Mac 11, 2013

Benarkah Dosa Berjalan Selepas Mati?

Salam,

Saya rasa kebanyakan anon2 di sini yg beri komen yg baik2 faham sesangat SARCASM tu - don't insult their intelligence. Pada yang cakap bongoks, slow, lembab etc etc balik rumah cermin diri sendiri, siapa yg sebenarnya tak faham..... gunakanlah forum ni untuk kesedaran diri sendiri - carilah ilmu utk perbaiki diri sendiri

Utk semua yang menulis di alam maya ni, auditlah diri sendiri dan penulisan anda...adakah membawa org ke arah kebaikan atau ke arah dosa (termasuk yang membuat komen2). sebelum kita di aduit di padang mhsyar nanti - Ingat, sekali anda menulis, pahala atau dosanya (bergantung pada apa yg ditulis dan niat si penulis) berlipat ganda, dan akan berterusan walaupun penulisnya dah tak ada lagi di dunia ini

..........

Aku selalu nampak orang menulis camtu.

Apatah lagi ramai benar yang sebarkan isu dosa dedah aurat dekat Facebook yang berterusan walaupun kau dah mati. Kalau aku yang terlepas pandang atau aku tak perasan, boleh tak sapa2 tolong aku?

Tunjukkan dekat aku dari mana korang dapat tau yang apa saja dosa yang kita buat dekat dunia ni, cthnya kau tayang gambar kat Facebook tapi kau tak sempat delete sebelum kau arwah....adakah kau masih lagi tanggung dosa kau lepas2 tu? Tunjukkan pada aku, bukti menyokong benda ni.

Betul ke ada penggandaan dosa selepas mati? Pada pemahaman aku, ada 3 aje benda kau carry forward lepas kau KO ;

1. Amal jariah kau
2. Doa anak2 kau
3. Ilmu yang kau ajar dan bermanfaat

Aku tak pernah baca yang kita juga perlu carry dosa ke alam barzakh tapi, benda ni tersebar luas. Kalau kita dah mati nanti, ada Malaikat datang confirmkan kau punya amalan, betul? Jadi kalau kau lulus jawapan kau yakni kau tak memperduakan Allah dan kau tak pernah memperduakan Muhammad, Rasulullah dah kata, dia akan maafkan kita. Kau mati sebagai Islam, kau akan tetap dimaafkan.

Aku rasa, bila kita dah mati, mesti ada cut off point dosa, jadi apa yang sampai dekat kau nanti2, hanya 3 benda tu aje.Kalau kau tengok, benda2 tu sebenarnya benda2 baik aje. Kita Islam bai. Islam ni perfect. Macam mana nak bagi peluang dia taubat kalau dia dah mati? Kan taubat aje yang menghapus dosa? Melainkan anak dia doakan dia. Tapi kalau kau mati bujang camna? Takkan lah dosa kau bertambah2 hanya kerana kau terakam porno amatur Melayu, ada mamat tengok dan horny buat modal onani guna video kau,tapi masa tu kau dah meninggal dan kau single tak pernah kahwin.

Kau berdosa ke kalau camtu walaupun kau dah mati? Dosa tu bukan ke jatuh dekat yang tukang tengok aje ke kalau dia sengaja tengok dengan nafsu? Lagipun, semua orang tau, 3 benda tu aje yang kau bawak ke mati nanti. 3-3 tu benda elok2 aje, kan?

Keyword dia adalah; "dosa" adalah kesalahan yang dilakukan atas dunia ni, kan? Jadi, sila ajar aku, apa bukti kita percaya dosa berjalan lepas kita menghembuskan nafas terakhir. Betul ke pemahaman yang wujud ni? Atau masyarakat kita sebenarnya main tibai aje percaya apa benda yang dirasakan menepati syariat Islam?

Kalau kau kenal Ustaz, tolong tanyakan. Kalau kau berilmu, tolong huraikan.
Kalau kita salah selama ni, mungkin kita boleh betulkan.

