Mac 08, 2013

11 Kebaikan Tidak Memakai Tudung Bagi Muslimah Malaysia

1. Anda tidak perlu membuang masa memakai hijab atau tudung. Lama! Boifren takyah tunggu lama. Suami pun takyah nak marah2.

2. Anda tidak berasa panas. Iklim Malaysia yang berbahang mampu membuatkan pemakai tudung tidak selesa.

3. Jika anda mempunyai rambut yang cantik beralun, semua orang dapat melihatnya.Apatah lagi jika anda mewarnakan rambut anda, sayang jika hanya anda dan family anda yang melihat.

4. Tidak akan ada orang yang menuduh anda cuba tutup kesan love bite boifren dengan tudung.

5. Penjimatan duit yang agak banyak kerana harga tudung sekarang bukan murah. Tak masuk lagi duit nak kena beli brooch.

6. Nak ambik wuduk senang. Nak solat senang. Sarung aje telekung. Habis aje solat, bukak dan teruskan kehidupan.

7. Tak perlu risau tudung dipakai senget atau tak sama tinggi.

8. Jika anda ke Amerika, orang tempatan tidak akan takut dengan anda.

9. Cakap telefon senang. Henfon boleh terus kena dengan telinga.

10. Anda tak payah seterika tudung. Save time, save electricity, mesra alam.

11. Awek bertudung naik motor dengan boifren? BITCHES! Awek free hair naik motor dengan boifren? Biasa aje.Masyarakat akan accept kau naik motor dengan boifren.

..............

Sayangnya, ada satu aje keburukan tidak memakai tudung ;
Anda tidak diterima untuk menyertai ruangan di majalah Hijabista.

Tapi pada aku, kalau sekadar pakai hijab semata2 untuk tayang kat orang lain dan nak berfesyen2 semata2, tapi dalaman diri tu sebenarnya hanya seorang gadis yang kononnya cool dan rasa urban sebab pakai tudung bermacam style dan mengharapkan ada orang lain cakap dia cun sebab dia mampu pakai tudung bermacam layer,bermacam kaler...tak rugi kot tak dapat masuk majalah Hijabista.

Jadi sebenarnya, tak ada langsunglah keburukan tak memakai tudung; di dunia yang fana ini.

Update : Bapak ah ramai boleh percaya benda ni dan menyokong aku tulis. Kepada yang menyokong benda ni, aku jelaskan, aku sarkastik semata2. Gila kau nak menyokong gadis tak pakai hijab ni? Walaupun aku suka tengok cleavage tapi aku tetap perjelaskan kat sini, cleavage yang terbaik adalah cleavage yang tidak kelihatan.

Perempuan yang terbaik, adalah perempuan yang kita tak nampak kulit dia. Macam lauk nasik campur, kalau tak bertutup, banyaklah lalat yang hinggap, kan?

Aku sarkastik sebab bila aku tulis "sila tutup aurat" ada orang bangkang, aku tulis "silalah jangan tutup aurat" ada pulak orang yang sokong. Aku assume dia ni orang yang sama, hahaha




75 ulasan:

wootwoot berkata...

plg kurg dorg da kurgkn dosa mndedahkn rmbut dorg.mungkin bukan serta merta tp berharap mereka2 akn sedar

Master Yoda berkata...

Sarkastik tahap Ramayana...Mantot oh mantot

Tanpa Nama berkata...

minta taubat la atas tulisan "tiada langsung keburukan kerana tidak memakai tudung di dlm dunia yg fana ini"...kerana setiap yg DIHARAMKAN Allah SWT pasti ada KEBURUKANNYA.Cari dan kaji...jgn buat hukum sesuka hati.Kpd pembaca yg beriman...jgn tertipu dgn dakyah bhw tidak bertudung...tidak mmbawa keburukan.Jagalah aurat anda...cuma di dunia.Akhirat nnti tidak terseksa.

