Januari 14, 2013

Orang Gila dan Bodoh Aje Pergi Perhimpunan Shamsidar Hari Tu!

Sapa pegi Perhimpunan hari tu? Korang pegi sebab apa? Apa faedahnya kau dapat pegi perhimpunan tu? Kenapa ramai benar yang pegi sana tapi sebenarnya just sekadar buang masa?

1. Organizer kata, tak ramai yang claim duit sagu hati RM150 untuk orang biasa dan Rm700 untuk ahli2 parti politik. Kenapa tak ambik? Kan ramai petugas start hulurkan duit pukul 2 lebih? Bukannya susah pun, kalau kau ahli parti politik, tunjuk kad keahlian. Kalau kau orang biasa, kau hanya perlu angkat tangan dan mintak.

2. Yang bawak budak-budak...ni lah jenis mak bapak tak guna. Kau ada anak, kau jangan la bawak dia pegi tempat camtu. Kau bawak dia pegi tempat2 yang selamat, macam Jom Heboh atau ujibakat rancangan Idola Kecil. Itu baru contoh ibu bapak yang baik. Mak bapak yang bodoh aje bawak anak-anak pegi tempat macam perhimpunan Shamsidar ni. Apa kelas setakat dengar lagu Ito? Apa barang setakat dengar sajak orang tua berjanggut? Budak2 kena ajar berhibur dari kecik. Bodoh betul la mak bapak zaman sekarang ni.

3. Aku dengar-dengar cerita, dekat stadium, Shamsidar Taharin di bawa berarak pusing satu stadium sebab nak semua orang sokong dia. WTF? Lagi memelikkan, Anwar pulak yang dukung Shamsidar. Organizer perhimpunan pulak bangga betul bila satu padang Stadium Merdeka penuh dengan saudara mara Shamsidar ni. Semua orang yang duduk atas padang tu semua kaum kerabat dia aje.  Orang2 biasa, kena duduk jauh, duduk kat luar, berhimpit-himpit. Ni baru jadi pembangkang, belum lagi naik jadi kerajaan.

4. Tu yang semayang ramai2 dekat tepi stadium. Apa kejadahnya semayang? Buat apa kau semayang kalau kiblat pun tak betul? Yang solat tu pun solat atas tanah dengan keliling kau ada pempuan duduk, apa bendanya? Ni ke Islam yang PAS agung-agungkan? Islam atas tanah. Kalau solat ala kadar, baik tak payah solat langsung bodoh.

5. Sampah merata-rata. Belah-belah puak pembangkang ni memang dia nak jadikan satu Malaysia ni macam Kelantan agaknya. Sampah merata-rata, busuk, hanyir, tikus banyak. Kalau kau jalan2 dekat Kelantan kau boleh nampak sampah berselerak merata-rata sebab Majlis Perbandaran tak cekap jalankan tugas, jadi boleh nampak la mentaliti peserta2 perhimpunan Shamsidar ni sama la mentaliti diorang. Mentaliti orang kampung.

6. Najib berjaya kumpul 15 ribu orang dekat Tesco Semenyih. Kita semua tau dalam Malaysia, luas kawasan kebanyakan pasaraya Tesco adalah jauh lebih besar berbanding Stadium Merdeka jadi secara logiknya, Tesco mampu memuatkan lebih ramai orang dalam satu-satu masa. Dalam jangkaan aku, berdasarkan gambar2 yang aku tengok dalam TV dan Berita Harian serta estimation aku sendiri lepas aku pergi sana (sebab nak dapat RM700) , jumlah sebenar peserta yang tiada kena mengena dengan Shamsidar Taharin adalah lebih kurang 257 orang, itupun masuk member2 aku sekali. Selebihnya adalah saudara mara Shamsidar.

