April 05, 2012

Film Review : Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1

Mungkin ulasan ini agak terlambat dan tidak ada point lagi tapi ketahuilah, filem ini adalah filem paling dungu dan lembap dan kosong berbanding semua filem Twilight yang sudah dikeluarkan. Apa tujuan filem ini sebenarnya? Sebagai filem perkahwinan? Aku boleh tonton My Best Friends Wedding untuk itu. Sebagai filem aksi? Mana ada aksi. Sebagai filem seram? Tak ada apa2 yang seram mengenai sekumpulan vampire yang sparkling apabila terkena matahari.

Selalunya filem Twilight ni aku tolerate tengok memandangkan man-crush aku kepada Robert Pattinson membolehkan aku tahan layan filem2 sebelum ni dari awal hingga habis tapi sayangnya, Robert Pattinson hanyalah sekadar mat tempel aje dalam filem ni.

Dia seolah-olah seorang loser yang sanggup berkongsi isteri dengan orang lain. Loser maksimum.

Kristen Stewart masih lagi Bella yang menggeletar 24 jam. Aku still tak nampak apa yang Edward Cullen nampak cantik sangat pada Bella sampai tergila-gila macam tu sekali.

Dan tah sapa nama pelakon yang memegang watak Jacob tu..animasi dia sebagai serigala 3D jauh lagi best dan ber-emosi berbanding lakonan dia sebagai manusia.

Bila kita menonton filem vampire, dalam minda kita pasti sudah tersimpan yang visualnya pasti dipenuhi dengan imej-imej vampire huduh dan buruk dan satu-satunya kejayaan filem ini berbanding filem2 lain sebelum ini adalah, buat pertama kalinya aku merasakan lakonan Kristen Stewart dalam filem ini menjadi kerana sepanjang majoriti filem ini dia berlakon sebagai orang yang sakit tenat dan lebih menyerupai vampire yang kita selalu tengok dalam filem lain, membuatkan wajah menggeletar dan blur Kristen Stewart amat berkesan membuai emosi penonton.

Makin lama anda layan saga Twilight ini akan makin terserlahlah sebenarnya siri buku ini hanyalah satu fantasi penulisnya yang horny dan dahagakan kasih sayang. Ini amat jelas direfleksikan dalam karakter Bella yang seolah-olah tidak keruan hidup tanpa lelaki dan bagaimana perlunya dia memiliki kasih sayang daripada 2 orang lelaki secara serentak walaupun sudah berkahwin. Gadis2 yang berfantasi seperti ini akibat daripada pengaruh Twilight menunjukkan peminat die hard siri Twilight sedikit terganggu mental mereka.

Filem ini adalah filem paling lemah antara semua filem Twilight yang sudah dikeluarkan. Seolah-olah bajet tak cukup diberikan untuk pengambaran kerana terlalu banyak waktu durasinya dihabiskan untuk 2 benda sahaja ;

1. Adegan kahwin Bella dan Edward
2. Adegan romen Bella dan Edward

Filem ni mempunya durasi 1 jam 50 minit dan 40 minit pertama dalam filem hanyalah untuk kedua-dua babak di atas. Kemudian dipenuhi dengan shot-shot muka Bella yang sakit kerana mengandungkan anak hybrid manusia dan vampire. Sesuatu yang menakutkan; dan aku tak bermaksud anak hybrid manusia vampire itu menakutkan kerana dalam filem, semua orang, SEMUA ORANG seolah-olah takut benar dengan bayi dalam kandungan perut Bella termasuklah Robert Pattinson sendiri.

Tetapi apa yang lebih menakutkan adalah filem ini seolah-olah dipadding ceritanya dengan mengggunakan shot-shot muka Bella sedang mengerang kesakitan atau menahan sakit kerana nak bagi tambah durasi cerita menjadikan filem ini lebih panjang (kerana buku karya asalnya hanyalah satu buku tetapi filem displitkan jadi dua bahagian) .

Aku sepatutnya dah dapat tangkap dari first filem lagi yang siri Twilight ni adalah satu series filem yang bakal fail bila Edward bukak baju dan tunjuk badan sparkling dia. Sebuah filem yang sangat mengecewakan dan hanya sesuai untuk peminat hard core Twilight.

