Apa nak jadi dengan Malaysia ni?
Politik kita memang tak matured langsung. Nak kata kita semua majoriti Atheist, kita Islam. Nak kata kita ni penyembah api, kita Muslim. Tapi politik kita tak mencerminkan langsung yang kita ni Islam majoritinya.
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Saiful Bukhari telah melakukan sumpah di depan Kaabah untuk meyakinkan orang ramai yang Anwar liwat dia. Satu, masalah paling bodo yang dia buat adalah bersumpah depan Kaabah. Dik, kalau kau yakin kau benar, doa depan Kaabah mintak Tuhan berikan petunjuk dan yakin dengan Hari Pembalasan...ni tidak, kau carik peluang buat benda yang tah sapa la ajar kau buat. Nombor dua, dia bersumpah depan Kaabah dan dia rekodkan dalam video, kemudian adakan press conference.
Nampak benar tujuan dia apa? Tujuan dia nak membuatkan kita semua percaya yang Anwar peliwat. OK, fine. Katakanlah Anwar peliwat...jadi, kalau benda tu berlaku secara suka sama suka seperti yang diceritakan dalam mahkamah, tapi Saiful tak pernah mengaku walaupun Karpal Singh banyak kali tanya dia "liwat itu atas mutual consent atau tidak?"....kau nak apa lagi dengan kau punya pengakuan sumpah?
Apa dah jadi dengan politik kita ni?
Timing kemunculan si Saiful dahi hitam ni selalunya mesti dekat2 PRU. Kemudian mulut dia sebut untuk membersihkan nama dia. Tak ke berlaku kontradiksi kat situ? Kau nak bersihkan nama kau, kau boleh buat hujung tahun lepas, dua bulan lepas, pada awal tahun baru....tapi sekarang? Kenapa? Kalau benar nak menyelamatkan masyarakat, janganlah lidah tu bercabang2, ya?
Sekarang ni, kempen pilihanraya kita bukan sekadar cuba menjual dasar dan manifesto, malah menjual skandal dan kebanyakan orang kita yang majoritinya penuh kepala dengan gosip2 artis amat gemar lah benda2 camni, even semenjak aku belajar baca buku2 politik dari zaman SH Alattas menulis dulu2 benda2 skandal adalah isu yang tidak boleh dipisahkan oleh politik. Rahim Tambi Chik rogol budak. Najib kantoi dengan artis dekat Port Dickson. Anwar liwat semua orang lelaki yang dia jumpa.
Aku tak suka betul politik macam ni. Aku nak compare tengok mana bawak faedah dekat negara. Aku nak pilih pihak mana yang berani bentang manifesto dia dan terus dengar opinion public on the spot. Aku wish aku dapat tengok dua pemimpin kanan berlawanan hujah, bukan berlawanan siapa menjubor siapa.
Tapi dah politik Malaysia macam tu. Jadi, kita layankan saja. Bukak mindset, lupakan semangat kepartian sekejap. Dah berapa lama aku try convince orang jangan percaya dengan rumours yang tak konkrit sebab benda tu salah ikut agama tapi ada aje yang tak nak dengar jadi, jom kita jadi Ultra Melayu sekejap.
Apa beza Melayu dengan Ultra Melayu? Ultra Melayu adalah orang yang percaya aje semua bullshit tanpa ada usaha nak carik benda betul dan benda salah. Sebagai seorang Ultra Melayu, katakanlah, semua skandal yang kita dengar adalah betul dan kita duduk dalam Malaysia di mana semua skandal yang kita dengar adalah sahih, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Jadi, di satu sudut, kita ada seorang calon PM, yang pernah ditangkap basah di Port Dickson. Lantaran daripada itu, beberapa orang pegawai agama di Jabatan Agama Negeri Sembilan telah ditukarkan ke tempat lain. Isteri dia pulak mengamuk tak ingat sehinggalah sampai sekarang, isteri dia adalah ketua kepada keluarganya. Kedua-dua mereka pula telah berkomplot dengan seorang kawan rapat mereka yang telah terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene dan mengakibatkan suami isteri tersebut terpaksa mengeluarkan arahan kepada dua anggota polis supaya mengebom Altantuya Shaaribu, gadis Mongolia yang dilaporkan teman wanita calon PM kita kerana dah tak tahan diganggu permintaan komisen kapal selam.
