Januari 07, 2013

Sajak : Seorang Mahu Saman Hospital Swasta, Seorang Lagi Mahu Saman Hospital Kerajaan

Duit-duit,
Kalau kau ada duit,
Semua benda mudah sikit.
Gaji mula ratus ringgit
Lama-lama ribu ringgit

Duit-duit,
Kau dapat sikit kau rasa tak cukup
Kau dapat banyak kau rasa tak cukup

Duit-duit,
ahu paham kuasa duit?
Kita guna perkataan "ungkit,"

Duit-duit,
Orang berduit jatuh sakit
Doktor Swasta ikat urat terbelit
"Saman aje lah", Masyarakat jerit.
"Kau ada hak, dah bayar beribu ringgit!"

Duit-duit,
Untuk orang tak ada duit
Salah doktor kerajaan jangan diungkit
Nanti kena kutuk, masyarakat menyumpit,
Tak ada duit, buat cara tak ada duit.
Syukur lah woi ada Hospital tu, pelesit!

Duit-duit,Bila kau ada duit
Kau mampu buat banyak duit
Duit-duit,Bila kau tak ada duit
Belajarlah tahan hidup tersepit.

Duit-duit,
Yang tak berduit,
Naiklah motor bersepit-sepit.
Sebab nak jimat duit,
Ataupun memang hidup tak berduit,

Yang berduit,
Makin banyak harta, makin banyak guna duit.

Duit-duit.
Apa kelas pakai kasta?
Bezanya sekarang, siapa berharta

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit-duit..dimana kau duit..
... tanya Hattan....

Tanpa Nama berkata...

hahaha very funny la youuu.. sajak macam bodoh je. hmmm monday bloody monday.

Taufik berkata...

Saman tu hak milik setiap insan

Prince of Noob berkata...

tapi hospital swasta ni pun kadang2 macam sial, kalau kes2 yg kronik dan rasa2 orang tu akan mati, mesti dia suruh rujuk GH jugak.

plain83 berkata...

hospital pon x dpt lari dari politik busuk jugak sebenarnya...

Tanpa Nama berkata...

Dah manusia tak lari dari masalah pengurusan tamak haloba.. nak kaya cepat dan pentingkan diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Duit duit mana kau duit..
aku mahu seringit..