April 27, 2012

Sejarah : Kesan Negatif Perhimpunan Bersih 3.0 Kepada Masyarakat

Putrajaya, 13 Mei 2053 - Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di negara lain. Malaysia amat terkenal dengan rakyat berbilang bangsa dan agama yang saling bekerjasama antara satu sama lain dalam suasana yang harmoni dan ini semua terjadi adalah berkat daripada keutuhan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 9 mereka iaitu Datuk Seri Ashman bin Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke enam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah hampir dua penggal memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO berjaya memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju yang amat terkenal dengan bangunan tertinggi di dunia iaitu Menara Rosmah Mansor, bangunan setinggi 2 kilometer yang terletak di Putrajaya, ibu negara Malaysia.

Jika dikaji sejarah Malaysia bermula daripada tahun 2000, tempoh bermulanya abad baru itu adalah tempoh yang paling getir dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Dengan pengunduran Tun Mahathir dan kelemahan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, pentadbiran Barisan Nasional kelihatan sedikit goyah apabila muncul gerakan reformasi yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim , bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang bertukar menjadi pengkhianat Melayu dan agama. Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri telah berpaling tadah dan bekerjasama dengan parti Democratic Action Party atau DAP, sebuah parti pecahan Peoples Action Party dari Singapura yang mempunyai satu tujuan asas, menjadikan Malaysia sama seperti Singapura dari segi pentadbirannya.

Selain itu dengan wujudnya anasir-anasir jahat yang menggunakan retorik perjuangan Islam sebagai slogan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Hadi Awang juga menjadi ancaman besar kepada pemerintahan Barisan Nasional pada ketika itu. Berjuang dengan mengetuai Parti Islam SeMalaysia atau PAS, perjuangan PAS lebih dilihat sebagai satu bentuk perjuangan tidak bermaruah kerana memperjudikan nasib bangsa semata-mata kerana mahu menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional.

Ancaman-ancaman lain pula datang daripada Parti Keadilan Nasional yang diketuai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Parti ini seolah-olah tidak ada hala tuju kerana masalah dalaman yang terlalu besar selain daripada masalah keruntuhan moral pemimpin mereka seperti kes skandal Azmin Ali dan isterinya serta kes skandal penasihat mereka iaitu Anwar Ibrahim. BIla diperkatakan mengenai Anwar Ibrahim terlalu banyak yang boleh diceritakan dan tidak ada siapa lagi yang kenal Anwar Ibrahim luar dan dalam selain daripada Menteri Dalam Negeri Malaysia iaitu Datuk Seri Saiful Bukhari bin Azlan yang satu ketika dulu pernah menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu syahwat Anwar Ibrahim.

Walaupun penuh dengan isu moral pemimpin, pengaruh-pengaruh jahat yang individu ini cuba bawa telah berjaya merasuk sebilangan rakyat yang terlalu mudah percaya kepada janji-janji manis mereka seperti pendidikan percuma atau penurunan harga minyak yang tidak realistik sehingga mengakibatkan kejatuhan Barisan Nasional dibeberapa negeri seperti Selangor, Kedah ,Perak dan Pulau Pinang pada pilihanraya umum 2008. Walau bagaimanapun berkat doa, usaha dan sokongan rakyat, negeri Perak berjaya dikembalikan kepada Barisan Nasional setelah berlaku beberapa krisis yang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pihak pembangkang sehingga mengakibatkan terjadi pergeaduhan dan kacau bilau di Perak.

