Januari 03, 2013

Adik-Adik Ada Rasa Ghairah Menonton "Upin dan Ipin"?

Apa yang akan anda baca hari ni mungkin berbunyi agak ganjil. Anak aku suka gila tengok Upin Ipin.

Boboiboy tak berapa. Tapi Upin Ipin memang favorite dia, mungkin sebab dari umur dia 8 bulan dia dah tengok Upin Ipin kat TV9.

Aku pun prefer anak aku tengok Upin Ipin. Sebab Upin Ipin cerita pasal budak-budak, tak ada lawan-lawan, gaduh2 atau tumbuk2. Tak ada benda fantasi kecuali beberapa episod yang berkisarkan imaginasi. Aku pun layan jugak la tengok Upin Ipin, memang seronok sebenarnya layan walaupun aku dah tua.

Semuanya ok aje..sehinggalah dalam satu episod di mana Cikgu tadika diorang resign nak sambung belajar, sebab dapat inspirasi daripada isteri bekas PM, Puan Siti Hasmah. Jadi cikgu dia pun digantikan dengan cikgu lain...cikgu ni...

a. Lebih muda
b. Lebib cute
c. Dianimatekan agar nampak macam anime sket2
d. Suka pakai baju ketat-ketat

Everything should change towards a betterment, kan? Tapi dalam bab ni, aku rasa pertukaran cikgu tadika Upin Ipin ni daripada seorang Cikgu yang pakai scarf kepada seorang cikgu yang muda dan suka pakai baju ketat-ketat akan membuatkan budak-budak accept benda tu normal. Lagipun, dalam sebuah animasi yang cuba memaparkan kehidupan orang Melayu yang duduk kat kampung, agak janggal sebenarnya imej cikgu dia tu....nampak out of place.

Aku tak tau apa sebab sebenar watak cikgu asal tu dibuang. Adakah sebab suara watak tu tak disambung kontraknya? Atau sebab memang nak refresh jalan cerita? Atau sebab nak mudahkan masalah teknikal. Maksud aku, nak rigging character pakai tudung dan pakai scarf ni susah sket berbanding dengan nak setup character tak pakai tudung. Banyak restriction dalam movement akan terjadi bila watak pakai baju kebaya ni. Jalan pun kena langkah kecik-kecik.

Technically, aku paham kenapa cikgu tu baju dia ketat-ketat. Nak senang kerja. Nak animate senang, cloth tak payah simulate. Clipping pun jarang berlaku kalau model tu tak "menggelebeh." Sebab tu kalau kau tengok mana2 kartun Islamik yang wataknya pakai tudung...kepala dia mesti tegak aje. Tak berpusing banyak...tapi limited la dalam moveset...range movement dia rendah.

Pakai seksi, pakai bukak-bukak, senang, bebas. Dalam real life camtu, dalam 3d pun camtu gak peraturan dia.

Jadi minggu lepas, aku layan satu episode Upin Ipin di mana satu kelas diorang kena hias kawasan tadika. Cikgu tadika baru dia ni datang tadika dengan berpakaian tracksuit dan baju tshirt ketat sendat....sambil buah dada dia dimodel agak terkeluar dan tertonjol. Mata aku....takleh lari. Statik dekat dada dia. Tak tau la  nak rasa camne. Dia hanya piksel.

Selama ni aku tengok Ipin Ipin ni aku rasa innocent gila series ni. Sekarang....tak lagi. Rasa macam tengok anime pun ada. Mungkin imaginasi aku ni memang jahat rasanya tapi dalam zaman di mana budak 13 tahun ditangkap sebab cuba rogol amoi, mungkin cerita kartun Malaysia juga boleh berubah ke arah yang lebih baik. Lebih sopan...bukan lebih terbuka.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yessss

requesting rule 34 of upin dan ipin.

Nurul berkata...

mungkin patut tukar cikgu lagi kottt...cikgu yg pakai tudung balikkk

IMA SALSUZAIMA berkata...

wah..peminat upi ipin nampaknya.sy blum lg tgk cerita yg tukar cikgu tu.hihi

aaa berkata...

mungkin patut tak payah tukar cikgu lain dah.

mungkin patut jadikan cikgu tu dapat hidayah duduk dekat kampung, lepas tu pakai tudung, baju longgar balik.

pergh! power jugak aku kalau jadi director.

kah kah.

Tanpa Nama berkata...

diorang kenala adjust bahagian tuut tu supaya tak terjojol sangat, kurang kan pencahayaan kat situ, macam in real lifela jugak klu pakai baju gelap skit kurangla terjojolnye hehehe

plain83 berkata...

waau.. chegu baru tu mai dari bandar maju laaa, tak pon baru balik dr study kat japan.. lolz XD

Tanpa Nama berkata...

Nmapak macam amoi je
So kena buat baju ketat2?