7. Perhimpunan Shamsidar ini berjaya bukan kerana kecekapan penganjurnya. Perhimpunan ini berjaya kerana Kerajaan Barisan Nasional memahami kehendak rakyat. Jadi, buat apa tukar kerajaan? Kita kekalkan kerajaan sekarang, masalah air akan selesai. Kita perlu beri mereka mandat baru untuk memastikan masalah air akan selesai. Hanya mandat baru boleh memastikan masalah air selesai. Mandat sekarang ini...tidak apalah jika masalah air tidak selesai.

........
Apa yang ditulis di atas adalah apa yang aku tulis kalau aku ni Pencacai BN. Seronok jugak jadi pencacai. Kena kuat pakai imaginasi.

Dengan nada serius, aku tulis kat sini, segala apa yang kau dengar atau baca atau tengok dekat mainstream media mengenai Perhimpunan di Stadium Merdeka hari tu adalah bohong semata-mata. Memang ada mak bapak bawak anak-anak tapi apa bezanya bawak ke situ dengan bawak anak-anak pegi sambutan Tahun Baru? Dah la waktu malam, banyak mat rempit. Tapi aku dah sampai satu tahap di mana aku jadikan segala bullshit hebahan Barisan Nasional sebagai bahan lawak, sebab Barisan Nasional sudah terlalu lusuh dan hancing...aku dah give up dengan Barisan Nasional.

Dah tak ada isu...isu bawak anak dijadikan point utama. Tidak lebih 10 tahun penjara kalau didapati bersalah bawak anak pegi perhimpunan? Kah Kah Kah Kah! Bangang.

Kenapa nak pangkah Barisan Nasional? Mereka hanya warlord2 Melayu yang masih lagi cuba menggunakan politik style lama yang dah lapuk ditelan zaman. Kepada sesiapa yang tanya ada tak Pakatan bagi BR1M,PR1MA atau rebate henfon macam BN....aku just nak cakap...kalau tak ada Pakatan Rakyat...Barisan Nasional takkan buat benda2 macam tu.

Malaysia perlu pembangkang yang kuat. Kalau bertukar Kerajaan nanti (sesuatu yang aku suggest korang try) sila pastikan Pihak Pembangkang waktu itu juga kuat.

Kerajaan tak bermaksud Barisan Nasional dan Pembangkang tak semestinya Pakatan Rakyat. Ubah minda anda sekarang. Kita sudah ada alternatif yang cukup kuat dan apa yang kita, orang2 biasa perlu pastikan adalah, siapa2 pun yang naik jadi kerajaan, pastikan punggung mereka senantiasa panas dan tidak selesa, dalam menjamin kesejahteraan negara.

Lagi 3 bulan nak pilihanraya, Barisan Nasional masih lagi memperbodohkan rakyat dengan berita-berita palsu dan putar belit. Macam mana orang tak menyampah?

54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st ke?..

BN dah terlalu nyanyuk kerana terlalu lama berkuasa sampai mereka label kerajaan Malaysia jadi Kerajaan Bn dan berkempen siang malam suruh undi Bn sama seperti undi malaysia la orang muak dan benci.

Orang sokong PR bukan suka sangat PR pon sebab dah telalau muak dengan BN. Mereka harap ada lagi dalam PR yang boleh diharap.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tengok gambar yang super imposed leh blogwalking blog ini

Tanpa Nama berkata...

wah, lu ada bakat jadi pencacai yang hebat...(baca dengan nada sinis okeh...)hahahaha
walaubagaimanapun, kupasan yang menarik...thumbs up...

rexuan berkata...

tipikal otak pakataiks.. sindiri tulis, lepas tu sendiri komen.. sendiri reka fitnah, lepas tu sendiri sebar fitnah..

matang la sket bro.. mcm lu ckp.. ada 3 bulan lg nk pru.. pakataiks tak abis2 lg nk bodohkan dungu-dungunya.. tp dah namanya dungu.. jd biarkanlah pakataiks dan dungu2nya buat demo..

