Januari 09, 2013

Siri 01 : Bra dan Panties Gadis Europe Di Putrajaya

Kalau kau rajin jalan2 dekat Alamanda sekarang ni, kau akan nampak ada satu kedai yang tengah renovation. Aku tak sure belah mana, tapi rasanya dekat tingat atas. Alamanda ada berapa tingkat la sangat.

Nak buat renovation? Buat lah.

Tak ada masalah pasal tu tapi kenapa, kenapa, diletakkan gambar perempuan pakai bra dan panties besar-besar dekat situ? Bukan ke majoriti orang yang berkunjung kat Alamanda ni adalah golongan2 pekerja sektor awam. Memang la akan ada kedai lingerie yang akan dibukak tapi perlu ke gambar minah orang putih diprint besar2 dalam keadaan bukan setengan berbogel dah..3/4 bogel dan dipamerkan supaya semua orang Melayu yang lalu situ tengok?

Kita nak menilai pemerintah, kita tengok apa yang diorang buat. Kita nilaikan apa yang diorang anjurkan tapi masalahnya kerajaan Barisan Nasional sekarang ni, seolah-olah membenarkan dosa berkeliaran disekeliling masyarakat. Kau nak kata dosa pahala itu hal individu?

Yo bro...pemimpin juga ada tanggungjawab pastikan orang ramai atau rakyat dia tak bergelumang dengan dosa.

Kalau nak menilai sesebuah kerajaan tu, banyak benda yang kena fikir tapi kita ambik benda yang paling basic sekali....dosa dan pahala. Benda yang boleh buat, benda yang tak boleh buat.

Adakah majalah Mangga itu satu benda yang tak boleh diluluskan pengeluaran dia? Ya. Adakah sisipan Pancaindera itu berguna kepada pembangunan akhlak masyarakat? Tidak. Adakah display minah Europe pakai underwear dekat shopping kompleks satu benda yang dibenarkan dalam agama? Tak.

Ada banyak benda yang samar2 dalam agama tapi itu kita biarkanlah perbincangan berlaku kepada mereka yang lebih tahu, tapi benda2 basic, macam majalah separa porno, billboard setengah bogel, filem yang ada adegan romen pelakon Melayu...benda2 macam tu sepatutnya tidak berlaku, tapi benda camtu berlaku kenapa?

Sebab kerajaan kita pondan. Takde telur dalam bab agama ni. Penakut nak tegakkan apa yang betul, apa yang tak betul.

Hasil daripada style pemerintahan takde telur ni, apa yang kita boleh nampak adalah kewujudan orang2 agama yang hujah mereka berunsur politik. Hujah agama mereka dikawal oleh kepentingan peribadi dan juga kepentingan pemerintah. Sebab tu kita boleh jumpa orang2 macam seorang Dr. Ustazah famous wakil kerajaan dalam bab-bab agama, yang baru aje keluarkan hujah untuk menghalalkan diri dia bersalam dengan lelaki bukan mahram dalam paper.

Basicnya mudah aje dalam bab ni. Boleh ke kau sentuh2 kulit orang jantina lain dengan kau? Tak boleh. Tak kiralah nak bersalam sekalipun. Kau nak ambik duit dari penjaga tol pun baik kau hati2 agar tak tersentuh ni kan pulak salam tangan bos dan siap cium hormat. Tak kiralah ada nafsu atau tidak pokok pangkalnya, benda tu tak boleh.

Kerajaan kita sekarang melahirkan orang2 macam tu. Orang2 yang dikatakan pandai dalam bab2 agama tapi dia lencongkan pemikiran dia ikut keadaan dia dan aku memang tak berapa gemar orang2 macam tu. Samalah jugak kalau kau bukak RTM beberapa minggu ni, pasal bab Amanat Haji Hadi, pasal sesat dan akidah segalanya..balik2 muka Zul Noordin, Fathul Bari ataupun Hasan Ali Akidah. Tak ada calon yang baik sikit ke?

Atau semua calon lebih baik sikit tak ada dalam Kerajaan?

