Mei 08, 2013

Dua Perkara Pelik Pada Aku Mengenai PRU 13

Aku tak tau kalau ada penipuan berlaku masa pilihanraya sebab aku tak nampak apa yang jadi, membuatkan aku tak nak komen. Tapi aku hanya nak komen pasal dua benda yang aku pelik dan meragukan pada aku.

1. Pangkah pakai pensil

Aku ada baca penyokong2 kerajaan kata "mana ada orang pangkah undi pakai pensil! Itu semua membohong! Fitnah pembangkang!" Pelik aku.

Aku dengan secara jujur dan ikhlas memberitahu korang kat sini, aku pangkah undi aku pakai pensil. Aku ada bawak pen aku sendiri tapi sebab aku takut tak diterima (tak sama warna ke, aku tak nak undi aku rosak) jadi aku pakai aje la pensil yang ada. Pelik memang ada waktu aku pangkah, tapi memandangkan aku rasa selamat dan yakin ada ketelusan SPR kat situ, aku pakai aje la pensil tu.

Tapi bila aku balik rumah, aku baca balik pasal kes ni, aku jumpa artikel ni.

PETALING JAYA: For the first time in Malaysian electoral history, voters will be using ballpoint pens instead of pencils to mark the ballot papers. Election Commission deputy chairman Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar said this was part of the initiative to improve the electoral process and remove unnecessary doubts.

“Critics had in the past claimed that pencil marks could be erased. “Now that we will be using pen, no one can make such wild allegations any more,” he said. (Link Asal)


Silap aku jugak tak voice benda ni hari tu tapi sebab sebenarnya aku tak berapa clear pasal isu ni. Aku expect SPR tak silap benda2 camni tapi nampaknya,  ada jugak kesilapan kecil yang berlaku. Memang la SPR bergantung dengan penjawat awam dan sukarelawan, tapi dalam menjamin integriti undi tiap2 orang dan even SPR sendiri usaha nak yakinkan orang yang voting is honestly held, ini sesuatu yang aku rasa amat memalukan SPR.

2. Sidang Media Pengerusi SPR Pada Hari Mengundi

Ada sesiapa tengok sidang media live Pengerusi SPR dekat TV3 jam 1:30 camtu, hari mengundi tu? Kan ada dalam tu dia tunjukkan jari dia yang dah berdakwat dan dia claim, ingat ni, secara langsung, depan semua penonton, yang dia dah try cuci jari dia pakai sabun Protex dan dia akui ada keluar warna biru dakwat tu..tapi dengan berlagaknya, dia tunjukkan jari dia masih lagi jelas kekal dakwat tu melekat kat situ.

Tak ke bullshit nya benda tu?

Sebab aku, mak aku, nenek aku, bapak tiri aku, sepupu aku, makcik aku semuanya hilang lepas mengundi. Ada yang melekat kat pintu kereta masa bukak, aku minum air siap dakwat cair dan menitik jatuh dalam milo ais aku. What the hell kata kering dalam dalam beberapa saat dan tidak akan luntur untuk 5 hari?

Bukan masalahnya dakwat itu useless lepas tamat hari mengundi tu, itu asalan Pengerusi SPR  tapi isunya di sini adalah kalau senang benar nak tanggalkan dakwat tu, pasti akan wujud kemungkinan orang datang mengundi kemudian balik basuh dan mengundi lagi sekali. Ada tak kemungkinan tu wujud wahai pengerusi SPR? Memang ada dan SPR sepatutnya jadi super fair. Tak ada orang suka tengok bola kalau dah dia dah tau referee akan berat sebelah.

Yang kelakarnya, jari Najib pun bersih licin dalam TV malam dia announce yang Rosmah Mansor telah memacu BN ke arah kemenangan PRU13..... eh, kata dakwat  kekal 5 hari?

3. About The Gerrymandering and All The Baggage That It Brought Upon Us

SPR, kalau kau nak aku memandang kau dengan integriti, please usulkan persempadanan semula kepada Parlimen dan pastikan agihan penduduk menjadi lebih setara dan tidak ada kerusi2 mudah untuk dimenangi oleh sesetengah parti terpilih. Macam mana nilai 30 ribu undi boleh sama dengan 100 ribu undi? Tak sama.

Kalau suara 30 ribu adalah sama nilai dengan 100 ribu, itu maknanya ada suara sesetengah orang tak dipedulikan. Kerusi2 mudah dengan jumlah pengundi yang sikit....kebanyakannya dimenangi oleh sebuah parti sahaja...

4. UMNO Dah Bersuara Ajak PAS Bergabung

Ada 7 tujuh dosa PAS. PAS adalah parti ajaran sesat. Ahli PAS ni majoriti murtad. Berlagak alim, serban tak lekang tapi gila seks. Sebab tu aku pelik UMNO nak bersatu pulak.

Takpelah, biarlah PAS bersama2 dengan bukan UMNO, PAS memang layak bekerjasama dengan Kafir Laknat DAP aje. Lagipun, PAS ada 7 dosa besar ikut kata Mahathir. Biarlah PAS menyucikan diri terlebih dahulu. Masuk UMNO nanti, kotorla UMNO. Sayang kalau jadi camtu. Lagipun, aku takut kalau PAS bergabung dengan UMNO, nanti PAS dah tak buat lagi konsert2 hiburan dan digantikan dengan acara solat hajat yang selalu UMNO anjurkan.

5. Himpunan Malam Ni..

.......pada aku takyah join. The time is not right. Tapi ni pandangan peribadi aku la.

Kita perlu tunggu dulu kes ni dibawak ke mahkamah kalau aduan 21 hari ke SPR tak jalan dan kita tengok apa result dia dulu. Kalau betul bukti kukuh tapi mahkamah buat tak nampak, kita ke jalanan semula. Perhimpunan Bersih dah nampak kesan dia. Orang makin lama makin pandai dan sedar.

UMNO menang kerusi, tapi majoriti orang dah start tolak diorang. BN is degrading day by day, tengok sendiri pada pemimpin dia dan tengok sendiri pada penyokong dia. The educated one in UMNO is decreasing day by day sehinggakan aku percaya, diorang akan terpaksa ambik Khairy Jamaluddin yang sangat dibenci oleh segelintir orang UMNO jadi Menteri atau Timbalan...sebab the voters are expecting somebody macam Khairy sebagai Menteri...dan bukannya orang yang tahapnya politician kampung lagi.