Sehingga sekarang, bapa Altantuya masih lagi merayu supaya pembunuh anaknya dijatuhkan hukuman tetapi malangnya hanya dua orang anggota polis telah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Altantuya tanpa motif kerana Tuan Hakim kata, motif pembunuhan tidak penting. Ketika ini, beliau sedang ditekan hebat oleh orang kanannya dan jika beliau gagal mendapatkan kembali majoriti 2/3, sudah pasti akan berlaku peralihan kuasa dalam UMNO. OLeh yang demikian, kita boleh lihat wajah beliau terpampang di mana-mana saja supaya orang ramai mengundi bukan sekadar memilih kerajaan malah mengundi untuk menyelamatkan karier politik beliau.
Di satu sudut lain, calon PM kita adalah seorang biseksual. Telah pun diketahui meliwat hampir 5 orang lelaki (Sukma,Azizan, Munaweer, Saiful, budak Sabah...ada yang kata Rafizi Ramli sekali) dan juga dilaporkan sebagai seorang pelanggan China Doll yang setia. Beliau melakukan semua ini kerana terlalu gilakan jawatan PM dan sanggup mengajak keluarganya supaya bersubahat dengannya sekali. Isterinya dilaporkan telah menulis 18 pucuk surat kepada Mahathir Mohamad untuk meluahkan perasaan malahan diceritakan, Wan Azizah telahpun menampar Anwar setelah diberitahu mengenai kisah homoseksualnya.
Beliau juga amat gemarkan seks dengan wanita sehingga telah menggoda isteri pembantunya, Shamsidar Taharin dan kesan daripada hubungan itu, dilaporkan salah seorang anak Azmin Ali adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Berita terbaru mengatakan, mangsa paling kacak antara semua, Saiful Bukhari telahpun melakukan sumpah laknat di depan Kaabah untuk menyelamatkan Malaysia daripada melantik seorang Perdana Menteri Biseksual kerana jika bersumpah di depan Kaabah, orang Melayu lebih yakin dan percaya agaknya. Sehingga sekarang, beliau telahpun menggunakan khidmat menantunya, suami kepada Nurul Izzah untuk menjadi chauffeur membawa beliau layan China Doll. Ketika ceramah, walaupun biskesual, beliau masih gemar mengeluarkan hujah2 berbentuk keagamaan.
Sebagai seorang Ultra Melayu, pilih seorang. Kau nak si biseksual atau kau nak pembunuh? Atau kau mahu dengar apa hujah kukuh kedua2 pihak untuk mengetahui apa perancangan mereka kepada negara kita? Dalam mimpi aku, ye, itu yang aku nak tapi jika ini adalah first step ke arah demokrasi yang lebih baik, aku akan accept dan layan hujah berbentuk skandal yang tak membantu. Sebab ini Malaysia, bukan alam fantasi. Debat bukan budaya kita. Skandal adalah budaya kita.
Benda yang paling susah kepada majoriti kita sekarang adalah memilih antara dua pihak. Perasaan tidak tahu mana satu nak dipilih mampu membuatkan siapa2 jadi gila sebab kita tak tahu, kan? Aku try permudahkan dan senangkan pilihan kau. Aku pilih si biseksual. Sebab masa depan Malaysia bawah BN dah terbukti penuh dengan golongan bangsawan yang suka bila orang ramai berebut ambik beras yang dicampak dari atas lori dan suka bila ramai orang yang bergantung dengan diorang untuk hidup.
Jadi pilih, pihak gila seks atau pihak pembunuh?
Berikan alasan kau.

28 ulasan:
dua-dua pun aku tak suka. ada calon lain tak? yg track record bersih pasif pulak. lebih sesuai jadi follower daripada leader. yg berani2 ni banyak sisi gelap pulak. dah tu nak sokong sape.
aku kalau boleh nk pemimpin yg hafal sume surah Al-Quran.
ok peminpin y hafal semua surah Al-Quran tp die bisex/gay...y sorg lg plak pembunuh y x reti nk beza kn jenis2 najis....mari2 memilih....
Hadi awang a..layak tak?
Punya lah ramai makhluk Allah kat bumi Mesia nih,kita masih tak mampu pilih yang terbaek kan...sedey!
Seorang pembunuh dan seorang biseksual lol..
Pada aku PM ni driver je.. bawak negara ni kemana.. Nak driver Mafia pembunuh kejam atau Nak driver biseksual yang meliwat semua lelaki dan wanita yang dia nak lol..
