April 10, 2012

Kita Dilahirkan Untuk Bekerja dan Mengabaikan Keluarga


"Mak saya keje kat TEXAS INSTRUMENT di ulu kelang. Sejak managment tukar dan dipegang oleh bangsa lain (dulu mat salleh) keadaan makin teruk. Staff dipaksa kerja 12 jam...byangkan mak saya yang umur 50 tahun dah keje situ hampir 15 tahun takat gaji masih RM 1000.00...dah lah penat giler bile dpt gaji ciput jew...nak mengadu nanti kena buang....so mereka mmg teraniaya...sejak PM kat nak naik tangga gaji pihak TEXAS pandai 2 buat undang 2 sendiri. Mak saya kata semua OT dikira sekali ngan gaji...erm bodoh punye kerajaan...benda camni pun tutup mata...nampak sangat tak buat keje..."

....................

Ada orang komen ni semalam dekat entry aku yang aku postkan Januari 2011 dulu. Betul atau tidak wallahuallam sebab aku bukan kerja sana pun, tapi situasi yang sama jadi dari zaman aku mula kerja sampai sekarang. Tak ada apa-apa perubahan. PM dah tukar 3 kali tapi still the same bullshit masih lagi berlaku.

Bila dah jadi macam tu, ada beberapa benda yang walaupun law dah cover, tapi kerajaan akan pandang sebelah mata aje. Contohnya macam hak pekerja. Walaupun undang2 dah protect pekerja tapi the abuse of the system masih berlaku sebab majikan tak takut dengan undang-undang. Undang-undang tak boleh sentuh diorang. Kalau satu kesatuan kerja mogok pasal overtime dan shift yang macam gampang selalunya benda tu akan ditolak ke tepi atau dibiarkan sahaja hingga senyap sebab kerajaan takut nak take action pasal benda tu.

Telur diorang dah kena pegang dan selalunya mangsa adalah orang ramai, macam mak kau. Sebab tu banyak benar penangguhan pasal gaji minima sebab kerajaan terpaksa tengok apa respon tauke2 besar.

Cuba tanya diri sendiri ; kalau kau ada rasa disalahgunakan di tempat kerja, kau ada kena buat kerja yang kau tak sepatutnya buat, kau kena kerja lebih masa tanpa ada apa-apa imbuhan masa kau tu....adakah kau ada rasa takut untuk bersuara atau complain dekat pejabat buruh?

Mesti ada! Sebab kau takut hilang kerja.  Tu satu benda yang dah sangat rotten dalam negara kita. Pekerja tak ada hak nak bersuara sebab takut tak dapat kerja lain, apatah lagi macam situasi mak kau yang umur 50 tahun, umur2 macam ni cukup takut hilang kerja sebab chances nak dapat kerja lain agak slim.

Kita sebagai rakyat mesti berani lawan benda ni sebab selagi kita takut nak bangun lawan, sampai bila2 kita akan jadi macam ni. Anak cucu kita pun akan jadi macam ni dan ada kemungkinan akan lebih teruk lagi.

Kerajaan dalam hal macam ni sepatutnya kena tolong golongan yang lebih bawah terlebih dahulu tapi aku tak nampak benda ni akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan sekarang sebab sistem yang kita guna pakai sekarang ni sangat2 membuat kerajaan selesa. Punyalah banyak berdolak dalih dalam isu gaji minima ni sedangkan slogan yang digembar-gemburkan adalah "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Simpan dalam kepala anda benda ni;
Office hour anda sepatutnya ikut apa yang ada dalam perjanjian kontrak anda. Kalau dia tulis situ 9 pagi hingga 6 petang..6 petang sharp BALIK RUMAH! Kalau majikan suruh stayback sebab tiba-tiba ada kerja extra, MINTAK OVERTIME! JANGAN KERJA FREE!

Pastikan anda berani suarakan hak anda.

