Masalah utama orang Melayu ketika ini, atas kesan pencucian otak dan bermacam lagi dakyah yang kita tak tau betul atau tidak bakal melahirkan orang yang tah hapa-hapa. Orang yang tah hapa-hapa pada aku adalah orang2 yang menentang penggunaan nama Allah mati-matian....tapi dia tak lengkap fardhu ain dia. Orang Melayu yang ada sekarang tidak tahu apa bezanya Melayu dan apa bezanya orang Islam. Tidak ada jurang antara kedua-dua benda tu sehinggakan ada yang jadi seperti contoh di bawah. Ini salah satu antara komen yang banyak aku terima bila aku pertikaikan mengenai "Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969."
hahaha..aku xtau cmne la gnerasi melayu zaman skrg neh...menidakkan sesuatu yg mmg wujud..aku xterlalu percaya pasal ilmu2 neh..tpi aku just percaya dgn kuasa tuhan apa2 bole jadi.pasal perang jepon,ko xtau baik ko ddk syp2..xpyh nk JADI BEST!....perang zaman jepun bukan setekat parang terbang,macam2 ada..smua nya berasaskn ilmu alquran.kalo x mne dtg nye lagenda pahlawan2 melayu spt dato bahaman,tok siak.dan lain2..dorg ada ilmu islam yg kira nya lbh tggi dari ko yg otak kosong.hanya nama pasal islam tapi xmenghayati apa itu islam dan segala isi alquran..tu la jadi nye.bodoh xbertempat...tau memekak je..jepun sndri pernah akui kes parang terbang mase bperang...lagi 1..siapa kata masa berperang Nabi x guna ayat2 alquran..kalo x mana datg nya askar2 malaikat..tu semua atas izin Allah..len kali habeskn khatam n tafsir alquran.baru cakap..ko yg komen mnjatuhkn mlyu ni layan dpnggl melayu lembap!
Satu ; Jangan samakan kita dengan Nabi. Dua ; Kalau itu adalah ayat orang yang betul2 memahami Islam, jelas benar kenapa Injil berkuasa solar pun ramai dah takut menggelabah Melayu murtad.
"Atas izin Allah..Atas izin Allah...." itu ajelah ayat yang aku dengar tiap2 kali cerita pasal parang 13 Mei ni. Taksub betul orang Melayu nak membuktikan parang tu betul2 wujud.
Aku bukan nak menidakkan kuasa Tuhan mampu buat sesuatu yang mustahil ; dah Dia Allah..dia yang cipta aku. Tapi aku hanya menidakkan yang Tuhan akan tolong kita bunuh orang Cina atas sebab Parti Perikatan hilang majoriti masa pilihanraya. Parti Perikatan boleh dikatakan mengalami kemerosotan yang agak besar dalam jumlah kerusi malah buat pertama kalinya mereka hilang 2/3. Lagipun....PAS juga menang besar ketika itu.
Kau nampak tak apa yang tak betulnya kat situ?Parti perikatan hilang kuasa majoriti. "Cina berarak. Melayu merusuh.........Allah tolong?"
Ada sesuatu yang tak betul kat situ. Dengan kuasa Allah, Perikatan tidak kalah tapi prestasi menjunam teruk. Mesti ada sesuatu yang membuatkan separuh dari semua pengundi vote pembangkang ketika itu. Tapi orang Melayu disogokkan dengan kisah parang terbang 13 Mei 1969, pasal kisah penyapu, pasal kisah Lim Kit Siang dan bermacam-macam lagilah sehingga hilang judgment waras mereka.
Aku Islam. Ilmu aku tak tinggi. Tapi aku tau, untuk jadi Islam yang baik, kita ada dua perkara kena buat. Rukun Iman dan Rukun Islam. Apa rukun Iman? Percaya dengan Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Qada' Qadar dan Hari Kiamat. Rukun Islam ada 5, syahadah, solat,zakat, haji dan puasa. Tapi orang Melayu seperti orang yang aku quotekan komen dia, selalu letakkan bab-bab Melayu dalam Islam ni mixed up.
