Ke hadapan Perdana Menteri Malaysia,
Muhammad Najib Abdul Razak.
Saya amat berterima kasih atas usaha yang telah cuba dilakukan oleh pihak PM untuk sekali-sekala cuba menyelitkan unsur-unsur keagamaan ke dalam ceramah politik anda, seperti yang telah dilakukan ketika membidas pihak pembangkang dengan menyatakan 7 jenis dosa yang dilakukan oleh pihak pembangkang.
Sudah sekian lama saya berharap, pihak kerajaan dapat menyelit sedikit unsur-unsur keagamaan dalam politik tapi maaflah jika saya katakan, kebanyakan percubaan itu hanyalah seperti melepaskan batuk di tepi tangga. Bahkan, pada saya, bukan setakat macam batuk lagi dah, sudah seperti muntah di tepi tangga yang ada orang tengah naik. Ini kerana percubaan memasukkan unsur agama oleh pihak kerajaan seakan kelihatan tidak telus, dibuat-buat dan lebih teruk lagi, berniat jahat untuk memalukan pihak lawan.
Ah Jib Gor,
Saya menulis surat ini dengan berniat baik, tetapi caranya kasar mendekati jahat. Saya nak menegur sesuatu yang mungkin orang lain seperti mufti, Jamil Khir, seluruh pekerja Jabatan Agama Islam dan mereka-mereka yang sayangkan kerajaan sekarang tak berani tegur, buku biografi isteri anda haram dibeli dan haram dibaca. Saya bukan mufti, saya juga bukan ahli agama, tapi saya Islam dan saya faham apa hukum nya aurat isteri terdedah. Lebih malang lagi, dalam bab ini, aurat isteri Ah Jib Gor bukan setakat terdedah..malah telah pun dibukukan dan dijual dengan harga Rm150.
Lebih memburukkan keadaan, Pakcik Mahathir bin Mohamad telah pun secara sinis, mengesyorkan buku tersebut diletakkan di semua perpustakaan sekolah untuk ilmu yang bakal bermanfaat 100 ke 200 tahun. Dah macam level buku "The Art of War" karangan Tsun Zu nampaknya biografi isteri anda. Adakah selepas ini akan wujud soalan peperiksaan berkaitan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia pula?
Apa alasan saya mengatakan buku itu haram?
Sebab saya ada isteri. Saya ada keluarga. Bila saya sudah berkeluarga, saya bertanggungjawab ke atas segala apa yang dilakukan oleh isteri saya. Dalam Islam ada disebutkan, jika seorang suami membenarkan isterinya bertemu orang lain tanpa menutup aurat dan ini semua berlaku di bawah pengetahuan suami, suami yang merelakan itu diberikan satu gelaran yang tidak eloklah saya sebutkan di sini. Tapi asasnya, sangat tidak elok.
Jadi apabila seorang Perdana Menteri mahu menuding jari mengatakan pihak itu berdosa, pihak ini berdosa dan kemudiannya menyebut diri sendiri dan pihak kerajaan sebagai terbaik kepada semua, bukankah itu satu tindakan hipokrit? Masalahnya, anda juga membenarkan isteri sendiri berpeluk dengan Lee Chong Wei, berpeluk dengan lelaki Hindustan, bersalaman dengan orang ramai, membukukan wajah dan tubuh badan di dalam buku yang dikatakan dijual untuk kebajikan...adakah Perdana Menteri sendiri tidak nampak apa yang tidak kena di situ?
Semua benda yang baik perlu bermula dari rumah. Semua lelaki adalah pemimpin, sama ada dia pemimpin negara atau pemimpin rumah.Bagaimana anda mahu meyakinkan saya yang Barisan Nasional adalah parti yang memperjuangkan agama kalau benda2 seperti itu pun pihak kerajaan sekarang kelam kabut? Bagaimana saya mahu sokong sebuah kerajaan yang sibuk mencari aib musuh tapi aib sendiri yang terpampang depan mata, dapat dilihat semua orang tidak ditutup rapi? Itu bukan cara betul, itu cara hipokrit.
Jika apa yang pihak kerajaan itu betul, adakah Malaysia sebenarnya ditimpa bala yang sangat besar? Kerajaan kata, pemimpin yang isterinya elok, anak-anaknya baik, keluargnya dijaga itulah keluarga yang haprak, yang liwat, yang homoseks. Dipihak kerajaan pula yang dikatakan dipihak yang benar, kita dapat lihat isteri pemimpin tak tutup aurat, anak-anak togak arak, kaki perempuan, pemimpin mencarut, budaya samseng.
Adakah itu bala besar Allah kepada Malaysia, yang majoritinya Islam? Adakah ini azab Allah kepada rakyat Malaysia? Rakyat biasa sentiasa terpaksa hidup dalam keadaan tidak pasti. Terpaksa membuat keputusan berdasarkan 'hearsay' atau dalam erti kata lain, berita yang tidak diketahui pokok pangkalnya. Pilih kerajaan berdasarkan kepada mana satu yang "kurang jijik." Dikurniakan dua puak pemimpin, satu pihak kononnya imej baik tapi belakangnya homoseks, satu pihak lagi senantiasa kata mereka bagus tapi akhlaknya tak mencerminkan pegangan mereka.
Ini azab Allah pada kita.
Sebab kita dipimpin oleh pemimpin yang hanya guna agama, bila dia perlu.
Jadi, saya minta ; TOLONG JANGAN SEBARKAN BUKU BIOGRAFI ISTERI ANDA KE SEKOLAH-SEKOLAH KALAU ANDA SAYANGKAN ISTERI ANDA. TOLONG HENTIKAN JUALAN DIA, TARIK BALIK DAN TAK PERLU PUN SEBENARNYA BIOGRAFI DIA TU.