Tanpa Nama berkata...

memang berfesyen berlebihan trend yang agak tidak sihat sebenarnya.


but in positive way, selalunye org yg free hair tertarik untuk bertudung sbb fesyen
lama kelamaan barulah dorang betol betol paham apa itu menutup aurat.
awal2 je seronok berfesyen.
lame lame dah x dah.

ramai je macam tu. tengok lah maria elena, farah asyikin semua.
awal2 pkai tudung mmg out, tpi bila dah dapat kesedaran semua dah berubah..
take it positive way.
dan doakan mereka yg belum mendapat hidayah.

Tanpa Nama berkata...

DSLR camera, pemakaian pelik2, bertudung, urban shit, eyeliner melentik panjang! skirt labuh with army boots? WTF! smokey eyes + grey contact lense, ramai bloggers berhijab yg pesen pelik2 mcm sakai!

Tanpa Nama berkata...

buat anon ke-2,

saya belanja luls utk anda :)

Tanpa Nama berkata...

maaf, anon ke3

Tanpa Nama berkata...

Komen kau bodoh...

Rahsia Hati berkata...

TABARRUJ

sila google maksud

Saya Hanya Menyampaikan berkata...

Jangan lupa montot.. Dosa pada Lelaki bukan saja yang MELIHAT, tetapi pada tangungan kalau ISTERI, ANAK PEREMPUAN, ADIK PEREMPUAN, KAKAK, MAK atau sesiapa dibawah tangunganya.

Apapun benda ni adalah berkaitan dengan IMAN Dalam Quran Ayat 31 An-Nur pun dah sebut.. Kalau takda IMAN ko cakap berbuih2 pun takda nak dengar ko kena maki balik ada la..

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Walau takda sebut wajib bertudung tapi dalam Quran kata dan suruh tutup belahan dada dengan tudung kepala.. kalau takda tudung camna nak tutup belahan dada..

Tapi ada juga orang bertudung tapi masih juga tak tutup belahan dada..

adarain berkata...

keburukannya..hari-hari dosa dapat...neraka pun menanti..

mr edz berkata...

aku harap mantot akan membuat satu entry kebaikan awek memakai g string atau kebaikan barisan nasional. tq..

Tanpa Nama berkata...

anon no.3, meh sini aku explain sikit.

maksud mantot tu, kalau dah pakai tudung pun niat nak 'please' org and nampak cantik, maka org tak bertudung kira x salahlah..kita pakai tudung utk 'please' Allah dan menutup dan melindungi aurat kita dari menjadi tarikan kaum lelaki dan bersederhana. kalau pakai tudung pe'el sama je mcm x pakai tudung, attention seeker,maka sama je la pakai ke x pakai tudung!

paham x anon no.3.

sapa kata x menutup aurat tu xde keburukan langsung. memang2 sah2 la haram.

bongoks.

Tanpa Nama berkata...

menyindirla tu si mantot ni^^ i like! Tapi ingat... setiap penulisan anda akan diuji Allah Swt. Tp yelah moga2 sindiran ini bermanfaat utk dijadikan sempadan.

ahmad berkata...

Antara keburukan yang ada di dunia ini ialah ia menggugat wanita2 lain samada yang bertudung ataupun tidak, dari diganggu oleh lelaki yang berpenyakit di mata/hati. Syari'at Islam yang dikenakan pada individu bukan sahaja untuk individu tersebut tetapi untuk kepentingan umum. Dari lahirnya kita sampai mati, kita tetap memberi kesan pada orang lain. Samada kita sedar atau tidak aje.

Art Of Sarcasm berkata...

anon 3 tak tau apae tu sarcastic...

Tanpa Nama berkata...

Sejak post mantot pasal NIP mendapat 'sambutan', makin ramai anon yg tinggal komen.

tapi syg.. semua anon ni xfaham character mantot yg sarcastic gile.. kalau ko fhm, byk post kat sini 'makan dalam' beb!

eh! aku pun anon jugak?!