"Apa kau tak percaya parang terbang 13 Mei? Kau layak dibunuh! Kau murtad bangsa! Kau pengkhianat!"
Bila masa pulak "Percaya kepada parang terbang 13 Mei" adalah satu rukun Iman? Suka hati aku la nak percaya atau tidak sebab aku tak wajib percaya benda tu jadi kalau kau betul2 perjuangkan Islam, kau perlu terima yang ada orang tak percaya dengan benda2 camtu. Adakah aku nampak Allah? Tak nampak. Wajib aku percaya? Wajib. Malaikat ada kat bahu aku, wajib aku percaya. Parang terbang aku tak pernah nampak...tapi jangan la kau wajibkan semua orang Melayu percaya benda tu.
Itu bukan perangai orang Islam. Itu perangai orang Melayu. Janganlah wajibkan aku percaya satu benda yang tah betul entah tidak. Semuanya datang dari mulut orang aje.
Kita boleh tengok sendiri ; ramai yang berapi2 memperjuangkan agama menentang Kristian. Aku tidak ada masalah langsung kalau diorang nak menyebarkan Kristian sebab pada aku itu adalah salah satu bentuk godaan yang umat Islam kena tempuh. Penyebaran agama adalah satu perlumbaan marathon. Bukannya peperangan. Jika kita takut dengan pengaruh diorang, kita kena persiapkan dulu diri kita sendiri. Dan sebagai orang Islam, kita memang dah ditakdirkan, kita adalah orang yang paling vulnerable dan paling banyak akan tempuh dugaan kat dunia ni. Dah memang itulah tujuan kita hidup ni, kan?
Mana lagi best...makan rasuah atau tolak rasuah?
Itu la dugaan kita.
Cuba tanya diri kau sendiri, kat mana diri kau? Adakah kau cukup ilmu untuk lawan pengaruh Kristian? Majoriti kita tak layak lagi nak berdebat benda2 camni sebab ilmu kita, kecik aje. Kita sepatutnya biarkan mereka2 yang lebih tahu mengenai benda ni berhujah, termasuklah Menteri2 kita yang aku rasa lebih baik jangan politikkan benda ni.
Tapi apa yang kita boleh buat?
Ada pelbagai cara nak menegakkan agama. Allah takde pun mewajibkan kita perjuangkan nama Dia melalui demonstrasi pelbagai. Apa yang Dia minta dengan kita, hanyalah dua perkara utama, rukun Iman dan rukun Islam. Tak cukup "Islamkah" kita kalau kita hanya amal dua benda tu?
Kalau kau pembaca apa yang aku tulis, aku rasa majoriti korang sama aje macam aku. Fardhu ain sendiri kita tau terkapai-kapai dan aku sure korang semua tau, fardhu ain adalah benda wajib. Memperjuangkan nama Allah ni, aku tak nak masuk campur. Aku tak layak sebab aku still tak setel lagi potongan zakat aku yang dok bertangguh berapa lama. Subuh kadang2 miss dan Isyak kadang2 aku terlelap.
Jadi, kepada orang Melayu....sebelum kau nak memperjuangkan yang Allah memang tolong orang Melayu masa 13 Mei 1969 dan kita perlu pertahankan nama Allah dari serangan pihak2 lain, tanya diri sendiri, bab2 wajib kau macam mana? Itu la part yang Dia akan nilai. Bukannya kau percaya atau tidak parang terbang ni.
Katakanlah, kau percaya mati-matian ada parang terbang masa 13 Mei 1969 dan Allah memang tolong orang Melayu masa tu...tapi sebenarnya semua tu dongeng, macam mana bang? Kalau lebih teruk lagi, kau percaya itu kuasa Allah tapi itu sebenarnya pertolongan makhluk ghaib yang tak sepatutnya kita mintak tolong dia. Untuk lebih selamat pada aku la, aku stick with the basic. Allah itu Satu, Rasul itu Muhammad, Malaikat ada tugas2 dia, Qada' dan Qadar itu betul tersurat dan akan ada hari pembalasan.