Rating:
2/10

19 ulasan:

DyanaYunus berkata...

haha, tak tengok pun lagi. tp bila baca 'review' ni lagi laa kensel niat

mr edz berkata...

sama macam cerita kl menjerit...

mantat berkata...

huh org lelaki tgk twillight? seriously... GAY

twillight - tak layak ditonton, direview dan diberi markah pun

Daisy Biru berkata...

aku memandang breaking dawn part 1 ni sebagai satu cara penerbit nak bg penonton faham apa yang akab berlaku dalam part 2 nanti. sbb agak complicated jugak reaseon si jacob ni boleh bercinta dgn anak bella ni nanti.

KiD berkata...

lagi best tengok vampire suck.

Tanpa Nama berkata...

Maaf Mantot,

3 years ago, my mom diagnosed with breast ca. stage 4. She has been coping very well with the treatments since then. Now, it metastasized to the lung and bones. This is completely insane and none of the recuperative measures suggested in healing cancer. Please text your supportive words to show support to my mom. She is a strong woman, and your wishes will make her stronger. (Text to Rosidah Harun at 0195568720, preferably in Malay).

Jay berkata...

Hoi, berani ko kutuk Twilight kegilaan ramai ni! Mmg penulis novel ni buat citer camni utk kaum2 hawa bujang & dh kahwin yg dahagakan kasih sayang sambil layan ghairah seks masing2. Ni satu2nya movie penuh dgn 18sx yg kerajaan scr rasmi tak ishtiharkan sbg filem porn memudahkan awek2 & bini2 tonton movie tanpa sebarang halangan, tak spt filem porn2 lain yg diharamkan & kena curi2 beli/download.

Kesimpulan, aku bakal diattack oleh groupie yg membalas dgn 'Kalau tak suka movie ni, jangan tengok,'

Laici berkata...

minta kata2 semangat dari mantot? ok tak mamat ni...?


pelik betol aku...

by the way,filem twilight memang fail ! aku dah sedar dari episod pertama lagi, tapi filem pertama tu masih dapat ditonton tanpa perasaan terlampau menyakitkan hati.filem2 lepas tu? puiih

Mastetr Yoda berkata...

1st movie of twilight dah boring gile...Vampire ada diamond kat badan, and bersinar-sinar plak..Wadafak...Kah kah kah...Trus gua tido..Dan tak berminat nak tgk muvi2 sequel yg seterusnya

kalau mantot ada kembar la... berkata...

Malas aku nak layan review si mantot ni...

Kalau review tu, filem orang aje yang teruk... Langsung tak ada positif...

Bodoh punya mantot...

Nak puas hati, bikin la filem sendiri, pastu letak kat blog ni kasih readers kat sini pulak review...

punchdrunk lovesick berkata...

ORANG KAT ATAS AKU MMG BANGANG..DH CITER XSEDAP..KOMEN LA XSEDAP..BANGANG!!!KAH..KAH..KAH

Best Business Brands berkata...

The makers of this fourth film in the series based on Stephenie Meyer's vampire bestsellers follow the example of another lucrative franchise, ...

punchdrunk lovesick yang babi lagi bodoh nak mampus... berkata...

Babi punya punchdrunk lovesick...

Kau kata aku memang bangang...??

Oii.. Puki! Aku bukan komen kau pun sial...

Babi! Puki! Sial! Bodoh nak mampus punya punchdrunk...

Blog buruk, sama buruk dengan tuan dia jugak... KAH... KAH... KAH...

punchdrunk lovesick berkata...

KAH..KAH..KAH..KAH....ORANG BANGANG TETAP BANGANG...KAH..KAH..KAH

black flag berkata...

TWILIGHT??..GTFO..sparkling vampire?? WTF?..kalo bella tu snyum itu adlah aksi rare..hahahaha

1st movie dh mcm celaka
2nd movie lg brtmbh2 celaka
..filem untk pmpuan2 sangap laki hnsem and GAY..

mantat berkata...

cerita ni mmg gay la org2 US sendiri pun kutuk... tuh aku pelik ada jugak org malaysia (lelaki) yg tgk cerita ni

Rabiatul berkata...

twilight is one of the shittiest things ever, and i regret reading and buying all the books (I was once a hardcore twilight fans, and I repented!). You should watch the Walking Dead. It's awesome. Kalau mood cintan sikit, tgk lah vampire diaries hehe :) big bang theory if you feel kinda geekish haha

Rabiatul berkata...

*fan! brain fart!

Jay berkata...

@Rabiatul, Kekeke... Insaf drp terus jadi fan? Interesting! Kekadang heran gak knp citer2 yg paling shit boleh jadi hit tak hengat.