Mac 07, 2013

9 Perkara Mengenai Lahad Datu Yang Boleh Kita Aplikasikan Dalam Diri Kita

1. Kenapa bila dalam bab Lahad Datu, ramai yang mampu berfikir dengan lurus tapi bila bab peserta perhimpunan Bersih diberitakan meninggal dan kena belasah, geng2 penyokong kerajaan kata "padan muka." Sebab korang rasa terancam jadi korang takut? Bapak tak profesional korang ni atau sebenarnya korang ni simpati jenis memilih? Ni perangai Melayu? Busuk hati?

2. 3 minggu rundingan dijalankan dengan penceroboh bersenjata. 1/2 jam diberikan kepada peserta perhimpunan Bersih untuk balik sebelum ditembak dan diterajang. Akhirnya, mahkamah kata, tak salah join Perhimpunan Bersih. Ada kerajaan mintak maaf? Ada polis mintak maaf? Mana konsistensi? Macam mana orang macam aku nak hormat dengan kerajaan?

3. Mintak tolong Kerajaan jangan gunakan frasa "Kami akan pertahankan Putrajaya" setiap kali rasa kuasa goyah. Kita hidup dalam sistem demokrasi. Rakyat yang pilih siapa masuk Putrajaya. Hormatilah perjanjian dan perlembagaan.Kalau kalah pilihanraya negeri, takyah la nak beli2 calon supaya masuk bebas, tak kiralah Pakatan atau BN. Kalau tak suka penceroboh Lahad Datu sebab diorang tak respek perjanjian dulu2, aku juga berhak rasa marah kalau Kerajaan tak respek sistem demokrasi dan respek apa keputusan pilihanraya.

4. Aku sure orang2 Melayu yang sama, yang mendoakan penyokong Bersih mati, dipanggil anjing dan sebagainya adalah orang2 yang simpati dengan anggota2 polis yang terkorban. Apa kejadahnya orang camni? Tak konsisten, berpuak2. Kau Melayu Islam ke? Tak ada akal ke nak berfikir secara baik? Kau hanya mampu berlaku baik kalau kau takde rasa terancam ke?

5. "The herd mentality" amat jelas dalam cara orang Melayu berfikir. Kes Lahad Datu, semua orang ajak lupakan politik sebentar. Habis kes Lahad Datu,aku sure kita akan kembali kepada cara pemikiran biasa. Yang sokong BN kata Pakatan salah, yang sokong Pakatan kata BN salah. Dua-dua side rasa dia betul.Aku tau benda tu naturally akan berlaku...tapi aku hanya harap kita konsisten dalam dua benda aje ; jangan sokong benda salah dan jangan buat benda salah. Kalau pemimpin parti kau suruh kau buat benda yang salah, jangan buat.Kalau kau polis diarahkan bom orang lain tanpa sebab munasabah, jangan buat.

6. Benda yang paling penting bukannya jaga maruah negara. Benda yang paling penting adalah jaga maruah diri sendiri, bila kau jaga maruah diri sendiri, automatik kau akan jaga semua benda lain. Kalau kau askar dan kau dilatih untuk menurut arahan, jangan gadaikan maruah untuk laksanakan arahan yang korup dan tak berlandaskan agama. Polis pun sama.Dapat arahan suruh bom orang lain? Persoalkan.

7. Apa yang kau dapat cabar orang suruh pegi Sabah berjihad? Kau yang suka mencabar orang tu kau nak pegi ke? Aku tak nak pegi. Aku keyboard warrior. Mungkin kau tak tau, jihad tu amatlah besar maksud dia. Kau pegi kerja sebab kau nak carik rezeki baik untuk keluarga tu pun jihad bai. Tak perlu kau berperang untuk selamatkan negara untuk claim kau sedang berjihad. Kita orang Islam. Benda first sekali yang kau perlu jihadkan bukan pasal negara, bukan pasal parti. Tapi jihad dengan Tuhan, kemudian dengan keluarga kau. Dah setel benda tu, kau nak jihadkan benda2 lain..gi lah. Niat perlu betul, baru boleh kira jihad. Bini tak tutup aurat..kau nak pegi jihad buat apa?

