April 19, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 03 - Tahi Terpercik Ke Badan Adalah Perkara Biasa

Sebelum anak aku lahir aku ada survey gak lampin yang reusable yang banyak dijual kat kedai2 maternity dan baby ni. Tapi still macam mana pun hebatnya lining diapers yang kau bubuh dalam tu, kau akan still kena basuh jugak lampin tu sebab tahi pasti akan kena. Anak kau baru-baru aje lahir, tahi dia mesti kaler hijau dan agak menakutkan. Tapi lama kelamaan dia akan menjadi warna kekuning-kekuningan.

Aku plan nak save duit sebab aku dah survey lampin dan aku kira pergh...sebulan ada la pakai ratus2 dekat Rm200 gak untuk lampin sahaja. Kononnya..beli lampin pakai buang ni mula2 aje dan kemudian tukar ke lampin yang reusable tu tapi memandangkan aku malas nak basuh, aku teruskan beli lampin pakai buang.

Nasihat aku, kalau anak kau lahir...beli lampin Drypers bersaiz NewBorn sebab lampin Drypers ni adalah lampin New Born yang ada ruang sikit untuk tali pusat anak kau. Lampin2 lain akan touch tali pusat anak kau yang still attach kat pusat dia tapi Drypers ada gap sket la. Tapi jangan beli banyak2 dulu lampin saiz NewBorn ni sebab tak lama rasanya baby akan pakai saiz ni, sekejap aje dah besar. Beli ikut keperluan. Bila dah habis top up, jangan overstocked kan. Kalau anak kau dah naik satu saiz dan kena pakai S, pun amalkan benda yang sama. Beli ikut keperluan jangan beli banyak2.

Reason dia...baby akan cepat out grown saiz lampin dan lampin disposable saiz New Born dengan Small adalah yang paling mahal antara semua saiz. Kalau dah tak muat rugi.

Bila anak kau dah mencapai saiz M, masa ni dah sepatutnya ok untuk kau stockkan banyak2 sebab anak kau akan pakai saiz ni agak lama. Cuma anak aku aje la lain sikit...dia lompat ke saiz Large dalam masa yang agak singkat sebab faktor genetik dia yang mempunyai bapak yang agak tidak normal saiz dia berbanding orang Melayu lain.Anak aku start pakai saiz M aku terpaksa bertukar ke brand PetPet sebab naik rashes dekat dia punya bird-bird. Ni satu benda yang kau kena usha gak.

Pengalaman aku, anak aku hanya pernah pakai 2 aje jenis lampin ni. Drypers dan Pet Pet. Isteri aku kata Drypers keras sikit material dia dan Pet Pet lagi selesa. Tapi Drypers selalunya ada bagi free gift macam2 kalau kau beli...t-shirt la..tuala berprintkan gambar family kau la...Pet Pet kurang sikit dari segi tu...tapi masalah paling besar sebenarnya adalah kadang2 ada masanya..lampin yang kau nak carik tu takde. Aku tak tau kenapa tapi ada satu masa semua kedai sekeliling aku out of stock lampin Pet Pet saiz M. Seeloknya beli dua beg yang bersaiz besar tu satu sebagai backup. Kau jugak boleh beli yang saiz kecik untuk senang kau nak bawak ke mana-mana masa travelling.

Dan benda yang paling penting....kat mana lampin paling murah untuk kau beli.

Aku tak tau kenapa dari anak aku lahir sehinggalah sekarang, harga lampin yang aku beli dah naik mencanak. Aku beli dulu Pet Pet saiz M80 (ke 72) keping harga RM28 something...sekarang banyak kedai dah jual RM42. Dalam masa 10 bulan! Tapi kadang2 ada jugak tempat yang jual below recommended price. Kau nak murah beli lampin, hypermarket paling murah jual lampin berdasarkan pengalaman aku adalah Econsave. Tempat lain jual Rm42...dia jual RM32. Beza Rm10. Aku masuk Carrefour dan aku tengok Carrefour tengah buat "sale" Pet Pet RM34 ...aku gelak aje la. Tapi sekarang ni Econsave pun dah jual ikut harga market. Aku masih mencari alternatif lain dan aku dah perasan satu benda.