Tidak cukup dengan gerakan jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dari Putrajaya, wujud pula gerakan Bersih yang diketuai oleh peguam yang menyokong penuh kebenaran orang Islam untuk murtad dalam kes Lina Joy dan juga penyokong tegar gerakan menghalalkan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender iaitu Ambiga Sreenevasan. Rakyat semua pada waktu itu syukurlah sudah celik mata dan dapat melihat sendiri siapa mereka di belakang Bersih dan niat asal mereka. Pelbagai arahan telah dikeluarkan supaya mereka membatalkan perhimpunan mereka yang kononnya ingin mem"bersihkan" proses pilihanraya tetapi segala arahan kerajaan tidak dihiraukan. Sekumpulan pihak seramai 200 orang telah berkumpul di perhimpunan Bersih 1 pada 2007 dan pada perhimpunan Bersih 2.0 pada 2011, hanya seramai 52 orang yang menyertai perhimpunan yang disifatkan sebagai perhimpunan raksasa itu. Perhimpunan itu bertukar menjadi rusuhan apabila kumpulan 52 orang mula melemparkan objek tajam seperti pisau dan kaca yang dipecahkan dari tingkap kedai kepada pegawai FRU yang bertugas mengakibatkan pegawai FRU terpaksa menggunakan taktik penahanan peserta secara berhemah dan adil.

Bersih 3.0 pula sekali lagi terpaksa dianjurkan dan pada waktu itu mungkin kerana merasakan sokongan rakyat semakin beralih kepada kerajaan Barisan Nasional, penganjur terpaksa membayar A.Samad Said sebagai jurucakap Bersih. Dilaporkan A.Samad Said dibayar sebanyak Rm1.4 juta untuk menjadi "wajah" kepada Bersih 3.0. Begitupun, akibat daripada pengaruh yang semakin merudum dan kewujudan skandal seks antara Anwar Ibrahim dan isteri kepada Timbalan Presiden Keadilan iaitu Shamsidar Tahari, hanya seramai 17 orang menyertai perhimpunan ini.

Kumpulan pemberontak itu yang diketuai oleh Ambiga sendiri cuba mempengaruhi mahasiswa yang sedang berkhemah sempena Hari Perkhemahan Sedunia di Dataran Merdeka untuk meramaikan lagi peserta tetapi langkah jahat mereka berjaya dipatahkan oleh pegawai-pegawai DBKL yang bertugas menjaga kebajikan peserta perkhemahan. Akibat daripada tindakan penganjur Bersih itu, majoriti rakyat Malaysia mula merasakan yang perjuangan mereka itu hanya sekadar cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan.

Apabila mereka dikutuk dan dihalau oleh peserta perkhemahan yang rata-ratanya matang dan rasional, kumpulan 17 orang itu mula membuat kacau dan ada antara mereka yang cuba menggergaji tiang bendera tertinggi di Dataran Merdeka. Pihak FRU terpaksa membiarkan tindakan mereka itu kerana dihalang oleh A.Samad Said dan pihak FRU tidak sampai hati menggunakan kekerasan terhadap warga emas. Gugur satu lambang negara diranapkan oleh pengacau dan pemberontak.

Itu adalah detik-detik paling getir di dalam pentadbiran Barisan Nasional sepanjang hampir seratus tahun mereka memerintah tetapi akibat daripada kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum 2012 yang mengembalikan kesemua negeri semula kepada Barisan Nasional termasuklah kubu kuat PAS iaitu Kelantan, Barisan Nasional kembali utuh dan mendapat semula keyakinan. Selepas detik itu lenyaplah sebarang gerakan yang ingin menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Malaysia terus berkembang pesat menjadi sebuah negara membangun yang mencapai taraf negara maju pada tahun 2032 ketika era pemerintahan Perdana Menteri ke tujuh iaitu Tun Noh bin Omar. Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya mewujudkan keseimbangan ekonomi antara semua bangsa majoriti mereka iaitu Melayu,Cina,,Bangladeshi dan juga Myanmar disamping mengkatkan taraf hidup orang India dan Kadazan serta menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia mempunyai komposisi kaum yang begitu berbilang bangsa tetapi berjaya mengekalkan keamanan yang mustahil dicapai di negara lain.