8. Kita semua ada tanggungjawab kejar keadilan. Tapi apa yang aku nampak, keadilan yang kita kejar tu, berpuak-puak. Kalaulah Nik Aziz Nik Mat ditangkap mencuri di pasaraya dan ramai orang nampak jadi saksi dan tuan punya barang tak nak maafkan dia sebab tau dia mampu beli, potong la tangan dia. Jangan la selamatkan dia semata2 sebab dia Tok Guru orang PAS. Yang tak menyokong dia pulak, diharapkan jangan la kata padan muka, hanya sebab kau tak suka perjuangan dia.

9. Media ajak kutuk Tian Chua...ramai2 pakat join sekali. Hari tu ajak attack Mat Sabu, ramai2 attack Mat Sabu. Beberapa minggu sebelum ni Nurul Izzah. Sampai bila orang Melayu? Sampai bila?

............


Orang Melayu, kita selalu cuba selamatkan geng yang sekepala dengan kita sambil carik jalan macam mana nak jatuhkan orang yang berlawanan ideologi dengan kita. Dalam kes Lahad Datu, kerajaan kena transparent. Paper Harakah dan Suara Keadilan semalam, besar2 tulis, semua insiden tu terjadi sebab Kerajaan Malaysia ada langgar janji dengan penceroboh.

Kalau tak betul dakwaan tu, saman dan pertahankan diri anda. Kalau betul...tak ke sayang ada anggota kita mati semata2 sebab mempertahankan kepentingan politik orang2 ni?

Mainan politik, orang biasa jadi mangsa. Katakanlah, memang betul...insiden ni jadi sebab kesan Projek bagi IC dekat pendatang oleh UMNO, kau akan pandang benda ni dari aspek lain dan surely kau akan lagi bertambah simpati dengan mereka2 yang terkorban. Dari awal lagi pandangan aku...mudah benar diorang menyusup dan mudah benar diorang ke sana ke mari hanyalah satu kemungkinan....penceroboh ni warganegara kita.

Kau nak tau kenapa? Sebab Utusan dah update.
Kau tengok link ni. LINK

Keluar apa? Keluar ni kan?


Padahal berita asal dia ni.


Tak percaya?

Tengok apa address website Utusan yang aku pastekan dalam imej tu, yang tajuk dia "Datuk Mohamad Zainal dilantik tu." Cuba jugak cek apa address yang ada tu? Nampak tak address dengan berita lain2. Ada pertukaran kat situ.

Ingat, semua kejadian ada dua side cerita dia. Kau tak boleh ambik just one side of the story semata2 sebab itu side yang setuju dengan pandangan kau. Islam ajar kau satu benda yang sangat penting. Kau dapat tangkap pencuri, kau takleh nak belasah dia terus. Kau tanya dia dulu, kenapa dia curi, tak mampu ke dia beli barang tu? Kenapa dia susah? Kenapa dia sanggup mencuri.

Tapi macam biasalah, ini semua kerja Anwar Ibrahim.
Arghh..aku lapar. Aku salahkan Anwar Ibrahim gak membuatkan aku lapar!

Al-Fatihah dekat siapa2 pun la yang terkorban.
Mana2 yang seksa mayat tu, mintak Allah bagi petunjuk dekat dia.



36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Media ajak kutuk Tian Chua...ramai2 pakat join sekali. Hari tu ajak attack Mat Sabu, ramai2 attack Mat Sabu. Beberapa minggu sebelum ni Nurul Izzah. Sampai bila orang Melayu? Sampai bila?"

haha, bila kena tang PR pandai plak mantot melenting...

Tanpa Nama berkata...

Hai Anon...bukan melenting sebab PR...tapi melenting ngan sikap orang kita....

adam berkata...

tah anon first tu...melenting pulak bila mantot ckp mcm tu. hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Arhhh aku lapar...ni semua anuar punya pasal

Tanpa Nama berkata...

Anon first tu apalah sempit sangat fikir
Keje memang tgu nk kasi point sama Mantot..nk bash Mantot
Mantot ajak kita sama2 fikir,dia utarakan pendapat dia
ayat dia yg "Media ajak Tian Chua..." tu bersifat neutral pada pendapat aku
dia cakap tentang perangai orang Melayu yg suke ikut2, perangai yang bermusim2.