Siapa lagi orang dalam UMNO yang cukup pandai nak berdebate ada?
Saifuddin Abdullah dah kalah, tinggal Khairy sorang aje la.

Apa yang Anwar sedang push ketika ini adalah dia cuba nak percepatkan kejatuhan BN sebab dia tau he is running out of time. Biarkan dia. Kalau nasib dia dapat jadi PM, dia akan jadi. Aku takde masalah. Cuma, hati-hati jangan jadikan orang ramai "extremist Anwar Ibrahim."

Dan kepada Anwar Ibrahim, kau dah jadi legend Malaysia. Tak payah jadi PM pun tak apa. Aku akan ajar anak2 aku pasal kau dan aku akan cerita dengan diorang semua benda pasal kau supaya diorang sendiri belajar menilai pemerintah ni. Dan just to be fair, aku akan cerita pasal Najib dekat anak aku jugak. Dia orang kaya, tak pernah susah, dia bagi duit dekat orang ramai, dia jual konsep 1Malaysia, bini dia bulat tak pakai tudung suka pakai handbag beratus2, aku tak tau kenapa dia jadi PM aku dan aku merasakan malam kemenangan PRU13, dia telah menunjukkan yang konsep 1Malaysia is just marketing bullshit untuk kekalkan kuasa.  Dia tak ikhlas sebenarnya. (adakah aku bermimpi mengharapkan ada pemimpin yang ebtul2 ikhlas memimpin?)

Biarlah anak aku compare sendiri. Adakah cerita aku akan biased? Ya, cerita aku akan biased tapi itu bukan bermakna apa aku tulis pasal Najib tu tak betul, kan?

Sekarang ni balaci2 UMNO tengah panas hati. Polis pun dah pesan dan aku sure ada ramai jugak anggota polis yang nak jadi pejuang Melayu dan hentak penyokong2 pembangkang ni.

Inilah masanya kita belajar when to stay back dan when to go out. Sekarang adalah waktu untuk duduk diam seketika. UMNO sedang bergolak cuma kita tak nampak. Jangan korbankan diri kerana politician. Korbankan diri for the nation and religion.

Senang cerita, aku bukan balaci Anwar Ibrahim tapi aku still acknowledge yang Anwar Ibrahim dah liberatekan political view aku. Untuk itu, aku ucap terima kasih sebab menyedarkan aku yang satu masa seorang macai UMNO tegar, kita ada pilihan selain daripada Barisan Nasional.


5. Satu soalan..

Kau pangkah pakai pen atau pensil masa pilihanraya?

107 ulasan:

hoya berkata...

Aku try nak share link ni kat FB tapi tak boleh..... http://chedet.cc/?p=190#more-190 RACISM AND 2008 ELECTIONS...klu PRU 2008....mahathir claim salah Pak Lah...takkan PRU 2013 mahathir claim CINA plak

Shahrul Yusof berkata...

Pakai pen beb. Tempat aku ngundi DUN Sg Rapat, sebelum ni YB Hamidah 'Nampak Ular Nampak India, Ketuk India Dulu' Osman yang pegang.

AzmanV2 berkata...

saya guna pen. ada satu perkara saya nak suarakan, masa Pengerusi SPR umumkan kemenangan mudah BN, lepas pengumuman tu nampak tak Pengerusi SPR senyum gembira menandakan kegembiraan BN menang.

Saya nampak and it makes me sick.

Tanpa Nama berkata...

Pakai pen...tu yg konfident masa pangkah!

oh yer...pekerja SPR kat situ boleh ker senyum2..gelak2..masa buat kerja??

Tanpa Nama berkata...

Sy pakai pensel..tp kawan sy mngundi tempat yg sama,pd waktu yg berbeza sy pg die petang..die guna pen..something wrong somewhere

osman jailani berkata...

correction: "bini dia bulat tak pakai tudung suka pakai handbag beribu2", bukan beratus2.

kat tempat aku (hulu langat) pakai pen.

hime s berkata...

pen. dan dakwat kat jari aku belum hilang. (aku x amik berus sental lah tapi)

Tanpa Nama berkata...

Najib sudah beli talian hayat bagi Mukhriz jadi MB Kedah :) So Mahathir gunakan strategi lama masa 13 mei untuk salahkan bangsa CINA :) lol.. Utusan BH etc. bukan dikawal Najib tapi Tun Mahathir..

Boleh nampak tak? tapi Najib aku rasa tak lama.. Muhyidin akan gunakan cara untuk push Najib ke bawah.. :) Najib harus berterima kasih kepada Muhyidin sebab Muhyidin yang push Pak Lah turun..

Tanpa Nama berkata...

PEN??

Aku undi awal pagi pakai PENSIL..

Aku ulang PENSIL.. aku pun lupa nak bawak ball pen.. macam ko jugak kalau aku bawka ballpen kot jadi undi rosak pula..

tapi entah la kalau undi aku diaorang padam ganti lain hahaha..

Dakwat tu gimik.. dakwat biasa je aku rasa kalau SPR beli mahal ni musti dah kena kelentong atau kita kena kelentong. Harap YB siasat berapa banyak duit guna untuk beli dakwat murah ni.. dah la kena pakai sebelum mengundi letih nak lipat undi menyumpah aku kat SPR..


Tanpa Nama berkata...

aku undi parlimen pokok sena and adun derga....aku pangkah pakai pensil...depa sedia 2btg pensil...cilaka....nasib menang....

Tanpa Nama berkata...

Sori bro. Soklan aku keras sket. Ko mandi ke x nh?

Sebab aku mandi x berus pon tmpat calit tu tp ilang otomatik lps kena air dgn sabun. Pdhal aku x sental pon tmpt calit tu.

ck slmh berkata...

pen.

Tanpa Nama berkata...

Rasionalnya ada kemungkinan dakwat ballpoint pen akan tak keluar masa memangkah. Boleh terjadi dan biasa terjadi even masa kita nak menulis guna pen. Rosak undi jadinya. Betul?

