Kalau kita bukak setiap TV setiap hari kita akan dihujani dengan pelbagai visual yang merayu kita supaya sokong ideologi orang lain. Semua rancangan, iklan, visual, video dan imej yang kita tengok dalam TV, ada agendanya yang tersendiri.
Contohnya iklan, iklan kita dah tau jelas apa yang diorang cuba capai. Berita, gunanya untuk sebar propaganda. Drama? Drama adalah cara sesetengah orang menyampaikan sesuatu yang dia nak orang tengok dan terima. Kartun budak2 Power Rangers pun tujuan dia adalah supaya mak bapak terpaksa belikan anak2 mainan Power Rangers.
Apa saja yang kau tengok dalam televisyen tu, ada tujuan dia. Semua ini wujud dalam bentuk messaging yang terus terang, macam iklan atau propaganda BN atau ada juga yang secara halus, macam kartun Transformers.Kita pun tau dan jelas, tujuan penghasilan Transformers bukanlah sebab diorang nak kita tengok kartun, tapi sebab dia nak kita beli mainan dia.
Tapi kadang-kadang, aku tengok industri hiburan kita ni, kebanyakannya tidak langsung cuba menyampaikan mesej, sama ada mesej buruk atau mesej elok. Seperti rancangan-rancangan yang banyak dekat Astro Mustika, aku tengok yang mana popular tu lah rancangan yang kosong, yang tak ada isi langsung. Macam Maharaja Lawak atau ada satu kuiz yang AC Mizal jadi pengacara dia. Kosong gila isi dan tak ada langsung tujuan rancangan-rancangan ni. Kau tengok benda-benda macam tu tak payah pakai otak langsung. Turn off otak dan layan. Asal terhibur dan suka.
Aku selalu fikir, kalaulah kita gunakan media ni betul-betul, banyak benda sebenarnya yang kita boleh terapkan. Idea-idea baru, semangat nak mencuba, berani try sesuatu yang lain tetapi yang aku tengok, tiap-tiap kali aku gi makan mana-mana, TV mesti pasang dua benda aje, bola atau Astro Warna/Mustika. Sebab dua tu aje popular.
Apa sebenarnya kegunaan media ni?
Jadi hari Ahad hari tu, sambil main dengan anak aku, aku layan Melodi. Saja je sekali-sekala layan. Keluarlah cerita si Afiq Muiz (updated!) yang dilabelkan oleh Melodi sebagai "Pelakon Baru" menangis-nangis kutuk mak dia dalam TV sebab mak dia kutuk gelfren dia. Masya Allah...kau tak malu ke kutuk mak sendiri dalam TV bagi orang ramai tengok? Satu Malaysia dah tengok kau kutuk mak kau, gelfren kau kutuk mak kau dan kau siap tunjuk dekat orang ramai mesej2 yang mak kau hantar kat kau nak membuktikan kau betul, mak kau salah.
Apa jenis manusia kau ni Afiq Muiz Pelakon Baru?
Tapi sejijik-jijik aku dengan si pelakon baru ni (aku peduli hapa, buruk macam mana pun mak kau, dia masih mak kau yang kau pernah duduk dalam perut dia), aku rasa orang yang paling kotor dalam benda-benda camni, adalah wartawan Melodi dan produser Melodi yang suka sensasikan benda-benda camni. Benda-benda kosong yang tak ada guna dan langsung tak ada faedah kepada masyarakat. Memang seronok jadi batu api, korek cerita keburukan orang lain dan hebahkan supaya satu Malaysia dapat tengok, rating TV pun mencanak-canak naik...tapi, apa yang kita dapat?
Apa yang diorang anak beranak dapat? Tak dapat apa-apa. Dapat KEMALUAN ada la. Satu-satunya pihak yang untung dalam penerbitan benda-benda macam tu adalah TV3! Slot iklan Melodi aku sure antara yang paling mahal antara semua slot sebab masyarakat kita cukup sayang dengan rancangan2 camni.
Kerajaan selalu sarankan kepada orang ramai, jangan percaya dengan blogger2. Jangan percaya dengan khabar angin. Blogger tu semua fitnah! Tapi makin lama, makin ramai orang kita yang bergantung kepada orang2 tak rasmi ni untuk dapatkan sesuatu maklumat sebab TV kita dah dipenuhi dengan orang-orang yang tolak etika untuk kejar rating.