Bila orang2 macam tu dijadikan wakil dalam agama Islam Kerajaan, sebab tu masyarakat kita dikelilingi dengan benda2 tak senonoh, semua dibolehkan, bersuka ria tahun baru, konsert itu, gala ini. Pemimpin membazir buat acara besar-besar. Wakil2 agama dalam kerajaan hanya bersuara bila dalam bab politik.

Kenapa orang2 yang pakar agama dalam kerajaan hanya berani bersuara bila kerajaan kena serang, tapi bila masyarakat diserang dengan benda2 maksiat dan lagha ni, mereka biarkan? Aku sampai sekarang masih menunggu bila nak muncul wakil agama dari pihak Kerajaan nak mintak Kerajaan haramkan majalah Mangga atau Pancaindera. Alang-alang tu, Harian Metro sekali.

Bagaimanapun, yang peliknya, bila kerajaan Kelantan atau kerajaan Kedah wujudkan akta mana2 papan iklan perlu bertutup aurat modelnya, belah2 puak UMNO ni jugak la yang memekak bila orang Cina DAP lawan. Biarlah dia lawan, dia bukan orang Melayu, yang kau tak wujudkan akta tu dekat negeri2 bawah BN kenapa?

Kau cuba tengok betul2 dan bukak akal kau sikit. Kenapa tiap2 kali kerajaan Kelantan buat akta2 yang lindung masyarakat dia, macam :

a. Wayang kena cerah, duduk mesti asing2
b. Papan iklan kena berpakaian sopan
c. Salun rambut pun tak boleh lelaki pegi yang perempuan kerja dsb.

Yang bisingnya bukan setakat orang Cina, tapi orang Melayu belah UMNO pun sama? Padahal diorang sendiri tak ada inisiatif nak aplikasikan benda tu dekat negeri yang diorang jaga.Amanat Haji Hadi, sibuk benar dia. Mana amanat Mahathir yang menyentuh pasal agama? Mana nasihat agama daripada Najib?

Dalam kes papan iklan bra dan panties di Alamanda ni...aku sebagai seorang lelaki Melayu, yang mudah horny nak bertanya dekat kerajaan Barisan Nasional...sebab Putrajaya adalah sebuah Wilayah Persekutuan...mana2 undang2 yang lindungi mata orang Islam di Putrajaya?

Sebab tu aku dah decide, walau seburuk mana pun kerjasama Pakatan Rakyat, diorang bergaduh, sama tak suka, sama tak setuju...tapi dalam bab menjaga kesucian Islam, wakil2 dalam Pakatan Rakyat lebih jauh ke depan.

Dalam kerajaan Malaysia sekarang, menjaga kesucian agama, adalah menjaga kesucian Sultan dan Agung tapi masyarakatnya, tidak dijaga.Kita dibiarkan lalai, mengakibatkan masyarakat kita menjadi sebuah masyarakat yang sangat2 mementingkan hiburan dan gosip. Sebab itu ramai yang bersorak gembira bila Anugerah Juara Lagu hari tu, Aaron Aziz peluk perempuan lain.Untuk orang2 yang suka tengok benda tu, aku tanyakan satu benda, "WTF?"

Itu adalah sebab pertama, kenapa aku takkan pilih Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Aku tak suka tengok macam mana kerajaan kita sekarang treat agama majoriti masyarakat kita.

26 ulasan:

Haizam berkata...

Alamanda wing selatan ker wing utara? aku pun dah lama tak jejak kaki ke alamanda sejak kempen boikot McD tempohari..

Tanpa Nama berkata...

macam la bila pembangkang perintah takkan ada dah benda2 camtu. alamanda tu siapa yg punya. pada gomen as long as peniaga byr cukai semua sudeh.

aku ada sedara imam besar masjid.............smua org panggil dia ustaz termasuk org yg lg tua dari dia. tapi time kenduri ke apa bkn campur org. dok dlm umah je layan anak (anak dia dah besar kot tau main sendiri). pastu lyn maharajalawak. kalo org pandai agama camtu org yg tak pandai agama apetah lagi.

ilmu agama kan patut disebarkan. bkn pendam dlm hati sorg2 bawak ke mati. patut campur le org sebar2 ape yg patut.