Tempat paling murah jual lampin adalah kedai2 yang jual barangan baby. Aku tak tau kenapa pada apa yang aku survey, memang macam tu. Last sekali aku beli lampin anak aku 2 beg...tempat lain jual Rm42...tempat ni jual Rm36. Ni adalah dekat ground floor Kompleks PKNS Bangi. Pegi lah jalan sana sekali sekala. Rasa macam dekat Kelantan. Kalau hypermarket..memang Econsave paling murah...Carrefour ikut time...Jusco memang untuk orang banyak duit...Tesco aku tak pernah beli situ lagi.

Mydin kat rumah aku dulu ada jual dan harga dia sebenarnya paling murah antara semua tapi sekarang ni aku tengok, re-stocked barang pun jarang2. Lagipun Mydin tengah push nak cuba jual satu brand lampin ni. Tah apa nama dia aku tak ingat. Aku tak berani nak beli sebab aku takut nanti kena ruam balik anak aku.

Aku ada terasa nak beli lampin lain yang harga lagi murah macam brand in-house Tesco atau Carrefour takpun brand2 obscure macam Baby LIke dan sebagainya. Korang ada pengalaman pasal lampin brand2 macam ni? Mintak tolong sharekan sebab kalau aku nak buat eksperimen sendiri agak mahal kos dia.

Macam biasa..kalau ada yang nak kongsi tips dan maklumat..sila berikan komen. Bukan senang sebenarnya nak tulis benda-benda yang selalunya hanya kaum2 ibu yang biasa bincang dan borak2..kadang2 aku blur jugak. Tapi kutuk kerajaan punya bab yang tu aku tak pernah kering idea sebab kerajaan kita kelakar.

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak baru mantot? tahniah2. :D

Syakir Zainol berkata...

Aku nak kongsikan tips lampin dari bapa yg kacak:

Kalau utk kegunaan di nursery, assuming anak ko tade masalah dgn apa2 pampers, hanya bekalkan lampin yg murah2 utk di nursery. Pasal apa? Pasal kat nursery ni pengasuh tu kerap tukar lampin, asal kencim sikit tukar, asal kencim skit tukar. Jadi sia2 lah ko beli pampers berkapasiti tinggi.

Lagi satu, selalu terjadi diorang akan pakaikan pampers ko kat baby lain yg dah abis stok masa tu atau pun mak bapak mmg kemut pampers. Jadi sekali lagi ko akan rugi kalau bekalkan lampin berkapasiti tinggi utk kegunaan di siang hari.

Sekian, terima kassim. Oh ya, rajin2 la usha Jusco pasal selalu dia akan ada offer satu dua hari yg mana akan ada random susu atau pampers jadi murah.

Miss No Body berkata...

selalu beli kat tesco, giant mahai.. kalo kat tesco pon ada time dia murah..tambah2 time dapat gaji, murah jugak la..dalam RM33.90

Kak Mah berkata...

utk kegunaan malam hari aku cadangkan lampin pakai buang brand Mamy Poko. memang mahal sikit, tapi bagus utk kegunaan malam hari.. dekat waktu tidur dia, kasi tukar sebab kadar serapan tinggi.. anak tidur pun lena je, so kita pun sama lena.

zazaa berkata...

guna cloth diaper lah wahai bapak2 sekelian.. jimat duit. pelihara alam sekitar. invest sekali je lepas tu boleh diwarisi anak seterusnya. tak susah pun handle.

Master Yoda berkata...

Salam...gua nak kongsi la kedai yg slalu gua bli pampers ni..slalu gi kedai Manjaku..ni URL link tuk address kedai2 brand "Manjaku"

http://www.babymanja.com/t1/retail-store.php

Tot, gua pon beli jenama Pet pet, kat sini harga RM 35.90...kalau ada sale, blh jatuh ke RM 30.90...

tempe berkata...

aku beli drypers wee wee dry size L72 keping RM31/RM32 dekat 99speedmart .

