Mari kita berfikir sejenak.
Buang segalanya pasal politik dan tahi kucing sampah yang kita namakan ideologi. Tanya diri sendiri, "apa salahnya PAS Kedah wujudkan akta sambutan tahun baru Cina yang pastikan siapa2 saja yang terlibat dalam sambutan, tak kiralah dia Buddhist atau Kristian atau Muslim atau Sikh atau Atheist sekalipun, mesti berpakaian sopan.
Bukan ke common sense manusia adalah berpakaian sopan? Aku sendiri malu kalau aku keluar rumah orang boleh nampak nipple aku. Benda yang PAS Kedah anjurkan itu adalah satu benda yang aku sangat sokong. Kenapa perlu dibangkang, pada aku. Aku Melayu..jadi aku tak nampak apa salahnya di situ.
Tapi masalahnya, lepas isu tu keluar tempohari, kalau kau baca Utusan Malaysia hari2, kau akan nampak isu tu jadi permainan mereka nak melagakan DAP dan PAS. Apa kejadahnya itu?
Kita lihat konteks asal benda tu balik, nak buat persembahan, kenalah berpakaian sopan. Tak kiralah apa pun bangsa dan agama kau. Sebaliknya, isu ni dijadikan fokus oleh pihak pro kerajaan supaya orang2 Cina bangun dan bangkang apa yang PAS Kedah buat. Taktik menakutkan orang Cina supaya mereka gentar dengan imej Islam diolah semula.
Bagaimanapun,sebab ini Malaysia..the land of opportunity, wujudlah bunyi2 bising orang bukan Islam yang tak puas hati dengan arahan PAS Kedah tu. Kau bukan Islam, kau nak bising? Silakan. Aku tak ada masalah. Tapi cuba la tengok betul2 dulu, kenapa kau bising-bising? Sebab itu arahan PAS? Atau arahan tu mengganggu budaya masyarakat Cina?
Bila masa budaya masyarakat Cina menggalakkan pemakaian seksi? Aku rasa ramai orang bukan Islam yang bising sebab mereka takut dengan PAS, tapi terlupa yang ethic wise, kita tak sepatutnya berpakaian seksi. Itu satu hal. Tapi tujuan aku menulis hari ni bukan sebab aku nak persoalkan kenapa masyarakat bukan Islam tak suka dengan larangan jangan pakai seksi...diorang nak seksi, seksi la tapi the least that we could do, pemerintah yang Islam ni..adalah larang diorang. Betul? jadi, pada aku, PAS Kedah berada di pihak yang betul.
Sebab,sebagai pemerintah, yang beragama Islam...mereka kena buat macam tu. Tapi..yang memelikkan...
Kenapa kerajaan Pusat khasnya orang2 UMNO tak sokong apa yang kerajaan PAS Kedah buat? Jika mahu sangat menyatukan Melayu, benda2 macam tu la sepatutnya sepakat. Jika orang MCA dan DAP bangkit melawan, mana pemimpin2 UMNO yang berani bangun dan pertahankan apa yang PAS Kedah laksanakan?
Adakah sebab orang2 UMNO merasakan mereka bakal lebih beruntung jika memilih jadi neutral, membiarkan PAS bersendirian dalam bab2 berkaitan larangan macam ni dan mana tau, bila orang-orang Cina menyampah dengan PAS, mereka akan kembali pada MCA? Yang untungnya nanti Barisan Nasional.Sokongan orang Cina akan kembali kepada BN, wow, seronoknya.
Benda2 macam ni adalah salah satu sebab kenapa PAS takkan bergabung dengan UMNO. Sebab sedar tak sedar, walaupun ramai pemimpin2 yang kerajaan cuba ketengahkan berjuang pasal akidah dan agama, tapi bila bab benda2 basic macam menyokong apa yang PAS buat agar selari dengan tuntutan Islam..UMNO menikus dan tunggu peluang.