Sebab aku takut aku terpercaya benda tahyul.
Dan kau pun sepatutnya begitu.
Kenapa perlu confusekan diri dengan pelbagai benda lain yang kau sendiri tak tau hujung punca dia? Itulah dia masalah Melayu dan Islam. Kita tidak punya barrier yang mengasingkan kepercayaan orang Melayu dengan nilai Islam, sehinggakan ada sesetengah orang sudah tidak dapat membezakan mana satu Melayu dan mana satu Islam.
Yang paling jelas dan membuatkan aku tertawa kadang2....kenapa semua orang yang percaya wujudnya parang terbang 13 Mei memberikan komen2 yang berbentuk ugutan,makian dan cacian? Mana nilai Islamnya? Ada orang Islam tak setuju dengan kau, kau kafirkan dia. Malah ada yang ugut aku dengan itu ini. Ini orang yang pejuang Islam?
Yang lebih kelakar lagi....ada yang kata parang terbang tu wujud kerana kezaliman. Memang ada kezaliman berlaku tapi aku tak nak cerita hari ni, esok kot..tapi aku ulang lagi sekali, hakikatnya, Parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang ni, hilang 2/3 kerusi pada pilihanraya tersebut. That's the fact dan mesti ada sebab kenapa. Bacalah sendiri. Carilah sendiri sebab isu itu jarang disebut setiap kali isu perkauman dimainkan.
Fakta ringkas adalah begini, semua yang komen berapi2 mengenai parang terbang tak pernah tengok parang terbang depan mata sendiri, betul? Itu tahun 1969...di mana tak ada internet dan tak ada alat komunikasi instant. Masa Bersih 3 hari tu, polis mati2 percaya ada anggota diorang mati kena belasah dengan peserta perhimpunan membuatkan ramai naik minyak. Itu dalam zaman teknologi dah canggih ni bang! Bayangkan tahun 1969!
Kau tengok sendiri sekarang, tengok orang Melayu kita yang terumbang-ambing kadang2 dalam bab basic sendiri. Sebab kita terlalu taksub dengan benda2 yang kita tak tau benar atau tidak sehinggakan core Islam tu sendiri kita lupakan. Ada dua yang kita perlu percaya benar, rukun Iman dan rukun Islam.
Kalau kita adalah bersaudara seagama, kenapa orang Melayu terbahagi kepada "percaya dengan parang terbang" dan "skeptikal dengan parang terbang" padahal kita semua sebenarnya hanya perlu percaya yang Tuhan kita sama?
Ni lah masalah Melayu. Parang terbang, percaya tapi zakat tak bayar.

31 ulasan:
Aku dah 'murtad' melayu lama dah...anda bila lagi..??
Aku dah 'murtad' melayu lama dah...anda bila lagi..??
lu ni mantot,tak payah nak pertikaikan lagi la kenapa ramai melayu perangai macam tu.
melayu ni memang dah dilahirkan untuk menjadi bangsa yang taksub,dengki mendengki dan pantang ditegur.
kalau takde 3 perkara ni,hilang la melayu didunia ni.
Salam..
Pergh... power beb.
Aku pn cam ko. xpecaye sebenarnya.
just citer mulut ke mulut dr org tua².
Cerita kehebatan Melayu mistik ni kadang menjadikan Melayu lupa diri dan dan agama Islam.. mungkin pada zaman itu ilmu itu bukan la Islam pun yang pasti kemungkinan besar adalah pertolongan Jin.. sebab pada zaman dulu orang banyak mengamalkan ilmu mistik dan sihir..
Aku pernah dengar cerita ni tapi aku tak tahu sejauh mana kebenaran sebab yang bercerita hanya bercerita atas cerita tidak menceritakan pengalaman sebenar beliau.. :) maknanya ianya hanya rumors..
