Mei 10, 2013

Kenapa Melayu Suka Gosip Artis?

Aku pernah mengajar satu kolej yang pelajar dia bumiputera semua dan sambil tu aku jugak mengajar short course dekat PJ, aku ajar 3 orang budak Cina ni.

Aku boleh nampak beza diorang ni macam mana, tapi perlu dijelaskan dulu la bukan semua tak elok dalam kelas tu cuma majoritinya, tak berapa nak usaha. Yang mana rajin, memang rajin sampaikan bila diorang sambung degree diorang still sukses.

Tapi yang lemau-lemau tu, balik-balik nak borak pasal AF (masa tu tengah hangat)...tengah2 kelas bukak compact powder check muka...takpun nak ajak borak pasal motor sebab masa tu aku bawak motor. Kelas abis aje terus ciow. Yang mana yang stay back masa tu tanya aku macam2 tu la yang aku tau sambung belajar sampai sekarang dan dah nak abis dah.

Cuma mungkin kau pelik kenapa aku ceritakan pasal 3 orang budak Cina kat atas tu...sebenarnya diorang baru masuk tingkatan 1 dan paling tua tingkatan 3. Kolej yang aku ajar budak2 yang lemau2 tu umur dah 22 tahun. Bila aku tengok diorang, aku nampak aku satu masa dulu. Cuma bezanya, aku bayar sendiri yuran..diorang ni budak2 scholar. SCHOLAR! Hujung sem, kerja tak hantar, aku terpaksa call diorang, tapi tak hantar2 gak..sehinggakan aku terpaksa failkan 5 orang dalam kelas tu. Ramai jugak aku terpaksa bagi markah kesian.

Lastly, admin panggil aku, dia sound aku kenapa aku failkan budak2 ni. "Kena tolong diorang, diorang budak scholar, kalau tak scholar nanti kena tarik.."

Aku pun passkan la. Dah arahan camtu...tapi aku buat atas dasar simpati. Cuma, dalam kes macam ni, aku rasa tak fair sebab courses are design to train and teach. Evaluation is done to grades and marks. Bila aku passkan budak2 tu, semua objective of learning dah tak dipedulikan.

Diorang takkan belajar, sebab diorang tau hidup diorang selama ni senang. Tak hantar kerja pun boleh pass?   Masa depan, tak buat kerja pun takpe la. Kesannya kau boleh lihat sekeliling kau sendiri....semalam, aku gi Secret Recipe, aku nak mintak kek, yg jaga kaunter boleh buat tak peduli sebab tengah FB kat fon. Kau pernah kena camtu dengan salesgirl Cina?

Golongan ni akan create satu imaginary safety net dalam mental diorang sebab; diorang tak pernah rasa gagal dan kegagalan diorang di-reward dengan kelulusan. Dah la belajar free...makan minum, hostel semua tanggung! Nak ke kelas pun jalan tak sampai 200 meter dari hostel.

Pada aku, elok ketuanan Melayu ni. Niat dia dah betul, cuma bila budak pangkat 3 dapat masuk IPTA dan budak bukan Melayu pangkat 1 tak dapat, sistem tu dah tak betul. Jika niat murni kerajaan dulu adalah untuk angkat martabat orang Melayu, tapi sekarang, hak orang Melayu adalah digunakan untuk selamatkan orang Melayu. We are rewarding failures.

Those are two very different things.Dan ini adalah satu benda yang orang Melayu semua kena take initiative. Kita kena belajar ada integriti Ada prinsip.

Orang Melayu sedang berada di satu crossroad. Kita dah terpecah dua. Tapi  berpecah ini perlu sementara ni, sebab kita kena decide masa depan kita. Nak buang atau tidak ketuanan Melayu? Mau atau tidak bersaing on same playing fields? Ada yang tak nak, sebab diorang suka apa yang diorang dah dapat. Ada yang nak, sebab yakin diorang boleh bersaing dan tak perlu pun kerajaan protect dia.

