Mei 27, 2013

Kau Nak Makan Murah, Kenalah Makan Tempat Yang Kotor Sikit Kat Malaysia Ni

Dulu aku belajar Jepun. Dengan Cikgu Jepun. Dan Cikgu Jepun aku tiga orang adalah Cikgu yang paling

1. Menepati masa
2. Berdedikasi
3. Buat kerja betul-betul

Bukannya aku nak kata cikgu aku lain tak betul, cuma sangat2 obvious, 3 orang cikgu Jepun aku ni mengamalkan budaya yang sama. Perangai diorang sama, time management diorang sama dan yang paling jelas, speed diorang berjalan pun sama. Sangat laju!

Aku tak pernah ke Jepun tapi aku ada la dua tiga orang kawan yang belajar Jepun. Dan pengetahuan aku pasal Jepun banyak dibentuk oleh series Kamen Rider dan drama2 romantik Jepun yang satu masa dulu aku layan tiap2 hari. Apa yang obvious mengenai satu benda yang jelas dalam filem dan drama Jepun.....negara diorang sangatlah bersih.

Kenapa kita tak mampu macam tu padahal kita dah ada petunjuk, kebersihan adalah sebahagian daripada Iman?

Kadang-kadang bila aku gi makan, salah satu benda yang aku cukup takut buat adalah jenguk ke dalam dapur kedai makan. Dulu, aku tak particular sangat benda ni tapi lepas dah ada anak, aku akan jenguk dulu dapur diorang dan tengok gred apa diorang dapat dalam tahap kebersihan. Tapi selalunya, yang aku nampak, mesti ;

1. Lantai basah
2. Dinding berlumut
3. Lauk tak bertutup
4. Lalat penuh dan bergantung dengan dua tiga batang lilin nak halau
5. Ruang memasak ada tile-tile yang dah pecah

Lagipun, budaya kita ni seolah-olah tak mementingkan kebersihan sangat. Walaupun kita tengok ada sign "Dilarang merokok" tapi ramai yang tak peduli pasal larangan tu dan diorang akan teruskan merokok. Untuk tempat2 macam outdoor food court ni yang tak berapa berjaga, ashtray tak ada, habuk rokok akan diketuk sehingga penuh lantai. Walaupun kita Melayu, tapi kita tak peduli sangat pasal kebersihan kan?

Tapi orang Jepun, mereka nak merokok, mereka ada tempat khas diorang dan mesti ketuk dalam tong sampah. Budaya sama juga diaplikasikan di Singapore dengan agak berjaya. Tapi Malaysia? Kita boleh merokok di mana-mana. Semalam aku beli ayam kat pasar tani, tukang pemotong ayam tu mulut melekat rokok sambil potong ayam. What the hell?

Dan ironinya, beberapa minggu lepas, aku tengah bawak kereta dari Putrajaya melalui Persiaran Diplomatik. Depan aku, ada sebuah pick up truck kecik. Ada 4 orang dalam van tu. Ada tangan tengah hisap rokok. Seorang lagi tengah ketuk2 pintu guna jari. Bila berhenti dekat traffic light, ada bungkusan plastik di campak keluar. Dia pusing kanan. Ada logo Alam Flora dekat pintu depan dia.

Kalau petugas sendiri pun tak mampu nak membudayakan kebersihan, macam mana nak harapkan kebersihan jadi budaya kita? Kalau kau layan cerita Jepun, kadang2 memang terasa jugak sebab nampak betapa teraturnya negara diorang berbanding negara kita.

Tapi kalau aku compare kebersihan negara kita dengan Singapore, mesti akan ada yang kata "Itu negara kecik, kau tak reti bersyukur!" Kecik atau besar negara bukannya ada kaitan negara bersih atau kotor, kan?

Pedulikkan lah orang lain buat apa ye tak? Apa kata kita cuba berhenti hisap rokok dekat tempat makan awam, tak kiralah kau pelanggan, peruncit atau peniaga. Sebab aku rasa, majoriti tempat makan kita jadi kotor dan busuk, sebab rokok sebenarnya.

Sampai bila kita nak kekalkan budaya "nak makan murah, kena makan tempat kotor sikit." Betul kan?


42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku selalu harap orang yang merokok merata2 tu kena kanser paru2 satu hari nanti...aku cukup benci dengan perokok yang tak peduli orang lain

L berkata...