Datuk Seri Ashman menggelarkan tempoh 2004 hingga 2013 adalah tempoh paling sukar dalam pemerintahan bapanya. "Ayah saya setiap hari balik dan hatinya cukup pilu memikirkan apa lagi yang perlu dia lakukan untuk memuaskan hati semua pihak. Dia tidak pernah berhenti berfikir bagaimana dapat dia membuat semua orang puas hati dan sukakan pentadbiran dia. Walaupun seorang yang marah dengan dia, dia akan jadi runsing sehingga mengakibatkan ibu saya (Tun Rosmah Mansor) terlalu risaukan kesihatan dirinya." Sambung beliau lagi, "saya banyak belajar dari ayah saya dan modelkan perntadbiran saya menggunakan ayah saya sebagai asas," terang Datuk Seri Ashman dalam satu temubual bersama Utusan Malaysia.

" Saya harap semua rakyat Malaysia dapat terus menyokong saya dan terus menyokong Barisan Nasional kerana kita tidak mahu merosakkan dan menjahanamkan apa yang telah kita capai."

Kita semua tidak boleh meramal masa depan tetapi kita semua mempunyai sejarah yang boleh dijadikan rujukan kepada kita dalam membentuk generasi Malaysia yang kompetetif,dinamik dan berinovatif. Keutuhan sistem ini perlu dipelihara untuk menjamin kestabilan Malaysia supaya Malaysia dapat terus menjadi negara yang lebih baik. Bak kata Datuk Seri Ashman pada Perhimpunan UMNO tempoh hari, "Tidak kiralah anda Melayu,Cina atau Myanmar, kita semua rakyat Malaysia.Tanah ini perlu kita pertahankan. Institusi di-Raja perlu kita pertahankan. Demokrasi perlu kita pertahankan. Selepas ini mungkin akan muncul seorang lagi Anwar Ibrahim, tapi kita sudah bersedia kerana kita tahu Tuhan akan bersama kita. Tuhan akan bersama dengan kita bila kita mahu dekat Tuhan. Jadi selagi rakyat bersama kami, percayalah...rakyat juga bersama dengan Tuhan."

Sejarah adalah panduan kita. Belajarlah dari sejarah dan jangan kerana emosi, apa yang telah dibina sekian lama kita buang begitu saja. Seperti kata pepatah Melayu Moden, hanya kerana masalah power window, semua orang tak nak beli kereta Proton. Belajarlah daripada pepatah itu.

Rakyat Malaysia, bersyukurlah dan teruskan memilih Barisan Nasional untuk masa depan yang terjamin.

..............

Ada sejarah official. Ada sejarah un-official.

Yang penting, kau kena bangun carik kebenaran sebab benda yang kau lalui adalah sejarah official untuk diri kau.

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERBAIK!!!!

Tanpa Nama berkata...

hahaha

Aiman berkata...

Yang penting, kau kena bangun carik kebenaran sebab benda yang kau lalui adalah sejarah official untuk diri kau.

belajar dari sejarah...yeahhh

Eray Majid berkata...

history is depends on the hand of the writer...

mad berkata...

"Seperti kata pepatah Melayu Moden, hanya kerana masalah power window, semua orang tak nak beli kereta Proton." haha..nice!

Noor Ahyat berkata...

Mmg terbaik lah karangan nie...klu aku jd ckgu BM boleh dpt A+ nie

Gasing berkata...

Based on 'sejarah' dlm buku Abdullah Munshi, yg aku nampak - Melayu/Sultan/Pembesar (kalau zaman skrg ialah menteri2 & ahli2 politik) yg pegang kuasa meminta 'rakyat' menyembah mereka.

Rakyat biasa tak mampu buat apa2 selain dari teruskan kehidupan(keje sawah, kawen & buat anak, main, ngaji dll), kecewa, komplen, takde extra effort sngt utk mengkayakan diri(hidup sekadar cukup makan).

