Rashid duduk melepaskan penat.
Anak keduanya, Hasli sedang bermain di tengah ruang tamu. Alat mainan bersepah membuatkan rumah pangsa Rashid yang kecil jadi makin mengecil. Anak sulungnya Habibul pula sedang leka mewarna buku warna Boboiboy yang penuh dengan lukisan conteng-conteng.
Rashid sengih lebar. Sumber kegembiraan dia adalah datang dari keluarganya. Walaupun hidup mereka tidak mewah, tapi berbekalkan kudrat yang masih ada, Rashid terus menggembleng tenaga mencari sumber rezeki untuk membesarkan keluarga.
Zaleha sedang sibuk memotong bawang di dapur. Kedengaran bunyi hilaian ketawa kanak-kanak yang berlari-lari di sekeliling koridor rumah. Pintu rumah yang terbuka membuatkan hilaian mereka jelas didengari Zaleha.
Zaleha memgang perutnya. Kandungan 4 bulan dalam perutnya itu belum tahu jantinanya. Dia harap anak itu perempuan kerana sudah terlalu lama dia ingin mahu memakaikan anak sendiri dengan baju ala tuan puteri dalam kisa dongeng, Dia bersyukur dapat dua anak lelaki tapi naluri wanitanya mengharapkan dia ada seorang anak gadis untuk jadi peneman satu masa nanti.
"Abah! Abah! Tengok Aboi lukis apa!" pinta Habibul. Rashid memeluk anaknya lalu mengangkat dia ke atas sofa. "Cantik....tapi abah tak tau apa Aboi lukis ni?"
"Abah ni, Aboi lukis kita la...ni Aboi,adik,mak, ni abah. Kan Aboi dah lukiskan abah puya misai ni," terang Habibul. Rashid sengih melihat lukisan cakar ayam anaknya. Memang jelas dan terang Habibul anaknya, bertangan bangku.
Hasli merengek minta botol. "Bang, tolong buatkan susu untuk Asli," pinta Zaleha dari dalam dapur. Rashid bingkas bangun. "Air panas ada?" tanya Rashid.
"Dah, baru aje masak tadi," jawab Zaleha. "Abang, mintak tolong ke supermarket kejap, belikan kacang panjang dengan minyak masak."
"Sayang betul la kedai si Raju kat bawah tu dah tutup," kata Rashid, sambil membuka pintu almari mengira apa lagi yang tak cukup. "Ni Asli punya susu dah nak abis ni..." Rashid menggoncang bekas kedap udara itu.
"Dah alang-alang, beli aje la sekali," Zaleha berkata.
Rashid mengambil kunci motor lalu menyarungkan helmet di kepala. Dia membuka pintu grill. "Bang, bang! Jap!" Zaleha menjerit dari dalam dapur.
"Belikan kangkung," kata Zaleha sambil tersenyum. Rashid mengangguk.
"Abah! Nak ikut!" Habibul menjerit. "Takpe..abah pegi kejap aje ni," Rashid menjawab. "Alaaa!" Habibul merengek. Hasli terpinga-pinga.
"Nanti abah belikan Aboi buku Boboiboy tau!" pinta Habibul.
"Iye..abah beli,tengokkan adik tu. Mak nak masak.." beritahu Rashid lalu mengunci pintu grill.
Rashid melangkah ke arah tangga. Duduk di tingkat 2 sudah agak menyeksakan tanpa ada kemudahan lif. Paling seksa bila pulang membeli barangan keperluan. Nak tercabut tangan Rashid mengangkat barang-barang. Tapi dia sudah biasa. Cuma kadang2 hatinya jadi sangat risau mengenangkan Zaleha yang kena naik turun tangga apabila pergi dan pulang bekerja.
Rashid sampai di bawah. Dia nampak Nikman tengah mengelap motor. Di angkat tangan tanda menegur. "Gi mana Shid?" tanya Nikman.
"Gi beli barang. Kau tengok bola semalam?" tanya Rashid.
"Tengok. Cantik gol Safee semalam," ulas Nikman.