Unknown berkata...

puas cari t-shirt shamsidar, banner shamsidar...haram x jumpe time HKR 112 aritu...

Tanpa Nama berkata...

Aku pon cari spanduk perhimpunan shamsidar ni tak jumpa pulak.

Makan gaji buta je wartawan ni..

Tangkap la banyak2 spanduk atau gambar bukti perhimpunan shamsidar ni

Tanpa Nama berkata...

sudah2la puak2 umno/bn oiii...x abis2 buat fitnah,nak menyampaikan info tu PROFISIONAL la weyyy..ini main belasah mcm tv3 suku..rakyat marhen dah mnyampah tgk kelaku huduh hgpa tu..

Tanpa Nama berkata...

so sial la korang, korang nak rasa bangsa lain menjajah ker, cakap guna otak jgan guna kepala lutut ok, sekolah kerajaan, ipt dapat biasiswa, dapat subsidi macam2 masih tak bersyukur, kalu tak suka BARISAN NASIONAL sila tinggalkan negara, g duduk negara seberang, rasa langit tu tinggi ke rendah, nak undi pembangkang undilah... ni negara demokrasi, tetapi jgn sampai memburuk2kan antara satu sama lain, kelak negara tergadai...

Master Yoda berkata...

Tot, tu pasal aku tgh cari 1 je sbb tuk aku undi BN..sampai la ni tak dpt...so, aku kene bagi org lain la undi aku...psl bila aku undi BN nnt, nampak mcm aku merendahkan IQ aku padahal aku dah ada PhD

- aku yg berlagak-

Rompa berkata...

Aku lupe la.. Rezeki Barisan Nasional yg bagi.. Bukan tuhan yg bagi.. Aku lupe.. Aku lupeeeee..

Tanpa Nama berkata...

January 14, 2013 2:32:00 PM GMT+08:00

Tu la masalahnye bila dah dibrainswash BN lama sangat. Mane ade kerajaan BN yang ada kerajaan Malaysia lar beb. Sejarah dan perlembagaan pon kelaut..

Wakil rakyat parti lain tu kerajaan apa kerajaan pembangkang?

Duit elaun kerajaan tu? BN sponsor ke? dah tu kenapa wakil parti lain pon dapat gak?

Tak sedar lagi ke sebab propaganda Kerajaan BN & Pembakang ni yang menyebabkan rakyat meluat dan menyampah kat BN.

kalau betul ikhlas berbakti sangat tunjuk je la kebaktian parti BN kepada Kerajaan Malaysia takyah la overclaim Kerajaan Malaysia BN punya sampai nak claim kerajaan BN la PR la.. apa.


Tanpa Nama berkata...

"Tak suka BN , kene keluar negara" ??? hahaha .. kelakar. Macam statement budak tadika la. Akal belum matang lagi budak yang gunakan statement camtu. Kesian .... otak kurang ilmu, belum matang sebok nak post benda cerita2 politik. Lain kali sebelum guna statement tu, tanya diri sendiri, Malaysia ni BN punya negara la? Kalau camtu kenapa kita ada proses mengundi pemimpin? .. jangan jadi moron, walaupun anda sudah bodoh melampau ok.

Tanpa Nama berkata...

ni keturunan bodoh bengong. X sedar diri, nk tunjuk pejuang Islam konon, nk pertahan kalimah Allah tp arahan Allah dlm al Quran x nk pl buat. Khaakkk puuiii

Tanpa Nama berkata...

Anonymous January 14, 2013 2:32:00 PM GMT+08:00, TERBAIK la komen hang.. HAHAHAHA!!! aku gelak smpi berair mata.. HAHAHA!!! Ok la.. sokong BN sampai mampos sbb nak pertahankan MELAYU.. walaupon benda yg xbaik/memudaratkan pejam sebelah mata.. terima jgk dgn alasan MELAYU... Bagus2.. itulah MELAYU yg kita nak.. (bila org ckp bodo macam lembu tau marah)

-Serabut-

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong BN sbb nak bagi mandat baru ke najib utk selesai isu air yg x cukup2 tuh. Nanti PRU 14 pn aku kn pangkah BN lg sbb isu air x selesai jgk.