Irfa berkata...

anak pertama pakai pet-pet
anak ke 2 pakai fitti/pet-pet/dryper
anak no 3 pakai fitti je

semua ank tak sama tahap penerimaanya
ada yg tak tahan alergik boleh melecet

tak penah beli stok byk..dah nak abis baru beli

izanfatin berkata...

first time nk comment...just nk share experience psl diapers...

anak sy yg no.2 & no.3 mmg naik ruam kalau pki diapers jenama lain kecuali mamy poko *bygkan harga dia...

satu hari saya ke tesco dan anak saya 'membuang' dan terpaksa tukar diaper...

entah macam mana sy tertinggal diaper anak...tapi nasib baik tesco membekalkan pampers percuma...*jenama tesco la...

agak terkejut juga kerana xde ruam naik lepas pakai diaper tesco...

so terus la pki jenama tesco tu...murah pun murah...kualiti pun ok...kalau time offer rm28.90 kalau biasa rm33.90

tapi skrg back mamy poko coz dh berhijrah ke sarawak...kat sini xde tesco...

sekian...*panjang la pulak komen...

izanfatin berkata...

first time nk comment...just nk share experience psl diapers...

anak sy yg no.2 & no.3 mmg naik ruam kalau pki diapers jenama lain kecuali mamy poko *bygkan harga dia...

satu hari saya ke tesco dan anak saya 'membuang' dan terpaksa tukar diaper...

entah macam mana sy tertinggal diaper anak...tapi nasib baik tesco membekalkan pampers percuma...*jenama tesco la...

agak terkejut juga kerana xde ruam naik lepas pakai diaper tesco...

so terus la pki jenama tesco tu...murah pun murah...kualiti pun ok...kalau time offer rm28.90 kalau biasa rm33.90

tapi skrg back mamy poko coz dh berhijrah ke sarawak...kat sini xde tesco...

sekian...*panjang la pulak komen...

emak berkata...

Samalah kita cheapskate.

Anak2 saya yang lain guna Drypers tapi yang dua last ni pakai Pet Pet sebab rashes jugaklah. Nasib baik sesuai pakai yang murah jek.

Kos diapers mmg tinggi sebab anak akan pakai kekadang sampai umur 3 thn, anak saya paling cepat stop umur 1 setengah tahun. Weekend kita aturlah time kencing dia, sblh malam bangunkan dia waktu yang sama untuk kencing cthnya pukul 2 pagi ke.. Once dia dah selesa tak ber diaper dia takkan nak pakai lagi, berkuap beb. Sesekali terlepas atas tilam biasalah tu.

Diaper mcm Baby Like tu tak baguslah, bocor. Kita bagi dia pakai yang disposable ni sebab nak senang lepas pakai buang tapi kalau kena basuh kain baju pulak apehal? dah 3 kali rugi, duit tenaga dan masa. Yang brand Pampers pulak memang bagus sebab cutting tinggi dan berlubang kat bhg atas tapi masalahnya pulak kalau anak berak kena kat seluar baju dia melalui lubang tu.

Kepada bapak yang mencadangkan cloth diaper, ia mmg terbaik sebab kita takkan biarkan anak kita pakai lelama tapi kalau bapaknya yang tolong basuh laaagi baik. Takkan nak masukkan dalam washing machine sekali dgn baju lain kot?

aishah jamrek berkata...

untuk malam memang mamy poko recommended unless parents rajin bangun tidur kul 2-3 pagi untuk tukar diaper.
untuk siang hari pet pet recommended sebab penyerapan ok, pelekat pun ok dan harga pun average je.
drypers memang tak recommended sangat especially untuk baby yang lasak sebab pelekat cam haram je.tapi lampin dia lebih soft untuk baby skin.
tak suggest brand yang below RM30 sebab setakat ni dah try 2-3 brand yang harga below RM30 (konon save budget) end up habis penuh ruam kat situ..sian baby..

Noor Ahyat berkata...