Sama juga pasal cerita tentang plot dan propaganda sebenar 13 Mei dulu yang mana sekumpulan penonton di pangung wayang di Kl yang di kumpulkan dan dibunuh bagi "mewujudkan" keganasan 13 mei..
cerita perkauman suatu yang sangat berguna dan laku suatu masa dulu tapi sekarang selepas kita bercampur majmuk tak berapa laku.. walaubagaimana pun masih boleh diguna pakai dalam mempengaruhi sebeilangan yang masih terperap dalam kelompok perkauaman tak kira la Melayu Cina India atau apa..
salam
pasal kes "parang terbang" ni, aku nak bawak satu view..
refer kes ni:-
http://en.wikipedia.org/wiki/ADE_651
syarikat oversea ATSC UK ni jual satu detector tiruan yang dikatakan boleh kesan bomb, walhal sebenarnya alat ni asalnya pengesan bola golf, tapi syarikat ni "sembang kuat" kata alat ni boleh guna detect bomb bagai..
negara pembeli alat ni kebanyakannya negara Islam, Iraq beli bendalah ni sampai 80 juta USD..banyak kes2 bom berani mati di Iraq adalah sebab kegagalan pihak berkuasa kesan bom semasa pemeriksaan.
kenapa bleh jadi lagu ni? sebab orang islam duk sibuk pikiaq benda2 macam parang terbang, alam halus/ghaib ni semua daripada belajar knowledge yang ada depan mata.
alam halus tu mmg wujud, tapi Islam tak suruh kaji sangat alam halus sangat pasal manusia ada potential utk mendalami ilmu lebih bagus dari makhluk halus. refer surah An- Naml ayat 38-40...
Negara2 Islam yang beli alat bogus ni:- Iraq, Bahrain,Pakistan, Lebanon, Bangladesh, India, Iran, Qatar, Tunisia, Saudi Arabia, Syria, the United Arab Emirates.
kesian bila tengok orang Islam jadi lagu ni..
Salam. Aku nak tambah sikit.
Arwah ayah aku seorang pesilat, pakcik aku juga pesilat, dan pakcik aku adalah bekas perajurit yang bertempur di Sarawak time Konfrontasi.
Aku familiar dengan hujah2 pasal khasiat ayat Quran dan kaitannya dengan benda2 ni. (makrifat, isim, ilmu pijak lalang dan mcm mcm)
Dan kebanyakan pakcik2, geng2 pesilat ni generasi mereka...diorang tak berapa nak turunkan sangat ilmu2 mcm ni kepada ahli keluarga (termasuk ayah aku/pakcik aku).
Alasan yang aku biasa terima dari diorang ialah ilmu ni tak menolong diorang dari segi sosioekonomi, diorang lebih favour anak2 mereka belajar ilmu2 akademik yang boleh tolong sosioekonomi keluarga.
tak caya boleh tanya pengamal2 silat yang hidup zaman 70/80-an. (zaman NEP/zaman org stat keluar kampung pergi ke bandar)
Tak cukup "Islamkah" kita kalau kita hanya amal dua benda tu?
tak, mmg tak cukup.islam more than that
Kpd anon di atas,
Boleh terangkan tak apa yang tak cukup?
Orang yang takut pada Allah, tak takut pada apa-apa.
Orang yang tak takut pada Allah, dia takut pada banyak perkara.
Kalau takut pada Allah, kita buat apa yang diperintah, jauhi apa yang dilarang.
Simple je. Org skrg suke nk kompleks sesuatu perkara.
