April 18, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 02 - Mempersiapkan Rumah Untuk Menyambut Baby

Bila kau nak sambut anak ni, ada beberapa perkara yang kau perlu ubah untuk rumah kau.


1. Rak khas baby

Aku dengan isteri gi Ikea, belikan satu rak buku semata-mata untuk barang anak aku daripada segala jenis bedak hinggalah semua permainan dia aku susun kat situ. Kadang2 tengok macam tadika pun ada rumah aku, dua kali tengok macam perangkap seorang pedophile untuk budak kecik. Letakkan semua benda macam bedak,ubat,minyak telon,minyak yu lee, gripe water kat situ untuk easy accesibility.

2. Rak baju/ Bakul Baju Anak

Berdasarkan pengalaman aku, lagi senang kau beli bakul. Bukan bakul basuh baju tapi container yang ada bertutup boleh lock dan berbentuk segi empat tu sebab aku rasa satu container baju yang mobile senang diusung ke mana-mana bergantung kepada dekat mana anak kau akan bersalin pakaian. Kalau kau letak kat rak baju2 anak kau, akan mengakibatkan kena ke sana ke mari ambik baju. Bukan isteri kau yang akan ke sana ke mari buat 2-3 bulan pertama tu. Kau,suami yang akan mundar mandir pilih baju dan selalunya, baju yang kau rasakan ok akan di disapprove oleh isteri kau menyebabkan kau kena pegi ambik balik lagi sekali. Lagipun..kalau balik kampung, senang. Kau angkat aje container tu masuk kereta.

3. Bakul Baju Busuk Anak

Ni sangat penting sebab kalau boleh jangan mixed up kan baju anak dengan baju mak abah..especially abah. Bapak busuk...baby wangi. Lagipun....akan ada masa di mana anak kau berak sampai terkeluar diapers walaupun secanggih mana la claim kehebatan teknologi diapers tu. Asingkan. Ini akan banyak membantu.

4. Baby cot?

Yang ni optional. Tapi satu aje aku nak ingatkan. Kalau kau pegi kedai perabut Cina dan kau beli baby cot kat situ...dia mesti jual kat kau satu jenis cot yang side pintu dia boleh adjustable. Jangan beli yang ni sebab cot jenis ni sebenarnya dah pun dibanned di negara-negara maju seperti US dan sebagainya, cuma kat negara kita aku tak sure sama ada Kementerian Kesihatan ada keluarkan larangan ni atau tak. Still dijual secara terbuka jadi aku rasa kita still tak implement ban tu...kerana mampu menyebabkan anak kau tersepit dekat adjustable door dia tu. Kalau tangan..kaki..takpe lagi. Tapi banyak kes yang kena, leher...ramai jugak la baby yang dah jadi mangsa. (Link) Pasal cot...ini ikut kau lah. Decide la dengan wife kau dan discuss. Tapi culture kita tak mengamalkan sangat ajar anak pakai cot ni dan selalunya anak akan tidur dengan mak.. Kalau rasa tak perlu takyah beli sebab benda ni adalah pemakan space paling besar antara semua barang baby ni.

5. Beli cerek elektrik bukan water heater

Ada perbezaan antara kau guna cerek elektrik dengan water heater ni. Water heater ni dia tak mampu nak tahan haba lama sangat jadi air cepat sejuk berbanding cerek elektrik. Cuma disadvantage dia masak air agak lambat...tapi pada aku la...better beli satu cerek elektrik besar dalam 3-4 liter. Air panas sangat kritikal. Untuk mandi..untuk buat susu...untuk sterilized botol (kalau bottle feeding lah)

6. Beli toto/comforter yang kualiti

Kalau kau pegi kedai baby, kau akan nampak diorang jual tilam spring khas untuk baby atau tilam nipis untuk baby. Jangan buang duit beli semua tu sebab dalam 6-9 bulan...benda tu akan jadi tak relevan untuk anak kau yang masa tu dah tidur merata-rata. Beli aje toto atau comforter yang elok saiz queen dan Insya Allah benda tu akan jadi lebih berguna untuk family kau in long term.

