Mac 12, 2013

15 Langkah Bagaimana Melayu Halau Melayu Keluar Daripada Kawasan Yang Sudah Membangun

1. Katakanlah, kau seorang yang nak beli rumah.

2. Tapi kau tak mampu sebab rumah mahal sangat.

3. Kau pun decide, takpelah, beli ceruk2 sikit. Rumah pun harga berpatutan.

4. Kau pun beli satu rumah teres dekat area Semenyih, RM280 ribu.

5. Pada kau, berbaloi la Rm280 ribu, kau kongsi loan dengan pasangan kau buat joint loan.

6. Lepas 3 tahun, kau terfikir tak nak duduk rumah teres lagi. Nak upgrade. Anak makin ramai dan buas.

7. Kau decide nak beli rumah semi-d, dengan syarat kau jual dulu rumah teres kau.

8. Kau pun tengok market price rumah kau sekarang berapa.

9. "WOW! DAH NAIK JADI RM480 RIBU! LAGIPUN SEKARANG DAH ADA TESCO! DAH ADA HOSPITAL! TAHUN DEPAN NAK ADA LRT! "

10. Kau pun plan nak jual. Sebab lot kau bukan lot bumi, sapa2 pun boleh beli. Lagipun permintaan berlambak sekarang.

11. Kau pun letak RM520 ribu (negotiable).

12. Ada beberapa couple Melayu telefon, tanya2 kalau kau nak jual RM350 ribu ke Rm380 ribu, tapi majoriti akan beli guna loan bank, jadi proses dia lama sket. Kau kata kena tunggu dulu.

13. Ada couple Cina nak beli RM480 ribu.

14. Kau jual dekat couple Cina tu. Sebab kau nak beli semi d harga Rm520 ribu. Kau tak nak rugi. Lagipun harga jual still tak kira berapa balance loan yang tinggal still perlu diselesaikan.

15. Couple-couple Melayu yang nak beli rumah kau, akhirnya mencarik rumah untuk diorang beli, makin jauh ke dalam ceruk. Makin jauh daripada bandar.

16. Macam mana harga rumah nak turun kalau semua orang yang beli rumah nak harga rumah dia naik?

17. Sanggup ke kau take a hit dan tanggung kerugian, untuk pastikan orang Melayu yang mampu beli rumah kau? Atau dalam bab ni, money talks?

18. GILA KE APA KITA NI? KERETA 60 RIBU, AFFORDABLE! RUMAH RM320 RIBU, AFFORDABLE! MAKAN KAT LUAR SATU FAMILY RM80, AFFORDABLE! Untuk sebuah negara yang claim gaji purata kita adalah RM1500....mentaliti kita ni mentaliti orang gila sebenarnya.


55 ulasan:

Irfa berkata...

rumah aku teres 2 tgkt.beli tahun 2003.masa tu rm83 ribu.mana nak dapat rumah dua tgkat dgn rega tu tp aku beli sbb itu je yg mampu w,pun agak terceruk..sekarang dah naik 130ribu.sapa nak beli?hahahaha

Muhamad Hafizee Haris berkata...

dunia sekarang "money talks beb" walaupun sesama bangsa.

FY berkata...

true! aku beli rumah kat Saujana Rawang tahun 2011..time tu harga 280 ribu..baru siap bulan ni dan harga market dah jadi RM 420 ribu..perghhh,rumah landed skrg mmg mencanak naik harga nya..280 ribu tu pun semput nak bayar..mmg giler!!!

bunga daisy berkata...

my MIL nak jual rumah dekat bdr bukit Makhota. Rumah teres 2 tingkat. Konon nk beli untuk anak, tp anak dh ade rumah lain. Tak pernah duduk dan tak pernah bagi sewa sejak siap.Cer bayangkan keadaan rumah. Nak bagi sewa kene repair dulu. Kalu repair rase tak balik modal.Jadi parent in law decide nk jual rumah tu sbb takde siapa nk monitor keadaan rumah. Nk jual dengan harga rm260K. Ade chinese nak, ada melayu nak..tapi kami reserved untuk melayu lah, .Just nk highlight kami masih amalkan sikap bantu sesama melayu. Daripada rumah tu terbiar baiklah ia nya berpenghuni.