Aku mintak tolong kerajaan supaya tolong gubal semula akta pekerja ni sebab banyak sangat exploit dia untuk take advantage hak pekerja. Kau cuba bukak kontrak employment kau lepas tu kau tengok ; ada tak dalam tu tertulis "The company have the right to require the employee to work after the office hour without any additional payment on top of the total salary?" atau sesuatu yang berbunyi macam tu.

Mesti ada. Mintak tolong jasa baik kerajaan sekarang...tolong jangan bagi kelonggaran kepada company untuk letak benda tu dalam kontrak majikan dengan pekerja tak kiralah dia executive ke pekerja sokongan ke.

Kalau kau rasa apa yang aku tulis ni berguna tolong sebarkan. Ini adalah salah satu benda yang membuatkan aku rasa walaupun kerajaan sekarang nak mendahulukan rakyat..tapi semua tu hanya angin-angin kosong dan kenapa perlunya perubahan kerajaan pada pilihanraya umum nanti.

Asyik2 company aje untung besar takkan la orang ramai takleh nak dapat income lebih sikit?

Bacaan lanjut
Hak-Hak Pekerja Yang Anda Perlu Tahu


33 ulasan:

mantat berkata...

itu masalah company la apa masalahnya dgn kerajaan? kalau kerajaan pr menang pun ingat diorg boleh control sepenuhnya hal2 syarikat swasta ke? ko cakap sedap pakai mulut sbb keje sendiri, bini pun keje gomen... cuba keje kat kilang tengok mcm mana? sbb tu ada persatuan pekerja, kalau ada masalah apa2 pergilah berbincang dgn persatuan pekerja ini tidak pergi bincang dgn anuar ibrahim mmg bangang la... sama la dgn masalah kg kerinchi... bodoh betul ada org2 melayu mcm kau ni

Unknown berkata...

butthurt sorang ni dok masuk cerita pr, anwar bagai.

fight for your right, bukan jadi meleis ikut kena pijak sampai mati

Tanpa Nama berkata...

gila meroyan apa mantat sorang nih... nama pun mantat.... heheheh. habis akta pekerja tu sapa yang gubal???? bukan kerajaan?

canopy berkata...

Bodoh punya mantat,
Kalau ko tak tahu hal secara menyeluruh, jangan bercakap. Kalau cakap jugak, mulut ko tak lain macam lubang jubo. tahu keluarkan saje, otak tak gune.

almond london berkata...

entah mantat, kau cakap main sedap gigi je. undang-undang kan kerajaan gubal, kalau persatuan-persatuan pekerja tu mogok lapar sekalipun dan mogoklah segala hapa nak buat, kalau kerajaan nak buat bodoh, buat bodoh jugak. alang2 daripada buat benda yang entah dapat entahkan tidak, baik minta terus dengan kerajaan. aku ni bukanlah peminat setengah mati mantot tapi entry dia ni ada betul nya.

p/s : kau ngamuk2 ni, kau orang gomen ye..hihihi

Tanpa Nama berkata...

CUBA TENGOK APA KERAJAAN INDONESIA BAGI MENJAGA PEKERJA2...GAJI MINIMUM AMAH AJER RM700 UNTUK SATU PEKERJAAN....DIINDONESIA SENDIRI AKTA PEKERJA MEMANG DIJAGA DAN MENGIKUT KONVENSEN ILO...GAJI DIINDONESIA WALAUPUN RENDAH TAPI MEREKA KERJA 12 BULAN DAPAN GAJI 13 BULAN WAJIB.

ana berkata...

masa nak sain letter offer tu baca la semua syarat & peraturan..jgn main sain je sbb nk cpt keje..kalau dalam perjanjian takleh claim OT cari keje lain..

tapi biasanya kalau eksekutif takleh claim OT..yg kuli2 gaji bwh 1500 je blh claim..

pokok pangkalnya sila baca aggreement tu sblm sain..kalau sykt kata xde claim OT sila siapkan keje masa ofis hour..jgn masa keje mengular buka FB ke blog ke..dah nak blk br hegeh2 buat keje..

aki_san berkata...

haaaaaaaaaaa...tu la masalah yang aku hadpi sekrang...bile de maslh, ngadu kat jbtan buruh xde respon...baik xyah ade kat jawatan buruh,,,da kerajaan sila la pantau undang2 yg dorg buat dan sila la implement....kecian kat kita yg kuli2 ni....huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

camana tak sign agreement...bole memilih kja ke skrg nih..tak sign bila pulak nak dpt kja..??sapa nak sara hidup..?apa yg penulis cakap tu betul...kerajaan must control all this...IT IS A MUST..!!