Pemerintah(& keluarga2 mereka yg joli sakan tu) terus hidup bermewah sambil menindas rakyat.

Kesimpulan yg aku nampak. Inilah realiti hidup masyarakat Melayu sampai zaman bebila pun.

So, letak dlm kepala masa mengundi nanti, jangan berharap pemerintah utk menyenangkan/mengkayakan hidup kita(tak kira la pemerintah tu BN atau PR). Kita cuma boleh mengharap pemerintah tolong FIX kelemahan pelaksanaan undang2 sedia ada bagi melancarkan rutin harian. Lancar/kurang birokrasi bukan kayakan rakyat sekor2.

Nak harapkan UMNO, MCA, MIC, DAP atau Keadilan(PAS excluded) tak manipulate kuasa? Tak payahlah. SEJARAH kita dah buktikan.

Tanpa Nama berkata...

wa suka la mantot berita ni...hahahaha datuk seri saiful buhari hahahahahahahahaha, Freeloader mane la eh bagi title datuk tu agaknye ye in the future

Tanpa Nama berkata...

penyokong yang di bayar rm50 000

besok gua akan pergi bersih sbb dapat duit dari individu berpengaruh sebanyak rm 50 000 seorang..kalau sape2 nak pergi segera daftar nama dan akan dapat rm50 000 wow....
dan unutk pengatahuan semua...
yang pergi besokd apat tempat tinggal...
di hotel 5 bintang...
duit poket rm50 000 seorang...
seorang okay...
mengikut sumber...
dari pihak yahudi...
maklum la pm kite tuh kan alim warak..
jadi yahudi ni x suke dengan imej warak pm kite itu...
yang penting besok i dpt rm 50 000..
owh mantoi lupe ke nak letak..
pak samad juge mendapat rumah di ampang"the valley"..
denga kate harga runah tu rm4 juta...
tapi aku sangak lebih kot...
setakat rm4 juta...
yahudi funder tuh sebelah mate je bole invest..

nizamsaidon berkata...

Sejak bila ko berpaling tadah ni? Haha... Aku suka giler entry ko nih... Hidup Biend!!

abu berkata...

esok lu turun ke dataran? jom laa jadi 'sejarah'.

sri wanajib berkata...

kelam kabut jd jaga perkhemahan kat dataran maderka, last2 bdk mont kiara int sch kena culik depan pintu pagar sekolah. haram

Tanpa Nama berkata...

Tahniah mantot,tak lame lagi anda pun layak menerima anugerah Dato'. Dan terus akan dilantik sebagai Timbalan PM. Dengan adenye entri sebegini.lantas dapat lebih meyakinkan rakyat untuk terus menyokong BN dari usaha anda ini.hahaaha..

nenek anon berkata...

boooooo... satu lagi kisah exaggerate syok sendiri yg diada dan dibesar2kan. bosan mcm nokharoommm... penat je mengarang 2 3 jam tak dapat apa pun haktuih...

Unknown berkata...

hoi! serius ke diorang gergaji tiang..hahaha..nak guling aku gelak..dah la kat belakang aku ni manager..

Unknown berkata...

Cayalah tot! aku suka orang pikir jauh kedepan pasal apa akan jadi lepas bersih 3.0 nih. Yna gpenting, kita turun, kita lawan!

anoni berkata...

bwaaahahhhhhhh bes2!!!~

fasha berkata...

good job tot.tergelak2 aku pada pagi yg Bersih ni.haha

Ariffin berkata...

Good job. Artikel yang comprehensive.

Masalah satu je, bias sangat bila cerita pasal pihak bukan BN. Word choice dgn tone ayat sangat menghasut orang anti-BN.

Kalau boleh jangan lah serang sangat peribadi orang lain. Habis BN punya peribadi baik sangat je.

Nak bukak pekung orang, bukak la skali pekung sendiri. Baru la artikel ni adil, tak bias.

