Masa aku muda dulu, waktu aku sekolah tingkatan 3, ada Tower Records kat Kl Plaza. Selalu juga aku ke sana dengar lagu baru yang susah nak dengar. Lagipun waktu tu kalau nak dengar lagu kena ada kaset dan walkman. Yang kaya ada la discman. Banyak jugak la kaset aku ada waktu tu. Paling aku sayang..kaset Nirvana "Nevermind"...yang mak aku belikan. Mak aku belikan....Bapak cool mak aku.
Untuk orang generasi aku, benda essential nak dengar lagu kena ada;
1. Pen untuk rewind kaset..pen kilometrico terbaik untuk ni.
2. Sekeping pintu untuk kemikkan bateri yang dah habis. (memang berkesan)
3. Walkman ...ada dua brand aje..Sony atau Aiwa yang famous.
Kalau kau tak paham apa aku tulis ni, itu maknanya kau muda lagi dan kau lahir zaman bateri rechargable berleluasa.Dalam banyak2 kaset aku ada, ada satu band nama dia Kula Shaker. Dulu band ni top jugalah. Dalam album Kula Shaker ni, banyak jugak lagu yang layan2. Sempat jugak aku jamming sebuah dua lagu diorang ni dengan member2 aku.
Mamat yang buat lagu Kula Shaker ni, dia agak obses dengan budaya hindu dan bahasa sanskrit. Jadi..adalah beberapa lagu yang kitorang tak paham tapi kitorang bantai nyanyi dan main.
Aku nak ingatkan, ini zaman sebelum internet went manstream. Apa yang kitorang belajar, kena carik sendiri semuanya. Dalam album tu ada 2 buah lagu, tajuk dia..Tattva dan lagi satu Govinda. Lagu ni la kitorang bantai jam bila dah boring main Nirvana atau Butterfingers.
Lirik dia....
Govinda jayya jayya..
Goppala jayya jayya..
Radha ramanna harri
Govinda jayya jayya....
Aku tak pernah tau apa yang kitorang sebut tu....zaman tu, bukan senang nak dapat reference..mcm sekarang.
Tahun lepas, bila aku saja tengok2 koleksi cd wife aku, aku nampak la wife aku ada beli album yang sama tapi version cd.Aku pun teringat la balik kenangan zaman jamming dulu. Terus aku bukak internet search pasal band tu... dah berpecah lama dah. Terjumpa la pasal lirik lagu2 yg kitorang selalu jam tu.
Barulah aku sedar....
Selama ni bila kitorang jamming...kitorang sebenarnya sedang memuji keagungan Dewa Hindu. Entah2 dah berapa ratus kali kitorang mendoakan kejayaan Dewa Krishna.
Apa2 pun...aku rasa cool jugak la wife aku ada album yang sama.
Berjaga-jaga ajelah. Jangan jadi macam aku..main nyanyi ramai2 benda yang tak sepatutnya. Trend sekarang...layan lagu K-Pop. Apa dia nyanyi? Entah. Aku rasa K-Pop ni lebih kepada membuatkan perempuan rasa horny tengok sekumpulan pemuda androgynous menari serentak dan membuatkan lelaki yang layan video klip gadis2 korea naik nafsu syahwat. Lagunya tah hapa2....
Mungkin content lagu Korea tak melibatkan spirituality sangat.Tapi cek aje la.Korang hidup dalam zaman maklumat. Kalau tak ambik peduli apa korang nyanyi..bangang jugak la.
Nak selamat..layan lagu Najwa Latif.
Tapi untuk org2 mcm aku yg berotak kuning, aku nampak lirik lagu Cinta Muka Buku tu lucah...Part mana? Hehehehe...seorang gadis muda yang baru berjumpa dengan kenalan lelaki tapi dah berani pejam mata dan cuba apa saja...bukan ke itu sama macam intro SEMUA CERITA PORNO?
Seorang perempuan bawah umur yang merelakan dan berani mencuba....
Gementar tapi bahagia!
Lucah tu bai!
Dah la paedophile kalau jadi kes.
ps - bila dah besar..baru aku nampak cover album tu gambar apa...masa muda...semua benda jalan.

.......

36 ulasan:
tak suka lagu najwa latif cinta muka buku konon..kecik2 lagi dah ajaq bercinta dlm laman sosial..so sial
kalau nak rewind guna radio, bateri cepat habis. so the best way rewind guna pen kilometrico... ha ha ha..pernah buat semua tu...