Industri kita penuh dengan benda2 yang kategorinya nonsense dan sebenarnya banyak membuka aib orang lain, semata-mata atas sebab bisnes. Mana tanggungjawab Produser Melodi kepada masyarakat? Apa tujuan TV3 paparkan benda2 camtu supaya orang ramai tengok?Malu aku tengok. Aku sebagai seorang Melayu jadi malu tengok benda-benda yang dipaparkan dalam TV oleh orang-orang sebangsa aku. Kita selalu dijual dengan perjuangan bangsa dekat RTM dan TV3 oleh orang2 kuat kerajaan. Even CEO TV3 sendiri adalah orang kuat BN yang bertanggungjawab dalam semua benda berkaitan penyiaran BN.
Tapi aku betul-betul tak suka sikap hipokrit orang media ni yang selalunya lebih mementingkan benda sensasi berbanding intelectual...dan juga sikap hipokrit orang BN sendiri. Ini adalah antara penyumbang paling besar kenapa bangsa Melayu adalah bangsa paling jahanam di Malaysia ni. Orang media adalah penghubung kerajaan dan masyarakat jadi, tanggungjawab mendidik orang ramai sebenarnya terletak pada tangan media tapi apa yang aku nampak, benda yang sebaliknya berlaku di Malaysia.
Media tidak sepatutnya terlibat dalam bab memperbodohkan orang ramai, khasnya orang Melayu kerana majoriti media dibuat untuk tatapan orang Melayu. Kerajaan, sila haramkan rancangan Melodi atau mana-mana rancangan gosip bodoh ni. Dan jangan lupa haramkan majalah Mangga sekali.
Aku nak tengok ada tak orang yang berhimpun dekat stadium untuk protes benda tu. Memang orang Melayu ni ramai yang suka tengok gosip, tutup akal dan berhibur, memang diorang suka dan ketagih benda-benda camni. Di situlah media ada kuasa untuk ubah pemikiran orang ramai. Gunakanlah dan jangan perbodohkan orang ramai lagi.
Bukan ke dah sampai masanya kita galakkan masyarakat kita tengok rancangan-rancangan lain yang lebih baik isinya?
Balik2 lawak bodoh, gosip, gangster, cerita hantu.
Ulang untuk dua dekad.

42 ulasan:
AFIQ MUIZ. Bukan AFIQ AZMI. Afiq Azmi tu player Selangor.
Kan dah malu Mantot. Kutuk orang macam kau sorang betul. Afiq Muiz lah gila. Afiq Azmi tu player bola.
yang korang marah mantot apahal...manaler dia tau nama mamat tu... dia tgk melodi pun sekali lalu je bukan tengok betul2 pun...
Mantot bukan kaki melodi mcm ngko tau segala. Hahahaha.
Win.
Paling meluat tgk awek die...mengada2...
Afiq apepun..yg penting benda nih tak ade faedah...memalukn dan memualkn..its the point
Kesimpulannya dunia nak kiamat. people crave gossip.rakyat will not be able to grow due to superficial stuff are being highlighted again and again. Proves a point of how shallow we have become. Media isnt free to report both news and too one sided. where are all the creative and talented journalist or hosts? We want creativity and ideas. why does it have to be something that causes a downfall to others that has to be highlighted.. free your mind malaysians and grow , think big and far. where do we want to be seen by the world and whre we want to be seen by Allah swt.
aku menyampah jugak dengan cerita gossip artis, melodi ke, meletop ke, panas lah, terjah la.. memang paling jijik dalam arena ni adalah wartawan tu sendiri. masa mula-mula aku tak berapa bijak, selalu tengok melodi rasa macam biasa je. lama-lama bila aku dah pandai fikir, bila tengok balik soalan wartawan,, memang bikin panas. konon nak elakkan kontroversi, diri sendiri jadi batu api.. memang cerita-cerita kat tv aku malas nak layan, baik layan movie..
Tengok melodi nye camera man..kalau interview kisah sedih kat retis, bila retis o sape2 start nangis..cameraman akan close up area mata..hahaha
tag line TV3 adalah FITNAH TERKINI, HIBURAN SENSASI
Anon 1st dgn 2nd dah tnjuk dah kebodohan org melayu.bnda xde isu pn ko.ungkit mcn isu besa.isi dia yg penting.mamat tu kurg aja tp yg ko nmpk nama.artis tu slh?wtf?bodoh
Tv macai bn... Yg tu sj la dpa tau buat...
anon 1st terasa sbb die hardcore bola. anon 2nd sama la mcm melodi batu api je
Kadang2 melodi ni jadi batu api,padahal xde pon...ble melaga2kan org lg....
bukaklah national geographic, discovery channel... remote di tangan kita
Dah yg itu le rancangan Gov. rakyat bodo mcm aku ni le yg senang nak perintah (yg on TV utk shut down minda), klau smua bijak mcm pembangkang, susah la nak sustain power.