PUANSTOBERI berkata...

Betul. Mentaliti affordable tu buat pihak2 tertentu senang naikkan harga sewenang-wenangnya.
Makan eskrem semangkuk kecik RM20 pun org tak kesah skrg. Itu lah dia nyer.

Kesian kat member2 yg nak carik rumah. Nak rumah teres, tp jauh dari KL nih. Me, myself pun dpt rumah takde tanah ja. Itu pun 3 thn lps, skrg ni harga dah berganda2.

mira berkata...

sy duduk area kampung je,tp umah semi-d kt pekan dkt kampung sy ni dh rm250k..gila x gila..tp ada je org beli..hu3..sy xmampu la..dpt duduk umah family dh syukur Alhamdullillah..xmampu nk beli umah skrg dik non..

Tanpa Nama berkata...

Okeylah,ko jual rumah tu kat couple melayu dgn harga murah,alasan nak tolong melayu.Pastu diorg tau harga market kat situ RM480K,so dia jual kat cina sedangkan dia beli RM 320K.Dia carik rumah lain sbb dah untung atas angin lebih RM160K..camne nak buat ha?
Zaman skang,suka ataupun tidak,kene terima hakikat,sumer org nak untung.Sebab harga barang mahal dan gaji sikit.Melainkan ko dh terlampau byk duit sampai tak tahu buat apa.
Mentaliti melayu,org melayu lain kene tolong dia,tapi jarang nak tolong org balik kecuali ada kepentingan.Sebab perangai hasad dengki.Tgklah dlm berbisnes.
Cina? Kalaupun dia tindas bangsa lain,tapi bangsa dia,dia jaga.Dan,kenapa cina afford nak bayar RM480K sedangkan melayu tak boleh?

Tanpa Nama berkata...

SATUUUUUU....MELEISIA!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

orang kita ni memang gile.

Galasy Note 2 rege dekat 2ribu...berlambak yang pakai

ade member sorang, galaxy SIII, Nokia N9...pastu gi amik BR1M...aduyaiiii


kaya orang kita nih...berhutang sampai mati.

RD berkata...

Kat gambar tu rumah siape ye?

syuhadaa berkata...

Ade jiran aku nak jual rumah dah siap renovate dgn harga 99K, tapi kena bayar cash.

Ade gak cina nak beli dgn harga lagi tinggi tapi dia taknak.

Dia kata sayang je dalam rumah tu dia dah solat, dah buat doa selamat ape semua, nak bg org cina/india semayang pulak.

syuhadaa berkata...

Komen tambahan:

Ni yg aku tensyen skang ni. Dah grad tahun 2011, tp permanent job tak dapat lagi. Tengok harga rumah buat aku rasa macam mustahil je aku nak beli rumah atas nama aku.

Kereta pun pakai ehsan bapak aku sebab aku tak cukup duit nak beli kereta.

Tu tak campur hutang PTPTN 14k.

Atas sebab tu aku maseh setia dengan telepon SE T700. (tetibe)

Ni naseb baik aku pempuan, kalau aku ni laki, alamat tak kahwin la den...

Nak beli rumah sekarang, aku takde duit. Tak beli sekarang alamatnya makin melambung lah harga rumah..

Hmmm.... kat negara lain pun macam kita ke?

TKD berkata...

Tanah banyak tergadai macam tu la..
sebab bangsa lain ofer mahal.. Kita kelabu mata jual last semua kat bandar diduki oleh Bangsa Cina warga asing etc.. Bangsa kita kedekut lepas tu tamak pula..

Macam kat johor banyak rumah & tanah dimiliki warga Singapura.. sebab mereka mampu beli.

Lagi satu Montot - Harga Rumah banyak kena goreng.. tu sebab kat KL naik mencanak sampai orang tempatan tak mampu.. Yang goreng ialah jutawan-jutawan dari Cina dari Hong Kong.. mereka manipulasi harga hartanah.. Gomen patut buat sesuatu berhentikan permainan ni halang dari harga hartanah melambung sampai rakyat sendiri tak mampu nak beli.