1. Pen untuk rewind kaset..pen kilometrico terbaik untuk ni.
2. Sekeping pintu untuk kemikkan bateri yang dah habis. (memang berkesan)
3. Walkman ...ada dua brand aje..Sony atau Aiwa yang famous.
semua pernah buat dan pernah ada, kecuali Kula Shaker tu mmg tak kenal langsung
Zaman kita bukan banyak ke lagu2 camtu?
Yang aku ingat ada satu lagu - nama minah ni Joan Osborne. "One of Us."
Lagu sedap giler. Tapi lirik... err.
Lagi satu, kalau korang sebaya aku (atau dalam range umur aku) mesti korg familiar dgn Pop Is Dead.
Dlm tu ada satu CR band nama dia DC Talk. Zaman dulu mana ada internet. Tak kenal pun siapa diorang. Nasib baik aku mengamalkan persahabatan berbilang kaum dan agama. Huhh
Kaset suma dah berkulat abih dah...
:)
Tahun 2010 lepas Kula Shaker ader dtg main kat KL..Mmg banyak kaum india ngan kaum sikh kat dlm tu..
Lagu Govinda ni mmg best tpi tiap kali aku dngor aku skip dan aku mmg tak pernah nanyi la sbb dh tau makne lagu..
Takpele montot..Kmu x tau..Dlu x brape crodik..hehe
aku sbg budak SBP di kuala pilah mmg dah merasa semua tu. Paling x tahan sbb xnak mkn battery bila rewind, pen kilometrico lah jadi mangsa.smpi kokak pen tu.
sapa x penah dgr kula shaker mmg x sealiran dgn kita tot..
Kula Shaker best, Pulp best, Blur best, Stone Temple Pilot Best,PUSA best, Everclear Best, Supergrass Best, ...bnyak yang best zaman aku muda2 dulu siap sanggup beli magazine smash hits...Kurang2 aku rase cool pasal aku suke Brit-pop dgn american rock bands...asalkan bukan K-Pop...dah tua la kita ni mantot...
masa nevermind & use your illusions kuar aku baru 17.... time dah nak SPM, jalan kaki pegi bandar nak beli kaset...hahahah.... ada lagi koleksi kaset aku tak berkulat mcm kaset Manic Street Preachers, Megadeth, Alice dirantai... skang dah tak dgr pun... tuh zaman kosong2 dolu...
-coma-
zaman beli majalah Kerrang!...
-coma-
Biar je budak2 dengar lagu seiring dgn zaman diorang. Pastu dah sampai umur seakan Mantot, insaf macam Mantot.
Nanti diorang pun akan reminisce zaman budak diorang balik.
best kau kaset mak kau belikan... aku dulu simpan duit belanja sekolah sampai cukup utk beli kaset... waktu rehat pau sikit kengkawan makan....
-coma-
dulu takde org yg ingatkan mantot bahawasanya benda2 tu semua lagho...tapi skrg mantot ada niat baik ingatkan orang. baguih! takleh biarkan sgt bebudak skrg ni..takut tk sempat tua mcm mantot nk sedar diri plak.
skrg ramai jugak yg mati muda...hmm....
Tower Record kat KL plaza ni byk kenangan. tu antara tempat wajib singgah klau lepak BB. boleh dgar cd baru release pkai headphone besar ka tengah ruang tu. Mula2 Tower record ni bukak, magazine sume habis aku tibai baca free, smpa sejam dua, beli nya idak pun...hahaha...
stakat aku layan kpop ni blum penah rase horny since aku bole bace hangul n paham sikit2. haha :)) oh smua yg di listkan aku penah buat kecuali name band tu aku tak penah dgr..dulu aku layan acab. kahkah~
nak selamat ..layan lagu Najwa Latif. kakakakakaka
mana nak cari brand aiwa sekarang ni ye
Pen Reynold's la sesuai.
bro,tambahan..bateri kemek,dan dijemur kat panas tengahari.lagi berganda keberkesanannya
itu lagu hindumemang la tak faham apa dia cakap boleh tahan lagi. tapi la ni byk lagu omputih yg kita boleh faham dan lirik lagu dia memang macam celaka tapi kita pun selamba ja hati kering nyanyi dan layan, macam lagu bruno mars it will rain, flo rida blow my whistle & lain2.