"Striker nombor satu negara tu!" Rashid gelak besar. Dia bangga lihat pasukan Johor meningkat naik kembali. Zaman kegemilangan bolasepak Johor diharapkan kembali bersinar. Dia punya harapan agar dapat satu hari nanti membawa anak-anaknya ke stadium menyaksikan perlawanan di sana, menghangatkan stadium untuk mengimbau kembali zaman mudanya, bila Stadium Larkin senantiasa penuh dengan lautan manusia.
Rashid duduk di atas motor. Enjin motor dihidupkan. Rashid memacu motorsikal Honda EX5 nya merentasi barisan motor yang sarat memenuhi kawasan letak motorsikal di situ. Sampai di persimpangan, Rashid berhenti kerana lampu isyarat merah.
Rashid angkat tangan kepada kaki lepak di kedai kopi kawasan itu. Dia tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama mereka berbincang hal politik kedai kopi. Masanya habis untuk keluarga. Untuk menemani anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya susah seperti dia. Ada keluarga tapi terpaksa bawa satu keluarga naik motorsikal ke mana-mana. Panas hujan habis mereka dah redah.
Lampu isyarat bertukar hijau.
Rashid kembali memulas minyak. Ada kereta kuning memecut mengejar lampu kuning dari arah depan. Berdentum kuat. Habis dilanggar Rashid dan motornya. Tercampak Rashid mencium jalan. Retak kepalanya kerana terhantuk atas tar.
Kereta kuning itu berhenti untuk seketika, kemudian terus memecut tak ingat dunia.

13 ulasan:
well..
that escalated quickly..
traffic light xpasang AES ke?
kesimpulan?
kesimpulan.. ajal datang tak kira masa
Ceita keluarga kt negara ni. Masih ada golongan atasan nk buat kenduri 7 hari 7 malam.
Anon 4:43:00 pm gmt+08:00 xpaham tajuk entri kot.
Aku bc btl2 br phm.MATI XKENAL MUDA ATAU TUA.BILA2 MASA.DIMANA2.itu le jemputan terbuka.
Aku yg jugak anon.
Aqlima
http://www.youtube.com/channel/UCDSzCJqnzxWXy25Re4sX_Zw?feature=watch
kalo la keta lebih murah dan affordable ntuk semua keluarga...
kalau la kereta murah, semua orang mampu beli. walaupun kereta kecik jadi la.
maka kurang la orang bermotosikal mati atas jalan raya.
ajal menjemput terbuka 24jam sehari 7hari seminggu sepanjang tahun.. tak kira tempat,misi belum tercapai,tak sempat melihat anak yg dikandungkan isteri,anak2 pesan buku warna
aku akan berhati2 kalau ternampak kereta kaler kuning sedang memecut laju..lebih2 lagi myvi 1.5 kaler kuning
1. hilang punca rezeki keluarga
2. hilang tempat bergantung
3. anak jadi yatim piatu
4. isteri jadi balu
5. bermulanya permasalahan dalaman dan luaran
6. patah tak semestinya tumbuh dan hilang tak semestinya berganti
7. negara kehilangan tenaga manusia
8. kelalaian dan kerakusan pihak lain menimpa org yg tak bersalah dan berdosa
9. ibu bapa kehilangan anak lelaki
10.adik2 kehilangan abang
11.punca masalah sosial spt kemiskinan dan hidup mengharapkan belas ihsan dan bantuan pihak lain
12.anak2 kurang penjagaan dan didikan serta asuhan kerana ibu terpaksa keluar mencari rezeki@mengambil alih peranan ketua keluarga
13.ohhhh...terlalu banyak....
tiada kata untuk gambarkan rentetan permasalahan yg bakal timbul yg puncanya adalah drp pemandu kereta yg tidak bertimbang rasa ketika di jalan raya dan bila melanggar lampu isyarat...
Aku Nampak!
helmet fullface patut murah....ikat tali helmet sebelum tunggang...err.. pasal apa Raju tutup kedai???takde customer??
Catat Ulasan