The only one who should be reading about and seeing the Prime Minister's wife, is the Prime Minister only. Isteri Perdana Menteri hanyalah untuk tatapan mata anda dan tidak eloklah kalau disharekan bahana tu ke seluruh negara. Bahana itu bukannya saya bermaksud empunya badan, tapi wabak dosa tu kita share ramai2 kalau buku tu terus disebarkan. Semua orang ada share dalam tu sebab anda PM, dia isteri PM, kami rakyat bawah anda. Walk the talk. Kalau berani sebut pasal dosa pembangkang, dosa sendiri pun perlulah diawasi.
Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan, saya masih akan tetap memangkah pembangkang. Sebab saya percaya, akhlak Lim Guan Eng jauh lebih baik berbanding kebanyakan pemimpin UMNO. Itulah Malaysia yang saya harapkan.
Harap maklum.
Sekian terima kasih.
Mantot

27 ulasan:
Dosa taib taknak siasat ke?
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=_1RRNggnM6A
hehehe
setuju ngan penulis blogger nie...ada betolnya buku ini diharamkan..thanks for da info..
bukan 'batuk' tp betuk
sejenis pekakas sauk air
melepaskan betuk ditangga
serius mantot aku puji ko punya kritikan .tetapi sebelum ni kau cakap kes liwat hak Anwar dengan Tuhan . sekarang biarlah yang haram tu PM dengan Tuhan uruskan.Kita jangan masuk campur urusan agama orang lain.
Tak sabar nak tukar pemerintahan..nak kembalikan zaman pemerintahan Islam yang sebenar..Moga lepas ni, kerajaan wajibkan orang lelaki solat berjemaah di masjid setiap waktu, siap bagi masa pergi ke masjid..dah ramai sangat orang kita yang tak solat fardu berjemaah. Harapkan solat jumaat je, itu pun celam celup
Bila terlalu lama berkuasa maka inilah hasilnya
at this point, aku bersetuju dgn ngko. aku tak suka rosmoh.
Semalam kata lain, harini kata lain, mana satu mantot? siapa yg hiprokit ni?
tetap setuju diharamkan buku tu, tiada faedah pada masyarakat.
@anon March 21, 2013 at 1:38:00 PM GMT+08:00
anwar telan sorg2..tu maksud nya dosa tu antara anwar,die punya boy lover n Tuhan...y najib plak die pergi share aurat bini die keseluruh negara....jelas?
Smlm aku tulis, kondem ko yg ntah pape sokong Anwar..mmg tah hape hape ntah alasan backup Anwar..
Arini aku kena akui kalo psl rosmah ni...mmg sengal la najib, rosmah ni...siap madey yg lancarkan buku yg xtahan tu..
So, apekah cara utk xnk Najib dan dlm mase sama jgn sokong Anwar..
Kalau menyokong BN, xsemestinya sokong najib, dan sokong PR xsemestinya sokong anwar.
kalau la PAS tu neutral, mesti masyarakat xragu2 nk undi PAS.
mantot ...u the best...
kalau sokong Najib x semestinya sokong BN.. kalau sokong Anwar tak semestinya sokong PR. LOL!
yang korang bising2 pasal anwar tu, ada terbukti ker dia buat liwat, seks, video lucah yang pihak umno dan bn war2kan tu?
kat mahkahmah betul? didapati bersalah ke? tak kan? siap ada pengakuan bapak saiful tu semua konspirasi..ok,mungin anwar beli dia, tapi masih tak terbukti..
sama macam najib, kes dia dgn altantuya, apa bezanya? media massa malaysia tak fokus pada kes tu, kalau betul fokus, memang dah kecoh macam kes anwar ni..
ketidak adilan di situ, kalau terbukti anwar gay,wat video lucah, penjarakan dia, sebat dia, buat jer apa saja,
tapi tu TAK MENGUBAH FAKTA UMNO dan BN penuh dengan korupsi dan rasuah dan perlu ditolak, atau sekurang2nya dorang kena sedar realiti dan salah dorang, bukannya buat gosip,kontroversi,bagi gula2 pada rakyat suruh percaya dorang.
ps: bukan Anwar sorang bleh jadi pemimpin, ramai lagi calon yang turut layak. ABU ! (Asal Bukan Umno)
kalau dah Cai PR :)... Memang nampak kuman di seberang je.
Anwar gay? kalau pemimpin gay ka bisek ka apa kat luar negara takdanye nak kena pecat atau lepaskan jawatan atau letak jawatan.. melainkan kalau berskandal..
Perasuah? kat luar negara orang bersalah letak jawatan.. atau kena lucutkan jawatan pecat..
Kat malaysia.. terbalik pulak.. orang yang dedahkan kes rasuah pulak kena dakwa kena penjara.. lol..
Setuju ngan cadangan tuan :)
Setuju ngan cadangan tuan :)
Setuju ngan cadangan tuan :)
terima kasih.
Terima kasih pejadah nye ttibe amira ni...br brlanja baucer buku 1mesia ke?...
Ade fesbuk takkkk?
Haha....itula..pehal terima kasih pulak...lol
bukan betuk tetapi "BATOK" harap maklum.
"bagai melepaskan batok di tangga" = melakukan sesuatu kerja dengan sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh, atau separuh siap sehingga menyusahkan orang lain pula
contohnya lepas berak tak flush...lol
Terima kasih mantot menulis apa yg ada dlm fikiran aku. ABU. Ya Allah menangkn Islam
Catat Ulasan