Jadi macam berunei orang luar tak boleh beli hartanah kat berunei.. ok je kaya jugak berunei.. :) ada aset kat luar negara.. Kita aset dalam negara pun tergadai..

Master Yoda berkata...

Money Talks..thats it...

Sori, hang nak, hang kene usaha...

Melayu ke ape ke, tolak tepi...

Gua pun usaha gak nak dptkan umah lagi satu kat area bdr walaupun harga macib...

Sekian...

Tanpa Nama berkata...

flat low cost dulu RM40k~ 8 tahun dulu... skrg RM90k-120k kat area aku.. untung ooo beli 8 tahun dulu jual skang... flat tu bukan ada lift pun...

muhammad hatim berkata...

bro mantot ,

gua mmg salute kat lu , pemikiran lu pemikiran masuk akal . kalau lu perumpuan la mantot , dah lame wa upah private investigator cr lu , wa nak masok minang teros

syabas bro

*papahal jangan undi dacing

Tanpa Nama berkata...

mantot,

ko sgt betul.terima kasih.

yang benar,
aku yg malas nak komen pjg lebar.

Tanpa Nama berkata...

Aku beli flat lowcost. 3 tahun lepas owner beli dgn harga 42k. Dia nak jual 60k. Tapi aku beli jgk sebab aku malas nk berpindah randah, rumah tu end lot, harga rumah tu antara yang murah kat area tu. Ada yang nak jual sampai 90k. Aje giler harga.
Dari aku bayar sewa sampai ke tua, baik lah aku buat harta.

Tanpa Nama berkata...

kita dok saja PPR dan PPRT..org melayu mana mampu beli banglow, teres, semi d semua..flat ja... bersyukurlah ada gak rumah tempat berteduh


~ kata beberapa orang kat malaysia ni



puui....aku belum abis study lagi, dah pkir cmne aku nak beli rumah sendiri utk keluarga nanti...

adakah aku kena duduk kat kawasan jin betendang,ceruk tok kun dan ulang alik ke bandar tempat aku keja, atau aku jual sayur,buat kedai runcit kat kawasan luar bandar jer, takyah keje guna kelulusan universiti

Tanpa Nama berkata...

Setuju .mentaliti kena betul. kalau nak untung beli tanah dulu.harga dulu sekarang lain benaw.

Tanpa Nama berkata...

beli rumah first yg murah je masa tahun kedua kerja in 2006, memang ikat perut la time tu after dah tolak duit untuk parents, kereta, bil, rumah tinggal 2-3 ratus je sebulan..so masa tu memang kena adjust sikit la lifestyle...

sekarang gaji dah naik banyak, dan dah pindah kl..still nak duduk area bandar dan baik beli dari mengkayakan orang lain, makanya belilah jugak kondo setengah juta sebelum harga dia naik lagi..maka bermulalah cycle hidup berpada-pada semula...rumah first tu dah sewakan kat orang, jadi bayaran bulanan dah tak payah risau lagi...kondo tu pun nanti senang2 je boleh sewakan lagi tinggi dari bayaran bulanan....kalau boleh beli time2 muda ni, usahakanlah juga dan kalau boleh pilihlah lokasi yg cun kalau anda tak plan nak duduk selama-lamanya di situ

kalau tengok kawan2 lain yg belum ada komitmen beli rumah lifestyle masing2 memang best, tapi saya pakai seadanya je..

kita boleh mengeluh, tapi hakikatnya market rumah ni dikontrol oleh developer dan demand sekarang tinggi...of course diorang akan go for the highest margin

and if u go to google, mumbai punya real estate property is more expensive than manhattan...tapi banyak yg macam taik jugak

saya banyak kawan cina, diorang mmg lagi power la bab2 property investment ni...ada yg sanggup ambik overdraf untuk beli property....saya tak mampu dan tak pandai nak ikut macam diorang...so saya follow satu je golden rule --> location, location, location

