Cuba tengok orang sekeliling kau yang ada baby. Macam mana bapak dia jaga anak dia? Mesti cara dia lebih kurang macam ni ;
Kalau anak tu baru nak bercakap..mesti bapak dia encourage suruh bercakap.
Kalau anak tu baru nak merangkak...mesti bapak dia suruh dia merangkak laju-laju.
Kalau anak dia baru bangun nak jalan-jalan..mesti bapak dia suruh anak dia bangun dan jalan.
Kan? Kemudian kau carik pulak mak bapak yang ada anak dah 4 tahun 5 tahun camtu... kau tengok pulak macam mana cara diorang jaga anak.
"Ali! Bapak nak tengok TV ni. Jangan la jerit!"
"Ali! Duduk diam-diam boleh tak?"
"Ali ! Duduk sini..tak mau pegi mana-mana!"
Kau pegi aje makan malam mana2 kat kedai. Kemudian tengok satu family yang ada anak 2-3 orang. Situasi tu mesti kau jumpa.
Makin besar anak kau makin kurang encouragement yang kau akan bagi. Sejak bila benda tu stop? Tah lah. Susah nak pinpoint sejak bila benda tu stop tapi yang paling obvious adalah encouragement untuk anak tu akan stop bila mak bapak ada anak lagi seorang, mengakibatkan mak bapak terpaksa divert attention dekat adik dia.
Aku bukan pakar pun tapi itu teori aku.
Aku ada baca pasal satu eksperimen dekat sekolah rendah di mana ada 2 orang cikgu diberikan dua buah kelas untuk diajar. Seorang cikgu diberitahu dapat kelas pandai dan seorang lagi dapat kelas tak berapa pandai. Tapi...cikgu2 tu tak diberitahu benda sebenarnya. CIkgu A yang dapat kelas pandai, sebenarnya diberikan kelas tak berapa pandai. Situasi yang berlawanan dicipta..cikgu B ldapat kelas tak berapa pandai..tapi sebenarnya kelas tu kelas pandai.
Hasilnya? Budak2 tak berapa pandai makin pandai. Budak2 pandai jadi tak berapa pandai. Kenapa jadi macam tu? Hasil eksperimen kat sekolah tu membuktikan satu benda...budak2 yang diajar dengan method yang membuatkan diorang rasa diorang pandai akan jadi lagi pandai. Cikgu A tu assume kelas tu pandai jadi dia ajar dengan cara mengajar budak pandai. Cara bercakap lain..cara tunjuk kat dalam kelas lain.
Tapi bila cikgu B yang dapat kelas pandai tapi dia ingat kelas tak berapa pandai, dia dah setkan dalam kepala dia...."aku buat apa pun tak guna jugak sebab diorang ni memang dah lembap." Jadi method yang cikgu ni gunakan juga adalah method yang diapply untuk budak2 lemah membuatkan budak2 dalam kelas tu rasa diri diorang tak pandai, jatuh result periksa kelas pandai tu.
Encouragement sangat penting....Bila CIkgu B dah tertanam dalam kepala dia, kelas tu tak pandai, encouragement pun kurang diberikan kepada budak2 tu.
Orang Melayu kurang encourage anak. Sebab tu kita ramai mat rempit. Sebab tu kita ada Rempit United. Kita ada bohsia. Orang Melayu jugak lah yang paling ramai hisap dadah. Ramai orang Melayu selalu buat anak dia rasa useless.
Dari kecik lagi kita dah di discourage untuk explore, discourage untuk belajar sendiri. Berapa orang yang ajar anak dia..masuk kereta pakai tali pinggang? Tah la, ada la kot. Tapi berapa ramai yang terangkan dekat anak dia kenapa kena pakai tali pinggang tu kalau anak bertanya? Tak ramai.
Kalau ada pun selalunya jawapan dia mesti "sebab kat depan tu ada polis trafik. Cepat cepat!"