Sy mmg menggunakan Cloth diapers utk ank sy...tp kat rmh baby sitter mmg supply diapers biasa sbb kesian dekat baby sitter. Pkai Cd nie mmg jimat, tp nak kena rajin. Mula2 mmg kita rsa penat, tp lama kelamaan dah jd rutin biasa. Ader jgak stock diapers biasa kat rmh, itu pun utk keluar jln2 sy mlas nak smpan Cd klu kuar. Byangkan sy beli Pet Pet size M bln 1 hr tu, msih ader stock lg...Klu raser rajin boleh pkai Cd, klu raser x rajin pkai pampers biasa jerla...Stu lg, anak sy pun x boleh pkai drypers, nnt naik rash yg byk..dlu pkai huggies, tp nipis sgt dah skrg nie..raser yg terbaik adalah Pet pet..

Sidratul Muntaha berkata...

kedai singseh cina mmg jual
murah2 jugaklah pampers ni
takpun mmg ade stokis jual pampers brand korea yg murah..
klu beli kat market ke giant n sewaktu dgnnya sokmo kate sale tpi penipu la..
sekian..
kedai babay pun depend..
time stok tgh byk mmg la buat sale.. or time dekat2 nk abis buat la jugak..

RieNa berkata...

anak no 1 pakai pet2.
anak 2 pakai fitti (mujurlahh...)

husben tak suka beli pampes ni kat hypermarket,mahal katanya. dia selalu beli kat mini market biasa, lbh murah . tp itulah,kdg2 out of stock.

ibrahim rabani berkata...

Kalau nak guna pet pet, cuba tengok 99mart.
Aku dah usha banyak tempat dan harga di sini konsisten.
Satu lagi adalah kedai singseh. Susu pun harga dia ok.

Haizam kawan syakir berkata...

Ni mesti ko gi usha kat mydin precint diplomatik ni..aku pun selalu g situ,tp pampers kegemaran anak aku tade jual @ saiz yg aku kepingin mmg tade..saiz M mesti short selalu utk brand petpet... tp itu dululah.. ini jam anak aku dah pakai saiz L,so tada masalah lagi utk mendapatkan stok petpet bersaiz L. Kalau ko perati,anak lelaki kalau kencim mesti penuh kat belah depan jer,belah belakang kering (kalau tak berak).Berbeza dengan anak perempuan yang kalau kencim mesti pampers penuh depan belakang..ermm sampai skrg aku musykil kenapa jadi gitu.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak komen sebab ada autoriti - dah 3 anak 11 months to 12 years old.

Cloth diapers memang OK kalau mampu...same as organic food, minimal packaging, composting dan lain2 benda yang GREEN. Yang menggunakan..syabas. Lagipun kalau tak basuh betul, najis lak.

As for pakai buang..these are my comment :

Fitti (Newborn)
PRO : Actually for baby apa pun boleh sebab saiz apa pun muat kecualilah exceptionally large baby. Juga gunakan Drypers Newborn for the 3rd one. OK je. Kat hospital (private) yang bebeudak ni lahir, all along dia guna PUREEN je.

Huggies (Biru)- for 1st son
PRO :Ada grip kat tepi and very compact to carry. Especially for "baba" and daddy yang nak nampak cool bawa beg kecil..bukan yang gedabak dan berbentuk ladyburd tu. CON :Water retention tak berapa "ngam" - selalu bocor

DRYPERS
PRO : Memang kapasiti tinggi mencegah bocor. Sebab tu dia lebih gebu. However, MAMY POKO lagi OK, cuma mahal la dari yang lain.
CON : Pelekat tu boleh 2-3 kali, lepas ru kena guna Cellotape la. Kalau kena bedak atau peluh,pun tak boleh lekat lagi.

PET PET
Digunakan sekarang dan no complain. Pelekat no problem. Retention OK. Tapi for baby girl...before this baby boy, output lebih..sebebtu bocr kot.

Memandangkan PET PET ni amat popular based on postings di atas, memang selalu habis. I still think the cheapest would be as Speedmart or MYDIN (tapi always out of stock. Sometimes, Carrefor or TESCO will make offer but generally these are not the best places to buy diapers or baby formula.