Ahyat berkata...

Laki aku keje tiap2 hr blk pukul 3 4 pg..dah la hr ahad kena buat keje dr rmh, klu tak bos dia maki dia..mmg mcm haram..nak mengadu..bosnya tu dah la org kuat Umno, pas tu bekas polis plak tu...siap2 ko yg kena blk klu ngadu...nak cr keje lain, bkn sesenang yg di ckap...slg tak PRU, slg tu dia keje tiap2 hr cam gtu..dia dpt juta2, staff bg ciput jer...aku mmg doa, smg BN kalah...klu manage comp pun mcm sial, mcm mana nak pimpin negara...

Tanpa Nama berkata...

aku tunggu komen dari budak mantat ni...apsal senyap? ingatkan pandai sangat berhujah....

mr edz berkata...

isa samad kaki menipu

The Hilmans berkata...

Pengalaman aku keje dengan satu tauke india..asyik2 nak suruh tunggu dia baru boleh balik. dia plak pukol 4 pukol 5petang baru nak datang..meeting stat pukol 6petang sampai maghrib. semua staf perempuan stok bergaduh dengan laki perkara biase. Ayat cilake dia " I boleh kerja sampai malam kenapa u all x boleh?" Bangang punya boss doh kampeni ko sesuka hati ko la nak keje bila2 mase. OT jangan harap. Keje dahle takde sistem. perubatan tak leh claim. Sape yang stay tu aku memang tak faham.. Nasib aku dah berenti dapat keje lain...

skyscraper23 berkata...

tu belum kira bab nak pergi sembahyang lagi, kalau kompeni melayu memanglah boleh paham tapi kalau cina??? aku pernah kerja dengan cina, 10 pagi 10 malam, then rehat sejam je. lepas tu takleh pergi memana dah..nak sembahyang susah meh.. so tolonglah gubal satu undang2 membantu pekerja2 macam kami neh

Tanpa Nama berkata...

Aku salah seorang staff JobStreet.com Sdn Bhd. Aku yakin korang sume kenal dan ade account JobStreet, betul? Since Mantot bring up the isu pasal OT aku pun nak share sumthing. Ni adelah salah satu public listed company yg x byr OT. Di ulang, x pernah bayar! Kalau kau stay back means kau slow buat kerja walhal kerja kau melambak bukan sbb slow, tapi cover org lain punya keje. Ade 1 dept ni kena keje time Public Holiday but nobody cares! Company will replace it with Annual Leave. FYi, kau xde pilihan selain dari amik Annual Leave tu sbb based on aku punya experience dgn co lama dulu, I have an options nak duit or cuti. So fair lah kan? Another thing is that believe it or not ade sorang staff yang aku kenal ni increment gaji dia 50% sedangkan budak lain dlm team yg same increment just 7% je. So mcm mane tu? Name je gah tapi kebajikan staff mcm hape. Turn over punyalah tinggi. So kpd sesape yg pernah pandang tinggi pada company ni..renung2 kan lah. BTW, aku dah tendered resignation pun.

kak nina berkata...

aku rase bab2 kena kerja extra dan bayar lebih pun kena tengok juga jenis perniagaan sesuatu company tu..

company adik aku travel company, so dah tentu2 kerja tak tentu masa..

aku bagi contoh baru-baru ni dia mengadu dgn aku pasal staff dia..