Kedua-dua driver ni sama ensem.. lol..
yang kita tak nampak ialah duit yang masuk dalam poket Driver ni.. Skill memandu driver ni.. nak bawak kereta kita macamana.. dan samaada kereta kita sampai ke destinasi atau tak.. yea dedua mungkin sama tapi mana lebih selesa.. mana lebih menakutkan..
pilihan saya, dah saya luahkan di blog..
walaupun kalau betul anwar tu gay...tapi aku respek dia sebab masih ada idea untuk perbaiki ekonomi rakyat..dan negara..memang betul dulu dia DALAM UMNO sama jekkk.. tapi mungkin sebab dia duduk dalam penjara ..terkurung..membuatnya terfikir ..untuk berubah dan mengubah malaysia ni..jahat dia kita x tahu dan pasti tapi idea dia boleh pakai...dan dia berani pertahan kan idea dia..belum pernah aku tengok dalam politik malaysia.. cina , india ,melayu duduk kat rumput dalam hujan dengar ceramah dia..sebab dia ada visi..jom bagi peluang..kalau dia gagal 5 athun lagi undi bn pulak..
jom ubah...ini kalilah dan berkali-kalilah!!
ehh..ada sepekara lagi..aku pilih pemimpin ..dengan tengok keluarganya..kalau dia boleh buat anak bini pakai tudung ..hidup sederhana..(x nampak nurul izzah ngan wan azizah pakai branded atau emas bergayut2 padahal dia mampu )..x mabuk.. maka bolehlah dia pimpin negara..kalau x boleh pimpin keluarga..x payahla jadi pemimpin..aku tahu bukan senang nak didik anak dan isteri..
selain pemimpin,think tank nya juga amat memainkan peranan.
spe ckp pemimpin yg rekod bersih putih jer, korang salah..dalam politik takkan ada rekod yg bersih..kalau orang jenis geng surau,baik tahap mana pun, bila dah masuk politik, orang akan korek cerita lama,buruk pasal dia..walhal waktu kecik2 dia makan buah jambu jiran pun akan dilabel besar2 dia ni pencuri waktu mudanya... kemudian datang pulak fitnah2 lain yg akan merosakkan imej dia..kalau masuk politik,memang akan jadi camni,tambah2 politik kat malaysia
Dalam kes liwat yang Pertama dia tidak di penjara kan sebab tuduhan meliwat (ada 17 tuduhan semuanya kalau tak silap). Dia di penjara kan 6 tahun atas tuduhan ke 2 iaitu kalau tak silap menganggu siasatan. Kan dia TPM. Lepas 6 tahun, Kerajaan tiada sebab menahan nya dan masa itu hakim membuat keputusan bahawa tuduhan pertama iaitu meliwat didapati tidak bersalah. Kalau sabit kesalahan meliwat hukuman nya ialah 20 tahun penjara. Tak perlulah kes liwat 2 dengan Saiful yang didapati tak bersalah juga. Dan ketiga dengan Dato Trio video sex dimana mereka didenda oleh mahkamah.
boleh tak lantik sultan kelantan jadi PM...hohoho
Susah jugak nak buat pilihan. aku tak mahu memilih orang yg tahu nak menkayakan kroninya shj, kemudian aku tak nak pilih org yg terang2 tak mahu tunjukkan dia sbg pemimpin islam..yang mana ini merujuk kepd pemimpin BN.
Sekurang2nya Anwar yang orang kata biseksual...pi meilwat sana meliwat sini tu, hanya Allah dan mangsa serta dirinya shj yang tahu apa yang terjadi. Kita tak tahu benar atau tidak...Tapi secara terangnya yang ktia tahu dia mempunyai idea, mempunyai salahsilah keluarga yang baik...Kita nampak anak ister menutup aurat. (YANG KITA NAMPAK)
Kalau Najib ( YANG KITA NAMPAK) terang-terangnya, halalkan segala konsert dan perkara2 yang menuju ke arah maksiat, halalkan isteri sendiri berpeluk sakan dengan orang lain, sah-sah tidak menuntut anak isteri menutup aurat...bangga pulak lagi adalah. Kita dah nampak benda tu semua...
YANG KITA TAK NAMPAK...hanya Pemimpin itu sendiri dan Allah shj yang tahu.
Saya memilih PAS...tapi harus akur, PKR memerintah!
Biseksual pun, biseksual lah..sekurang2nya dia blh bimbing anak isteri dia menutup aurat..dpd si pembunuh yg penakut..jgn kata nak imamkan solat, jenis2 najis pun tak reti...