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak tunggu seminggu lagi untuk dengar berita kat tv3..

-N-

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak tunggu seminggu lagi untuk dengar berita kat tv3..

-N-

Tanpa Nama berkata...

orang yg sokong BN semuanya bodoh2. Mentaliti taik kucing.

aku pegi HKR hari tu. dan yaaaa....terjadinya rusuhan paling besar didunia, dalam minda penyokong BN yang mcm haram taik anjing.

sudahlah BN. Dah tiba masa utk kau turun dan kutip najis rakyat yg kau dah perbodohkan, yg kau dah perah,kerah dan hamba abdikan selama ni. pencenlah dan pegi haji.

aku geram sbnrnya dgn org yg menjungjung sgt perjuangan BN kononnya. sbb aku x nmpk langsung apa perjuangannya selain drpd amik duit rakyat, pastu bagi balik duit suapan. babilah BN>

Tanpa Nama berkata...

pecacai ameno tak abis lagi berdengung pil kude..kaw2 ponya power pil kude 2-3 hari dok lalok

Syafiqah witty berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Bab majority orang kelantan xtahu jaga kebersihan dan tak tahu apa itu berkemas dan kekemasan memang aku setuju sangat. kalau dia dah bertapak dah tak hirau org kiri kanan..suka dia nak sepahkan sana sini..yang ini die tak habis mengaji lagi!!

otak takdak brand!!

Tanpa Nama berkata...

Tolong la pikir pakai otak sikit.kalau ada gangguan bekalan letrik kat rumah kau,kau pegi maki hamun kerajaan negeri gak ke?tak maki TNB?sama la dol kes air ni.SYABAS buat kerja macam sial kerajaan negeri yang dimarah?MB Khalid Ibrahim nak ambik alih pasal tak buat kerja terus SYABAS call muhyidin campur tangan.ape sial ni?

Tanpa Nama berkata...

bersorak lah hati bangsa asing melihat melayu berpecah belah sambil mereka semakin bersatu. well done malays ! proud of u all ! keep it up ! mari memaki hamun sesama kita dan jgn bersatu ! tolong jgn bersatu! itu perkara tidak baik..

-i love BN and PR..mwah mwah-

shida idris berkata...

hahaha, gelak aku baca komen

Prince of Noob berkata...

Hidop Shamsidar hahahahahah... paling tak boleh blah laporan dari Utusan, tak habis2 diulang2 himpunan shamsidar, memang selalu lain dari lain, macam sampah.

Tanpa Nama berkata...

Apa kait mengait kelantan ni? Kau xpayah nak judge mcmtu kau tengok bapak kau dulu sbb bapak kau berak pun xbasuh..

kepala babi nya budak!!

Tanpa Nama berkata...

baziran nasional gila, blog bodoh nih

Tanpa Nama berkata...

Gini kut tahap phd phd kat malaysia belajar bawak balik scroll phd yang bawak maksud perasaan hasad dengki eeeee malunya baik aku pas darjah enam sekolah atap dulu masih pakai buku zaaba sebab niat romanize zaaba tu nak hampir kejawianya

Tanpa Nama berkata...

ni la yg blog ni cakap..isu kecil nk dibesarkan..ko ngan umno sama je..bkn isu 3 bln nk pru yg nk dibincang la bodo...ni isu bodohnya bn yg msih cuba mmperrbodohkan rakyat yg da cerdik..ko tgk tv3,baca utusan pastu ko bukak tenet n baca paper lain..ko lepak jap 2 3 minit tgk2 gmbr ko pk la sniri knapa sume ni tjadi..ok..think..think..think..think..

