Mac 26, 2013

Jangan Berebut Nak Lekas Dewasa Ya Adik-Adik!

Keputusan SPM baru aje diumumkan. Untuk majoriti student tingkatan lima, ini adalah masanya nak rasa macam mana dewasa.

Aku tak tau la budak2 zaman sekarang tapi zaman aku dulu, lepas aje SPM terasa bebas sket. Terasa macam dewasa. Dah habis sekolah lah katakan. Boleh buat suka hati! Kalau yang dapat result SPM ok, masing-masing dalam kepala dah simpan impian nak berpisah dengan keluarga sebab nak duduk sendiri, especially lelaki, sambung belajar sambil corakkan hidup sendiri. Aku tak tau budak pempuan rasa camne.

Semenjak dari umur kita satu tahun sampailah umur kita 25 tahun, kebanyakan kita adalah orang yang tak sabar-sabar nak jadi dewasa. Nak rasa kebebasan sendiri, nak kawal hidup sendiri danramai yang tak sabar nak buat keputusan sendiri.

Waktu aku kecik aku pun meronta-ronta jugak nak rasa kebebasan.

Nak jalan Alor Setar sendiri2 tak ada mak bapak ikut, nak gi main padang tanpa ada orang teman, nak bawak basikal ke mana2 yang aku suka. Impian masa budak2, aku rasa sama aje semua orang.

Aku tak rasa aku bertuah, tapi aku dapat merasakan kebebasan dari keluarga sejak dari usia muda. Walaupun begitu, aku still tak dapat rasa kebebasan mutlak sebab aku sekolah asrama penuh. Tapi aku dah rasa kebebasan untuk direct hidup sendiri sejak umur aku 13 tahun. Memang pada mulanya rasa takut-takut jugak, apatah lagi nak biasakan diri dengan hidup baru yang selama ni makan terhidang setiap masa, dengan tiba-tiba aku kena beratur nak ambik nasik lauk, masa yang dikawal cikgu dan waktu tidur yang sangat teratur tiap2 malam sebab warden suruh tidur kalau tak nak kena lempang.

Tapi aku bebas dari keluarga aku.

Waktu tu mula2 memang rasa seronok sebab first time rasa grown up tapi lama kelamaan bila family aku pindah balik Kedah masa aku tingkatan 2, nak harap ada orang jenguk aku pun jarang2. Aku rasa kosong gila hidup aku waktu tu. Apatah lagi bila aku tau, kalau mak aku datang melawat tu, benda tu ada deadline.6 petang mak aku kena balik tinggalkan aku. Dah tak jumpa lama dah ni, takkan takde boleh bagi lebih masa sket? Kadang2 rasa macam banduan pun ada jugak bila sekolah asrama ni. Lagilah pulak bila ada member2 yang family datang setiap minggu dan apa yang aku dengan kawan2 aku boleh buat adalah tengok dari jauh dan tumpang join makan kalau mak dia bagi lauk.

Lama kelamaan benda tu jadi norma dan aku penuhkan hidup aku dengan hisap rokok, keluar main game dan macam2 lagi aktiviti tak berfaedah. Aku start hisap rokok masa aku tingkatan dua sebab boring tak ada benda nak buat time weekend.

Sampai satu masa, aku tak sure umur aku berapa waktu tu, rasanya dalam 24 camtu, aku kira2 balik, satu2 nya waktu aku spend masa paling lama dengan family adalah bila aku lepas SPM. Itupun aku penuhkan dengan setiap petang aku keluar gi lepak tengok ex-player Kedah main bola kat padang dan telefon awek yang aku suka dekat public phone.

Aku ada kat rumah tapi setiap masa aku nak keluar, sebab aku nak isap rokok kat kedai sambil minum air teh ais. Kenapa manusia dijadikan bila dia dikongkong, dia perlukan kebebasan tapi bila diberi kebebasan dia mahu semula kongkongan tu? Haha. Indahnya manusia ni. Sangat misteri.

Adik-adik yang baru lepas SPM,

Aku sure ramai yang tak sabar nak keluar dari kongkongan mak bapak dan hidup ikut suka hati anda. Tapi percayalah cakap aku, sampai satu masa, bila semua benda yang kau nak buat kau dah buat, hati kau akan menangis nak balik duduk rumah.Macam aku.

Kadang-kadang, hati aku sebenarnya meronta-ronta nak balik duduk rumah dengan mak aku. Tapi aku tak boleh, sebab aku dah ada family, dah ada anak. Kalau aku balik duduk dengan mak aku, sapa nak jaga isteri aku, anak aku? Aku ada kerja yang aku kena fokus setiap hari. Aku ada lagi satu family yang aku kena jaga jugak, belah mertua aku.

Walaupun aku happy kahwin, walaupun aku suka hidup aku sekarang tapi satu2 nya benda yang aku menyesal adalah aku dapat hidup bebas terlalu awal. Aku dewasa cepat sangat sehingga membuatkan aku tak pernah ada dekat rumah. Dan bila aku ada kat rumah, aku tak nak duduk rumah!