Macam kes Air Asia la. Bila kita marah, orang balas, "dah takde duet buat cara takde duet.dah bayar tiket murah, jangan expect layanan macam first class."

double standard.kalau tiket murah, bolehlah delay berjam2 tak payah mintak maaf kan.

Tanpa Nama berkata...

maka gunalah vapor...e-cig...muahaha...nikotin sampai 0mg pon boleh..habuk tiada, bau pun harummmm....

Tanpa Nama berkata...

dekat pi singapore aje la :) bersih sebab sape buang sampah kena tangkap kena denda..

Tanpa Nama berkata...

kalau tk suke duduk negara lain.. huhu

-thethinker- berkata...

kalau nak ikut sistem negara jepun , singapura , berhijrah le..

Tanpa Nama berkata...

xdak kena mengena dengan perokok la..lagi satu mind set kita dah terdidik dari kecik bab pengotor..sama jugak cam rokok..x pernah lagi la aku dengar kawan2 atau sedara mara aku yg sakit kerana rokok..arwah datuk aku pun sampai umur 86 tahun rokok sari 2 kotak,cerut lagi,meninggal pun sebab sakit tua..macam jugak dengan GANJA..itu x elok la ini x elok la walhal kat britain dan negara2 eropah lain digunakan sebagai ubat kemurungan sama jugak dengan AIR KETUM digunakan sebagai ubat kencing manis... dont judge a thing if you have not have an experience BODOH..

Mantot berkata...

ada sesiapa boleh terangkan, apa benda yang cuba ditulis oleh komen di atas ni?

Tanpa Nama berkata...

majoriti sakit. yg tak kena penyakit walau perokok tegar kira nasib dia baik la. nak dapat nasib baik bukan senang. mungkin dalam 1000 hanya sorang je nasib baik tak sakit. tapi org sekeliling yg dapat penyakit tu. yg isap ada filter. org sebelah sedut asap direct.

Tanpa Nama berkata...

Dia nak suruh untuk masa depan mana-mana parti tolong buat manifesto untuk menurunkan cukai rokok, kalau boleh janganlah ganggu orang nak menagih dadah.

Aku kalau bab saman-saman ni aku tak setuju kalau saman pakai duit. Aku lebih suka diberikan hukuman melakukan kerja sosial selama beberapa puluh jam sebagai pengajaran. Kalau asyik saman pakai duit sampai kesudah masalah kebersihan tak selesai. Tapi yang telalu kaya dan terlalu sibuk dia bolehlah nak pakai duit untuk tebus kerja sosial tapi tak kurang dari RM5,000 sejam... barulah dia fikir banyak kali nak buang sampah merata-rata.

Tanpa Nama berkata...

bersih ni kena mula dari rumah. aku tengok jiran2 aku la anak main kat luar kaki ayam je, pastu suka hati lari masuk umah tak cuci kaki dulu. aku memang tak suka budak tu datang rumah aku. patut kalo nak kencing pegi la jamban. dia datang rumah aku cakap nak kencing terus pancut je depan rumah. dah la kencing berdiri tak cuci pulak lagi. aku rasa nak lempang je budak tu. bukan kecik dah nak masuk sekolah pun. aku taktau la memang dididik camtu atau dia tengok org tua dia buat camtu.

Tanpa Nama berkata...

Anon May 27, 2013 at 3:48:00 PM GMT+8 adalah seorang yg genius.testimonial beliau mengatakan pelbagai racun dlm rokok boleh memanjangkan hayat sehingga 86 tahun dan tidak pernah dalam keluarga beliau yg keracunan akibat rokok.beliau juga mengesahkan bahawa ganja boleh digunakan sebagai ubat kemurungan dan air ketum boleh digunakan sebagai ubat kencing manis yang mana belum pernah data2 ini dicatit dalam mana2 buku perubatan mahupun buku teks sains sekolah.motto hidup beliau yg paling terkenal adalah 'dont judge a thing if you have not have an experience BODOH'

Irfa berkata...

paling ngok perokok yg penah aku lihat ialah

-dahla isap rokok di tpt awam,tak peduli keliling ada budak kecik.abuk rokok buh dlm gelas yg baru minum tu
igt itu bekas abuk rokok ke?