Aku harap ada orang UMNO yang bangun support PAS dalam benda ni dan kemudian laksanakan larangan yang sama dekat negeri2 bawah BN.
Kenapa? Sebab majoriti orang kita orang Melayu. Orang Islam. Kalau kita tak dapat nak enforce cara2 Islam dekat negara kita walaupun kita yang perintah negara, then what's the point of governing?
Ini adalah sebab kedua kenapa aku rasa kita perlu tukar Kerajaan sekarang. Aku tak kisah kalau DAP nak mengamuk sampai berguling-guling nak bantah apa yang PAS buat sebab itu adalah adat dalam pemerintahan dan aku sebenarnya lagi gemar pemimpin yang sama2 bertelagah daripada ramai2 pakat hangguk aje.Tidak banyak kebaikan dapat terhasil daripada sistem kipas bontot dan angguk-angguk.
UMNO, mana inisiatif anda sendiri?
Kata Islam,pejuang agama, bangsa dan negara....tapi bila PAS buat satu undang2 yang selari dengan agama, mereka tunggu peluang nak burukkan PAS supaya orang ramai khasnya mereka2 yang terkesan dengan larangan PAS agar kembali mengundi mereka.
Sifat itu, pada aku, adalah satu sifat munafik yang sangat munafik. Super munafik barangkali.
Sekarang ni, ramai orang yang hangat dengan Patrick Teoh. Aku dah tau dia macam mana sebab aku selalu baca blog Niamah dia,jadi aku tak terkejut, dia memang anti Islam sket.
Cuma, aku terkejut bila larangan PAS ni jadi panas dan PAS Kedah kena attack kaw-kaw dalam The Star semenjak beberapa hari lepas, orang melayu senyap bila mula2 MCA kutuk PAS dan kemudian DAP pulak bantah PAS. Bila si Patrick Teoh ni mula hentam PAS dan agama, semua pakat bising. Mana korang sebelum ni?
Tak ada pun yang bangun dan kutuk kerajaan Pusat sebab tak sokong apa yang PAS Kedah buat bila PAS kena hentam dengan orang Cina. Mungkin, sebab korang takut kalau larangan tu jatuh dekat korang satu hari nanti , wahai orang Melayu?
Kutuk agama satu hal, tapi itu bab lainlah. Tapi, orang Melayu membelakangkan persaudaraan agama atas dasar politik...itu sesuatu yang aku harap orang UMNO dan PAS boleh ubah. Kita tak sepatutnya bersatu hanya untuk hentam orang bukan Islam yang kutuk Islam. Kita sepatutnya bersatu laksanakan Islam bukan hanya untuk orang Islam, tapi juga untuk orang2 bukan Islam, tak kiralah kau UMNO atau PAS atau PKR atau DAP.
Jadi, dalam bab menyambut tahun baru Cina dalam sebuah negara yang diperintah oleh orang2 Islam, kenapa hanya di Kedah aje wujud guideline kena berpakaian sopan yang selari dengan Islam?
ps - larangan tersebut dah ditarik balik. Islam, sekali lagi rebah di bumi Malaysia, yang bangga dengan masjid indah dan mewah.

31 ulasan:
Harap Sultan atau YDP Agong dapat campur tangan sebab mereka adalah Ketua Agama Islam Negara/Negeri. Kalau mereka asyik senyap bila ada orang hina agama kita, sampai bila2 Islam akan tewas di bumi Malaysia. Nak harapkan UMNO atau PAS?
org2 atasan mne kesah sume ni..sultan ke agong ke..nama je ketua agam..tp useless..hanya jd tukang rasmi sesuatu event je..
Oh dah ditarik balik? Hmm...
"Kalau kita tak dapat nak enforce cara2 Islam dekat negara kita walaupun kita yang perintah negara, then what's the point of governing?"
Aku tak setuju. Just because you have enough politicians by your side doesn't give you right to shove your idea down other people's throat.
