Januari 10, 2013

5 Benda Yang Aku Rasa Aku Beli Sebab Marketing

Ini adalah 5 barang yang aku pakai yang aku tak tau kenapa aku pakai, tapi rasanya aku pakai sebab terpengaruh dengan iklan.

1. Deodorant



Deodorant dicipta pada tahun 1940 dan cara penggunaan dia secara chemically agak mudah,  kelenjar peluh kau akan diblock mengakibatkan kau tidak berpeluh atau kurang peluh keluar kat situ. Cuma, aku tak pernah rasa ada beza nya pakai atau tidak deodorant ni. Peluh, memang ada, lagipun berpeluh tu kan natural system badan kita, jadi aku selalu terfikir, kalau kita tak berpeluh, apa sebenarnya effect dekat kita?

2. Shaving cream



Semenjak beberapa minggu ni, aku cuba shave tanpa menggunakan shaving cream. Apa hasilnya? Adakah ada apa-apa perbezaan? Tak ada. Kadang-kadang aku fikir, satu-satunya kegunaan shaving cream hanyalah  sebagai indicator area mana aku tak shave lagi.

3. Fabric Softener


Seriously....ada beza atau tidak? Jujur dan ikhlas aku tanya, towel yang kau basuh tu jadi gebu ke macam dalam TV kalau kau pakai softener?

4. Pencuci Pakaian/ Botol Bayi



Kalau kau dah jadi bapak nanti kau akan jumpa benda ni. Mahal gila. Pencuci baju dia, sebotol RM20. Pencuci botol dia, brand Pureen,  sebotol berapa belas tah, ada rasa oren.Mula-mula dulu aku try la jugak tapi sekarang ni aku dah malas sebab aku tak nampak benefit dia. Basuh pakai air, bilas betul2, sama aje.

Alang2 tu, aku sebut sekali pasal baby bottle steamer. Kita ni malas benar ke nak masak air dan rendam botol dalam tu untuk sterilkan botol?

5. Susu



Ini akan menimbulkan kontroversi.

Memang bagus bagi anak minum susu, tapi susu badan still the best. Aku tak persoalkan pasal susu formula, kau nak bagi, bagi, aku pun bagi lepas anak aku 6 bulan, tapi aku sangsi dengan claim2 yang dibuat manufacturer. Membantu pertumbuhan anak? Mencergaskan minda? Menguatkan pertumbuhan tubuh badan? Susu formula digunakan secara widespread hanya selepas tahun 1950. Tapi zaman kita ni, ada pelbagai jenis susu ikut pering pembesaran. Aku comparekan ingredient dia dengan nutritional value dia, lebih kurang aje.

Orang yang hidup zaman sebelumada susu formula, ok aje, sihat tubuh badan siap boleh pegi berperang. Takde pun diorang memerlukan DHA dan Ganglinuroksida untuk membantu tumbesaran.

Perihal susu pulak....aku tak tau apa benda yang diorang jual dalam kotak tu. Diorang labelkan benda tu susu, freshmilk, full cream milk, low fat milk...kenapa aku rasakan kebanyakannya hanya macam air gula berperisa? Tak masuk lagi bab Projek Susu Sekolah. Kau tau susu apa dibagi dekat budak2 untuk Projek Susu Sekolah? Susu kotak Dutch Lady perasa Cokelat. Itu bukan susu. Itu air gula berperisa coklat.

Extra - Barangan Dettol



Kalau kau survey, semua produk Dettol mesti double harga barang lain. Tak kiralah sabun, antiseptik atau apa saja. Tapi cuba tanya diri sendiri, kenapa bila sebut barangan Dettol kau rasa yakin dengan keberkesanan dia? Betul kan kau rasa camtu. Kau yakin dengan barang Dettol, sebab tu kau sanggup bayar lebih untuk produk dia.

.............

Ada banyak lagi produk yang aku rasa tak perlu pun tapi sebab marketing power, kita ambik benda2 tu sebagai essential item.

Pada kau, apa lagi benda2 yang memenuhi kriteria ini?

33 ulasan:

Unknown berkata...

Colgate Total. 12 jam anti-bakteria. Aku belum study mulut aku under microscope lepas 12 jam nak tgk betul tak takde bakteria lol

BLOG ANAK MAMA^^ berkata...

Susu Anlene atau Anmum; kepada yang tak boleh minum susu sebab loya ke allergik ke mesti sedih sangat2 sebab tak minum susu ni.Pastu terasa tulang sendiri cepat reput dan jeles kat org yang minum (alaa..tulang die mesti sihat dan kuatkan sebab minum Anlene!) padahal susu segar diperah dari ladang lagilah elok.
(Kadang2 teruja gak tgok iklan dia, terus beli Anlene kotak kecik yg minum terus tu mahal pun takpe hehehe)

aku berkata...

1. deoderant - mgurangkn bau badan

2. shaving cream - mgurangkn daya geseran..

3.fabric softener - melembut pakaian supaya mudah gosok..