7. Breast Pump

Kalau wife kau kerja dan memang nak breastfeed, belikan dia breast pump. Ada bermacam brand dan bermacam jenis. Yang ni aku rasa baik kau suruh wife kau sendiri try dulu pinjam kawan2 dia punya sebelum beli (kalau kawan dia cool la) sebab tak semua breast sama. Ada perempuan yang sesuai dengan pump jenis manual...ada perempuan sesuai guna pump elektrik....ada perempuan sesuai express susu fully manual yakni perah sendiri. Satu aje peringatan untuk suami...tangan anda dan mulut anda tidak boleh digunakan sebagai breast pump.

8. Peti sejuk

Peti sejuk agak penting dan saiz freezer yang luas juga akan membantu apatah lagi kalau isteri kau jenis pump susu boleh dapat liter-liter. Peti sejuk single door cukup la kot tapi akan menyebabkan kau terpaksa mixed up barangan mentah dengan susu ibu. Lagipun harga peti sejuk sekarang ni agak murah. Bajet dalam RM800 lebih ke Rm1000 cukup untuk dapat peti sejuk yang convenient untuk family anda. Lagipun...peti sejuk bukannya kita pakai setahun dua. Kalau kau plan nak save duit dan beli peti sejuk kecik...recommendation aku, beli yang besar dan dua pintu as a minimum.

9. Beli termometer

Benda ni SANGAT SANGAT SANGAT essential. Tak kiralah apa jenis termometer kau beli..pastikan kau ada satu dalam rumah kau.

10. Beli minyak perut baby

Ada yang brand minyak telon...ada dipanggil minyak Bebiku...ada yang panggil minyak cap yu lee. SANGAT SANGAT SANGAT essential.

11. Beli 10 helai napkin

Aku tau majoriti orang sekarang pakai diapers pakai buang. Tapi beli aje napkin dalam 10 helai. Ini untuk lapik anak kau masa tidur..lapik anak kau masa dia tukar diapers. Lap mulut dia. Lap badan dia.

12. Beli/ Upgrade washing machine

Kita takkan sempat basuh pakai tangan kalau kau bekerja. Kalau aku dulu, aku beli washing machine semi auto masa aku belum kahwin sebab hantar dobi sekali basuk dah dekat Rm20. Washing machine semi auto bukannya mahal mana..RM300 lebih. Tapi washing machine semi auto ni agak kasar untuk baju anak. Baju lelaki ok la kot. Lagipun nanti life kau akan jadi sedikit kelam kabut kalau kau kena jaga washing machine nak pastikan dia running sambil memenuhi keperluan isteri dan anak kau. Beli washing machine full auto. Kalau nak lagi cantik, beli front loading washing machine sebab dia lagi gentle dekat baju anak.

13. Buaian

Orang Kedah panggil benda ni "endoi." Sebelum kau beli buaian, lagi baik kau biarkan dulu anak kau sebulan atau dua bulan dan tengok jadual tidur dia macam mana. Ada orang kata tak elok untuk baby..ada orang kata baik untuk baby. Pada aku, anak aku tidur lagi tenang dalam buaian. Kalau rumah kampung dulu2 senang..ada cangkuk atas siling pasang spring dah siap. Pasal yang ni, refer lah dekat mak abah kau.

14. Ubah mentaliti

Aku jenis tak suka tengok barang merata-rata tempat dan tak tersusun. Kalau tin susu tak susun elok2 pun aku jadi stress dan aku cukup tak suka barang2 kecik2 ada keliling rumah. Tapi lama kelamaan aku kena accept yang bila ada baby, rumah akan bersepah sedikit dan jadi sedikit tak teratur.  Untuk seorang control freak macam aku ; iya..kadang2 aku jadi stress bila tengok ada bedak tepi sebelah TV. Ada baby wipe dekat atas speaker. Tapi time ni, kena tolerate dan let go benda2 kecik camtu. Benda yang paling penting adalah mewujudkan accesibility dalam rumah. Lagi senang barang tu nak diambik..lagi ringan beban isteri kau.

15. Jangan hisap rokok dalam rumah

Benda douchebag seorang lelaki boleh buat adalah hisap rokok kat kedai makan walaupun sebelah meja dia ada baby. Tapi lelaki paling douchebag dalam dunia adalah lelaki yang boleh hisap rokok depan anak dia dan buat2 muka selamba.

...................