DSAI tu sebenarnya berjuang demi keadilan dan kebebasan..kalau kerana wang dan harta rasa nya tak perlu sebab duit dan harta dia dah banyak ( menang kes saman utusan dan sbg nya)
kita kena fikir untuk apa dia nak susah payah untuk rakyat..sama juga dgn Karpal,LKS,LGE,TGH Hadi,TGN Aziz, Dato Nizar dll. adakah kita nak pilih calon BN berjuang kerana nak buat harta,komisen,projek dsbg nya?
pembunuh dan peliwat.. plg teruk pemfitnah. semoga Allah sentiasa melindungi negara kita
video saiful kat mekah tu tarikh tahun lepas bulan april 2012, kenapa 3 4 hari sebelum hari pengundian baru nak keluarkan? nampak sangat itu adalah senjata terakhir BN untuk memancing undi di saat2 akhir ini.
apa2 pun MASANYA TELAH TIBA!!!
"INI KALI LAH!" atau "LAIN KALI LAH!", mana satu yang anda pilih???
Buat pilihan cepat di sini.
Saya tetap dengan pendirian saya sejak 1998..saya pilih PAKATAN RAKYAT.Sebagai bekas penjawat awam,
banyak yang kami tahu.
Saya sokong pndpt amy...saya juga bekas penjawat awam yg prnh bertugas di bahagian bajet.. Org kewangan tau mana duit mengalir selama ni.. Selamatkan malaysia!! Mereka.ni terlalu angkuh sbb trlalu lama disinggahsana... Tahun ni tahun pertama mengundi.. Ini kali lah!!!
~rin1982~
debat bukan budaya kita my ass
tiap2 tahun ada pertandingan debat piala perdana menteri... phuiiih lah najib
PM biseksual atau pakar letupan eh? Mestilah biseksual. hahaha. Aku ambik dari point artikel la eh bkn personal matter. Kalau PM aku biseksual, masalah buangan bayi dah takde masalah dah! hahaha. Hubungan sejenis mesti diluluskan punya. hahaha. Itu masalah sosial je. Dia gila seks? Apa masalah? Itu dia punya masalah dengan rakyatlah! Rakyat kita suka menilai seseorang tu macam mana. Sibuk jaga tepi kain orang buat apa? Kain sendiri ada jagakah? Janji ekonomi jangan kacau dan hak rakyat terjaga. Dia nak liwat manusia ke, binatang ke, apa ke. Kisah pulak aku! hahahaha! Kalau PM aku kaki letupkan, hahahaha! Payahlah lepas ni nak tegur dia secara peribadi. Silap-silap kita diletupkan dia. Tak ke parah tu? hahaha! Jumlah kematian makin meningkat seiring dengan jumlah buangan bayi pn meningkat! hahahaha! Nanti-nanti dia tak puas hati pasal PRU13 ni ke habis dia letup Putrajaya. hahaha! Dah sama mcm kes Khir Toyo dah. Bakar-bakar dokumen kerajaan tapi ini tak. Dia letup je. Terus hilang semua tinggal abu je. HAHAHAHA!
Aku sokong anon atas ni. ^
Kali inilah...2008 dulu X pasti. Kali ini pasti. Aku nak rasa jd haiwan kpd lain Tuan.
Drp,
RYSMHP
Sbb dia xnk org bodoh cm ko tertipu mantot.hahahahahaha.. Politik x matang.. Ko pnye entry xhbis2 psl rosmah.matang sgt yer dak..?
Mampu? Funny
Hahahaha kadang2 apa yg kita baca tu tak semua betul. Hujah biar bersama fakta. Kalau dah terang terang dok penipu nampak berat sebelah buat apa lagi kan. Politik kotor. Money is the root to all evil. Memang betul lah pepatah ni, nak tengok orang tu mcm mana, cuba bagi dia kuasa. Buatlah research, media sekarang dah sah sah berat sebelah. Salah satu pihak mesti ada yang kena fitnah. Tak takut Allah kot (bagi org islam yg fitnah tu).
Macam ni lah, masaing2 ada pendapat masing2. Pilihan yg dibuat berbalik pada pendirian masing2. Kalau takutkan Allah, tak jadi macam ni aih, ni semua sebab takutkan dunia.
Semoga semuanya diberikan pencerahan. Ubah kepada arah yg lebih baik. In shaa Allah.
pembunuh dan peliwat.. plg teruk pemfitnah. semoga Allah sentiasa melindungi negara kita...
SOKONG!
Catat Ulasan