Tanpa Nama berkata...

oh lagi satu tambahan....kitorang kawan2 mmg jenis yg target beli rumah dulu before beli kereta, so most of us just pakai motosikal/kereta murah/naik bas, etc masa mula² kerja....berbanding dengan kawan² lain yg start kerja kat bandar besar and most of them beli honda city as their first car (culture shock untuk small town girl macam saya)...

kitorang rata-rata gaji starting 2500-3000 masa tu, so maybe tak applicable untuk semua orang...tapi untuk yg fall under that category, I hope my experience sharing ni bisa membantu

aslina majid berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Fikirkan,
Siapa yang patut kebajikan rakyat? Sapa yg patut jaga kepentingan rakyat? Keperluan asas rakyat sapa kena jaga patutnya.. rumah, kenderaan, api, air, jalan, pendidikan... sapa patut jaga? Patutnya kerajaan yg kita pilih yg jaga semua ni. Tapi apa dah jadi? Semua diswastakan... bila dah diniagakan mesti fokus keuntungan. Yg kaya golongan korporat... Tanyalah org TNB, CELCOM, PETRONAS, SYABAS, PLUS, DLL... berapa banyak depa untung? Berapa bulan depa dapat bonus setiap tahun?... akhirnya yg rugi aku kau dan mereka...... So fikirkanlah bila mengundi....

Regards, ArKay

Tanpa Nama berkata...

Tambahan, beberapa tahun dulu aku pernah tanya seorang saleman kereta melayu.... aku tanya polar jenis kereta dan gaji org melayi dan cina. Sbb bila nak apply loan dia boleh tengok gaji. Katanya, melayu gaji rm1500, beli wira. Cina gaji rm3000 beli iswara.... kenapa?

Tanpa Nama berkata...

Tambahan, beberapa tahun dulu aku pernah tanya seorang saleman kereta melayu.... aku tanya polar jenis kereta dan gaji org melayi dan cina. Sbb bila nak apply loan dia boleh tengok gaji. Katanya, melayu gaji rm1500, beli wira. Cina gaji rm3000 beli iswara.... kenapa?

mohd fadzli berkata...

memang betul ...duit wat kita jadi hamba..

adam black berkata...

salah cta ni..langsung xtepat. cina offer lbh or alien skalipun, knpem bg yg lbh. ni bkn kes melayu halau melayu. bole ke aku ckp, melayu yg nak bli tu xnak tlg melayu(tuan umah) sbb offer murah???

Tanpa Nama berkata...

Umur da cecah 30 tp masih single wat aku sedih. Tp dgn brbekalkan kesabaran, bergaji tak prnh lebih 2k, aku kini brjaya beli rmh teres arga 170k kt tlok pglma garang. Dan ya, aku trpksa guna dua nama utk dptkn loan. Ini sajalah aset aku dan aku bangga dgnnya. Kenapa aku pilih rmh dr beli kete? Da tentu psl arga masing2 di masa akan dtang kelak. Tp aku x brmksud utk jualkan rmh aku ni. Aku suka tinggal rmh teres. Itu aje.

P/s: lagi satu mende nk diberlagakkan. Aku da abes baya utang ptptn. Ada hati, sume bule jd. Doa, usaha dan tawakal. Syukur.

Tanpa Nama berkata...

Suruh anak ko belajar rajin2, bukak lawyer firm. Aku tgk lawyer ni seronok makan duit atas angin je.. Aku beli rumah dah la kena bayar lawyer fees mahal, lepas dia buat delay, pembeli pulak kena bayar denda ribu2.. Pundek punya undang2 tak membela hak pembeli.

Tanpa Nama berkata...

@adam black aku setuju ngan ko.

kite hidup dlm free market economy, kalau ko tak mampu duk dekat, gi duduk ceruk(gi main jauh2)

no excuses, nak lebih, gi usaha lebih..



Tanpa Nama berkata...

isu rumah bukan isu individu @ duit. isunya ialah kenapa developer buat rumah yg majoritinya penduduk tempatan terutamanya bumiputra tak mampu nak beli?

