni semua aku tak dapat.

Kalau aku fail time inteviu oke takpe aku boleh terima, ini dipanggil inteviu pun tidak.

Padahal result exam aku tak la teruk. Yg bekerja cuma ayah aku dan mak aku surirumah.

Kawan2 aku yg lain mintak JPA, result lagi rendah dari aku, mak bapak dua dua kerja, boleh dapat biasiswa JPA. In fact diorang dengan selamba mengaku yg diorang tipu dengan mengatakan bapak diorang je kerja. Hangin aku. Aku rasa aku lagi layak.

DIMANAKAH KEADILAN??? AKU ANAK MELAYU! Result aku 3.6 dan aku grad sebagai best student mengalahkan kawan2 aku yg dpt JPA tu dengan pointer 3.705.

Sampai sekarang aku tak paham kenapa aku tak dapat biasiswa.

Adekah kerana bapak aku tak pangkah BN?? Hmmm..

Aku pun taktau la kenapa orang sayang sangat dgn bangsa MELAYU tu.

Walaupun dari segi manifesto PR macam angan2 mat jenin, aku tetap nak UBAH.

Kenapa rakyat kita suka sangat dibantu kerajaan. Aku sekarang dah sambung master dengan duit ayah aku dan aku kira mak ayah aku boleh berbangga sebab aku sampai ke peringkat sekarang dengan titik peluh mak ayah aku, bukan bantuan kerajaan. Bukan jalan belakang. Bukan amek hak orang.

Heh.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa kena bagi cina memerintah baru orang melayu islam ni sedar diri siket.

Ini dok menadah BRIM jewwwwwwww. Bila mau maju aa lu punya bangsaa??

Aiyohh

sha my heart berkata...

Nice

Ron berkata...

nukilan yang paling indah aku pernah baca ...

ini lah nikmat UBAH INI KALI LAH !

Cucuq Jagung berkata...

in short get politics out of our education system. We need the right people to think of the future of our young instead of those who serve to please politicians with glossy reports

Cucuq Jagung berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Aku suker giler tajuk ko..aku pon ada baca post bdk dpt 2A tu smlm...

Bdk melayu dpt scholarship g overseas, blk msia dpt keje best2, mesti sentiasa diingatkan, "SYUKUR SIKIT, DGN DUIT KERAJAANLA KO DPT HIDUP SENANG CAM SKRG"..

Org cina lak kalau tgk kita,mesti kita rasa diorng benci kita dan suka mengata belakang kita. Ko rasa kenape? Kita tak adil dgn diorang. Diorang tak mintak lahir sbg cina pon kt Msia ni dan didiskrimasi sampai mcm tu sekali.Sekali masa nk mintak keje, haa amik ko, dia balas kt ko balik.

Cina benci kita, kita curiga dgn cina. Inila modal dok jaja stp kali pilihanraya.Divide & rule.

Aku penah terbaca hadis ke ayat quran ckp, "Adil tu lebih dekat dgn Taqwa"..Kenapa adil?Bkn perkataan lain? Sbb dgn adil ko boleh tunjuk keindahan Islam tanpa ko slogankan nak negara Islam ke ape..

Mmg dulu2 student sains melayu leh kira ngn jari, tp diorang nye fundamental power, bdk skrg..haihh..malas aku nk ckp, kuliah pon tuang.Pastu kuar U ada hati nk keje best2,hutang menimbun, pastu dok whining jer. Kdg aku rasa biar tak masuk U,biar ko belajar bt bisnes utk survival hidup..Ni tak, nk hrp keje ngn gomen je, pastu sebok nk naik gaji.

Lg 1, kena naikkan nilai vokasional, jgn dok kejar A je. Tlg la jgn exam oriented sgt. Bdk yg tak perform akademik, sediakan laluan vokasional yg mantap.Ni kecik2 dh kena exam. Org masa kecik la nak nurture nilai2 murni dan minat belajar tu.Ni dok asuh menyanyi..
Education ni mmg berkait2 la sbnrnyer...sbb dia proses pembentukan watak insan.

Menteri pendidikan tak payahla nk sebok, sekolah bestari ke elit ke...jadahnya..melemakkan dan menstresskan bdk dan cikgu..kita nk pupuk nilai dan minat bkn nk kejar nama.

Aku bkn cikgu, tp kdg tu lelah tgk bdk2 skrg...cukuplah.