kalau flight group tu pukul 2 pagi, nak tak nak ko tetap kena pergi 2 pagi, check-in kan group tu kat airport..kalau ada tour leader dr company, fine, ko boleh setel semua sendiri.. adik aku pun faham, setiap staff yg buat airport duty mesti bagi dia bagi elaun airport duty, minyak claim mileage, lepak2 minum kopi/makan2 kat airport tu pun ade bagi peruntukan...

kalau staff kena jadi tour leader, adik aku bagi elaun perjalanan sehari rm100, gaji bulan tetap masuk...

tapi nak tak nak memang staff kena kerja lebih masa...contohnya, nak kerja dateline visa, memang kena siapkan sebelum dateline, kalau tak mampus ko kena sembur dengan clients kalau tak dapat visa padahal clients sendiri yg ngok lambat bagi details...dah tahu nak melancong, bila orang mintak details nak buat visa bagi jelah..bukannya nak merompak...

bila airlines last minute letak dateline, nak tak nak ko memang kena kerja extra hour, kalau tak, airline cancel booking, naik surcharge, & lain2 yang cara2 untuk mencekik company kecik..

bila clients minta jumpa dia lepas ofis hour, nak tak nak ko kena pergo juga sebab clients kata jangan datang waktu kerja nanti diorang kena sembur dengan bos diorang..

staff pun bila waktu kerja, buatlah kerja..dok bergayut dgn balak/laki/bini/bini angkat, pergi sibuk buat urusan anak/amik anak/jemput anak/anak demam/anak merajuk/anak mengedik, memang kerja ko tak siap n ko kena kerja extra hour...

kalau adik aku tak buat kerja duk bershopping/merayau/melepak tak pelah kalau staff die ngadu pasal kerja lebih masa, ini kadang2 dia sendiri, balik kerja gelap, pergi kerja pun gelap...

Tanpa Nama berkata...

boleh sape2 terangkan sejauh mana akta buruh berkesan?sebab selama ni aku igt segala syarat dalam offer letter dh muktamad.take it or leave it.contohnya kalau akta buruh menyatakan org bergaji 1.5k ke bawah sahaja layak utk claim ot.tapi dlm akta company tertentu ditulis 1k ke bawah br layak claim.adakah company ni boleh didakwa?secara logiknya ikut suka company tu la kan nk buat apa.dia bos.kalau nk amik.xnk sudah.

-newbies-

Raden berkata...

aku ngadu kat pejabat agama johor pasal x bole semayang jumaat... balik jer opis kena panggil ngan GM... dia sound "lu x payah pegi komplen itu gov ofis... suma kita sudah pegang"...

ooo lupa lak... johor DAP yg perintah

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya... Kalau tau dari agreement pun dah menyalahi undang-undang, boleh report sebenarnya. Ade sebuah article, dimana ketua HR tak dapat nak hire seseorang kerana tak dapat masuk account facebook si pemohon pekerja. Atas sebab, takut diambil tindakan oleh kerajaan kerana diskriminasi. Dari segi agama, parti politic dan sebagainya.

Di Malaysia, kebanyakkan company boleh buat apa dieorang nak sebab kerajaan tak kisah. Negara Norway, teramatlah adil

Tanpa Nama berkata...

Cuba mengadu pada "bunyet".maybe depa boleh tlg.sebab depa bela islam dan melayu katanya.opssss lupa,"bunyet" ialah puak perkasa dan pekida.kombinasi dari monyet dan lembu.jadinya bunyet

Unknown berkata...

Assalamualaikum.. mohon promot blog di sini.kami sedang mencari blog-blog di seluruh malaysia untuk di masukkan di dalam SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA.. Oleh itu sesiapa yang mahu blog anda di masukkan ke dalam SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA sila daftar blog anda di alamat ini http;//bloglistmalaysia.blogspot.com/2011/10/kami-sedang-mencari-blog-blog-untuk-di.html

TERIMA KASIH KERANA DI BERI PELUANG

Sumber Asal: Artifak Ini Merupakan Surat Cinta Tertua di Dunia | HASRULHASSAN.COM™
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial

Swasta nak mampus dah berkata...