Fara Abdul berkata...

manusia terutama orang melayu kena belajar dan ambil pengajaran dari sejarah.

dakwaan bahawa jika pembangkang ambil alih negara malaysia akan tergadai hanyalah ketakutan pemerintah sekarang.

cuba fikir, kenapa Tanah Melayu dijajah dengan mudah? mana pemimpin melayu yg diagung-agungkan iaitu sultan? kenapa sultan2 yg dianggap rakyat sebagai payung negara, ketua segala bagai ini gagal melindungi rakyat daripada anaiya penjajah? sebab para sultan dah kenyang disogok penjajah. mereka tau org melayu takkan mampu buat apa2 jika para sultan berada dlm genggaman.

pengajarannya, pemerintah sekarang x semestinya boleh menjamin malaysia tak tergadai. malah sudah ada bukti dan kesan yg dirasai malaysia ni sudahpun tergadai. tinggal kita belum kena halau keluar negara je lagi.

btw, nice sarcasm mantot

Tanpa Nama berkata...

Tanah melayu tak dijajah tetapi dinaungi permaisuri british lol :P

Tanpa Nama berkata...

Bapak member aku keja cmpany yg supply pump utk rumah pump syabas tu. Citenya dorg da bg quotation, nk supply pump, wat PM pump tu tp kerajaan selangor xbagi..kerajaan selangor sanggup politik kn isu ni..

Sblm ni aku pn marah kt syabas, psl, maintenance pump pn xbuat, tp skrg aku lebih percaya citer bapak member aku tu lg

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tak bagi sebab meter pump tu lebih mahal dan membebankan rakyat tapi syabas politikan jugak isu ni sebab nak untung.

Pasang meter baru bill korang automatik jadi lebih mahal lol.. walau takda penambahan pengunaan air.

Tanpa Nama berkata...

Kompeni swasta ni kroni2 punya dan masa buat perjanjian semua berat sebelah ke kompeni.

Sebab nak selematkan duit kerajaan juga rakyat kerajaan selangor nak ambil alih syabas tapi kerajaan persekuan masuk campur.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tengok Isu air selangor yang untung bukan PKR buat apa nak politikan air?? tapi sebenarnye masalah syabas nak kena terminate tarak untung so nak survive kena la buat kerajaan negeri punya hal yang ada isu..

-----------------------------------
Bercakap pada sesi Pihak Berkuasa Tempatan dan Serantau sempena Forum Air Sedunia kali keenam di Marseille, Perancis, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun terdapat kes kejayaan penswastaan air di peringkat antarabangsa, namun ia tidak berlaku di Malaysia.

“Ini contoh klasik kegagalan percubaan menswastakan kemudahan awam yang diburukkan dengan dua faktor iaitu pertembungan antara politik dan perniagaan apabila keuntungan individu diutamakan di samping konflik kepentingan politik,” kata Khalid Ibrahim.

Beliau menegaskan teori penswastaan tidak salah kerana antara lain bertujuan menggurangkan beban kerajaan dan meningkatkan kecekapan sekali gus menambahkan daya saing.

“Namun di Selangor, syarikat yang dipilih tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri perkhidmatan air. Tanpa suntikan kewangan, syarikat-syarikat ini mula berkompromi dengan kualiti air dan penyampaian perkhidmatan air, memaksa tarif air yang tinggi kepada pengguna,” katanya.

“Separuh daripada 13 negeri berdepan defisit dalam operasi air yang dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Melantik pihak luar untuk menguruskan perkhidmatan industri air bukan saja mengurangkan kecekapan malah soal pembiayaan tidak ditangani sebaiknya,” katanya yang menambah, kelemahan syarat perjanjian konsesi juga antara punca kegagalan penswastaan air.