-anonee-
org tua-tua kampung aku di daerah pendang kalau dengar orang masuk Islam dia akan cakap;
"ooo... dah masuk melayu"!! lol
majoriti yg anggap melayu itu islam dan islam itu melayu, aku yakin depa tu cuma terperap dalam kampung. tak pernah ke luar negara. so jadi laa melayu jumud :)
ps: macai umno rela IDRIS JALA jadi PM sebab nama dia melayu w/pun dia kristian :)
mungkin ini "lagenda parang terbang" urban legend bermula
https://www.youtube.com/watch?v=Am-HBYLXuSY
40tahun dulu,ada la satu mamat x mau org tau muka dia(mcm sekarang ni bakar bendera tp tutup muka).dia baling je parang tu.sbb besi dulu2 bagus,x mcm besi sekarang,ia berat.jd secara x sengaja tepat la kena si mangsa yg malang.mati la dia.
oleh sbb byk penyokong gerombolan x sekolah(mcm la sekarang),lagenda itupun tercipta.the rest is history my friends.
Apa yang aku nampak lah, mantot ni bagus. kalau fakta dia mmg mcm org fikir dlm pnya. based on facts not emotion. dan dia fikir situasi org lain juga. ok. ckup puji mantot. jom pikir jap. Melayu = Islam? kenapa tanggapan masyarakat malaysia mcm ni tak kira melayu, cina atau india? Islam punya ciri-ciri tkde pn dkt bangsa melayu ni. Melainkan, melayu tu dh lama menganuti agama Islam tu sendiri smpai orang melayu tu dh disamakan dgn Islam tu sendiri. Yang tak best nya, orang melayu yang beragama Islam tp fasikh sgt perangai dia yg bawa imej buruk dkt Islam tu sendiri. Jadi dkt sini dia jd mcm ikutan tau. Sini nk ckp, yang melayu tu tak teruk pun. kau sendiri yang buat dia jadi teruk(lihat:jahat). Melayu tu elok sebenarnya sifat dia klau kita smua dpt buang penyakit-berjangkit bangsa ni;hasad-dengki,tamak,malas dan 1001 masalah harus kita buang yg negatif dlm diri melayu itu. Sini aku nmpk mantot mcm nk basuh org melayu yg terlampau 'rigid' sgt pemikiran dia. terlampau taksub dan tak boleh nk ubah apa cara sekali pn. Aku bkn apa, sedih bangsa aku sendiri maki-hamun sebangsa dia. bkn setakat blog ni. Pemimpin aku sendiri pn nk kafir-mengkafirkan bangsa dia sendiri. Apa ni kan? tak eloklah. kira betullah apa yg diajarkan oleh bapak aku. "semua salah pemimpin!" dan aku kira statement ni betul la. Org bawah tiru gaya org atas. mcm kita dlm keluarga, nk dpt anak yg bagus dan elok kena start dari bapak dia dulu sbb bapak dia yg akan didik dia. baik atau elok perangai bdk tu depend mcm ne dia didik anak dia. didik ala kadar, mmg hasil dia pn ala kadar la. asal boleh. aku risau kita ni melayu gaduh atas satu dasar yg bodoh tp bangsa lain tgk ketawa kan kita. tak ke terasa bodoh bangsa melayu ni? aku tak nak jadi mcm arab.
Melayu ni bagus la cuma orang perasan dia melayu yang teruk.. cuba tengok mamak perasan melayu ada cina perasan melayu ada orang asli perasan melayu mereka ni yang buat melayu ajdi teruk.. lol.. Mahathir Mohammad keturunan India pun terlampau Melayu hahaha.. Bila orang yang bukan asalnya melayu perasan melayu ni jadi rasa semacam semangat keracisannye..
bagus tot. basic tu penting itu adalah asas.
tot, rukun iman dan rukun islam tu sapa yg cipta?
PAS itu parti politik..
PAS BUKAN ISLAM, DAN ISLAM BUKAN PAS..
Enuf said..
Lawan PAS, TIDAK BERMAKSUD Lawan ISLAM.
Lawan PAS --> Lawan Parti Politik.
Tp ada orang kata PAS memperjuangkan Islam (cara PAS)??
Memperjuangkan tidak bermaksud sentiasa BENAR. Di akhir zaman nanti ada 77 golongan kesemuanya, tiada sesiapa boleh CONFIRM kan.. PENYOKONG PAS, PKR, BN merupakan golongan yg terpilih berbanding 77 golongan tadi.