BN jangan diberi peluang menang PRU13,

terbayang nyata kenaikan harga barangan keperluan, minyak petrol, gula, kadar letrik, air dan paling menakutkan GST menyeluruh. Itu tak termasuk lagi idea BN ingin setiap rakyat ada insuran sendiri untuk sebarang perubatan. Pekerja swasta perlukan pembelaan. MTUC pula asyik tidur.

Tanpa Nama berkata...

Gua org hR.gua dh hadam sgt ea1955 tuh.gua skg sgt mantot.palahotak dia geliga.sedrkn org rmi psl akta neyh.bangun mlawan.pd gua hR ni cm krj kotor dh..seriusly. bab job security mmg jgn hrp...increment jahanam.fringe benefit?harapannn la..gua x nk ank2 gua nti pn dperah mcm ni jgk pd ms dpn. gua skg -abu-

Tanpa Nama berkata...

firstly, aku tak paham kenapa dari entry, samapi few comments kene guna harsh words? mmg tu ke bahasa sekarang (sorry,kalau aku kuno sikit) Mantot, I have been followed ur blog for quite some time. Tapi makin lama, mcm makin bosan aku rasa. Regarding this entry, klu kita nak gaji lebih, topup ilmu.belajar. Those people yg complain, I dont underrstand y, mostly yg takat degree, spm dan sewaktu dgnnya.Apply for study leave. Those profs and docs bukan tak complain,but they make it in a proper way.During my degree, ada sorang pakcik umur dekat 60 sama2 amik second degree dgn kami. Sebab dia nak bukak firm n die nak topup ilmu. Thats it.U can complain, but make it in a proper way. Zaman sekarang banyak sngt "Professor Google". Learn and take a look at the Federal Constitution to know your right(s). Its clearly stated there.
Assalammualaikum.

Mantot berkata...

entry ni bukan untuk orang yang nak mintak gaji lebih. kalau kau rasa kau well paid dengan gaji yang kau ada skrg, terpulang. kalau kau rasa majikan kau sekarang tak overworked kau, itu nasib kau.

bukan semua orang ada kemampuan dan time nak topup ilmu belajar jadi dia hanya ada SPM (77% tenaga kerja Malaysia adalah pemegang sijil SPM sahaja)

pekerja yang bekerja menggunakan kelulusan SPM pun perlu dijaga hak diorang dari dieksploitasi sebab makin rendah kelulusan seseorang, makin banyak loophole untuk diorang nak dieksploitasi sebab golongan ni lah yang job security dia paling rapuh.

mango berkata...

topup ilmu, belajar? kau ingat semua orang senang macam kau ke? ada duit nak sambung belajar, tak ada anak bini, hutang belajar,hutang kereta,rumah? orang sekarang berlumba2 nak cari duit..siang kerja ofis, malam kerja kat downtown,pasar malam,jual burger sebab nak cover duit belajar anak2, makan minum yang semakin mahal..

bila ibu bapa sibuk, tak dapat nak tgok anak2, didik, mula la anak2 muda kita jadi macam2.. semua ni berkait rapat bila fikir balik


by the way,fresh graduate, keluar je komfirm kena bayar duit hutang ptptn, nak cari kerja lagi..dah kerja,gaji cukup2, tak leh nak claim OT pulak..waktu solat kat tempat kerja pun tunggang langgang sebab majikan bagi rehat cukup2.tak bagi masa nak smayang.hajat nak berumah tangga lagi,takkan umur 30 lebih berhempas pulas baru nak kawen

so,apa jadi? mentaliti skarang, baik aku takyah kawen,romen2 je,enjoy2, takyah semayang..senang kepala pikir

rara berkata...