Macam biasa, kalau ada sesiapa nak tambah, boleh letak kat komen.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahah mantot no 15 tu mmg lelaki tuh douchebag... aku penah sound kat restoran hisap la rokok kat luar nanti nak makan masuk balik, lagipun ada bayi kat meja sebelah, perempuan mengandung lagi... kau tau ape dia jwap... kalu tak nak kena asap rokok jgn keluar rumah... utk mengelakkan aku hempuk kepala dia dgn kerusi, wife aku ajak mkn kat tempat lain.. terpingga tokey kedai makan tu, pasal aku ckp kensel semua yg aku order...
-coma-

penjejak badai berkata...

ok ok ok...noted

Syakir Zainol berkata...

Sebagai seorang suami dan bapa yg kacak kepada 3 org anak (nak masuk 4) aku bersetuju dgn semua point ni kecuali point no 13 - buai. Tolak tepi isu kesihatan, seeloknya jgn diajar kerana kesudahannya nnt akan menyusahkan mak bapak pasal asal nak tido je kena ada buai. Kulu kilir ko bejalan becuti nnt nak kena angkut buai. Dan chances kalau dapat nursery yg cuai membuaikan anak dah ada kes baby terhentak ke lantai, tercampak pun ada.

Sekian, terima kassim.

Tanpa Nama berkata...

sbnrnya if tak hisap rokok dpn baby pun tapi hisap rokok tmpt lain pastu dukung baby sama gak effect die sbb nicotine lekat kat baju ngan tangan.senang citer stop smoking terus demi kesejahteraan bersama.sekian terima kasih

-sham

Cik Siti Fairuz berkata...

1. bila ada baby + anak2 ramai.. DRYER sgt diperlukan. takut baju kau & anak tak sempat kering,lembab memanjang. beli dryer LG/electrolux.

2. kalau rumah dah ada peti sejuk besar, tak payah la susah2 beli peti sejuk lagi,sbb nk guna bahagian freezer je kn? apa kata beli FREEZER yg utk forzen food tu je. hari raya boleh pakai buat simpan daging&ayam. takut mkn space, bole letak kt garage.

@syakir, aku setuju jgn nk biasakan sgt bagi buai kt baby ni.

Cik Siti Fairuz berkata...

oh,lupa plak ini kitab BAPA CHEAPSKATE!

lupakan dryer & freezer tu..back to basics & go green!!

Mother of 4 berkata...

Kain lampin kena tambah kot untuk buat swaddle/bedung baby. Kalau nak baby tido selesa tanpa terkejut, boleh la bedungkan baby tu. Skrg ni dah mcm2 swaddle dijual tapi pd saya, kain dia tebal & baby jadi terlampau panas. Jadi yg terbaik ialah kain lampin atau kain muslin yang nipis & lebar.

Tanpa Nama berkata...

aku pernah tgk ada sorang bapak smbil hisap rokok duk pegang baby dia,nak je aku sound,tapi nnti aku kene sound balik dgn jwapan standard "suke hati akulah, anak aku"...

Irfa berkata...

utk anon atas sekali..
lelaki yg jawab mcm tu kat ko mmg takde otak..camner la agaknya peel dia kat umah

entri yg sgt bagus ;)

Kak Mah berkata...

utk basic preparation sprt di atas sudah mencukupi.. aku dulu siap buat mind map checklist lah utk anak pertama nih..

isap okok sambil dukung baby = bangang

Fahmi Yunus berkata...

Tot, ada gambar katil baby yg kena ban x? tq..

Mantot berkata...

tu..mcm dalam gambar tu. maybe design dia je la lain2 tak mcm gambar.

dia punya side wall dia tu cecah lantai sbb dah lowered abis...katil mcm tu yg kena ban sebab ada risk mechanism pintu dia loose dan akan jatuh menyepit baby.lagipun aku dah usha...benda yang pegang pintu dia tu hanyalah satu klip yang diperbuat daripada plastik dan memang agak mudah nak jatuh dinding dia.

aku rasa as long cot dia takde mechanism nak lowered wall tepi camtu...sepatutnya dah selamat la.

Haizam Kacak berkata...

