Januari 29, 2013

Impian Melihat Proton Terbang Di Usia Tua

Tiap2 kali bila aku terima aje berita kematian saudara mara atau sahabat terdekat, aku akan teringat balik satu petang di mana pada ketika umur aku 13 tahun, baru balik main bola dekat padang, pakcik aku datang sekolah dengan adik2 aku dan inform aku bapak aku dah tak ada.

Bila kita dengar berita kematian, kalau kau dah matang, kau tau dan sedar apa yang terjadi bila kau dengar berita tu. Tapi aku waktu tu walaupun umur aku 13 tahun, serius shit aku tak tau nak react macam mana. Kalau aku pun tak tau nak react macam mana, apatah lagi adik-adik aku yang still sekolah rendah.

Kematian orang yang dekat dengan kau akan tunjukkan kau satu benda yang tak ramai orang ingat.

Walaupun sayang macam mana pun dengan seseorang, satu masa nanti ada dua aje benda akan jadi, sama ada kau mati dulu atau dia mati dulu.

Adik beradik aku menghadapi 2 kematian dalam tempoh 3 bulan sewaktu usia muda. Ada kawan aku, dia lahir tak sempat kenal bapak dia sebab meninggal time dia kecik dan masih tak paham cara dunia ni. Seorang kawan aku, satu family dia semua meninggal dunia kecuali bapak dia sebab kemalangan jalan raya...dan family dia,agak besar jumlah dia.

Bila-bila aje kita boleh mati.
Aku tengah menaip ni pun boleh mati...

Kalau kau tak pernah lagi mengalami proses menghadapi kematian orang terdekat dengan kau, aku bagitau kat sini...perasaan tu sangat2 lah sakit yang aku takleh nak eksprsei dengan perkataan. Bila kau fikir balik pasal mereka2 yang telah meninggal ni, kau akan rasa kosong dan ada yang akan fikir, apa yang akan terjadi kalau dia masih ada? Apa yang akan lain kalau dia hidup lagi?

Tapi aku rasa, pemikiran macam tu salah. Tak praktikal. Sebab benda tu adalah satu soalan yang kau takkan tau jawapan dia....the impossible question.Walaupun begitu, aku pun selalu sebenarnya buat macam tu. Normal la, kita memang selalu wondering dan teringat kembali "what if?"

Apa yang kita sepatutnya rasa bila menghadapi kematian atau teringat mengenai orang2 yang telah tiada ni adalah ingatkan diri kita, apa yang diorang wish kita rasa, apa yang diorang wish kita buat. Kalau selama ni bapak kau nak kau jadi orang2 baik, jadi orang2 baik. Kalau nenek kau yang kau kenal selama ni seorang perempuan yang lemah lembut dan tak pernah marah kau, jadi macam dia.

Bila kau teringat pasal orang yang sayang tapi dia dah tak ada, kau takkan teringat pasal keburukan dia, kan? Segala memori kau kena marah ke atau kena libas tali pinggang dengan bapak ke, semua tu jadi memori dengan kau....tapi memori indah. Sesuatu yang mengingatkan kau dengan dia, tak kiralah teruk mana pun memori tu.

Kematian adalah satu proses recovery yang sangat panjang. Tapi percayalah cakap aku, kau akan recover. Kau akan jadi lagi kuat.  Apa yang kita boleh buat..adalah pastikan, semasa kita hidup, kita jadi seseorang yang memorable. Supaya bila kita mati, orang ingat kita dan jadi lagi baik sebab mereka pernah kenal kita.

Aku hanya berharap, bila aku mati, orang last yang tengok aku, adalah orang yang kenal dan sayang aku.

Dan, aku harap, aku sempat tua, sempat dapat tengok kereta Proton terbang menggunakan teknologi roket hibrid, tapi still ada masalah power window, dijual dengan harga belasan ribu tanpa dikenakan cukai mengarut dan orang ramai mampu beli tanpa perlu berhutang 9 tahun.