Kalau betul, tak ada masalah kan?

33 ulasan:

Xeno berkata...

"Discover MATI"

mat_pinoy_surfing.jpg

haha what the hell

habibah berkata...

macam mana pulak...
anak perempuan yg belum berkahwin tidak tutup aurat.. dosa di tanggung oleh ayah kan..
kalau ayah tu meninggal.. dosa tu still jalan ke tk?

sekadar nak tau..

azmie berkata...

dosa individu ngan public tak sama bang. cth mcm aku surf tengok porn sorang2, tu dosa aku, tp kalu aku publish porn dlm yu tiub satu dunia tgk, aku kena tanggung semua SELAGI TAK TOBAT ------ ni cut off point dia, ulang siar: kena tanggung semua SELAGI TAK TOBAT
daripada Jarir ra Rasul saw bersabda "Barangsiapa memulakan jalan yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan juga pahala orang yang beramal dengannya selepasnya tanpa dikurangi daripada pahala mereka sedikitpun juga, dan barangsiapa memulakan jalan yang buruk dalam Islam, maka atasnya dosanya dan juga dosa orang yang beramal dengannya tanpa dikurangi daripada dosa mereka sedikitpun juga" - Imam Ahmad, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud dan Ibnu Majah
daripada Jarir ra Rasul saw bersabda - “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk (hidayah), maka baginya ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun, dan barangsiapa yang mengajak kepada dhalalah (kesesatan), maka (dibebankan) ke atasnya dosa sama seperti dosa orang yang megikutinya dengan tidak dikurangi sedikitpun” - Muslim

azmie berkata...

ayyya silap, yg no 2 tu riwayat dr Abu Hurairah ra

KatakBawahTempurung berkata...

Habibah:

Semua orang yang buat dosa, anak, isteri, dll semua dapat dosa. Istilah ayah tanggung dosa anak, bukan bermaksud anak tak dapat dosa, cuma bila anak buat dosa, dan seorang ayah nampak(tahu) tapi tak lakukan apa2, maka ayah terbabit akan dapat dosa sekali kerana menjadi tanggungjawab beliau utk mendidik anak. Tanggungjawab seorang ayah terlepas slps meninggal dunia.

Wallahualam..

habibah berkata...

okeh.. terima kasih atas penjelasan.. :)

Khairi Mohd berkata...

Orang dah mati tak payah la nak aibkan dia lagi. Dia tunggu kau kat sana, kau mati aje dia dah standby nak terajang teluq ko. itupun kalau teluq ko intact masa meninggal.

benda2 akhirat ni benda di luar graviti, tak payah la nak perbesar sangat. concentrate tenaga kat benda logik je.

Tanpa Nama berkata...

lol...akhirat tak logik ker Khairi.?

Muhamad Hafizee Haris berkata...

bagus article ni, membuat aku tertanya2, tp pada pengamatan aku smua ustaz2 cakap dosa masih ditnaggung walaupun kita dh mati. contohnya letak gmbar tak tutup aurat walaupun ko dh meninggal selagi tak delete dan org tgk gmbar ko tu, dosa akan ko tanggung. selama mana tu allahualam..

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan azmie
dan sesuai hadis yg diguna utk terangkan
katakan kita upload gambar x tutup aurat
tp jika sempat bertaubat eloklah berusaha utk buang gambar tu sebab aib dan selalunya dosa ni boleh ditiru dan diikut ikut. nasiblah penyanyi pelakon yg xsempat taubat lepas tu siap ada pertandingan 'tiru gaya seniman dot dot dot..." boleh tolong doakan je lah Allah ampunkan dosa diorang
sama jugak dgn menulis. kalau apa yg ditulis tu sah2 menfitnah, tak tahu betul atau salah...dan dibaca orang dan disebar sebar... aku rasa boleh google sendiri ayat al quran yg mana cakap tentang fitnah/berita x betul kan..
dan personally aku rasa hukumnya mcm tu bukan lah bmaksud islam tu agama yg menyiksa. Islam tu dtg juga utk menjaga maruah kan? bila dah mati harapnya tak ada lagi yg buruk pasal kita tertinggal kat dunia utk orang kutuk2 atau ikut2.. atau berita buruk ttg org lain yg kita sebarkan, lepas kita mati siapa yg nak sekat tulisan fitnah kita tu?
Allahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