Selagi kita berada di persimpangan ni, selagi tu kita akan berpecah dan this is not a bad thing. Sebab proses memilih ni akan mengambil masa yang sangat lama. Kita berpecah tak ada masalah asalkan kita bersatu lawan penyelewengan. Jadi, kalau setakat  nak bersatu tapi benda salah pejam mata buat tak nampak, sebab takut Cina counter dan nak lebih gemar kekalkan kuasa melayu dgn cara busuk...takyah la bersatu.

Elok kita berpecah sekarang ni...aku pun tak nak la kerja dengan mamat poyo yang tak tau apa2 tapi sebab dia kuat bodek bos, dia cepat naik. Annoying orang2 camtu!

The problem bukannya division, problemnya pada aku, kalau kita semua pilih nak bersatu jadi Melayu totok, yang nak mengangkang tunggu bantuan dan yang tiap2 kali pilihanraya, tetap pilih BN sebab kita takut dengan orang Cina. Sokong Najib sebab dia bagi kita duit, tapi diri sendiri duduk dengan mak bapak sebab takut nak duduk dan berdikari sendiri.

...........

Sebagai penutup kepada satu minggu posting berkenaan racism, aku hanya nak bertanya beberapa soalan kepada anda semua

1. Jika anda Melayu ; sanggupkah anda melepaskan hak keistimewaan Melayu?

2. Apa sebenarnya keistimewaan yang anda dapat?

3. Adakah kita ready untuk bersaing dengan bangsa lain on the same level?

4. Jika anda rasa belum, berapa lama lagi sebelum kita ready?

5. Apa anda rasa jika kemasukan ke IPTA dipilih berdasarkan bangsa dan bukan kelayakan?

5. Berdasarkan kepada pemahaman agama anda, adakah boleh kita menidakkan hak seseorang yang layak hanya semata-mata anda nak menyelamatkan orang sebangsa anda?

6. Jika anda seorang Pro-Keistimewaan Melayu dan anda penyokong kepada Barack Obama, aku just nak tanya "What the hell are you doing?"

7. Cuba pegi Google sekarang, search image Google menggunakan keyword "Melayu."
Kelakar kan? Selamat tengok porn.

8. Kau nak tau satu benda....orang Filipina yang agamanya Kristian pun bangsa mereka Melayu. Bila diorang isi borang, dekat bahagian "bangsa" mereka pangkah "Malay." Sebab tu ada tersesat sorang dua kat sini hari2.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

typical malay..
smua nak hidup senang..
hak istimewa orang melayu mmbuatkan semua melayu jd Lemau..
Bangsa melayu yng mau hidup senang mengharapkan bantuan sahaja..
tak ada usaha.. tak ada sifat berdaya saing...Bangsa cina dan india maju ke hadapan..Bangsa melayu terus layu...
Islam hnya pada IC..Itulah bangsa melayu ku

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni pun aku kerja dengan company yang ramai Cina.. :) OK je..

Tekanan tu bagus bagi menguatkan kita dan selalu beringat dan tidak lalai..

Tanpa Nama berkata...

kolej mana kau keje nih Mantot?? Roomate aku dulu scholar gak, ada la satu sem dpt byk C terus kena gantung biasiswa dia, takde plak U suruh lecturer2 tu naikkan gred, next sem tpaksa pinjam2 duit dr makbapak n sedara.. tapi ok la dia pulun smpai dpt cgpa atas 3.5 baruler release balik scholar tu...

Tanpa Nama berkata...

Kat dunia boleh la nk selamatkan melayu..akhirat nnt..sendiri mau ingat la.

Tanpa Nama berkata...

mengencing lebih mamat ni. semua dia jadi. semua dia witnessed. cerita gedebak gedebuk pompompom meletup. aku agak ko ni ada keturunan paria kot. tu yang anti melayu sangat tu..

Mantot berkata...

Paraiyar or Parayar (in the past, anglicised as Pariah)[1] is a caste group found in the Indian state of Tamil Nadu and Kerala.