24 ulasan:

Kak Mah berkata...

ko ni tulis serius mana pun part melalut tak tinggal jugak (last para)

SembangKongkang berkata...

masalah power window kereta Proton memg menghantui golongan anak muda...heheh

ziera rahmad berkata...

setuju dgn para yg last skali....
masalh power window proton :(

LydSunshine berkata...

Power window perodua pun. Problem jugak.

Tanpa Nama berkata...

tak sempat..lepas pru13, kilang proton tutup..

mr edz berkata...

kita semua di tipu oleh mahathir hidup hidup pasal harga kereta.

aitotyati berkata...

enJekjek ade wira. bli tahun 2006. Ai & enJekjek belum ada anak lagi. so jarang buka tingkap belakang.

tapi betullah kalau proton mmg sinonim dgn mslh power window tak kisahlah selalu guna atau tak. jarang turunkan tingkap pun mslh, lagilah kalau selalu turunkan.

tu je

Tanpa Nama berkata...

kak mah, mantot xmngarot. tp kak mah yg xpndai nk relate ape yg mantot cbe smpaikn..

Ariff berkata...

nice..main point is nak tgk kereta proton terbang menggunakan roket hibrid dgn masih lagi ada masalah power window..power artikel btw..:)..touch!

Tanpa Nama berkata...

Yg last tu...ak tgu jgk..wakaka...tp,ak ttp mrindue arwah..dy la yg mnjge ak dari kcik hge la 3/11/2012...al-fatihah untk arwah..

Tanpa Nama berkata...

Kalau boss/ketua/pemimpin BN yg kita benci 'pergi', agaknya camna rasanya? Aku tak tau sbb takde pengalaman. Mudah ke korang dh stop fikir benda2 buruk dia dh buat kpd korang/staf/rakyat?

Tanpa Nama berkata...

ada pepatah kata Harimau mati tingalkan belang? Manusia mati tingalkan nama samaada busuk atau baik tapi ada juga manusia mati takda sape kenal lol..

Bila nak mati dah kau fikir diri kau sendiri apa erti hidup? apa erti mati? hidup ini adalah untuk mencarik diri dan bila mati kita mengenal diri sendiri tapi mungkin dah terlabat jika kau tidak mengenal lagi diri bila dah nak mati..

Apapun Proton takan terbang dengan enjin hybrid dan masalah power windows memang menghantui aku dan aku tidak lagi membeli proton sehinga kini.. Mungkin kecil bagi mereka tapi proses yang aku lalui dengan power windows buatkan aku serik dengan dan tidak lagi akan beli kereta Proton.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Arwah ayah aku meninggal dunia 1 Septermber 2012 (tahun lepas) akibat heart attack. Aku masa tu tkde kat sisi beliau sebab merantau kat negeri lain (kerja). Memang betul kata mantot.. Jadi mcm antara percaya dengan tak percaya. Speechless. Mana tak nya. Arwah memang takde sakit apa-apa. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Allah saja yang tahu apa dalam hati bila drive balik kampung. Seminggu malam-malam nak tidur memang menangis sebab kehilangan yang tersayang..lebih-lebih lagi bila terkenangkan jasa-jasa arwah yang memang tak dapat balas sampai bila-bila. Sanggup buat apa saja demi anak-anak. Memang rasa terkilan sebab tak dapat balas jasa arwah ayah aku. Hajat arwah nak tengok cucu sulung pun tak kesampaian..Ya Allah... Sesiapa yang masih ada ibu atau ayah yang masih hidup, bagitaulah mereka, "Ayah/Ibu..saya sayang sgt pdmu.."

suria lekatlekit berkata...

betul.. rasa sakit berdepan dgn kenyataan org yg dekat, rapat & kita sayang tu satu perasaan yg x dapat kita cerita..