..sambung..
ada hadis riwayat bukhari dan muslm
"setiap umatku diberi keampunan oleh Allah kecuali mujahirah. yg dikatakan mujahirah itu ialah orang yg melakukan amalan yg aib pada malam hari, kemudian pada pada waktu paginya Allah telah menutup aibnya. sebaliknya dia berkata "wahai fulan, malam tadi aku telah melakukan begitu begini"
memang ada orang, Allah dah tutup dah amalan aib dia, tp boleh pulak berbangga bangga cerita kat semua. itu dulu zaman setakat cerita, sekarang siap boleh upload segala. hurm..sekarang kita semua boleh fikir sendiri lah kot, kenapa Allah titik beratkan sgt pasal akhirat (walaupun ada org kata akhirat tu x konkrit)
benda ni melibatkan maruah kita dan orang lain kan? inshaallah byk lagi hikmah kenapa sesetengah hukum tu pada kita nampak x logik atau susah nak diterangkan

Tanpa Nama berkata...

macam mantot tulis kat atas tu, apabila hilang roh dari jasad, maka terputuslah amalan selain 3 perkara;

1. Sedekah yang berkekalan (cth,kau beri sedekah utk bina masjid ke, selagi diguna masjid tu, selagi tu kau dapat pahala @ kau wakafkan tanah utk perkara baik,selagi digunakan,selagi tu dapat pahala)


2. Ilmu yang diajarkan, ( kau ajar
matematik,sains,bahasa inggeris,agama islam, walhal apa2 perkara yang baik, dan orang tu guna ilmu tu, kau dapat pahala) ; kalau orang tu ajar pulak pada orang lain,kau still dapat)


3. Anak yang soleh (anak kau berdoa, buat perkara baik atas didikan kau selama ni)



kalau yang buruk, dalam contoh gambar tak tutup aurat tu, aku rasa kau tangung selagi hidup, kalau dah meninggal, kalau tak salah aku, tanggungjawab keluarga untuk ambil tindakan..kalau tak ayah,ibu, abang, tak abang,adik



SyafiqahSabri berkata...

Assalamualaikum..

aritu saya ad dgr ustaz ckp bagi ibu bapa hanya segala kelakuan soleh anak akan dapat manfaat di dalam kubur tapi dosa2 anak yg dilakukan akan dihitung apabila di padang Mashar.

Waallahualam...

Tanpa Nama berkata...

doesn't matter...
have a taubat...
just chillah..

Tanpa Nama berkata...

"Macam mana nak bagi peluang dia taubat kalau dia dah mati? Kan taubat aje yang menghapus dosa?"

Selama ni dia hidup, kenapa dia tak taubat? Sebab tu orang kata, Allah hidupkan kita lagi hari ni adalah untuk suruh kita bertaubat. Kita grab tak peluang yang Allah bagi tu? Bila dah mati, memang la dah tak boleh taubat. Jadi, bila dah mati, kalau ada benda buruk yang masih berjalan disebabkan kita, saham dosa tu kita dapat sekali. Dalil dia dah pun diberi pengkomen ke3.

Mungkin kita boleh ambil iktibar daripada cerita Qabil yang bunuh Habil. Setiap kali orang membunuh hari ni, saham dosa tu Qabil akan dapat.

Aku ni boleh dikira peminat blog kau lah dari dulu. Dan aku agak terkejut dengan penulisan kau hari ni. Kalau rasa still tak clear, mungkin kau boleh rujuk orang yang lebih alim.

