Januari 08, 2013

Perokok Sepatutnya Bangga Mereka Pendokong Ekonomi Negara

KUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau. Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

........

Kawan-kawan aku, ramai jugak yang beli rokok elektronik ni. Aku tak beli, tak berapa berminat. Mahal ada, murah ada. Ada jugak satu masa dulu, geng2 penghisap rokok elektronik ni sebab nak sangat blend in dengan masyarakat...isap rokok merata-rata tak kira masa...tengah kenduri dalam dewan pun dia bantai hisap. "Takde asap.." katanya.

Satu-satunya cara untuk kau berenti merokok yang paling mudah, adalah dengan mengingatkan diri kau, tiap2 kali kau beli sekotak rokok, kau donate lebih kurang RM7 kepada kerajaan Malaysia atas dasar cukai. Kerajaan pulak, sayang benar dengan kau sebab jual la sekotak berapa pun, kau akan beli.Hari tu baru naik 20 sen...

Susah nak berenti merokok? Memang susah. "Saintis-saintis" keluarkan fakta, "hanya 3% orang berjaya berhenti merokok menggunakan willpower, tanpa bantuan ubatan lain." Jadi "saintis-saintis" ini pun endorse kan "nicotine pill" kononnya nak memudahkan kau berhenti merokok. Lalu mereka beritahu kau benda2 yang akan berlaku kalau kau berhenti merokok.

Kau pun la takut nak berenti merokok. Pada kau, buat apa berenti kalau kau kena beli nicotine pill yang lagi mahal dari rokok? Buat apa stop kalau nanti kau jadi emo,pemarah, tak dapat lepak dengan member-member?

Fikirkan...

Siapa yang untung akibat daripada tabiat kau merokok?Philips Morris, Kerajaan Malaysia, Restoran Mamak, Hospital, Klinik, Manufacturer Pil Nikotin, Pengedar Berus Gigi dan Ubat Gigi, Ambi Pur, Farmasi, Syarikat Percetakan, Syarikat Penghantaran. Ramai sebenarnya....

Siapa yang rugi? Makcik cleaner yang kena buang puntung rokok kau dan sapu habuk rokok kau, orang2 sekeliling kau masa kau hisap rokok dan kau sendiri.


Jadi kau patut teruskan merokok. Sebab banyak sebenarnya industri dan sektor awam yang bergantung dengan kau. Kau patut berbangga diri kau penyumbang kepada ekonomi. Jadi, gadis-gadis, jika ada geng2 perokok lepak kat sebelah kau sambil hembus2 asap kena kat kau....sayangi mereka, kerana mereka sedang memacu pertumbuhan negara.

ps - gambar hiasan...pemimpin UMNO bergelar Ustazah salam2 dengan bukan mahram. Agama letak kat lutut. Lutut tertinggal dekat dalam laci.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yeah first! Haahahha

Tanpa Nama berkata...

Okey. angpa yang merokok, angpa cari pasai. kalau dapat penyakit sendiri tanggung jangan nak harapkan simpati orang lain sebab dulu ang isap pun ang tak simpati dekat orang2 sekeliling yang tak selesa dengan asap rokok angpa.

ComOt berkata...

semua nak haram kan . puii! ada kami kisah? haha. yang haram, mereka halalkan. yang elektronik, mereka haramkan sebab penjualan dia susah disekat macam rokok tembakau

Tanpa Nama berkata...

fak la mashitah!poser!

wootwoot berkata...

setuju!! yang x merokok ni xtaw pengorbanan kita untuk ekonomi negara.taw nk marah je :p

Tanpa Nama berkata...

Ekonomi negara dibanggakan..

Ekonomi rumah tangga di diyamkan...

Perokok.. Oh.. Perokok...

Macam baca Utusan pulak ada selingan kartun di entri..

-N-

Kakzakie Purvit berkata...

wow pertama kali kakak masuk sini ada penyegatlah - hebat!! hihi...

Prince of Noob berkata...

logik kerajaan malaysia =

rokok tembakau = produk yahudi = mendatangkan penyakit = difatwakan haram = meningkat pendapatan negara = halaaaaaaaal

rokok elektronik = produk china = mungkin boleh datangkan penyakit = beli kat internet = tak kena cukai = harooooooom

judi berlesen = cukai tinggi = halaaaaaaal

judi haram = tak kena cukai = haroooooom

plain83 berkata...

LoL noob.. nice

Tanpa Nama berkata...

ada rokok halal rokok haram
judi halal judi haram..

racun akan dikecualikan jika dimasukan dalam rokok eh..

Tanpa Nama berkata...

Salam pemimpin takpo hahaha..
Eh dia salam tak alas tu.. direct terus hoho..

Rewlie berkata...

Ini adalah kerajaan paling celaka aku penah jumpa.. X cakap bn or pkr, aku x sebut parti mana2, cuma aku sebut kerajaan.. Celik je mata bangun pagi duit pun start kuar, start kete pakai petrol yg regenya mahal walau negara sendiri pengeluar minyak, kene bayar tol yg dah balik modal ntah berapa kali, makan makanan yang mostly skang ade gst..pendek kata semua bende nak kene baya kat kerajaan..mampus papa kedana camni.. Ni kuar lak issue ni..aku salah sorg penghisap ecig ni..rokok yang ade lebih kurang 4000++ chemical bleh plak jual, ecig yang max ingredient dia dalam 40 camtu bleh haram lak..apa ke celaka la..seller liquid ecig ni dah pun kene cukai time liquid tu sampai kat kastam klia, aku pun x paham celah mane lg diaorg ni nak rembat duit..nak hisap seboleh bolehnya sampai rakyat tinggal tulang ke ape.. Tobat aku vote for change next election, aku x kisah apa nama parti memerintah tu, janji org didalamnya x sebahalol dan sesyaitan org yang ade sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

Sy sokong statement Rewlie!!apapn parti yg brtnding utk perubahan,sy akn vote!

Unknown berkata...

hehe.. pic tu. lutut tnggal dlm laci ye tot. adess