This life is a test. Allah nak tgk kita nak buat ape dgn kuasa yg ada. Kenapa takut yg bkn2...Kalau takut kt Allah, kita tak takut pd apa2. InsyaAllah Allah lindung kita kalau kita ikut apa dlm quran ckp.

UBAH!

masjayeng berkata...

Admin kata dia cikgu,cikgu sekolah mana?sekolah umno ke sekolah pas,kalau mengajar di sekolah kerajaan umno HARAM smua pndapatan bagi anak bini makan sebab UMNO kan tak Islamik jadi cepat2 lah berenti kerja pegi mintak kerja dgn kerajaan PAS.Dah idup kat dunia bnyak sangat komplen smua tak kena.

Tanpa Nama berkata...

Aku baca komen dkt sini byk org-org educated la rasanya. Semua komen bernas. Make sense la. Aku pun jammed jugak la dengan sistem education malaysia ni. Dengan perangai parent aku dok desak aku masuk kerja dengan goverment. Shit! Tu bnda aku plg benci.

Kita kena kerja bwh org. Harap gaji naik. Harap bonus. Ada pencen. WTF? Kita org melayu ni suka kerja bawah org ke ha? Pencacai ke? Dorang ni fikir yang kerajaan lah banyak bantu so kena bersyukurlah.. WTF? Kalau kita kerja sendiri (usahawan) bukan kita boleh buat gaji kita naik sendiri dengan usaha kita sendiri, bonus kita sendiri, pencen kita sendiri? Betul tak? Ini tidak, mengharap dekat kerajaan smpai bilalah?

Sebab tu org susah banyak berjaya sebab dorang tak pernah mengharapkan siapa-siapa pun selain usaha dorang sendiri. Org senang kerja mengharap jela.. Kualiti takda! Sistem kita kena corakkan baliklah. Aku terasa mcm bodoh lepas belajar je hutang dh dkt 20k.(nasib local U, klau IPTS?) WTF? Belum masuk kerja aku dh berhutang? Kerajaan suka rakyat dia berhutang ke apa? Oh lupa!Ada interest.. Untung skit utk dorg. WTF? Kata nak tolong org melayu, ni tak! Bagi org sengsara dgn hutang.

Macam ne life aku lepas ni? Kerja takde, hutang ada! Macam ne aku nk survive kalau semua benda dalam malaysia ni banyak dah naik harga? WTF? Aku nk jugak rasa pakai kereta tapi kena hutang lagi semata nak beli produk malaysia yg entah apa kualiti dia dengan harga mengarut..(nak beli kereta luar confirm mahal gila babi melainkan 2nd-hand?) WTF? Dh double dh hutang aku situ kalau aku pasang niat nk kereta. Rumah lagi? WTF?

Kalau sini ada orang melayu yang rasa malu dengan bangsa lain, tentang malaysia pnya education system, aku 100x ganda lagi malu dengan bangsa aku sendiri yang tak dapat pendidikan yang sewajarnya compare kan dengan budak-budak melayu yang masuk U just nak populariti, buang duit mak bapak, enjoy. Result dia? Bila dh graduate barulah sedar dunia ni tak seindah khabar dari rupa pn. Melainkan.. kau mmg ada kabel besar dalam hidup. Skrg hidup dkt malaysia tkde kabel matilah kau. Mana nk dapat job. hahaha. WTF?

Dari sistem ni lah, lahirnya orang cakap besar, rasa bagus tp dalam kosong. Dan aku baru tau Najib ni org senang dan tak pernah rasa susah. Campak dia tgk dekat mana-mana dalam malaysia ni sruh dia survive. Biar dia tau mcm ne rasa org hidup mengharap ni. Rasa f**k tau tak? Kita jadi mcm kuli bila nk minta satu bnda tu.

Tapi tu kira ok lah, bagi typical org melayu yg ada melekat skit dkt aku ni. Benda ni remeh je. Buat apa nk risau kan? Ketuanan melayu dan hak-hak istimewa sultan melayu still ada tp aku paling pantang klau bangsa kau sendiri tindas bangsa dia sendiri dan dia bangga! W!T!F! Dorang ni tkde hati perut ke? Dia tk tau bangsa dia mcm hamba dkt tanah sendiri ke? AKu serius rasa nk maki mana-mana pemimpin aku yabg layak dia maki. (dah ada list dah) Dorang ni paling sial dan bangsatlah dlm bangsa aku sendiri.