Aslina berkata...

Ha'ah, yg ni aku pon nak tau, sangat2 nak tau sebab, kemain ramai org cuba menakut2kan aku... Plus, aku rasa, dosa aku, mcm aku tanggung sendiri... Atas kedegilan sendiri... Hurmmm... Ko rase?

Tanpa Nama berkata...

Maaf ya kawan kawan,
Ini bab ghaib, bab tauhid,
Tak boleh main rasa rasa..saya akan cuba bertanya pada yang arif pasal benda ni, lepas tu saya akan maklumkan..insya Allah..

Tanpa Nama berkata...

Kalo ayah dia dah bg tunjuk ajar pas2 lepas dia mati anak dia buat juga maksiat ayah dia dah lepas tanggungjawab tp kalo ayah dia memang x ajar anak dia n anak dia buat maksiat ayah dia akan tanggung gak dosa...ada satu hadis nabi SAW : setiap dari kamu adalah penjaga dan kamu pasti akan ditanya perihal jagaan kamu... Wallahu a'alam...

Tanpa Nama berkata...

pertama kena faham dan yakin dosa dan pahala tu wujud.. :)
kedua kena tahu apa yang generate dosa dan pahala..
then baru boleh buat kesimpulan.. dosa tu generate tak lepa mati.. :)

Bagus point ko ada ke dosa atau ayat quran kata dosa tu terus berkembang membiak lepas mati.. yang ada disebut dalam hadis hanya pahala kan.. Honestly aku pun tak tahu..

Orang hanya mungkin relatedkan secara logiknya dengan amalan atau paala lepas mati seperti amal jariah, doa anak soleh dan ilmu bermanfaat.

Honestly aku memang tak pernah dengar tapi hanya pernah dengar orang terseksa akibat dosa atau apa yang di buat kat dunia.. So pada aku mungkin la dosa tak berkembang macam saham.. Allah tu maha adil.. sebab dah mati mana boleh taubat atau tarik balik tu semua macam kalau ada gambar seksi kat facebook kan..

cuma aku rasa hidup kat alam kubur terseksa kot? Rasanya yang seperti tu pernah dengar.. Kita akan terseksa dengan dosa yang kita tingalkan dan pernah buat.. tu pandangan aku je la.. kena carik hadis atau ayat quran pasal seksa alam kubur.. Kalau tak silap aku la.. kot aku silap mohon betulkan..


Mantot berkata...

Selama ni dia hidup, kenapa dia tak taubat? Sebab tu orang kata, Allah hidupkan kita lagi hari ni adalah untuk suruh kita bertaubat.

Kita grab tak peluang yang Allah bagi tu? Bila dah mati, memang la dah tak boleh taubat. Jadi, bila dah mati, kalau ada benda buruk yang masih berjalan disebabkan kita, saham dosa tu kita dapat sekali. Dalil dia dah pun diberi pengkomen ke3.


Itu la point aku.Ramai assume dosa akan ada compunding effect.

Cthnya, pelakon yang dah arwah, Sebelum2 tu dia pernah berlakon adegan maksiat, untungnya sebelum mati dia sempat taubat, atau dalam bahasa sekarang "berhijrah" dan berenti dari perkara2 lagha ni..dia try yang terbaik dan dia betul2 jaga halal haram lepas2 tu.

Katakanlah taubat dia diterima (Wallahuallam) ...

Adakah dia masih lagi tanggung dosa tiap2 kali ada orang tengok scene ranjang dia kat alam baqa sana?

Aku tgk ramai yang anggap saham dosa tu masih lagi berjalan.