Bab kereta proton tu.. setuju! sebab pernah keja dgn proton dealer.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

4,5 hari ak tggu post ko yg baru,terbaikkk.. macam mane kita syg kt org tu kita atau dia yg akan pergi dulu.. ape pun hnya proton yg ak mampu dgn gaju ak skrg..waahaaa

plain83 berkata...

aku ingat lagi masa aku darjah 3, kat skolah waktu rehat, aku dapat berita uncle aku meninggal dalam kemalangan jalan raya... aku terus menangis teresak-esak sambil berjalan nak naik kereta mak aku.. nak kata aku rapat sgt ngan arwah uncle aku tak jugak, tapi aku sgt rapat ngan anak dia, cousin aku yg sebaya umur.. maybe aku sedih sgt sbb pikirkan nasib cousin aku kot, sbb tu leh emo terlebih masa tu.

aku drive produa kelisa, last year kena fix power window... aku pernah berangan gak nak drive keta kecik yg bleh terbang, owh bestnya kalau ianya benar2 menjadi suatu reality...

Adzhar Zandar berkata...

Ahahha , tolong la tot.. aku dah nak semacam ja hingus ak bila baca , espcially bab bila tot ckp sambil tulis nih pn boleh mati... alahai , ada gak nak naekkan bab proton nih ..

Abu berkata...

Arwah abah aku meninggal dunia sama tarikh lahir isteri aku. So la ni aku cuma hadiah fatihah utk diorang berdua. Dah 2 tahun isteri aku tak komplen sebab tak dpt bunga masa hari lahir dia.

Fara Abdul berkata...

kau ni potong stim aku layan blues je. x bley blah para yg last tu.

hahahaha...

takziahlah atas kematian sedara ko. patutla dah lama x update blog.

arwah atuk aku meninggal masa aku umur 5 tahun. aku mmg kamcing dgn arwah. sampai umur aku nak masuk 32thn skrg ni masih ingat lagi jenazah beliau diturunkan ke dlm liang lahad.

aku xtau mcm mana aku nk menghadapi kematian mak atau ayah atau adik beradik aku pulak. aku cuma harap aku kuat bila masa itu tiba.

Tanpa Nama berkata...

Ayah aku meningal masa aku umur 8 tahun dan lepas ayah meningal aku melaui detik sukar sebagai anak yatim juga dalam keluarga susah pernah ponteng sekolah kerana takda satu sen pun dan makan nasik berlauk air garam..

Alhamdullilah Allah membantu aku dengan pelbagai cara walau kadang-kala aku sendiri give-up dengan hidup.

Pada aku kita hidup kerana Allah kita menolong orang memberi peringatan dan berbuat segalanya untuk diri kita sendiri. Ya even kita tolong orang Allah akan menolong kita balik dari suatu yang tidak sangka-sangka.

Jadi nasihat aku buatlah kebaikan kepada sesiapa saja dan dimana saja kerana Allah semoga Allah memberi rahmat dan kebaikan buat kita.

Allah itu maha adil dan bijaksana. Setiap apa perbuatan kita bahkan sebutir zarah akan dikira nanti.

nasihat buat saudaraku semua..
wasalam.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa sedih baca post kau ni mantot.

aku kehilangan ibu sewaktu berumur 16thn. dan aku x pernah jumpa ibu aku tu kerana dia bkn org negara ni.

tapi walaupun aku x pernah jumpa dia, aku tetap rasa kehilangan, tetap rasa terkilan dan lost.

aku berdoa, bila aku mati nnt, anak2 aku kenal aku dan menyayangi aku.

aku x dpt bayangkan mati dalam keadaan ada anak aku x kenal aku mak dia sebenarnya..

Tanpa Nama berkata...

Ayah aku meninggal 15.11.2012. Aku dapat terima dgn tenang sebab aku merasa jaga dia selama 5 bulan. My point is kalau kita dpt jangka hayat org tu dah tak lama kita akan bersedia utk terima kehilangannya. Alfatihah untuk Almarhum Haji Ahmad Bakri bin Mohd Khalid.

Unknown berkata...

:-) sy dah rs kehilangan org terdekat dr kecik.. tp plg perit bila 2 bff meninggal sbb sakit. tp bkn dlm ms yg sama..proses recovery mmg lama sy setuju.. tp bila Allah matikan yg tdekat sy alwiz remind myself.. me next. mengingati mati itu baik.. menangisi kematian yg lain smpai xmkn bagai is not gud.. soon kite pon fllow gak.. soalnya bukan bila kita mati.. tp dlm keadaan apa.. samada husnol khotimah atau su'ul khotimah..