Dan kalau guna pensil pun brader, banyak betul masa orang spr nak padam dan pangkah BN - still kesan asal boleh nmpak n akan dikategorikan undi rosak.

Aku nak kau check negara mana yg guna inedible ink ni mantot. Ini la agenda pembangkang. Meletakkan level dan mentaliti mereka sama seperti negara2 trsebut. Sedih. Somehow ghairah pulak buat pertikaian mcm entry kau ni. Double sedih.

Silapnya spr announced as 'mencalit dakwa kekal' instead of 'mencalit dakwat'. Kan dah jadi issue.

Kalau suka hidanglah tahi dan najis pun akan ditelan. Tapi kalau tak suka, segala usaha atau kebaikan takkan dihargai. How sad kan brader?

- Sayang Melayu

Luna berkata...

make sense....

kaihnsn berkata...

mantot,

aku setuju dgn ko pasal perhimpunan malam ini patutnya tak payah buat sekarang. masa yang tak sesuai. kena redakan keadaan. nanti kalau penyokong belah sana pun nak kumpul luar stadium buat kacau PR juga akan disalahkan.

onlajer berkata...

i say gua pakai ballpen yang telah disediakan la.

akillaibrahim berkata...

tempat saya di bawah najib, pakai pen..dakwat tu sehari je dah boleh hilang..

Tanpa Nama berkata...

Tempat aku menang je PAS dengan DAP. Menang besar. Pakai pensil tu. So apa isu nya dekat situ? Org2 spr yang menyokong PAS dan DAP pegi padam undi BN la tu.

Geddit geddit?

Pn Daisy berkata...

Saudara mantot, PRU 14 nanti tolonglah apply jadi petugas SPR. Tak pun apply jadi ejen parti yang berada dlm bilik buang undi tu.
Undi rosak apabila dua-dua kotak parti dipangkah atau tak pangkah langsung. Kalu ko calit dakwat dekat kotak PAS pun, SPR terima. bukan undi rosak pun.

Tolongla apply, kemudian tulis pengalaman ko jadi petugas SPR. Aku pun bukan pro kerajaan tapi aku tak amik yang keruh, aku amik yg jernih.
PS: Mantot and semua org kat Malaysia ni, pi dengaq motivasi Prof Muhaya...biar kita jadi org yang positif...aku suka tgk rancangan dia kat astro oasis.

Tanpa Nama berkata...

kat gombak tempat undi sediakan pen utk memangkah so aku pangkah pakai pen...

aienurz shuhaimi berkata...

adik aku ingat, dakwat kekal tu motif dia utk pangkah dekat kotak parti.

dia siap tny aku lagi: kenapa dia calit kat kuku?tak kat kulit?kan susah nak pangkah kat kotak klo macam tu'..

hehe..

jangan salahkan dia..tu pengalaman pertama dia mengundi. btw, aku pangkah pakai pen..

peace.

:)

Tanpa Nama berkata...

I like your comment airnuz. Chill but spicy. Harap mantot yang well nmpak mcm pertama kali mengundi ni boleh digest maksud u :)

Tanpa Nama berkata...

Kepada Dato Seri Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan Barisan Nasional hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi walaupun telah membelanjakan begitu banyak wang untuk berkempen terutama iklan di laman-laman web gergasi seperti Youtube, Facebook, Google, Yahoo dan lain-lain.

2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

6. Prestasi Dato Seri Najib Razak mengetuai jentera Barisan Nasional diakui sendiri oleh Tun Mahathir di mana ia lebih teruk daripada prestasi Pak Lah semasa PRU12 (Sumber).

Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

MOHON SEBARKAN!!!

De'MeCake berkata...

As-salam..
Sy undi pki pen..sbb pen dah diikat kt tmpt memangkah...

ada beberapa kawasan (ikut berita) pen tk de sbb ada yg terbawak balik...so dewang bagi pensel je....kelakarr

Tanpa Nama berkata...

Macamana nak UBAH kalau perubahan simple macam ni pun dipertikaian. Oh please..
Asalnya dulu kawan aku suruh baca blog ni. Best katanya. Pada aku tak lebih dari blog seorang yang 'cry baby'.
Kau ada kawan cina yang bekerja as professionals tak Mantot? Tanya dia cry baby tu macamana. Lol ;)

Mantot berkata...

huh?
apa benda yg kena digestnya?

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ berkata...

mantot.

aku pun pakai pensel.
sad
balik rumah akak aku di saluran 2 ckp dia pakai pen.
aku saluran 3-pensel
dulu,mukhriz pgg kwasan parlimen aku.

sedihnyaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Eh lupa nak provoke by putting my name. Anonymous May 8, 2013 at 3:44:00 PM GMT+08:00 & Anonymous May 8, 2013 at 3:52:00 PM GMT+08:00 tu aku ye - Sayang Melayu :)

Tak boleh digest ke bro? Sembelit la tu.

- Sayang Melayu.

p/s : aku teringin nak tengok wajah kau live Mantot. Rajin sesekali lepak la satay UK. Boleh aku gelak dari jauh. Lol..

Tanpa Nama berkata...

pena mata berbola...

Mantot berkata...

cuba la terangkan.
kau kan pandai...

Tanpa Nama berkata...

Tahla..pada aku org yg merungut lepas dia kalah bla bla bla adalah org yg tak boleh terima qada qadar Allah..komplen merungut kata itu ini dan tak sedar bahawa yang DIATAS SANA MAHA MENENTUKAN MAHA MEMILIH MAHA MENGIZINKAN SETIAP YANG BERLAKU...come on la jangan bercakap seolah-olah kita tiada Tuhan.. terimalah dengan hati terbuka ingat bahawa mungkin ada hikmah disebalik semua ini..tempat aku BANTING SELANGOR pakai pen je...

Abu Amin berkata...

Bersabar dan bersyukur la. Lain kali kena tipu lagi. Tuan Penasihat kata takpe, tipu org baik ni senang. Depa sentiasa beralah dan redha.