Tanpa Nama berkata...

hoi anon, kau agak2 kau tu jenis yang suka ke kalau orang tarbiyah kau depan2? dah kenduri kendara tu ada campur laki pompuan, kau ingat dia nak ke pegi kenduri macam tu? kalau aku pun baik layan maharaja lawak! karang kalau dia tegur apa2 yang x betul time kenduri tu, korang jugak yang panas jubur..
teruk betul kau ni anon, buruk2kan sedara kau imam pulak tu?.kau mampu ke jadi imam?

Tanpa Nama berkata...

Aku calonkan Mantot jdk wakil dalam agama Islam Kerajaan. Post ni mantap, moga bila Bro pegang jawatan, samalah mantap memartabatkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

kudos mantot..

yongpropaghandi berkata...

Secara jujurnya, pemerintahan negara kita yg sekarang ni...kalau berterusan selama 20,30 tahun sekali pun. Aku tak nampak kemana islamnye.Good entry by the way.

tajtaj berkata...

Kudos admin..
Anon 2.56... ko kena gi bljr lagi k..

Tanpa Nama berkata...

Hidup PR..Bn n UMNO kotor..peniaga kecik mcm aku nie pun sesak dok bwh BN..nak pape pojek sket,kena hulur..kalau nak tukar status tanah drp rizab melayu ke free hold pn boleh,direct dgn orang kanan MB UMNO..

plain83 berkata...

godaan ada di mana2, malah bertambah pulak tu di luar kawalan.. makin sengit la peperangan dalam diri masing2.. dijangkakan lebih ramai akan tumpas, maka sesuatu harus dilakukan demi menyelamatkan akidah penduduk negara 'islam' ni.. sapa brani nak amik tindakan?

Tanpa Nama berkata...

Selangor & Penang pon banyak gambar/poster lingerie. Pusat-pusat maksiat pon masih banyak. So, apa bezanya negeri bawah PR dgn negeri bawah BN? Toksah bias sangat lah. Kelantan different story 99% malay muslim, nak implement senang.

Mantot berkata...

Putrajaya ;
a. 96% penduduk Putrajaya adalah Islam
b. Putrajaya diperintah direct oleh kerajaan Malaysia

Nak implement..LAGI senang.

Prince of Noob berkata...

pembentukan minda masyarakat mengikut acuan bn dah susah nak ubah setelah 55 tahun merdeka. malah kalau pr menang pun aku tak yakin benda2 ni akan berubah dengan serta merta kerana acuan minda tu dah lama sangat terbentuk di situ, sama seperti apa yg berlaku di selangor dan p. pinang... nak tgk macam mana acuan masyarakat yg betul2 telah dibentuk lama oleh parti selain bn, tengok kelantan. bezakan kelantan dengan negeri lain dan persekutuan, selain daripada pembangunan yg kurang disebabkan peruntukan disekat, tengok macam mana majoriti rakyat2nya kaya, pandai berniaga, mempunyai tanah sendiri dan mempunyai asas agama yg cukup.

Tanpa Nama berkata...

"sebab kerajaan kita pondan" kah kah kah....terus tergelakk..tapi betul...

Tanpa Nama berkata...

https://www.facebook.com/DigitaLkanAnalog
http://digitalkan-analog.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...


Memang betul la.. papan iklan pon tak bermoral sekarang kat highway ada iklan lingerie? dengan perempuan gaya mengoda ish..

belum tampal ubat kuat seperti spender kuat lagi.. dan iklan sedat ketat mengetap ke apa..

tv majalah lagi ler..
mudah je nak jumpa..

nak live pi je klcc macam-macam fesyen memberangsangkan leh tonton depan mata.. nak tgk jenis nampak lurah ada.. nak tengok jenis nampak alur bobtot ada nak tgk kecik besar semua ada.. tingal carik dan pilih saja..

Lepas tu claim negara Islam sebab ada bangunan Masjid. Erk.. eh tapi ada kilang arak ada kasino (tempat judi).. Isk Kasino & Kilang Arak pon ada surau.. Islamic ler tuh.. Gulp.. :|

terkedu hati ini..