oh ya sbb dah alang2 cerita pasal music old skool, time org len minat gila dgn nirvana, radiohead apa suma, aku layan weezer, sampai sekarang
Kula Shaker? 1st time dengar nama band tuh... aku dulu layan lagu Rick Price, Sting n GoogooDolls ^^
aku pun hidup dalam zaman Kula Shaker yg korang banggakan tu. Bapak aku tak benarkan aku dengar2 lagu mcm tu. Sentuh gitar pun dia tak bagi walau bapak sedara aku yg duduk sekali ada gitar kt rumah (masa dia bujang). akhirnya jadilah aku spt skrg yg tak kisah dgn dunia muzik. sikap aku tak minat muzik dah jatuh kat anak2 aku...diorg pun tak minat muzik mcm aku ( nak minat camne, bapak diorg tak dengar muzik, kereta ada radio pun jarang berbunyi). Harap smpai ke besar la sikap diorg tu.
aku paham kau. masa tu maklumat mmg terhad.
aku ada soalan, bila kau dah tau makna lagu tu, ada kau rasa macam dah ter'murtad' tak??
ada kau mengucap syadah semula tak?
err.. mufti harubirusanasini cakap kalau benarkan org agama lain sebut Allah boleh jadi kafir.. agak2 kau, kes kau mcmana??
:))
sama la mcm akak dulu layan Madonna album 'Ray of Light'lagu Shanti/Ashtangi.. mmg sedap ooo..
ommm shantii
ommm shantii
shantii shantii..
rasa jahil sungguh bila dah tau apa maksud lagu.
so skrg akak layan zikir UNIC je lah nk cover balik kejahilan dulu
teringat...nostalgia nak berhibur punya pasal..teman dapatlah jugak beli aiwa setelah berhempas pulas menyimpan duit.hehe.tapi teman tak kenalla kumpulan kuler shaker tu sbb teman memang jenis layan lagu2 tempatan jer.tapi idak jugak jiwang...haha.Sapa2 yg dah terlanjur memuja-muji benda2 yg bukan2 tu bertaubatlah selagi masih ada nyawa.
Huh Kula Shaker..
Ntah Iron Maiden ada juga dengar Kula Shaker ni bila yea? Dulu layan pop rock kot search wings headwinds.. atau zaman dangdut zaleha hamid, dj dave tu haha..
Kaset walkman biasa hanya mereka yang berduit aku nak beli kaset pun takda duit dan kebetulan aku pun takda minat sangat kalau dengar pun sekadar dengar tak tergedik nak beli kaset..
Ada kawan study sambild dengar walkman lagu masuk katanya aku ada la pinjam cuba huh langsung tak memberi impact mengangu ada la apapun dapat jugak masuk univ.. hahaha.. :)
apapun ikut masing-masing la kalau orang bijak dia tahu setiap apa yang dikatakan dan setiap apa yang dibuat. bukan
Najwa latif gadis muda menyanyikan lagis sebegitu agak catchy dan kalau fantasi dan igauan diluar batasan boleh jadi ditafsir porno juga..
Bayangkan suara manja yang mengajar bercinta dan cuba apa saja lol.. you got a point Montot.
Cuba yang nyanyi tu lelaki bersuara garau? korang rasa lagu ni femes ke? hahahaha.. aku jamin belum tentu.. tapi sebab suara wanita lembut manja mengoda.. lirik ntah apa saja pun jadi top..
kaset berkulat? beratus kaset aku yg hampir 20 tahun usianya masih elok. text kt kaset tu pun aku jaga sbb takut ter-play salah side. cuma yg x bule diselamatkan hanyalah video tape. wpun ada cleaner tp mmg cepat brkulat smula.
zmn internet kt mesia brmula pd tahun 1998, kalo x silap aku la. zaman mirc dan zaman email. mencari maklumat kt internet jd mudah dan slalu aku wat adalah cari lirik2 lagu mana2 kaset yg aku beli, x disertakan liriknya sekali. sanggup abes duit gi cc dan print out utk hafal. tp mncari makna sbenar lirik jauh sekali. haha. budus gak aku dlu.
aku layan gak kpop tot. kat yutiub ada translation siap text karaoke utk sing a long sekali. mmg berguna la. sblm kpop, aku da lama layan jpop sbb aku pun kaki anime gak. bukan hanime ya. kalo ko cri2 lirik2 yg berguna, try la jpop dan jrock. lirik diorg jauh ke hadapan dr kpop. bukan sbb aku mendewa2kan jepun ya. tp just my opinion.