Tanpa Nama berkata...

sy pakai pen ..tp x dapat lagi nak meghijaukan putrajaya! uhuhuh..mungkin 1 hari nanti ...insyallah ...
mane boleh setengah tempat pakai pencil setengah tempat pakai pen ...
mmg la yg bertugas tu penjawat2 awam tp secare pro nye SPR mesti la training dengan betul ...semua nye nak salah kan petugas2 ..x conjang botol pon nak salah kan petugas ...kalau dorg dah di train dengan betul x de masalah rase nye ...xkan la nak amek org2 bodoh yg bertugas ....tp kan x kan x bley nak pikir logik ...xkan la nak bagi pengundi pencil ..xde otak ke ..??? kite para2 pengundi mane la nak tau sgt kene pakai ape ...percaye la si SPR yg telus tu kan ...bukan kite yg kene hantar training ...haishhh ..

Tanpa Nama berkata...

Tempat aku bawah KJ undi pakai pen..
Tempat suami aku bawah Azmin Ali pakai pensil..

both KJ and Azmin menang...acaner tu..banyak sgt pikir ko ni..cool bro..

Tanpa Nama berkata...

anonymous May 8, 2013 at 4:15:00 PM GMT+08:00

kau ni tolol ke apa ni? kau sah sah orang bn sebab bf aku yang orang bn pun cakap benda macam ni. sumpah menyampah sampai aku stop contact mamat tu. bendanya dah terang terangan nampak penipuan. yang kau nak jugak jilat punggung najib tu pehal? najib bagi kau makan apa ni? kau ni memang orang yang tak reti pakai otak. orang bn semua macam tu aku rasa. benda semua tengah mahal, dengan harga kereta mahal, cukai 200%, harga rumah naik 100% kau nak jugak sokong bn dengan alasan terhutang budi. weh nabi musa tu firaun jaga dia dari kecil, bila besar nabi musa lawan dia, nabi musa tu tak kenang budi ke pada kau? sumpah orang bn adalah orang paling sempit pemikiran. yang tak habis habisnya melayu melayu melayu. pergi mati dengan melayu kau tu.

sorry mantot aku emosi tengok kebodohan orang bn.

peace!

Mantot berkata...

Bro,
jangan mudah benar nak jatuhkan semua benda dkt "qada' dgn qadar."

ada benda jadi yang Allah tentukan, ada benda jadi yang kita boleh buat something untuk ubah perbuatan tu.Ada benda boleh ubah, ada benda kita takleh nak ubah.

Kau nampak org rogol orang.

Berdasarkan pendapat kau ; kau akan biarkan aje dia kena rogol sebab itu qada dan qadar dia..kan?

Mantot berkata...

PETALING JAYA – Untuk pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Malaysia, pengundi akan menggunakan pen mata bulat (ballpoint) dan bukannya pensel untuk menandakan kertas undi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memperbaiki proses pilihan raya dan menghapuskan keraguan yang tidak diperlukan.

“Pengkritik pada masa lalu mendakwa bahawa tanda pensel boleh dipadam.

“Sekarang kita akan menggunakan pen, tiada siapa yang boleh membuat tuduhan liar lagi,” katanya.

Wan Ahmad berkata, terdapat 25,000 aliran undian, dengan masing-masing dua peti undi di mana pen akan disediakan.

SPR telah membeli kira-kira 50,000 pen tambahan dalam sesetengah kes sekiranya pen kehabisan dakwat atau rosak.


Kalau SPR dah buat sidang akhbar semata2 nak announce yang kita semua akan pakai pen, kenapa aku pakai pensil?

Bukan soal menang kalah.
Calon aku pangkah dua2 menang.

NMA berkata...

aku pangkah pakai pen bro... :)

Tanpa Nama berkata...

aku undi petang pakai pen xtau la pagi pakai apa sebab pagi ramai keluar ngundi..aku undi petang xyah beratur trus leh masuk..at Kelantan

pasal dakwat trus hilang weh & terlekat kat hidung anak aku sebab aku pegang hidung dia ingat dakwat xhlg , rugi aku xamik gambar huhu

aku harap sgt spr telus..kalau x sampai bila main politik kotor gini je la..

-ct-

Laici berkata...

aku pakai Pen..n aku mengundi kt penang,kt area pulau..memang kubu kuat DAP la situ, tapi member aku kat kedah mengundi pakai pensil

Tanpa Nama berkata...

pen.previous election,pensel

Tanpa Nama berkata...

aku pakai pen.
dun alor mengkudu
parlimen alor setar.


tapi kami tewas sbb anak abah det jadi MB! huhuhu

aitotyati berkata...

pen.

Ai pangkah besar2 calon yang Ai tak suka.

hahaha

Tanpa Nama berkata...

Ada juga orang yang tak boleh fikir??

Bukan menang atau kalah tapi.. persoalan ialah integriti..

1) Kenapa SPR anaunce pakai PEN? sedangkan ramai pakai pensil? Apa dah jadi?

2) SPR kata dakwat kekal tapi tak kekal pun?

Baik tak payah pakai dakwat kalau boleh basuh.. BERSIH minta pakai dakwat kekal untuk elakan pengundi hantu yang undi banyak kali guna identiti berbeza.. yang simpan kad pengenalan 4 atau 5.. Sebab ada report pasal ni dari pru yang lepas2..

Mana integriti SPR?? tak ke nampak SPR ni macam menipu aje??



plain83 berkata...

there's a difference between being a crybaby and being someone who wants a fair game... integrity is a very important matter, especially in something as big and grand as managing a country... Islam sendiri tak ajar umatnya untuk menipu dan main kotor...

Tanpa Nama berkata...

Pakai pen...

Dakwat atas kuku dah hilang.. tp celah2 kuku ni masih ada lagi.. walau dah sental.

Tanpa Nama berkata...

Kalau PR lawan di mahkamah dan re-election diadakan (contoh), tu dikira BUKAN takdir Allah la? Sebab Allah dah takdirkan yg BN menang?

Somebody has to check their understanding of qada' dan qadar.

Tanpa Nama berkata...

Saya Pangkah pakai pensil di skj4, bbbangi. Parlimen Serdang DAP, dun Bangi PAS. Dua2 menang..

Tanpa Nama berkata...

Lawak lar dakwat kekal untuk 3 hari rupenyer tak kekal basuh pakai sabun pun boleh clear.. belum lagi cuci dengan ron97 atau thiner..