Amoi ada juga pakai baju sopan dan longar isk..

Toshio (Zharfan) berkata...

Kak Ros pun macam tu...

Tanpa Nama berkata...

Owh episod ini ke?

Memang shading boobs dia agak menonjol huh.. tinggi imiginasi..

Kak Ros tak berapa shading dia..

Ym.Bundle berkata...

untuk budak2 rasanya diorang tak amik kisah pon pasal boobs tu..tapi kalau aku, 2 kali toleh gak la..haha

Tanpa Nama berkata...

bukan pompuan melayu zaman skang suka pakai ketat2 ke?

realistic depiction la tu...

sian plak budak2 tgk kat tv pompuan melayu sume ayu2 mematuhi agama tapi keluar ke dunia sebenar lain plak realiti nya...

culture shock nanti...

jangan berharap org lain untuk memberi positive impact pada anak2,
bende tu patut bermula dari kita sendiri...

oh well have fun...

Tanpa Nama berkata...

Apa lg...p email tv9 la...
Mari sama2 penuhkan inbox diorang....wahahaha
Tpmana nak send...hoho

Prince of Noob berkata...

nampaknya industri animasi malaysia akan memasuki era
hentai

WAK berkata...

watak opah ok je plak dia buat karekternya (xde seksi-seksa).patutnya ambik karekter opah tu,modify skit bg jdk cikgu tadika yg agak berumur.ala2 zaman saya kat tadika kemas tahun 80-an.cikgunya adalah makcik2 kampung.ok pe.retro g2.

Irfa berkata...

oh ye ker?aku agak ketinggalan.tak tahu pun watak cikgu tadika pakai scarf tu dah tukar,,,nanti harus nak tengok

Muhamad Hafizee Haris berkata...

watak suara cikgu asal tu nk berhenti, so penerbit terpaksa batalkan watak tu ganti watak lain. muda & lebih energetic.(info dari staff les copaque sendiri) mmg cun & seksi cikgu baru ni.

Tanpa Nama berkata...

opah ..gangnam style

Shahada Fauzi berkata...

saya dah lama tak tengok upin ipin nih..tak tahu pulak dah bertukar cikgu tadika nye..

nanti saya majukan entri blog ni kat kawn saya yg keje animate katun upin ipin ni..semoga dorang dapat perbaiki..

Tanpa Nama berkata...

aisey.. kena join anak aku tengok upin n ipin....ngehngehnegh...

Awkward Agama berkata...

Memandangkan wujud rakyat Malaysia tidak boleh berfikir, maka lepas ni terpaksalah Upin & Ipin mengajar penonton lelaki untuk tidak melihat perempuan sebagai objek seks semata2. Hanya otak yang 100% tiada isi lain tetapi seks sahaja akan ghairah menonton watak Cikgu baru animasi ni.

Mantot berkata...

aku letak depan kau ayam goreng, cuba kau jgn fikir pasal makanan.

Tanpa Nama berkata...

Lumrah lelaki kalah dengan perempuan.
Kalo perempuan seksi laki mana la tak tengok. Cuma yg gay jek xlayan...
Itula sebab nya perempuan kena pakai tudung labuh kalo keluar rumah.

Awkward Agama berkata...

Kepada 'anda' yg berkenaan saja. Kartun berbentuk perempuan, 'anda' boleh terangsang. Kartun ayam berbentuk perempuan, pun 'anda' terghairah. Kerana otomatik otak anda set kan perempuan is equal to sex, tak heranlah lepas ni botol sirap berbentuk perempuan pun 'anda' terangsang. Well done, non-gays! Yosh, Upin Ipin, didiklah beberapa kelompok non-gays ni.

haf berkata...

mmg awkward.. tapi aku rasa ni semua pasal pilihan/choice. org yang bukak aurat ada pilihan utk tutup aurat or bukak (disclaimer : apa yang dipilih boleh jadi betul @ salah) dan same thing applies to org yang melihat. Anda ada pilihan utk melihat atau tak. Letak ayam depan mata and tanak fikir pasal makanan mmg susah, apa kata tengok benda lain. Susah la kalau asyik nak salahkan org lain pada kekurangan diri kita.

Tanpa Nama berkata...

Sangat tak senonoh pemikirannye.. ghairah tengok cikgu upin ipin.. sama jugak tengok suar ketat acmizal mengacara maharaja lawak mega 2012..

Tanpa Nama berkata...

Kalau perempuan tu tak menarik takda la tuhan suruh tutup aurat..

Tutup aurat bukan tutup rambut..

Bukan je cikgu muda tu Guru Besar pon pakai ketat habis berbentuk semua terkeluar..