Eray Majid berkata...

sebenarnya bukan tudung, tutuplah aurat sebaik mungkin. ramai yang gilakan tudung cantik2, tapi..tak cukup requirement yang Allah dan buat..sayang...

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/tiada-makanan-banyakkan-susu-ibu-amaran.html

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum saudara-saudari seagamaku,

Memakai tudung dengan sebab selain dari kerana ia adalah perintah Allah, memang salah (termasuk yg pakai sebab nak org puji dia). Tapi kalau ada 2 org muslimah yang akhlaknya sama, sorang pakai tudung, sorang lagi tak pakai, yang pakai itu adalah lebih baik sebab sekurang-kurangnya dia menutup rambutnya. Yang terbaik adalah yang MENUTUP AURAT DENGAN CARA YG DISYARIATKAN OLEH ISLAM dgn niat semata2 kerana Allah.

Dan, menegur saudara biarlah dengan cara yang berhemah dan teguran itu datang dari hati, insyaAllah dapat diterima dgn mudah. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Slow nyer ko nih

Tanpa Nama berkata...

Yer betul tu. Dah lah jenis x baca habis, fikir habis2 apa maksud dia. Aku baca skali lalu pun dah paham maksud mantot. Atau pun anon tu lembab sgt harharhar

Tanpa Nama berkata...

Why bother whether pakai tudung atau tak. The most important thing is tutup aurat. Tak kisah macam mana you pakai janji tutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang Islam tak tahu apadia AURAT.. :)

Sebab apa? sebab tak belajar..

Tanpa Nama berkata...

aku lelaki..nak kawin dgn perempuan yg menutup aurat..senang hati aku..sekurang2nya aku tak menanggung dosa isteri tak tutup aurat..

Tanpa Nama berkata...

otak lembab

Tanpa Nama berkata...

makhluk xfaham kiasan xperlu bace posting ni...ni tahap tertinggi kiasan...haha!

Tanpa Nama berkata...

xtau ni post sarcastic atau btul2..

Laici berkata...

Why bother whether pakai tudung atau tak. The most important thing is tutup aurat. Tak kisah macam mana you pakai janji tutup aurat.


well, kalau kau nak tutup rambut kau pakai baldi sambil pakai baju longgar yg tak menampakkan susuk tubuh, silakan...tapi lagi orang cakap pelik


salah satu cara yang praktikal dan nampak utk tutup aurat di rambut adalah dengan berhijab..

paham tak? melainkan kau ada cara lain selain hijab dan baldi..ohoho

Mantot berkata...

Majalah "Baldister" terbitan Karangkraf bulan Mac padat dengan isu menarik.

Isu hangat, "baldi pecah..adakah aurat saya terbuka? Apa yang saya perlu lakukan jika baldi saya pecah di khalayak ramai?"

Promo : Baldi warna pink jalur2 off 25%

Tanpa Nama berkata...

Aurat ni antara manusia atau bila berhadapan dengan manusia kalau takda manusia nak berbogel ke apa terpulang la kan..

Tapi zaman teknologi ni ada camera ada macam2 3g dsb so kena la jaga aurat juga..

Aurat ni batasan yang dibenarkan untuk dilihat.

Tanpa Nama berkata...

Kelebihan yang ke-12...

Peluang BESAR untuk jadi ahli neraka VVIP !

plain83 berkata...

owh Nurul Syuhada dah start pakai tudung dah ke sekarang? alhamdulillah... at least better than not wearing at all kan... hohoo ^^

Tanpa Nama berkata...

Tulislah lalok. Akibatnya sangat buruk kelak. Dari dunia hingga ahkirat. Sendiri ingat.