Dan kalau PAS di pihak yang benar, kenapa tarik balik guideline tu? Kenapa boleh kompromi? PAS Kedah lebih takut pada orang Cina dari takut pada tuhan ke?
Nope. Sebenarnya PAS Kedah sedar (atau mungkin baru tahu) yang diorang tak boleh paksa masyarakat bukan Muslim untuk ikut cara hidup Islam acuan PAS. It's just plain wrong to force others on what to wear, what to eat, what to do, what to think. Ini Kedah, bukan Korea Utara.
kau ni bodoh mcm pantek. start2 ayat "Buang segalanya pasal politik dan tahi kucing sampah yang kita namakan ideologi", tp content abes cerita psl opinion kau dlm konteks politik tak habih2.
huh.
nak tulis benda kritis pastikan akal tu tajam. byk kali dah aku prasan kau mcm ni.
tp xpa, effort kau ada.
kenapa boleh tarik balik?
entah la bro.
kau Islam.
Kau sendiri tau kat mana kau berdiri.
takyah lah act surprised larangan tu ditarik balik. dalam diri kau ada jawapan tu sendiri.
dia nak sopan je bro.
pakai cheongsam, baju kurung, baju kebangsaan.. sopan la tu.
diorang taknak seksi, macam seksi orang kat kelab malam.
itu je.
Err..sebenarnya tu rhetorical question sebab aku sendiri pun dah jawab kat atas.
Walaubagaimanapun, aku rasa soalan tu valid dan sesuai untuk masing-masing tanya diri sendiri sebab ni bukan kali pertama PAS buat keputusan flip-flop macam ni.
Mula-mula macam firm. Tegas, takkan ubah lagi dah. Lepas tak tahan kena kritik, tukar keputusan, ikut suara umum.
Inilah yang kau nakkan selama ni kan? Buat dulu, bila dah kena marah, bila tak menjadi macam dalam kertas, tukar balik. Macam dalam agama pun ada trial and error. Guesswork. Acu, cuba, try, test.
Kalau atas kertas, secara teori, takpe la nak cuba-cuba. Tapi kalau dah berkerajaan pun nak main cuba-cuba, dah bentang, dah bahas, dah lulus, dah diumumkan secara rasmi, lepas tu backtrack pulak kena tarik balik, apa impression yang PAS harapkan dari masyarakat umum? Competent ke kerajaan yang tak fikir masak-masak backlash dari dasar rasmi yang tak panjang akalnya?
Ingatkan kerajaan BN je macam tu. Rupanya dua-dua sama je kan?
Nak guna nama Allah dlm bible, singgung orang melayu. Pas kedah minta pakai pakaian sopan.tahu pulak melenting diorg. What goes around comes around laa patrick babi.
super duper munafik
"Sekarang ni, ramai orang yang hangat dengan Patrick Teoh. Aku dah tau dia macam mana sebab aku selalu baca blog Niamah dia,jadi aku tak terkejut, dia memang anti Islam sket."
Tak terkejut? Ko nak kata yang ko dah biasa baca dia tulis maki hamun kutuk agama islam tapi ko tak rasa apa-apa ke?
Then, tak payah tanya lah lagi kenapa Pas Kedah tarik balik, umno bn menikus.....ko sendiri dah ada jawapan....
ketua agama negeri selangor tak nak komen?
Islam tertegak dgn akhlak, keadilan dan hujah. Bila dh ada ketiga3 ni, barulah krjaan boleh guna kekuasaaan. Kalau krjaan paksa org ikut peraturan dgn menggunakan kuasa, hati mereka akan memberontak dan mereka tidak akan taat pada kerajaan secara waras.