Celah kuku? lol bersih dah lepas cuci.. :) Petugas SPR tak cukup kocak kot.. lol..

Ini musti dakwat low class.. Sudah kena tipu dengan pembekal..

SPR please la jangan malukan intusi Yang DiPertuan Agong.. Nak guna dakwat kekal buat la segala ujian dulu.. berapa lama tahan.. etc.. Jangan kena tipu dengan pembekal dakwat cokia..

Sila saman pembekal dakwat ni.. kerana membekalkan dakwat berkualiti rendah.. Minta balik duit..

Leia S. berkata...

aku suka kau mantot.
kau masih rasional n tak fanatic.
ada setengah orang tu fanatic sangat sampai tak nampak salah sendiri.

aku rasa, PR kalah this time sebab ramai over fanatic fans PR tak daftar as pengundi, tak berpeluang mengundi dan tidak dapa tmengundi.
ni based on experience aku tgk member2 aku la.

ikhlas berkata...

Anon May 8, 2013 at 4:37:00 PM GMT+08:00,

Kau masukkan kisah nabi tapi bahasa kau tak ikut cara nabi pun. Sebab org2 mcm ni la aku annoying dgn org pakatan.

Yes and u mantot. bahasa tak penah nak sopan. Asyik maki orang je. Kau nak orang beli produk kau tapi kau panggil "Hei bodoh, beli barang aku,barang B sial.Kau mmg sial klau tak beli barang aku.

Ye benda tu korang trlupa.Ade lbih krg 30% pngundi atas pagar means orng yg blum decide nak beli product mane.Tapi klau asyik kene maki je,ko ingt dorg nk beli brg kau. Aku harap kau amik kata2 aku ni utk pengajaran pru akan dtg.

Nabi Muhamad SAW x penah memaki,berkasar dlm dakwah. Dan itulah sbaik2 dakwah atas muka bumi ni.Jangan ambil Islam tu sparuh2.

Aku tegur ni bkn sbb aku macai tapi aku syg islam.Jgn give up klau kalah this time. Nabi pn amik masa brpluh tahun utk dterima. Belajarla utk trima tguran.Salam

Auntie T berkata...

Tempat auntie guna ball pen.yang best boleh nampak pengundi pangkah siapa sebab tempat undi tu dekat dengan pintu.suami auntie nampak nyonya tua memangkah calun PAS. Memang teruja melihat perubahan yang berlaku.

shida idris berkata...

mama aku jadi kerani mengundi masa PRU13.

aku mengundi pasir mas, pakai pen. ada sorang pengundi siap pangkah pakai dakwat yg dicalit(mungkin first timer mcm commentar di ats. yg buat mama aku tau dia siap pegi kat mama aku sekali lg nak mintak calit lagi sbb dakwat dah kering x leh nk pangkah. lol

tapi masa kira undi, kertas undi x dikira, kira rosak walhal jelas dan x ada sebarang kerosakan.

Tanpa Nama berkata...

Pakai pen.

Unknown berkata...

Pakai pen.
... in order to remain relevent, one must change.
Despite the confusion n mess we are in now, change is inevitable.maybe slowly but surely

Have faith.

Tanpa Nama berkata...

Pakai pen ke pensil ke sebenarnya xdak masalah.. Cuba pergi2 rajinkan diri menggoogle cara2 pengiraan undi.. Baru boleh komplen macam2. X pun rajin2kan diri isi form jadi petugas masa PRU baru minda terbuka sikit.

Mcm mana nak padam atau nak tipu kalau proses kira undi dr awal sampai habis dibuat depan pemerhati parti yang bertanding. Pemerhati tu x bergerak dari tempatnya sejak dari proses undi sampailah habis proses kira undi... Tak percaya pergi tanya orang yang lebih arif jangan hanya tahu menuding jari yang satu sedang lagi 4 balik pada diri kita.

munir berkata...

aku pakai pen tapi aku salah pangkah. agak tidak bijak di situ. mungkin sebab calon nama lebih kurang : Dali Husin, Izani Husin

Jadi, aku mintak ballot paper baru. Ketua Pusat Undi (yeke? ) tapi dia ketua la. aku mintak dengan dia. tapi dia cakap "salah pangkah?takkan tak fikir dari rumah?" aku cakap la, " fikir, tapi tersalah"

fyi,aku first time voter.aku nervous. haha. no doubt.

okay, back to story, aku insist jugak kertas baru sebab aku yakin aku ada baca yang "jika anda bertukar fikiran,anda berhak meminta kertas undi yang baru" aku yakin ada. so, aku insist sekali lagi.

dia jawab tak boleh jugak, sorang satu kertas je. tiba-tiba aku nampak ada dakwat ( yang tak kering dari jari aku) terkena kertas undi aku. aku cakap la kat dia. nak tukar sebab ada dakwat . dia cakap, takpa, nombor siri ada, boleh trace. aku dah tak paham apa kaitan noombor siri aku dengan undi aku.

btw, aku dah blur dah time tuh,sebab aku tak paham dia punya rebuttal point.

so, aku try mintak simpati ejen parti (aku tak pasti istilah ni) yang 2 orang tu. dengan harapan salah seorang akan tolong aku. tapi dua2 pun macam blur and tanya balik ketua tuh. obviously tak dapat dan one of the agent bagi hint suruh aku teruskan undi, jangan layan dah.


so yeah, aku tak dapat kertas baru. aku rosakkan undi parlimen aku sebab aku tak rela undi BN.

Tanpa Nama berkata...

terima teguran dan kritikan untuk memperbaiki tapi as usual orang tak boleh ditegur dan kritik.. sebab superior.. hebat fantastic fnatik..

Listen listen listen..

sama je la sesetengah orang kat sini spr dan gomen..

Listen listen listen..

Tanpa Nama berkata...

adakah aku bermimpi mengharapkan ada pemimpin yang ebtul2 ikhlas memimpin?


ada.TGNA

Tanpa Nama berkata...

Pakai pensel, pas sampai kl balik selepas 800km drive pi balik kedah , aku rasa tertipu sebab semua kawan2 aku pakai pen.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah.. Patut la Kedah kalah.. Tu negeri aku tuu.. Mcm ni yg dikata integeriti??? Baik tutup ja Ins. Integriti tu!!!Ya Allah betapa zalimnya pemimpin2 BN ni..