Kalau taubat adalah "absolute cleanser" mcm mana nak mohon keampunan dekat benda2 yang kau tak boleh nak kawal...sbb kau dah mati?

azie berkata...

aku nk kongsi sikit cerita pasal orang yang dah merasa mati..boleh baca kat blog ni. Hidayah Allah boleh datang dengan bermacam cara.

http://keretamayat.blogspot.com/2007/11/bercakap-dengan-malaikat.html

Tanpa Nama berkata...

bertaubatlah sebaikmungkin

walau sekecil mana pun dosa dan pahala akan tetap dilihat Allah..

Cuma kena yakin Allah tu maha pengasih dan penyayang sebesar mana pun dosa masih boleh diampunkan kecuali Syirik..

Jadi elakan dari syirik..

mummy_icha berkata...

Salam.
Mantot why not kau tanya dengan Ustaz/orang yang warak dalam bidang ni, dan bila kau dah dapat jwpnnya, kau share dgn kami, lagi berbaloi dan bermanfaat dan pahalanya dibawa dlm kubur, daripada kau tunggu org clarify kat kau dan takde orang alim yang nak clarify, nnti org yg baca entry ni pulak akan rasa apa yg dia fikir dan buat adalah betul lps baca pendapat kau.

Pd aku, bila mati, soal dosa pahala dah tak wujud. yg tinggal hanyalah siksa kubur. Sbb itu ada hadis yg kata, lepas ditinggalkan 7 langkah oleh org yg mengiringi jenazah, malaikat mungkar dan nakir dtg untuk menyoal. Masa itu solat datang melindungi di kepala, sedekah di kaki, amalan baik di kanan kiri (ni contoh aku pun tak ingat susunannya). Maknanya, kalau amalan kita tu Tuhan terima, selamatlah kita dari siksa kubur tu. Lapang dan teranglah kubur kita, tidur nyenyaklah kita. Kalau tak, azablah. Sampai kiamat kita akan disiksa (wanauzubillahiminzalik).

Alam kubur ni bukan soal kumpul pahala dan dosa lagi dah. Semua tu dah habis. Dah takde peluang. Kalau kat dunia ni takde org yg ingat kat kita, mmg teruklah siksaannya. Takde siapa yang tolong ringankan. Ini yang aku percaya dari dulu sampai skrg. Jadi, kalau nak bertaubat ke, nak tambah pahala ke, nak kurangkan dosa ke, buat masa hidup. Bila dah mati, hanya siksaan yang menanti. Wallahua'lam.

mummy_icha berkata...

...samb sikit, sebab itu hadis kata, ingatlah 5 sblm 5. Salah satunya, hidup sebelum mati. Sbb apa? Sbb kalau kau nak sucikan diri, nak bersihkan jiwa, nak ringankan dosa, baik buat sblm mati. Bila dah mati, dah masuk kubur, takde sapa boleh tolong dah. Benti takat tu aje. Sbb tu orang kata "kau dah sedia nak mati ke?" Kalau dosa dn pahala tu masih boleh generate lps kau mati, eh takyahlah org nak war2kan siksa kubur, persediaan mati etc ... wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Berkenaan komen saudara Mantot, saya yakin yang Allah itu Maha Luas rahmatNya, so kalau kita dah benar2 bertaubat dan taubat itu (yang menepati syarat2nya) diterima Allah sudah tentu segala dosa-dosa kita diampunkan, termasuk "saham-saham" kita dalam dosa yg dibuat oleh orang2 lain akibat dari perbuatan (e.g penulisan yang membawa kepada kemungkaran).

