Mac 30, 2013

Ustaz dan Ustazah Kat Sekolah Tak Kerja atau Ada Yang Kaki Ponteng Sebenarnya?

Kecantikan dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.

Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan. Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan. Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che Ta berkata, itu adalah hak masing-masing.

 "Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri. "Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam. Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.

...............

28 Mac – Pelakon Rusdi Ramli tampil menjelaskan isu berhubung kontroversi sebuah babak di ranjang dengan aktres jelita Nora Danish dalam filem terbarunya yang berjudul "Mencari Cinta".

Mengakui melakonkan adegan itu, Rusdi berkata bahawa apa yang dilakonkan itu hanyalah sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran.

"Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah," ujarnya kepada Harian Metro. Tambah Rusdi lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora dan tidak menyangka adegan itu akan menimbulkan kontroversi di kalangan penonton.

................

PETALING JAYA: Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali. "Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.

“Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki. "Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh."

......................

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi. Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih.

Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.

............

Cuba Anwar Ibrahim hina sunnah Rasulullah....laju aje ajak orang berkumpul.
Nota - Gambar Heliza sekadar hiasan.

17 ulasan:

lkjhgfdsa berkata...

Yang last tu paling tak tahan. Sunnah Nabi? Pui. Nabi tak ajar macam tu la weh!

Fara Abdul berkata...

1) when i walk in the spot this is what i see,
everybody stops and lookin at me
i got zain in my arm and a short skirt to show it
i'm sexy and i know it

2) adegan ranjang- kutuklah macam mana pun, itulah modal utk org berbondong2 ke pawagam. hipokritla kutuk adegan ranjang tapi nak juga tengok di wayang dan tv (dvd juga). kalau betul2 x suka jgn tengok.

3) pengarah cerita tu pun hanya buat some lame excuse. padahal, puak2 yg buat cerita ni mestilah nak untung besar. apa yg bg untung besar tanpa modal byk? jual seks/ adegan ranjang. maklumlah, first time buat/ arah filem; kena buat big entrance. penonton la yg bodoh; bagi untung pada mereka.

Master Yoda berkata...

kah kah kah...

sian depa semua ni...bila suh blajar PENDIDIKAN ISLAM masa sek dulu, tidoq..tak best...boring...padahal belajar agama sendiri...

buang la ISLAM kat IC tu kalau komen mcm tak reti agama sendiri

plain83 berkata...

wow... berani guna alasan sunnah nabi utk menghalalkan benda yg haram, dasat pengarah melayu islam sekarang...

Nerzhul berkata...

sex sales

Jay berkata...

Pengarah, Pelakon, Penulis Novel alasannya sama. Kisah suami isteri mmg hot di pasaran.

Tanpa Nama berkata...

1)Erm susah nak cakap dah pi umrah tapi masih tak terkesan ke hati.. merubah diri.. Dia ni rasa dia hot lagi tu nak berseksi.. tapi kalau tengok dia takda la semulus nora Danish yang Rusdi ramli peluk huhu.. Apa-apa la.. Peminat tegur sebab peminat sayang tapi kalau dah seksi tu hak peribadi tak tahu la nak cakap.. :) peminat yang sayang dah tegur dan ingatkan..

2)Best ke peluk Nora Danish tanpa alas lol.. Yea arahan pengarah kita ikut arahan pengarah teratas kita jarang ikut bahkan selalu langar :( Mungkin kita jarang baca script/guideline yang dah Dia bagi..

3)Owh mesra pun ada had lol.. Kalau bayar lebih boleh downkan had tak? lol..tapi fazura ni income model pun dah cukup tak perlu nak berlakon2 mesra pun.. TMJ pun masih syg ke? :)

4)Sedangkan kisah ranjang suami isteri yang sah pun tak boleh didedahkan ditunjukan kepada orang lain.. ini lagi yang tak sah kepada umum pulak tu.. Adoi.. rosak

Tanpa Nama berkata...

ni bukan salah ustad-ustazah nih. ni salah mak-bapak. wahai manusia2 sekalian, belajarlah agama start dari sekarang. jgn sbb kejahilan & kedegilan ko, ko rosak anak yg lahirnya suci.

NeemoNeemo™ berkata...

Kudos to Annakholat.

'hipokritla kutuk adegan ranjang tapi nak juga tengok di wayang dan tv (dvd juga). kalau betul2 x suka jgn tengok.'

Si teNang berkata...

1) orang tegur tu sebenarnya adalah perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w.
"berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran."
{surah al-Asr: 3}

2) kenapa nak ikut arahan manusia? manusia bukan tuhan. hurmm..inilah jadinya bila jadi hamba duit.

3) dah ok la jugak tu taknak peluk2. kena dakwah lebih sikit kat fazura ni. heheh

4) hadui laa..sedih Nabi kita kalau baginda s.a.w. masih hidup..

kesimpulan: depa nih bukan tak blaja agama or tido dalam kelas masa subjek PAI time skolah2 dulu. tapi..blaja PAI tu sekadar nak boleh jawab or lulus exam je. agama ni bukan hanya untuk dipelajari tapi untuk diamalkan dalam hidup seharian. semuanya bermula dari intitusi kekeluargaan dan ibu bapa yang tegas mengamalkan dan menerapkan agama dalam anak-anak. kalau acuan kuih tu bentuk petak, kuih takkan jadi bentul love..kecuali dengan rahmat Allah s.w.t.
Yang bergelar ibu bapa, didiklah anak2 jadi mukmin yang soleh dan cemerlang akhlaqnya! :)

Unknown berkata...

Knapela ko tuka tuka header?

Tanpa Nama berkata...

Header Tajaan BN ke? :D

Tanpa Nama berkata...

dah la Mantot.

Tanpa Nama berkata...

Cuba video nuar sontot tu.. ko sendiri tak mampu nak komen mantot... hahaha

Tanpa Nama berkata...

bang tot, de vdeo baru.. deleted scene adegan mlm pertama dlm amukan azazil la pulokss...hahaa..dunia..duniaa

Tanpa Nama berkata...

Pendapat aku : Apa shj yg ditayangkan dlm kaca tv melalui apa shj jenis syarikat media adalah 99.9% LAKONAN, termasuk reality show & ceramah agama (selepas dihadkan dialognya oleh pihak penerbit). Siapa ingkar, kena gam/banned. Yg betul2 real cuma sukan aje (itupun kalau tak jual game la). Maka makin tertipulah para "simpletons" yg bangga dgn budaya suka ikut-mengikut & idol-mengidol kat Malaysia ni.

Hime berkata...

teruknye pengarah skrg ni..ikut sunnah? hancur la org islam yg berlakon skrg ni..sume kne ikut arahan prngarah..hmm..mcm xberkat je keje mcm tu..haiihh..cmne la islam xdipandang hina org len..s