-isap rokok dgn cermin keta di tutup
agaknya membazir kot kalau asap tu keluar dr keta,dia nak sedut kesemua asap tu bagi cepat mmp*s

Tanpa Nama berkata...

lol.. perokok yg xfaham papan tanda yg plg aku xsuke. bkn suruh berhenti.
just jgn isap rokok kat kdai mkn jer.
tu pn mengelabah nk isap gak.

klau ckp bab fatwa kang lg lah xleh terima.. aku benci perokok yg xhirau org sekeliling. bajet best be bakar duit 500 sebulan. kaye nk mampos.

mummy_icha berkata...

Setuju. Kalau tempat bersih je, lauk sedap je, mesti mahaaaal sangat. Tp tak semestinya kalau mahal tu tempatnya bersih. Kadang kalau fikir nak mkn sedap dan murah, kena buang jauh2 expectation nak tempat bersih. Bkn aku sorg je kot. Byk tmpt kat mesia ni yg perlukan tong sampah, tp takde. Mcm mahal sgt kos beli tong sampah. Pastu org merokok merata2 mcm takde perasaan. Lg nyampah bila kita tgh bwk budak. Tp ada sesetgh parents tak kisah merosok pastu hembus depan muka anak. Ada sekali tu, gendong baby menyusu, sambil isap rokok sbb maknya tgh makan. Muka mcm educated tp stupid. Apa dibanggakan rokok tu. Ada sekali tegur encik tlg jgn merokok anak saya astma, dia blh pi reply, tau anak sakit takyah keluar tempat awam, dok rumah aje. Sakit ati je. Mcm dia sorg je yg byr cukai. Eh silap2 dia pun x byr cukai sbb sengkek! Sngapore is the best example of strict enforcement. Kagum bila tgk tong sampah lagi byk drp org dan tak jauh dr tong sampah sure ada je enforcement officer jd robot tgk org kot2 ada yg anggar undang2. Tp kalau ko bodoh pun, ko takkan buang sampah merata. Sbb tong sampah banyak der... (sori, emo pulak aku)

Prince of Noob berkata...

anon 3:48:00 PM tu baru lepas minum air ketum ke??? tulis cam orang mabuk hahahahahahaha

btw kalau nak cakap dari segi sikap, tak boleh compare sangat dengan orang jepun sebab dari dulu sampai sekarang kita akan nampak perbezaan yang sangat ketara dan perbezaan tu makin lama makin bertambah.

Tanpa Nama berkata...

Org msia dh ok skit..yg pengotor tu bkn org msia..yg x ikut undang2 pon kebanyakanya pendatang..

Tanpa Nama berkata...

berapa gulung dah kena bro??? takkan sorang sorang jer kena dam..

just azura! berkata...

Aku paling anti jenis buang sampah keluar tingkap kereta. Rokok pon same jugak. Dia sebnarnya ikot parents la.. Situasi mcm ni, mak nak buang kat mana sampah ni?, alah baung jelah kat situu.. Padahal kat sekolah anak dah belajar buang sampah kat tong sampah.. Tapi kat tempat awam mak suruh buang kat mana mana disukai.. Cano? Sampai ke tualaa buang sampah sesuka hati.. Umah flat lagilaa.. Campak depan lif tak pun dalam lif.. Punyelah MALAS....

Abenawe MacNeil berkata...

anon 3:48:00 PM :

daun ketum dengan daun ganja (cannabis) adalah berbeza..

so jangan jadi bodoh dan samakan benda yg obviously lain..

dan sebagai seorang pengamal perubatan, aku nak cakap jgn assume laa benda yg ko tak tau atau just baca kat internet aje..cuba ko bak mai hospital mana kat Britian & negara2 eropah (eh bukan Britian tak trmasuk dlm negara eropah ke??) yg gunakan ganja@cannabis dlm medical useage?

tak ada. setan.

setau aku America's FDA & New England Journal Medicine ada bahas ttg kmungkinan nk guna cannabinol (ekstrak ganja) dlm merawat kemurungan, TAPI tak ada klinikal data yg betul2 sah & high chance psakit develop ketagihan..

oh bila pulak daun ketum guna utk rawat kencing manis?

dont judge a thing if you have not have an experience BODOH

skulluv berkata...

sangat betul bro.

Tanpa Nama berkata...

anon daun ketum ni...memang dah mebunuh tanggapan aku yang pembaca blog adalah orang yang open mindanya.banyak membaca kan terbuka minda. tapi dia ni rajin membaca. rajin mengomen. tapi xtau la, sebab ego ke, terasa ke, last skali dia pilih untuk nampak bodoh jugak.

taknak orang judge thing if dont hv experience tp dia yg trus assume bnda based on satu sumber jer trus jump into conclusion, sama la tu.