Drp,
RYSMHP
Melodi program batu api. Seronok sensasikan kemaluan orang
tak kenal pun afiq muiz ni tapi aku macam ternampak orang tulis yang dia ni pun blogger
so what? x suka tak payah tengok.
tapi ko tengok juga kan? rasanya mesti ko selalu tengok melodi, kalau tak mana boleh ko bleh rumuskan apa benda yang ada kat melodi. kalau setakat satu scene si afiq tu ko tertengok, mana mungkin ko punya ulasan panjang macam ni kan,
so, tak payahlah nak kata aku tertengok ker apa. just cakap aku memang duduk depan tv nak tengok melodi. tak payah bagi alasan isteri nak tengok ker, tak perlu hipokrit kengkunun nak tengok rancangan bijak padahal dalam hati meronta-ronta nak tengok melodi. Lepas tengok baru ada idea tulis blog kan?
Laa. Yg commenters ni pun. Digestla yg baik dr writer. Disebabkan sifat xblh ditegurla kite makin mundur. Org yg maju sifatnye ambil yg jernih buang yg keruh. Jgn jd org yg xboleh ditegur. Nt org ckp kite bodoh sombong
#%^*£€¥ kau layan melodi? Hehehe
Aku dah boikot tv3 sejak 1998 :)
Laa. Yg commenters ni pun. Digestla yg baik dr writer. Disebabkan sifat xblh ditegurla kite makin mundur. Org yg maju sifatnye ambil yg jernih buang yg keruh. Jgn jd org yg xboleh ditegur. Nt org ckp kite bodoh sombong
aku sayang mak aku!
Satu ketika dulu di kala gua masih subscribe Asterok, cenel 551 -555 tu la yg gua slalu hadap sbb gua tau gua ni academician, takat nak jatuhkan IQ gua tahap longkang tgk Melodi dll, apatah lagi drama Melayu yg plot citer blh di duga ni...
La ni, asterok pun gua banned, subsribe Unipai, lagi ada pekdah... nak tgk Discovery Cenel ke ape ke, youtube sudah...
Hari2 tv kat umah aku cuma ada 3 cerita tetap.
1. Oggy & cockroaches
2. Law & order SVU
3. Tanah kubur.
Pastu ulang2 tengok cenel HBO, MAX, FMP. Astro takleh ke bagi pilihan cenel ni je kat kitorang?
Majalah mangga tu wujud lagi eh?
aku ingat dia tgh belakon citer tanggang moden...rupanya melodi
menyumpah nyumpah aku tgk!
ni namanya saham multi level,dari pada anak beranak sampai ke penerbit sampai ke orang yang tgk dapat saham uh!
majalah manga dah haram, jom haramkan melodi lak!
Ala kisah budak gaduh pun masuk tv masuk berita dah caca merba dunia sekarang benda kecik macatu tu pun nak jual sebagai produk entertaiment..
dedulu bebudak gaduh2 settle gitu takda nak kecoh2 satu Malaysia lol..
Gila media juga sosial ni memang sial kadangkala..
macam mana nak ambik yang baik kalau yang menasihat cakap x serupa bikin?
kata tak tengok melodi, melodi x bawak faedah, tapi tengok ulasan dia bukan main lagi detail mcm setiap minggu tengok.
Betul kata anon terakhir tu
Laa. Yg commenters ni pun. Digestla yg baik dr writer. Disebabkan sifat xblh ditegurla kite makin mundur. Org yg maju sifatnye ambil yg jernih buang yg keruh. Jgn jd org yg xboleh ditegur. Nt org ckp kite bodoh sombong
seburuk-buruk mak kau, kau kena ingat kau pernah duduk dlm uterus dia, makan apa yg dia makan (mcm parasite), pastu dah kuar dari uterus dia kau minum susu dia... tolong jangan jadi mcm parasite, habis madu sepah dibuang...