Tanpa Nama berkata...

mmm berat sebelah dan menghasut. ciri2 penyokong parti Islam. muahahaha... mulut berdegar2 islam islam islam, bontot berlumur taik...

Tanpa Nama berkata...

History is fiction! if people from the future read this and the real story has been vanished, they will simply believe the story you've wrote. but this is the most sarcastic way of writing history...good job!!

pengecut berkata...

cuba analisis sikit video ni

PLEASE SHARE OUT, THIS IS MALAYSIA POLICE!!! 28/4/2012
_www.youtube.com/watch?feature =player_embedded&v=dEB9TF8 SDGg

analisis aku:

Pemandu kereta polis terbabas selepas cerminnya dipecahkan oleh DEMON-stran menggunakan kon oren (0.04)

Topi keledar hitam wartawan cameraman tv Al-Hijrah berbaju putih, seluar pendek hitam (0.15)

Pemandu kereta polis keluar (1.18)

ada suara lelaki menjerit “ADA ORG BAWAH, ADE ORG BAWAH...”(1.39)

yang paling penting sekali: TAKDA ORANG DI BAWAH KERETA! DA ANGKAT JERIT CAM MENANG PERANG BESAR...MANE ORGNYE?DA GHAIB?KE KORG MEN CAMPAK JEW?PALING TAK KENE USUNG SLOW2..TAIK BETOL..NIPU JE KEJE (2.14)

DEMON-stran bersorak selepas berjaya menterbalikkan kereta!(2.20)

----------

komen lain:

the accident happen because the police is hit by the bottle and cans from protestor. here is the truth.
search for a video in youtube, "Bersih 428 - slow motion -POLICE CAR hit people"
the grey shirt guy is a reporter. he is not either a gangster or police. here is the information of him, with his reporter permit. The article is written in malay. Please like this comment and let everyone know the truth.
Go google and search "apa dosa azri" and u will see the article of him.

----------

lagi komen lain:

WAHAI ORG ISLAM..CUBA LIHAT BETUL2 YG KENA BELASAH ITU BUKAN POLIS.. TETAPI SEORANG JURUGAMBAR YG CUBA MELERAIKAN DAN MENENANGKAN ORG RAMAI YG MAHU MEMUKUL POLIS..BEGINIIKAH CARA PAS ..KEJAM.. MACAM DIRASUK SYAITAN.. HANCUR PAS.. HANCUR PKR..HANCUR DAP..

----------

TUKARTIUB PENGECUT! komen aku langsung tak siarkan

Tanpa Nama berkata...

"Antara bangsa dan agama, mana kau pilih? "

"Agama menyuruh kita mencari pemimpian yg baik..."

Ye..sbebab itulah kita kena merusuh dan menyerang orang lain sbb agama menyuruh kita mencari pemimpin yga baik...kewnnnnn

Budak Bersih berkata...

Bro.. mulai dari skang aku xkan join mane2 demonstrasi yg dianjurkan oleh PKR @ DAP sbb kaum selain MELAYU BANGANG (termasuk aku)yg aku jumpe menyokong demonstrasi yang dianjurkan oleh kaum INDIA x sampai 10 org..

Aku sedih bile aku tgk kaum aku sendri yang DIBAYAR RM100 (ia aku dibayar) hanya utk bergaduh, maki2, meludah sesama kite utk menegakkan manifestasi yg kononnya utk negara.. utk SUME KAUM..!!

Mantot.. aku sahot cabaran ko.. utk pergi menyaksikan sendri perhimpunan AMAN utk diceritakan pada anak cucu aku.. bkn sekadar tgk Youtube, baca Harakah, baca Malaysia Kini.. sudakah ko.. atau sekadar Keyboard Warior?

No name berkata...

sungguh informative.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

umngok....

Tanpa Nama berkata...

satu tanda sesebuah kerajaan adalah apabila kerajaan tersebut telah mencapai kejayaan tertinggi mereka.