Tanpa Nama berkata...

iya.. bila sampai bab agama kerajaan bn dan kerajaan negeri kelantan sama saja tak ada telur

Tanpa Nama berkata...

ko nak negara islam..ko nak harap ahli politik xkira la parti apa pun..ko nak mampos..

Tanpa Nama berkata...

aku sokong mantot!!aku slalu baca blog ni dan xtau knape setiap pendapat yg dipost mantot sentiasa sama dgn yg aku sndri pk but xtau nk ulas in words.yes..BN mmg ada baik n buruknya.tp bila bercerita bab agama aka ISLAM..BN mmg out trus.klu x,xkan timbul isu ustazah bleh halal salam dgn bkn muhrim.maybe ustaz yg xpergi kenduri but prefer dok dlm umah main ngan anak tu ustaz BN kot..who know~

Tanpa Nama berkata...

Bro.kau gila ke kelantan 99% malay muslim?habis wat dan kuil kat sana dibuat untuk melancong ke?kau ni pernah pergi kelantan tak?ramai orang cina kat sana.dan diorang suka hidup disana bawah pemerintahan kerajaan negeri.kalau tak takkan la ada kelab penyokong pas non muslim.umno ado?penang bagi peruntukan untuk Islam lagi besar dari negeri sembilan yang majoritinya muslim.selangor bawah PR maju Islamnya.tak percaya?tengok saja masjid masjid,contohnya masjid kosas.bawah BN orang semayang tak berlantai sebab takde bagi peruntukan.bawah PR setahun cukup renovation bagi kemudahan orang nak beribadah.sambutan tahun baru kerajaan macamana?dsambutan tahun baru acuan PR macamana?aku tak kata diorang perfect tapi diorang lebih nak buat kerja membangunkan Islam dari BN.Umno duk laung membela Islam tapi import penari dari Chennai untuk sambutan tahun baru,PR bagi kuliah agama.so?kau nak cakap ape lagi?

Annakholat A. berkata...

ko tak payah keluar rumah la tot. kalau nak beli barang, g kedai dan beli apa yg perlu. lepas tu balik, x payah merayap. nanti macam2 benda tgk. nampak sgt ko ni pertama kali tgk iklan pompuan pakai bra dan spenda. padahal mana2 kedai lingerie pun ada gambar tu.

susah jadi org yg cepat horny macam mantot.

Tanpa Nama berkata...

mmg le kerajaan skrg ni sajikan benda2 maksiat & melalaikan rakyatnya..tujuannya sebab nk pastikan xde generasi akan datang berupaya jadi pemimpin. yg boleh jadi pemimpin akan datang hanya generasi drpd pemimpin masa kini. PM akan datang, ank Mahathir, menantu Pak Lah, ank Najib, Hishamudin... berlegar kat situ je... mgkin ank nazri aziz pun akan jd PM....hahaha

Tanpa Nama berkata...

U idiot,if you get horny looking at lingerie adds, then you're the one who should stay home... Obviously u don't have much morale in ur upbringing.. I advice for u to read more religious books and practice what u read...nothing to do ant religion here, all of us respect one another, u obviously don't!

Mantot berkata...

sori cik..aku tak paham BI

dalam komen cik tu, ada empat aje perkataan aku paham..

you, horny, lingerie dan practice.

Tanpa Nama berkata...

tot kau tulis pasal isu bola lak tot, isu mat yo tu, cer ko kaji sikit, aku nak baca pendapat ko hihi, panas je ngan FAM mentang2 kaum kerabat..

-mat-

kui3 berkata...

mantot,apa kata kau jadi berani kedepan sikit.cuba kau bagi surat ke,proposal ke...dekat owner kedai lingerie tu.tanggungjawab seorang islam kepada muslim yg lain antaranya menjaga kemaslahatan iman dia.kau yg tau kat mana kedai tu.kalau kau rasa ada tanggungjawab nak lindung iman org islam,cuba kau buat dulu.belum cuba belum tau..lagi advance,kau report kat jakim.action speaks louder than words bro...

SFB berkata...

Hahaha tergelak aku ko troll anon ni..