Kuala Lumpur, 29 Mac - Kerajaan Malaysia hari ini telah berjaya meluluskan satu pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia apabila sistem Demokrasi Berparlimen yang telah digunapakai sekian lama, bakal digantikan dengan sistem Demokrasi Satu Malaysia.
“Sistem sedia ada yang digunapakai sekarang mempunyai terlalu banyak ancaman, jadi saya dan Raja-Raja Melayu bersetuju untuk menggubal sedikit perlembagaan Negara agar sistem baru diperkenalkan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak.
“Oleh kerana sitem demokrasi sekarang mempunyai dua pihak iaitu pihak kerajaan pusat dan pihak pembangkang, agak bahaya jika sistem pembangkang terus diwujudkan kerana ini mengganggu pihak kerajaan, khasnya orang-orang lebih mahir, seperti kami, dalam membuat keputusan yang dapat menguntungkan rakyat,” sambung beliau lagi.
Sistem baru yang bakal diperkenalkan selepas pilihanraya ke 13 nanti bakal melenyapkan pihak pembangkang dan akan digantikan menjadi satu sahaja badan iaitu Kerajaan Pusat 1Malaysia dan semua wakil rakyat yang bukan dari parti pemerintah diwajibkan menukar keahlian parti jika mahu terus kekal dalam Kerajaan.
“Terlalu banyak urusan tertangguh hanya kerana pihak pembangkang terlalu gemar berpolitik. Kami mahu beri BR1M, mereka kata tak payah, kami mahu hulur bantuan mereka kata pancing undi, jadi ini adalah jalan terbaik untuk Malaysia,” Najib Razak memberikan penjelasan.
Datuk Seri Ahmad Najib Razak dilaporkan telah pun menemui Permaisuri Elizabeth untuk mengambil kira pandangan beliau berkenaan isu itu kerana Kerajaan British yang telah memperkenalkan sistem demokrasi di Tanah Melayu. “Dia suka, dia setuju,malah dia kata go for it,” ketawa Najib Tun Razak ketika berbicara.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilaporkan sedang berada di Mindanao, Filipina atas urusan peribadi tidak berjaya dihubungi oleh wartawan kami. Wartawan kami hanya sempat menembual bekas pembantu peribadi beliau iaitu Datuk Saiful Bukhari Azlan. “Ini adalah langkah yang paling tepat untuk memacu Malaysia ke arah Wawasan 2020. Lagipun, Datuk Mohd. Najib Haji Razak adalah orang paling layak menerajui Malaysia, bukan Anwar Ibrahim, bukan Wan Azizah, bukan Hadi Awang dan sudah tentulah bukan ayah saya.”
“Saya harap rakyat Malaysia dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Kita sudah berada di satu era yang memerlukan globalisasi yang mampan dan sistem pembangkang merupakan satu sistem yang sepatutnya dilunyaikan dalam membawa Malaysia ke satu taraf yang lebih baik,” ujar Datuk Seri Najib lagi. “Saya mahu rakyat bersama dengan kami, Barisan Nasional, kerana apa yang kami mampu berikan, adalah kurniaan Tuhan Yang Maha Esa.”
“ Hanya Barisan Nasional yang mampu memberikan rahmat. Jadi, kenapa perlu kita bazirkan duit rakyat untuk bayar pihak pembangkang? Bukankah lebih elok , selepas ini, kita dapat salurkan wang peruntukan yang sedang diguna untuk pihak pembangkang ,diberi kepada rakyat?” Tanya Datuk Panglima Nik Najib bin Razak lagi
“Kenapa perlu susahkan diri dengan sistem sedia ada, kalau jalan mudah adalah rakyat hanya perlu percayakan saja Barisan Nasional dan berikan saja Barisan Nasional mandat memacu Malaysia,” tanya beliau sebelum mengakhiri perbualan kami.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Yusof telahpun mengumumkan Barisan Nasional adalah pemenang dan bakal pemenang kepada semua pilihanraya umum Malaysia yang akan datang termasuklah pilihanraya umum ke 13.
“Perlembagaan baru menyatakan, selagi ada bulan mengambang dan selagi bintang berkelip, Barisan Nasional sahaja satu-satunya parti yang boleh memerintah Malaysia. Perlembagaan baru ini juga menyatakan hanya Barisan Nasional yang boleh memilih sama ada hendak atau tidak melepaskan keistimewaan itu,” beritahu beliau.
“Bolehlah saya bersara sekarang dengan tenang,” ujar beliau ketika memasukkan kad perakam waktu di pejabatnya buat kali terakhir.

12 ulasan:
Berita paling sarcasm abad ini.
Aku sedang membayangkan kalaulah ianya benar2 berlaku.
ha3 lawak tahap vavi
hahaha dasat imaginasi, cam biasa...
wujudkan 'republik malaysia' terus lagi bagus.
"Sistem Demokrasi Republik 1 Malaysia"
kan sodap bunyi eh!
Sistem beraja la.. :)
Macam berunei lepas tu petera2 raja gaduh berbunuh sebab nak jadi raja.. lol.
kita duna demokrasi tapi bilaaku tengok tv aku tak nampak demokrasinyea.. yang ada demo tak kasi.. :D lol..
Mantot ni bodoh ke apa? Kalo nak buat lawak pun buat la lawak yg berilmiah sikit. Jangan jadikan diri anda sama level pelawak bodoh... menjatuhkan standard diri. Cursing Malay berbalik ke diri sendiri curse yourself!
Sistem demokrasi mesti ada pembangkang. Perkara ni memang tak akan boleh diubah. Negara tak dipanggil negara demokrasi jika takde pembangkang. Autokrasi adalah perkataan paling tepat utk kerajaan yg takde pembangkang bukan 'Sistem DEMOKRASI Satu Malaysia'.
Aku tengok Mantot ni menonjolkan kebodohan diri sendiri je kebelakangan ni... kesian Mantot. Tolonglah Mantot, jangan jadikan pembaca blog anda jadi bodoh sebab ideologi politik berbeza.
anon March 15, 2013 at 9:43:00 AM GMT+08:00
ko yg bodoh.....kah3
Anon 15/3/13 9.43am kat atas ni.. ko ni nak kate tak reti baca boleh lak menaip ..macam mantot cakap..ko tengok tajuk tu..terang-terang dia tulis "kadang-kadang bila layan propaganda, ini yang aku bayangkan" ape bangang ko ni...
Inilah realiti Malaysia sebenarnya yg tak semua nak mengaku. Di satu pihak kata apa yg pembangkang buat semua tak betul dan mati-matian diorg nak kalau boleh takde pembangkang langsung. Tidakkah ia sama dengan republik?
jgn la panggil dia bangang ke bodoh ke,mungkin dia tak perasan kot tajuk tu camtu.
Hahaha! "The" Najib's name changes at every paragraph. I pity ppl who doesnt get sarcasm then call other ppl stupid. Pegi belajar lagi okay? Kite pun jgn cakap dia bodoh. Kesian dia tak faham.
bila 1Malaysia ni memang harap macam cerpin ko Mantot tapi tu la.. demokrasi.. demokasi demontrasi demobalingkerusi
1manusia pun perangai masing-masing.. 1tuhan tapi akidah lain-lain.. hoho
Catat Ulasan