Nafsu tak mengenal siapa.. cuma berapa tinggi levelnye saja.. Kalau semua jenis takda nafsu even tgk perempuan berbogel tak mengapa la masalahnya ada orang nafsu dia level tinggi ada rendah so takleh asume sesuatu tu kena apply kat semua.. bila orang komplen kata orang gila seks pulak..

Macam tu tak payah kisah tutup aurat kita hukum je orang gila seks ni ada berani??..

Awkward Agama berkata...

Anon January 7, 2013 9:17:00 AM GMT+08:00

Takde siapa sini kata pompuan tak perlu tutup aurat. Ni pasal nak kena didik org yang gila seks tu kawal nafsu masing2. Kalau sendiri terghairah tengok Cikgu Upin Ipin, tak payah la alert org utk terangsang seperti anda.

Henzy berkata...

Dah dah takyah gaduh.

Sorang suruh cikgu tutup aurat atau pakai yg lebih sopan dan sorang suruh org lain kawal nafsu.

Okay dua2 penting jadi takyah nak gaduh2 anda dan tuliskan pandangan anda takyah nak bertelingkah sbb nak pastikan pendapat anda terletak no 1 di atas.

Awkward Agama berkata...

Henzy, terima kasih. :) Kekadang bila menaip, boleh result macam2. Peace yaw!

Tanpa Nama berkata...

Memang semua kena mainkan peranan..

Ada juga tuhan tunjuk acara kawal nafsu suruh kawin kalau tak mampu berpuasa tapi tu walid kalau iman kuat kalau iman tak kuat puasa pon tak dapat kawal nafsu..

Sebab tuhan tahu tak semua orang boleh kawal nafsu mereka tu la tuhan suruh tutup aurat untuk keselamatan terang lagi nyata dalam quran.

So selain kawal nafsu masing-masing kena kawal juga agar benda yang merangsang ni dikurangkan..

Kalau kawal nafsu ni mudah dan senang ABC tak perlu la wajibkan tutup aurat.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh komen.

Tanpa Nama berkata...

betul..

Yea mari kita kwal nafsu masing-masing.. Yang tak mau tutup aurat tu sila la..

nak seksi ka nak bogel pon apa aku kisah Kalau korang kena rogol dengan orang gila seks pon bukan aku kisah tu masalah ko.. masalah orang gila seks..

Dan kalau tuhan tanya esok pon bukan masalah aku dan apa aku kisah aku dah nasihat hangpa taknak dengar malah kata bodoh lagi..

So terpulang la...

Awkward Agama berkata...

Lagi sekali. Aku pun termasuk dlm golongan yg menentang 'menjadi seksi' adalah sesuatu yg normal dlm masyarakat.

Dlm masa yg sama, aku jgk menentang 'org mengakui gila seks secara public' adalah sesuatu yg cool & normal.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa ada masalah gila seks la

nafsu manusian ni berbeza-beza ransangan dia kalau montot rasa kartun tu agak seksi memaku penglihatan dia tentu orang lain pon ada rasa sama? atau mungkin lagi teruk?

tapi biasa la kalau ko komplen musti orang kata ko tak betul sebab ramai orang tak kata macam tu either mereka malu atau diamkan tak mau dichap gila seks pulak.. tengok kartun pon boleh ghairah lol XD.

honestly sebagai lelaki aku akui kartun tu agak seksi dan kehentaian sikit shading boobs dia agak bulat dan lebih "comel" berbanding karakter perempuan lain dalam tu seperti kak ros.. walau aku akui rupa kak ros lebih cun dari cikgu baru tu..

tapi pada level aku takda la sampai merangsang pulak.. tapi tak tahu la level korang macamana.

bukan saje masalah seksi aku bersetuju dengan pandangan monntot adakah pakaian ketat sudah menjadi lumrah sehinga perlu ditonjolkan dalam kartun budak-budak? Adakah budak-budak diajar bahawa berpakaian seksi itu lumrah?

entah la.. sejujurnya pada aku watak sebegitu tak sesuai untuk budak-budak dan norma masyarakat melayu amnya dan cikgu sebelum ini lebih sesuai..

Wallahualam..

Awkward Agama berkata...

Bro Anonymous January 8, 2013 10:46:00 PM GMT+08:00, aku setuju sngt dengan kau. :) Aku menentang sekeras2nya menonjolkan berpakaian seksi itu satu lumrah. Juga aku pun menentang kelompok2 yg menjadikan aktiviti kongsi fantasi/fetish seks & seks level mereka secara terbuka adalah suatu lumrah.

Aku bkn nak defend pendapat aku sngt, just nak tulis pandangan jujur terhadap isu di atas.

Aurat.. sila jaga.

Nic berkata...

Aku sendiri pun suka Upin Ipin tapi aku tak perasan pulak pasal pakaian cikgu ni cuma perasan dia tak pakai tudung. Apa-apa pun, aku sokong kalau ditukar sebba aku pun taknak anak-anak aku tengok mende-mende macam ni. Dalam dah elok Upin Ipin tu mendidik anak-anak ke arah kebaikan janganla ada yang mencacatkan.