Tanpa Nama berkata...

5 komen atas:

1 anon lwn 4 anon mantot

-anon ke6

Tanpa Nama berkata...

makin banyak cakap makin nampak bodoh masing2. sudah2 la tu mantot... insaf sikit

Tanpa Nama berkata...

dah jd blog pro pembangkang... bosan..

Tanpa Nama berkata...

Mantot...

Isu baru...

"Isteri Sultan Jamalul kesal kubur pejuang Sulu digali"

bagi aku yang aku kesal bila menteri 2 ekor tue ckp gambar tue tak sensitif....hahahhaaa...bangggggangggggggg

Tanpa Nama berkata...

pro pembangkang lebih banyak berfikir ..pro kerajaan
kerja maki carut...menteri pun cakap camtu ...mereka x berbahaya...keadaan terkawal tapi dah 8 anggota polis terkorban..mereka terjerit2 maki tian chua...ade ke mereka nak kaji selidik dulu isi berita tu..betul ke diacakap camtu,,? kalau betul kenapa...dia cakap camtu..kalau dia memang salah saman...sebab sikap camnilah...sabah ditimpa masalah...contoh bila penyokong pr bidas mahathir pasal kes pemberian ic..macai umno..hentam balik..al jubb, anwar pun ada masa tu xcakap apa pun..apa bukti, pastu berarak kata ini fitnah pada umno..akhirnya..ini Allah tunjukkan..lagi satu..sorry tot panjang sikit aku tulis...aku pernah dengar najib berkempen.."HANYA BN MAMPU PASTIKAB NEGARA KITA SELAMAT ANAK ISTERI TIDUR LENA..TIADA KEKACAUAN..NEGARA STABIL"..jangan uji Allah dengan kata2 seolah2 kita berkuasa dan kita mampu tentukan selamat ke negara kita..sekarang lena x tido??..bila Allah uji..sekuat manapun tentera tumbang juga kita nanti..

Tanpa Nama berkata...

ye la kan, klik url lain berita lain sah2 kena arah tukar berita hahaha

Tanpa Nama berkata...

makin lama baca blog ni makin bosan.dah semakin merepek2,penulis pula xboleh dengar pendapat dan pandangan org lain yg tak sebulu dgn dia.walau aku ahli pas,tp lama2 bosan jugak dgn sikap penulis

Tanpa Nama berkata...

Ade anon ckp kenapa gomen declare keadaan terkawal padahal 8 org mati??

Yela, takkan ko expect pihak berkuasa nk ckp keadaan xterkawal?terkawal tu luas mksdnya..kalo pihak berkuasa sendiri dh jelam kabut bgth xterkawal, ko expect rakyat xjd lebih huru hara??

Tanpa Nama berkata...

Kalo nk jd neutral, jgn ckp tian chua, izzah, mat sabu je...mskkn skali hasan ali, ustaz nasha, zul noordin...ini nk suruh melayu smpai bila?sampai bila?sampai bila melayu?? Tapi sebut pemimpin haluan kiri ja..huhu

Tanpa Nama berkata...

pemimpin haluan kiri??yang haluan kanan tu btol sgt ke?

Tanpa Nama berkata...

Dia komplen polisi la..takda assessment ke? takda persisikan..

Ada ke polis lawan penjenayah lengkap bersenjata tanpa sebarang perisai.. mati katak deh.. SWAT kat tv pun nak serbu lengkap baju kebal.. aku tengok kat tv polis kat kubu tak pakai helmet keselamatan pun vase baju kebal semua.. macam main-main pulak..

Sedih juga kalau mereka yang terbunuh tu ada baju kebal helmet semua mungkin cedera je kena tembak.. at least..

Tapi apa nak buat kan mungkin dah ajal.. dah tuhan bagi kelupaan mereka yang mereka lawan tu penganas lengkap bersenjata motar semua..

Tanpa Nama berkata...

Btol..pemimpin berhaluan kiri, tian chua.....izzah

Ko baca blk mksd 'berhaluan kiri'..

Kalo Dr Haron Din br aku setuju dia berhaluan kanan.

Tanpa Nama berkata...