>>Dari aku >>Kedahan yg ditipu

Tanpa Nama berkata...

Apa2 pun. aku boleh tengok video lucah, boleh jadi rasis. Ini tanah kami! suka hati kami la kalau nak rasis pun! cina dap cina babi. orang melayu pkr xkenang budi. aku boleh mencarut, aku boleh merasuah. Semua ini NIKMAT dari BN. BERSYUKURLAH dengan BN. biaq pi cukai naik, biaq pi AES, biaq pi semua tu..... hahahahaha... HIDUP BN!
Aku rasa aku dah xingat tuhan dah. Tuhan aku la ni BN ka?

Tanpa Nama berkata...

Habis la korang tak kira la PR atau sesiapa penyokong bn yang tak suka DAP.. bersedia untuk jilat ludah korang hahahaha

ZAM sudah ajak DAp masuk BN lalalala..

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.- Bernama

Tanpa Nama berkata...

saya juga pangkah pakai pen.. mmg BN menang tapi sangat sengit.. kira 50-50..

saya terlibat sebagai ejen BN semasa pilihanraya and saya yakin akan ketelusan dan kredibiliti keputusan... kalau in next election u volunteer jadi ejen pilihanraya PKR.. maybe you can better understand the situation.. seriously the party will need extra hands as volunteer.. in my place, we can rotate people every 2/3 hours but the PKR agent work for longer hours..the good thing that happen from what I hear, they sit almost side by side and being friendly to each other.. Alhamdulillah tempat kami berpilihanraya secara aman dan hormat each other..

FYI, pada waktu election wakil dari setiap parti dan SPR akan mencatit no siri mereka yg datang mengundi pada buku senarai pemilih SPR yg disediakan.. dari sini semua pihak dapat mengira berapa ramai yang datang mengundi di saluran berkenaan.. bila time mengira tiba, jumlah kertas undi di kira dan wakil dari semua parti dan SPR akan rujuk kembali kepada catatan yg dibuat utk mengessahkan jumlah orang datang mengundi.. di satu saluran di tempat saya, siap ada pertelingkahan sedikit tentang jumlah undian and further checking was made to ensure semua pihak berpuas hati.. bila mengira pun wakil dari semua parti dan pihak SPR memang ade kat peti tu all the time.. susahlah nak suka2 tambah kertas ke ape, sebab masing2 dah tahu berapa jumlah undian di peti itu.. bila pengiraan pun, kalau ade kertas undi yang ragu2, wakil parti akan fight habis-habisan sama ada utk reject or terima undi yg mane membawa kebaikan utk parti masing2 la.. di kawasan saya, seorang wakil counting agent tu siap cakap.. wakil PKR memang fierce.. kalau ader yg dia rase x adil or x betul die akan fight.. so kalau mmg betul ader tanda kat PKR although ragu2, die ok jela bagi kiraan vote tu ke PKR..then lepas dah kira2 and masing2 setuju.. maka jumlah undian pun di catit pada borang as the official result.. so tak faham la kenapa ade cerita pasal tak puas hati?.. maybe ade tempat yg takde wakil parti or wakil parti tak berpengelaman or blurr.. kalau part kira undi yg di buat on the day.. mmg mustahil nak tipu or tokok tambah or ubah.. the only thing that questionable (even to me) is undi pos.. tak tahu kat mane and bile undi2 ni di kira and how they will add up to the jumlah undi on the election day.. perhaps, this is the extra peti that most keep bragging about? perhaps this is something that all of us need to be further educated on, so we can find ways/ suggestions on how to minimise fraud in votes.

Saya lah. berkata...

Aku cuma nak SPR jelaskan je peti-peti undi yang misteri tu. Jelaskan bahawa peti-peti tu semua legit. Jelaskan dakwaan blackout.

Tapi setakat ni SPR cuma cakap: "kami tulus, tak ada penipuan." Itu bukan penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

Kawasan undi saya Parlimen Serdang pakai pen. Nasib baik tak ngundi di Marang. Penduduk Marang waktu undi dah nak sama ramai dgn penduduk Serdang. Agaknya kat Marang berapa lama kena beratur sebab pusat tsk banyak macam Serdang. Kat sini je lebih 2 jam

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat. enough said!!
saya mengundi pakai pen. isteri kawan saya undi pakai pensil.

f1f12003

Tanpa Nama berkata...

Orang yang merungut lepas menan camna plak??

Tanpa Nama berkata...

aku pakai pen

hehe.. kelakar la mantot
"...aku minum air siap dakwat cair dan menitik jatuh dalam milo ais aku..."

cewek.medusa berkata...

Pen, pensel, pen, pensel.... Bole selesai ke tak ni?

cewek.medusa berkata...

Pen, pensel, pen, pensel.... Bole selesai ke tak ni?

Tanpa Nama berkata...

mantot. aku tak setuju kau kata extreme ngn anwar. penyokong pr rasa seperti ditipu. takkan kau nak berdiam diri ja. anwar want to fight. so why not we give hime support? Kau nak diam ja selepas kau jumpa sendiri bangla yg tolong pangkah untuk pilih siapa yg nak memimpin negara kau mantot? kalau rakyat tak bangkit, pRu akan datang pun aku yakin BN akan guna taktik yg sama. Yela, rakyat melaysia baik2, selalu mengamalkan konsep redha dengan qada dan qadar. sampai bila2 pun kau akan ditipu oleh pemerintah mantot. Kita perlu bangkit bukan sbb kita fanatik anwar, tapi sebab kita mmg ada penipuan dan penyelewenagn pilihanraya dan kita di pihak yang benar.

bertambah letihla wa.. berkata...