Kali ni ruang komen aku tak nampak pencacai BN lg, maybe next klau ada mana-mana pencacai tu. Ni soalan aku nk tanya skit, "apa korang dapat jilat dan angkat bontot pemimpin kau tu? Sedangkan bangsa kau hamba dkt negara sendiri!" Aku rasa dorg ni memang dh kena 'brainwash' kaw-kaw sat pnya la ni. Dh tk blh nk diubah agaknya..

Aku harap PRU13 ni dijadikan sejarah tergempak dlm malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sekolah umno? 1st time aku dengar. apa kalau lulusan sekolah umno ni, grad esok boleh terus jadi calon ketua pemuda? ke guane?

btw, aku dulu sekolah kat SMK, sekolah menengah kebangsaan bukan SMU, sekolah menengah UMNO. lol

nak komen, gi study la dulu apa beza umno ngan government. duh... itu bahana bila terlalu lama pegang kuasa., x boleh beza antara nama parti ngan kerajaan.

Absolute power corrupt absolutely. tak gitu?

rantai berkata...

budak-budak melayu lebih banyak di"kera"kan oleh orang politik umno berbanding dgn budak bukan melayu ... ada je pemimpin politik umno datang ...budak melayu paling ramai angkat bendera, berbaris berjam-jam utk sambut orang besar umno ... 1 2 hari tak belajar ... budak2 melayu paling kerap berjoget, menyanyi, bersilat depan pemimpin umno yg tersengeh macam kerang busuk ..itu semua perlu latihan 3 4 hari tanpa belajar ... disekolah budak-budak melayu yang selalu dinyanyaikan dengan dongeng2 kehebatan pemimpin umno melayu zaman silam yang tak ada kaitan langsung dengan ilmu akademik .... dan guru-guru melayu paling ramai terlibat dgn politik dan pastinya umno ...mereka jadi "the untouchable caste" .. boleh buat apa suka sebab ada pelindung maha agung dan dengan itu tanggungjawab mengajar hilang 90% hanya tinggal 10% ... kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi .... anak-anak melayu juga yang jadi mangsa....!!! bodoh-bodoh tapi dpt juga sijil, dapat juga diploma dan dapat juga ijazah tetapi mereka inilah yang menjadi penyokong umno ...senang untuk di"kera"kan sampai ke tua .....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adam berkata...

budak melayu dah terlalu dimanjakan...

so pembangkang nak offer pendidikan percuma....bukan ke lagi memanjakan budak2 melayu yg belajar ni?

Tanpa Nama berkata...

IMAN
IHSAN
IKHLAS

Allah tahu dan nampak, walau kita buta mata hati pun...

kategori-kategori ni dah pupus pada orang Islam zaman sekarang....kalau ada, dan kalau dikekalkan, dan kalau diaplikasikan dengan baik...takdela orang jahat atas dunia...

Tanpa Nama berkata...

Aku melayu dan pelajar ipta. Aku setuju dengan post kau. Result aku boleh kira cemerlang jadi dapatlah masuk ipta. Umur aku belum 20 tahun tapi dah berhutang. Memang sucks.

Dan aku selalu rasa tak puas hati bila kaum lain dapat result lagi baik daripada melayu tapi tak dapat ipta. Member aku cina india straight A masuk tingkatan enam je. Member melayu aku yang cuma dapat 1A boleh masuk ipta.

Bagi aku perlu ada persaingan sihat
Kalau kau, MELAYU, nak dapat tempat dalam ipta, usaha. Bersaing dengan kaum lain. At the end, apa kau dapat, tu yang kau usahakan.Bukan asyik nak tunggu orang suap.

Tanpa Nama berkata...

Kerana sayang dan terlalu dimanjakan pun susah.. jadi macam anaku sazali.. Kesian rakyat Melayu yang dimanjakan sekarang sudah lawan UMNO hahaha.. ..

Asik Subsidi subsidi subsidi.. bapak.. Sazali sudah bosan dengan itu semua bapak.. Sekarang Sazali sudah ada duit banyak bapak peduli apa sazali dengan semua subsidi itu semua bapak.. subsidi itu semua dari duit cukai sazali bayar juga bapak.. Bapak hanya kaya dan senangkan kroni2 bapak saja..