“Perjanjian ini sepatutnya memasukkan fasal secara spesifik dan terperinci mengenai denda kepada konsesi yang gagal mematuhi syarat. Dalam kes kita, penjanjian konsesi sangat lemah. Apabila syarikat konsesi berdepan masalah kewangan, Kerajaan Pusat akan menanggung hutang-hutang ini,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian antara negeri dan syarikat swasta sepatutnya mengandungi klausa yang melindungi kedua-dua pihak selain butiran terperinci bahawa perbelanjaan modal oleh kerajaan dengan peraturan jelas serta telus berhubung pemberian kontrak untuk projek-projek utama.

“Jelas penswastaan perkhidmatan air di Malaysia banyak silapnya. Persoalan dihadapi kerajaan negeri adalah sama ada penswastaan berkesan dan jika ya, bagaimana melakukannya? Di Malaysia, perkhidmatan air digunakan oleh golongan rentier, pelopor penswastaan tempatan dan pembuat dasar politik menggunakan hubungan yang sedia ada.

Beliau berkata, jalan penyelesaian ialah dengan merawat air secara holistik dan Kerajaan Negeri berusaha melakukannya seperti termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang digubal untuk menggabungkan industri air dan pembubaran penswastaan merupakan satu kemungkinannya.

Walaupun akta ini diluluskan peringkat persekutuan, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional keberatan melaksanakannya ekoran kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada Mac 2008.

“Apabila tiba masa Kerajaan Negeri membeli saham syarikat konsesi (seperti yang ditetapkan dalam akta), Kerajaan Pusat bertindak balas dengan menunjukkan sikap bermusuhan,” katanya.

Menteri Besar menjelaskan Kerajaan Negeri membuat tawaran rasmi melalui tiga kali rundingan, tetapi syarikat konsesi menuntut pampasan tinggi bagi penjualan saham serta ekuti dan keadaan ini tiada perubahan sehingga kini.

Beliau menekankan bahawa kepentingan politik menjadi faktor penghalang kepada perubahan ini. Kerajaan Pusat mendesak kerajaan negeri segera membeli syarikat konsesi air sebagai cara penyelesaian holistik, tetapi pada masa sama melanjutkan tempoh pajakan kepada syarikat konsesi ini.

“Walaupun atas nama Persekutuan, kuasa kerajaan negeri telah dinafikan sejak sekian lama. Ini kerana Kerajaan Persekutuan di Malaysia mengawal polisi utama dan ini menambah kesukaran kepada kami sebagai sebuah kerajaan negeri untuk membuat keputusan terhadap sumber yang menjadi milik kami,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Syabas syabas..

1) ada logik ke bukak air kul 4am time org tido..kul 6 org bangun tido air dah tak de...
2) bil sebulan rm6..3 bulan jadi rm18..nak bayar pun serba salah..tunggu byk sikit..last2 kena potong sebab alasan tak bayar 3 bulan..nak sambung balik rm50..RM18 + rm50..
3) bayar bil tiap2 bulan tapi tak ikut akaun dlm bil..kena potong jugak dgn alasan system billing tak leh capture bil yg kita bayar tak ikut dlm bil...

Tanpa Nama berkata...

kat mesir tahrir square, kat sini taharin square yee ... best lagi taharin square ek?

Anonymouse

Tanpa Nama berkata...

Klu rm0.1 sebln pn aku boleh byr tiap2 bln.no big deal.intrnet pn ada.apa jadahnye nk serba slh nk byr.

Tanpa Nama berkata...

Yg sokong bn cemuh pr.yg sokong pr cemuh bn.caci maki dh jd mainan mulut dan minda.sdgkn kita sudah nmpk permasalahan 2parti bsr ini.tak kira bn atau pn pr sama2 mmbutakn mata pd prmasalahan yg tmbul dr parti masg2.dan inilah tahap kematangan kita brpolitik.tp tak boleh salahkn anda semua.kita mmg tiada pemimpin yg brkebolehan.yg brbkt awal2 dh kne cantas.

Tanpa Nama berkata...

Kita cantas pr & bn kita nak naikan apa yea? Sultan/Raja? Makhluk asing?