Mungkin betul kot aku keturunan Paria?

Ramai orang Kedah yang dtg dr Kerala ni dan aku org Kedah. Kalau kau rajin, tolong siasat.

Evagurl berkata...

fully agreed!
aku pernah berada dlm situasi di mana kena buat action research in group. semua group melayu. kerja nak tangguh. siap bleh gossip2 dlu sblm start discussion. bila paksa suh siapkan bhgian masing2 secepat mungkin, mulalah ckp ketua kump ni diktator la, strict la bagai. last2 dpt low marks, cina yg dpt high marks. tp syg diorg x di acknowledge pn sbb diorg cina. melayu yg 'kurang' performance tu plak yg slalu dpt peluang lebih.
tak aci sebenarnya.
kalau diberi peluang sama rata, aku rasa baru melayu semangat dan buka mata utk berusaha keras.
asyik kena spoonfeed je. bila nak maju

Tanpa Nama berkata...

Hahahah...pompompom meletop yg xthn tu?

Ko xpuas ati ngan mantot ke yg panggil pariah tu?

Atau ntah2 ko bdk nasyid pkai yg baju 3 piece, kasut but koboi, nyanyi cam ala2 prasan sedap yg penah tumpang umah mantot dlu? Hahah

-peugeot-

Tanpa Nama berkata...

Okay. Aku nak jwb soalan2 Mantot.

1. Ye, aku Melayu tapi aku Melayu-Brunei. [Suku kaum Brunei adalah bumiputera, kalau isi borang ke apa, kadang-kadang aku tick bumiputera, kadang-kadang aku tick Melayu. Lol] Mak aku org Perak dan ayah aku org Sabah. Dulu aku tak pergi ke sekolah kebangsaan tapi aku sekolah convent. Aku sedia melepaskan hak keistimewaan Melayu sebab aku dah terbiasa dengan persaingan yang aku hadapi sejak kecil dengan pelbagai suku kaum Sabah termasuklah Cina dan Inida. Persaingan mewujudkan situasi yang sihat dan sikap ingin terus memajukan diri serta keluar dari situasi 'selesa' thats mean you challenge yourself la.

2. Keistimewaan umumnya kita semua dh tau so aku skip ke soalan lain.

3. I think Melayu terbahagi kepada dua bahagian, yang tiada masalah untuk bersaing dan yang selesa dengan taraf hidupnya sekarang. So agak susah kategori yang kedua itu untuk bersedia bersaing tetapi jika kita ubah sikap, sifat bersaing ini boleh dipupuk. Biasanya majoriti Melayu kategori kedua ini adalah penyokong BN kerana mereka takut untuk menghadapi perubahan setelah dimomokkan dengan ancaman dan ugutan BN dlm isu 'orang cina' dan 'ketuanan melayu'.

4. Melayu kategori kedua (rujuk no. 3) secara mentally belum bersedia. Berapa lama lagi? Sekarang pun boleh! Kerana situasi yang tough boleh memaksa sesorang untuk berusaha, bersaing dan berubah!

5 (i) Kau ada dua nombor 5. Kemasukan ke IPTA dipilih berdasarkan bangsa, kita sudah boleh lihat realitinya sekarang. Kurang daya saing dan macam yang Mantot dah sebut dalam entri dia. Kebaikannya, bangsa akan terus maju dan diberi peluang. But still, aku rasakan sistem ini kurang bijak.

5 (ii). Tidak boleh.

6. I am not.

7. Hahaha. Aku dah lama tau benda ni. Ini menunjukkan tanggapan umum kepada bangsa Melayu. Sebab kenapa? Why? Jika kau banyak membaca buku ilmiah Islam, rakyat cenderung mengikut pemimpin. Ada banyak cerita pemerintahan khalifah2 dan kecenderungan khalifah tersebut biasanya rakyat akan contohi. Sejak era Mahathir (specific sejak Anwar dipecat), isu lucah tak pernah putus diketengahkan. Itulah realiti. Begitulah sekarang, Najib announce pasal Chinese Tsunami, ini menunjukkan dia racist. Dan ini amat bahaya kepada kita semua. Lari topik plak.