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said...
minta taubat la atas tulisan "tiada langsung keburukan kerana tidak memakai tudung di dlm dunia yg fana ini"...kerana setiap yg DIHARAMKAN Allah SWT pasti ada KEBURUKANNYA.Cari dan kaji...jgn buat hukum sesuka hati.Kpd pembaca yg beriman...jgn tertipu dgn dakyah bhw tidak bertudung...tidak mmbawa keburukan.Jagalah aurat anda...cuma di dunia.Akhirat nnti tidak terseksa.

March 8, 2013 at 1:21:00 PM GMT+08:00

LOL.....ko mesti tak paham apa mantot maksudkan....

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.39pm.

Ramai org islam x tau pasal aurat.

Ramai jugak anon yg xtau ape i sarcastic. Agaknye life anon anon itew sunggoh lurus dn buhsan kot. Sbb trlebih pandai. Hahahahaaaa

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ye. Dn anon cam ko xtau apadia sarcastic.

Sebab apa? Sebab ko rasa terer.

Tanpa Nama berkata...

menutup aurat tu wajib...ikhlas xikhlas blkg kire...sama gak ngan solat...mmg btol la mantot kate xde pape kslahan xbertudung kt dunia ni:terutamanya malaysia...negara islam yang xkisah pasal free hair...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Betul "IKHLAS" tu bisikan syaitan bagi menutup rasa bersalah dan menyedapkan hati.. ada ke benda wajib kena Ikhlas baru nak buat.. lain la benda sunat macam menderma

Kalau naik motor tak pakai helmet boleh jawab kat Polis Trafic saya tak pakai helmet sebab saya tak ikhlas? saya tak mahu menunjuk saya ni pemandu berhemah?

ornag menutup aurat pun buat maksiat juga bisikan syaitan menyedapkan hati sendiri.. Memang pakai helmet kalau eksiden pun boleh mati tapi pakai helmet sekurang-kurangnya boleh claim insuran(kalau ada) dan mengurangkan hentakan dikepala kalau jatuh kena kepala takla mati kojol dari tak pakai helmet.. So kalau menutup aurat at least dosa tak menutup aurat dah settle dosa orang yang melihat pun settle.. dosa maksiat ke apa tu cerita lain..

berbalik semua kat hati dan iman kalau takda iman maka akan keluar pelbagai alasan menyedapkan hati sendiri..

Tanpa Nama berkata...

sarcasm at its finest

Tanpa Nama berkata...

Kita yg biasa dgn penulisan mantot mmg faham ini sarcasm tp bg yg xbiasa akan salah faham.bg aku xpatut la buat entry cmni.bahaya.andai kata ada yg terpesong sbb entry ni saham free2 dpt.

Tanpa Nama berkata...

Bongok punye komen.klu pkai tudung at least dosa menutup aurat dh lepas.ada ke samakn dgn org yg pkai tudung utk fesyen dgn org yg free hair.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya rasa kebanyakan anon2 di sini yg beri komen yg baik2 faham sesangat SARCASM tu - don't insult their intelligence. Pada yang cakap bongoks, slow, lembab etc etc balik rumah cermin diri sendiri, siapa yg sebenarnya tak faham..... gunakanlah forum ni untuk kesedaran diri sendiri - carilah ilmu utk perbaiki diri sendiri

Utk semua yang menulis di alam maya ni, auditlah diri sendiri dan penulisan anda...adakah membawa org ke arah kebaikan atau ke arah dosa (termasuk yang membuat komen2). sebelum kita di aduit di padang mhsyar nanti - Ingat, sekali anda menulis, pahala atau dosanya (bergantung pada apa yg ditulis dan niat si penulis) berlipat ganda, dan akan berterusan walaupun penulisnya dah tak ada lagi di dunia ini

Tanpa Nama berkata...

soo true
tak rugi pun kalau tak pakai tudung
tapi tersangat lah rugi kalau tak tutup aurat. :)
tutup aurat bukan semesti bertudung. dan bertudung belum tentu tutup aurat. fahami makna aurat, baru lah faham mesej yg nak disampaikan pemilik blog ni.