SPR nak telus macamane lagi?

aku rase org yg bising2 bangla dapat undi, korang ni sendiri x mengundi.

tahukah korang yg setiap saluran diasingkan mengikut tahun kelahiran?

tahukah korang yg setiap saluran mempunyai ejen bagi setiap parti/calon?

tahukan korang sekurang-kurangnya ade
1 tukang calit dakwat
1 tukang bace nama untuk ejen semak
1 tukang berikan kertas undi
2/3 ejen mengikut berapa calon
1 polis bantuan
1 tukang pastikan kertas undi masuk peti undi

tahukah korang ejen yang datang tu garang2 lagaknye, bile tukang bace name bace slow akan disergah agar kuar sedikit suara si pembaca itu.

kalau bangla tu lepas 7 org tu..salah seorang yang patut korang maki adelah ejen parti korang..
kenape tak tahan bangla tu?

semasa kiraan undi EJEN ade juga..sebarang penambahan kertas undi..sebarang manipulasi kertas undi..sebarang penukaran pada tulisan pensel/pen/whateva ats kertas baru nak buat mesti EJEN dah bertempik-tempik. sekali lagi tak puas hati dengan kiraan undi...maki la ejen parti korang...
"engko ade kat situ kenape tak tengok?"

isu blackout. yang nampaknye lebih2 marah adelah mereka yang tiada di tempat kejadian.
takde satu tu statement drp ejen sendiri..'saya ejen parti A ketika pada pukul sekian..sekian, berasa tertekan, kerana mengira dalam kegelapan'...takde..

yang kate helicopter bawak kertas undi..ko banyak sangat tengok die hard ni...

senarionye....

*chong kate bentong blackout
*ali cite kat amat chong kate bentong blackout 1 jam
*amat cite kat raju bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan
*raju cite kat selvi bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan, dan ade orang berguling2 sambil menambah kertas undi ke dalam peti undi
*selvi paste kat facebook bentong blackout 1 jam sambil terjadi pergaduhan dalam kegelapan, dan ade orang berguling2 sambil menambah kertas undi ke dalam peti undi sila share/like jika ingin berubah...

padah sampaian mulut.
jadi kalau korang x de ditempat kejadian jangan menambah2..jangan kate aku dapat dari sumber dipercayai.. jangan jadikan facebook sumber rujukan...jangan!
aku tau kuasa media sosial kuat..

tapi satu ketika nanti media sosial ni akan jadi senjata makan diri sendiri!

bertambah letihla wa.. berkata...

tapi sebenarnya ape pon penjelasan kamu semua ni dah tak nak dengar...

biarlah spr buat analisa siap dengan statistik..letak gambar berjela2..video berpuluh-puluh.. kembang2 tangan org spr nak buktikan ink hilang x hilang?

minta penjelasan hanyalah alasan...kamu semua memang tak mahu dengar..

yg penting korang memang suke lepak di jalan...rebelious katenye!

maka berenti minta penjelasan...ckp terus je straigth to the point..."kami nak lepak kat jalan ramai2...tolong benarkan...semua benda dah mahal..nak bawak anak pegi zoo mahal..nak bawak funfair mahal..nak pegi pasar malam pon mahal..nak bawak anak lepak di jalanraya kibar bendera..untung2 anak jadi patriotik macam saya!"

Tanpa Nama berkata...

satu perkara yang bakal aku pelik untuk PRU 14 nanti: kalau mantot tak daftar diri utk jadi sukarelawan SPR memandangkan dia boleh jadi mata2 pemerhati untuk pro-PR

Tanpa Nama berkata...

Aku pangkah guna pen.
Pernah jadi petugas tempat mengundi dan pernah jadi tukang kira kertas undi. Bila dah dilantik kita kena buat tugas dengan jujur dan amanah. Kalu kata ada konspirasi aku macam susah sikit nak percaya. Aku penyokong PAS

Tanpa Nama berkata...

aku undi pakai ballpen mantot.. gila ko ni... tuduhan tanpa bukti...

kueh bakar berkata...

ye...anwar sama macam messi..ahaks.

the living legend

aienurz shuhaimi berkata...

sebenarnye macam tak faham, apa yang nak di-digest daripada komen aku tu ek?

ok bye~

Tanpa Nama berkata...

Contoh yang terbaik "cry baby" ialah najib. Dah menang pun masih complaint lagi..
-1Melayu-

Pengundi berkata...



Bagi menjawab soalan akhir,

Aku mengundi untuk kota damansara,
pakai pen hitam cikai yg warna ala2 kelabu je (dakwat yg keluar tak pekat).

bertambah letihla wa.. berkata...

but the biggest cry baby of all
dah berpakat, berjaya kalahkan pemerintah lama pon siap ngamuk satu stadium but demonstrasi... i want my throphy....the country!!! then only i stop crying....

best la main calling names macam ni...

Tanpa Nama berkata...

Still ramai lagi yg ssh nk phm bila org bercerita soal ni. ini bukan soal suka merungut, suka komplen, suka kondem...tp cara, integriti, ketelusan tu mmg nmpak benar berat sblh. x pyh tgk media altenatif, x pyh jenguk fb, dkt tv diorang 3 suku tu sndiri pn boleh nmpak da mende ni. bila org ckp x fair, xde integriti, dikatanya org tu suka merungut..aku xtau la cmna pemikiran golongan yg kononnya 'pandai' dari org lain ni duk sibuk kata telus la, betul la..kalau da bodoh sombong tu, org ckp cmna pn, ajar cmna pn korang ttp nmpak bodoh pada aku. korang nk kata aku bodoh pn, lantak pi la, jnji aku tau apa yg aku pikir, apa yg aku nmpak. telus, adil konon..ptuihh

Tanpa Nama berkata...

yg ko ckp the biggest cry baby of all tu la yg nk memperjuangkan nasip rakyat weh....bukak mater besar2...pkir dalm2....dier nk memperjuangkan nasip rakyat yg ditindas mcm kiter ni....tax naik, minyak naik, tol naik, hrga brg naik....sbenayer ko sakit ati gak, tpi tkmo ckp, sbb nmpak nnti ko khianat kat be end kan...dah jgn plak ko ckp kat aku suruh duk kat utan plak.....ish...ish...ish.....ok dah bye....

Tanpa Nama berkata...

Dajal tu semua..
kembali la beriman semua..
jangan dipesngkan oleh ajaran dajal-dajal akhir zaman..

Yakin pada Allah.. setiap yang buruk akan mendapat balasan juga tak kira cepat atau lambat..