lastly, ikut minat sndri la. tp jgn buta2 minat aje. dan ikut trend la apa. yg penting jgn taksub. cheers
selama ni tak penah menghayati dan memahami lagu cinta muka buku tu sbab mmg xlayan pun.tapi bila mantot ckp lagu tu lucah terus google cr lirik die..haha memang ade point2 yg nak dikata lucah tu..time najwa latif dah kawen n ade anak bsar cam die skang mintak2 die tergelak sndiri dgn lagu yang die tulis ni hehe..tapi lagu kuadaMu tu best
children of the 90s.. everything went so well till britney
children of today.. everything went also pretty well till..... BIEBER
mak gua penah belikan wa cd concert RADIOHEAD...mak gua gle cool
Pen yg penutup biru tu reynold's eh nama dia? Aku tak ingat sangat nama pen tu, tak silap aku takde brand langsung... Tapi pen tu ah paling compatible kalo nak pusing kaset. Yg biru putih tu... Takde logo bn la tapi... Haha
kekeke, aku layan kpop gak tapi cari music video yang ada lirik sekali la, boleh gak la nak tau maksud lagu dia. bukan main hentam je nyanyi tak tau maksud.
Anonymous February 1, 2013 at 9:11:00 AM GMT+08:00
err.. mufti harubirusanasini cakap kalau benarkan org agama lain sebut Allah boleh jadi kafir.. agak2 kau, kes kau mcmana??
Islam ini mudah tidak menyusahkan dan kalau dah terbuat tapi tak tahu makna apa-apa maka tergolong dalam kelompok tidak tahu atau jahil itu gunanya mengaji supaya kita tahu bentuk akidah jenis yang menyebabkan kita tergelincir.. Sebab itu setiap umat Islam kena berhati2.. dengans etiap apa yang dilakukan.. supaya ianya tidak sesia..
Apa mufti Harussani cakap pada pemahaman aku bukan kata mereka atau orang bukan Islam sebut Allah sebab kita dah guna nama Allah diaman-mana dalam negara Islam ni ada dalam logo ada dalam lagu dan bukan saj orang Islam sebut dan pakai tetapi bukan Islam juga. Maksud mufti bila berkaitan akidah ialah bersetuju nama Allah duguna dalam Bible atau Agama lain yang jelas menyeleweng. Maka dengan bersetuju itu seolah-olah kita mempersetujui bahawa Allah itu seperti tafsiran mereka. Itu yang boleh merosakan akidah.
benda ni boleh diputar belit kalau tidak faham.. boleh diguna sebagai modal politik mencarik pengaruh dan perpecahan.. Sebab itu Mufti atau guru agama kena perjelas dengan jelas.
Allah tu tuhan yang satu bukan nak kata Allah tu milik orang Islam saja dan bukan nak kata yang jadikan semua didunia termasuk orang kafir bukan Allah tetapi nak tegaskan bahawa Allah itu satu tungal dan tiada beranak dan diperanakan. Orang sembah berhala sebut Allah juga salah kalau kata Allah itu ada anak juga salah. Sebab itu bukan Allah. Kalau nak sembah Allah sembah dirct la tak perlu perantaraan. Jelas disebut dalam Al-Quran. Tuhan yang kita tahu Esa tungal tidak beranak dan diperanakan tiba-tiba mahu digunakan dalam Bible dalam Bahasa Melayu.
Persoalan bahasa disini ialah kitab injil lain mengunakan God, dan terjemahan sesuai bagi God itu ialah Tuhan. Kalau Allah nama khas dalam Bible ianya TIDAk perlu ditukar atau diterjemah sebagai GOD dari awal lagi walau dalam kitab bahasa apa sekalipun. Dan isu atau kebenaran mengunakan nama Allah ini tidak perlu sama sekali.
Sebagai seorang Islam yang setiap masa setiap hari sebut kalimah Allah tidak terasa sesuatu kah? bila nama Allah digunakan dalam Bible atau sesuatu yang menyeleweng? tidak adakah rasa apa sedikitpun? Kalau mak bapak kita orang orang salah atau silap kata kita terasa ini tuhan yang kita sembah?
Kalau tak rasa apa maka sila la sama-sama kita semak tahap mana sayang kita pada Allah. Allah yang memberi kita nyawa dan hidup..
wallahualam.
rewind punye rewind...
putus...
oh my~
haha
NJ35
Masa akoo sekolah kat SBP di Kuala Pilah dulu
ada satu motto kat dorm bertulis
Sepultura Keimanan Trasher
gilo...
Catat Ulasan