Tua macam mana pun seorang suami, dengan mak dia, dia adalah budak kecik. Itu satu hakikat yang semua isteri perlu accept. Isteri takkan boleh menang dengan mak mertua dia. Kau jadi la perempuan yang paling terbaik dalam dunia sekalipun, takkan kau boleh menang lawan dengan mak suami kau.Tapi fair la, anak kau nanti macam tu la jugak dengan kau, kan?

Kadang2 aku wish aku dapat balik Kedah. Duduk rumah rilek2 goyang kaki tak ada masalah. Bangun aje tidur mak dah siapkan makanan. Demam ada mak tengokkan.Tapi aku dah sampai point di mana tanggungjawab jadi lebih penting berbanding emosi.

Jadi aku harap, kepada mana2 lepasan SPM atau siapa2 saja la yang tak sabar nak jadi dewasa secepat mungkin....sabar. Waktu sebelum kau dewasa adalah satu2 nya masa yang eksklusif kau boleh gunakan untuk spend masa kau dengan parents kau. Walau bagaimanapun,  golongan remaja ni, selalunya waktu tu la dia jadi tak sabar2 nak keluar rumah.

Bila bermacam tanggungjawab dah jatuh kat bahu kau satu hari nanti, time kau dah tak banyak masa nak spend dengan parents kau, kau akan terkenang balik perangai kau dulu-dulu. Dan kau akan ada rasa tertekan sebab kau tak dapat nak spend masa dengan mak bapak lagi suka hati kau.

Waktu lepas SPM dan lepas kau habis tertiary education adalah satu2 nya masa di mana kau boleh hidup sebagai seorang anak sepenuhnya.

Lepas2 tu, tak dapat bai.
Jangan lekas nak dewasa, ya adik-adik?

Semua anak lelaki memang anak mak. Tak kiralah dia dah berpangkat atuk sekalipun.

ps - sedekah Al-Fatihah kat baby dalam gambar tu. Dia mangsa rompakan paling kejam dalam dunia.Salah apa? Salah seorang budak yang nak besar terlalu cepat. 

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak link cerita bayi tu. Anon2 yg baik hati sekalian

Mantot berkata...

http://www.nydailynews.com/news/national/georgia-mom-weeps-son-murdered-cold-blood-article-1.1297488

Tanpa Nama berkata...

betul2. even mak aku pun cakap dekat adik aku, walupun nanti dia dah umur 50, dia tetap lagi 'baby' pada mak aku. and untuk budak2 yang baru habis SPM dan seangkatan, tak best pun kalau hidup bebas sorg2. serius tak best. hargailah keluarga anda :)

-asyiqin-

dhr berkata...

Setuju. Aku perempuan pun rs yg sama. Lagi2 bile mak da makin tua kita mmg nk rs duduk dgn dia.

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

setuju dgn entri bila tang bab.. anak lelaki sentiasa nak jadi budak bila dengan mak even dia dah kawen pun. masa awal2 kawen dulu asben sy pun macam tu jugak.. mentang2 umah mak dia x jauh.. dia pernah demam,lepas tu nak balik tidur umah mak dia jugak, nak mak dia yg jaga dia.. nak mak dia picitkan dia.. bila kita dalam sesuatu keadaan yg kita rasa selesa bersama mak.. kita akan cari mak jugak

SERAM >>PENGALAMAN USTAZ KAZIM ELIAS DI SAKAT LEMBAGA PUTIH
Menarik >>PENGGUNA BROADBAND KENA TAHU KALAU TAK ANDA DALAM KERUGIAN

Tanpa Nama berkata...

Semuanya telah diaturkan. Tak perlu dikesalkan.

Tanpa Nama berkata...

setuju.

Dulu masa aku muda2, zaman rock kapak.time tu,sapa yg mengaku mat rock, mesti ada seluar yang paling ketat, kalau hipster sekarang yg pkai skinny jeans tengok pun, akan surrender tak sanggup pkai. walaupun aku konon nya mat rock, nak tanggalkan seluar tu kena jugak mintak tolong mak tarik, sebab kaki seluar tu terlalu ketat, kepala botol kicap pun tak lepas!mak aku pulak tak banyak soal, senyum je sambil nasihat, teloq hang tak sakit ke pakai seluar ni? (tu sebelum aku tau petua letak plastik kat kaki b4 nak tanggal seluar)

time tu memang aku rebel,tak tau apa aku nak, yang aku tau, nk rebel kononnya.bila ingat balik, cam gampang je...

sekarang aku dah tua, metal pulak. kat luar, nmpak ganas sungguh, rambut panjang sampai pinggang,tshirt nak gambar jembalang saja, tapi tiap2 minggu aku tak pernah lupa call mak aku.dapat dengar suara dia sekejap pun jadilah...memang betul ckap mantot, sampai tua pun aku tetap anak mak.

oh, kalau la kawan2 metal aku tau,(aku tak malu kalau dorang tau tapi dorang tak penah tanya, so aku tak pun senyap je la) confirm dorang tukar genre gi dengar adele pulak.