8. Tau.

Just my 2 cents. -Hana-

cewek.medusa berkata...

aku rasa student melayu ni tengok course jugak la mantot. pure science mostly berwibawa. engineering 50/50.
pengalaman aku ajar 3 sem subjek fizik kt ipta.. gaya pailang macam mana pun, depa ramai yg rajin & fokus. budak perempuan tak berani bukak bedak. mata msg2 sharp pandang aku, hilang ngantuk aku.
ko paria ke mantot? tak salah kn? 1malaysia ;D

Tanpa Nama berkata...

kedah? kerala? pariah?

dah lama dah dengar those words...sounds familiar, huh..?

-pompompom-

mecha_praline berkata...

tajuk macam tak syncronize dengan isi. actually bukan budak melayu jer suka pasal artis, bangsa lain pun ada cuma obvious pada melayu sebab dorang majoriti.

oh ya, bab malay supremacy aka ketuanan melayu nih, saya pun tak sure apa hak tersebut. boleh tak mantot buat satu entri hak ketuanan melayu tu apa dan senaraikan?

saya lahir dalam keluarga campuran. ayah melayu dan ibu cina hokkien. saya lebih kearah melayu sebab sekolah melayu dari kecil. tapi adik dan kakak skola sjkc so dorang lebih flexi dengan semua kaum. actually ramai warga malaysia yang kawin campur esp di sabah dan juga dibandar2 besar. so isu racist da tak relevan.

Tanpa Nama berkata...

Punca masalah terjadinya hal ni semua sebabnya satu je..org melayu kita kalah dari segala segi dgn bangsa cina, terutamanya ekonomi...
Kalau keadaan misalnya org melayu ekonominya duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi dengan bangsa lain, bagi aku atau org melayu lain tak kisah pon kalau PM org cina sekalipun..
Contoh paling mudah US tak kisah atau takot bila Obama jd Presiden sbb taraf ekonomi penduduk kulit putih lebih tinggi atau sama tinggi dengan kulit lain..
Sama halnya kita org melayu pon tak kisah n tak perlu lagi hak-hak istimewa yg nak di pertahankan..yg disebabkan hak-hak org melayu di pertahankan disebabkan bangsa kita sangat lemah..
Tapi masalahnya bila kita dipertuankan ,dan hak2 kita dipertahankan,bangsa kita menjadi sangat malas hinggakan terlampau mengharap bantuan dari kerajaan untuk apa sahaja..belajar tinggi2 keja dgn org n sampai situ jelah...nak naikan bangsa kita kena tiru bangsa yg berjaya...apa asasnya yg menjadikan drg bangsa yg maju?perniagaan adalah jawapannya..tapi itulah bangsa kita ramai yg nak berniaga tapi cepat putus asa..sekali lagi suka mengharapkan bantuan kerajaan untuk berniaga..takde usaha berdikari...lastnya keja makan gaji sampai tua, cukup2 makan lepastu bising sana sini...
Tapi sebagai org islam aku tetap mahukan PM aku berugama Islam...

Tanpa Nama berkata...

nak memulakan perniagaan selalunya kita perlukan bantuan kewangan.. jadi pertolongan dari kerajaan sgt2 membantu.
Ada seorang pelajar cina yang sedang buat degree di sebuah IPTA malaysia, yang saya nampak dia tiap2 hari main game je di foyer library, saya tanya lah.. u ni takda assigment ke exam ke main game tiap2 hari. dia kata, dia hanya nk ijazah saja, lps habis belajar, senang utk dia buat loan from China utk start business. saya pon taktau lah apasal saya share cerita ni.. maybe saya just rasa.. mereka boleh dpt bantuan dari negara China.. tapi kita nak mintak bantuan dari siapa kalau bukan badan2 kat dalam negara ni? entah lah.. ikut pandangan masing2..