Tanpa Nama berkata...

Faham..tp berdakwah biarlah berHIKMAH.bahasa yg mudah difahami..klu btol la pulak niat MANTOT ni nk berdakwah kn?then nk ckp klu xfhm sarcasm jgn bc blog ni?aku tolong komen la utk sape2 yg xfhm ape maksud mantot tu.klu la ade sape2 yg br nk masuk islam terbaca blog nih ntah2 serap je ape kata2 mantot ni.SARCASM kannn...

Tanpa Nama berkata...

Sarcasm yang hebat adalah bila.orang baca terus percaya dan terus bangkang habis2an tanpa pikir tentang asal tujuan penulisan tersebut. Hebat mantot.

Tanpa Nama berkata...

Sgt klakar bila melihat penyokong2 mantot back up sarcasm dia.bajet pndai la tu.apa yg korg xnmpk adalah kalau ada org yg tak biasa dgn cara penulisan mantot risiko salah faham adalah tggi.dh la melibatkan soal akidah.sendiri mau igtla.

Tanpa Nama berkata...

Gua stuju...dua dosa yg pakej lain2 bro...kurang2 diorang dh jinak2 nk tutup kepala pas2 kena tarbiah slow2...usaha mantot ni bagus cuma reminder dia keras sgt...masing2 punya method...doakan diorang jd makin baik...

Tanpa Nama berkata...

Anon March 11, 2013 at 4:43:00 PM GMT+08:00,

cuba ko explain mcmana nak tutup aurat tanpa pakai tudung?

Sang Merah berkata...

ntah sejak bila plak la blog mantot nie jd blog untuk berdakwah dan menjadi rujukan untuk mendalami agama......

Mus berkata...

no offence..untuk tatapan bersama..mudah mudahan mendapat sedikit hidayah dari-Nya

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=550269398327408&set=a.274662972554720.67970.153515574669461&type=1&ref=nf

Tanpa Nama berkata...

This post is stupid... lagi2 bab senang lah nak solat kalau tak pakai tudung.. solat apekah, kalu bab simple macam aurat pun tak lepas.. budak tadika pun tau...

to me.. kau nak pkai ape pun takpe.. selimut ker, langsir ker, as long as TUTUP AURAT...........

Tanpa Nama berkata...

That is the beauty of sarcasm. Pahal nk kaitkan dgn akidah ni semua? Kau x suka cara penulis guna pendekatan sarcasm, x pyh baca. UAI tu punya sarcasm pandai pulak nk faham.

Mrs.Critical Thinking berkata...

Always be yourself. If people don't like it, its their problem.. Not yours.

It applies both to you as a blogger, and also to those hijabster out there.

mi berkata...

Assalamualaikum,

Maaf, tapi saya takdapat terima statement anda dalam entry ni.
Maaf juga jika terkasar, tetapi jangan memberikan pandangan apa-apa yang berkaitan dgn Islam dgn menggunakan akal sahaja.
Bukak balik ayat Al-Quran dan lihat tafsirnya.
Tidak bertudung byk keburukannya [didunia dan akhirat]
Setiap peluh yang menitis akibat bertudung, banyak pahalanya (tahukah?) Rambut itu tujuannya bukan utuk ditayangkan kepada lelaki-lelaki ajnabi tetapi hanya buat lelaki yang bergelar suami.
Malah, bagi saya, tidak membazirkan pun membeli sesuatu utk tujuan kerana Allah, perintah Allah kepada wanita untuk menutup aurat...
Dan untuk pengetahuan anda, sehelai rambut yang ditanyang banyak dosanya. Tu baru sehelai..
Solat pun wajib bertudung pun wajib.. Jika anda boleh berfikir dengan baik, sebenarnya terlalu banyak kebaikan bagi muslimah yang bertudung. Dan juga dapat membezakan wanita yang murah dengan yang bermaruah :)
Tepuk dada, tanya Iman !
Syukran Jazilan :)

Tanpa Nama berkata...