Non-muslim di malaysia jelas tidak hormatkan org Islam sbb kita sndiri tidak mengamalkan Islam yg sebenar. Pada pendapat aku, org2 Islam kena buat ketiga2 benda ni dulu: berdakwah secara berakhlak, amalkan keadilan Islam dan berhujah dgn org non-muslim. InsyaAllah, secara tanpa dipaksa org non-muslim pun akan hormat pada kita dan seterusnya sebarang arahan kerjaan akan dipatuhi oleh mereka tnpa byk soal.
aku rase PAS tak boleh buat guidance untuk org cina...org cina bebas mcm mane pun nak sambut perayaan dia. tapi dengan syarat ia tidak mengganggu masyarakat agama berbeza, dan tidak membenarkan orang islam menghadiri atau menonton apa2 yang haram disisi agama islam didlam upacara atau sambutan mereka, so ape2 cara org cina nak sambut seperti minum arak atau tarian harus dibuat dlam tempat tertutup...
Apa kata kau gi sarcsm kat FB Patrick Teoh & blog Niamah mereka? Kasik diorang sedar, sbb balik2 sarcm kt org Melayu buatpe. BN & PAS takbleh diharap kan? Jdk, guna kepakaran kau utk sarcsm kpd non-Muslim(lantak la bangsa apa) yg betu2 melampau ni.
Sedap nak baca bila ayat awal mantot cakap buang segala politik n ideologi....sambung skit lagi baca....xde mananya pun...sebut gak umno, pas, dap....ckp tak supa bikin la montot....
bila part camni ko harap pulak org umno sokong...yang pas, kalu mende baik umno wat pon condem gak...tak pulak menyokong...tetap ko kata pas betul....tetap jugak ko kutuk umno... tak nampak lak kebaikan yang dibuat....kalau nampak pon, still ada rasa curiga....
Isu skrg nk suruh org pkai sopan..
X seksi.
Bile aku bace komen² nie nmpk cam org mmg nak seksi.
Xnk dah pkai tertutup sikit.
Tmbah lak ngan org yg suke jadik batu api..
Jadik la cam skrg..
kalau org islam yang bantah,tu bangang abadi namanya..yang bukan islam kalau bantah pulak,mybe sebab bagi depa tu tertakluk dalam hak asasi manusia..agaknye la..
nak buat macam mana.. budak2 melayu kaki bertompok budget korea pakai oversized shirt dgn hotpants super pendek macam x pakai seluar, plastic spec frame xde kaca dgn gantung camera kat leher peluk2 cium2 jantan betina in public, nak suruh bukan melayu pakai sopan? i've seen chinese pakai lg panjang sikit dr hotpants budak2 melayu. itulah meLAYU yg bising2 pasal kalimah allah. hahahaha..
Salam,
Pada pendapat saya, semuanya berpunca dari org Islam sendiri. Kita org Islam masih ramai yg berpakaian tak melambangkan Islam, menjolok mata dan mendedahkan aurat, jd bagaimana org bukan Islam nak terima jika ada larangan begini.
Pengalaman saya sendiri. Pakaian yg selalu saya pakai terutama utk ke pejabat adalah baju kurung yg longgar & bertudung. Pernah beberapa kali kwn pejabat saya (beragama budha) tanya, "kenapa you tak pakai mcm tu?" (sambil tunjuk pd seorang wanita pd perkiraan dia org melayu, yg berseluar ketat & baju tanpa lengan & tak bertudung).
Saya jawab, "orang Islam dilarang pakai mcm tu. Kita tak boleh tunjuk 'barang' kita pd khalayak".
Dia jawab "i rasa dia tu melayu & islam, kenapa dia boleh pakai?"
Saya jawab "itu pilihan dia, tp tetap salah. Mcm you juga, agama you mesti ada larang jgn mencuri, jgn buat jahat, tapi kenapa masih ada org seagama dgn you yg buat benda2 tu semua?"