Pasukan keselamatan kita memandang rendah kepada kemampuan gerila kesultanan sulu. sebab tu berlaku korban... mereka ingat gerila-gerila tu macam penjenayah yang rompak bank, tak ada pengalaman menggunakan senjata api. Mereka lupa bahawa gerila-gerila tersebut berpengalaman malah dengan tentera filipina dan tentera penajajah sebelum ni pun mereka boleh main perang-perang sahaja berabad lamanya.

Tanpa Nama berkata...

bila baca post mantot, kita kena buka minda kita luas2 dan ambil kira segala perspektif yang ada. Tak boleh melulu memberi fakta yang kesudahannya nampak cetek.

Frankly say, mantot is a good writer. dia seorang penulis yang mempunyai pandangan dan interpretation terhadap sesuatu perkara yang terkedepan. mostly komen yang dihantar adalah bersifat menghentam. Jika anda faham the essence dan kronologi sesuatu peristiwa itu, anda akan dapat memberi perspektif dan fakta yang sgt luas dan lebih jitu.

Terima kasih aku ucapkan dengan kewujudan cursingmalay dan blog2 yang sewaktu dengannya. keep up the good work.

Tanpa Nama berkata...

yg komen polis serbu tanpa kelengkapan tu mane korang tau? korang ade situ ke? ade kat semporna duk dlm air ye?

dah nama pun kena serang hendap.. cara kotor dgn guna perangkap. oleh pihak musuh yg jahanam.. kawasan awam plak lg.... mmg la xdpt dielak korban.. vengap jugak diorg ni. x pandang pada reality.. byk tgk movie je.. mak jemah balik kg..

Tanpa Nama berkata...

Persoalannya nelayan dah lapor kat polis kata penceroboh lengkap bersenjata..

adakah nelayan main-main? Apa kerja perisikan? tak bagi AMARAN kat polis?

Tak sangka penceroboh serang hendap?

itu sebab benda ni kena awal-awal lagi askar kena tangani sebab askar lebih arif taktik gerilla..

Apapun ini adalah pengajaran yang mahal buat Poli dan Rakyat Malaysia amnya.. dengan terkorbannya angota keselamatan kita. Jangan main-main dengan penceroboh. Kalau boleh halang di sempadan jangan bagi masuk langsung..

Jangan MUDAH-MUDAH BAGI IC kat orang luar..

Tanpa Nama berkata...

Salah Mahathir salah kerajaan BN nak menang bagi IC sesuka hati dia kat orang luar tanpa fikir risiko jangka panjang.

Isu tanah Sabah dari kesultanan Sulu ni lama dah sebelum BN masuk Sabah lagi dah ada.

Tanpa Nama berkata...

mmg askar dah tangani dari awal lg.. korang xde sane mane tau strategi...

dr awal lg tak xtau apa tujuan asal dorg.. hentam awal2 korg ckp zalim x buat rundingan... dah buat rundingan korg ckp lembab plak...

xtau strategi xyah bising la... ni melibatkan keselamatan negara.. bukan negara kita je tgk.. negara luar pon memerhati..diorg dpt brita mcm dah terok sgt malaysia ni sampai nak PBB campur tgn... korang la suka sgt hebahkan dan slalu bt kacau.. kasi kondem je tahu..

Tanpa Nama berkata...

From high level kes ni berjaya tapi juga banyak masalah yang rakyat Malaysia kena faham dan tahu...

Isu IC Mahathir di tanguh
Dan SPR kata PRU kat lahad daru boleh ditanguh sebab darurat atau isu keselamatan..

Isu Sulu, Filipina lama dah tuntut Sabah.. Bukan susah pun nak trigger kemarahan Sulu datang sabah tuntut Sabah.. Sama macam mainkan Isu murtad Isu hudud.. Cucuk je isu kedaulatan Sulu Isu orang sulu kat Sabah kena tindas dan sebagainya.. Lepas diorang marah datang serang counter back.. :)

Walau Malaysia katanya dapat amankan Sabah buat masa ni..

Tapi Isu tak settle sepenuhnya juga sebab ramai SULU ni dapat IC masa Era Mahathir..