Mungkinkah hanya sebab DNA yang ditransfer atau mungkin sifat ibu bapa? atau mungkin dosa ibu bapa? atau mungkin ujian ibu bapa
Ntah la.. harap kita dapat didik anak-anak jangan sampai malukan mak bapak (diri kita sendiri)
Yang penting jauhi media yang boleh mengaibkan diri sendiri termasuk la jadi artis yang selalu diekori juga medis sosial.. Jaga privacy diri dan keluarga kita dari exposed keterlaluan kepada awam..
setuju dengan mantot, sejijik2 pelakon tu..jijik lagi wartawan kat Malaysia ni, saja perbesarkan cerita nak jadikan kontroversi..klu hal peribadi artis, wartawan xpyh layan tak boleh ke?kan lagi bagus si wartawan ni pegi nasihatkan si artis tu pergi berdamai je dengan mak dia. tak payah nak kecoh2 satu Malaysia. dah lama tak tengok Melodi sebab pengisian zero giler.
maaf ckp owner blog. kau lagi teruk daripada melayu2 bangang tu sebenarnya. daripada kau terus mengutuk kaum kau sendiri (yang memang teruk), lebih baik kau buat satu usaha utk memajukan bangsa kau sendiri. daripada kau berselindung di sebalik laptop kau then mengutuk menyumpah seranah bukan2, apa kau dapat? kau sebenarnya memang suka kaum kau terus bangang supaya kau terus dapat modal untuk blog kau. sebab bila kaum kau dah bagus dan otak minda semua dah berkembang, kau dah hilang modal untuk blog kau kan? pathetic bro.
terus2an cursing malay xkn mengubah apa2 melainkan kau sendiri yang ada inisiatif untuk membangunkan kaum sendiri. bukan dengan melepas marah di blog. nampak sangat keyboard warrior.
Melodi tu sendiri ntah apa tujuan bersiaran. Takde benda positif pun dlm show tu. Lagi sibuk nk jaja aib orang. Mcm ni ke cara carik makan? Dgn menjaja crita yg ntah apa.
Zekebar, mantot post benda yg btol. Ini salah satu inisiatif dia la ni nak bg org paham. Duduk berak dlm jamban pun mudah nak baca hasil usaha mantot beri kesendaran kt org ramai ni. Tekan hpon je baca hah ni
anon atas yang respon kat aku:
aku maksudkan kat komen aku td, bangun, tutup laptop, then buat satu rangka pelan cemana nak bangunkan bangsa sendiri. 1st thing is ubah diri sendiri. bila diri sendiri dah betul, then baru ajak kawan2 melayu yg lain berubah sama. suntik kesedaran. aku pun da lama tgk si mantot cursing malay. and memg betul kebanyakan yg dia sumpah seranah tapi sampai bila? relevan ke andai tiada usaha?
yeah duduk berak dlm jamban memg boleh tgk tp berapa kerat je manusia yang mampu ada smatpon walaupun rebat 200 tu dah ade? talking to myself, aku sndri x pernah ada smatpon sbb aku x mampu. baca blog ni pun kena pergi cc. cemana dgn org lain? cemana dgn org kg yg limit sangat internet? cemana kesedaran tu nak timbul andai skop yg dituju tu hanya untuk org2 yg ada kat bandar or org yg sakan guna iphone samsung?
aku penat tengok org bangsa aku sendiri kutuk2 bangsa yang diwarisi sejak lahir tapi setakat kutuk. effort zero. and keep cursing like it can change the world. tutup laptop dan pergi ke luar. luaskan skop. itu je.
Seribu Likes untuk Zekebar.
Klik nama aku & jom bertindak. Jngn mencontohi penulis zero effort.
best pe kutuk2 lol..
dah tu ko baca buat apa..
ko tengok tv buat apa lol..
zekebar
Aku bukan nak bela si mantot nih. Kadang aku rasa nak smack je si mantot nih dok kutuk bangsa sendiri.
But hey, at least aku nampak effort yang dia cuba bagi melalui penulisan dia walaupun kadang2 ayat yang dia guna pedas tak ingat dunia. Ko tanya sampai bila nak menulis? Tapi apa yang aku boleh kata, itu mantot yang ko nampak dalam dunia internet, masa dia online. Macamana pula masa dia offline? Siapa tahu masa offline, dia ada buat semua benda yang ko katakan tuh. Dia tutup laptop, pergi luar dan luaskan skop dia. Dia buat semua tu, but instead of changing it outside, dia ambil dan bawa balik semua hasil dia dan tuang dalam blog nih. Mungkin ko akan tanya balik, banyak2 benda lain, kenapa blog? Well,apa aku boleh kata, lain orang, lain caranya. Mungkin pada mantot, blog la medium paling sesuai untuk dia ajak orang ubah dunia ni.
Aku tak kata ko salah bro, in fact apa yang ko kata tu memang betol. Nak betulkan orang, kena mula dengan diri sendiri. Dan aku harap kita semua sama2 ke arah tu. Cheers!
Mengutuk org lain tengok gosip tapi diri sendiri layan gosip. Itulah zero effort yg dimaksudkan oleh zekebar.
Apa kaitan rancangan melodi dgn gov?
Catat Ulasan