Saya setuju dgn Mummy Icha, elok saudara merujuk kepada ustaz2 yang bertauliah utk dapat jawapan kepada persoalan ni, kemudian share dgn pembaca2 blog ni, insyaAllah ia akan jadi ilmu bermanfaat yg pahalanya berterusan walaupun kita dah masuk kubur. Ataupun (this is the best) kalau nak jawapan direct daripada Maha Pencipta kita sendiri, marilah kita sama-sama selak Al-Quran dan cari jawapannya. sebab Al-Quran tu kan kalam (kata2) Allah dan Islam itu syumul (lengkap) dan Allah dan sediakannya untuk kita jadikan panduan hidup. Ustaz2 pun dapatkan jawapannya dari Al-Quran dan hadith kan? Sebaiknya hadiri majlis-majlis ilmu supaya maksud ayat2 Al-Quran tu dapat di clarify kan oleh ustaz2 yang berilmu. Sekarang ni dah mudah, kalau tak nak ke masjid/surau pun (mungkin sebab sibuk nak update fb/twitter/blog etc), pegi je ke blog2 ustaz2 yg bertauliah, ataupun tengok/dengar stesen2 TV/radio spt TV Hijrah, Oasis, Radio Ikim.fm, ilmu tu dekat sangat, tinggal kita nak click button/keypad je.

Berbalik pasal dosa dihapuskan kalu taubat diterima tadi, ada syarat-syarat wajib utk taubat diterima. Ini quote dari blog ustaz noramin:-

"Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :

Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya."

Ada juga disebutkan cara2 yg betul utk bertaubat, boleh rujuk sendiri di sini
http://www.ustaznoramin.com/2010/10/cara-bertaubat-yang-betul.html

Tapi pada pendapat saya yg dhaif ni, tak perlulah kita terlalu fokus pada samaada dosa selepas mati ada compounding effect atau tak, sebab kalau kita tak (sempat) bertaubat akan dosa kesalahan kita sebelum mati, dgn dosa2 yg kita dah sah2 ada sebelum mati tu je, dah tak tertanggung azabnya, nauzubillahiminzalik. So, marilah kita sama2 bertaubat SEBELUM dipanggil pulang - semua manusia ada dosa, kecuali Rasul2 shj yg maksum. Nabi Muhammad (s.a.w) yang maksum tu pun, yg dah confirm tempatnya dlm syurga pun bertaubat 100x sehari! Apatah lagi kita... wallahua'lam.

Sekadar berkongsi ilmu utk kebaikan bersama, semata2 kerana Allah - tiada langsung niat lain, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak berkira buat tu dosa tak. Buat ni dosa tak. Nanti da mati dosa kena tanggung ke hape.. kenape.. kenape.. kenape.. kenape tak kita ni buat saja benda yg menambahkan pahala.. da komfem komfem dapat pahala. Sepatut kita lebih pikirkan kepada menambahkan pahala... kalau tak pki tudung pak ayah kena tanggung? Apa salahnya pakai je tudung. Tak rugi pun der. Tak penat nak pkir aku dosa ke tak eh? Apalah korang...

-N-

Tanpa Nama berkata...

To Anon March 13, 2013 at 10:18:00 AM GMT+08:00

manusia mudah lupa, mudah mmbuat ksilapan.. sbb kte x perfect... kdg2 bkn dosa besar.. dosa kecil pn kte slalu buat.. sbb tu kte bncang bnde ni. kdg2 kte wt dosa yg kte x sedar..

mcm budak2, kte slalu ckp, mkn elok2.. jgn tumpah2.. tp die still de gak tumpah, wlaupn sedikit.. nk kate die bangang sbb mkn tumpah2, die budak2 kn.. manusia biasa x kn perfect bro

Tanpa Nama berkata...

The point is. Kan senang. Buat sahaja kebaikan. Takpayah buat kemungkaran. Tapi nama pun manusia... dan syaitan pun da bersumpah.
*sigh*
Tp kalau dosa kau, org lain tanggung. Kau tak rasa bersalah ke. Tak kisah la tanggung tyme hidup ke tyme mati ke..

Again. Nama pun manusia. Degil tetap ada..
-N-

Tanpa Nama berkata...

Salam Mantot dan kawan2 lain.


teruskan dengan pencarian ilmu agama. maksud saya dengan mengikuti kuliah2 agama di masjid dan surau. insyaa Allah jawapannya anda akan jumpa!!tak boleh main2 rasa2 and ikut logik. agama kita ada 2 petunjuk yang Nabi S.A.W tinggalkan yakni Quran dan Hadis.

atau tonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Halaqah , Cinta Ilmu di TV AlHijrah.