BTW - Nice posting

Fat berkata...

nak beli pampers/ susu selalu cari kat kedai ubat cina (sensei) harganya jauh lebih murah.. saya slalu beli drypers size L (72 keping) RM33.. anak minum dugro Rm19.50 untuk 900gram..

rynnz berkata...

ank 1st aku masa lahir mmg guna drypers..tp aku tension sbb lau pelekat dia dia terkena minyak or bedak terus out...byk kali terbuang camtuu je..
pastu aku pkikan dia pet pet sbb masa tu murah berbanding yg lain. lama kelamaan aku tgk petpet pun rege dh mencanak2..start tuu aku mula cr huggies tp aku beli hanya bile offer coz tiap2 minggu mesti akan ader hypermarket yg offer nye..

Tanpa Nama berkata...

Pampers n susu kt 99speedmart mmg murah berbanding harga luaq :)

Tanpa Nama berkata...

pakai je diapex memang kualiti dari pet pet...murah...nak cari pergi speedmart or darusalam...

Shahrul Yusof berkata...

Ikutkan nak jimat, mau aje pakaikan lampin napkin macam zaman mak-mak kita dulu. Tapi, bila dah mengenangkan zaman laki bini keje siang malam ni dan terpaksa hantar anak ke pengasuh yang jaga sampai 5-6 orang budak, idea pakaikan napkin kat anak memang saja bikin penat badan diri sendiri.

miss D berkata...

first time nk komen after setahun lbh follow blog ni, & dh khatam sume post2 mantot. :)
can say, follower mantot drpd pencacai, noob, haters, smpai ke ibu2! kalah followers harian metro kot gini.hehe..

xde ape nk share psl lampin, coz im not yet married. but this maybe useful to me in the future. nice post mantot. bkn senang nk cari blogger lelaki yg nk share psl hal2 baby cmni. i respect u. didoakn mantot jd bapa yg baik. insyaAllah.

p/s: pos2 politik/isu semasa ko kdg2 aku xbape setuju. tp aku terima sbg satu alternatif utk berfikir di luar kotak. keep it up.

Tanpa Nama berkata...

comel sunggoh anakmu ini,akak dah kahwin 18tahun belum punyai zuriat.melihat wajah anak yang comel ni air mata akak tak dapat ditahan mengalirnya bukan apa akak berasa gembira adik telah allah amanatkan seorang insan bernama zuriatku.tahniah akak doakan moga moga anak comelmu ini akan menjadi anak yang soleh,amin.

Merah berkata...

beli masa weekend. harga murah sikit

Rizza berkata...

Brand Baby Love ok...Baby Like tatau. Baby love bule kira murah gak.....kekurengannya adalah penyerapan terlalu bagus sbb biasa kita tepuk diaper baby utk tau dah penuh atau tak tapi ngan baby love nih -6jam pun rasa cam tak padat lagi.....tukar jelaaa, tukar evwry 6-7 hrs....bile tukar tu mak aih...beratnyaa.

Tanpa Nama berkata...

salam,
nak murah kat 99 speedmart sangat murah kalau nak beli susu dan pampers. dulu saya pakai drypers pastu petpet dah mahal tukar diapex..still ok.. anak saya 9 bulan..sekadar berkongsi..

Haris Zuhaina berkata...

As Salam. sblm dipakaikan pampers, sapu bird2 dia ngan drapolen. insyaallah tak kena nappy rash.

Ayu berkata...

sapu drapolen kat celahcelah peha n birdbird (ko pun panggil bebird ekk ingat kan aku sorang hjek. hehhee)
.. pampers giant pun okey gak.. murah pun murah.. rm25 je... tahan lasak n tahan lama... kalu tido mlm boleh sampai ke pagi kalu x banyak weewee.. nk beli yg lain x mampu.. dua2 anak hero.. 2 tahun setengah ngan 6 bulan... mmg tgh lasak n banyak weewee...

Tanpa Nama berkata...

salam,
aku recommend kan ko continue jer pakai petpet tu.sbb aku pernah try beberapa brand yg lebih murah (save la dlm rm3-5) tp ada yg bilangannyer lebih sikit.dan ada yg nipis sampai jumlah penggunaan harian lebih byk berbanding klu ko pakai petpet.cth: 1 hari=4kpg petpet/6kpg brand biasa. so bila calculate balik,petpet jd lebih jimat even harganya mahal sket.