Tengok tak episod Upin Ipin kenangan mengusik jiwa pasal P Ramlee, aku suka sangat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cakap pasal aurat..

Cikgu sebelum ni pun nampak leher walau pakai tudung...

Cikgu sekarang ni langsung tak pakai tudung..

Lebih teruk cikgu besar nampak bentuk tubuh walau pakai lengkap..

Kak Ros masih boleh dimaafkan sebab kat rumah dia pergi sekolah pakai tudung/lengkap.. tapi kadang keluar tak pakai tutup aurat juga.

jadi Upin Ipin bukan la seislam mana.. walau nampak macam bagus mendidik puasa solat tetapi banyak perkara asas tak lepas.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg membuatkan org ramai fikir siri Upin & Ipin tu fully 'innocent' & 'imej Islam'? Upin & Ipin cerita psl kehidupan manusia. Manusia2 yg tak perfect, yg kita boleh relate. Kalau watak2 dah perfect sesangat mcm filem Syukur 21, benarkah kita boleh relate dgn U&I? Mampukah U&I jdk hit?

Korang jgn risau, watak dlm U&I sentiasa 'belajar'. Yg paling penting, JANGAN la ada cameo Najib & Rosmah. Huu....

Tanpa Nama berkata...

sekadar berkongsi pandangan seorang ustaz

Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda, ما تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنْ النِّسَاءِ Tidaklah aku tinggalkan fitnah yg lebih memudharatkan bagi lelaki melainkan wanita. [riwayat Al-Bukhari]

Maka apabila terpandang godaan wanita cantik, disarankan melakukan 5 perkara :

1. Membaca ta'awuz/ istiazah (memohon perlindungan Allah dari syaitan) krn dlm hadith menyebut bahawa syaitan itu menghiasi wanita apabila mereka keluar dr rumah supaya kelihatan menarik bg lelaki. Contoh bacaan : A'uzubillahi minasy syaitaanir rajiim" (ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ)

2. Berpaling dr memandang mereka dan membaca doa berikut : اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ Ya Allah, cukupkanlah aku dengan apa yg halal daripada apa yg haram dan kayakanlah aku dengan fadhilat darimu tanpa perlu kepada selainmu. [doa ini terdapat dlm hadith riwayat Tirmidzi]

3. Mengingati Allah dan ganjaran di hari akhirat bagi mereka yg menjaga diri dari perkara yg haram dan mengingatkan diri bawah wanita yg mendedahkan aurat, kecantikan mereka itu ialah wanita yg bodoh dan merupakan alat2 syaitan untuk menyesatkan manusia.

4. Memandang dan mencari isteri yang halal untuk dipenuhi keperluan syahwat dan berpindah dari tempat yg dipenuhi oleh maksiat atau godaan wanita. Disebut di dlm hadith, أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً ، فَأَتَى امْرَأَتَهُ زَيْنَبَ ، وَهِيَ تَمْعَسُ مَنِيئَةً لَهَا ، فَقَضَى حَاجَتَهُ ، ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ ، فقَالَ : " إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمُ امْرَأَةً فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ ، فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ Sesungguhnya rasulullah SAW, terpandang seorg perempuan lalu baginda pun mendatangi isteri baginda Zainab RA yg ketika itu sedang menyamak kulit binatang dan baginda pun memenuhi hajatnya (keperluan seksual) setelah itu baginda pun keluar kepada para sahabatnya dan bersabda, Wanita itu menghadap manusia dgn rupa bentuk syaitan (maksudnya dihiasi syaitan supaya menggoda) maka apabila kamu melihat wanita (tergoda) maka segeralah mendatangi isteri kamu krn hal itu akan menghilangkan apa yg ada di dlm hati (godaan). [riwayat Muslim, Ahmad dll]

5. Membaca Al-Quran, khususnya ayat2 yg menyebut tentang janji-janji syurga dan azab neraka.

Tanpa Nama berkata...

Mmg la kita org islam xstuju dgn bntuk watak tu ditonjolkan wpun cuma animasi..sbgai org islam kta nk tgk figure yg nmpk sopan, spy jd contoh kpd penonton..tp kot ye pun xpyhla nk ngaku kt smua org mata xleh lari dr tertancap kt situ..smua tau ftrah lelaki suka tgk bnda cmtu tp simpan sndiri xleh ke? Xmalu dgn anak kalu dia baca?ckp general sudahla dgn harapan org yg buat animasi akan lbh peka utk mengubah apa yg patut..ingat cool sgt mengaku teransang tgk katun? Bnda mcm tu tlg smpan sndiri la beb..Memalukan diri buat apa..