Premisnya hanya 1,
PAS = PARTI POLITIK
PAS BUKAN ISLAM
ISLAM BUKAN PAS!
NOKTAH.
islam itu bukan utk melayu arab cina omputeh atau puak yang mana mengaku islam tu dia punya islam segalanya dari awal sampai akhir dari atas atau dari bawah segalanya islam didalam tu lah saja beza antara islam dan bukan islam sebesar zarah pun bukan hak kamu segalanya dia yang empunya silaplah kamu mengaku ada hak atas diri kamu siapa yang tahu nak mati disembelih semua tak mau tapi allah dah memilih redha je
Ala tak kira apapun period ke enough ke full stop ke apa..
Ala kalau HATI tu takda kat Islam tak payah la cakap pasal ISLAM sakitkan HATI sendiri aje..
Baik sokong UMNO MCA MIC tu atau DAP PKR atau sesiapa aje la asal takda kaitan dengan Islam..BOleh la berhibur dan buat maksiat sesuka hati..
Tak payah la nak senangkan hati dengan kata PAS parti politik ke apa bukan Islam ke apa.. Sebab perlembagaan PAS nak ajdi ahli PAS kena ISLAM.. Kalau orang yang mengagotai Parti PAS tak laksanakan apa ikut syariat ISlam memang dah lari dari perlembagaan parti dan parti PAS seharusnya diharamkan..
Kalau hati nak hiburan nak kuasa taknak dikonkong Islam cakap je la terus terang.. Aku pun manusia aku pun ada nafsu.. Nafsu aku pun suka maksiat suka tengok perempuan lawa cun suka tgk orang menari-nari apa etc.. susah dan amat malas nak laksanakan ibadah.. Tak Payah la nak bagi banyak alasan..
Yeala kalau taknak Islam cakap je la terus terang takyah corner sana corner sini..
Kalau nak laksanakan Islam separuh separuh pun cakap je.. kenapa nak takut..
Yea sokong BN dan UMNO adalah parti yang jelas terus terang tak mahu laksanakan hudud hukum hudud tak relevan.. Supaya boleh kaw tim dengan bangsa dan agama lain.. boleh dapat komisen dan hidup mewah.. ala bangsawan..
hidup di dunia ni sekejap je jadi gunakan dengan sepenuhnya mencari kekayan dan kemewahan didunia..
X lawaknya... said...
Premis tu sama le ngan premis mantot;
Melayu.. X semestinya Islam..
Islam... X semestinya Melayu..
Sedangkan senario kat malaysia ni...
Kalau seseorang itu ISLAM... dia AUTOMATIC jadi melayu (Kalau dlm IC masih bangsa asal pun, tetap rumpun melayu da anggap dia sebahagian dari melayu contohnya P.M. Dr. Ridwan Tee Abdullah. Dia mmg cina. Tp rumpun melayu da anggap dia sebangsa kerana faktor agama. Dia pun membela bangsa melayu sehabis-habisnya walaupun dia cina. X sama ngan Mantot!)...
dan 95% melayu or mungkin lebih di Malaysia ini adalah beragama Islam...
+ bukan PAS je bela ISLAM. BN pun bela ISLAM gak. Tujuan sama, mungkin cara je berbeza.
+ Bab2 hiburan, bangsa lain nak berhibur.. yang Ko or anak2 ko ikut berhibur sama sapa suruh??? Buat konsert bersepah2... tapi puak2 yg kutuk2 BN la juga memenuhi ruang konsert tu. Kalau ramai2 tak g Concert tu, pastu penganjur rugi. Lama2 tak der la nak buat concert dah!
+ Jangan salahkan orang lain atas KELEMAHAN diri sendiri derr...
Duk laa melalak pasal HUKUM HUDUD...
Tolong berguru dgn org yang arif dulu tentang hukum hudud ni e.g. Ustaz Wan Ji Wan Husin or PM Dr MAZA.