Mungkin ada yang jawab sebab kerajaan buat undang-undang kena pakai. Adakah itu jawapan yang betul? Tak. Jawapan yang betul adalah "Sebab abah dengan mak nak adik selamat dan tidak tercampak keluar kalau terjadi sesuatu yang buruk."
Kalau anda merasakan jawapan tu terlalu extreme untuk anak kau..cuba baca balik cerita cikgu A dengan cikgu B tadi.
Kesimpulannya ; kalau kau treat anak2 kau macam orang beradab, macam orang pandai...pandai lah dia nanti. Memang benda tu susah nak buat dan memerlukan komitment mak bapak. Slow2 la kita orang Melayu berubah.
p.s - Untuk jawapan kepada soalan di dalam title posting hari ini...sekarang ni selepas kerajaan sendiri mengiktiraf golongan rempit, ya...kita boleh salahkan kerajaan kalau anak kau jadi rempit. Sebab jadi rempit dah dapat benefit.

10 ulasan:
hmmm so kalau ikut logik kau, anak jadik mat rempit salah kerajaan... so anak jadik professor pun jasa kerajaan jugak lah...
"Encouragement sangat penting....Bila CIkgu B dah tertanam dalam kepala dia, kelas tu tak pandai, encouragement pun kurang diberikan kepada budak2 tu."
Sebenarnya aku separa confuse dgn ni. Dlm adik beradik aku, lembab tak lembab, Mak aku tetap bagi encouragement tu sama rata. Aku tak tau la parents lain. Mungkin encouragement kpd learners berbeza ni lebih berlaku kat sekolah & uni kot.
peranan ibu bapa bermula dari rumah adalah kata kuncinya.
selain daripada mindset yang betul daripada ibu bapa perlu dibekalkan juga anak-anak dengan pegangan agama yg kuat kerana pengaruh rakan sebaya boleh mengalahkan "suara" ibu dan bapanya.
satu je ucapan aku utk kau, happy nurturing ur son.
stk.
hmm,teringat cikgu kat mrsm,dia ajar add maths utk kelas A, and my class,kelas hujung2 kot.ajar kitaorg mcm bdk bodoh,dptla p7,p8.spm dpt A2 kot sbb spot soalan.bila masuk uni, dpt A belaka sbb xde streaming. Nasib baik skrg sek ren xde streaming
eh betul. Sama jugak macam ajar anak semayang, tp cakap kene sembahyang sbb nanti masuk neraka. Bukan cakap kena sembahyang sebab tu wajib dalam islam. Mindset dah lain, dah nampak buruk2 je pasal islam, tak nampak indah.
Mantot, nak link yang pasal eksperimen tu. Aku berminat nak tahu lebih lanjut.
aku tak ada link. sama ada aku baca dalam paper ataupun aku dengar interview dalam radio..aku tak sure. tapi aku ingat penerangan dia macam tu
aku stuju. sbb aku pun dah buat eksperimen yg sama kat anak aku. we treat her like an intelligent little girl, and i think for a 2yo girl she was way advance then other child at her age. we explain everything to her like an adult. and yes, laki aku ajar anak naik kete pakai tali pinggang keledar bila naik keta ;)
Masa UPSR & PMR, im doing good dan takde choice melainkan masuk kelas science streammasa form 4(kelas ke-2 dari 8 kelas). sekolah kluster, good teachers but the way they teach us tu macam lebih kurang je. maybe dia assume kami semua ni pandai belaka, so dia ajaq lebih kurang ja kot. lagi plak budak kelas aku ni kurang bertanya (mungkin jugak sebab depa dah pandai). So aku yang jenis fokus dalam kelas ni tak dapat ilmu apa pun. nak study kat rumah memang jangan harap la. dan keputusannya SPM sangat sedih.
but when i go to college, reverse thing happened. lecturer explain one by one in the class. so jadi semangat nak belajar. and alhamdulillah :)
Catat Ulasan