Mantot, I think we're TWINS. Sorry if I creeped you out or sumthin. But sy mmg agree dgn awk. Org kata mak ayah sy teruk (well **** them) sbb mrk x suruh (paksa) sy pki tudung. Well I love my 'rents so much for supporting me. Mrk sendiri yg tanya " nk pki tudung ke x? Mama & ayah x paksa, klu x ikhlas buat apa". Tapi yg pling geram, is when people judge me.

"Org pki tudung baik, org yg x semua teruk" "Lelaki gatal dgn pompuan freehair, tapi kahwin dgn yg muslimah"

It's like org freehair semuanye hoe. In truth sy cuma pakai t shirt biase dgn skinny jeans panjang je. I HATE THIS STEREOTYPE! It's like freehaired girls don't deserve to be treated nicely. Pernah sekali ni ade cikgu baru, and guess what's the first thing she told me? "Kamu ni x syg mk ayh" sbb sy x pki tudung. Look, just because sy x pakai tudg, x bermaksud sy xde feelings! They think they're so good, they didn't even notice they've just done something that made me burn inside!

And yeah, malays cepat sngt kena influenced. Some of the malay guys I know tried to act like a ghetto! Sorry for my rant, and tq for the post. It made me happy that I was finally able to rant about it :')

Ps i'm only 13.
-Aida

Tanpa Nama berkata...

x kira la kita ni jahat ke ap ka..tp menutup aurat itu satu kewajipan...

Si teNang berkata...

hahaha..
bro mantot ni..orang yg dah biasa follow blog ni akan paham la semua yg dia tulis tu sarcastic je semua..
tapi yang first time baca blog ni, terus baca artikel ni je, mesti akan fikir lain..
harap bro mantot perbaiki penulisan..walopun penuh ngan sarcasm,tapi in the end tolong jgn buat ayat camni ---> "Jadi sebenarnya, tak ada langsunglah keburukan tak memakai tudung; di dunia yang fana ini."
sebab orang akan salah paham dan kadang2 tulisan (kata2) kita tu boleh jadi macam kita menentang hukum Allah..
Iman itu perlu pada hati, lisan dan amal. :)

Tanpa Nama berkata...

sesapa yg kata kalau pakai tudung, dosa dedah rambut dah lepas..memang silap laa..maaf ye..

tutup aurat tu kena pakej lengkap..cover semua..baru tak kira dosa dedah aurat tu...kalu setakat pakai tudung je, tapi pakai baju n seluar ketat. baju lengan pendek, jarang...takde derrr nak lepas dari dosa tak tutup aurat..aurat perempuan bukan rambut aje..seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan..

encik mantot,
saya paham anda sekadar being sarcasm..tapi diharap yg berkaitan hukum Allah ni jangan buat main..takut terbatal iman je nanti..huhu

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...Allah sangat murka kepada orang yang sinis cara tegurannya. Menegur punya cara dan gaya yang betul dan disertakan bersama fakta, dalil, sebab-musabab yang sahih dan sah, dan bukannya songsang dan terpesong.

1. Artikel anda pertamanya, cukup terpesong kerana membolehkan apa yang ditidakkan Allah. BERHIJAB atau menutup aurat dengan rapi itu merupakan suruhannya sebagai hamba Allah yang taat.

2. Menutup aurat itu punya pelbagai peringkat dan tahap. Punya perbezaan jika saat anda mula-mula berhijab sehingggalah, seberapa ketika and sudah mengenakan hijab. Pada mulanya, berkemungkinan niat anda lebih kepada berfesyen namun, lama-kelamaan, anda akan terdorong ke arah, menutup aurah secara rapi nan total; secara menyeleruh. Namun, itu terpulang kepada tahap kesedaran masing-masing. Ingatlah bahawa, apa yang terselindung atau tertutup itu, adalah jauh lebih baik dari yang terbuka.