Unknown berkata...

Aku melihat kedua2 nya saling membenci..dan nama pun pembangkang..pasti ape jua akan dibangkang atas dasar tamak dan ingin mudah segalanya..ingin free..kalau kita da benci sesuatu perkara...ape pun kita akan benci...satu je la..apa dasar yg dipegang dan diperjuangkn dri pembangkang...sehinggakan Perkara 153 pun dipertikaikan...bukan kah itu perjanjian yg telah dipersetujui oleh semua bangsa dan penglibatan Raja-raja Melayu...

Tanpa Nama berkata...

kepada pahlawan2 melayu... continue la sokong melayu UMNO tu.. eventho terang2 menghancurkan lagi negara ni. RCI on project IC terang2 stated yg SPR instructed JPN to issue ICs to pendatang asing.. alahai.. melayu UMNO pk pasal tembolok masing2 aje.. xde pk pasal nak PERJUANGKAN BANGSA MELAYU.. skg semua nak mengaku MELAYU sbb nak kan keistimewaan MELAYU.. padahal bontot hitam mcm kuali.. terjerit2 HIDUP MELAYU.. puiii...

jeff berkata...

Hahahaha...

jeff berkata...

"Kau bawak dia pegi tempat2 yang selamat, macam Jom Heboh atau ujibakat rancangan Idola Kecil."
"Budak2 kena ajar berhibur dari kecik. Bodoh betul la mak bapak zaman sekarang ni."

Ptt la bingai je hang ni... otak kne racun ngan bN.

Tanpa Nama berkata...

ada gak yg bingai tak baca smpai abis pstu komen lari dr tajuk...bingai...

Ajemy berkata...

jangan la gaduh..cina tepuk tangan nanti..kah3!!!!

Tanpa Nama berkata...

masing2 nak tunjuk dia yg betul..padahal belum tentu betul..yg kat sana rasuah tak habis2..side dia je kenyang. yg kat sini macam ketam aja anak jalan..mencemuh memaki memfitnah tak habis2..kalau betul islam sgt, tunjuk la peribadi mcm rasulullah. aku tak rasa rasul kita suka maki org walaupun dia tau dia betul.ada sesape setuju rasulullah suka maki hamun org? lead by example. dats how. in the end semua pun sama..gaduh la lagi..sampai mati..puii

SFB berkata...

Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Anon atas ni, aku setuju lead by example. Tapi pada pandangan ko ape yg harus dilakukan? Bersatu? Kalo bersatu atas parti mana? Umno? Pas?

-Mat-

Unknown berkata...

yang tgk TV 3 suku dan sekutunya dan bca sokkabar utusan dan mempercayai nya.. mmg saje n suka diperbodohkan.. so TG harun din bawak kuar statemnt haram baca sokkabar yg suka manipulate fakta.. perhimpunan shamsidar term bg org yg takot dgr HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT sbb nyata yg datang hari tu bukan 50 K mcm rais yatim cakp (sah mcmmn jd menteri math ppon out).. nsb baik ada internet klu dak forever diperbodohkan. n blogger2 umno blajar utk jaga integriti tak pyh nk buat fitnah byk sgt.. dosa berantai dpt tak psal2.

Unknown berkata...

ha3 aku lupeeee jugeeeeeeee.....ada tuhan nama BN ke skang?

Unknown berkata...

ha3 aku lupeeee jugeeeeeeee.....ada tuhan nama BN ke skang?

Tanpa Nama berkata...

Ntah Kerajaan Malaysia dah dijenama Kerajaan BN lepas tu Ahli dewan lain bukan dari Bn dinamakan Pembakang..

lol. taboa sedar BN juga jadi pembakang dinegeri yang dikuasai PR..

Jadi bila mengata orang sama mengata diri sendiri lol.

Vice versa

Tanpa Nama berkata...

Blog mantot ni mantop ar..serba sinis tp best bce..