Pastu minta dia jelas kan bila dan apakah method yg sesuai nak laksanakan hukum hudud di Malaysia. Minta dia jelaskan sejelas-jelasnya.
Pastu tanya dia, pernah tak dia hantar kertas kerja kajian, cadangan dan perlaksanaan tentang cara melaksanakan hukum hudud pada kerajaan PAS kelantan?? Dan pernah tak dia "offer diri dia" untk membantu kelantan melaksanakan hukum hudud sekaligus memberi pemahaman pada kerajaan Pusat??
Paling best... Tanya dia.. Apa reply kerajaan PAS KELANTAN?
-TQ-
Aku join BN dari atas sampai akar umbi aku juga join PR dari atas sampai akar umbi..
kedua-duanya lebih kurang aje manusia nye ada baik ada buruk..
Tapi mengikut hati dan otak aku buat masa ini aku pilih PR..
BN lebih banyak buruk yang aku tengok dari PR bukan bermakna PR ni bersih suci.. tidak.
Tapi buat masa ni lebih baik dari BN.
Pasal hudud ke Islam ke apa tu tangungjawab pemimpin nak corner ke nak laksanakan ke idak ke apa nanti JAWAB kat AKHIRAT. Buat masa ini elok bagi peluang kat PAS tengok apadia boleh buat kalau jadi pemerintah yang selama ini BN harap PAS nak buat.. yang kondem sangat kata PAS tak BOLEH LAKSANAKAN HUDUD.. kalau jadi parti pemerintah aku nak tengok PAS ni boleh tak laksanakan HUDUD at least kat Kelantan..
Dah jadi parti pemerintah menguasai pusat PAS takda alasan lagi nak kata PUSAT halang macam etc.
Pasal UMNO dan perjuangan Melayu pun banyak dah menyeleweng.. Malas nak cakap kalau nak tahu korang korek sendiri kat pejabat tanah kat tanah rezab Melayu.. dan macam-macam lagi yang telah diseleweng.. Pergi carik maklumat jangan ditipu oleh pemimpin korang..
Tak kira la UMNO ke PAS ke PKR ke atau sapa saja.. ada je malaun yang tak boleh diharap menyeleweng dan mempergunakan kuasa demi kepentingan depa.. sangup mempergunakan agama asalkan mereka dapat apa mereka nak..
Bagi aku BN yang merosakkan melayu. Noktah, siapa pun yang memperjuangkan Islam, aku akan sokong walaupun bukan PAS.
BN memperjuangkan Islam ka? Semlm ada gelombang BIRU mai penang siap bwk artis2 nak menghiburkan anak muda. apa ni wei. aku tgk PAS ngn PR ja dok sibuk buat solat hajat nak mohon kemenangan, yg BN kalut dok bwk artis turun hiburkan org kampung. Negara kita akan hancur disebabkan Allah murka sbb kita menolak Islam atau amik Islam separuh2.
BN perjuangkan kalimah Allah tapi membenarkan org mempelekehkan hukum Allah. Allah tak suruh kita pertahankan kalimah semata2 Allah suruh kita tegakkan syiarnya. Drama melayu penuh peluk2 pegang sana sini, tanpa rasa berdoasa, sampai bila mantot benda ni nak berlarutan.
Semoga kita menjadi melayu Islam, bukannya melayu tapi Islamnya entah di mana
Haha btol! Aku sokong ko
Terbaek.. aku agree...
"Ni lah masalah Melayu. Parang terbang, percaya tapi zakat tak bayar."
Yang ni buat aku gelak kuat2...
Melayu itu Islam tetapi bukan semuanya Islam. Ada yang murtad, keluar Islam atau free thinker. Just saying.
kali pertama sy nampak view yg sgt baik di kalangan org melayu.
why islam malaysia larang christian pakai nama '' allah ''??? sbb org islam malaysia itu sangat bodoh dan tak tau baca al quran sbb itulah org islam malaysia berani fitnah org christian
Kenapa ye...?
Tajuk diatas....
Jahil murakkab namanya...
Catat Ulasan