3. Berhijab itu tanda kesyukuran dan ketaatan anda kepadaNYA. Berhijab itu bukanlah bermaksud, anda keterbelakang, atau ketinggalan. Berhijab hanya menutup mahkota teratas anda dan bukannya menutup minda anda. Anda bebas melakukan apa sahaja asalkan tahu batas-batas anda dan tidak keterlaluan.

4. Saya berdoa dan bermohon ke hadratNYA untuk diberi petunjuk dan hidayah serta bertaubat. Apa jua kata-kata sindiran yang telah anda sebarkan, dusta dan nista yang telah anda hamburkan dalam penulisan anda cukup melambangkan betapa ceteknya ilmu agama dan betapa goyahnya iman anda. Maaf, namun itulah realitinya. Sedarlah bahawa memfitnah itu lebih bahaya dan berdosa daripada membunuh.

Mohon anda membuat pernyataan maaf secara terbuka terutamanya kepada majalah Hijabista. Tahukah anda, sejak kewujudan majalah Hijabista, makin ramai hijabi gen-y hijrah berhijab? Amin...dan syukur. Setidak-tidaknya, majalah Hijabista telah berjaya membawa seorang gadis 'free hair' untuk berhijab dan menutup auratnya. Seperti yang saya katakan, tertutup rapi itu lebih afdal daripada yang terbuka. Bukan di bawah kuasa manusia untuk menghukum manusia yang lain...biar Allah yang menentukan dosa dan pahala masing-masing. Yang penting, kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...melakukan apa yang terbaik seperti yang telah diusulkannya. Jangan menidakkan kebenaran...

Mohon menurunkan gambar cover majalah Hijabista serta-merta. Terima kasih.

Wahai penulis, berbaliklah kepada Al-Quran dan Sunnah. Moga anda diampuniNYA. Amin.

Suzi
Editor Pengurusan
MAJALAH HIJABISTA

Unknown berkata...

Adehh mantot ko pnya post kali ni panas doh. Aku br jw tnya adik aku setan mana plak buat 11 point tu alih2 ko. Aku tau ko sakastik. Tp point ko leh dguna pakai oleh muslimah jahiliah. Ade baik ko buat 11 keburukan free hair.

Adra Rafee berkata...

'muslims' lari dari islam, tapi not-yet-muslim datang kepada islam despite of semua hinaan yang datang dari so-called muslim. orang dah komen macam2 pasal kewajipan yang ditulis dalam al-Qur'an, so you should know it.

apa pun, kebenaran akan menang ke atas kegelapan. U can say anything sbb yang awak lawan dan hina bukan muslims tapi Allah. So, i will let Him to deal with you.

Hati2 dgn kata2 anda sbb takut terbatal iman. Kalau kita x setuju dgn hukum Allah, sbnrnya, boleh batal iman. In case u don't know.

But brother, u r welcome to enter peace.

Tanpa Nama berkata...

haduiii..korang semua ni tak faham ler..tulisan dia bersifat sarcastic..menyindir..faham? bukannya dia sokong tak berhijab..cer buka skit minda tu..jgn ler melayu sgt..kira nak main hentam saja..

Tanpa Nama berkata...

Lain kali, jadi orang, kita kena pikir. Betul ke dia menyindir? And kalau betul dia menyindir pun, sila letakkan nota agar dia tak kena hentam! Supaya orang tak salah faham!

Apahal pulak dengan Melayu tak Melayu? Kami hentam sebab sangka apa yang ditaip itu adalah yang sejujur-jujurnya dari hati dia. Post benda-benda macam ni, tolonglah jangan main-main! Jangan ambil mudah!!!

Tanpa Nama berkata...