Kalau Melayu taat pada Raja/Sultan, Takda bezanya rakyat Sulu.. Mereka sangup mati demi Raja/Sultan mereka..



Tanpa Nama berkata...

lihat sini siapa yg ganas...

Tanpa Nama berkata...

xyah nak spin la.. ic tu utk penduduk yg dah bertapak lama.. kang kalau xbg ic, korg tuduh yahudi plak. menindas pribumi.. mcm2 lg.. ade je nak kondem..

stakat tau spin bole di spin balik.. xyah nak kutuk2 la.. pegi makan lg baik. perut kenyang.. hati senang..

NtahLa berkata...

Buat pengajaran masa depan ada orang bawak senjata sila la berlindung kita tak tau dia akan serang hendap ke mengejut ke apa.. sayangi nyawa anda.. dah mati kelak orang akan kutuk anda..

Yang dah mati sedekahkan Al-Fatihah

Buat Pemimpin buat la apa yang perlu.. Buat Rakyat berwaspada..

RelakLar berkata...

Pada aku.. fikir dan buka la minda fahami situasi dan buat la keputusan yang berbaloi.. untuk masa depan..

benda dah jadi bukan boleh patah balik..

Setiap pandangan/kritikan nak ambik ambik nak fikir fikir tak payah NAK GADUH2 buang masa dan sakitkan hati korang je..

BUKAN DAPAT APA.. PUN..




Tanpa Nama berkata...

La pulak..

KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Saya Hanya Menyampaikan berkata...

Tak payah la gaduh dan bergengki-dengkit.. KIta semua ni satu ummah satu umat..

Pada mulanya manusia adalah satu umat. Maka Allah mengutusklan para nabi pemberi berita gembira dan menakutkan. Dia juga menurunkan kitab-kitab suci yang benar kepada mereka untuk menjalankan hukum di kalangan manusia dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan. Perselisihan tidak berlaku kecuali mereka yang diberikan kitab tidak berdengki-dengki sesama mereka selepas menerima keterangan yang benar. Allah memberi petunjuk kepada orang beriman dengan izinNya tentang perkara-perkara yang mereka perselisihkan dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki ke jalan yang lurus. (Al-Baqarah-213)

Tanpa Nama berkata...

Tak suma penyokon BN camtu...aku ok je...hahahaha...

ah jib gororor...

Tanpa Nama berkata...

aku x suke la kau mantot. Dulu aku rajin jugak bukak blog kau. tp skrg aku makin menyampah.

Tanpa Nama berkata...

anti politik: pro pembangkang lebih banyak berfikir ..pro kerajaan
kerja maki carut...


eh eh..ye ke?
rase2 pemimpin pemabnagkang lagi suka mencarut..

blog mantot pro pembangkang..sudah la mantot..kurang kasih sayang agaknya..looser!!!

ros berkata...

jihad tu mmng besar skopnya, tp malangnya negara kita ni klw smua y fikir mcm kau, dasar pengecut keyboard warrior, kau hanya mngharapkan orng lain berjuang supaya kau blh hidup aman damai, dlm msa yng sama pong pang pong pang ntah apa2,

Salikin Saberlink berkata...

Kadang aku tertanya juga ape yang ko nak sampaikan. Adakah Himpunan Bersih dan Kes Lahad Datu itu dalam skop yang sama? Adakah ko pergi berjuang di Lahad Datu? Adakah orang yang pergi ke himpunan bersih itu berfikiran luas? Adakah kes Lahad Datu ini cara nak lupakan politik sampai perlu ada yang terkorban?

Cuba jangan pandang daripada skop pembangkang sahaja dan jangan hanya pandang keburukkan yang diperlakukan oleh kerajaan. Jika ko berkata bahawa orang terkorban di Lahad Datu itu agenda politik, ko sama je laa seperti ape yg ko tulis kat atas tu.

Tanpa Nama berkata...

melayu bangang macam ko la...melayu sama melayu saling benci membenci..kutuk mengutuk, salah menyalah..cina kopek ko bela ko angung2 kan...sampai bile melayu nak jadi mcm ni?.bersatulah wahai MELAYU ISLAM!!!!hapuskan hasad dengki yang berlumut dalam hati kita semua...BILE MELAYU NAK BERSATU??????