Tanpa Nama berkata...

ada x lampin satu malaysia.. mana la tau kot2 harga lagi murah ker??? he3

Tanpa Nama berkata...

Linda
pakai mamypoko. mahal tapi berbaloi.

Unknown berkata...

bab pampers ni mmg menarik. mcm saya, masa newborn saya beli brand Pampers. agak murah and saya kerap salin sbb xnak anak kena rashes. Beli size kecik je. pastu bila dah besar skit tukar to huggies and mamypoko. mamy poko pakai hanya waktu malam dan jalan jauh sbb byk tmpt diapers change kat mesia ni hygiene nya x memberangsangkan. Selalunya mamy poko tu yg kuantiti sederhana tu bole tahan 2 bln sbb pakai sekali sehari je. pasal harga, mmg kena rajin survey..kadang-kadang kedai runcit kat umah kita lbh murah. walau murah RM1 pun, since kedai tu dkt, minyak kete dah jimat...

Tanpa Nama berkata...

kalau aku prefer huggies dry, M80 hanya RM29.80. best tak? hehe tatau kenapa ada 1 kedai di Putrajaya ni, Darusalam, dari mula bukak smpai skang jual harga tu. mmg murah gila. bukan tu jer, huggies sangat bagus kalau kulit anak ko sensitif..pastu, tahan lama, susah nak bocor dan sangat menjimatkan.
Drypers n pet pet cepat bocor, anak aku takleh pakai.
so dalam sebulan hanya akan pakai 1 paket setengah, dlm 120keping cmtu la. jimat kan? ;)

are-ya berkata...

cer pkai pampers 1malaysia tuh..anak buah saya pkai ok jek..cume cover luar dia cam plastik skit la..tp quality dlm dia lebih kurang jek..harga byk kurang.. :p

::SMY WORLD:: berkata...

Saya pakai huggies merah utk siang, and huggies ungu or mamy poko utk malam...

anak mmg tak leh pakai pet2 - sebab rashes...

ada juga brand baru yg murah - whoopie.. tapi, bhgn bum dia berpeluh la pulak...

Tanpa Nama berkata...

aku seorang yg go green dan jimat..
aku pakaikan cloth diapers.boleh basuh balik. rashes xde masalah, saiz xde masalah (adjustable). mmg jimat,nak basuh pun aku kumpul banyak2 dlm baldi,dh cukup quota baru basuh sekali.lecehnya kena bilas dulu la najis2 tu dl sblm masuk mesin basuh.
bila hntr kt pengasuh je aku bg lampin cap ayam tp premium quality. (dlm rm28 utk 84pcs).

Tanpa Nama berkata...

Nak share psl baby sensitif.anak saya masa dlm pantang langsung x leh pakai apa2 pampers.masa tu semua brand try.habis merah2,gatal2. Memang sy ada beli cloth diapers ( cd). Cadang nak pakai lepas pantang sbb najis baby masa pantang kan agak bnyk dan susah nak tanggal.last2 cd tu semualah yg penyelamat.nak kata mahal sgt,x lah jugak.sbb ianya reuseable.so berbaloilah kan? Sampai sekarang anak sy masih bercd bila di rumah dan syukur bila dah masuk setahun dia blh pakai pampers pakai buang cap drypers sahaja.skrg dia dah 3 tahun.so cd sgt2 menjimatkan kos sbb sebulan hanya satu pek drypers besar diperlukan utk tido mlm dan bwk g jenjalan.pada yg nak bercd tu silakan.highly recommended.x rasa paper pun masa basuh.sama mcm basuh baju je rasa.sy x particular sgt pun.basuh ngan mesin basuh campak buh dynamo je.setel.so far cd x rosak pun..

Cik Iman berkata...

Setakat nie orang cakap PetPet murah dan tak selalu bocor. Tapi nak best memang Mamypoko la kan kalau duit bukan satu masalah (GST GST GST)