Beginilah dia Melayu akhir zaman; sedangkan kita perlu support bangsa kita sendiri...kau tibai je apa orang Melayu buat. Ko memang biul lah Mantot!

Tanpa Nama berkata...

Sila turunkan gambar majalah tersebut!!!!!

Haris Adams berkata...

Ada orang share kat FB entry ni dalam bentuk gambar,tanpa nampak link blog ko ni mantot..aku yg 1st time baca mati2 ingat artikel ni offical dari mag hijabista tu sampai aku nak mencarut2 rasa..tapi bila aku tau entry tu dari ko,aku faham dah..

Tanpa Nama berkata...

Memang terbaik bro. Aku pun ade awek tanya apehal yang pakai tudung pun petangai cam sundal? Aku xtau nak cakap ape. Aku jawab je: ada org badan berkudis, ada org xberkudis. Tapi sume kene pakai baju kan? Camtu la org pakai tudung bukan sebab dia suci ke tidak, tapi memang kene pakai. Sebab Allah suh pakai!

Sekurang2nya dia dah sedar kat situ. Yang perangai dia repair la slow2.

Btw yang pakai tudung pelik2 pastu berselfie memang aku rasa nak bakor je....

Tanpa Nama berkata...

Memang pon. Ada org share kat fb cakap blogger ni hina syariat. Amekaw. Nak sarcasm sangat. Jangan harap sume org berotak seniman cam korg. Tulis benda pelik2 pastu maki org yang xpaham. Memang nak kene humban ke laut.

Nasib baik aku ni jenis siasat dulu.

Tanpa Nama berkata...

Kan dah ade org ingat ko sokong free hair. Tanggung l

Tanpa Nama berkata...

Cik Suzi, kalau dah rasa terhina sedar2 la selama ni Hijabista yang menghina syariat. Semak balik ada tak uol buat rujukan dengan ahli agama cemana menutup aurat yang sebenar? Ni bab agama bukan uol boleh main selit je cari keuntungan.

Saya belajar kat timur tengah sy tau uol banyak rujuk cara dorg berhijab. Tapi yang uol tiru ialah cara salah yang tak menepati syara'. Dorg pakai yang labuh, longgar dan sederhana takde pulak uol ambik.

Yang tarik org pakai tudung rasanya UAI. Yang Hijabista buat hanyalah MELACURKAN TUDUNG DAN HIJAB. Sedar2 la.

Walaupun sy xsokong majoriti tulisan mantot ni tapi saya sokong dia pampang muka hijabista kat situ. Biar org sedar mana satu yang menyesatkan org. Selalu kalau org agama tegur korg buat derk je, asalkan duit masuk.

Nadia berkata...

Lain kali, kalau nak komen posting orang, baca la sampai habis. Baru la nampak bahasa sarkastik yg digunakan.

Mungkin memang ada orang yg lambat nak faham bahasa sarkastik ni. Tapi, Ia bahasa yg biasa dlm persekitaran kita. Contohnya, bila si ibu marah anaknya suka main panjat2, dia akan cakap "haaa... panjat! Panjat! Panjat sampai xleh turun!" Saya percaya, ramai faham akan maksud si ibu tadi.

Begitu juga dgn posting ini.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..main sedap je nak hentam org nye posting..baca sampai habis...kan penulis sarkastik tu..nampak sgt majoriti manusia suka baca yg atas2 dah buat assumption.. hermmm

Tanpa Nama berkata...

Soal dosa dan pahala bkn urusan kita geng...

Tanpa Nama berkata...

Hurmmm...saya serbesalah nk ckp...mak saya x pakai tudung n saya memg malu sebb mak. X pakai tudung...saya selalu berdoa mak akan dapat hidayah...korang ade cara lain..tq for sharing

Tanpa Nama berkata...

Pakai tudung x wajib pon
Sapa habaq yg pkai tudung tu wajib habaq mai..?
Tutup aurat tu yg wajib