Aku syak dia ni orang yg pernah kena sound ngan aku kat kedai makan dulu sebab merokok.haha

Unknown berkata...

Terasa.hahaha.tapi aku bukan pengotor.mmg kadang trasa sakit ati ble tgk org isap rkok suke2 dia je.even ak as perokok pon patuh klu ad pat2 lrangan mrkok.ak rela isap dalam kete pas tu gne kn kotak rkok 2 as ashtray.yang daun ketum 2.agk weird dia punye komen.hahaha

Tanpa Nama berkata...

Belum cerita bab jamban lagi.....

Tanpa Nama berkata...

Aku ada tabiat pelik. Aku abaikan kebersihan kat rumah. Tapi bab2 harta awam/kelakuan di tempat awam, aku sedikit sensitif. Sebab tempat awam tu bukan aku sorang je guna. To the extent au kutip sampah di tempat awam kot! Haha. Tapi tidak dirumah. Kalau aku sanggup duduk dengan bilik besepah, aku ok je, asalkan x ganggu orang.

Mesti ada yg nak kata aku riak an?

Tanpa Nama berkata...

Hasil beri IC kepada lanun Sulu

Tanpa Nama berkata...

anonymous May 27, 2013 at 10:27:00 PM GMT+8.. kter smer.. aku pon mcm tu jgak..

Tanpa Nama berkata...

bersih itu dituntut..

Master Yoda berkata...

"xdak kena mengena dengan perokok la..lagi satu mind set kita dah terdidik dari kecik bab pengotor..sama jugak cam rokok..x pernah lagi la aku dengar kawan2 atau sedara mara aku yg sakit kerana rokok..arwah datuk aku pun sampai umur 86 tahun rokok sari 2 kotak,cerut lagi,meninggal pun sebab sakit tua..macam jugak dengan GANJA..itu x elok la ini x elok la walhal kat britain dan negara2 eropah lain digunakan sebagai ubat kemurungan sama jugak dengan AIR KETUM digunakan sebagai ubat kencing manis... dont judge a thing if you have not have an experience BODOH.."

peh, tunjukkan kat gua satu bukti saintifik tuk prove statement lu bro...

cth:

1. medical check up report arwah atuk lu ke atau lu punye ke, yg details ler, bukan yg simple...

2. blood test result ke...

kompius gak gua dgr statement ala2 fantasi doraemon ni

Tanpa Nama berkata...

Ini pasal merokok ker pasal kebersihan ni???

By the way, aku slalu rasa mungkin sebab effect rokok tu dah lambat sangat, sebab tu orang x kisah sangat, al maklumlah orang kita kalau tiada immediate effect, so dia assume semuanya ok.

Contoh mcm kes air asia tu.


Mungkin pas ni kalau ada yang cipta rokok, sekali hisap sebatang jer terus sakit jantung masuk ICU. Barula xde sapa berani hisap kot

Tanpa Nama berkata...

suka dengan entry ni.mentality manusia memang tak sama.fikir logikla.sampah buang la dalam tong sampah.buang sampah rata-rata sesuke hati mesti orang pengotor.gerai makan memang toksah cakap la.kotor.cubalah amalkan kedai makan yang bersih sikit.bukan gerai je,kadang-kadang restoran mahal pun sama.belum lagi masuk bab public toilet sesetengah tempat.kotor.Teksi pun sama.ada yang memang busuk sangat sampai nak muntah bau.tapi ada jugak yang teksi bersih tapi 10:3 tak banyak.yang banyakknye teksi uzur.kalau uzur takpe,kasilah bersih sikit.adui..sampai bilalah nak macamni.takde improvement.

Tanpa Nama berkata...

Tot,

lu start tgk drama cintan jepun yang mana 1? gua start dgn Beautiful life,circa 97-98. selain story line, gua perati satu2 fashion, environment, life diorang. gua heran sebab as Asian, we living in totally different life style. maybe sebab dalam kehidupan budak2 jepun, 3tahun pertama dorang disekolah takde exam, hanya diajar tentang moral dan attitude, tu yang sampah sekecil pembalut gula2 pun dorang sanggup simpan dalam poket instead buang merata.correct me if i'm wrong.