skrg mantot cite pasal job security, pasal akta buruh, dan hak2 pekerja...buat pengetahuan ko en anonymous blaja tinggi pon x jamin ape2...aku ni ade gak degree, kwan aku ade gak master....tp kami gak mengalami masalah yg sama...sebab nye kami xberbasib baik untuk bekerja di kerajaan dan x bernasib baik untuk keje di company swasta yang besar....ko xley samakn semua org same cm mereka ditaja kerajaan cam DOKTOR, PROF, CIKGU tu semua...mereka under goverment, dpt gaji dr cukai2 yg kita bayar....tp pade kami yg bekerja di swasta itulah yg dialamai....mereka xkisah pade undang2 sebabnya kat malaysia x implement sepenuhnya undang2 dan hak pekerja...kalau ko nak taw perasaan kami skrg sila la ko bekerja cam kitorg...jgn sebab ko bernasib baik ko nak banding kan diri ko ngn org lain....and btw, dorg yang keje ade spm tu je function dorg lagi penting...sebab cuba ko pk klu mereka xde ade ke org yg nak buat keje2 yg mereka buat? aku rase ko sendiri pon xnak xnak buat...bagi aku xde undang2 yang menjaga hak pekerja kita akan terus jd mangsa ekonomi...

Raden berkata...

ooo sapa SPM tu mmg x layak hidup selesa la... kalau nak selesa kena ada kelulusan yg tinggi... klau mcmtu... baik sapa yg SPM ni kasi tembak jer... bagi yg kelulusan tinggi jer yg idup...

apa daaaa... org mcm ni pon ada


p/s: aku x tuju pada suma grad... aku tuju grad yg rasa diri dia lagi bagus dari org SPM

ann berkata...

anon...
topup ilmu blaja??? jelas2 n3 ni bincang pasal hak pekerja, xkisah lah hanya blaja tggi ke rendah..smua org de hak bekerja even tukang kutip smpah...
bukannye bincang bgaimana nk dpt gaji lebih.
pelik...dari komen, mesti blaja tinggi2..tp boleh menyimpang ke arah lain.

Aku kerja swasta berkata...

banyak gak yg membebel gaji minima, hak pekerja bagai yek?

apsal time dedulu belajar main2?
apsal tak nak repeat spm kalau dah result lu dpt bodoh sgt?
apsal tak reti2 nak blajar pasal akta pekerja, hak pekerja so x mudah teraniaya?
apsal x reti2 nak tegakkan hak sendiri?
apsal tak berani nak tambah ilmu, sambung blajar?

sapa suruh lemau sangat, padan la muka korang

bagi alasan pandai, kualiti kerja cam jahanam

nasib ko la labu.. ko nak maju, ko compete. jgn nak salahkan cina, anak branak nak pakai duit, kerajaan

jgn jadi sampah

Tanpa Nama berkata...

untuk buah bernama mango

nak sambung study ada banyak jalan bro: ada biasiswa company, gov, ngo.. google mybrain15.

lainla kalau ko sibuk nak bayar kereta mahal dgn duit rokok kau, sampai bila pun duit tak xukup bro

punchdrunk lovesick berkata...

SEBENARNYA DUNIA TELAH DIMONOPOLI OLEH SANG KAPITALIS...DAN MINDA KITA JUGA TELAH DIJAJAH OLEH SANG KAPITALIS...

Tanpa Nama berkata...

terbuka ruang ini aku rs terpanggil nak komen...
Hak korng sukahati korglah melalut cete smpah ni..buat malu melayu je...menghentap bagai nak rak..tapi apa ko buat?habiskan duit mak bapak?dh tahu mak tertindas ko pergilah kerja..
Ko ada belajo agama tak?ko keje iklas hasilnya tuhan yg lebih tahu..yg ada degree tu memang bodoh. Mcm mn boleh tak dpt keje?company aku byk je nak pakai org..tp sebb korang tak boleh pakai mcm mana org nak ambik org degree mcm korg..jgn menyalak mcm anjing..kalau ko sendiri tak pernah usaha untuk berjaya..akta digubal untul disiplinkan manusia..tp mcm solat jugalah korang mesti tertinggal punya..lainlah manusia mcm binatang boleh ko ikat..kerajaan pun manusia juga...ko nak diaorang buat mcm mana?bangla sini kerja pun boleh 2k wei. Sebab apa dia usaha and bersatu..korang?menyalak je pandailah