Dia jawab "ye la juga kan. itu semua pilihan sendiri. dorang tak takut dosa".
kalau pemimpin utama amalkan Islam sepenuhnya, orang bawah takkan membantah punya...dorang akan follow the leader. larangan ditarik balik sebab apa? pikir2lah. jgn hanya pentingkan diri. dosa orang lain kita boleh tanggung juga kalau kita tak berniat untuk mencegah.
nak pakai tudung cantik dan menutup aurat boleh la beli dgn kami..tudung cantik..harga berpatutan...
patrick dh delete post dia nih few hrs dia kena hentam trok.. isu dia takpuas hati tang guidance tu je.. tp bahasa dia smpai ke semua ajaran dlm islam dikotak katik..
bg sy senang sbb sy islam. sy mmg penyokong Pas.. karpal singh or ambiga tak straight insult mcm nie.. diorg argue. yg ni siap hina quran lagi. DAP or MCA bab agama kita kena firm.. bab yg ni sy mmng tak kira parti. Islam di hatiku.
Yg pelik bab hina agama ni kafir lain melenting btol kita.. klu islam sndiri pertikai hukum mcm2 x ikot hukum xplak kita melenting.. semua kena blaja cmne nk bdkwah pd bkn muslim dan berislah pd yg islam utk kembali pd jln Allah.
Saya cadangkan kalau ada perkara seumpama ini lagi, sila buat screenshot dan sila lapor pada polis
Kalau hina Sultan/Raja boleh buat laporan polis dan seret ke mahkamah takan hina agama tak boleh? Lawyer sila bantu dapatkan clause untuk hina agama.
Biar orang serik dan berfikir dua tiga kali sebelum menulis menaip dekat internet.
Suka-suka dia je hina agama tak kira la Islam ke kristian ke hindu budha ke..
Kalau marah pas ke goverment work and sort it out yang nak hina agama tu kenapa.
mantot..
Aku ni seorg yg atas pagar, tp aku still prefer kerajaan buat masa ni. Bg aku jelas dan nyata yg kerajaan skang ni xmemperjuangkan agama 100% walaupn derang dok berkobar2 kata pejuang agama. tp bg aku selagi kerajaan xmenghalang aku beribadat tu dah ckp.
Aku sgt teruja dgn tindakan PAS kedah tu. Bg aku tu adalah tindakan yg betol dan selari dgn perjuangan diorang.tp ble diorg buat keputusan tarik balik guideline tu aku trus rasa kecewa. ape beza derang ngan umno skang ni? sbb ape derang tarik blek klu bukan sbb nk jaga pakatan rakyat.
mmg umno mengarut ble memperkatakan isu perjuangkan agama, tp ble jadi cmni adakah PAS jugak mengarut?
Aku pandang tinggi Tuan Guru Nik Aziz tu, aku juga hormat kt Hadi Awang. Tp sejak isu ni dan isu kalimah Allah, rasa hormat aku mula goyah.
Sepanjang zaman sekolah kena pakai ikut rule (sopan la juga).
Tinggal sekolah saja, tinggal semua.
Baik tak payah.
so patrick, silalah keluar dari malaysia? LoL...'listen listen listen' style...
Bukan dalam rujuk kenagara ada kesopanan dan kesusilaan?
Ini Patrik tarak belajar kah?
tot,
isu ni bukan setakat suruh pakai sopan je. setakat yg aku baca, panduan ni pun menghalang wanita buat persembahan, x boleh menari keterlaluan dan lagu2 yg diguna hanya lagu motivasi dan keagamaan aje. dan kerajaan negeri boleh hentikan majlis jika kerajaan rasa mereka langgar peraturan baru yg diberi.
berpakaian sopan, menari keterlaluan itu adalah subjektif. non muslim fikir apa yg mereka pakai dan tarikan itu ok tapi kita muslim fikir itu keterlaluan.
so jgn hentam patrick terburu2sebelum siasat apa punca dia menghina Islam. aku x setuju apa yg patrick buat, tp jgn salahkan dia dan org cina secara keseluruhan. PAS pun bukanlah baik sgt dalam hal ni.
mmg patutla PAS tarik balik guideline tu. apa yg mereka buat ialah memaksa org bukan Islam menerima nilai2 Islam.
Catat Ulasan