Anon air ketum tu yang glamer dalam fb jadi raja nusantara kot yang juga digelar raja air ketum...
hahaha

adam berkata...

orang paling bangang abadi dalam dunia, hisap rokok depan anak kita. bila kita tegur anak saya ni ada asthma or ada sakit yg takleh hidup asap banyak, dia balas balik..."kalau taknak kena asap, duduk rumah diam2"


aku harap keturunan dia semua ada penyakit tu....supaya dia terseksa sebab duduk rmh aje tak boleh keluar sbb kat luar banyak asap. bongok bongok bongok.

wan kc berkata...

macamana negara dan bangsa nak maju.. bila orang kasi idea yang baik dari negara lain.. ada pulak suara2 suruh berhijrah ke negara tu pulak.. tak nak ambik iktibar dan teladan pun...
sapa tak suka komen ni.. saya cadangkan anda meninggalkan dunia ni..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih yer Mantot.

Memang perokok di Malaysia ni sememangnya pentingkan diri. merokok dalam toilet, merokok sambil masak, merokok tunggu order makanan sampai, merokok sambil bawa kete.Even kat kawasan surau or masjid.Di mana2.Dan selalunya org yang merokok ni kurang menjaga kebersihan, selfish dan tidak mengambil berat tentang orang lain. Pengalaman duduk di 2 negara orang kafir di mana perokok2 merokok di tempat yang disediakan membuatkan saya tertanya2, ke mana kah kita mempraktikkan ajaran Islam kita? Utk Anon May 27, 2013 at 3:48:00 PM GMT+8, di UK org yang hisap ganja (kita dapat tahu melalui bau) adalah mat2 lepak/homeless atau setara dgnnya. mungkin mereka stress?wallahua'lam.

f1f12003

Minah Karan berkata...

nice lah mantot.


ada auntie cina, very old, cakap sama aku, "itu olang buang sampah melata-lata aaa..tapi lumah sendili mau belesih... cuba pelegi buang sampah lalam lumah dia.. apa dia cakap..."

aku speechless.
sebab aku baru je juih plastik asam masin yang aku koyak kat hujung dengan gigi...

Tanpa Nama berkata...

Haha nice gila. Amek kau. Kat hospital tu berlambak orang kena lung cancer sbb smoking. As early as 25 years old pun ada.

Tanpa Nama berkata...

Aku suke bace entry ni hahaha..

Tot, 1st drama jepun aku layan yg takuya kimura belakon tu tajuk engine.

Aku isap rokok. Tp kat kedai, klo ade bdk kecik dkt aku, aku x isap. Klo gi kdai yg x open air, aku x isap. Klo isap aku mesti nk ashtray. Kat umah pon aku x isap sbb aku ade anak dgn bini. Aku x nk fmly aku skt sbb aku yg isap rokok.

Bai

Tanpa Nama berkata...

budak2 je komen pasal rokok ni.

Tanpa Nama berkata...

Ntahnye..bodo gile komen.xleh diterima akal

Fara Abdul berkata...

nak tunggu melayu keseluruhan berubah sampai bila? kenapa tidak kita sendiri je berubah?
contoh:

jika saya seorang perokok, saya akan buang habuk rokok di ashtray yg disediakan wpun diberi tin kosong oleh pekedai. jika xde bekas, saya akan cari tong sampah yg sesuai.

jika saya seorang peniaga makanan tepi jalan/ outdoor food court, saya akan pastikan kebersihan kedai dan makanan saya sama seperti di rumah sendiri.

jika saya seorang pelanggan, saya tidak akan mempertaruhkan perut saya makan di tempat kotor. saya akan membantu pekedai kurang2 x jentik habuk rokok merata, x buang sampah sesuka hati dll.

Tanpa Nama berkata...

ayah aku isap rokok, tp time dia isap mmg aku sound ar suruh ayah aku isap kat luar, lagi2 time pregnant n ada anak kecik. kalau dlm keta, suruh ayah aku abehkan dulu rokok baru naik keta. time2 ayah aku tido aku sorokkan rokok dia, tak pun patahkan sbb dia mmg tak isap tanpa filter, nak nasihat kata rokok bahaya mmg tak dengar, dah tua kan..umor 80+ ..asbab panjang umo krn dia rajin sedekah. duit tak lekat di tangan, mengalir cam air.. bukan untuk dia pun, untuk orang lain, untuk dia hanya makan n rokok je.. point utama nak bagitau pasal rokok je..so didiklah anak supaya jauhi kerajaan yang kaut cukai banyak sbb rokok..

p/s: bangsa kita tak leh jadi bangsa maju sbb kita dah ada wangsa maju..

-anyonyonyonyonya