Bapak tau tak Sazali sudah jadi taiko PR no 1 ni di Malaysia Ini.. Sazali boleh berdikari sendiri bapak.. Sazali sudah mampu sebaris dengan bangsa lain bapak..

Kwang kwang kwang..

Tanpa Nama berkata...

Kena lihat SEJARAH..

Ada sebabnya "keistimewaan" ini diadakan..

Sebenarnye kuota semua sudah bagus.. sebab nak bangunkan bangsa Melayu sebab dulu bangsa melayu susah nak carik dalam sektor peniagaan pendidikan.. Semasa BRITISH berkuasa.. Kerana BRITISH buat devide and conquer.. AMAT SEDIKIT bilangan orang melayu yang jadi pegawai dan juga usahawan.. berbanding CINA.. kerana CINA datang ke tanah melayu untuk berdagang berniaga melombong juga kongsi gelap :)

Banyak penrusahan dikuasai oleh MAT SALLEH dan orang CINA.. inspirasi pemimpin MELAYu adalah untuk menaikan bangsa MELAYU sebaris dengan mereka.. maka keistimewaan ini didraf kerana MELAYU adalah penduduk asal dan sepatutnya memilik keistimewaan dalam memajukan bangsa..

TETAPI, selepas berpuluh tahun keistimewaan ini disalahguna oleh pemimpin MELAYU.. yang kaya bukan bangsa MELAYU tetapi kaum keluarga dan kroni pemimpin MELAYU..

Dan ini menimbul rasa kurang senang sakit hati.. segelintir bangsa melayu.. menimbulkan permusuhan.. dsb.

Dan ada juga Pemimpin Melayu yang menjual kepentingan bangsa Melayu kepada pesaing - bangsa lain hanya untuk keuntungan peribadi kroni dan keluarga.

Kalau dikaji pembangunan dan hasil kekayaan sebenarnye yang kaya hanya "GOLONGAN BANGSAWAN".. kaum elit.. Ianya seperti apa yang terjadi di India.. Kerana Malaysia ini kecil dan rakyatnya tidak seramai India mungkin kita tidak nampak sangat seperti India yang miskin tetap miskin yang kaya terus bertambah kaya..

Tanpa Nama berkata...

Harap buat thorough research ttg nasib umat islam di singapura sbb kami yg tinggal di Johor lebih nampak apa yg terjadi pada mereka. Islam muda di singapura dgn tangan penuh tatoo makan di gerai makan di JB. Peluang melanjutkan pelajaran susah, mujur ada uitm dapat mereka tumpang sekaki! Itulah hakikat kalau non muslim dipilih menjadi wali dan pemimpin bagi umat islam. Bukankah ALLAH telah melarang spt dlm surah Al Maidah : 51.

Tanpa Nama berkata...

Kdg aku tak faham ttg mentaliti kalo PR menang maka kita akan diperintah oleh cina.Tak tahu perlembagaan ke depa ni?Pimpinan akan berubah tp perlembagaan InsyaAllah akan terpelihara.Lagipun Singapore is republic,kita still ada Sultan.
Melayu takut sgt pd perubahan,sbb walaupun hidup susah,mereka rasa selesa.
Selesa berada di takuk lama.

Tanpa Nama berkata...

Setuju!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat. .x pun maybe dia tergolong dalam golongan melayu yg lupa diri. komplen ja lbh

BedaduzZ berkata...

please remove section "Nak tengok budak2 UPM merempit gi depan Mines. Tiap2 malam akan ada....pelajar U tu." zaman dulu mungkin ada, zaman sekarang budak UPM prefer duduk bilik baca blog.

n kalau ada sekalipun, sila kasi bukti. saya dok Serdang tiap malam lalu jalan tu, takde rempit pun yang berlaku.

cetuskan panik. rendahkan bangsa sendiri. kutuk graduates U tempatan. but u did not come with a plausible solution. hanya pandai mengkritik. itu sendiri perangai sejagat meleis.

Tanpa Nama berkata...

Setuju...kena kt dr sndr br tau langit tinggi rendah..hhrmmm

Tanpa Nama berkata...

Mantot is nothing.

ABU berkata...

babi la muka perempuan ni! sial btul pnya betina! naik darah sial tgk muka sorg ni.. AAAAAAAAARRRRRRRRRGGGGHHHHHH!
- Aku Benci UMNO