Regards

f1f12003

Fara Abdul berkata...

dosa dan pahala hanya ALLAH yang tentukan. siapa kita nak cakap dosa/ pahala org ni bole carry forward, bole berganda, bole ditambah, balasan dosa sekian2... adakah manusia nak jadi Allah?

dosa dan pahala tak boleh transfer; rujuk Quran 6:164, 53:39. anda buat anda dapat huhuhu..

takkan ada pertolongan mahupun syafaat di akhirat dari sesiapa. apa saja dosa dan pahala yg dikumpul semasa hidup, itulah yg akan diadili. masa ni, hanya Allah saja yg boleh tolong ampunkan dosa kita dan gandakan pahala.

rujuk Quran 82:17-19, 6:51, 6:150, 7:156, 10:3, 19:87, 39:19

jadi sebelum kita jadi mayat, selalulah berbuat baik dan harapkan Allah ampunkan dosa kita (Quran4:48, 39:53). jgn harapkan org lain doakan kita, harapkan org tambahkan pahala kita sebab ini adalah perbuatan menyekutukan Allah.

'kepada Engkaulah yg kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan'

bukan kepada anaklah kami memohon doa selepas mati.

Tanpa Nama berkata...

Salaam,

Utk menjawab komen blogger yg nun di atas sana:-

Imam al-Ghazali, dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menyatakan, “Sungguh beruntung orang yang meninggal dunia, maka putuslah dosa-dosanya. Dan sungguh celaka seseorang yang meninggal dunia, tetapi dia meninggalkan dosa yang ganjaran kejahatan terus berjalan tiada hentinya.” Alangkah bahagianya mereka yang memiliki amal jariyah dan alangkah sengsaranya seseorang yang menanam dosa jariyah. Wallahu A’lam.

Untuk penjelasan lanjut, jom check out kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali

Tak usahlah kita memandai2 keluarkan fatwa sendiri, takut buruk balasannya kalau tersalah, apatah lagi jika sampai ke tahap merosakkan akidah umat Islam

Tanpa Nama berkata...

di dalam Islam, sebenarnya tiada istilah seorang muslim menanggung dosa orang lain.
Kita sering kali salah faham bahawa seorang suami akan menanggung dosa2 isterinya manakala seorang bapa akan menanggung dosa2 anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Yang sebenarnya segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam.

Ini bermakna kalau isteri atau anak perempuan tidak menutup aurat, merekalah yang akan menanggung dosa itu sendiri. Jika seorang suami atau bapa tahu akan perkara itu akan tetapi membiarkannya sahaja, maka dia berdosa atas kesalahan tidak menegur dan membiarkan sahaja isteri dan anaknya melakukan perkara yang dilarang di sisi agama, tapi bukan dia menanggung dosa isteri dan anak2nya. Kalau suami atau bapa yang menanggung semua dosa isteri dan anaknya, isteri dan anaknya takkan ada dosalah dan bebaslah mereka membuat dosa kerana dosanya ditanggung orang lain.

Akan tetapi kalau seorang suami atau bapa sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka dengan menegur, menasihati dan membimbing isteri dan anak2 agar tidak melakukan sebarang perkara yang dilarang seperti membuka aurat dengan tidak memakai tudung dan sebagainya tapi mereka masih degil dan tetap tidak mahu pakai tudung, maka terlepaslah suami/bapa tadi daripada dosa kecuaian sebaliknya isteri/anak tadi bukan sahaja berdosa kerana melanggar perintah Allah s.w.t, malah berdosa kerana engkar terhadap suruhan suami/bapa mereka.

Unknown berkata...

Ni urusan Allah.kita sbg umat Muhammad keep buat baik k.gain pahala byk2.yg xbaik xyah buat