Tanpa Nama berkata...

persoalan yer saper yg control semua nie.....hrge umah mencanak2 naik mcm wambut k.mah....harge umah 2 tingkat kat kampung pong RM 350K...kat kg beb...aperkah smua ni....lepas ni mmg TUKAR laaaaa.......ini kalilaaahhh......

Tanpa Nama berkata...

mantot,
kadang aku rasa stress gak, dgn gaji 1500 bersih + gaji suami dalam 2k, kena bayr keta 700 sebulan, rumah low cost 350 sebulan, anak+ barang mahal=susu naik rega, last2 tgl duit cukup2 makan, duk pk nak cari income sampingan celah mana pulak huhu

Laici berkata...

yang cakap orang kita tak cukup usaha tu, aku nak cakap korang bodoh boleh tak??

abis orang kita berniaga burger sampai lewat malam,jual kain baju,seluar,kasut,jersey kat uptown,downtown waktu malam tu tak usaha?


usaha usaha gak,tapi harga yang tak masuk akal camne nak capai? kau pikir keluarga yang kelulusan spm jer, keje kerani, driver...dorang mampu ke beli rumah sendiri? mampu la kalau rumah kat ceruk ceruk hulu tu



ps: mak bapak sibuk cari duit siang malam, sebab nak beli kemudahan, anak2 terabai... tu yang jadi masalah sosial plak, anak2 lari rumah ikut boifren, rempit..



Tanpa Nama berkata...

x ckup gaji 1500 nak idup kat bandar beb.. mmg merana.. kne buat mcm2 parttime. buat cuci kasut ke. jd rela ke.. jpam ke.. jd bilal surau ke, dapat elaun..

penyelesaian nak umah besar mcm org lain.. cari umah yg ada kes org bunuh diri, kena bunuh dsb.. xpun upah org bunuh tuan umah, pastu beli umah dia..
komfem boleh diskaun.. yg lain tanggung kemudian..

rumusannya, gagal usaha bole jadi kejam..

Muhamad Hafizee Haris berkata...

usaha mmg usaha, jgn kata dgn usaha ko blh beli rumah RM500k. ckapa pandai la usaha2. usaha jual dadah blh la.

Tanpa Nama berkata...

rumah baru LOT BUMI harga tinggi melangit, tiada Melayu yg nak beli, selepas 5 thn pemaju minta lepas status LOT BUMI dari kementerian...hidup Melayu !!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Sumer...

hehe... Nie aku fikir plak. Rumah biar la ikut kemampuan. Asal ader dan boleh duduk cukup lah. Tu pn dah nikmat n kene bsyukur.

Duduk la appartment pong. xperlu la nk teres, semi d ngan laen2 yang hebat². Sebab kt duduk xlame pong. paling lame pn 50 tahun.. pastu anak² kite lak duduk.

Allah xtanye pn kt duduk rumah ape. Kt pn bkn leh bawak rumah tu ngan kt nnt. keje penat² and bayar mahal² last²... Pe yg kite dapat. Puas hati sbb ader rumah mahal n beser?. selesa.. betul. Mmg kt kene zahirkan nikmat yg Allah bagi.

Point aku ikutlah kemampuan.
Utk dunia, pandang la org dibawah. Utk akhirat, pandang la org diatas.
klau mampu apartment je, xsalah pn beli. tempat aku ader je apartment harga 50k. Puchong.

Klau kt bersyukur, Allah akn tmbah lagi nikmat.. syukur la ader rumah wlau pn xhebat cam org laen. Klau rumah kt besar pn n dunia nie kt punye, ttp akn rugi klau mati x masuk syurga.

So, slow² la utk kejar pekara dunia n banyak'n lah kumpul 'duit' utk beli rumah kat sane nnt. Sape usaha lebih, die dpt lebih.





Tanpa Nama berkata...

setuju dgn en anon di atas. nk kejar nikmat dunia, smpai bile pun x puas

Tanpa Nama berkata...