Tanpa Nama berkata...

Penulis ini seorang yang berpelajaran Melayu atau Inggeris? Sangat keliru lah penulisan anda kerana bukan BAHASA MELAYU, bukan pula Bahasa Inggeris? saya sokong penulisan anda, cuma, anda telah kehilangan identiti diri, sesat dan tidak langsung peduli penulisan rojak ini sebenarnya mengurangkan keberkesanan kenyataan anda yang ingin disampaikan. I am a Chinese born and bred in Malaysia, studying SJKR Cina till UKM. All by my own effort as my parent passed away when I am young. I grow up, do bad thing, do go thing, learn some hard lesson and today, I retired at 47 years old. My last job was National sales Manager of an international company. I am 100% Chinese educated, but I have given lecture (ceramah)in ALL government hospital in Malaysia in FULL Bahasa Malaysia. If needed to, I can write here in Mandarin. What I trying to say is: All human (Malay, Chinese, Indian, Iban etc) are all the same, same red colored blood, but please be always aware of your identity - Malaysian. The language you used here just doesn't reflect Malaysian or sorry, Melayu! You are neither here nor there, but may looked "cool" or your bahasa campuran, glamour lah, tapi isi atau inti tak bernas!!

Tanpa Nama berkata...

Anonymous May 11, 2013 at 1:30:00 , kasi la link lu punya blog . Baru syok tengok orang bijak pandai punya gaya penulisan . Tolong jangan cakap tiada blog sebab awak kelihatan kurang satu markah berbanding mantot kihkihkih

sam zahri berkata...

Aku suka artikel ni sb aku pun mengajar kat IPTA so aku rasa apa yg kau rasa.

Btw, kau tak leh buat share kat twitter ke sbb aku aktif more kat situ than fb


-zahrisam-

Tanpa Nama berkata...

Sayangi selangor yakini bn!

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya bila kita diberi bantuan kita tak gunakan sebaiknya...contohnya bantuan perniagaan ...bila seseorg peserta layak menerima bantuan peralatan perniagaan dari mana2 badan berkanun, apa yg drg nak hanya kalau boleh tukar bantuan tersebut pada duit...

Saya tau sbb sy dpt beberapa permohonan dr bbrapa bdn2 berkanun mcm zakat ,mara dll untuk suply brg perniagaan pd peserta yg layak..kbyakan nak berunding dgn sy untuk tukar peralatan pada duit..padahal peralatan yg diberi tak memerlukan peserta sumbangan keluar duit pon..semua barang lengkap diberi tinggal nak niaga kan jee...

Zaman kita skang bniaga dah senang..tak perlu modal pon boleh niaga..nak tak nak je, cuma org melayu kita yg drg nampak ada modal besar br bleh niaga...kalau kita tak ubah cara pemikiran kita, nasib melayu akan jahanam selamanya...biarlah bersusah-susah sket untuk senang...bukan senang nak senang..jgn terlampau bergantung pada org lain...jgn ingat gaji 3 , 4 , atau 6 ribu dah ckup besar atau kita dh ckup puas hati dgn kerja makan gaji kita tu...

Kita kena sama2 bantu org melayu tingkatkan ekonomi sama level dgn bangsa lain..masa tu kita pon tak kisah bangsa mana pon nak teraju negara asalkan tidak meminggir kan islam...org cina kena bantu org melayu dlm ekonomi , jgn ada double standard pasal harga...saya tau banyak kes harga org melayu dgn cina tak sama..cina dgn cina harga murah sket...

Kita tak kisah mana2 bangsa mau jd PM dgn syarat org2 melayu mesti sama naik dlm ekonomi...tap cina ckp " haiya kita olang bukan takmau nolong pon, tapi lu olang melayu ....haiya susah mau cakap la...u olang sendri tau punya lah melayu macam mana"..