4.pencuci pakaian/ botol bayi - terpulang.. baik rebus air panas je..

5. susu - pun terpulang.. klo mak nye da x kuar da.. atau baby da xnk susu ibu die.. nie la jalan nye..

dettol - aku x suke bau die..

p/s.. ni sume keje org peempuan.. klo tnye laki mmg sume die kate membazir..

RD berkata...

Ganglinuroksida -fuhh !

Tanpa Nama berkata...

1. Brand's Inner shine ataupun Maya Karin's inner shine
- mmg x shine pun muka aku. ke aku mmg x lawa?

2. ubat kurus - fuck lah. mmg xde yg berkesan sbnrnya. ko mkn ubat tu, pastu kau kena pantang mkn. baik kau diet je. fuck lah.

3. anti blemishes facial wash - mmg menambahkan jerawat kat muka aku ada. x tambah jerawat, kulit aku jadik kering mcm pasir gurun. tu sbb aku amik inner shine sbb desperate.

4. gaviscon - mcm haram x kluar angin pun. berkesan lagi aku letak minyak yuyi anak aku.

5. susu anmum materna - yucks.

mr edz berkata...

barisan nasional.

Tanpa Nama berkata...

tapi dettol tu berkesan jugak. kalau anak bdn gatal2 mandi kt asrama, mandi ngn air dettol berkesan. n xnaik biji2 gatal dah lepas tu. bau dia pon best.

Tanpa Nama berkata...

Barang-barang ni untuk manusia sensitif yang perlu hygyne..

Kalau ko masih manusia survival minum air paip pon takda hal tak perlu barang2 ini.

Harap maklom.

Tanpa Nama berkata...

weight gain formula... aku minum tapi kurus gak... last 2 tak beli dah... bini aku cakap dah genetik aku susah tambah berat badan...
-coma-

Tanpa Nama berkata...

ada perbezaan besar kalau basuh tuala tak letak softener.

Wanafzan berkata...

sabun dettol tuh macam menjadi utk kulit yg sensitif. sebab kalau pakai sabun may ke lux ke mesti gatal2 je badan - ni based on experience..

Unknown berkata...

1. deodorant
aku x pakai deodorant sbb penah terbaca deodorant boleh menyebabkan kanser..walaupun belum tentu sahih, tp kalau kita halang fitrah manusia, biasanya sesuatu yg buruk akan berlaku. Biasa aku guna limau nipis sapu kt ketiak aku time mandi utk elak ketiak berbau.

2. shaving cream
x penah pakai, aku guna beard trimmer utk uruskan misai dan janggut aku

3. fabric softener
fabric softner ini berkesan kalau bekalan air ke rumah kita mempunyai 'hardness' yang tinggi. Kalau hardness air rendah, buang duit jer guna softener ni. Tnya google kalau x tau apa itu hardness air.

4. pencuci pakaian/botol bayi
no comment, belum ada anak lg

5. susu
no comment, belum ada anak lg

6. dettol
kalau ko sgt pentingkan kebersihan dan mempunyai antibodi yg lemah, asal luka sikit mesti kene infection, boleh la pakai dettol ni

http://mendigitalkan-analog.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

kondom..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Untung la bdn xsensitif. Org bli dettol tu b'sebab. Ko je yg xtaw. Mslh jgk ko nk hentam semua benda. N ble pki softener tu kain tu jd lg lembut. Ko xpenh bsh baju sndiri ke? Xpenh gosok baju? Kalu ko pki ke xpki xde beza. Xyh la bli. Ko je kemaruk nk ikt org. Haha.

Mantot berkata...

uhuhu..sedihnya badan dia sensitif..uhuhu

Tanpa Nama berkata...

tp itu hari mr mantot ckap anak beliau bjaya disusukn dgn susu bdan hingga staun lbih kalo xsilap. kireny xde cmpur susu formula. refer kat entry bliau pasal breastfeed yg mletop2 tu.

Tanpa Nama berkata...

tp itu hari mr mantot ckap anak beliau bjaya disusukn dgn susu bdan hingga staun lbih kalo xsilap. kireny xde cmpur susu formula. refer kat entry bliau pasal breastfeed yg mletop2 tu.

Tanpa Nama berkata...

1. Deodorang kalau badan berbau kuat sangat pakai ler.. membantu mengawal atmosfera. Sebab bau badan aku takda orang komplen so aku tak pakai sangat benda alah ni.. rasa macam merimaskan pon ada.. By the way memang ada sesetangah jenis yang sebabkan kanser sebab kandungan produk so sebelum beli sila research kandungan produk.

2. memang smooth pakai, so takda la terasa pisau cukur mencucuk. berguna kepada yang metroseksual atau kulit sensitif dengan pisau cukur.. kalau jenis kasar pakai ke tak sama je.. :P aku pakai sabun mandi je pon ok hahaha..

3. ada beza kalau biasa basuh baju.. tgk jenama juga.

4. dah ada 3 anak tak pernah pakai atau beli biasa basuh bilas biasa je.. kalau sabun pon pakai sabun biasa.. Alhamdullilah sihat walafiat anak-anak aku..