Ya..tido dalam buaian eloklah dielakkan selagi buleh..ikut pengalaman anak pertama dulu,mak mertua aku yg beria2 nak suruh anak aku tidur dalam buaian..kesudahannya menyusahkan kitaorg laki bini sbb bila bini abes pantang,kena balik rumah.sampai rumah takleh nak buat keje2 rumah sbb anak asik menangis mintak tido dlm buai..terpaksa aku beli buai elektrik,dekat2 rm200..bg aku satu kerugian..Alhamdulillah,anak no.2 skang ni senang dibawa tidur..campak jer atas tilam,terus beliau tido..tak perlu tepuk2 pun..

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa child car seat yg teramat penting. ada parents pakai seat belt anak bergolek gelantang tak ber seat belt. ada yg pangku anak sambil driving dan paling jelek dan keji biarkan anak berdiri diatas kerusi dalam kereta. pakai kereta mewah, child car seat tak beli jugak. jangan diajar baby dlm kereta nak berpegang aje, harus diajar dari lahir lg duduk dalam child car seat. kalu belum beli lg jangan pangku baby dan duduk didepan, takut kalu kemalangan nanti melantun mcm angry birds. biar dia melalak.. tak pe, bukan melalak sakit, jgn nanti kita yg melalak. sebagai parents marilah kita berkempen tentang child car seat ni. kalu ada import duty atau tax utk child car seat mesti dihapuskan. merokok dan tak guna child car seat sama je...kita yg menjemput risikonya. sebagai anon sy minta maaf comment sesuka hati. just think about it and act now.

Puan Muda berkata...

pasal perokok tu mmg aku ada insiden yg buat aku benggang

sedara aku tangan dia ada rokok..sedara aku nak dukung anak aku
aku cakap "nak pegang baby,rokok sila jauhkan.."
dia cakap aku ngada,dia anak 4 anak tak mati pun sebab rokok..
dia lempar puntung rokok..terus amik anak aku..and hembus asap ke tepi ..

ya allah aku rasa biadap gila..
then keep cakap kt anak aku
"mama ko ni mengada..nak je aku tumbuk muka ko"

terus aku rampas anak aku balik..
saiko mamat tu..nak gaduh tak guna
otak dia dah sewel sebab rokok aku rasa

suria berkata...

biasanya tak digalakkan baby tido atas selimut berlapis2 -toto. Kena firm surface, cuts risk of suffocation

Tanpa Nama berkata...

bila anak dah start bergolek, sebaiknya mak ayah tidur bersama baby dibawah (bukan atas katil) sebab biasa terjadi anak jatuh katil even mak ayah kat kiri kanan.. dia still bergolek ke bawah.. hehe :)

Mama Iman berkata...

aku nak komen no 7 dan 8 sebab aku penyusu anak yg tegar. hahaha... (ada ke?) la ni ada kedai2 tertentu yg sediakan khidmat test breastpump dulu sebelum beli. mcm di lunatots dan momslittleones. jadi blh la elak dari tersalah beli yg tak selesa. peti ais tu elok beli 2 pintu coz kalu satu pintu, even letak kat bhgn beku pun, susu cuma tahan 2 minggu je. jadi kalau beli yg dua pintu, bhgn beku atas tu blh tahan 3 bln. jimat dah kat situ. lagipun, blh stockup byk2. mcm aku stock guna milk liner yg blh jimat space. biasanya dalam freezer tu ada dua bhgn kan? aku amik atas utk simpan susu dan bawah utk simpan ikan. walaupun sebenonya tak la digalakkan... hehehe...

ooo... satu lagi, amalkan babywearing, so takyah ada stroller bagai nak bwk anak time soping. kang ilang payah.... hohoho...

Rizza berkata...

Tang rokok tu pada aku la...mmg takleh dimaafkan.
Tgk member isap rokok smbl dukung anak (dlm hati aku -elok la...ko keje operator kilang...elok2 otak anak tu nk bkembang jadi twrencat...keturunan operator kilang jelaaa)

satu lagi adalh isap rokok dalam keta ngan sume famili ada.....bini tgh ngandung, ada budak 2thn, 3thn,7thn dlm keta tu.....seriyes aku nak ludah kat brader tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau ditanya kat org2 lama, diorang akan kata car seat tak perlu, diorang elok aje takde car seat. tapi maslaahnya, dulu kete tak byk cam skrang dan org tak bawa kete giler cam skrang. so car seat memang investment penting, tahan smp 10bulan-setahun, ikut perkembangan berat anak.