Ala,napa nak membodohkan org yg cakap kita kene usaha.Toksahlah marah2 pun.Kita usaha ajerlah selagi boleh.Bukan apa,kdg2 terfikir,Cina x dpt byk keistimewaan mcm org melayu,tp naper mereka lebih mampu beli rumah mahal.Dulu sy penah keje bank,sy peratikan,org cina ialah bangsa yg suka menyimpan duit dan mereka tahu calculate keuntungan dr dividen/interest/profit rate.Diorg bkn keje gempak pun,ada sorg ni,bukak bengkel motor jer,dtg bank baju penuh minyak motor.Bwk motor ke hulu hilir.Bila perlu bwk family,barulah dia pakai keta.Hari2 dtg bank deposit duit.Siap compare kadar interest utk maximize keuntungan.Siap melabur dlm unit trust,etc.Alih2 beli rumah semi D,cash!
Melayu byk dtg bank,nk buat personal loan.Utk kahwin,byr utang credit card.Ini reality.
Kita pun boleh buat kalau mahu.Rasa nak duk umah besar,berdikit dikitlah dulu.Lifestyle takyah gempak sgt.Minimumkan penggunaan credit card,sentiasa ada simpanan kecemasan.Diorg pun face benda yg sama cam kita jugak,barang mahal,gaji murah.Tapi,pengurusan kewangan yg efektif tu kuncinya.
Kita untung,ada ASB,Tabung Haji yg offer bonus yg tinggi.Cina tak merasa semua tu,instead,dia cari alternatif lain.Masa kerajaan offer Sukuk,bangsa diorg lah berebut2 nk invest.
Just sharing.Selamat mencuba

Tanpa Nama berkata...

mudah je.. Dia bagi Br1M rm500

Dia tikam PCB/INCOMETAX beribu2.. lol..

Penat kerja eh.. tgk payslip membara je.. pastu kata orang tak berterima kasih pulak cheis..

Laici berkata...

pikir gak halal haram bro.. cina main sebat jer semua, tak kira halal haram....jual cd cetak rompak,markup barang kaw2, tipu customer bila jual barang2 komputer,repair komputer,handphone (maybe bukan semua la,tapi aku dah jumpa ramai yg amik kesempatan) unit trust, simpanan pelaburan semua, bukan semua yang islamik, konvisional



nak ker makan duit dari hasil haram?

ASB pun dipertikaikan halal haram nya, kalau kau pergi tengok kat majlis fatwa, kat negeri selangor kata haram, negeri lain ada yg halalkan, tapi sebab ramai org masuk,dan duit org bumiputera ramai dalam tu,fatwa kebangsaan halalkan atas sebab ekonomi org melayu bergantung pada tu



satu jer kekurangan melayu ni, ramai yang malas membaca,tambah pengetahuan...kita ambil apa yang ada depan mata jer, org masuk ASB untung,kita masuk..org ckp benda tu untung,kita labur...ntah halal haram, rugi untung..

bangsa cina ni rajin wat kajian,baca, mana untung, dorang masuk...labur,beli..tapi dorang memang tak kisah la sumber tu berkat tak berkat


~apa2 pun, rajin2 la membaca,tambah ilmu tu

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu yg membara,org yg layak bayar PCB/Tax,selalunya tak layak dpt BR1M.huhuhhhu

Kesan RIBA berkata...

Assalam u all,
Anda semua masih x nampak ke?
Rumah semakin naik sbb adanya BANK. Rumah harga 1 juta pun kerani bole beli, hutang 10 generasi la...
Sbb itulah RIBA itu HARAM, rasakan la kesannya...kononnya ada bank yg ISLAM...semua sama sahaja amalkan RIBA...kononnya tukar nama dari "pinjaman" kepada pembiayaan"...sebab itulah kita merana sekarang...selagi xde org yg bersuara...Terima kaseh diucapkan kpd bangsat2 yg "beli rumah bukan sbb nak duduk, tapi sbb nk tunggu harga naik pastu jual balik"...walhal ramai lagi yg perlukan rumah untuk duduk.Terima kaseh juga kpd bank2 yg mkn duit RIBA. TQ.

