Januari 22, 2013

Cerpen : Rina dan Rizal Bersarapan Cucur Udang dan Teh Tarik

"Abang, sarapan dah siap!" panggil Rina dari belakang rumah. Lalu dia keluar dari dapur sambil mengangkat satu talam besi berisi dengan cucur udang dan sos kegemaran Rizal. Bau air teh tarik satu jag yang sudah diletakkan tadi menusuk hidung dengan aroma yang wangi dan memanggil-manggil.

Rizal bangun dari sofa lalu melipat kemas akhbar yang baru dibacanya. Dia senyum melihat Rina lalu menarik kerusi, bingkas diduduknya. Jam pada waktu itu hampir jam 8 pagi. "Cucur udang special!" Rizal gembira apabila melihat Rina meletakkan pinggan berisi cucur udang dengan udang seekor-ekor jels kelihatan melekat garing.

"Jadi ke production hari ini?" tanya Rina sambil menuangkan teh tarik ke gelas Rizal. Rizal termenung seketika. "Ak aah, jadi. Baru pagi tadi produser mesej abang kata semua on..."

"Uhmm...so today is the day?" tanya Rina. Rizal berpaling memandang Rina, tersentak, tapi masih lagi mampu mengawal perasaannya. Tersenyum Rizal apabila melihat wajah Rina mencuka. "Jangan jeles la...I kan dah janji dengan you, you are the only woman in my life, forever and ever," pujuk Rizal.

"Yes, I tau..tapi..I just felt that adegan-adegan macam tu tak kena la dengan filem you ni," terang Rina. "I am sure you still ingat what happen bila the first time you kena asked to do ranjang scene in your film."

Rizal mahu menenangkan Rina tapi dia tak tahu apa yang perlu dikatakan. Bercinta dengan seorang anak seni, beginilah lumrahnya. Begitulah juga dengan dirinya, teringat kembali pada satu ketika dulu apabila adegan ranjangnya dalam filem 'Adnan Mat Fit 2' jadi kontroversi kerana masyarakat bertanya dan mahu tahu adakah Rizal dan artis baru meningkat naik, Julia Shandee, benar2 tidak berpakaian dan hanya ditutupi selimut.

"Hey..mengelamun pulak dia!" tegur Rina.

"Tak tak...you jangan risau. There is nothing that you should be worried about. You kan dah jumpa co-star I, Saadiah Mambo...you dah kenal dia. This is just work la sayang, she's very-very professional," pujuk Rizal. "Lagipun...you kan dah janji yang you will try and understand what I am doing is for our sake, right? I cari rezeki untuk kita, I nak beri you hidup senang," Rizal sedikit kecewa melihat reaksi masam Rina masih lagi belum pudar.

"Tit tit tit, tit." Telefon Rizal berbunyi menandakan waktunya untuk beredar sudah tiba. "Ok sayang, look at me..you know who I am kan? Trust me, sayang, " Rizal merenung tepat ke mata Rina. Rina lemah. Dia tau dia tewas dengan Rizal. Matanya, mudah membuatkan Rina cair.

" Maybe...I boleh become a model again like before Rizal?" tanya Rina sayu. "Mungkin itu akan bantu kita," jelas Rina lagi. "Takpe, don't you worry about money, as long as I am here, I akan kerja kuat-kuat just for you," jawab Rizal.

"Ok, sayang, I have to go. Nanti marah pulak produser.." beritahu Rizal sambil melihat jam didinding.

Rizal menghulurkan salam lalu Rina menyambutnya. Tunduk Rina mencium tangan Rizal. "Take care ya, jangan nakal-nakal..." pesan Rina. "Don't you worry, I love you," kata Rizal sambil mencium dahi Rina. Rizal membuka pintu lalu melangkah dengan kaki kanan, "bawa berkat," fikir dia. Lalu enjin kereta dihidupkan. Pintu pagar dibuka dengan sistem automatik lalu kereta Rizal meluncur laju meninggalkan Rina keseorangan di rumah.