Drpada kita dok gaduh parti tu parti ni elok kita sama2 pikir n usaha untuk majukan lagi diri kita...dah sama2 maju confirm tak gaduh dah bab2 kaum ni...

wani berkata...

bebudak scholar yg tak perlu bayar untuk belajar pun tk brapa nk study sgt, nikan pulak nk mansuhkan PTPTN. agak2 ko la, brapa kegagalan budak2 dlm stu kelas nnti kalau smuanya dapat free aje..

opss terlbih sudaaa...

Tanpa Nama berkata...

Nak hapus malay supremacy mungkin kena berperingkat. Yelah nak cabut gigi org, kenala bagi gula ke askrim lepas tu.

Contoh, start dgn pendidikan.
Semua wajib sekolah di SK dan SMK. Tapi semua bangsa wajib tau bahasa ibunda masing2. Buatla kelas. Lepas tu,kemasukan ke universiti dibuat secara total merit.

Tapi ada chinese kata, u blh tgk mat rempit, mat pit dan segala mat mostly is product of national school. Hadoi..susah gak tu.

Tanpa Nama berkata...

aku mengaku. melayu memg malas. sebabnya memangla. kalau group discussion tu, kalau semua melayu, memg xde output. bagi aku kena balance la. tapi tu la, kita ni cepat sgt rasa selesa.

pasal PTPTN dan scholarship.

ala, x ketat sgtla scholarship kalau under JPA and MARA...ASALKAN JANGAN BAWAH 2.3 KOT KALAU UNTUK jpa. what the? aku rasa mostly boleh achieve ...bagi aku yg bayar hutang PTPTN tiap2 bulan, aku x mnyesal pon aku xdapat JPA. sebab aku taw aku guna duit ptptn tu buat apa.aku x kisah pon kena bayar ...cuma kalau boleh, intererst merepek2 mcm ah long tu, hapusla....itu pon dah cukup...ini, intererst mengalahakn along. naik tiap2 bulan... kalah ah long.

sebab aku taw duit PTPTN dulu, aku guna untuk bayar yuran, bagi ayah aku sebab time tu aayah aku susuah, nak bagi adik2 p sekolah, pastu aku guna awal sem p sogo..so, aku x kisah sebab aku bayar balik. dan ada je kawan2 aku yg dapat JPA buat benda yg sama. itu takpe, itu dia kena minta ampun dengan rakyat maalysia. pandai2 la cari kat 'sana' nanti.

Mrs.Critical Thinking berkata...

I like the number 3 statement for which Dr Mahathir also wrote in his book, 'The Malay Dilemma, 1970'.

He already highlighted all these things since 1970, but none are done by the Malays to improve themselves, again globally and financially.

Petikan dari Dr Mahatir yg sentiasa di fikiran ku:

"What the Malays can do, The Chinese can do too, but better & CHEAPER".

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

1. Aku sanggup lepaskan hak "istimewa" bumiputra. Dan orang-orang non bumiputra pun perlu bersetuju untuk tinggalkan SJK(C) dan SJK(T).

2. Aku dapat biasiswa mara. Tapi aku rasa hak istimewa ni tak menguntungkan bumiputra pun, banyak wang lesap masuk poket orang-orang tertentu yang berslogankan "melayu tolong melayu."

3. Aku tak fikir genetik menentukan daya saing. Tiap kali keluar berita "anak melayu boleh bersaing di peringkat global" aku rasa berita tu bodoh dan self degrading.

4. -

5. Aku percaya kpd semangat Malaysian Malaysia.

6. -

7. Nombor 7 ni soalan ke. Sial.

8. Ni pun sama.

Hang Li Po berkata...

pernah duduk sblh prmpuan ni 2 jam dalam lecture hall. selang 5 minit, tengok phone tengok self reflection, betulkan tudung, takpun check twitter.
org yang tengah struggle nk fokus ni pun dh susah nk fokus sbb terganggu dgn dia ni.
dia tu budak scholar, dan scene ni bukan berlaku di malaysia.
*dan sebenarnya ramai lagi orang yg mcm dia.