DRshairah berkata...

sy perempuan, sudah bekerja, dah berkeluarga.. skrg myambung blaja di luar negara, suami amek cuti tanpa gaji dan berada di sini utk bantu sy uruskan keluarga.. tp, walaupun ada kerja n income yg secured, sy masih tak henti2 berfikir, mcmana sy nk cari dan beli rumah yg selesa didiami bila balik malaysia nnt.. sy tahu, dgn gaji yg bakal sy terima nnt, sy masih tak mampu nk beli rumah di tmpt sy bekerja (bangi).. sape2 ada cdgn untuk bantu sy?

patutkah sy berusaha cari rumah sekarang, atau tunggu bila sy balik nnt? ada sesiapa blh share tips untuk beli rumah, esp rumah pertama? *sy suka bangi sbb bdr melayu:)*

DRshairah berkata...

ohh ya.. tahun lepas, sy tahu hrga apartment di bangi berharga rm300k.. (*_*)

Tanpa Nama berkata...

Jom bayar zakat banyak2 untuk elak cukai..hati tak sakit, rezeki bertambah2

Hazwan Mohd Nor berkata...

mantot, aku sokong hang. Melayu kena berusaha lebih. Drshairah; saya pun duduk Bangi (BSP)

Shida Idris berkata...

aku pun nak beli rumah asyik tangguh. yang ada RM100K rumah ppr, bukan kata berlagak tapi aku dibesarkan dari rumah atas tanah yang besar.

aku percaya kalau mak ko bagi ko bagi makan beras siam, ko kena bg makan beras faiza (way better) tapi aku x mampu walhal gaji lebih kurang je ngan mama aku (mama aku keje gomen).

tapi aku baca komen, aku terasa dengan diri sdr dan aku akan start buat research dan saving. TQ readers

Tanpa Nama berkata...

point ke 18. hanya ini.

Tanpa Nama berkata...

Bangi pon dah sesak...aihh beralihkan ke semenyih..dua tahun lalu dptlah rumah 260k...skang ni tk dpt harga tuh..

Tanpa Nama berkata...

Kesian baca komen ramai rakyat marhaen hidup susah/berhempas pulas. Lihat bgmana pemimpin dan anak2 mereka hidup senang lenang.

Jadi buatlah pilihan yg tepat dlm pilihanraya akan datang. Jgn kena tipu oleh 'pemimpin'(hipokrit) selama2nya

Ada faham?

Henzy berkata...

Aku pun kesian baca komen kawan-kawan kita.

Aku pun tak mampu nak beli rumah lebih 250K (aku rasalah) sbb aku ada anak bini yg perlu diberi nafkah. Jadi beli sahaja yg 170K.

Tapi betul, mcm Kesan Riba cakap di atas, kita semua telah terlebih bayar utk byk perkara. Riba dah berleluasa sgt. Yg Islamic pun gitu, bila kira2 balik menganiaya peminjam.

Bila kesan Riba cakap, aku terfikir org yg main jual-beli property ni tak kisah ker mereka makan hasil riba yg berganda2? Mereka tak terfikir ker gitu?

Apapun, zaman mencabar skrg ni, mmg kita hanya boleh hidup ikut kemampuan. Kalau kita cuba ikut pihak lain, kita boleh tewas. Yg penting, kita tak lupa agama dan asal usul kita.

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang kita memang nak hidup selesa.nak ada rumah yg selesa dengan harga yang berbaloi.

Harga rumah mencanak sangat naik skrg ni.Aku baru beli rumah dengan harga rm120k,sebelum dia start buat,aku dah pegi office dia tanya.

Alhamdulillah,dapatlah dengan harga rm120k,teres setingkat 3 bilik.

projek siap je,orang nak beli,harga dia dah jadi rm170k..

Macam PR1MA,aku tak caya sangat.sebab kerajaan cuma syorkan usul,yg buat nya developer.Offcourse dia akan cari peluang nak rembat untung walau kot mana pun