Moral. Sayang la kat mak hang even hang dengaq lagu klevertak sekalipun.kol mak hang min sekali seminggu. lebih, lagi bagus.

aslina majid berkata...

Aku lagi laa... Dari dulu sampai skang aku memang rapat gila dengan mak ayah. Sampai masuk hostel pun kena bahan dalam surau pasal makan mak aku suap. Mana aku pegi, memang aku rasa nak balik umah cepat. Leh sembang2 ngan mak ayah aku.

Tapi malangnya dua2 pon dah takde skang. Serious aku rasa life aku kadang2 kosong. Kosong yang tahap, walaupon org cakap ade boifren, ade kwn2, ade anak2 buah, ade adik beradik, tapi ko still nak jugak terkenang saat2 ko ngan mak ayah ko.

Camne la kalo aku dah kawen nnt...

Md izzle berkata...

Terbaik dari mantot..ikhlas dari hati..like

Tanpa Nama berkata...

kalau aku boleh berkata2,
tentu aku tidak ke sini,
mulai esok aku berkata2,
tentu tidak aku ke sini lagi.

Tanpa Nama berkata...

There is a boy in every man.

Tanpa Nama berkata...

Betul. Jangan tunggu hingga sudah kehilangan baru nak hargai. Masa masing2 masih ada ni hargai & sayangi la kedua ibu bapa kita. Mak saya meninggal masa saya form 2. Even smpi skrg pun (umur 32 thn) selalu harap sy dapat ulang masa2 dgn mak sy. Atau at least dpt jumpa dlm mimpi pun jadi la...

Tanpa Nama berkata...

takde org nasihatkan kau ker masa sekolah dulu?

Tanpa Nama berkata...

ni mmg aku ngaku...skarang dah kawen pon rs ati kat rumah..rindu ayah ibu..rindu yang sangat2 rasa nak balik zaman kecik2 dulu..xkisahla aku kn marah sbb tau aku mmg degil...

aku sayang ayah ibu sampai mati....
jap lagi anak aku lahir..aku nak pesan kat dia soh jgn cepat2 besar :) dan dia akan jadi baby aku even dia dah ade cicit skalipon.


family first :)

Tanpa Nama berkata...

betoi mantot..

aku tiap-tiap petang balik keja cuba sedaya upaya singgah umah mak aku sebelum balik umah aku..dapat 10 min pun jadi la habuan nak tgk dia..walaupun mak aku tak layan pun..hahaha..tp aku tau dia sentiasa mengalu-alukan aku mai sebab bawah tudung saji mesti dia simpan seketui dua apa-apa cucuq atau kuih yg dia mkn pagi td..hehe..

p/s : mantot hg isap rokok minum teh ais kedai mana?ka hg pi komplek peruda tgk wayang 4ringgit..

Tanpa Nama berkata...

cayalah mantot. tacing entry hang kali ni.

jangan lupa mak ayah kita...

kbai..sedih!

BLOG ANAK MAMA^^ berkata...

Ada yang sedih xdpt2 keje lagi especially yg lepas graduate..dok bersedihla sebab dah bosan dok umah, positifla wahai adik2, anggapla itu je masa yg ko dpt spend ngn mak ayah and adik2, masa tulah nak berbakti ngn mak ayah sebab bile dh start keje, kahwin memangla masa tu suntuk sgt.Aku pon cam mantot gak still nk dok ngn mak kalau boleh tp dah ade kuarga sndiri..akur jela dgn lumrah hidup

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny berkata...

dulu masa skolah, aku bosan skolah, tak sabar nak g U, sebab bebas, bila kat U, aku tak sabar, nak keja,nak ada duit sndri, boleh buat apa2 dan beli apa2 sesuka hati.. nak cepat dewasa.. bila dah kerja, dah benar2 dewasa baru aku sedar, indahnya zaman kanak2.. penatnya kerja, kanak2, remaja, duduk rumah lepak2, mak bagi duit..

betul, ada masanya aku sangat rindu duduk rumah mak aku tanpa ada ganguan, hanya aku dan emak ja..nak jadi baby2 balik..

Tanpa Nama berkata...

bosan yek hidup.. hahah
tapi tak tau la cukup bekalan nak mati ke belum kalau tak cukup karang lagi bosan dan terseksa kat sana.. hish..

ya Allah ampunilah hambamu yang lalai ini.. cukupkan lah keperluanku di sana..

rfqrahim berkata...

satu flash back yg menarik..

Tanpa Nama berkata...

sedih bro mantot,cite pasal baby tu.head shot tepat atas muka..SANGAT ZALIM!!