" Ya Allah, Ya Tuhanku...lindungilah Rizal. Berkatilah apa yang dia lakukan dan bukakanlah pintu hati dia supaya dapat mengambil aku menjadi isteri dia yang dia sayangi," pinta Rina dalam hati lalu menutup pintu rumah mereka berdua.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Laaa tak kawin rupanya!!!!? Hehehe

Casa berkata...

perghhh...drama melayu...haha

la berkata...

harap Rinaa berubah menjadi solehah.. tinggalkan Rizal dan akhirnya...
mendapat laki yang soleh macam mantot..
Amin...

NenetPenne (NP) berkata...

what a story.... sadisnya...ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam lawak tapi inilah senario kita zaman sekarang..bersekedudukan macam bende tu sesuatu yang "biasa" yang tak berdosa. Risau kalau2 ahli keluarga sendiri pun ada yg mengamalkan budaya "duduk bersama" ni (minta Allah jauhkanlah)

syabas mantot sebab mengupas isu yang BIASA pada sesetengah orang

Kak Mah berkata...

berkat sungguh kehidupan mereka

Nerzhul berkata...

alhamdulillah mereka masih ingat Allah

enche haizam berkata...

iktibar..iktibar..amik berkat

haper berkata...

argghhhh!! tetiba aku rasa tertekan!

Tanpa Nama berkata...

Ape la celaka..nih cerita kapir ke ape??? Kalau ye kapir go on...

Nadyahoney berkata...

la...ingtkn kawen dh..

Jay berkata...

" Ya Allah, Ya Tuhanku...lindungilah Rizal. Berkatilah apa yang dia lakukan dan bukakanlah pintu hati dia supaya dapat mengambil aku menjadi isteri dia yang dia sayangi,"

Macam Ombak Rindu pun ada - "Nikahilah saya.." walaupun dah lepas kena cabul. Romantik sungguh.

Tanpa Nama berkata...

True Story..... hidup tak tentu hala, sosial,maksiat tapi minta berkat dan restu Allah..org2 kita zaman sekarang

Aslina berkata...

Penat aku baca sampai abes. Ingatkan da nikah...

Tanpa Nama berkata...

Tertekan baca ayat last...arghhhh! -nur

namj berkata...

Ya Allah bagai. tapi bersekedudukan. mcm org yg post gambar b'peluk ngan bf kat fb, siap tulis caption "Ya Allah, moga cinta kami kekal hingga ke syurga."

haha. syurga la sangat.

plain83 berkata...

wut da fishhh btol... ayat last kasi aku pening membacanya... lol

SembangKongkang berkata...

Banyak cara-cara hidup jahiliah kafir sekarang sudah biasa bagi org melayu yg dlm ic mereka Islam...semoga mereka diberikan hidayah sebelum Izrail merenjat nyawa mereka tatkala mereka dlm dosa dan noda...Nauzubillah

Prince of Noob berkata...

sudah menjadi lumrah dan perkara biasa dalam dunia artis dan hiburan...

Tanpa Nama berkata...

mmg ada eh situasi mcm ni dlm real life?..

Tanpa Nama berkata...

student pun ramai

dukun misai berkata...

memang ramai yg terkena.sebab ramai yg buat.buat sesuatu yg di larang.minta pulak keberkatan.,aduhai,

Tanpa Nama berkata...

Fuhh...dia punya twist, sanggup betul ko karang cerita ni. Boleh buat skrip utk menyedarkan sape2 yang masih tak perasan lg. Mengharapkan betul dlm benda yang terang salahnya.

Tanpa Nama berkata...

lumrah kehidupan sekarang, manusia sudah tidak dapat menilai halal haram,
nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Lor ini macam pun ada..
Tapi memang ada la kan..

Bersekedudukan bertahun-tahun tapi tak nikah

Tanpa Nama berkata...

Ini perangai penyokong Pas macam ni lah. Dah komen keluar hadis, Ya Allah Alhamdulillah bagai semua pastu bukak web porn. Shame on you.