5. Susu bagus untuk budak sebab kalsium tulang & gigi, sebab anak ke-2 aku stop susu bagi minum milo perkembangan/pertumbuhan gigi lambat dari adik2/kak adia yang minum susu.. pasal vitamin/khasiat lain tak pernah eksperimen.. betul ke tak.

6. Detol ni mungkin macam colgate kot produk awal yang menembusi pasaran.. macam cuci luka etc bagus juga la.. sabun rasa cam biasa je lebih kurang sabun mandi lain juga..

Personally, sebab kita jarang take note kesan sesuatu barang so macam tak nampak sangat kesan sesuatu jenama atau barang tu..

suria lekatlekit berkata...

saya selalu stimkan botol susu anak dalam air panas jer.. lgpun tiap kali nak cuci botol nk buat susu memang basuh dengan air panas juga.. tak minat lak nak guna pencuci khas dia.. rasa x yakin la pulak

plain83 berkata...

aku.. sangat mempercayai colgate total.. ubat gigi brand lain suma tabley pakai bagi aku.. sbb apa? sbb masa lepas aku eksiden patah gusi (tp gigi tak patah, kena rawatan akar) dulu, aku still continue berus slow2 pakai colgate, kesan luka kat gusi aku cepat baik, dan gigi aku pun makin kuat dan pulih dari hari ke hari... smpai skang setiap kali lepas aku berus gigi pakai colgate, aku mmg rasa mulut aku bersih dan sihat... perghh bleh jd duta colgate aku nih :p

Tanpa Nama berkata...

penapis2 air paip sgala mcm.bio aura ke, aura bio ke, coway ke..hexagon ke..marketing je sumua tu.... ;p

Unknown berkata...

ade org jenis cpt bpeluh..so kena pakai deodoran spy keti beliau kurang bau...ehhehe...

jeri heliwel berkata...

1 lagi hang tak masukkan tot - cucuk vaksin. percaya dak vaksin ni la yg actually buat baby2 baru lahir ada jaundis, makin ramai budak ekzima, makin ramai budak ada autism, makin ramai budak diskleksia. mungkin hang boley try kaji tengok dari segi sudut pandangan hang since entri hang ni lebih kepada pasaipa kena pakai menda alah yang ada kemikel ni. tia

mawar berkata...

kpd Anonymous January 10, 2013 5:10:00 PM GMT+08:00

"4. gaviscon - mcm haram x kluar angin pun. berkesan lagi aku letak minyak yuyi anak aku."

Utk pengetahuan anda, gaviscon ni bkn utk BUANG ANGIN, tp membantu sesiapa yg mengalami pedih hulu hati. Saya selalu mengalami pedih hulu hati sampai rasa mcm nak terbakar je dlm dada ni, alhamdulillah gaviscon mmg membantu saya mengurangkan rasa pedih & panas tu

wanita mutalib berkata...

pakai softner memang ada beza.
memang la tak macam dalam tv tu berbuai buai tuala tu tiup dek angin. tapi, sepanjang saya pakai softner, memang rasa beza pakai dengan tak.

senang ckp, suami saya pun tahu la kalau kain tu saya tak bubuh softner.

SyncRo MEOR berkata...

Fabric Softener memang ada kesan pada kain baju, kalau kau tak sedar then kulit kau kot tak sensetif. Tapi effect kat environment teruk, so sebolehnya kurangkan la penggunaan dia.

Dettol...well..
active ingredient dia chloroxylenol, kat australia benda ni penah kena ban as a pesticide so, pikir pikir lah. Bagus je Dettol ni, pandai pandai guna. Price-wise, they deserve to be pricier is all I'm gonna say.

Aku suka colgate, dan aku pun tatau kalau colgate betul2 lagi efektif dari brand2 lain.

SyncRo MEOR berkata...

takut ada misunderstanding, not exactly banned. just need permission by experts and professionals.

wanita berkata...

for jeri heliwel

autism and dyslexia are not caused by vaccines though there are theories about it, but not proven. however, most cases are related to genetic condition. if your family has a history of autism, the chances of your children/ grandchildren and so on to get it is around 40 - 60%

kui3 berkata...

ceh,mantot!ko x pernah lagi kena penyakit gatal2 badan.dah kena cubalah Dettol.berkesan la jugak..

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan Mantot melanda

Tanpa Nama berkata...

Saya ade buat research pasal micro for my master's degree.dettol mmg bole remove bacteria after used compared to other hygiene products.bcoz sy pon ragu2 dgn keberkesanan sesetengah produk.neway dr romzie punye produk mmg effective tp utk jangka masa panjang give effect to liver n heart sbb ade too much chemical dlm produk.herbalife sgt bagus.but too expensive n of kos sgt lambat utk nmpk kesannye.just sharing.:-)

Shahrul Yusof berkata...

Normal la hidup zaman sekarang ni. Kita telah dididik untuk membeli dan terus membeli.

Tanpa Nama berkata...

mantot bongok