Tanpa Nama berkata...

aku bukan fanatik anwar ibrahim..tapi aku rasa ramai setuju kalau kehadiran anwar menyatukan pelbagai kaum..dah lama x nampak seorang politician berucap dihadiri ramai orang ..berbilang bangsa..dalam hujan ..tanpa makanan free atau lucky draw..anwar juga macam membuka lembaran baru politik..boleh nampak orang cina..(selalunya mereka ni xberapa kisah politik)..anak2 muda..turut sama dalam politik..kehadiran anwar juga buat umno senak..selepas 55 tahun selesa..

mummy_icha berkata...

dah ko sorg je pulak yg pakai pensil Tot, baik ko g buat report polis utk menambahkan point pilihanraya tak telus tu :-) tp bab yg ko kata bini najib pakai handbeg mahal ratus-ratus tu tak betul kot... kalau ratus2 dah sama je mcm aku dan org lain yg separa mampu nak bergaya nih :-) henbeg dia bukan ratus ribu ker..hihi ok abaikan komen yg pointless nih

Tanpa Nama berkata...

saya undi pakai pen.

dakwat kat jari saya pun tak hilang lagi.

kenapa nak salahkan spr? saya tak faham. mak, abang dan adik saya petugas spr. saya tengok betapa bertungkus lumusnya mereka. kerja dari 4.00 pagi sampai 1.00 pagi besoknya. penat. tapi dihambur kata nista bahawa petugas-petugas spr bersetongkol.

tak faham..

sedih dengan keadaan ni.

p.s.
saya bukan pro mana-mana parti.
saya tidak racist.
saya cuma mahu Negara yang aman.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kat mana yg xde letrik ni?? Aku check cuma kat bentong... tp org bentong ckp xde siap bangga DAP menang...bodoh punya meleis

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju apA ko komen...aku bukan undi bn...tp kita ni lebih percaya hear and say...

Aslina berkata...

Aku pakai pen. Pen paling mahal kot. Tapi ada bekas kena gigit kat hujung. Sampai arini aku musyikil.

Tanpa Nama berkata...

Xyah layan la mantot nih.baca buat gelak2 jelah..buang masa nk emosi pasal die nih

Tanpa Nama berkata...

Dah start dah contoh die yg ntah ape2..asal rasa die betolllll hentam sajalah labuuu

Tanpa Nama berkata...

Setuju..sangat2

Tanpa Nama berkata...

AES mantot sokong kot

Tanpa Nama berkata...

itu spekulasi namanya.lantak dia la nk senyum ke nk lompat ke.xperlu jdkn isu pn.

Tanpa Nama berkata...

I c.aku tgk dr ayat ko yg meroyan2 ni dh tau ko antara melayu yg bodoh tu.

Tanpa Nama berkata...

Stuju juga.ayat maki bajet bes pastu xpnh nk ngaku salah walaupn bersalah.

Tanpa Nama berkata...

Apa ko merepek ni?

Tanpa Nama berkata...

Aku pun pakai pen...tapi mcm kena hisap kat ujong...kuar dakwat putih...sampai hari ni aku musykil...huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Aku ngundi pakai pensil, siap terikat dgn tali lagi kt tmp undi tu.
Dan aku pun dah siap2 bawak pen jugak. Dun Taman Templer.
Dulu biru, skrg dah bertukar hijau. Kawasan aku boleh kata ramai cina, sapela yang bagi calon hijau menang ek...hehe...

Dan setahu aku, Negara yg pakai dakwat kekal calitkan kat jari SELEPAS ngundi.

Byk benda misteri di Bolehland.

btw, aku bkn penyokong mantot,hanya ceritakan kisah sebenar.

hime s berkata...

something about penggunaan pensel:-

Voters brought in their own pencils and erasers and whatnot and left them behind. We had a case of a voter who insisted that she had used a pencil to mark her vote (although we provided pens that were tied to the tables to prevent theft) because it was on the table. EC officers went to check the table and found no trace of a pencil. We asked the polling agents (PACA) if they had seen a pencil and they said no. For your information, every saluran has numerous agents from political parties who are monitoring the entire voting process. Finally the KTM (Ketua Tempat Mengundi) of that saluran came out and assured the voter that her vote would be counted, whether in pen or pencil.

hime s berkata...


The voter (and her friends/family) then said we would erase her vote and change it. To which the KTM replied by saying that all the votes would be counted in front of counting agents (PACA - who are placed there to monitor the counting process). By this time the voter and her friends/family are extremely hostile, bad-mannered, rude and sarcastic towards us. One older man shouts, “Who’s in charge of this now? The government? The government again lah!” A young man crudely and rudely tells us not to mess around with them. Trust me, I had to dig deep into my patience reserve bank to control my response towards them. The KTM gave the voter a form to make an official complaint but she decided to walk off.

The internet has done a lot of good, but plenty of harm too. Voters were told to look out for dots on their ballot papers which would result in their votes being considered “spoilt”. With the misconception that each centre was given 10% extra ballot papers, people kept demanding for new ballot papers the moment they saw a single tiny dot on their paper. Truth is, centres were given only a FEW extra ballot papers for voters who sincerely, accidentally messed up their ballot papers. In my centre, each saluran was only give 6-10 extra ballot papers although they had 500-600 voters per saluran. Don’t blame us if you found the EC officer refusing to give an extra ballot paper, do you want to deny someone else the right to vote on the basis of a single dot on your ballot paper?

Tanpa Nama berkata...

Oit..indelible ink la..not inedible ink. Ink tu mmg tak boleh makan bro..

NMR berkata...

aku pangkah guna pen,
tapi nama kena potong guna pensel.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku tujuan dakwat tu sebagai marker jer, tanda sudah mengundi. Bila basuh mmg hlg, jst dakwat tu hilang terus ka sebersih-bersihnya macam tak pernah kena calit dakwat? aku yakin bila dah basuh sental pon still ada kesan dakwat tu sket especially bawah kuku, dan ini dah membolehkan SPR dan pemerhati (PR/BN) halang pengundi masuk petak undi buat kali ke dua.

Tanpa Nama berkata...

macamana ko tak ditindas? eja nasib pun salah. bukan nasip la sengal. NASIB paham?